SELEPAS PRU KERAJAAN AKAN DIGULINGKAN - TUN MAHATHIR

Dr Mahathir Mohamad mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), mereka akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Selepas itu, dakwa bekas perdana menteri Tun berkata, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara ini akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara.

Ini katanya termasuk mogok pelbagai tempat anjuran pembangkang.

"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.

"Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo.

"Malaysia akan dicap sebagai police state (negara polis)," dakwanya.

Dr Mahathir  juga berkata, berdasarkan sejarah Malaysia, pembangkang tentu kurang yakin untuk mendirikan kerajaan Pusat dan cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka.

"Melihat penggulingan kerajaan di negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka," dakwa Mahathir lagi.

1 comment:

  1. Skeetshooter8/14/2012 3:08 AM

    Menilai dari rancangan yang telah dilaksanakan oleh Pembangkang dan kroninya sejak 2004, jelas mengarah kepada gerakan merampas kuasa melalui revolusi. Serangan terhadap kewibawaan polis dan tentera, judisiari,eksekutif adalah flatform menghasut rakyat melalui emosi yang kurang faham tentang undang-undang dan demokrasi. Mereka berjaya membakar, menyemarakkan kebencian dikalangan rakyat terhadap kerajaan malah kepada kekuatan bangsa sendiri. Dengan api kebencian, Pembangkang mengandaikan bahawa separuh daripada perjuangan merampas kuasa telah dikandar oleh rakyat (rakyat yang gagal berfikiran objektif)dan menjadikan misi mereka lebih mudah. Matlamat untuk menggulingkan kerajaan bersama sistem yang telah terbukti berkesan selama ini dilihat lebih penting daripada menjadi pembangkang yang efektif dan dinamik serta bersama membentuk dasar yang lebih baik demi negara dan rakyat jelata. Jelas rakyat marhaen diperkudakan dengan menyumbat telinga-telinga mereka dari mendengar perkara yang benar, menutup mata rakyat dari melihat kenyataan jasa dan pengorbanan yang telah kerajaan lakukan. Malah sanggup melakukan dosa dengan melalikan rakyat dengan cerita dongeng dan mimpi indah yang mereka sendiri pasti mustahil dizahirkan.

    Jangkaan Tun M pasti berlaku selepas PRU13 ini. Rakyat telah diraptaikan dengan himpunan-himpunan jalanan. Tokoh-tokoh boneka saperti Ambiga, A.Samad, Erene dikedepankan, manakala Anwar, Azmin, Lim Kit Siang & son mengipas bara api dari belakang. Pencacai saperti Nik Aziz, Hadi Awang dibuai mimpi menjadi PM diatas alasan rakyat Melayu akan menolak Anwar & LKS.

    Pembangkang sentiasa didalam denial mode, tidak akan memperakui apa-apa keputusan yang tidak menyebelahi mereka..dan mereka bergerak diatas dasar mereka tidak akan menang melalui prosidur demokrasi bersih dan bersedia untuk mengingkari mandat rakyat.

    PRU13 besar kemungkinan menjadi PRU berdarah. Anwar rela melumurkan tangannya dengan darah bangsanya sendiri.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...