ANWAR JANGAN INGAT HISHAMUDDIN BODOH !

Perancangan  Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan penyokong yang berniat mengambil alih (occupy) Dataran Merdeka daripada 14 hingga 28 April ekoran isu pinjaman pelajaran mahasiwa sudah lama dihidu oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Bagaimanapun, tambah Hishammuddin, kerana kurangnya sokongan daripada orang ramai menyebabkan rancangan itu tidak diteruskan.

"Pihak polis tidak mengganggu (pelajar memenuhi dataran), hanya pegawai penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

"Oleh itu, tindakan itu gagal menyemarakkan sentimen awam," Hishammuddin dipetik sebagai berkata dalam temu bual dengan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily.

Sebelum ini mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut menyifatkan Anwar dan kumpulannya berhasrat untuk menumbangkan kerajaan.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Dr Mahathir berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya.

1 comment:

  1. alaaa...semua orang kata camtu...apa standard dia ni ada....standard 6

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...