Blogger Ambil Upah Jatuhkan @NajibRazak Tidak Bermaruah Selepas Bisu Dilondehkan Oleh Dua KJ

Mutakhir ini, kecoh diruang maya memperkatakan terdapatnya sebilangan blogger Umno telah dibiayai oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, dek kerana itu, apa saja masalah yang berlaku dinegara ini kesemuanya ditunding kepada PM bagi memberi gambaran kepada masyarakat bahawa PM yang wujud hari ini sungguh tidak berguna berbanding dengan PM sebelum-sebelumnya.

Namun ekoran usaha mereka itu adalah satu perancangan pihak yang berkepentingan dan bukannya ikhlas disebabkan kelemahan PM, tohmahan-tohmahan mereka keatas PM jelas kelihatan terlalu dangkal bagi memasuki ruang-ruang minda golongan yang berakal, untuk menilai apa yang dikatakan dangkal itu rujuk diSINI dan diSINI

Bagaimanapun sebilangan blogger berkenaan mungkin terlupa akan keupayaan diri sendiri yang sudahpun dilondehkan oleh dua orang KJ sebelum ini, tapi masing-masing dikalangan mereka hanya bisu menyepi, seakan mengakui apa yang dipertikaikan oleh dua KJ tersebut, dari kesepian itu mungkin kita tertanya, apakah mereka ini manusia yang bermaruah ?

KJ yang mempertikaikan mereka bukanlah sembarangan KJ atau 'Kadok Junjung', KJ berkenaan berstatus Ketua Pemuda Umno Malaysia, Khairy Jamaluddin dan juga Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin,

Baru-baru ini Khairy dalam satu kenyataannya berkata "Media sosial yang kita gunakan selama ini membuktikan ia tidak berkesan, cakap dalam kelompok sendiri, masih syok sendiri, sedangkan pembangkang lebih kepada sasaran mendekati masyarakat umum. Saya akui, strategi lama itu tidak berkesan".

Sejurus selepas itu Kadir pula menyusul dengan kenyataan berikut:
Biarpun kenyataan yang dibuat dua KJ ini jelas memperlekehkan selain menafikan sumbangan pejuang maya UmnoBN, namun blogger besar Umno tidak merasakannya sebagai kudis. Dimana maruah blogger Umno yang sedang syok sendiri merancang untuk menjatuhkan PM ? Sudahlah tidak menggunakan saluran mereka dengan berkesan, ada hati pulak ambil upah nak jatuhkan PM ? Agaknya yang buta manalah yang mengupah ya ?... Buta sungguh....Betul-betul buta....

Bila Khairy kata 'tidak berkesan, syok sendiri' dan Kadir kata 'tidak pernah membantu kepimpinan Umno sebaliknya memburuk-burukkan Umno. Ada mereka kisah ? Mereka tak kisah, Dua KJ ni nak kata apapun katalah, yang penting pada mereka ialah berterusan mendapat wang. Hanya bloger atau cybertrooper kecil Umno saja yang menjawab kenyataan kedua KJ itu.

Bloger-bloger kecil ni mereka lebih bermaruah dan ikhlas dalam berjuang, mereka tidak gilakan UPAH, mereka bertanggungjawab sebab itu mereka marah kalau mereka diperlekehkan, mereka merasakan kepenatan mereka berjuang tanpa mengharap atau mendapat ganjaran lumayan tidak seharusnya diperlekehkan, sebaliknya bloger-bloger besar bisu kerana kekenyangan, kalaupun sesekali lantang ianya tidak lebih seperti langau.

Apapun, buat blogger besar Umno, jika tidak boleh menjadi garam yang dapat menahan daging dari membusuk, jangan pula menjadi langau yang membusukkan daging.... Sesiapa saja berhak untuk mengkritik PM, namun bagi mereka yang ikhlas dengan perjuangan Umno, masih terlalu awal dan bukan masanya untuk bersetuju PM diundurkan.... Anda Mampu Mengubahnya.

2 comments:

  1. Gua suka artikel ni ..

    ReplyDelete
  2. Sedikit perkongsian http://mahamissa.blogspot.com/2014/01/perlukah-pm-di-ganti-ahli-umno-wajib_9.html

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...