Jawatankuasa Teknikal Hudud - 'Tok Guru' Setuju 'Anak Murid' Tolak

Perbezaan pendapat antara Dewan Pemuda Pas Kelantan dan Mursyidul Am Pas mengenai penubuhan jawatankuasa teknikal hudud peringkat pusat sebagaimana yang dicadangkan oleh YAB TPM seakan-akan memperlihatkan kesediaan sebenar Pas dalam soal perlaksanaan hukum tersebut.

Jika Ketua Pemuda Pas Kelantan  Ahmad Fadhli dengan angkuhnya menolak jawatankuasa teknikal peringkat pusat, berbeza pula dengan Mursyidul Amnya yang menyambut baik cadangan penubuhan jawatankuasa itu.

Jadi yang mana satu hendak dipakai ? Dalam Pas sendiri pun dah bercanggah pendapat, itu baru soal penubuhan jawatankuasa, belum lagi kepada perlaksanaan hukuman kepada pesalah, nanti bila nak jatuhkan hukuman kepada pencuri misalnya, bagaimana kalau seorang kata kena potong tangan dan seorang lagi pula sebaliknya.

Percanggahan seumpama itu tidak boleh berlaku dalam perlaksanaan hukum hudud, kerana keadaan ini akan menimbulkan perasaan kurang senang masyarakat sekaligus akan mempertikaikan keadilan didalam perlaksanaannya.

Sedangkan hukum hudud adalah hukuman yang sangat adil, namun jika perlaksanaannya dibuat secara sembrono diatas faktor politik sudah pasti keadilan tidak akan wujud.

Atas sebab itu makanya Ketua Pemuda Pas Kelantan jangan mengambil mudah dengan menolak cadangan penubuhan jawatankuasa tersebut sekaligus bercanggah dengan pandangan 'Tok Guru'nya  sendiri. Anda Mampu Mengubahnya.

Ketua Pemuda Pas Kelantan Angkuh Tolak Cadangan Hudud

Keangkuhan atau lebih tepatnya kejahatan jelas dizahirkan oleh Dewan Pemuda Pemuda (DPP) PAS Kelantan apabila menolak mentah-mentah cadangan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal peringkat pusat bagi membincangkan tentang hudud sebelum dibawa ke Parlimen.

DPP menerusi Ketua Pemuda Ahmad Fadhli Shaari berkata jawatankuasa itu telahpun wujud di peringkat negeri dan dianggotai wakil agensi kerajaan persekutuan yang terlibat dalam pelaksanaan hukum itu.

"Justeru, untuk mendapatkan gambaran jelas tentang undang-undang ini, cukuplah sekiranya wakil kerajaan Kelantan dipanggil untuk memberikan taklimat kepada mana-mana pihak di peringkat kerajaan Persekutuan dalam konteks hubungan kerajaan dengan kerajaan," katanya.

Inilah antara punca yang menyebabkan hudud masih gagal dilaksanakan, sikap segelintir pemimpin Pas yang angkuh seperti iblis walaupun tidak punyai kuasa yang mutlak menyebabkan kerjasama dengan kerajaan pusat tidak dapat dicapai.

Sedangkan umum mengetahui jawatankuasa yang diwujudkan Pas diperingkat negeri adalah tidak sempurna dan masih banyak yang perlu diperbetulkan, hal itu turut pernah diakui oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Amar Abdullah sebelum ini.

Malah hudud itu juga sering disebut sebagai hudud Pas, banyak perkara yang bercanggah dan berbeza pendapat, antaranya dalam isu meliwat isteri, orang bukan Islam dikecualikan daripada hukuman dsbnya.

Jadi apalah salahnya Pas bersikap terbuka dan menerima cadangan TPM itu, terima saja apa cadangan asalkan ia tak bercanggah dengan Islam, bahkan kesungguhan pimpinan Umno dalam perlaksanaan Hudud itu sendiri perlu dihormati, sekurang-kurang Pas boleh 'claim' dimana doa Pas selama ini supaya pimpinan Umno menerima Hudud telah termakbul.
 
Disini jelaslah kepada semua terutamanya generasi baru mengapa Hudud gagal dilaksana dan siapa sebenarnya yang menggagalkan usaha itu. Dari dulu hingga kini orang-orang didalam Pas seperti Ahmad Fadhli itulah yang menjadi penyebabnya, dan tidak keterlaluan jika dikatakan orang-orang seperti beliau jugalah yang menyebabkan Mursyidul Am  Pas dibenci dan dimaki.

Ini kerana apabila orang-orang busuk hati dan perut seperti Ahmad Fadhli yang mengelilingi tokoh seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mereka akan meracuni dan menghasut Nik Aziz dan menyebabkan Nik Aziz dilihat sering tidak konsisten kerana terpedaya dengan puak-puak ini.

Sebagai contoh, apabila TPM mengziarahi Nik Aziz semalam, Nik Aziz berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.
 
Itu kenyataan semalam, namun esok atau lusa akan keluar lagi kenyataan dari Nik Aziz berhubung lawatan oleh TPM itu, dan kenyataan esok atau lusa itu sudah pastilah kenyataan yang negatif hasil dari hasutan-hasutan manusia busuk hati yang menggelilingi beliau, tunggu dan lihat....

Berbalik kepada isu Hudud dan cadangan TPM mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan, Muhyiddin berkata,

"Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara".
 
So apa masalah Ketua Pemuda Pas untuk menolaknya ? Nak buat ni hukum hudud, ia berkaitan undang-undang dan hukuman, bukan boleh sembrono, ia perlu adil dan mengambil kira setiap pendapat dan tafsiran pakar baik didalam negara mahupun diluar negara.
 
Supaya hukuman yang dijalankan nanti akan adil dan benar-benar mengikut syariat Islam serta tidak akan ada perkara yang berbangkit, jadi KP Pas tolong jangan jadi 'bengong'!!! Tak cukup lebai hanya pemimpin Pas untuk menentukan hukum hakam ini, ini soal hukum, ia bukan hanya boleh diperbincang dan dipersetujui sesama pimpinan Pas semata-mata untuk Hudud dilaksanakan.
 
Maka perkara ini hendaklah semua pihak saling bertolak ansur dan ikhlas didalam usaha memperjalankannya, jika permulaan untuk bekerjasama pun sudah ada pihak yang bersikap angkuh menolak cadangan, entah bagaimana pula akan kesudahan. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz Tak Sangka TPM Sudi Menziarahinya

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam menziarahi bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di kediamannya di Pulau Melaka di sini.

Nik Abdul Aziz bersama isterinya Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak menyambut ketibaan Muhyiddin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman selepas solat Asar.

Muhyiddin yang dalam rangka lawatan sehari ke negeri ini, meluangkan masa berbual dan bertanya khabar dengan Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS.

Nik Abdul Aziz semasa ditemui pemberita, berkata beliau tidak menyangka Muhyiddin dan isteri sudi datang menziarahi beliau dan keluarganya dan menyifatkan kehadiran Timbalan Perdana Menteri itu hari bertuahnya.

Apapun, syabas kepada YAB TPM diatas usaha murni itu, rakyat benar-benar mengkagumi  sikap keterbukaan dan rendah diri  seperti ini, TPM tidak hanya bercakap kosong yang berdegar-degar, TPM membuktikan dengan berusaha kearah apa yang pernah dituturkan.

Kita yakin dan percaya mantan MB Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut merasa bangga kerana tidak menyangka seorang TPM sudi bertandang datang melawat beliau serta membincangkan  mengenai perlaksanaan hukum hudud.

Sikap matang dan tenang TPM selaku tokoh politik berpengalaman luas tak dapat dinafikan, TPM tak perlu nak menonjol sampai nak kena 'penampar buaya' atau dengan memburukkan orang lain.

Ketahuilah, anak muda hari ini yang rata-rata mampu mendapatkan perkembangan politik dihujung jari sentiasa melihat tindak tanduk setiap pemimpin, samada pemimpin yang sekadar mabuk publisiti atau pemimpin yang benar-benar serius dalam menyelesaikan sesuatu isu.

Cara TPM ini mampu dilihat sebagai seorang pemimpin yang lebih mengutamakan kepentingan rakyat dan parti berbanding meraih populariti untuk diri sendiri demi mengejar puncak tertinggi.

Seharusnya ia diteladani oleh semua pemimpin khasnya pimpinan muda yang dilihat hari ini lebih cenderung kearah meraih publisiti murahan bagi diri sendiri, sedangkan pemimpin yang diinginkan oleh rakyat adalah pemimpin yang mampu menyelesaikan sesuatu perkara bukan sekadar mengambil kesempatan untuk mengeluarkan kenyataan syok sendiri keatas sesuatu isu yang timbul.

Apabila seseorang pemimpin seringkali membuat kenyataan yang bersifat 'menangguk', sekali dua mungkin rakyat akan pandang ia popular, namun lama-kelamaan rakyat akan sedar  dan akan mula merasa 'cuak'.

Berhubung perlaksanaan hukum hudud,  Muhyiddin berkata, Umno ingin bekerjasama dengan Pas bagaimana untuk memberikan pemahaman kepada semua pihak tentang hudud.

Tetapi yang penting, kata beliau, adalah duduk semeja untuk berbincang sebelum Pas bertindak membawa usul hudud ke Parlimen.

Timbalan Presiden Umno itu berkata beliau telah mengutarakan cadangan itu kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini. Mohd Amar memberi reaksi positif, kata Muhyiddin.

Ditanya sama ada Umno akan menyokong Pas dalam perkara hudud itu, Muhyiddin berkata ketika ini tiada siapa pun berhak membuat andaian sama ada menyokong atau tidak kerana apa yang bakal berlaku itu adalah perkara baharu dalam sejarah negara.

"Tidak boleh buat andaian. Kita mahu tahu ceritanya dahulu. Kalau tak sokong nanti kata tak sokong hudud...ia membawa banyak makna. Kita mungkin tidak bersetuju mengenai usul itu. Ini satu perkara baru dalam negara.

"Ia perlu diperhalusi dan diteliti dan persoalan kerana khuatir akan berbangkit kemudian. Ada perkara lain yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibawa ke Parlimen," katanya.

"Saya fikir ada orang Islam yang masih tidak faham dan ini memerlukan penerangan yang meluas dan mendalam.

"Orang bukan Islam pun mahu tahu keadaan itu kerana ini sebuah negara yang merdeka dan rakyat lain berhak tahu walaupun dia bukan Islam.

"Pasal dia takut kesan kepada pelaksanaan itu akan membawa kesan kepada mereka," katanya.

Beliau berkata parti sekutu Pas iaitu DAP tidak perlu mempertikaikan keikhlasan Umno untuk berbincang mengenai hudud itu kerana Umno mempunyai pendirian yang perlu diterima.

Dalam pada itu, Muhyiddin berkata, Umno bercadang mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.

Jawatankuasa itu akan disertai pihak yang arif mengenai hukum hudud termasuk pakar-pakar hukum agama dari luar negara, katanya.

Video - Kasihan! Penguatkuasa JPJ Aibkan 'Tok Guru Hj Lah', Apa Tindakkan @HishammuddinH2O @KP_JPJ @NajibRazak

KOTA BHARU - Pengasas Pondok Genting Tumpat, Abdullah Sa’amah mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri yang merakam dan menyebarkan video beliau disaman dalam laman sosial sejak bulan lalu.

Abdullah berkata, tindakan itu wajar kerana perbuatan anggota terbabit telah menjatuhkan maruahnya dan seolah-olah sengaja ingin memalukan dirinya selain mencemar imejnya sebagai seorang tokoh agama di negeri ini.

Selain itu, katanya, tindakan anggota terbabit juga telah mencemar imej serta merosakkan integriti agensi kerajaan yang selama ini begitu dihormati.

“Saya berharap dengan tindakan tegas yang diambil itu akan memberi pengajaran kepada anggota tersebut dan kakitangan lain supaya tidak mengulangi perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Institusi Modenisasi Pemikiran Anak Kelantan (IMPAK) hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada JPJ negeri berhubung penyebaran video rakaman Abdullah yang disaman anggota agensi tersebut dalam laman sosial.

Sejak 13 Mac lalu, telah tersebar video Tok Guru Abdullah Samah Pondok Genting Tumpat Kena Saman JPJ dan Ulama Umno Ilmu RM2 Juta Kena Saman dalam laman YouTube.

Sementara itu, ketika diminta menceritakan kembali kejadian tersebut, Abdullah memberitahu, beliau sama sekali tidak menyedari bahawa kejadian itu dirakam.

Beliau hanya menyedari beberapa orang anggota JPJ memegang telefon bimbit masing-masing dan seolah-olah sedang berbuat sesuatu ketika itu.

“Saya hanya mengetahui kewujudan video tersebut di laman sosial setelah dimaklum oleh anaknya ketika sampai di rumah pada hari kejadian.

“Apabila membaca komen-komen yang ditulis pada video terbabit yang banyak berbaur negatif jelas telah memalukan saya dan keluarga.

“Anggota tersebut sepatutnya hanya mengambil tindakan saman kerana sememangnya saya bersalah kerana cukai jalan telah tamat tempoh dan bukannya sengaja memalukan saya dengan tindakan tidak bermoral itu," katanya. - Utusan
Kasihan.......Moral.....UMNO......!!! Sejak bila pula undang-undang yang diperkenalkan oleh JPJ ini boleh mengaibkan orang awam dengan membuat rakaman sesuka hati ? Apakah hanya kerana Hj Lah merupakan seorang 'Tok Guru' pondok yang zuhud dan berpihak kepada Umno maka ianya halal untuk diaibkan. Malangnya Ulamak yang menyokong Umno ni....!!!

Apa motif anggota JPJ merakamkan dan menyebarkan klipvideo tersebut ?, yang salah tetap salah tak kira apa sekalipun parti, yang dipertikaikan sekarang adalah mengapa rakaman itu diambil dan disebarkan ?

Apakah anggota JPJ ingin mengzahirkan yang mereka adalah penyokong tegar pembangkang yang tidak suka kepada mereka yang menyokong kerajaan, usahkan nak bertolak ansur, siap rakam dan sebar lagi!!! Memang celaka !!!

Kalau soal tugas, setakat saman cukuplah, tu pun kalau nak ikutkan bila tengok orang tua yang daif macam tu bertolak ansur dan beri amaran jerlah, nak tegas pun biarlah bertempat. Ini orang tua yang kerjanya kepada agama, bukan ada gaji tetap, lagipun roadtax mati baru dua bulan bukannya hidup  'bermaharajalela' dengan naik kereta roadtax mati sepanjang masa.

Kalau anggota JPJ ni tak nak cari pasal mereka takkan rakam, disebabkan mereka rakam dan mengaibkan orang agama yang tua lagi daif, maka tindakan tegas WAJIB dikenakan, pecat atau ditukar ke pendalaman tanpa kenaikkan pangkat sepanjang perkhidmatan. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau @NajibRazak Terima Pakai Nasihat Tun M Ini Alangkah Bahagianya Rakyat

1. DI mana negara pun akan ada orang yang berkuasa. Mereka berada di berbagai peringkat. Di negara yang demokratik pun terdapat orang yang berkuasa. Budaya orang Malaysia pula demikian sehingga orang yang berkuasa lebih berkuasa kerana tidak akan ada sesiapa yang akan menegur.

Orang yang berkuasa boleh buat apa sahaja termasuk yang tidak dibenar. Hanya jika diadakan pemilihan oleh rakyat atau pengikut barulah ketidakpuasan hati mereka dilahirkan. Walaupun demikian faktor lain sering menenggelamkan faktor salahguna kuasa.

2. Saya mengaku bahawa inilah pengalaman saya semasa menjadi pemimpin yang berkuasa. Jarang terdengar teguran melainkan oleh musuh terutama parti lawan. Dan teguran oleh musuh jarang dapat diterima kerana ini memang sifat mereka. Saya dapati teguran pihak ketiga, pihak yang tidak punyai kepentingan biasanya lebih ikhlas dan perlu ditimbang secara serius.

3. Kebiasaannya ramai yang bersedia untuk menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh orang yang berkuasa. Sokongan mereka mungkin kerana mereka betul-betul dan ikhlas berpendapat apa yang dilakukan memang baik atau buruk.

Tetapi ada juga yang menyokong dan mengiakan apa sahaja kerana ini akan disukai oleh yang berkuasa. Dan ini juga akan meningkat pengaruh mereka dan banyaklah nikmat yang akan dikecapi oleh mereka.

4. Mereka yang dapat mempengaruhi orang yang berkuasa sebenarnya mendapat sedikit dari kuasa itu. Lebih kuat pengaruh lebih banyaklah kuasa yang didapati oleh mereka. Dan ramailah mereka yang cuba mendekati dan mengelilingi seseorang yang berkuasa.

Mereka akan cuba pengaruhi pihak yang berkuasa sehingga pendapat mereka sahaja yang diterima. Apabila ini berlaku maka kuasa yang didapati oleh mereka amatlah besar, begitu besar sehingga tiada pendapat atau nasihat lain yang akan diterima.

5. Jika pendapat mereka ini baik dan hanya untuk menjayakan pihak berkuasa tidaklah sukar untuk diterima. Malangnya yang kerap berlaku apabila sahaja seseorang atau sekumpulan orang keliling sudah dapat menguasai fikiran dan tindakan orang yang berkuasa, maka bermulalah usaha untuk memperalatkan orang yang berkuasa untuk kepentingan diri.

6. Ramai akan sedar dan melihat kesan buruk dari orang sekeliling pihak berkuasa. Ramai yang akan bercakap berkenaan perkara ini, ramai yang tidak senang tentang apa yang sedang berlaku.

7. Tetapi di Malaysia mereka tidak sanggup untuk menasihat pihak berkuasa, takut dimarahi atau dipandang serong.

8. Tanpa teguran yang berani oleh mereka, maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa. Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian.

9. Kita lihat dalam sejarah raja dan orang kuat pun akhirnya dihadapkan dengan tindakan keras dan ganas oleh rakyat untuk menjatuhkan mereka. Inilah yang berlaku kepada beberapa raja dan diktator di Timur Tengah.

10. Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas. Mereka mungkin mengguna pilihanraya untuk memperbetulkan keadaan.

11. Tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka terus berlembut.

12. Dalam sejarah raja yang berkuasa mutlak pun tindakan ganas untuk menyatukannya pernah berlaku. Sultan Mahmud dibunuh walau pun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja.

13. Jika hendak berkuasa lama jangan salahguna kuasa yang diberi walaupun ada yang menasihat kita kebal dan segala salahlaku kita tidak akan diketahui dan jika diketahui pun tidak ada yang berani membuat apa-apa.

14. Pembodek di antara penasihat dan orang keliling ialah sebabnya yang berkuasa menyalahguna kuasa sehingga tersingkir.

15. Kuasa membawa kepada korupsi dan kuasa mutlak akan menyebabkan korupsi yang tidak terhad.

16. Bahasa Mat Salleh berbunyi “Power corrupts and absolute power corrupts absolutely”.

17. Mereka yang pegang kepada pepatah ini akan bertegas elak atau gugurkan sahaja kuasa. Bangsa yang korap dan negara yang terkenal dengan bangsa yang korap tidak mungkin maju, bahkan akan runtuh. - Tun Dr Mahathir Mohamad

Seandainya YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mampu menghayati pandangan serta pengalaman Y.bhg Tun M ini, alangkah bahagianya rakyat jelata di negara Malaysia yang tercinta.

Nasihat ikhlas dari Tun M pasti akan digunapakai jika seorang pemimpin itu benar-benar jujur dan bertanggungjawab.

Setiap manusia tidak dapat lari dari kesilapan, namun ia boleh dielakkan jika kita bersedia untuk belajar daripada pengalaman orang yang terdahulu.

Percayalah.... Y.bhg Tun M tidak seburuk yang pernah kita sangka, sekalipun kita malas mengkaji dan berfikir, cukup hanya kita merenung kenapa Tun M disatu ketika seorang yang paling berkuasa di negara kita meletakkan jawatannya secara sukarela.

Tanpa sebarang tekanan beliau berundur dari menjadi manusia yang paling berkuasa di Malaysia. Adakah itu satu tindakkan biasa seorang yang digelar sebagai diktator ? Diktator gila mana yang  meletakkan jawatan ketika masih berkuasa ?, sebaliknya kesemua yang digelar diktator itu diguling dan ditumbangkan oleh rakyat secara paksa.

Berapa ramai dikalangan pemimpin politik tergila-gilakan jawatan yang pernah dipegang oleh beliau itu, jika Tun M seburuk yang pernah diperkatakan, beliau boleh memilih untuk tidak meletakkan jawatan dan berkuasa sehingga akhirnya usia. Kerana dengan kuasa yang ada beliau mampu untuk mengekalkan kuasanya dengan apa jua cara....

Bertanggungjawabnya Tun M kepada negara ini bukan hanya ketika berkuasa, malah dalam ketiadaan kuasa pun beliau tetap mengambil berat akan perkembangan yang berlaku dalam negara. Menegur dan mengkritik sesiapa saja yang dilihat 'cuai'.

Sedangkan selaku pemimpin yang digelar diktator sudah pasti beliau punyai bertrillion harta, dengan harta itu perlukah lagi beliau untuk mengambil tahu akan situasi negara ?, sepatutnya beliau menghabiskan usianya dengan bertrillion harta yang ada tanpa langsung mempedulikan apa yang berlaku kepada negara ini....

Itulah Tun M, sungguhpun begitu Tun M tetap manusia biasa yang tidak dapat lari dari kesilapan, namun jangan pula kesilapan itu dijadikan sebagai halangan sekaligus 100 peratus menolak apa saja yang datang dari beliau, kerana kita juga tidak maksum dan belum pasti boleh lebih baik daripada beliau.

Kesimpulan dari itu, rakyat harus sedar dan jangan mudah terpengaruh dengan kata-kata mereka yang hebat berpidato atau cakapnya yang berdegar-degar sehingga mengenepikan mereka yang benar-benar hebat memimpin dan banyak berjasa.

Jasa bercakap saja tidaklah kemana, sebaliknya pemimpin yang hebat itu tidak bergantung kepada cakap yang berdegar-degar tetapi melaksanakan kepada apa yang dicakapkan itu adalah lebih penting.  Anda Mampu Mengubahnya.

Awasi Si Kitol ditingkat 4 !

@Khairykj 'Budak Hingus' Elitis Cakap Saja Berdegar - Lepas MyTeam, MIMMA, PBM Ditangguh, PPBN Dilancarkan @NajibRazak

Parlimen Belia Malaysia diumumkan oleh PM pada 28 Mei 2011, biarpun begitu ia belum menjadi realiti malah ditangguhkan beberapa kali, dan sehingga hari ini belum ada tarikh baru yang diumumkan oleh Menteri yang dipertanggungjawabkan.

Pada Julai 2013, Menteri berkenaan, Khairy Jamaluddin mendakwa pendaftaran pemilih bagi parlimen belia kurang mendapat sambutan apabila hanya 15,516 orang saja yang mendaftar dari kesemua 222 parlimen.

Masalah itu menyebabkan ianya ditangguhkan, beberapa bulan kemudian penyertaan belia meningkat sebanyak 310 peratus dan KJ mengjangkakan ia dapat dilaksanakan pada Februari dan April 2014.

Namun setelah sampai waktunya dan pendaftaran belia menepati sasaran sekali lagi berlakunya penanggguhan yang kali ini didakwa berpunca daripada masalah teknikal kepada sistem pengundian sehingga laman web parlimen belia ditutup.

Masalah teknikal serta penutupan laman web itu sudah hampir dua bulan  berlaku, pengurusan sebegini sangat MEMALUKAN kerana tidak padan dengan cakapnya yang berdegar-degar dan ia tak patut berlaku dibawah pengurusan 'budak' lepasan 'oxford'.

Cacar-marbanya pengurusan KJ itu seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena, sepatutnya masalah sistem seperti itu tidak perlu mengambil masa berbulan-bulan tanpa kesudahan, sedangkan sistem "Instagram' dengan aplikasi 'Lifestyle' yang diperkenalkan oleh adik Samy Vellu pun boleh digunakan!

Apakah permainan KJ yang sebenarnya ? Apakah faktor-faktor permainan seumpama ini yang menyebabkan mantan PM Tun Dr Mahathir amat begitu marah sekali dengan beliau sebelum ini. 'Dah lama dah', sebab Tun M berpandangan jauh, kita ni hari ni baru nampak.....

Sebaliknya dalam bab bolasepak, KJ dilihat begitu bersungguh-sungguh untuk membangunkan akademi bolasepak, akhirnya Akademi Bolasepak sudahpun dilancarkan minggu lalu tanpa sebarang masalah dan penangguhan.
Masihkah kita ingat satu pasukan bolasepak yang dikenali dengan nama 'MyTeam' hasil dari program realiti yang diusahakan KJ dan DJ Jason Lo ? Dimana pasukan 'MyTeam' sekarang ? Bagaimana nasib pemain-pemain 'MyTeam' ? Adakah nasib mereka semua dibela oleh KJ sepertimana berdegar-degarnya ucapan KJ yang kononnya membela agama, bangsa dan tanahair ?
Lompat si hingus lompat, lompat budak hingus - Antara aktiviti elitis yang bakal diperkenalkan oleh 'Kementerian' dua sahabat baik ini!!!
Antara Parlimen Belia Malaysia dan Akademi bolasepak Negara, KJ lebih berminat untuk fokus kepada akedemi bolasepak, kenapa ? Adakah kerana akademi bolasepak punyai ruang untuk menjana keuntungan menerusi penajaan syarikat korporat manakala Parlimen Belia Malaysia pula tidak membawa apa-apa keuntungan ???

Pada tahun 2006 KJ pernah berkata, pihak pengurusan MyTeam tetap melihat siri realiti sukan pertama itu mampu dieksport ke luar negara jika cadangan meneruskan musim keduanya gagal mendapat kerjasama FAM.

"Kami masih boleh memikirkan alternatif dan tidak akan hanya bergantung kepada satu pihak dengan mengadakan MyTeam di negara jiran,''.

Faktor KJ prihatin dengan masa depan bolasepak negara sama sekali tidak terpakai dan ianya jauh tersasar, berdasarkan kenyataan berstatus ugutan mirip ugutan syarikat penerbangan AirAsia itu, ia tidak menampakkan akan keprihatinan KJ kepada masa depan bolasepak negara selain masa depan beliau dan Jason Lo, membuat keuntungan....Lepas kenyang hasil 'MyTeam'....... MIMMA ......
DJ Jasan Lo tubuh persatuan supaya senang KJ nak salurkan fund dari kementerian milik bapak KJ
Terlalu banyak KJ mencipta isu, pokoknya adalah cakap saja berdegar-degar, kalau dengar KJ bercakap, peghhhhhhh, memang dasyat, terpukau habis!!! Lebih-lebih lagi  dalam ucapan berskrip setiap tahun dalam Perhimpunan Agung Umno seolah-olah berada dalam syurga bodohwi.

Jika faktor KJ Pak Lah bersara awal, jika faktor KJ BN tewas teruk dan tumbangnya beberapa negeri ketangan pembangkang, apakah faktor KJ juga BN akan menjadi pembangkang dan lupus selepas PRU 14 nanti.

Tidak dinafikan hari ini golongan muda khasnya mahasiswa dilihat berpihak kepada BN, antara penyumbang kepada faktor itu adalah terpengaruh dengan berdegar-degarnya ucapan KJ disamping idea-idea moden mirip pembangkang, namun golongan muda ini pasti akan beralih arah apabila menyedari segala yang pernah diungkapkan KJ semuanya retorik yang tidak lebih sekadar meraih populariti bagi mencapai matlamat peribadi.

KJ dalam persediaan bagi merealisasikan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sebenarnya adalah dari spesis sama dengan peliwat tegar yang turut berkongsi cita-cita yang sama.... Anda Mampu Mengubahnya - Bersambung

KJ ? Kepala Jahat !!!

Raja Publisiti @Khairykj Pemalu Orangnya, RM237 Billion Wang Petronas Tu Patut Juga Rasa Malu !

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini membidas bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, "Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum 'Women@Work', di sini.

Bersungguhnya Ketua Pemuda Umno ni seolah-olah Zulkifli Nordin telah melakukan dosa besar yang tidak boleh diampunkan selain disumbat kedalam neraka.  Difahamkan perkara yang dianggap dosa besar tak boleh diampunkan itu adalah apabila ZN berkata:

"Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan UMNO, Allah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya"

Kata-kata itulah menyebabkan KJ malu untuk mengaku ZN sebagai umat, maklumlah KJ ni seorang yang sempurna lagi hadhari, kenyataan sebegitu pun dianggap sebagai 'sedemikian rupa' sehingga menyelar tanpa batas mengalahkan selaran pemimpin pembangkang.

Keghairahan KJ meraih publisiti hadhari seperti ini jelas menunjukkan sikapnya yang sebenar, sikap yang sanggup menghancurkan sesiapa saja asalkan ia tampak sebagai juara, ini sangat membahayakan...., naiknya dengan memburukkan orang lain, walhal yang dianggap buruk itu tidaklah sepadan dengan kenyataan balasnya yang tersangat biadap sekaligus mengaibkan seorang yang sedikit sebanyak berjuang untuk UmnoBN.

Selaran yang dibuat KJ itu sangat tidak wajar terhadap rakan sendiri, mungkin selaran itu sesuai dibuat kepada musuh, tapi bukan pada mereka yang bebas dan mesra UmnoBN seperti ZN.

Namun semua itu KJ tak peduli asalkan ia tampak juara dan hebat dimata mereka yang buta, orang lain nak mampus lantaklah janji dia boleh hidup, itulah 'lifestyle' KJ yang sebenarnya, dan 'lifestyle' seperti itu tidak akan bertahan lama, bukan 'hero' nak berlakon jadi 'hero' lambat laun pasti akan terima akibatnya.

Hal itu dapat dilihat sepertimana yang telah berlaku kepada kerajaan pimpinan mentuanya bersama gerombolan di tingkat 4, hadhari awalnya seolah-olah 'Mr Clean' menarik perhatian rakyat sehingga PRU 11 BN dibawah pimpinan hadhari menang besar dan berjaya menawan 198 kerusi parlimen dan 452 kerusi DUN, apapun setelah rakyat sedar lakonan 'Mr Clean' indah khabar dari rupa, pada PRU 12 BN tewas teruk dan hanya mampu mempertahankan 140 kerusi parlimen serta 307 kerusi DUN sehingga beberapa buah negeri jatuh ketangan pembangkang.

Berbalik kepada KJ yang gila meraih publisiti, KJ amat bijak memanfaatkan peluang dengan isu-isu popular yang menjadi tumpuan rakyat, KJ akan cuba sedaya upaya membuat kenyataan yang boleh menampakkannya sebagai 'hero' yang bersifat menawan hati rakyat khasnya penyokong pembangkang biarpun kenyataan itu boleh memberikan imej yang tidak baik kepada kerajaan BN ataupun bersifat biadap terhadap orang lain.

Pelbagai isu yang telah dimanfaatkan oleh KJ, antaranya isu keahlian baru didalam Umno, PTPTN, kenaikkan harga minyak dan tarif elektrik, FAM, budak sekolah makan rumput, raja bomoh penampar buaya,  dsbnya. Daripada isu-isu itu kesemuanya 0, tidak ada apa yang berubah, sekadar keluarkan kenyataan untuk populariti semata-mata.

Dalam kenaikkan harga minyak yang kononnya KJ membantah, sedangkan zaman bapak mentuanya jadi PM harga minyak sampai RM 2.70 seliter pun takder pula nak membantah.

Dalam ke'poyo'an KJ ini semoga ramai yang akan membuka mata, perhatikan apa saja isu yang timbul pasti KJ akan keluarkan kenyataan bersifat hero, tapi disebalik kenyataan beliau itu semuanya 'zero', Contohnya KJ sound supaya raja bomoh KLIA ditangkap, tapi raja bomoh masih kekal bermaharajalela.

Setakat nak sound raih publisiti baik tak payah, buang masa jer, buat malu status Menteri dan KP UMNO Malaysia jer, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan KJ, hanya sembang jer lebih, cakap pandailah!!! sama macam sifunya Anwar Ibrahim.

Kesimpulan dari itu, dalam kita bersangka baik, semoga dengan penyelaran KJ terhadap ZN itu berbaloi dan mampu meningkatkan lagi majoriti dalam PRK Bukit Gulugor nanti.

Apapun kepada KJ, jika dengan kenyataan ZN itu beliau merasakan malu, ketahuilah bahawa rakyat Malaysia khasnya ahli dan penyokong UMNO lebih merasa malu apabila Umno mempunyai KP seperti anda dan PM seperti bapa mertua anda, kerana sebagaimana yang pernah ditanya oleh Rafizi secara live kepada anda dan turut didedahkan oleh Tun M,  semasa anda menjadi penasihat kepada PM yaitu bapak mertua anda (2003-2009), sehingga hari ini masih belum dijelaskan apa yang anda dan bapa mertua anda buat dengan wang sebanyak RM237 BILLION yang diambil dari Petronas.

RM237 BILLION ni bukan setakat malu saja, penampar buaya pun patut, kalau rasa hero sangat bolehkah KJ jelaskan apa yang telah dibuat oleh beliau dan mertuanya dengan RM237 BILLION wang Petronas yang diambil itu (2003-2009) ?

Namun jika angka RM237 BILLION itu tidak wujud atau dengan kata lain ianya FITNAH semata-mata, mohon KJ failkan SAMAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau Pengerusi BMB pun ada terima habuannya, elok benarlah tolong KJ untuk perjelaskan!!!

Siasatan Awal Polis Pemandu Lori Positif Ganja, Pemandu Karpal Positif Todi ?

Pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh awal pagi tadi dipercayai di bawah pengaruh dadah.

Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal polis menerusi saringan ujian air kencing kepada pemandu lori tersebut mendapati terdapat kesan-kesan dadah jenis ganja.

"Terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut.

"Namun begitu, kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut," katanya.

Persoalannya kenapa hanya pemandu lori saja yang dilakukan ujian saringan air kencing dan seolah-olah ingin memperlihatkan bahawa kejadian malang itu total berpunca daripada pemandu lori semata-mata ?

Bagaimana pula dengan pemandu mendiang Karpal Singh ? Sudahkah disiasat atau dilakukan ujian yang sama sepertimana yang dilakukan keatas pemandu lori itu ?

Sangat tidak adil jika siasatan hanya tertumpu kepada pemandu lori sahaja, ini kerana kemalangan itu dilaporkan lori yang dirempuh bukannya lori merempuh.

Lori dirempuh kerana menukar laluan tanpa memberi isyarat ? Adakah dengan itu pemandu lori sahaja yang bersalah dan disiasat ?

Seharusnya pemandu Karpal juga mesti disiasat, kalau pemandu lori itu didakwa "terdapat adanya kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing", itu tidak bermakna pemandu Karpal 'bebas' atau semasa kemalangan ia berada dalam keadaan normal sebelum ia dilakukan siasatan dan dibuktikan sebaliknya.

Jadi untuk meletakkan kesalahan secara mutlak terhadap pemandu lori adalah tidak adil, secara logiknya sungguhpun pemandu lori itu 'khayal dadah' dan menukar laluan tanpa memberi isyarat, namun jika pemandu Karpal memandu secara berhemah atau mengikut had laju yang ditetapkan mungkin kemalangan ini masih boleh dielakkan.

Melainkan kalau lori itu yang merempuh kenderaan yang dinaiki oleh Karpal, jika begitu barulah tidak ada keperluan untuk menyiasat atau melakukan ujian saringan terhadap pemandu Karpal.
Apapun lebih malang lagi bila ada individu-individu 'bodoh asal' yang gila ber'teori' mengandaikan kemalangan yang melibatkan Karpal itu sebagai konspirasi kerajaan dan Umno.

Mungkin teori itu akan diterima pakai dikalangan sama spesis yaitu 'bodoh asal', kerana teori yang cukup bangang itu hanya boleh dihadam oleh akal-akal yang sama spesis saja dan bukannya majoriti rakyat dinegara ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Hj Hadi: Jika Tak Setuju Perlaksanaan Hudud, Terpulanglah

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, PAS sentiasa konsisten dalam isu hudud walaupun ada yang menentang.

“Isu ini wujud sejak awal 90-an, lebih awal dari PR, sebab itu tiada masalah untuk kita kemukakan (hukuman hudud),” kata Adun Rhu Rendang itu ketika ditemui di luar Dewan pada Persidangan Dun ke-13 di Wisma Darul Iman.

Ahli Parlimen Marang itu turut menegaskan, tidak ada sebarang perjanjian dibuat dalam PR untuk menghalang Pas daripada melaksanakan hukuman hudud dan atas dasar itu pihaknya tetap menyokong Kelantan.

Katanya, jika ada pihak tidak bersetuju dengan usaha melaksanakan undang-undang Islam di Kelantan, itu terpulang kepada mereka.

“Kita konsisten dalam isu ini,” katanya.
 
Sementara itu ketika mengulas isu sama, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat mungkin perlu bersama membuat kembali deklarasi berkenaan isu hudud di negara ini.

Anwar bagaimanapun berkata, walaupun sebagai Muslim beliau percaya dengan hukum Allah, pelaksanaannya hanya boleh dilakukan secara jitu jika negara yang diterajui pemerintah yang adil dan mengikut prinsip Islam.

Justeru beliau tetap dengan pendirian agar isu tatakelola diselesaikan terlebih dahulu sebelum hudud diimplementasikan.

"Apa keutamaannya, keamanan, keadilan dan kebajikan rakyat harus diberikan keutamaan.

"Saya menjemput PAS datang membincangkan secara penuh isu ini. Seluruh pemimpin Pakatan perlu membahaskan perkara ini ," kata beliau dalam sidang media di ibu pejabat PKJR di Petaling Jaya hari ini.

Tunggu Air Bomba Mandikan Jenazah

BACHOK - Penduduk Kampung Kubang Telaga terpaksa menunggu kehadiran bomba yang membawa air untuk memandikan jenazah seorang penduduk, Zakari Mat Hassan, 66, yang meninggal dunia selepas pulang dari padang berdekatan rumahnya kira-kira jam 3.15 petang, kelmarin.

Abang ipar arwah, Mohd Salleh Zakaria, 63, berkata, adik iparnya ke padang pada jam 2.30 petang sebelum mandi di parit berdekatan.

“Dalam perjalanan pulang ke rumah, dia sekali lagi mandi di perigi berhampiran sungai yang terletak kira-kira 200 meter dari rumahnya.

“Tiba di rumah dia mengadu sakit dada dan menghembuskan nafas terakhirnya,” katanya, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kubang Telaga, Rosle Abdul Kadir berkata, apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia buntu untuk mendapatkan bekalan air bagi memandikan jenazah.

“Saya tidak tahu bagaimana untuk dapatkan air untuk mandikan jenazah. Tak kan nak angkut air sungai yang jauh. Air perigi semua dah kering.

“Terpaksalah saya hubungi bomba supaya mereka hantar air bagi urusan memandikan jenazah ini. Pihak bomba tiba kira-kira jam 6 petang. Saya ucapkan terima kasih kepada pihak bomba yang sudi membantu kami ketika dalam kecemasan seperti ini,” katanya.

Jenazah kemudiannya disemadikan di tanah perkuburan berhampiran kira-kira jam 10 malam.

[VIDEO] Tun Musa Hitam - Kalau Saya Lawan Mahathir, Nasib Saya Sama Seperti Anwar !

Ahli Parlimen Shah Alam pada sidang parlimen mendakwa beliau pernah bertanya kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kenapa Tun Musa tidak melawan Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Khalid, jawapan yang diberikan oleh Tun Musa kepada persoalan itu ialah "Kalau saya lawan, apa yang berlaku terhadap Anwar akan berlaku kepada diri saya".

Dakwaan Khalid itu seolah-olah menggambarkan pertuduhan liwat keatas Anwar hanyalah satu konspirasi biarpun wujudnya bukti yang kukuh.

Bagaimanapun menerusi kenyataan yang keluar daripada mulut Tun Musa sendiri adalah sebaliknya dan jauh daripada apa yang didakwa oleh Khalid. 

Seumpamanya Tun Musa berkata, "Saya tidak mengatakan kalau saya hilang selepas itu, ini semua akan jadi kepada semua Timbalan Perdana Menteri yang lain".

"Saya bukan mengatakan Dr Mahathir kata, saya kata orang kata yang saya berhenti kerana Dr Mahathir dikatakan mengatakan saya...".

Kenyataan Khalid serta Tun Musa rujuk klipvideo dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

Kebenaran adalah perkara sukar untuk didapati daripada seorang ahli politik!

Kos Operasi Mencari MH370 Paling Mahal Dalam Sejarah Penerbangan Di Dunia

SYDNEY - Usaha mencari pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang dan masih lagi diteruskan telah menelan kos beratus-ratus juta dolar.

Bagagimanapun ia menjadi operasi carian yang paling mahal dalam sejarah penerbangan dengan menyaksikan 26 negara menyumbang bantuan aset termasuklah kapal terbang, kapal, kapal selam dan satelit.

Usaha carian yang telah memasuki tempoh sebulan dianggarkan oleh Reuters menelan kos sekurang-kurangnya AS$44juta (26 juta paun) yang telah dibelanjakan untuk menempatkan kapal dan kapal terbang tentera di Laut China Selatan dan selatan Lautan Hindi oleh Australia, China, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Angka itu berdasarkan statistik pasukan pertahanan mengenai kos setiap jam pelbagai aset yang dianggarkan oleh penganalisis pertahanan serta kos yang dilaporkan oleh Pentagon.

Angka untuk bulan pertama operasi mencari itu hampir menyamai perbelanjaan rasmi €32 juta (26 juta paun) dalam pencarian Penerbangan Air France AF447 yang terhempas yang dilakukan dalam jangka masa dua tahun di Lautan Atlantik pada tahun 2009.

Pakar-pakar penyelamat berkata kos sebenar bagi operasi Air France boleh menjadi tiga atau empat kali lebih tinggi daripada angka rasmi, namun jumlah untuk carian semasa ini dijangka mencecah beratus-ratus juta dolar.

Anggaran AS$44 juta untuk MH370 itu juga tidak merangkumi semua aset pertahanan yang digunakan oleh negara-negara termasuk Britain, Perancis , New Zealand dan Korea Selatan dan tidak termasuk kos-kos lain seperti pesawat awam, penginapan beratus-ratus kakitangan dan perbelanjaan bagi penganalisis perisikan di seluruh dunia.

Britain menghantar sebuah kapal selam berkuasa nuklear, HMS Tireless untuk membantu carian, tanpa mendedahkan lokasi sebelumnya.

Angus Houston, Ketua Marsyal Udara bersara yang bertanggungjawab bagi carian antarabangsa yang diterajui Australia pada Jumaat berkata beliau akan memberi anggaran keseluruhan kos pada masa akan datang.

"Ia memerlukan wang yang banyak," katanya. - Mstar

Video: Saya Teropong MH370 Dikatakan Malukan Negara, @anwaribrahim Main Belakang Dunia Lagi Malu

Anwar Ibrahim Mat Zin kedua-duanya umpama buku dan ruas, sama hebat sama padan, seorang meroyan nak jadi PM seorang lagi nak jadi Mahaguru.

Kalau Ibrahim Mat Zin tak mengaku malukan negara, Anwar Ibrahim pula tak mengaku meliwat, kedua-duanya punyai hujah putaran dengan gayanya yang tersendiri, tapi hakikatnya......................Sama cuma tak serupa.....

"Pemaluuuu..., seorang Timbalan Perdana Menteri bekas, 'main belakang' ! Allahuakbar dunia lagi malu, saya terima panggilan telefon dekat-dekat 500 ribu.........Itu hal peribadi dia saya tak campur!"... . Anda Mampu Mengubahnya.

Sistem Kehakiman Teruk - @anwaribrahim Tarik Balik Semua Saman !

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa sistem kehakiman negara sudah menjadi teruk ekoran campurtangan daripada pemimpin UmnoBN seharusnya membuktikan tuduhan itu dengan menarik semua saman beliau atau dengan kata lain tidak lagi menggunakan mahkamah walau dalam apa jua keadaan.

Namun apa yang berlaku Anwar hanya menerima pakai keputusan mahkamah apabila keputusan itu berpihak kepada beliau.

Sepatutnya jika benar apa yang didakwanya itu sebagai mahkamah tidak adil, beliau harus memboikot mahkamah, peguam-peguam pembangkang berhenti jadi peguam, untuk apa jadi peguam jika sistem kehakiman tidak ada keadilan ?

Sama juga dengan keputusan pilihanraya, bilamana keputusan tidak berpihak kepada mereka, mereka menolak keputusan itu dan mendakwa SPR tidak adil, pengundi hantu bangla dsbnya, tapi kerusi-kerusi yang dimenangi oleh mereka tidak pula dipertikaikan. Malah bila majlis angkat sumpah berlangsung, mereka tidak juga memboikot sebaliknya menerima seadanya.

Itulah sikap sebenar pihak pembangkang yang semakin menjadi-jadi akibat ketuanya yang gila meroyan nak jadi Perdana Menteri, semua perkara dia saja yang betul, semua perkara dia nak menang, apa dia ingat ini negara bapak dia yang punya sehingga begitu banyak cantik sekali dia punya muka !!!

Kesimpulan dari itu masyarakat perlu sedar akan realiti ini dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang khasnya Anwar, semua tuduhan yang dibuat beliau kepada kerajaan hanyalah fitnah jahat semata-mata demi kepentingan dirinya sendiri.

Sedangkan sebelum Anwar dijatuhkan hukuman bersalah kerana meliwat, beliau sempat membuat tawaran Konsensus Nasional kepada BN demi kepentingannya dengan  harapan beliau boleh terlepas dari tuduhan liwat.

Malangnya usaha beliau supaya pimpinan BN mengcampuri sistem kehakiman itu tidak sebagaimana yang disangka, ini kerana kerajaan BN yang ada ini bukanlah kerajaan dibawah pokok yang boleh sewenang-wenangnya melindungi penjenayah atau peliwat seperti Anwar, apa lagi untuk mengcampuri sistem kehakiman negara, yang salah tetap salah tidak mengira siapa pun ia.

Perkara utama yang ditekankan dalam konsensus itu adalah mengenai perpaduan kaum, tiba-tiba konsensus ditarik balik kerana beliau diputuskan bersalah meliwat Saiful, dan semua kita faham bahawa konsensus dan liwat adalah dua perkara berbeza, jadi disini nampaklah wayang Anwar menerusi tawaran konsensus itu bukanlah demi rakyat atau perpaduan kaum bagai, tapi untuk berbaik-baik dengan BN supaya boleh terlepas diatas tuduhan liwat yang dilakukannya.

Kalau tuduhan liwat keatas Anwar itu adalah konspirasi kerajaan UmnoBN, sudah pasti bukan air mani Anwar saja yang akan berada didalam ekzos Saiful, ramai lagi pemimpin pembangkang yang lain seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dll, tapi kenapa pemimpin-pemimpin ini tidak pula air mani mereka berada dalam mana-mana ekzos yang haram apatah lagi diluar tabie ???. Anda Mampu Mengubahnya.

Liwat - @anwaribrahim Akan Bersumpah Pada Himpunan Reformasi 2.0 Di 14 Buah Negeri ? #Video

Seruan kebangkitan rakyat bergema semula selepas mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah diatas tuduhan meliwat lubang ekzos Saiful Bokhari.

Rakyat dituntut supaya bangkit menentang kezaliman dan ketidakadilan sistem kehakiman negara, menurut Anwar, kebangkitan rakyat tidak perlu menunggu sehingga tarikh pilihanraya, malah, apabila ada 'signal' daripada pemimpin Pas, Dap, Keadilan supaya rakyat bangkit, rakyat mesti bangkit...

Jadi sebelum rakyat ingin bangkit, rakyat perlu berlapang dada dan berfikir secara matang dan bebas takut-takut kebangkitan itu hanyalah kebangkitan untuk mempertahankan peliwat sedangkan perbuatan meliwat itu adalah haram dan akan dilaknat oleh Allah Taala.

Apabila dengan bukti-bukti yang kukuh mahkamah putuskan Anwar bersalah kerana meliwat, tapi Anwar masih menafikan dan mendakwa mahkamah tidak adil, tidak bolehkah jika Anwar membela dirinya atau menafikan pertuduhan itu dengan bersumpah dengan nama Allah dihadapan seluruh hadirin dalam perhimpunan reformasi yang diadakan diseluruh negara itu ?.

Jika himpunan reformasi menjelajah 14 buah negeri, maka Anwar perlu berani membuktikan secara bersungguh-sungguh bahawa beliau memang benar-benar dizalimi dan bersumpah disetiap negeri dalam himpunan reformasi itu.

Demi kebenaran apalah salahnya, sebagai umat Islam sudah pasti kita yakin dan percaya kekuasaan Allah Taala tiada tolok bandingan, sekaligus diakhir setiap perhimpunan itu tutuplah dengan doa memohon perlindungan kepada Allah sebagai hamba yang telah dizalimi jika benarlah beliau dizalimi, usah bimbang dan khuatir kerana Allah Maha Mengetahui...

Sebaliknya terpekik terlolong dengan mengatakan kerajaan BN zalim, mahkamah tidak adil itu bukanlah satu perkara yang baik dan ianya tidak harus dipercayai oleh rakyat. Bayangkan jika sesuatu tuduhan keatas kita itu adalah satu fitnah walaupun mahkamah yang memutuskannya, adakah kita merasa TAKUT untuk melakukan APA SAJA yang tidak memudaratkan diri kita bagi membuktikan kita tidak bersalah.

Kalau benar kita dizalimi dan setelah proses mahkamah gagal mengadili kita, mengapa tidak berani bersumpah ? Sedangkan jika Anwar berani bersumpah keyakinan rakyat bahawa Anwar tidak bersalah semakin kuat, gelombang kebangkitan rakyat menjadi keramat. Namun daripada bersumpah bohong adalah sangat wajar untuk Anwar takut ditimpa laknat.

Tidak timbul soal bersumpah boleh menentukan samada seseorang itu bersalah atau tidak, tapi apabila kita merasakan proses keadilan dimahkamah gagal mengadili kita orang yang benar, apa salah sekurang-kurangnya jalan terakhir kita membela diri dengan bersumpah diatas nama Allah ?

Kalau Anwar boleh jelajah setiap negeri untuk hasut dan ajak rakyat bangkit kenapa tidak boleh untuk beliau bersumpah ?

Jadi untuk rakyat yang berhajat nak bangkit menentang kezaliman bersama-sama Anwar tu perlulah berfikir, atas dasar dan nas apa untuk mereka percaya bahawa Anwar dizalimi dan kerajaan BN mengzalimi Anwar.

Cukupkah sekadar dengan mendengar omongan kosong Anwar ? Siapa Anwar untuk rakyat mempercayai bulat-bulat setiap omongannya ? Malaikatkah Anwar ? Nabikah Anwar ?

Sedangkan Saiful yang berani bersumpah, proses mahkamah yang adil dengan memberi peluang kepada Anwar membela diri itu gagal untuk dinilai oleh rakyat secara rasional. Anda Mampu Mengubahnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...