Ahli Parlimen Shah Alam pada sidang parlimen mendakwa beliau pernah bertanya kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kenapa Tun Musa tidak melawan Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Khalid, jawapan yang diberikan oleh Tun Musa kepada persoalan itu ialah "Kalau saya lawan, apa yang berlaku terhadap Anwar akan berlaku kepada diri saya".
Dakwaan Khalid itu seolah-olah menggambarkan pertuduhan liwat keatas Anwar hanyalah satu konspirasi biarpun wujudnya bukti yang kukuh.
Bagaimanapun menerusi kenyataan yang keluar daripada mulut Tun Musa sendiri adalah sebaliknya dan jauh daripada apa yang didakwa oleh Khalid.
Seumpamanya Tun Musa berkata, "Saya tidak mengatakan kalau saya hilang selepas itu, ini semua akan jadi kepada semua Timbalan Perdana Menteri yang lain".
"Saya bukan mengatakan Dr Mahathir kata, saya kata orang kata yang saya berhenti kerana Dr Mahathir dikatakan mengatakan saya...".
Kenyataan Khalid serta Tun Musa rujuk klipvideo dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.
Kebenaran adalah perkara sukar untuk didapati daripada seorang ahli politik!
Kenyataan Khalid Samad adalah satu 'BALA' keatas umat Islam, HARAM untuk umat Islam memilihnya sebagai pemimpin, pengkhianat kepada agama, menggalakkan umat Islam untuk menjadi KAFIR, bukannya menyebarkan dakwah Islam, tapi menggalakkan umat Islam menjadi kafir, kebebasan kepala otak kau, itu kebebasan kau dengan Ambiga, bukannya kebebasan dengan sesama Islam, Islam baka itu anugerah wahai Khalid, apa punya manusia perangai macam ni, ishh kerana politik agama pun kau nak jual.
Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Kemudian kepada umat Islam yang murtad pula, Ijma' ulama' dari mazhab yang lapan (Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Mazhab Zohiri, Mazhab Syiah Zaidiyah, Mazhab Syiah Imamiah dan Mazhab Ibadiyah) dalam perihal membunuh si murtad.
(Sila lihat Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd, cet Dar Ibn Hazm, tahqiq oleh Majid al-Hamwi 4/1764; 'A'lam al-muwaqqi'ien, Ibnu Qayyim jld 5, ms 42; al-Majmu' 21/43, at-Tasyri' al-Jinaie al-Islami, Abd Qadir Audah, Al-Fiqh al-Islami, Dari Wahbah az-Zuhayli, Al-'Uqubah, Syeikh Abu Zuhrah, hlm 172)
Dari Yusof al-Qaradhawi mengatakan bahawa telah ijma' fuqaha' Islam bahawa hukuman bagi murtad adalah bunuh selepas Istitab. Perkara ini telah disahkan oleh Al-Allamah Imam Ibn Rejab al-Hanbali (w 795 H) di dalam kitabnya Jami' al-'Ulum wa al-Hikam (Syarh Hadith ke 14, cet al-Maktabah al-'Asriyah, hlm 134). Imam Muhd Abu Zuhrah (cendikiawan Islam terhebat di zamannya, w 1972 m) juga mengesahkan kesepakatan ulama' ini. (Lihat Al-uqubah, hlm 172)
Perihal menjatuhkan hukuman bunuh terhadap murtad ini juga telah dilaksanakan di zaman sahabat (selain Abu Bakar) oleh Mua'dz Jabal ra, Sayyidina Ali kw, (Rujuk Shohih Bukhari dengan syarah, Fath Bari, hadith no 6923) oleh Ibn Mas'ud setelah ditanya kepada Sayyidina Umar ra. (Rujuk Musannaf Abd Razak, 10/168, athar no 18707) Selanjutnya DISINI
Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku, itu merujuk kebebasan beragama diantara orang Islam dan bukan Islam, bukannya kebebasan sesama Islam, dan bercakap atas dasar Islam bukan atas dasar politik, kenyataan Azmin Ali itu betul, soal dia nak bela Nurul Izzah itu soal kedua, tetapi kenyataannya itu tepat sebagai seorang muslim.