BR1M VS GST - Pemborosan Dan Ketirisan Didahulukan Rakyat Diutamakan Beban

Ketika mula-mula diperkenalkan BRIM, walaupun cuma RM500 namun ia tetap dirasai sebagai satu jumlah  yang mampu meringankan beban hidup rakyat.

Bagaimanapun selepas 1 April 2015 apabila kerajaan mengumumkan bermulanya perlaksanaan cukai GST, BRIM tidak lagi dirasai sepadan atau berbaloi dengan kenaikkan harga barang biarpun jumlah BRIM ditambah dari RM500 kepada RM950 setahun.

Perlaksanaan cukai GST membuatkan rakyat tersentak dan tertanya-tanya adakah bantuan BRIM merupakan umpan kerajaan untuk perlaksanaan cukai GST. Bagi BRIM dan kemudian kenakan cukai GST!

Kita yakin dan percaya jika dibuat undian, majoriti rakyat pasti menolak BRIM kalau kerana BRIM cukai GST dilaksanakan.

Sebelum ini tanggapan rakyat terhadap pemberian BRIM adalah menyangka kerajaan yang ada sekarang ini bijak dalam menarik pelabur asing untuk melabur didalam negara sepertimana yang digembar-gemburkan, dengan hasil pelaburan itu pendapatan kerajaan makin bertambah, dengan pertambahan pendapatan kerajaan itulah  kerajaan mampu bagi BRIM pada rakyat.

Tapi sebaliknya yang berlaku, BRIM hanyalah satu helah kerajaan untuk mengutip wang dari seluruh rakyat menerusi GST, kerajaan hanya bijak mengutip wang dari rakyat, sudah tidak ada alternatif lain untuk menjana pendapatan negara selain dari rakyat dikenakan dulu.

Apakah kerajaan fikir rakyat akan berterima kasih kepada kerajaan dengan pemberian BRIM ? Kerajaan ambil RM10 dari rakyat kemudian pulangkan RM1 kepada rakyat dan minta rakyat berterima kasih kepada kerajaan !!! Munasabahkah ?

Antara salah satu contoh kegilaan cukai GST yang dikenakan boleh rujuk kepada bil Telekom Malaysia (TM), sebelum ini cukai perkhidmatan sebanyak 6% yang dikenakan oleh TM hanyalah kepada caj penggunaan panggilan telefon sahaja dan tidak kepada caj tetap penggunaan internet.

Namun setelah cukai GST dilaksanakan, cukai GST 6% itu dikira meliputi keseluruhan caj iaitu caj tetap bulanan RM121 + penggunaan RM33.80 yang menghasilkan GST sebanyak RM9.29.

Bijak sungguh kerajaan kutip wang dengan rakyat, sesuka hatinya sahaja, kalau dulu cukai hanya dicaj kepada penggunaan telefon sahaja, tapi kini caj tetap bulanan pun turut dicukaikan, itu baru bil TM, belum lagi perkhidmatan dan barang-barang lain, menerusi bil TM pun kerajaan dah kutip RM10 sebulan atau RM120 setahun, apalah sangat dengan BRIM RM950 setahun tu ? Kalau 1MDB yerlah....
Kerajaan sudah lupa dimana kuasa yang ada padanya diberi oleh rakyat, tujuan rakyat bagi kuasa supaya kerajaan mentadbir dengan baik bukannya dengan menyusahkan rakyat.

Nak tambahkan pendapatan negara sehingga mengcekik pendapatan rakyat adalah satu transformasi terlampau abad ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Pemborosan didahulukan ketirisan diutamakan, takder wang, rakyat dibebankan!!!

1MDB - Kalau @MuhyiddinYassin Berani Kenapa Tidak @NajibRazak ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat begitu payah untuk mengambil satu tindakkan tegas yang dapat menyakinkan rakyat akan kedudukan sebenar berhubung isu 1MDB,  seolah-olah ianya terlalu rumit untuk diperjelaskan secara telus kepada rakyat, seperti ada yang tidak kena....

Selaku seorang yang mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan dan juga Chairman kepada 1MDB itu sendiri, apa lagi yang Najib mahu bagi membolehkan beliau lebih bertanggungjawab keatas apa yang telah berlaku kepada wang yang dipinjam oleh 1MDB yang turut dijamin oleh kerajaan.

Isu 1MDB semakin hari semakin difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat samada dibandar mahupun luar bandar.

Persepsi masyarakat mengaitkan isu itu sebagai punca utama berlakunya peningkatan kos sara hidup rakyat, wang RM42 Billion dipinjam oleh 1MDB, sebahagian wang itu didakwa hilang atau gagal dijelaskan kemana perginya wang itu, untuk membayar balik hutang atau wang yang dihilangkan, kerajaan terpaksa mengenakan cukai GST kepada rakyat.

Bagaimanapun pihak kerajaan mendakwa masalah yang dihadapi oleh 1MDB hanyalah masalah aliran tunai jangka pendek, dari segi kualiti aset, nilai aset yang dimiliki 1MDB melebihi jumlah hutangnya.

Disini terdapat sedikit kekelakaran yang munasabah menimbulkan keraguan, tidak dinafikan nilai aset yang dimiliki 1MDB adalah melebihi hutangnya, namun terlebih dahulu kita patut tanya, daripada mana aset-aset 1MDB itu diperolehi atau dengan kata lainnya, 1MDB beli aset tu dari siapa?

Selain membeli aset dari syarikat, 1MDB juga turut membeli aset seperti tanah daripada kerajaan, namun tanah yang dibeli dari kerajaan jauh lebih murah berbanding harga pasaran, disini memperlihatkan percubaan kerajaan menutupi ketirisan yang berlaku kepada wang 1MDB.

Maknanya, bila kerajaan menyedari wang RM42 Billion yang dipinjam 1MDB tiris, kerajaan bertindak menjual tanah pada harga yang murah kepada 1MDB supaya dapat 'cover' dan ketiirisan itu terlindung disebalik pemilikkan aset melebihi liabiliti.

Wang tunai, Aset dan Unit

Memetik kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, 1MDB mungkin disalah tafsir dengan pelaburan sebanyak AS$1.103 bilion (RM4 bilion) dalam BSI Bank (Singapore) Ltd.

"Terdapat kesilapan. Mereka (1MDB) menganggap bahawa terdapat wang tunai apabila mereka menebus dana. Sebenarnya, itu merupakan simpanan, " kata Husni.

Apakah anda seorang yang waras ? Jika waras adakah anda fikir logik, sebuah syarikat besar yang urus niaganya melibatkan berbillion RM boleh menyalah tafsir dan mempunyai tanggapan salah keatas status berbillion wang yang dilaburkan.

Seolah-olah 1MDB ni satu syarikat cap ayam yang tidak mempunyai board of director, setiap keputusan yang dibuat oleh 1MDB ni seperti  diputuskan oleh seorang saja tanpa perbincangan, sehingga begitu bodoh sekali 1MDB tidak memahami terma keatas wang yang telah dilaburkan.

Isu 1MDB menimbulkan banyak kenyataan yang meragukan dari kerajaan, rakyat kebingungan dan makan hati dengan sikap kerajaan pimpinan Najib yang seolah-olah cuba melindungi penyeleweng.

Perkara ini sepatutnya Najib sebagai PM perlu lebih sedar dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri, keluarga dan kroni, sebaliknya perlu melihat kepada kepentingan umum dengan disegerakan  siasatan bebas dan mengumumkan hasil siasatan secara telus. Namun setakat ini tindak tanduk Najib langsung tidak menampakkan ianya kearah itu.

Isu 1MDB bukan setakat diperkatakan oleh pembangkang atau pemimpin bertaraf ketua cawangan, tapi isu 1MDB ini turut diperkatakan oleh mereka yang kewibawaannya meyakinkan rakyat antaranya  tokoh-tokoh besar negara, kumpulan profesional dari pelbagai latarbelakang termasuklah adik PM sendiri, Datuk Seri Nazir Tun Razak yang juga Pengerusi CIMB Group Bhd.

 “Pihak yang bertanggungjawab perlu melantik seorang juruaudit bebas sekarang... Kalau tidak, lembaga pengarah dan pengurusan (pada pandangan saya) perlu meletak jawatan.

"Ia adalah tanggungjawab asas dalam setiap pemimpin bagi sesebuah badan atau perlembagaan. Jika ada unsur penyelewengan atau sebagainya terhadap sistem kewangan, mereka harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. Tetapi sebaliknya, mereka hanya tunggu tindakan dari AG,”

1MDB pastinya tidak terhenti disitu, kini giliran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tempat yang sepatutnya iaitu sebagai timbalan bukan sebagai pencacai, menerusi penyebaran video ucapan beliau pada kursus politik yang dibuat secara tertutup, anjuran Biro Latihan parti itu.

Beliau dengan lantang dan tegas berpendirian supaya dipecat kesemua sekali lembaga 1MDB serta arahkan polis lakukan siasatan, tindakkan itu bertujuan bagi memulihkan imej kerajaan supaya rakyat melihat kerajaan lebih berterus terang dan bertanggungjawab.

Cadangan beliau yang amat bertepatan dengan kehendak rakyat itu  telah disampaikan kepada Perdana Menteri, namun setakat ini belum ada apa-apa tindakkan seumpamanya diambil.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak pernah terfikir bagaimana sebuah syarikat dalam tempoh begitu singkat menanggung beban sampai RM42 Billion.

Pendirian Muhyiddin itu memperlihatkan bahawa pemimpin UMNO bukanlah 'pak turut' membabi buta tanpa mengira logik isu, jika ada yang tidak kena seperti penyelewengan berlaku, pemimpin UMNO tidak ragu-ragu memberi pandangan biarpun pandangan itu dipandang sebagai derhaka.

Sikap yang ada pada Muhyiddin ini sewajarnya ada pada lain-lain pemimpin, setia kepada kebenaran, derhaka pada kebatilan.

Mungkin sikap Muhyiddin ini kurang disenangi oleh pencacai, sedangkan kalau Najib tidak bersalah sepertimana Muhyiddin tidak bersalah, mengapa harus takut untuk bertindak tegas sebagaimana yang disarankan oleh timbalannya itu? 

Dengan itu, jika Najib tidak mampu untuk bertindak tegas atau hanya mampu kata 'beri masa', ada baiknya beliau membuat keputusan berundur sebelum rakyat bertambah muak dan tempatnya itu dapat digantikan secara terhormat dengan mereka yang layak. Anda Mampu Mengubahnya.

"Tak timbul soal laga,  belum terlambat, pecat kesemua sekali lembaga 1MDB serta arahkan polis lakukan siasatan, selesai masalah" ?

Video - Ahmad Said Dedah Cubaan 1MDB Cagar Hasil Minyak, @NajibRazak Marah

"Perjuangan saya adalah untuk mereka yang impikan Malaysia yang maju dan adil,  Perjuangan saya adalah bagi mereka yang ingin membeli rumah yang mampu dimiliki oleh mereka, Perjuangan saya adalah untuk membantu ibubapa yang mempunyai tanggungjawab besar untuk menghantar anak-anak mereka kesekolah, Perjuangan saya adalah untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan tapi susah untuk mendapat kredit, Perjuangan saya adalah untuk graduan yang ingin mendapat pekerjaan , Perjuangan saya adalah untuk merapatkan jurang pendapatan rakyat terutama sekali diluar bandar, Perjuangan saya adalah untuk mereka yang susah kerana kos sara hidup, Perjuangan saya adalah untuk membantu semua rakyat yang memerlukan pertolongan daripada kita".

Ucapan bersifat retorik itu diucapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di sambutan ulangtahun UMNO ke 69 kelmarin, mendengar saja ucapan beliau kita seolah-olah sedang berada dikayangan didepan pintu syurga menanti saat untuk memasukinya.

Walhal hakikat sebenar jauh panggang dari api, terutamanya perkara yang seluruh rakyat sedang merasai yaitu bebanan cukai GST, amat tidak tepat jika beliau mengatakan "Perjuangan saya adalah untuk mereka yang susah kerana kos sara hidup" lebih tepat jika beliau katakan perjuangan saya adalah untuk menyusahkan rakyat dengan kenaikkan kos sara hidup.

Perjuangan saya adalah untuk mereka yang mahu memulakan perniagaan tapi susah untuk mendapat kredit', yang ni mungkin betul, tapi 'mereka' yang dimaksudkan itu bukanlah umum kepada rakyat, 'mereka' itu hanyalah anak-beranak dan kroni, khasnya Jho Low, demi itu menerusi 1MDB, kepentingan rakyat pun sanggup dicagarkan ? Tragis sungguh sikap pemimpin seperti ini.

Perkara tersebut didedahkan oleh bekas MB Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mendakwa  1MDB asalnya Terengganu Investment Authority (TIA) namun menarik diri apabila berlaku permasalahan yang tidak dapat beliau terima, iaitu cubaan mencagar hasil minyak dan gas di perairan Terengganu.

“Saya memohon maaf, buat masa ni saya tidak dapat menjawabnya, tapi saya tunggu masa sesuai. Saya akui betul, 1MDB asalnya TIA, Terengganu Investment Authority bukan agensi yang modalnya berbayar dan saya dan kerajaan negeri yang bayar. 

 "Tetapi apabila kita dapati hanky panky (perkara tidak betul), ada permasalahan yang tak boleh kita terima, termasuk saya boleh sebut di sini buat permulaan ini dulu. Inilah satu sebab kenapa saya dimarah Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), termasuk kes-kes lain, akhirnya kita menarik diri dan kerajaan negeri tidak rugi apa-apa, saya minta balik wang RM1 juta sebagai modal berbayar ketika itu.      

Itulah wajah sebenar Sang Perdana Menteri, demi si cina hingusan, hasil utama pendapatan negara pun hendak dicagarkan, seorang MB Melayu yang jujur dijadikan pertaruhan, inikah transformasi yang sering dilaung-laungkan ? Hanya indah khabar dari rupa, akhirnya rakyat jua menanggung derita. Anda Mampu  Mengubahnya.

Sejarah 'Dawn Raid' Guthrie Era Tun M VS Skandal 'Jhow Low' 1MDB Era @NajibRazak

Apa nak jadi ? Sampai duit tabung haji pun dibedal demi menyelamatkan 1MDB @ Jhow Low ? Kata-kata yang jauh menyimpang itu sedang berlegar dikalangan masyarakat sekaligus mengundang pelbagai persepsi negatif akan masa depan rakyat dan negara.

Pembelian tanah Tun Razak Xchange oleh Tabung Haji daripada 1MDB telah menimbulkan pelbagai spekulasi, tanah berkeluasan satu setengah ekar yang dibeli pada harga RM188.5 juta itu menyamai harga tanah berkeluasan 70 ekar yang dibeli oleh 1MDB daripada kerajaan.

Maknanya dengan penjualan satu setengah ekar sahaja, 1MDB seolah-olah memperoleh tanah tersebut secara percuma.

Bijak sungguh 1MDB ni berniaga, dapat untung berganda-ganda, berniaga dengan siapa ? beli dari kerajaan jual kepada tabung haji, siapa kerajaan dan siapa pula tabung haji ? Kerajaan adalah Amerika dan tabung haji adalah Israel.....???

Bercerita bab untung dan tanah ni mengingatkan kita satu sejarah yang berlaku dizaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad dimana apa yang disebut sebagai “Dawn Raid” atau Operasi Serangan Subuh dilancarkan demi mengembalikan tanah-tanah yang dijajah oleh British menerusi syarikatnya yang berusia 100 tahun yaitu Guthrie.
Biarpun negara kita telah mencapai kemerdekaan, namun hasil kekayaan bumi bertuah ini masih lagi dijajah oleh British, sehinggalah pada 7 September 1981...

Dengan persetujuan Perdana Menteri, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN). 

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini.... Sambung baca kisah menarik itu diSini.

Apa yang dapat kita katakan menerusi kebijaksaan kerajaan terdahulu dalam mengambil semula kekayaan negara daripada 'orang putih' adalah jasa yang cukup besar,  ketokohan pemimpin terdahulu amat terserlah akan kewibawaannya berbanding kebanyakkan pemimpin yang ada pada hari ini yang hanya tahu bermewah dan berniaga barang yang sudah dipunyai oleh kerajaan...

Dengan pemgambilalihan  syarikat Guthrie secara bijak dan licik itu sudah pasti menambahkan lagi kemarahan British, biarpun kita negara kecil namun PM ketika itu tidak pernah merasa gentar untuk menghadapi apa sahaja tekanan yang akan dilakukan oleh British.
Malah PM ketika itu bukan sekadar bertahan dengan tekanan British, jauh sekali untuk memohon maaf, sebaliknya bangkit bertindak balas dengan melancarkan beberapa dasar baru termasuk kempen 'Buy British Last' serta dasar pandang ke timur dsbnya.

Siapa PM ketika itu kalau bukan si tua yang dicaci dan digelar nyanyuk pada hari ini, jika bukan kerana usahanya, kritikkannya, kebijaksanaannya, keberaniannya, kepepimpinannya belum tentu terbinanya Menara Berkembar Petronas (KLCC), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Koridor Raya Multimedia (MSC), Pusat Pentadbiran Putrajaya, Litar Antarabangsa Sepang, Proton, Transit Aliran Ringan (LRT) sekaligus belum tentu nama Malaysia dikenali diseluruh dunia dan kita hari ini belum tentu seperti kita pada hari ini.

Berbeza jika dibandingkan dengan apa yang dibina oleh PM sekarang, jika bukan kerana penasihat, mungkin belum tentu dibinanya TRANSFORMASI, PEMANDU, GTP, ETP, KPI, NKRA, MKRA, NKEA, EPP, AH JIB GOR dsbnya, orang kampung mungkin bertanya, menate gapo-kah itu ? Walaupun tidak bersifat sturktur bangunan tapi pembinaan itu tetap menelan kos berbillion ringgit apatah lagi perlaksanaannya melibatkan konsultan asing dari British.

Hasilnya 1MDB, Jhow Low, GST dan Ya HaNaNa, kehilangan wang 1MDB belum terjawab, kesan awalnya peningkatan kos sara hidup rakyat, sementara Jhow Low masih lagi diselubungi misteri, Ya HaNaNa pula bakal menyumbang kepada kecelaruan ummah dengan aktiviti yang diibadahkan seperti zikir joget serta puja kubur yang mana bercanggah dengan amalan ASWJ.
Andainya Tun M dulu mentadbir negara sebagaimana yang ditadbir oleh pemimpin sekarang, apakah negara kita mampu berada ditahap hari ini ? Andainya Tun M dulu ada 1MDB dan Jhow Low, mungkin tabung saja yang tinggal haji entah Ya HaNaNa kemana!....

Katakan, sekalipun benar (biarpun tidak ada bukti) Tun M ada kaitan dengan skandal BMF, PERWAJA dsbnya, dari sudut pandang persepsi, semua itu masih boleh dianggap kecil jika dibandingkan dengan hasil dan sumbangannya pada kehidupan rakyat dan negara.

Sedangkan jika benar skandal 1MDB ia jauh tidak memadai untuk dibandingkan dengan BR1M berintikan GST. Sekadar janji manis dan degaran kenyataan berunsur retorik ia tidak memberi sebarang kesan.

Kesimpulan dari itu, kita bukan hendak membandingkan ketokohan dan kejayaan pemerintahan pemimpin, cuma ada eloknya umum lebih menyedari akan sejarah siapa sebenarnya tokoh yang sedang mengkritik pentadbiran kerajaan pada hari ini, beliau bukan hanya berani mengkrtik sesama Melayu, bahkan demi agamanya, pemimpin kuasa besar dunia waima bangsa Yahudi pun turut dikritiknya, bukan secara tertutup atau sekadar di-blog malah di forum-forum antarabangsa yang disensasikan keseluruh dunia.

Jika dibuat analisis sekalipun akan sejarah kritikkan beliau, ternyata apa yang dikritik beliau itu kesemuanya berasas bukan '0'. Sikapnya itu konsisten, jika melibatkan kepentingan Agamanya, Bangsanya dan Negaranya maka muncullah pemimpin lantang bernama MAHATHIR.

Sebagai rakyat, kita bukan ingin seorang pemimpin yang mendabik dada bangga kerana berdarah Bugis, tapi kita ingin pemimpin yang mampu mensejahterakan keseluruhan rakyat. Jika kritikkan Tun M itu bakal merubah dan membawa kesejahteraan untuk rakyat, maka "You are not alone".. Anda Mampu Mengubahnya.

"Memuja pemimpin dan menghargai jasanya adalah dua hal yang berbeza"

Apa Lagi Rompin Mahu ? BR1M Awal, PR1MA Diskaun, Uniform Baru RELA ?

Genap 2 tahun selepas PRU 13 majoriti kemenangan BN dalam PRK Rompin menyusut hampir 50 peratus setelah calonnya Datuk Hasan Arifin hanya menang dengan majoriti 8895 apabila memperolehi 23,796 undi menewaskan calon Pas, Nazri Ahmad yang menerima 14,901 undi undi.

Parlimen Rompin diketahui antara kubu kuat BN, pada PRU 13 lalu BN menang majoriti 15,114 undi apabila memperolehi sebanyak 30,040 undi manakala calon PAS sebanyak 14,926 undi.

Apakah faktor utama yang menyebabkan undi kepada BN merosot ? Sedangkan undi kepada PAS boleh dikatakan tidak berubah hanya 26 undi yang tercicir, jika faktor krisis dalaman diambil kira, tidak banyak beza diantara keduanya. 

Malah PAS telah membuktikan tanpa sokongan padu rakannya dari PKR dan DAP serta kewujudan PASMA, sokongan rakyat kepadanya tetap sama biarpun tidak ada pertambahan.

Sebaliknya BN mempunyai banyak kelebihan pada PRK, segala jenis Menteri bersama agensi serta seluruh jenteranya turun tertumpu disitu, taburan janji juga dilihat ranum dan manis, sehinggakan uniform baru anggota RELA turut dipertaruhkan, selain diskaun rumah PR1MA, bantuan BR1M yang disegerakan dsbnya.

Apakah itu belum cukup menarik minat pengundi di Rompin sehingga mereka tidak berlumba-lumba untuk mengambil kesempatan dari apa yang ditawarkan buat mereka. Jika begitu apa lagi mereka mahu ?

Hakikatnya pada situasi hari ini, dalam tempoh cuma  2 tahun saja hampir 50 peratus pengundi yang selama ini setia menyokong telah berpaling arah, dan jika situasi sama berterusan apa mungkin mustahil untuk 2 tahun dari sekarang 50 peratus majoriti yang tinggal itu juga akan turuti jejak yang sama ?

Sementelah isyarat itu datangnya dari kubu kuat, apatah lagi kawasan-kawasan 'neutral' lain yang dimenangi oleh BN dengan majoriti yang tipis.

Justeru pemimpin-pemimpin yang syok sendiri dan sering barkata-kata dengan sewenangnya, lebih-lebih lagi yang bertaraf Menteri usahlah terlalu megah dan selesa dengan jawatan yang disandang, kerana jika rakyat menarik sokongan maka ketinggian CGPA sahaja tidak lagi mengcukupi. Anda Mampu Mengubahnya.

GST Top-Up - Rakyat Kena Dulu @ahmadmaslan @shaberyc Kena Kemudian !

Cukai GST akan menurunkan harga barang, ini kerana sebelum ini pengguna dikenakan cukai SST iaitu sebanyak 10 peratus, setelah SST dimansuhkan dan digantikan dengan GST, pengguna tidak lagi dikenakan cukai 10 peratus, cukai yang dikenakan hanyalah 6 peratus... Ptuiiiiii!!!!!!

Tiba-tiba....
Hanya jauhari yang mengenal maknikam...Malas nak ulas panjang. Tak perlu tengok jauh, harga top-up prabayar pun sudah cukup membuktikan segala-galanya.
Betapa jijiknya kenyataan yang dibuat oleh Menteri, jelas-jelas nak memperbengongkan rakyat yang sedia bengong dengan kenaikkan kos sara hidup.

"Kastam panggil sykt Telco hari ini. Kena tolak SST 6% baru tambah GST 6% jadi harga tak berubah. Jika mereka degil, akan dibawa ke mahkamah!".
Seorang lagi Menteri kata kerajaan rugi RM800 juta jika hapus GST prabayar, siapa yang suruh hapus GST prabayar? Rakyat tak minta hapus, apa yang rakyat minta adalah harga topup pada harga asal.

Bukankah Timb Menteri kata "Kena tolak SST 6% baru tambah GST 6% jadi harga tak berubah". Jadi tang mana pulak kata kerajaan akan rugi RM800 juta jika hapus GST prabayar ni?

Kalau kita faham dari apa yang Timb Menteri nyatakan yaitu  "Kena tolak SST 6% baru tambah GST 6% jadi harga tak berubah". Bila harga tak berubah maknanya kekal seperti sebelumnya. Tapi sekarang kenapa jadi masalah ? Kenapa syarikat Telco berdegil menaikkan harga topup ?

Adakah syarikat Telco ni bengong sangat tak faham Timb Menteri kata Kena tolak SST 6% baru tambah GST 6% jadi harga tak berubah, payah ke nak faham ?

GST 6 % + SST 6 % = 12 %, maknanya dengan kenaikkan harga topup sekarang ni pengguna dibebankan dengan cukai berganda sebanyak 12 peratus? Apa  tindakkan kerajaan ??? Adakah kerajaan masih mengkaji sedang pada masa yang sama rakyat dibebankan dengan cukai berganda ?

Kalau kerajaan masih nak kaji, jangan dikenakan dulu GST..........Rasa naik anginlah pulak ulas panjang-panjang kenyataan bodoh-bodoh memperbodoh ni. Anda Mampu Menghumbannya.!!!
GST - Gemuruh Semangat Tok Janggut
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...