1MDB - Kalau @MuhyiddinYassin Berani Kenapa Tidak @NajibRazak ?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dilihat begitu payah untuk mengambil satu tindakkan tegas yang dapat menyakinkan rakyat akan kedudukan sebenar berhubung isu 1MDB,  seolah-olah ianya terlalu rumit untuk diperjelaskan secara telus kepada rakyat, seperti ada yang tidak kena....

Selaku seorang yang mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri, merangkap Menteri Kewangan dan juga Chairman kepada 1MDB itu sendiri, apa lagi yang Najib mahu bagi membolehkan beliau lebih bertanggungjawab keatas apa yang telah berlaku kepada wang yang dipinjam oleh 1MDB yang turut dijamin oleh kerajaan.

Isu 1MDB semakin hari semakin difahami oleh pelbagai lapisan masyarakat samada dibandar mahupun luar bandar.

Persepsi masyarakat mengaitkan isu itu sebagai punca utama berlakunya peningkatan kos sara hidup rakyat, wang RM42 Billion dipinjam oleh 1MDB, sebahagian wang itu didakwa hilang atau gagal dijelaskan kemana perginya wang itu, untuk membayar balik hutang atau wang yang dihilangkan, kerajaan terpaksa mengenakan cukai GST kepada rakyat.

Bagaimanapun pihak kerajaan mendakwa masalah yang dihadapi oleh 1MDB hanyalah masalah aliran tunai jangka pendek, dari segi kualiti aset, nilai aset yang dimiliki 1MDB melebihi jumlah hutangnya.

Disini terdapat sedikit kekelakaran yang munasabah menimbulkan keraguan, tidak dinafikan nilai aset yang dimiliki 1MDB adalah melebihi hutangnya, namun terlebih dahulu kita patut tanya, daripada mana aset-aset 1MDB itu diperolehi atau dengan kata lainnya, 1MDB beli aset tu dari siapa?

Selain membeli aset dari syarikat, 1MDB juga turut membeli aset seperti tanah daripada kerajaan, namun tanah yang dibeli dari kerajaan jauh lebih murah berbanding harga pasaran, disini memperlihatkan percubaan kerajaan menutupi ketirisan yang berlaku kepada wang 1MDB.

Maknanya, bila kerajaan menyedari wang RM42 Billion yang dipinjam 1MDB tiris, kerajaan bertindak menjual tanah pada harga yang murah kepada 1MDB supaya dapat 'cover' dan ketiirisan itu terlindung disebalik pemilikkan aset melebihi liabiliti.

Wang tunai, Aset dan Unit

Memetik kenyataan Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, 1MDB mungkin disalah tafsir dengan pelaburan sebanyak AS$1.103 bilion (RM4 bilion) dalam BSI Bank (Singapore) Ltd.

"Terdapat kesilapan. Mereka (1MDB) menganggap bahawa terdapat wang tunai apabila mereka menebus dana. Sebenarnya, itu merupakan simpanan, " kata Husni.

Apakah anda seorang yang waras ? Jika waras adakah anda fikir logik, sebuah syarikat besar yang urus niaganya melibatkan berbillion RM boleh menyalah tafsir dan mempunyai tanggapan salah keatas status berbillion wang yang dilaburkan.

Seolah-olah 1MDB ni satu syarikat cap ayam yang tidak mempunyai board of director, setiap keputusan yang dibuat oleh 1MDB ni seperti  diputuskan oleh seorang saja tanpa perbincangan, sehingga begitu bodoh sekali 1MDB tidak memahami terma keatas wang yang telah dilaburkan.

Isu 1MDB menimbulkan banyak kenyataan yang meragukan dari kerajaan, rakyat kebingungan dan makan hati dengan sikap kerajaan pimpinan Najib yang seolah-olah cuba melindungi penyeleweng.

Perkara ini sepatutnya Najib sebagai PM perlu lebih sedar dan tidak bersikap pentingkan diri sendiri, keluarga dan kroni, sebaliknya perlu melihat kepada kepentingan umum dengan disegerakan  siasatan bebas dan mengumumkan hasil siasatan secara telus. Namun setakat ini tindak tanduk Najib langsung tidak menampakkan ianya kearah itu.

Isu 1MDB bukan setakat diperkatakan oleh pembangkang atau pemimpin bertaraf ketua cawangan, tapi isu 1MDB ini turut diperkatakan oleh mereka yang kewibawaannya meyakinkan rakyat antaranya  tokoh-tokoh besar negara, kumpulan profesional dari pelbagai latarbelakang termasuklah adik PM sendiri, Datuk Seri Nazir Tun Razak yang juga Pengerusi CIMB Group Bhd.

 “Pihak yang bertanggungjawab perlu melantik seorang juruaudit bebas sekarang... Kalau tidak, lembaga pengarah dan pengurusan (pada pandangan saya) perlu meletak jawatan.

"Ia adalah tanggungjawab asas dalam setiap pemimpin bagi sesebuah badan atau perlembagaan. Jika ada unsur penyelewengan atau sebagainya terhadap sistem kewangan, mereka harus bertanggungjawab terhadap perkara tersebut. Tetapi sebaliknya, mereka hanya tunggu tindakan dari AG,”

1MDB pastinya tidak terhenti disitu, kini giliran Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil tempat yang sepatutnya iaitu sebagai timbalan bukan sebagai pencacai, menerusi penyebaran video ucapan beliau pada kursus politik yang dibuat secara tertutup, anjuran Biro Latihan parti itu.

Beliau dengan lantang dan tegas berpendirian supaya dipecat kesemua sekali lembaga 1MDB serta arahkan polis lakukan siasatan, tindakkan itu bertujuan bagi memulihkan imej kerajaan supaya rakyat melihat kerajaan lebih berterus terang dan bertanggungjawab.

Cadangan beliau yang amat bertepatan dengan kehendak rakyat itu  telah disampaikan kepada Perdana Menteri, namun setakat ini belum ada apa-apa tindakkan seumpamanya diambil.

Menurut Muhyiddin, beliau tidak pernah terfikir bagaimana sebuah syarikat dalam tempoh begitu singkat menanggung beban sampai RM42 Billion.

Pendirian Muhyiddin itu memperlihatkan bahawa pemimpin UMNO bukanlah 'pak turut' membabi buta tanpa mengira logik isu, jika ada yang tidak kena seperti penyelewengan berlaku, pemimpin UMNO tidak ragu-ragu memberi pandangan biarpun pandangan itu dipandang sebagai derhaka.

Sikap yang ada pada Muhyiddin ini sewajarnya ada pada lain-lain pemimpin, setia kepada kebenaran, derhaka pada kebatilan.

Mungkin sikap Muhyiddin ini kurang disenangi oleh pencacai, sedangkan kalau Najib tidak bersalah sepertimana Muhyiddin tidak bersalah, mengapa harus takut untuk bertindak tegas sebagaimana yang disarankan oleh timbalannya itu? 

Dengan itu, jika Najib tidak mampu untuk bertindak tegas atau hanya mampu kata 'beri masa', ada baiknya beliau membuat keputusan berundur sebelum rakyat bertambah muak dan tempatnya itu dapat digantikan secara terhormat dengan mereka yang layak. Anda Mampu Mengubahnya.

"Tak timbul soal laga,  belum terlambat, pecat kesemua sekali lembaga 1MDB serta arahkan polis lakukan siasatan, selesai masalah" ?

3 comments:

  1. nampaknya dalam UMNO tak boleh nak menegur atau memberikan pendapat. sebaik saja klip video TSMY tersebar, keluar pulak komen Puad Zakarshi menyerang TSMY. bila Tun menegur dan bertanya pencacai najib dengan cyber troopernya sekali serang Tun. pabila individu buat laporan polis berkenaan dengan 1MDB habis segalanya diserang. ada kah UMNO ingin melihat parti hancur bersama agama, bangsa dan negara? Ada kah mereka menilai najib dari sudut RM atau kemampuanya mentadbir negara serta menyelesaikan masaalah yang berbangkit?

    CASH IS KING!!!!!!!

    ReplyDelete
  2. kalu benda kecil tu salah pandang dan salah tafsir, apa tah lagi benda yang besar dan libatkan wang. mungkin lebih salah tafsir dan kegunaannya. semua ambil mudah, maka memang patutla 1mdb ada masalah besar. walaupun kecil, macam mana perkara kecil yang lain. maka segala kecil dikumpul akan jadi besar. jawapan menteri pun mudah juga, maka tindakan susulan juga cara mudah wal hal perkara tersebut penting dan berat.

    ReplyDelete
  3. Saya teringat Mahyudin dgn senyum simpul angkat banner 'Saya sokong Najib' di parlimen... Munafik

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...