Sidang Parlimen - Anuar Musa Dedah 4365 Projek Dibawa Ke Kelantan Bernilai RM10.3 Billion

Kehangatan pada pembukaan sidang parlimen yang ke 13 kali ini seakan-akan ada aura yang dibawa menyerupai aura kebangkitan The Red Warriors  dalam beberapa tahun lalu sehingga mana ianya tetap gah sehingga ke hari ini.

Jika beginilah hangat bahangnya, ini bermakna Gelombang Merah yang asli akan benar-benar berlaku dibumi Kelantan tanpa laungan retorik lagi, sebagaimana kusamnya pasukan bolasepak Kelantan sebelum tahun 2007 sehinggalah ia diberi nafas baru dan kejuaraannya telah terbukti.

Begitu juga dengan politik BN di negeri Kelantan, kusamnya sudahpun 23 tahun, tapi, apakah ia mampu untuk dibangkitkan ? Barang lama KO ni memang susah nak dibangkitkan, tapi ia tidak mustahil boleh dibangkitkan jika kena dengan cara jampinya.

Cara jampinya itu nampak ada dengan orang yang sama yang membangkitkan TRW yaitu Tan Sri Anuar Musa, jika dikatakan TSAM pernah menerajui BN Kelantan namun ia tetap gagal mengambil Kelantan dari Pas, harus diingat TSAM juga pernah menjawat sebagai Menteri Belia Dan Sukan, tapi apakah berjaya pasukan bolasepak negara ketika itu ?

Kalau nak bercakap pasal gagal, sejak 1990 belum ada lagi mana-mana yang mengepalai BN negeri itu mampu merampasnya daripada Pas ? Bagaimanapun jika melihat corak politik yang dibawa oleh TSAM ketika berbahas dalam sidang parlimen minggu lalu, pendekatan yang dibawanya itu agak menarik dan bersifat mewakili rakyat bukannya mewakili diri sendiri atau mewakili kawasan tertentu.

Kebiasaannya pemimpin BN Kelantan bercakap seolah-olah seperti bukan daripada Kelantan, ia seperti orang luar, menafikan apa yang disebut sebagai hak rakyat Kelantan dengan penafian 'tak reti bahasa', bersekongkol dengan pemimpin luar menuduh rakyat Kelantan sebagai miskin, atau dengan kata lain memberi gambaran buruk tentang negeri Kelantan bukan tentang Pas Kelantan.

Bagaimanapun agak berbeza dengan pendekatan TSAM, mungkin kerana pengalaman mematangkan beliau, dalam perbahasan beliau, selain isu nasional, beliau tetap menyentuh isu negeri, antaranya beliau meminta kerajaan pusat supaya membantu pembangunan di Kelantan seperti membina lebuhraya, lapangan terbang, stadium dsbnya.

Caranya itu pasti disenangi oleh rakyat Kelantan, bukan meminta itu yang disenangi, tapi cara politik memintanya itu yang disenangi, jika politik menghina digunakan, ia mungkin hanya disukai oleh penyokong sediada BN semata-mata, tapi untuk menarik minat penyokong Pas dan atas pagar ia jauh sama sekali.  Anda Mampu Mengubahnya.

Fakta - Dalam RMK8, 9, 10 Kerajaan Persekutuan BN telah pun melaksanakan sebanyak 4365 projek dengan nilai peruntukkan sebanyak RM 10.3 Billion di Kelantan. Bagi setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di Kelantan, sebanyak 10 peratus kerajaan persekutuan membayar kepada akaun kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran perkhidmatan atas projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

"TSAM harape baghu oghe Kelate"

Video - Husam Seronok Cerita Pengalaman Pertama Boleh Sauna Dalam Lokap

Sejurus  dibebaskan dari tahanan polis jam 5.05 petang semalam, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa membuat sidang media dan mendakwa seronok berada dalam tahanan di IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa kerana lokap berkenaan baru saja siap pembinaannya.

Kenyataan Husam sebagai seorang pemimpin itu dilihat tidak wajar kerana seolah-olah memberi galakkan kepada rakyat untuk melakukan jenayah sekaligus dapat menginap didalam lokap selesa berkenaan. Namun kenyataan Husam itu tidak diambil kira oleh kerajaan yang didakwanya sebagai zalim. Itupun kalau nak dikira boleh dibuat isu kalau benar kerajaan hari ni saja-saja nak cari pasal.

Bagaimanapun semoga Husam bermuhasabah dan menilai kembali ucapannya itu, tapi sebenarnya pihak Majlis Agama Islam  yang sepatutnya menyiasat beliau bagi kenyataannya yaitu 'terkorban dalam himpunan Blackout syahid Fi Sabilillah', kena tanya balik Husam ambil nas kot celah mana boleh syahid Fi Sabilillah tu.

Sebabnya kenyataan itu terlalu sesat jika berdalilkan menentang kemungkaran, kemungkaran yang tidak jelas dan gagal dibuktikan, bahkan tidak perlu mengorbankan diri kerana masih ada lagi kaedah untuk menegakkan kebenaran itu menerusi fail petisyen, tidak timbul langsung soal menentang penipuan ini Syahid Fi Sabilillah, janganlah dipermainkan hukum hakam agama ini demi keuntungan politik semata-mata.

Banyak lagi kemungkaran yang jelas perlu ditentang, jangan buat mudah ikut dan nak bagi hukum, kalau kita tu bersih sungguh, lebai sungguh bolehlah tahan, ni kita baca Hadis pun merangkak lagi.

Tak mahulah kita untuk berkata padan muka kepada Husam kerana ditangkap, nasib kita depan hari pun belum tentu lagi macam mana, ada ke orang yang akan berjuang membantu kita kiranya kita ditahan ataupun disaman setelah kita berjuang untuk mereka dan mereka pun sudah bersenang lenang.

Agak-agaklah siapa dalam kepala pejuang BN sekarang ini yang akan datang membantu kita ketika kita berada disituasi berkenaan, sebagai contoh, aktivis pro pembangkang seperti Adam Adli, Safwan Anang dan beberapa orang yang ditahan berdemontrasi diparlimen semalam, kita tengok ada masalah ke ? Berpuluh-puluh barisan peguam dibelakang mereka tampil membela dan menghulurkan bantuan. Tapi belum tentu nasib pejuang BN sebaik nasib pejuang PR. Itu adalah hakikat dan realiti yang sukar disembunyikan.

Kita kuat sangat duk menghentam pemimpin pembangkang sebenarnya demi siapa ? Demi agama, bangsa dan negara. Ok, benarkah dasar itu diperjalankan dengan baik oleh pemimpin dan parti yang kita perjuangkan ? Apakah pemimpin yang kita perjuangkan itu ikhlas berjuang demi agama, bangsa dan negara ?

Menurut sesetengah pemimpin, kalau kita berjuang demi agama, bangsa dan negara kita jangan mengharapkan apa-apa imbuhan untuk kita, kerana kita perlu ikhlas berjuang tanpa mengharapkan satu sen pun diberikan imbuhan, ikhlas juga menurut mereka tidak perlu makan nasi atau keperluan hidup seperti orang lain, kita nak tanya, ada berapa ekor pemimpin BN yang ikhlas berjuang sebegitu sekali ?

Imbuhan tu tak perlu diharapkan jika ia sudah diberikan, tapi kalau tak beri pejuang nak mengtekedarah apa ? Seikhlas-ikhlas Pak Imam dimasjid pun diberikan elaun, Mufti pun sama, apakah jika diberikan elaun itu menjadikan mereka tidak ikhlas, jangan sempitkan fikiran wahai pemimpin yang tamak haloba. Jangan sampai pejuang-pejuang ini melihat perjuangan UmnoBN sudah tidak relevan kerana hanya menjaga kepentingan pemimpin atasan bukan kepentingan marhaen.

Habis kalau pejuang melihat tak relevan pun pemimpin ini nak peduli apa, dia masuk politik hanya nakkan projek, bukan ia menjiwai dasar perjuangan, kalau Umno berkubur dia boleh pergi bertenggek dalam parti lain pula. Yang ni nak kena kita faham ni, bukan masalah Umno, tapi masalah pemimpin Umno, kalau nak hukum ia perlu dibezakan antara pemimpin Umno dan Parti Umno.

Apa sebenarnya yang berlaku ? Banyak yang berlaku, tanpa disedari ini tajuk cerita Husam sudah meleret jadi cerita pemimpin Umno. Lari tajuk kerana ada perkaitan dan perbandingan, apapun mungkin pada tajuk lain boleh diperincikan perihal masalah didalam kepimpinan Umno Kelantan ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Husam cakap seronok dalam lokap baru, so, apa lagi Aktivis R, tak perlu takut untuk berdemonstrasi, lokap baru tiada pijat dsb..

Syabas @Zahid_Hamidi, Ni Baru Betul, Lepas Ni Pasti Lim Guan Eng Takkan Biadap Lagi



Selang sehari sahaja kenangan diatas terukir, salah seorang daripada pemimpin yang mencatat kenangan itu mengeluarkan satu kenyataan yang kurang enak didengar dengan menuduh parti milik Melayu sebagaimana rakaman video dibawah. Parti milik Melayu yang dicercanya itu salah seorang dari pemimpin parti itu adalah orang yang baru sahaja didakapnya. Bukan kecil-kecil punya pemimpin, mungkin satu masa nanti bakal Timbalan Presiden parti Melayu tersebut.

Bila begitu, apa lagi ! Melatahlah kawan tu apabila diberitahu oleh pejuang maya BN akan sikap 'celaka' pemimpin 'cinabeng' berkenaan, walaupun beliau cuba berbuat baik dan menjalankan tanggungjawab yang adil, tapi 'cinabeng' tak pernah puas membalun parti yang diwakilinya.

Dalam nada tegas tanpa sebarang amaran lagi, dengan sungguh-sungguh bukan olok-olok, pemimpin  itu berkata, "Spt melepaskan anjing tersepit, biarpun nilai kemanusian patut atasi perbezaan. Semua dipolitikkan. Murahnya nilai maruah dia".

Lim Guan Eng - "Who ever lah, Umno ka, JKP ka, kakaka ka, kita hantar saja"
Ahmad Zahid Hamidi - "Murahnya nilai maruah dia".
Akhirnya kebiadapan 'cinabeng' itu diajar cukup-cukup oleh pemimpin Melayu tersebut selepas majlis angkat sumpah di parlimen semalam, kelihatan pada gambar diatas, 'cinabeng' itu meraung kesakitan 'tak mauuuu' selepas ditanya 'apa lagi lu mau' dan ditampar dengan menggunakan teknik penampar jepun atau nama saitifiknya penampar 'kapit'.

Ia bertujuan bagi menyedarkan 'cinabeng' itu supaya jangan biadap lagi, dan sikap tegas yang ditunjukkan oleh pemimpin itu perlu dicontohi oleh semua masyarakat Melayu dan mengajar kita supaya jangan diberi muka pada bangsa yang tak reti bersyukur ini.

Kerana apa ? Kita dah buat baik, sempat lagi dia duk kutuk kita, mahu kita tak marah, sepatutnya kita yang kutuk dia, ini macam dia pulak yang buli kita, sedangkan ini negara kita yang punya, kerajaan pun kita yang kuasai, pihak keselamatan pun ditangan kita, tapi berani pula 'cinabeng' ni kutuk kita. Memang patut pun kena penampar jepun tu.

Maka marilah kita sama-sama bersatu hati berpadu tenaga supaya kita orang Melayu tidak mudah dipermainkan oleh puak 'cinabeng' ini, contohilah pemimpin kita, jika mereka biadap, kita bagi penampar jepun agar mereka tidak berlaku biadap lagi kepada kita orang Melayu, Hidup Melayu !!! Anda Mampu Mengubahnya.

Begitulah politik, ia perlu matang dan bersemangat 1Malaysia biarpun hanya kita yang dicerca tanpa kita mencerca.

Video - Anwar: "Saya Tak Pernah Menolak, Saya Sedia Jumpa Najib Dan Muhyiddin"

Andai sudah biasa dijalan belakang, maka usahlah dihairankan jika tabiat itu berulang, begitulah yang berlaku sehingga menyebabkan lebih 40 orang pimpinan kanan Parti Keadilan istihar keluar daripada parti itu akibat sudah tidak tahan lagi diperbelakangkan oleh pemimpin tertingginya.

Bercakap dihadapan rakyat berapi-api, menghasut rakyat memusuhi kerajaan, sehinggakan ada yang terpedaya mendirikan khemah ditengah padang, berjemur cuaca jerebu, hujan atau panas tidak dihiraukan, kerana katanya lawan tetap lawan, tapi Anwar setibanya diparlimen dalam cuaca dingin tidak pula nampak melawan, malah terdiam di meja makan.

Seorang insan yang bermaruah pasti segan untuk berdepan makan semeja dengan insan yang sepanjang masa dikutuk dan dicerca, benarlah kata-kata yang mendakwa bahawa Anwar merupakan makhluk dua alam, tak padanlah dengan berapinya kata-kata nista  beliau selama ini dengan apa yang dikerjakan dibelakang. Anda Mampu Mengubahnya.
Takut giler tengok muka Anwar ni, hati-hati Jib, dia tu suka main belakang, kahkahkah

Video - Anwar Dedah Pemimpin PR Bakal Melompat Lagi, Himpunan 'Blackout' Terhenti

Dakwaan tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan PRU 13 yang lalu, dimana pada mulanya beliau membawa isu pengundi bangla, dan kemudian isu 'blackout', seterusnya buat laporan polis mengenai dakwat kekal, akhirnya semalam dalam ucapan pada sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang, Anwar mengakui kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan penolakkan oleh masyarakat Melayu dan langsung tidak menyebut mengenai penipuan atau ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai punca kekalahan mereka.

Tindakan Anwar yang dilihat semakin kendur menyalahkan SPR itu dipercayai kerana kurangnya sambutan dikalangan rakyat bahkan dikalangan pemimpin didalam PR sendiri, disebabkan reaksi hambar kebanyakkan pemimpin PR yang lain mengenai isu ini, Anwar seperti biasa awal-awal lagi menuduh mereka dibayar oleh UmnoBN yang menyebabkan mereka 'letih'.

Selain itu Anwar mendakwa, propaganda dengan isu perkauman yang dimainkan oleh Umno berjaya menimbulkan kerungsingan dikalangan orang Melayu menyebabkan undi Melayu berpihak kepada BN.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin didalam PR berusaha mencari alternatif bagi menarik sokongan orang Melayu kepada PR, kerana menurutnya bumiputera Melayu adalah merupakan penentu bagi kuasa politk di Malaysia.

Terdahulu, Anwar turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Blackout 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya. Ada Mampu Mengubahnya.

Video - Anwar Hina "Orang Melayu Paling Keparat, Cina Keluarga Kita"

Dalam ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dihimpunan blackout 505 di Padang Merbok semalam yang sebahagian besarnya dihadiri oleh masyarakat cina, Anwar berkata, "Padahal kamu tahu, orang Melayu diantara paling keparat miskin dalam negara kita, orang cina keluarga kita".

Oleh kerana Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya merupakan orang Melayu, Anwar turut menyelar pengerusi SPR itu dan menyifatkan pengerusi SPR sebagai "bodoh lebih bodoh daripada budak sekolah"

Sebaliknya Anwar dilihat lebih membela tauke-tauke cina yang kaya raya dan langsung tidak mengaitkan nama-nama 'billionare' berketurunan cina sebagai menerima manfaat daripada pemerintahan kerajaan BN.

Anwar hanya berani mengaitkan nama tokoh Melayu seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dan tokoh India Ananda Krishnan, seolah-olah beliau menutup mata jika kekayaan itu dimiliki oleh orang cina seperti Robert Kuok, Vincent Tan dan lain-lain cina lagi biarpun mereka ini tidak terlepas daripada menerima manfaat hasil dari pemerintahan kerajaan BN.

Kebaculan Anwar kepada orang cina jelas dapat dilihat pada rakaman ucapan beliau dibawah, apabila Anwar dilihat 'bengong' dan terkedu seketika selepas menyebut nama Ananda Krishnan, Anwar tidak sebegitu lantang sebagaimana ketika beliau menyebut nama Syed Mokhtar, Anwar seperti teragak -agak untuk mengaitkan nama tauke cina sebelum mengambil keputusan untuk tidak mengaitkannya.

"Kerja apa ? bagi setengah billion, suku kepada Syed Mokhtar, kerja apa ? Bagi billion ringgit kepada tauke judi Ananda Krishnan.........................................................................Minyak, petroleum, dipesisiran pantai Sarawak".

Kenapa Anwar tidak mengaitkan sama nama tauke cina, Anwar takut ? Atau Anwar sudah diberi amaran oleh cina-cina DAP ? Orang Melayu kaya, Anwar bising, orang India kaya, Anwar bising, orang cina kaya raya, Anwar bisu sekaligus menghalalkan apa saja asalkan kaum cina. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Anwar Kecewa, Kerana Cuaca Penyokong PR Tinggalkan Perjuangan

Kekecewaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran rakyat yang menghampakan dihimpunan blackout 505 yang diadakan petang tadi jelas dapat dilihat dalam beberapa petikan ucapan beliau.

Kebiasaannya beliau sering menyalahkan kerajaan khasnya FRU yang menggunakan alat pemedih mata bagi menyuraikan mereka, namun petang tadi kuasa Allah dengan cuaca yang berjerebu menyebabkan sebahagian besar penyokong PR tidak hadir dan ada juga yang bersurai awal.

Maka perancangan mereka untuk gulingkan kerajaan tidak tercapai, selepas ini apa pula perancangan Anwar yang keseterusnya. Anda Mampu Mengubahnya.

Gambar Husam Syahid Di Balai Polis Ampang, Akan Dibawa Ke Kelantan Untuk Di Siasat

Husam syahid sedang berbincang dengan peguam kafirun Sivarasa dan Gobind Singh
Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa telah ditangkap oleh Polis Cawangan Bukit Aman dan dibawa ke Balai Polis Ampang untuk Laporan tangkapan, beliau ditahan dan akan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan kerana dipercayai telah mengeluarkan kenyataan sesat yang berbaur hasutan.

Waran tangkap ke atas beliau telah dikeluarkan oleh IPD Cawangan Kota Bharu pada 20hb. Jun, 2013. Beliau akan dibawa ke kelantan untuk disiasat bawah Akta Hasutan. Bagaimanapun dilaporkan NGO R tajaan beliau akan berhimpun di Balai Polis Ampang pada malam ini.

Sementara itu penganjur himpunan blackout  turut mengesahkan menerima laporan penahanan bekas Exco Kerajaan Kelantan itu.

Pengerusi majlis, Chegu Bard memberitahu AJK Pas Pusat yang juga Ahli Parlimen Sepang, Mohd Hanipa Maidin dan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah sedang berurusan dengan polis berhubung penahanan itu.
Berita terdahulu, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa mengesahkan beliau sebentar tadi ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Padang Merbok dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada portal pembangkang berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu fatwa syahidnya sebagaimana yang disiarkan Harakahdaily. http://gelombangkick.blogspot.com/2013/06/video-husam-fatwa-mati-syahid-di.html

Dalam kenyataan yang disiarkan Jumaat lalu, Husam antara lainnya berkata: "Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikatasatu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Terkini - Husam Musa Ditahan Polis Dan Akan Disiasat Dibawah Akta Hasutan - Video

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa mengesahkan beliau sebentar tadi ditahan polis ketika dalam perjalanan ke Padang Merbok dan akan disiasat mengikut Akta Hasutan.

Husam dalam satu kiriman SMS kepada portal pembangkang berkata, beliau kini dibawa ke balai polis Ampang dan disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

Butiran lanjut mengenai penahanan berkenaan masih belum diperolehi namun ia dipercayai mempunyai kaitan dengan satu fatwa syahidnya sebagaimana yang disiarkan Harakahdaily. http://gelombangkick.blogspot.com/2013/06/video-husam-fatwa-mati-syahid-di.html

Dalam kenyataan yang disiarkan Jumaat lalu, Husam antara lainnya berkata: "Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikatasatu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Video Hasutan - Dari Dataran Tahrir Ke Padang Merbok, Siapa Yang akan Terguling ?

Aktivis jalanan, Hishamuddin Rais berkata, "Tidak guna bercakap lagi, bukti demi bukti tidak perlu dipaparkan, masanya ialah untuk bertindak, anak-anak muda, kita jangan takut untuk berkata, berniat seperti Tahrin Square"

"Anak-anak muda, saya yakin mereka semua ingin mengikuti perkembangan anak-anak muda dari Tunisia ke Mesir ke Istanbul ke Kuala Lumpur".

"Juga ibu-ibu bapa jangan takut  menggunakan perkataan menggulingkan kerajaan".

"Tidak ada kerajaan zalim dalam dunia ini yang dapat di alih ubah melalui pilihanraya, mustahil, tidak pernah berlaku, kerajaan zalim dalam dunia ini tidak pernah ditumbangkan melalui pilihanraya".

"Kita hanya ada satu pilihan, kita turun kejalanraya....Tipu pilihanraya kita turun kejalanraya".

- Siapa yang akan terguling sama-sama akan dapat kita saksikannya nanti...

Konspirasi Hitam - Esok, Sudah Dirancang Seorang Akan Dikorbankan Dalam Himpunan itu - Video

Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati, namun bagaimana cara kematian itu berlaku ? Adakah ketika kita sedang sujud kepada Allah yang maha esa ? Atau ketika kita di medan perang, berperang dengan pemerintah yang sahih zalimnya seperti Bashar Assad di Syiria ? Atau juga kematian kita itu sudah dirancang oleh pemimpin yang gilakan kuasa dengan kita menyertai demontrasi menentang kerajaan Islam yang baru sahaja mengzalimi kita dengan BR1M, KR1M, dan berbagai-bagai lagi 1M.

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka, justeru, jika kita memilih jalan untuk menjadi bahan konspirasi pemimpin yang gilakan kuasa yang sudah merancang kematian syahid di himpunan blackout '505', maka jalan itulah yang kita akan terima.

Suka kita memetik kata-kata yang dibuat oleh rakan senasib Anwar Ibrahim yaitu Husam Musa, ianya disebut senasib kerana mereka bergandingan mantap setelah seorangnya kecewa tak dapat jadi Perdana Menteri dan seorang lagi kecewa tak dapat jadi Menteri Besar Kelantan, kata-kata Husam dipetik seperti berikut :

"Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikatasatu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Kematian anda sebagai peserta demontrasi itu sudah dirancang dan diandai katakan, pernahkah anda mendengar mana-mana pemimpin mengajak anda ke ceramah mereka contohnya, dengan mereka mengandaikan jika anda mati ketika menghadiri ceramah itu, kematian anda adalah syahid, kenapa untuk menghadiri program ceramah mereka tidak mengandaikan ada 'kematian' ? sebaliknya menghadiri himpunan 'blackout' 505 ini diandaikan ada kematian.

Adat kata, secara logiknya jika andai ingin ke sesuatu tempat, sebagai contoh anda ingin ke masjid, anda tidak akan terlintas atau mengandaikan bahawa anda akan mati, melainkan jika anda ingin pergi bertetak, berparang, atau bergolok, anda pasti akan mengandaikan kematian boleh berlaku, kerana tempat yang anda ingin tuju itu anda tahu ianya berisiko.

Benar hidup dan mati Allah yang tentukan, namun jarang orang mati ketika pergi ke masjid, tapi selalu orang mati ketika mereka berperang, bertetak atau juga berparang. Mahu tidak mahu semua orang wajib mati, tapi inginkah kematian kita itu satu kematian yang sudah dirancang dalam usaha perancangnya  ingin menjadi Perdana Menteri ?
Sedangkan sebahagian golongan, termasuk golongan Ulamak didalam Pas yang ilmu agamanya lebih sikit dari ilmu agama Husam, tidak menggalakkan rakyat kehimpunan tersebut, namun untuk menghormati hubungan politik mereka tidak nyatakan secara terbuka, sebaliknya mereka sedaya upaya cuba mengadakan program pada tarikh berkenaan bagi mengelakkan penyokongnya terlibat atau hadir kehimpunan blackout itu.

Tidak cukup ilmu Husam untuk mengfatwakan syahid jika mati menyertai himpunan hitam itu, ilmu yang bersandarkan kepada buku dengan tidak berguru itu umum mengetahui gurunya adalah syaitan, hanya syaitan yang akan ikut syaitan, insan yang beriman pasti tidak akan mengikut syaitan.

Dalam teori lain pula, untuk menilai sejauhmana ilmu agama yang dipelajari Husam, penggunaan kata 'buku' dan bukannya 'kitab' pun sudah jelas untuk mengukur tahap kebiasaan Husam dengan hukum hakam agama, sebagai contoh dalam bidang perubatan, pelanggan klinik tidak dipanggil sebagai 'client', dan dalam bidang perundangan pula, pelanggan tidak dipanggil sebagai 'patients', walaupun hakikat ianya pelanggan. Begitulah juga bezanya antara Husam dan Ulamak, buku dan kitab.

Oleh yang demikian, kematian yang difatwakan oleh Husam bersandarkan kepada kelayakkannya, sebagai syahid itu sebenarnya adalah frog ataupun katak, bukan mati syahid tapi mati katak. Biarpun mati katak, berkemungkinan pengikut fahaman ini tak kisah, mereka tetap akan menyertainya, cuma kita nasihatkan supaya malam ini mereka bertaubat nasuha, wasiatkan apa-apa yang patut, dan sebelum turun ke himpunan, jangan lupa mandi wajib.

Siapa yang akan menjadi korban esok diatas perancangan pemimpin itu mendapatkan kuasa, kita tidak mengetahuinya, yang pasti kematian itu dari awal lagi sudah diandaikan, sama-sama kita menantikan perkhabarannya, andainya perancangan itu berjaya dan terkorbanlah salah seorang dari peserta himpunan tersebut, kita harapkan semoga mereka akan ditempatkan bersama-sama pemimpin berideologi songsang yang mereka agungkan yang menjadi pendokong utama kepada perhimpunan ini yaitu Anwar, Husam, Mat Sabu serta beberapa orang lagi pemimpin yang kesemuanya dilihat mendokong fahaman songsang tertentu dalam perjuangan dibawa mereka.
نعوذ بالله من ذلك . Anda Mampu Mengubahnya.

Kalau buat himpunan tu 21 Jun pun ok , boleh mati syahid hari Jumaat, lagi power!!! Lagipun polis tak halang sangat himpunan ni, sebab Menteri KDN dah patah kuku.

Zahid Hamidi Sifatkan Peluk Lim Guan Eng Seperti Melepaskan Anjing Tersepit ?

"Spt melepaskan anjing tersepit, biarpun nilai kemanusian patut atasi perbezaan. Semua dipolitikkan. Murahnya nilai maruah dia". Itulah kenyataan yang menggambarkan kemarahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan kenyataan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Umno. (rujuk pada klip video dibawah.)

Kenapa Zahid tak tanya 'apa lagi cina mahu?', setelah beliau sendiri yang turun padang melawat keluarga mangsa disamping mesra berdakapan dengan Lim Kit Siang, akhirnya sebagai tanda penghargaan diatas keprihatinan Zahid itu, Lim Guan Eng membalasnya sebagaimana kenyataan pada rakaman video diatas.

Lim Guan Eng - "Who ever lah, Umno ka, JKP ka, kakaka ka, kita hantar saja"

Ahmad Zahid Hamidi - "Murahnya nilai maruah dia".

Bagaimanapun, wayang cina yang dimainkan oleh Lim Guan Eng sangat jelas kelihatan, tapi tidak mengapa, masa masih panjang, kita akan sama-sama boleh melihat sejauhmana wayang itu hendak dimainkan. Secara zahirnya mungkin kenyataan mereka itu bunyinya seperti 'kasar', tapi itulah politik, disebaliknya punyai maksud yang tersirat demi masing-masing menjaga kepentingan politik masing-masing.

Pemimpin Umno selamanya takkan serik dipermainkan oleh komunis, mereka lebih suka membantu komunis daripada membantu pejuang, apakan daya ? Anda Mampu Mengubahnya.

Amboiii !!! Zahid Hamidi Peluk Lim Kit Siang Lebih Pada Hj Hadi

Ketika UmnoBN masih lagi dalam mood 'apa lagi cina mahu?' , tiba-tiba kita tersentak seketika melihat aksi 1Malaysia Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam keadaan berdakapan mesra bersama individu yang kebanyakkan dikalangan kita menganggap ia sebagai Ketua Komunis, yaitu Lim Kit Siang.

Ermmm... Kenapa agaknya Menteri Dalam Negeri ni tiba-tiba sahaja dilihat begitu intim dengan Lim Kit Siang ? ada batu disebalik udang kot !!!...

Eratnya Lim Kit Siang dalam dakapan Hj Hadi, erat lagi Lim Kit Siang dalam dakapan Zahid, takkan nak kata tiada apa-apa kot ?

Keintiman yang ghairah terjalin ini akan dirungkaikan, kerana jarang untuk kita lihat Zahid berpelukkan  kalau bukan dengan orang yang teristimewa buatnya....

Mesti ramai yang ingin tahu apa keistimewaan yang ada pada Lim Kit Siang yang membuatkan seorang Menteri Dalam Negeri teruja untuk memeluknya. Nantikan pendedahan selanjutnya selepas ini... Anda Mampu Mengubahnya..
Pelukkan bermakna
Kemesraan yang bukan sembarangan
Dengar sini baik-baik,! Ya boss! kehkehkeh !!!
Apa baran ni ???

Ketua UMNO Bahagian Yang Gagal (PRU13) Di Kelantan Di Desak Berundur Secara Terhormat !

Apa pendapat anda tentang kenyataan yang terdampar pada kain rentang diatas ? Adakah anda bersetuju dengan pendapat berkenaan ? Anda sememangnya punyai hak untuk bersetuju atau tidak bersetuju bergantung kepada apa yang berlaku disekeliling anda.

Namun mungkin pendapat berkenaan sangat sesuai untuk sesetengah bahagian tapi mungkin juga kurang sesuai kepada bahagian-bahagian yang lain, ini kerana, bahagian-bahagian yang gagal untuk menyumbangkan meskipun hanya satu kerusi pada PRU13 yang lalu tidak boleh diletakkan 100peratus kesalahan tersebut kepada ketua bahagian semata-mata, malah, ahli dan jentera juga turut bertanggungjawab dengan kegagalan itu.

Kita tidak nampak sebahagian pelapis yang ada hari ini lebih baik dari yang sediaada, jika pelapis yang ingin menggantikan itu ada yang lebih baik, teruskan, dan kiranya tidak mahu undur secara hormat, buat kiralah lagu-lagumanapun untuk mengundurkan secara tidak hormat.

Bagi kawasan saya, yang sediaada sudah baik, kita tidak tergamak untuk menentang orang yang baik dan sudah melakukan yang terbaik, cuma penambahbaikkan saja yang kita fikir perlu dilakukan, penambahbaikkan itu ianya hendaklah ada sifat 'berani', dengan sifat itu sahajalah yang boleh menjaminkan kemenangan dalam PRU14 nanti.

Maksud kepada berani itu adalah berani membuat keputusan, mengenalpasti masalah yang menjadi punca kepada kegagalan dan membuat keputusan dengan menghakiminya secara jantan,  tidak kiralah ia melibatkan anak beranak ataupun orang luar, kalau tetap penakut, maka bolehlah untuk berundur secara terhormat, kerana sifat kepimpinan itu tidak ada, dengan tidak adanya sifat kepimpinan itu ia membawa kemudaratan kepada yang ramai ataupun parti, oleh demikian WAJIB untuk ia berundur.

Hakikat yang sebenarnya perlu berundur secara terhormat adalah Penyelaras DUN yang bersikap 'koya' lebih pada Menteri, yang tidak 'koya' tu janganlah terasa, kerana kita bagitahu ni yang 'koya' sahaja. Kerana Penyelaras DUN ni sepatutnya menjadi orang penting untuk menarik minat rakyat menyokong BN bukannya menambahkan kebencian rakyat kepada BN.

Untuk menarik minat rakyat, adakah cara 'koya' 'tukat' langit seperti pemilik syarikat Berhad relevan untuk digunakan ? Pemilik syarikat dia nak angkuh pun tak apa, sebab itu syarikat dia yang buat, bukan dia dibayar gaji dengan duit rakyat,  pemimpin-pemimpun perlu sedar dan bezakan perkara ini, jangan sampai timbul dihati rakyat dengan kebencian sehingga sanggup untuk melakukan revolusi menggulingkan kerajaan semata-mata ingin melihat pemimpin angkuh itu disiasat, dihukum dan disumbat kedalam penjara.

Apabila dilantik sebagai Penyelaras DUN, ia mesti berkhidmat sebagai wakil rakyat, jika tak mahu berkhidmat sebagai wakil rakyat dengan alasan wakil rakyat sebenar yang dipilih oleh rakyat sedap duk makan gaji buta, maka Penyelaras DUN itu perlu meletakkan jawatannya supaya ia juga tidak makan gaji buta, soal wakil rakyat Pas nak makan gaji buta itu dia punya pasal, sebab walau dia makan gaji buta tapi dia boleh menang, kalau kita makan gaji buta kita pun boleh menang, ok takder masalah.

Yang menjadi masalahnya kalah, sedang kerajaan duk umum peruntukkan berjuta-juta bagi pada Kelantan, tapi BN tetap juga gagal menawan Kelantan, sehingga persepsi orang luar menganggap orang Kelantan tidak tahu berterima kasih, diberikan bermacam-macam bantuan tapi tetap juga memilih Pas sebagai kerajaan. Persolannya adakah bantuan itu telus sampai kepada rakyat ? Jangan-jangan duit PPRT pun tiris puluhan juta ditengah jalan.

Penyelaras DUN perlu mendekati rakyat dan berkhidmat dengan jujur lagi amanah, sebagaimana kata YAB Perdana Menteri, BN perlu pemimpin yang ada idea, isi dan keintelektualan yang boleh menterjemahkan agenda nasional menjadi kenyataan. Tapi jika dilihat kepada Penyelaras DUN yang ada sekarang ni, agenda nasional jauh untuk menjadi kenyataan melainkan agenda peribadi mengumpulkan kekayaan.

Dengan elaun, peruntukkan serta kuasa yang diberikan kepada Penyelaras DUN, apakah ianya dimanfaatkan sepenuhnya ataupun mempunyai KPI tertentu sepanjang perkhidmatan yang diberikannya ? Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Kenapa Kelantan Ada Wang Ehsan Pun Miskin ? Tukang Agih Wang Ehsan Mesti Kaya !

Biarpun Kelantan bukan negeri yang ditadbir oleh Barisan Nasional, namun peruntukkan daripada kerajaan pusat kepada rakyat negeri ini sama seperti di lain-lain negeri, bahkan lebih istimewa dengan adanya wang ehsan, setiap tahun kerajaan pusat mengumumkan ratusan juta bantuan kepada Kelantan, sehingga hari ini kita percaya mungkin sudah berbillion peruntukkan kepada Kelantan telah diluluskan.

Namun, apakah peruntukkan yang diumumkan berjuta-juta itu diberikan oleh kerajaan pusat terus ke tangan rakyat ? Atau masih ada banyak lagi tangan-tangan yang mesti dilalui sebelum sampai kepada rakyat ? Jika didengar kepada angka peruntukkan berjuta-juta itu, sepatutnya sudah tidak ada lagi rakyat yang miskin ataupun rumah yang daif dinegeri ini.

Mungkin sudah jenuh telinga kita mendengar peruntukkan juta-juta ini, sebagai makluman kepada rakyat Malaysia, saya sebagai rakyat negeri Kelantan tidak pernah menerima apa-apa bantuan daripada peruntukkan juta-juta yang diumumkan itu, malah, dalam tempoh seumur hidup sehingga hari ini, saya hanya menerima bantuan ikhlas kerajaan pusat sebanyak dua kali iaitu bantuan rakyat 1Malaysia BR1M, bantuan telus yang sampai ke tangan rakyat. Saya merangkap kesyukuran diatas nikmat tersebut.
Kalau di Kelantan mungkin "Tiada Air Nak Urus Jenazah Suami", di Melaka air ada, tapi duit pula takder. Renung-renungkanlah, mansuhkan Penyelaras Dun yang tidak bertanggunjawab sebelum lahirnya lebih ramai pembangkang!!!.
Tapi bagaimana dengan lain-lain bantuan ? lain-lain bantuan tidak ada, entahlah sampai kepada tangan yang mana ? Adakah tidak memohon ? sudah memohon tapi tak dapat. Apakah tidak layak ? Jauh dari layak jika dinilai secara adil lagi ehsan. Apakah jenis bantuan yang dipohon ? Bantuan membaiki rumah. Apakah kebulur jika tidak dibantu ? Jauh untuk kebulur, tidak sama sekali, malah ianya memberi inspirasi, semangat yang berkobar-kobar untuk terus hidup membongkar ketidakadilan, penyelewengan, penyonglapan yang dilakukan oleh pemimpin tertentu.

Kita tidak mengharapkan bantuan keatas diri sendiri, tapi mengharapkan bantuan yang diumumkan juta-juta itu mestilah sampai ketangan seluruh rakyat yang berhak, untuk dapatkan bantuan bagi diri sendiri, tidak perlu untuk menulis di blog ini, mungkin boleh cuba pintu belakang, tapi bagaimana nasib yang lain ? Berbaloikah persepsi buruk terhadap rakyat Kelantan dengan pengumuman peruntukkan juta-juta itu? Benarkah rakyat Kelantan tidak tahu berterima kasih jika peruntukkan yang diumumkan itu telus sampai ketangan mereka.?

Lanun-lanun yang membaham rakus peruntukkan ini mesti dibongkar kepada umum, ini penting untuk diketahui oleh seluruh rakyat agar persepsi mereka kepada rakyat Kelantan tidak seburuk yang disangka.
Jika pun peruntukkan itu diberikan, apakah telus jika ia berlaku sebagaimana dengan yang berlaku kepada makcik ini. Ada satu kes yang berlaku kepada seorang makcik tua yang miskin, dimana bantuan baiki rumah daripada JPP sebanyak RM3,000 telah diluluskan, bantuan tersebut bagi menggantikan atap rumahnya yang bocor, keluasan rumahnya yaitu rumah kampung biasa saya anggarkan berkeluasan lebih kurang 25f x 35f.

Dengan peruntukkan yang diluluskan sebanyak RM3,000 itu sepatutnya keseluruhan atapnya sudah boleh ditukar baru, namun hanya sebahagiannya saja yang ditukar, zink cap singa tu harganya cuma RM1.90 sekaki, sekeping zink lebarnya 2kaki, jika keseluruhan zink itu digantikan ianya cuma memerlukan 15 keping zink yang panjangnya 35kaki, harga zink untuk semua itu RM998, jika peruntukkan JPP sebanyak RM3,000, katakan upah pasang RM1,000 kemana RM1,000 lagi ?

Itupun kalau ditukar semua, kalau ditukar sebahagiannya sahaja, kemana perginya RM1,500 lagi ? Nak kata tukar kayu, kayu tak tukar, takkan beli paku habis sampai RM1k, ini betul-betul menganiayai orang-orang miskin, mungkin makcik tu boleh mereka perbodohkan, tapi golongan muda tak mungkin untuk mereka perbodohkan.

Bilamana sebahagian saja zink ditukar, tak sampai setahun makcik tu pun mengeluh lagi, masalah sama, rumah bocor, mohon lagi bantuan, maka projeklah lagi lanun-lanun ini.

Jika hendak ditanya kenapa rakyat Kelantan tak minta bantuan dengan wakil rakyat Pas yang mereka sendiri pilih ? Sebelum tu tanya dulu, kenapa kerajaan persekutuan menubuhkan JPP, memberikan peruntukkan kepada JPP, melantik Penyelaras DUN dan sebagainya ? Tujuan apa kerajaan pusat lantik Penyelaras DUN ? Lantik tu lantik saja ke, lantik ada elaun. Kalau ada elaun RM4,000 sebulan, duit siapa yang bayar elaun itu ? Duit BN ? Duit rakyat ?

Kita tidak mempertikaikan keikhlasan kerajaan pusat, tapi apa yang dipertikaikan adalah tindakan kerajaan pusat yang melantik individu yang tidak bertanggungjawab untuk mengagihkan peruntukkan yang diumum berikan sehingga peruntukkan itu tidak sempurna sampai kepada rakyat. Jika perkara ini berterusan, kita mencadangkan supaya peruntukkan itu langsung tidak diberikan atas nama bantuan kepada rakyat Kelantan.

Sebaliknya peruntukkan itu mestilah diumumkan atas nama bantuan kepada JPP, Penyelaras DUN dan suku sakatnya. Ini penting supaya rakyat tidak terkeliru. Sebab kalau atas nama rakyat Kelantan, peruntukkan itu mesti telus sampai kepada seluruh rakyat Kelantan yang layak, dan  JPP, Penyelaras DUN serta suku sakatnya tidak boleh dikategorikan sebagai mewakili seluruh rakyat Kelantan. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

'Belakang parang jika diasah lagikan tajam'

BN Gagal Tawan Kelantan Kerana 'Pitis'

Punca kegagalan Barisan Nasional Kelantan mengambil alih negeri itu sehingga ada sesetengah pihak lantang menyalahkan pihak lain seharusnya tidak timbul jika semua pihak sedar akan kedudukan yang sebenar.

Lebih malang lagi kesalahan itu diletakkan kepada pihak luar seperti NGO dan juga media khasnya media maya. Biarpun bunyinya agak 'lucu', tapi itulah hakikat yang syok diperdendangkan oleh sebahagian pihak yang kita fikir punyai kepentingan tertentu keatasnya.

Perlu diketahui, sehebat manapun gerakan NGO dan media, itu bukan penentu mutlak kepada kemenangan, faktor utama kemenangan adalah terletak kepada calon itu sendiri, bagaimana calon mengendalikan jenteranya supaya berkerja dengan lebih jujur dan amanah, tapi hal ini jarang untuk diperkatakan, mungkin kerana ia tidak mendatangkan manfaat yang besar sekalipun ianya diperkatakan atas sebab tidak ada kepentingan tertentu.

Sebagai contoh apa yang berlaku dan diperkatakan oleh pengundi disini adalah mengenai sikap seekor dua jentera BN yang mungkir janji atau menipu pengundi, antaranya, dilaporkan sebelum hari mengundi ada beberapa petugas parti yang mengadakan perjumpaan dengan pengundi selain menjanjikan sedikit saguhati yang akan diberikan semasa perjumpaan tersebut.

Pada awalnya perjumpaan itu dirancang di New Horizon Garden dan menjanjikan RM100 seorang sebagai saguhati, namun selepas itu perjumpaan tersebut diadakan di restoran sebelah stesyen minyak Caltex Wakaf Che Yeh dan diberikan cuma RM20 tidak sebagaimana yang dijanji, dengan kelakuan jahat yang seolah-olah memperbodohkan pengundi itulah yang menyebabkan kebanyakkan pengundi berdendam dan membalasnya semasa pilihanraya.

Bukan satu dua kes saja yang berlaku, banyak kes seperti itu berlaku, namun ianya tidak diberikan perhatian yang sewajarnya, jadi tidak perlu dihairankan jika anda melihat calon terbaik yang diletakkan oleh BN tewas dengan majoriti yang begitu teruk sekali, kadang-kadang buntu memikirkannya, kenapalah rakyat tolak pemimpin sebaik ini ? Sedangkan sokongan yang ditunjukkan rakyat sebelum hari pengundian dan semasa hari penamaan calon mustahil untuk pemimpin berkenaan kalah dengan majoriti seteruk itu.

Kalau dari awal lagi kita lihat rakyat tidak cenderung kepada BN, tidaklah kita terkejut dengan kekalahan dengan majoriti yang teruk itu, namun itulah penangan hasil dari tindak tanduk segelintir mereka yang pentingkan poket sendiri tanpa melihat kesannya kepada parti.

Begitu juga dengan sebahagian Penyelaras DUN yang angkuhnya mengalahkan Menteri, buat apa kerajaan melantik Penyelaras DUN ni pun kita tak tahu ? Kalau tiada Penyelaras DUN tentu rakyat tidak akan pergi memohon apa-apa bantuan, rakyat pun tak sakit hati, tapi bila sudah ada, maka rakyat akan pergi pohon bantuan, yang menjadi masalahnya bantuan yang nak diberikan itu seolah-olah kepunyaan peribadi Penyelaras DUN.

Disamping masa proses yang lama, jawapan Penyelaras DUN ni pun dah buatkan rakyat sakit hati, tapi kalau bantuan itu dipohon oleh saudara mara mereka, cepat pula bantuan tu sampai, ni masalahnya, tak telus, sepatutnya kewujudan Penyelaras DUN ni menguntungkan BN, sebaliknya sangat-sangat merugikan, jadi buat apa ada Penyelaras DUN wahai Kerajaan ? Adakah untuk menambahkan kebencian rakyat ?

Banyak perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbetulkan diperingkat bawah ini, itu belum dikira lagi pasal peruntukkan yang disonglap, ada setengah tu peruntukkan jentera pun disonglap apatah lagi peruntukkan kepada rakyat, tapi yang tu biarlah dulu, kita kira semula, sebab panjang sangat.

Kesimpulannya kekalahan BN tidak seharusnya dipersalahkan kepada NGO, media, rakyat dan pengundi luar, sebaliknya perkara yang disebutkan diatas perlu diberikan perhatian, yang tidak bersalah saling menunding jari, namun yang sebenar-benarnya bersalah sedang syok menikmati hasil dari memberi sumbangan kepada kekalahan BN di PRU 13 yang lalu. Anda Mampu Mengubahnya.

GSPS - 'Gerok Sikit Pitis Selaluh'

Peruntukkan Pilihanraya BN Kelantan Disonglap ?

#corrupt+file 

Tak Dilantik Exco, Tak Angkat Sumpah, Husam Kosongkan Kerusi DUN Salor !

ADUN Salor Datuk Husam Musa hari ini menjelaskan beliau tidak menghadiri majlis angkat sumpah di Dewan Undangan Negeri itu semalam kerana mempunyai tugasan rasmi di luar negara.

"Saya dijadual ada aturcara rasmi di luar negara bermula 13 Jun sampai 20 Jun. Permohonan cuti saya diluluskan oleh sidang DUN Kelantan semalam," 

Husam berkata beliau telah memohon untuk tidak menghadiri sidang DUN Kelantan sejak 26 Mei lalu kerana berada di luar negara termasuk menunaikan umrah pada 26 Mei hingga 9 Jun .

"(Perhimpunan) Blackout 12 Jun dan jadual luar negara 13 Jun di atur lebih awal sebelum dapat notis sidang dun," katanya.

Khabarnya juga, sejak tidak memegang apa-apa portfolio dalam kerajaan negeri, beliau kini mendapat berbagai undangan dari berbagai pihak termasuk menyampaikan ucapan di universiti di luar negera serta berjumpa dengan rakan dialog perniagaan. Beliau juga didakwa turut dijemput oleh sebuah badan di London untuk menyampaikan ucapan berhubung masa depan dan peralihan politik Malaysia.

Hebatnyaaaa......Justeru dengan hebat yang keterlaluan dan kesibukkan itu Husam perlu mengosongkan kerusi DUN Salor yang dimenangi beliau dalam PRU13 lalu bagi memberi ruang kepada mereka yang benar-benar boleh berkhidmat dan memberi komitmen sepenuhnya sebagai wakil rakyat.

Kalau Adun Air Lanas tak hadir sebab beliau sibuk ada urusan luar negara selaku Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Husam sibuk lebih pada Menteri ni dah jadi EXCO Perdagangan Antarabangsa dan Industri ke ?

Rakyat pilih beliau bukan untuk menyibukkan diri diluar negara, beliau dipilih untuk berkhidmat kepada rakyat, dengan alasan ketidakhadirannya itu jelas menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab. Majlis angkat sumpah pun boleh dibuat main seolah-olah tidak membawa sebarang makna buat beliau. Tapi yang anehnya kesemua himpunan 'Blackout' boleh pulak hadir.

Husam mendakwa ada urusan di luar negara ?, urusan itu atas kapasiti beliau sebagai apa ? Exco Perdagangan Antarabangsa dan Industri ? Menteri Besar Kelantan ? Hal ini perlu dijelaskan, rakyat tidak sepatutnya terus diperlembukan diatas perkara yang mereka sendiri tidak tahu sikap sebenar pemimpin yang mereka pilih, asal lambang bulan saja mereka pangkah, sedangkan mereka tidak sedar nasib dan masa depan mereka yang sepatutnya lebih baik dinafikan oleh pemimpin seperti Husam ini.

Kalau semua wakil rakyat berpendirian macam Husam, maka majlis angkat sumpah tidak akan berlangsung sebagaimana semalam, sepatutnya majlis seperti itu hanya boleh dimaafkan sekiranya ketidakhadiran bersandarkan diatas faktor kecemasan, seperti kematian saudara terdekat ataupun urusan luar yang ada kena mengena dengan rakyat atas kapasiti sebagai Exco mahupun Menteri.

Dimana tanggungjawab Husam sebagai seorang pemimpin ? Buanglah sikap angkuh tu wahai Husam, sikap yang akan memusnahkan masa depan rakyat, biarpun saya tidak sekaya Husam, tapi saya tetap bersyukur kerana tidak menjana kekayaan itu diatas kesusahan rakyat serta hasil negeri dengan mengambil kesempatan diatas kedudukan sebagai wakil rakyat, dan saya percaya kalau Husam tidak menjana kekayaan dengan cara seperti itu, Husam juga miskin seperti saya.

Tapi Husam semakin lupa diri, beliau ingat dengan apa yang beliau ada sekarang ini merupakan keistimewaan azali yang ter'takhta' padanya, jika tidak menumpang populariti Pas, siapalah Husam ? Jika rasa was-was, bolehlah kosongkan kerusi DUN Salor itu dan bertandinglah semula diatas tiket bunga raya, ketika itu kita akan tengok, rakyat pilih batang tubuhnya atau memilih bulan.

Kalaulah hebat sangat, sudah lama Nik Aziz lantik jadi Timbalan MB, tapi bila diberi peluang menjadi Exco, kejayaan apa telah Husam bawa yang boleh dibanggakan di Negeri Kelantan selain kejayaan membawa 'tauke-tauke' cina untuk bermaharajalela menguasai hasil mahsul negeri ini.

Ketahuilah wahai rakyat negeri ambo Kelate Darul Naim, Husam hanyalah bijak berpolitik dan berkata-kata untuk kepentingan dirinya sendiri bukan untuk rakyat, Husam sekarang berganding sasau dengan Menteri Luar Tabie, Anwar Ibrahim, seorang gila nak jadi PM, seorang pula gila nak jadi MB.

Namun dek kerana buta disuluh pancaran bulan, rakyat Kelantan tidak mampu melihat diri Husam yang sebenar, tidak cukup dengan projek koridor depu yang telah membazirkan jutaan wang rakyat, dikutipnya pula derma  membina lebuhraya pilihanraya, kemudian ditambah lagi retorik stadium rebana The Red Warriors yang eksklusif, mengancam dan gilababi megah terbina. Tu pun tak termasuk dengan kajian penemuan harta karun di Tumpat dan kajian Minyak dibawah Pasar Siti Khadijah. Keretapi laju lagilah...

Lupakah kita hendak tanya, dimana semua itu ? Takkanlah jawapan bodoh 'Kerana kerajaan pusat tak bagi royalti minyak' itu hendak diguna sampai ke mati ? Semasa nak buat tu semua Husam tak pernah sebut pun nak buat dengan duit royalti, bahkan diputarnya angkuh mampu untuk membina tanpa bantuan dari kerajaan pusat, lagipun Kelantan ni bukan hanya punyai minyak, Kelantan ada balak, timah, emas dsbnya, kemana pergi royalti-royalti balak, timah, emas dsbnya itu ?

Oklah katakan royalti itu hak Kelantan, sejauhmana kesungguhan Husam menuntutnya ? Kalau benar royalti itu hak Kelantan kenapa tidak adakan demontrasi sepanjang masa bagi menuntutnya, panggil Anwar, Lim Kit Siang, Ambiga dll adakan himpunan sebagaimana himpunan Bersih dan blackout, desak kerajaan sampai dapat, kenapa tak buat ? Barulah nampak real royalti tu hak Kelantan.

Ini tidak, hak rakyat sepenting royalti yang didakwa jumlahnya berbillion itu hanya diserahkan kepada budak-budak hingus yang tak tahu apa untuk dituntut.

Kesimpulan dari itu, tidak ada gunanya lagi untuk Husam terus menjadi wakil rakyat di Salor, apa yang ada kepada seorang wakil rakyat biasa yang sebelum ini sudah 3 penggal terbiasa menjawat jawatan EXCO, lagipun dengan kegagalan projek-projek beliau selaku orang yang bertanggungjawab disamping kerja-kerja yang dilakukan tak pernah disiapkan sempurna, dan untuk hadir angkat sumpah pun tak mampu melawan ego.

Maka, adalah penting bagi seorang pemimpin yang bermaruah untuk 'surrinder' dengan mengosongkan kerusi yang sudah tidak empuk lagi  dipegangnya itu. Ini bagi mengelakkan hati mati itu tidak terus menjadi bangkai busuk yang akan memberi mudarat kepada yang lain sehingga boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan menambahkan lagi kemurkaan Tuanku. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Husam Fatwa Mati Syahid Di Himpunan Blackout 22 Jun Ini

Rejected Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Husam Musa Al-Jamnapari dilaporkan telah dilantik menjadi Mufti 'Blackout 505' tajaan Anwar Ibrahim dan Ambiga bersama Yahudi, sejurus lantikkan dibuat Husam telah mengeluarkan fatwa 'WAJIB menentang' kerajaan semata-mata mendakwa kerajaan menipu pada PRU13 yang lalu biarpun tanpa sebarang bukti dan melalui proses perundangan yang ada.

Mufti 'Blackout' mendakwa, hasil dari beliau 'baca buku-buku', maka beliau mengistiharkan fatwa penentangan yang dilakukan mereka adalah satu jihad, dan sekiranya ada antara peserta demontrasi terkorban dalam himpunan 'Blackout' itu ianya dikira sebagai mati syahid. 

Bagaimanapun pada masa sama Husam turut memberi amaran kepada ulamak-ulamak didalam Pas yang enggan bersama sekaligus tidak menyokong himpunan itu supaya diam dan tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan yang disifatkan sebagai 'pelik-pelik' yang mungkin boleh menggangu perancangan beliau dan Anwar.

"Setakat yang saya baca buku-buku, penentangan kita ini adalah satu jihad, penentangan kita adalah gerakan fi sabilillah, penentangan kita adalah untuk al`amru bil-ma'ruf wannahyu'anil-mun'kar, kalau saudara tak nak hadir, saudara duk diam, jangan buat kenyataan pelik-pelik."

"Jadi saudara adik-adik semua jangan ragu, jangan ragu, dan kalau polis bertindak kasar, walaupun niat kita dalam perhimpunan aman, menghantar mesej perjuangan kita, menentang penipuan ini, kita terkorban andaikata, satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa sebenarnya maksud tersirat Husam? Selain berfatwa sesat kononnya syahid, mungkin syahid kepala kambing. Apakah beliau dan Anwar mempunyai perancangan untuk mengorbankan seorang anak muda? Husam dari awal lagi sudah mengumumkan dengan andaikata  "satu daripada kita terkorban, InsyaAllah ia adalah syahid fi sabilillah, InsyaAllah".

Apa yang hendak dilakukan pada perhimpunan 22hb itu nanti? Kerana beliau seolah-olah sudah menjangkakan polis akan bertindak kasar dan diatas tindakan kasar itu, beliau mengandaikan ada satu antara mereka yang akan terkorban, kemudian korban itu dikira sebagai syahid.

Jadi, oleh kerana Husam berandaikata, apa kata kita juga membuat andaikata, sekurang-kurangnya pihak berkaitan lebih berhati-hati dalam berhadapan dengan situasi diluar jangkaan manusia rakus yang meroyan nak jadi Perdana Menteri dan akan sanggup membuat apa saja.

Andaikata beberapa anggota polis yang ditugaskan bagi mengawal himpunan yang akan diadakan itu nanti, ia diupah supaya memukul peserta demonstrasi sehingga menyebabkan kematian dan kononnya syahid, ini bertujuan dengan mengharapkan satu kebangkitan rakyat bagi menuntut bela diatas kezaliman pihak polis yang menyebabkan kematian tersebut.

Ketika itu peluang untuk mereka menyalahkan kerajaan sangat cerah, sekaligus berpeluang untuk menggulingkan kerajaan diatas kebangkitan dan kemarahan rakyat mengenai perkara itu. Apapun semua pihak perlu berhati-hati, mereka terlalu teruja untuk mengadakan perhimpunan ini, mesti ada motifnya, dan dikemuncak kerakusan Anwar nak jadi PM, sukar untuk percaya beliau akan tunggu sehingga PRU14 nanti. Anda Mampu Mengubahnya.

Video: Tak Sampai 24Jam Temberang, Chegu Bard Kantoi Memfitnah @Zahid_Hamidi

Chegu Bard pemfitnah no satu negara ini benar-benar sudah melampau, beliau cuba memperbodohkan ribuan rakyat Kelantan yang hadir ke himpunan blackout itu semalam, tak cukup dengan Husam Musa menipu dan memperbodohkan rakyat diatas perkara-perkara yang tak masuk akal dan terbukti bohong belaka, dibawanya pula pemfitnah itu berucap seolah-olah berucap dihadapan kanak-kanak tadika yang tidak mampu untuk berfikir selain mendengar dan menelannya.

Untuk pengetahuan Chegong Bard, ucapan kamu itu sampah yang ditertawakan oleh rakyat Kelantan, mereka datang hanya ingin melihat badut sarkas beraksi semata-mata, kamu nak cari duit jual CD fitnah, laku ke ? Tapi antara Chegong Bard dengan Rafizi, cerdik Rafizi, jambu pun jambu Rafizi,  Anwar pun curahkan kasih sayangnya lebih kepada Rafizi... Auwww, geli...

Isu yang sama, tapi Chegong Bard cerita lain, Rafizi cerita lain, lain tu pula jauh sangat bezanya, yang mana satu boleh pakai antara mereka berdua, atau dua-dua pun sama, tak boleh pakai.

Chegong Bard dalam ucapan fitnahnya keatas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamid, Chegong Bard berkata, "Saudara, Menteri Dalam Negeri nama dia Zahid Hamidi kenal ke tidak ? Zahid Hamidi beritahu tak boleh bagi permit 15hb tak per kita buat 22hb, dia kata 22 tak boleh juga sebab ada orang nak berlari-lari dipadang itu, kita cek balik saudara, Hoi Zahid Hamidi in zaman internet maklumat dihujung jari, saudara Zahid Hamidi menipu, sudahlah menang pilihanraya menipu, kita nak pakai padang pun mereka menipu"

Bagaimanapun dalam satu sidang media, berhubung tarikh himpunan blackout yang ditunda daripada 15hb kepada 22hb itu, Rafizi langsung tidak menyentuh nama Zahid dalam isu berkenaan, langsung tak timbul yang Zahid mengatakan 15hb tak boleh bagi permit dan 22hb ada lumba lari, rupanya semua itu adalah rekaan Chegong Bardngang semata-mata. "tak boleh bagi permit 15hb tak per kita buat 22hb". Besar sungguh bohongnya.

Sedangkan menurut Rafizi perubahan tarikh itu dibuat bagi memberi ruang untuk satu majlis perkahwinan dan juga satu acara kitar semula.

"Saya mengambil kira rayuan pihak-pihak yang telah pun mempunyai perancangan program di Padang Merbok pada 15 Jun 2013".

"Setelah berbincang dengan IPD Dang Wangi, penganjur membuat keputusan untuk menukar tarikh perhimpunan aman Black 505 Padang Merbok ke minggu yang seterusnya iaitu pada 22 Jun 2013 bermula jam 12 tengahari. Permohonan kepada DBKL untuk menggunakan Padang Merbok pada 22 Jun 2013 telah pun dibuat pada hari Jumaat 7 Jun 2013, iaitu 2 hari selepas permohonan pertama dibuat".

Kahkahkah, sebenarnya tarikh perhimpunan ditunda disebabkan  pertembungan dengan majlis kahwin dilokasi padang yang sama, tapi tak pasal-pasal Zahid pulak yang difitnah oleh Chegu Bard, sedangkan tiada kena mengena langsung dengan beliau, oleh demikian, disamping tindakkan pihak berkuasa, masyarakat juga perlu sedar akan golongan pemfitnah ini dan jangan mudah percaya, pemfitnah itu hanya ingin menanamkan rasa kebencian anda kepada kerajaan semata-mata. Anda Mampu Mengubahnya.

Tuduhan itu terbukti hanya fitnah jahat dari Chegu Bard keatas Menteri KDN, kalau hal remeh macam tu pun dia kencing, apa lagi dengan hal lain...Elok sumbat jer dalam lokap!!!

Kecewa Tak Dilantik Sebagai Exco, Husam Boikot Majlis Angkat Sumpah Sidang DUN Kelantan ?

KOTA BHARU - Empat puluh dua daripada 45 anggota dewan undangan negeri (Adun) Kelantan hari ini mengangkat sumpah jawatan sebelum bermulanya penggal baru persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) itu di sini.

Majlis angkat sumpah itu dimulai dengan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob diikuti Timbalannya Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, 10 anggota exco dan Adun yang lain.

Mereka mengangkat sumpah di hadapan Speaker Dun Kelantan yang baru dilantik, Abdullah Ya'kub.

Tiga Adun yang tidak hadir ialah Adun Ayer Lanas Datuk Seri Mustapa Mohamed, Adun Salor Datuk Husam Musa dan Adun Wakaf Baru Datuk Abdullah Che Mat Nawi yang juga Pengerusi Jawatankusa Pertanian, Bioteknolologi dan Teknologi Hijau.

Mustapa yang menang dengan majoriti 47 undi dan Pas telah memfailkan petisyen di DUN beliau itu sekarang ini dilaporkan berada diluar negara atas urusan kerja sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri .

Adun Wakaf Bharu setakat ini belum menyatakan lagi sebab ketidakhadirannya, begitu juga dengan Adun Salor, tapi apakah Husam memboikot ? kerana pada malamnya Husam berada di Kota Bharu dan menghadiri himpunan "Blackout', takkanlah dah tak jadi Exco pun sibuk macam Menteri ? Ke sekarang ni sibuk kerana dah jadi Mufti 'Blackout'. Mungkin juga Husam ni berlagak, yerlah, apa kelas nak jadi wakil rakyat biasa, kurang-kurangnya Exco.

Atau merajuk sebab tak boleh jadi MB, jangankan MB, dari jawatan Exco turun kepada menjadi wakil rakyat biasa, marah ke malu ?  Apapun suka sekali lagi kita merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengenai Husam yang begitu teruja dengan himpunan 'Blackout' seolah-olah berimamkan kepada Imam PKR bukannya Imam Pas.

Menurut Nik Abduh, beliau selaku pemimpin Pas yang bergurukan guru Pas bukan guru PKR, beliau tidak pula diajar sebagaimana Husam yang dilihat lebih cenderung berguru dengan guru PKR, ? Kalau Anwar Ibrahim dia bukan Pas dan tak perlu guna kaedah Pas, tapi Husam ni PKR ke Pas ? Kalau Pas ikut cara kaedah Pas.

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

Video - Chegu Bard Fitnah @Zahid_Hamidi Penjenayah, Terlibat Dalam Kes Cubaan Bunuh

Fitnah yang cuba dihidupkan dan disebar di Kelantan ini adalah melibatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi, fitnah yang cukup besar itu wajib diambil tindakan segera agar persepsi secara keterlaluan dapat dihentikan dari terus mencemarkan imej perundangan  negara serta kerajaan yang diterajui oleh Barisan Nasional.

Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, pada 12 Jun 2013 lebih kurang jam 10.30 malam di program himpunan 'Blackout' 505 yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Ketereh dalam  satu ucapannya mendakwa Zahid merupakan 'bapak segala penjenayah Malaysia' dan mempunyai 'kes jenayah cubaan memBUNUH'.

"Saya sebut kerana apa?, kita ada bukti dia adalah penjenayah, dia ada kes cubaan bunuh"

"Malam ini saudara, kita ada CD,  merupakan CD skandal Zahid Hamidi, ini bukan skandal dalam bilik yang buat video lucah tu mereka bukan kita, tapi bukti bahawa Zahid Hamidi ada kes jenayah cubaan bunuh orang,.. saudara, kita rakam buktinya"

"Najib sudah hilang maruah, tak mampu nak lantik Menteri, penjenayah jadi Menteri Dalam Negeri." Katanya.

Apabila ucapan fitnah itu dibuat, macammana penerimaan masyarakat terutamanya mak cik dan pakcik yang langsung tidak didedahkan dengan maklumat atau penjelasan yang tepat berhubung isu tersebut, jika masyarakat mempercayainya, maka kepercayaan mereka terhadap pihak polis sudah tentu akan terhakis.

Isu berkenaan sebenarnya sudah lama dikumandangkan dan ia kurang popular, namun apabila Zahid tegas dalam perlaksanaan tugas sebagai seorang Menteri di KDN, pembangkang mengambil kesempatan untuk menyerang beliau dengan isu tersebut kerana sudah tidak ada lagi isu lain untuk menyerang Zahid.

Mungkin kita boleh percaya kalau setakat Zahid dituduh telah menumbuk seorang lelaki yang menggunakan ilmu hitam untuk melarikan dan memecah belahkan rumahtangga anak perempuannya.

Tapi dakwaan bahawa Zahid cuba membunuh adalah satu dakwaan liar yang berat lagi tidak berasas dan perlu diberi perhatian yang serius oleh pihak terbabit. Perkataan cuba membunuh orang itu bukan satu perkataan yang biasa, lebih-lebih lagi jika ia dituduh dilakukan oleh Menteri yang bertanggungjawab dalam hal keselamatan.

Dalam perkembangan lain, minggu lalu Penasihat DAP Lim Kit Siang turut mempersoalkan kes tersebut, namun tidak pula menyebut perkataan 'BUNUH', menurut Lim, mengapa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak dikenakan tindakan mahkamah ekoran tindakannya memukul seorang ahli perniagaan pada 2006.

“Ia menimbulkan persoalan adakah Malaysia mempunyai penjenayah sebagai Menteri Dalam Negeri?” kata Lim.

Apapun kita sama-sama melihat selepas ini samada Zahid akan meneruskan ketegasannya atau akan akur dengan asakan pembangkang terhadap kes beliau, kerana isu ini sudah senyap beberapa tahun dan ditimbulkan hanya kerana bermotifkan politik, ia dilihat semata-mata untuk mengendurkan tindakkan Zahid selaku Menteri KDN terhadap pemimpin pembangkang.

Kalaupun benar Zahid bertindak menumbuk lelaki yang menggangu rumahtangga anak beliau, apa masalahnya,  Setiausaha Agung Pas pun berzina rilaks jer, bakal PM Pakatan Rakyat peliwat pun tak der hal, itu semua ada bukti video, takkanlah seorang Timbalan Menteri mempertahankan anaknya itu nak dijadikan isu besar ? Kalau yang ada bukti video tak nak percaya, takkan yang takder bukti video nak percaya ? Anda Mampu Mengubahnya.

Chegu Bard ni kononnya nak jadi hero lawan Rafizi yang telah berjaya menundukkan bekas Menteri Pembangunan Wanita dengan isu NFC, apakah Zahid akan biarkan perkara yang sama dilakukan Chegu Bard keatas beliau ?

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...