Showing posts with label tan sri annuar musa. Show all posts
Showing posts with label tan sri annuar musa. Show all posts

Sidang Parlimen - Anuar Musa Dedah 4365 Projek Dibawa Ke Kelantan Bernilai RM10.3 Billion

Kehangatan pada pembukaan sidang parlimen yang ke 13 kali ini seakan-akan ada aura yang dibawa menyerupai aura kebangkitan The Red Warriors  dalam beberapa tahun lalu sehingga mana ianya tetap gah sehingga ke hari ini.

Jika beginilah hangat bahangnya, ini bermakna Gelombang Merah yang asli akan benar-benar berlaku dibumi Kelantan tanpa laungan retorik lagi, sebagaimana kusamnya pasukan bolasepak Kelantan sebelum tahun 2007 sehinggalah ia diberi nafas baru dan kejuaraannya telah terbukti.

Begitu juga dengan politik BN di negeri Kelantan, kusamnya sudahpun 23 tahun, tapi, apakah ia mampu untuk dibangkitkan ? Barang lama KO ni memang susah nak dibangkitkan, tapi ia tidak mustahil boleh dibangkitkan jika kena dengan cara jampinya.

Cara jampinya itu nampak ada dengan orang yang sama yang membangkitkan TRW yaitu Tan Sri Anuar Musa, jika dikatakan TSAM pernah menerajui BN Kelantan namun ia tetap gagal mengambil Kelantan dari Pas, harus diingat TSAM juga pernah menjawat sebagai Menteri Belia Dan Sukan, tapi apakah berjaya pasukan bolasepak negara ketika itu ?

Kalau nak bercakap pasal gagal, sejak 1990 belum ada lagi mana-mana yang mengepalai BN negeri itu mampu merampasnya daripada Pas ? Bagaimanapun jika melihat corak politik yang dibawa oleh TSAM ketika berbahas dalam sidang parlimen minggu lalu, pendekatan yang dibawanya itu agak menarik dan bersifat mewakili rakyat bukannya mewakili diri sendiri atau mewakili kawasan tertentu.

Kebiasaannya pemimpin BN Kelantan bercakap seolah-olah seperti bukan daripada Kelantan, ia seperti orang luar, menafikan apa yang disebut sebagai hak rakyat Kelantan dengan penafian 'tak reti bahasa', bersekongkol dengan pemimpin luar menuduh rakyat Kelantan sebagai miskin, atau dengan kata lain memberi gambaran buruk tentang negeri Kelantan bukan tentang Pas Kelantan.

Bagaimanapun agak berbeza dengan pendekatan TSAM, mungkin kerana pengalaman mematangkan beliau, dalam perbahasan beliau, selain isu nasional, beliau tetap menyentuh isu negeri, antaranya beliau meminta kerajaan pusat supaya membantu pembangunan di Kelantan seperti membina lebuhraya, lapangan terbang, stadium dsbnya.

Caranya itu pasti disenangi oleh rakyat Kelantan, bukan meminta itu yang disenangi, tapi cara politik memintanya itu yang disenangi, jika politik menghina digunakan, ia mungkin hanya disukai oleh penyokong sediada BN semata-mata, tapi untuk menarik minat penyokong Pas dan atas pagar ia jauh sama sekali.  Anda Mampu Mengubahnya.

Fakta - Dalam RMK8, 9, 10 Kerajaan Persekutuan BN telah pun melaksanakan sebanyak 4365 projek dengan nilai peruntukkan sebanyak RM 10.3 Billion di Kelantan. Bagi setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan di Kelantan, sebanyak 10 peratus kerajaan persekutuan membayar kepada akaun kerajaan negeri Kelantan sebagai bayaran perkhidmatan atas projek-projek yang dilaksanakan oleh kerajaan persekutuan.

"TSAM harape baghu oghe Kelate"

Annuar Musa Jawab FAM Berhubung Tebus Kontrak Mat Yo Hanya RM299,000

Norshahrul Idlan Talaha, yang turut dikenali sebagai Mat Yo, hanya perlu membayar kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), bukannya RM1 juta seperti yang dituntut oleh badan itu baru-baru ini.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Status Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Takiyuddin Hassan.

"Apabila seorang pemain menamatkan kontrak sebelah pihak dengan pasukannya, pemain tersebut hanya perlu membayar bayaran tebus kontrak sahaja.

"Pasukan asal tidak berhak menuntut bayaran perpindahan, jadi Kelantan hanya berhak menuntut tebusan (nilai)kontrak kepada Mat Yo (yang berbaki) selama 13 bulan sahaja.

"Maka jawatankuasa yang bersidang hari ini memutuskan bahawa bayaran yang dituntut Kafa tidak dapat dibenarkan kerana ia bukan melibatkan perpindahan pemain, ia cuma tamat kontrak ," katanya ketika pemberita di Wisma FAM, hari ini.

Sementara itu mengulas kenyataan yang dibuat oleh FAM, Tan Sri Annuar Musa berkata, "Sebelum ini jawatankuasa yang sama dalam masa yang singkat dan tanpa meminta afidavit telah membenarkan Mat Yo mendaftar dengan pasukan baru tanpa perlu terlebih dahulu melunaskan tebus kontrak".

"FAM juga memberi sepenuhnya tanpa perlu merujuk kelab asal, ketiga tiga ruling ini kini menjadi panduan kita semua akan masa depan dalam hal berkaitan bolasepak Malaysia,

"Baru kita tahu rupanya mudah sekali untuk batal kontrak, lain lain komen kita simpan dulu." Katanya ketika dipetik dilaman Facebook milik beliau.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...