Bermulanya Kebangkitan TMJ Hero DiRaja Membela Rakyat

Kebelakangan ini, saya hanya menyuarakan pandangan supaya mereka yang diberikan amanah jangan salahkan rakyat kerana hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda, tetapi fikirkanlah mengapa rakyat telah hilang keyakinan dan kepercayaan terhadap anda. Nampaknya teguran saya secara baik ini telah mendapat maklum balas yang kasar daripada seorang menteri. Kalau saya mendapat jawapan sedemikian, apa harapan untuk teguran rakyat lain didengar?

Anda seorang menteri, bukannya tuhan dari syurga yang tidak boleh ditegur. Jangan fikir rakyat negara ini wujud untuk memberikan anda jawatan dan kekayaan, tetapi jawatan tersebut wujud supaya anda memberikan khidmat kepada rakyat. Apabila saya bersuara, saya melakukannya sebagai pemimpin rakyat saya, rakyat Johor dan Malaysia. Saya hanya mengingatkan para pemimpin negara ini bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat kepada rakyat, dan nampaknya oleh sebab itu saya diserang.

Dalam aturan dunia yang baru, saya membayangkan masa depan di mana setiap orang mempunyai hak menyuarakan pendapat masing-masing. Namun, keadaan di Malaysia pada hari ini tidaklah begitu, menteri-menteri pantang ditegur. Saya rela dicemuh untuk mempertahankan perkara yang benar, daripada disanjung untuk membela perkara yang salah.

Saya bukan ahli politik. Saya hanya bertanggungjawab kepada Allah, Sultan saya, dan rakyat Johor. Saya bukannya menjalankan suruhan seperti boneka. Johor hanya mempunyai tempat bagi mereka yang mahu berkhidmat kepada rakyat, bukan untuk mereka yang mahu meraih undi demi kepentingan peribadi.

Akan tiba suatu masa, di mana rakyat Johor perlu membuat keputusan demi kebaikan masa depan kita dan generasi yang akan datang. Kita akan bersatu dan membuat keputusan tersebut sebagai Bangsa Johor, untuk menempa masa depan kita. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya berdiri untuk rakyat saya, bukan untuk merebut kuasa, bukan untuk menumbangkan kerajaan, tetapi untuk menjaga kesejahteraan rakyat saya.

Saya tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, hanya sekadar memberi ingatan kepada ahli politik berkenaan peranan dan tanggungjawab mereka. Sekiranya perkara seperti itu pun anda tidak boleh terima, jelaslah kepada seluruh rakyat betapa angkuh dan sombongnya anda.

Alhamdulillah, saya telah dikurniakan dengan kehidupan yang selesa. Kalau hendak diikutkan, saya boleh hidup dalam dunia saya sendiri tanpa menghiraukan permasalahan rakyat, tetapi saya di sini berdiri teguh bersama mereka. Jadi kepada mereka yang ingin mencemar imej saya dan menjadikan saya musuh awam nombor satu, sesungguhnya rakyat lebih bijak dan mampu menilai sendiri.

Jangan gunakan saya untuk mengalihkan tumpuan daripada isu-isu nasional yang lain. Negara ini memerlukan ahli politik yang bersih dan telus, yang menjalankan tanggungjawab mereka dengan keikhlasan dan integriti.

-DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Seluruh kaum kerabat diraja dinegeri-negeri di Malaysia seharusnya berfungsi atau mencontohi apa yang dilakukan oleh Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam menasihati kepimpinan kerajaan.

Sebagai rakyat Malaysia, kita wajib memberi sokongan tanpa berbelah bagi kepada TMJ yang juga satu-satunya TM yang dilihat banyak berfungsi tampil membela rakyat.

TMJ bersuara bukan diatas kepentingan dirinya, TMJ memiliki banyak keistimewaan atau dengan kata mudahnya kekayaan dan kemewahan sudah menjadi miliknya, biarpun begitu nasib rakyat tidak dilupakan, diatas rasa kebertanggungjawaban TMJ telah menunaikan salah satu dari tanggungjawabnya kepada rakyat. Syabas!!! Anda Mampu Mengubahnya.

TMJ VS Nazri Diingatkan Anak Johor Bukan Batang Pisang


Mengapa begitu terliur sekali Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz untuk memberi ulasan biadab  lagi beramaran terhadap Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim ?

Apakah Nazri ingin memperlihatkan kepada rakyat bahawa kalau anak Sultan selaku Tengku Mahkota pun pemimpin UMNO boleh beri amaran dan nafikan haknya untuk bercakap apalah sangat rakyat jelata?

Sungguh malang adanya seorang pemimpin Melayu seperti Nazri  yang sepatutnya memberi contoh dan tauladan yang baik kepada masyarakat khasnya bukan Melayu apabila berdepan dengan institusi diraja melakukan perkara sebaliknya.

Tanpa sedikitpun dilihat punyai rasa hormat terhadap raja dan institusinya dengan berani dan angkuhnya Nazri berkata,

"Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah secara lisan) dia.

"Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang (justeru tidak sepatutnya campur tangan dalam politik). Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

"Jika kamu memegang jawatan penting sebagai keluarga diraja di negeri dan kamu mula mengulas (politik)... kalau kerajaan 'belasah' kamu balik, jangan marah," katanya dalam sidang media di Universiti Malaya minggu lalu.

Beradabkah kata-kata seperti itu diucapkan oleh seorang pemimpin Melayu terhadap rajanya? Kenyataan yang bagaimanakah dibuat oleh TMJ sehingga Nazri begitu sensitif untuk lantas bangkit menghunus keras rajanya.
Adakah kenyataan TMJ itu selayaknya direspon sedemikian rupa oleh Nazri ? Saya tidak melihat sepatah katapun dibuat oleh TMJ itu bersifat politik atau untuk bermain politik, apa yang diungkapkan TMJ adalah satu realiti berhubungkait dengan kepentingan negara yang sememangnya telah berlaku dan memberi nasihat secara umum tanpa mempalitkan nama mana-mana pemimpin untuk dibahankan.

Takkanlah kenyataan seperti itu pun nak dijadikan kudis oleh pemimpin Melayu UMNO sekaligus berkobaran untuk berentap dengan institusi yang selama ini disanjung-sanjung. Kalau nak bersuara sikitpun tak boleh! Urmmmm.........

Lainlah kalau TMJ keluar kenyataan yang menyerang kerajaan, UMNO atau berunsur fitnah atau menyentuh peribadi atau bersifat mengaibkan maruah PM, seperti Altantuya, kemewahan FirstLady dll. Mungkinlah kenyataan Nazri seperti itu boleh dianggap relevan.

Namun kenyataan keterlaluan Nazri itu ibarat percubaan beliau bermain api, langsung tidak memikirkan akan sensitiviti rakyat Johor, memandang Raja dan rakyat Johor dengan tidak ada mata dan kepentingan, hal yang kecil sengaja cari pasal untuk diperbesarkan  seolah-olah ingin menunjukkan beliau 'lebih' dari apa yang ada pada seorang raja... Anda Mampu Mengubahnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...