Bila Rais Dah ON, Hj Hadi Mula Buat Onar Tak Nak Buat Surat Pulak Dah

KEMAMAN - Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedia mengadakan dialog dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan syarat dirakamkan pertemuan itu.

Katanya, ia sama seperti yang pernah diundang ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) rakaman perlu dibuat dengan Jakim.

“Saya minta rakaman. Saya berdailog dengan Jakim kena buat rakaman. Macam dengan Ikim, saya pernah pergi. Saya boleh pergi Jakim tetapi dengan buat rakaman, rakaman sepenuhnya. Saya minta orang saya rakam. Saya setuju tapi dengan rakaman,” tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada media sempena lawatan serta menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa banjir di Kemaman, di Surau Kampung Jaya Batu 2, Chukai, hari ini.

Manakala, katanya, syarat satu jam diberi peluang secara ‘live’ di saluran RTM1 dan TV3 tidak berubah bagi menjelaskan isu ‘amanat’ tersebut.

Menurutnya, rakaman berkait dengan penjelasan isu ‘amanat’ ditolak kerana dibimbangi akan berlaku putar-belit yang mengelirukan rakyat.

Malah, kata Hadi, pihaknya tidak perlu membuat surat permohonan kepada kerajaan kerana telah diumumkan melalui media.

Saya sudah beritahu saluran RTM iaitu TV1 dan TV3. Rasmilah tu, dan terpulang kepada dia untuk tentu, tapi secara ‘live’ (langsung) bukan rakaman. Sebab rakaman tak boleh, dia mesti jujur, mesti ikhlas untuk cari kebenaran,” jelasnya.

Bahkan, beliau bersetuju jika digandingkan dengan mana-mana pihak dalam majlis tersebut dengan syarat satu jam secara langsung di saluran tv berkenaan.

Sebelum ini, Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha berkata jabatan itu akan terlebih dahulu memanggil Hadi berhubung amanat terbabit yang didakwa membawa kepada perpecahan umat Islam di negara ini.

Kerajaan layan je apa yang Hj Hadi nak tu, kita nak tengok sejauhmana dia nak bawa dalil, menghukum kafir keatas seseorang ni bukan sesuatu perkara yang senang, kerajaan tidak seharusnya melepaskan peluang keemasan ini, inilah masanya nak tanya Presiden Pas mengenai dasar perjuangan Pas dahulu dan kini, biar Hj Hadi umum bahawa Hudud akan dilaksanakan di negara ini. Jika tidak Pas pun akan kafir jugak kerana tidak berhukum dengan hukum Allah.(mengikut kefahaman mereka)

Hj Hadi Akan Bersiaran Langsung Di RTM1 Bersama Mufti-Mufti Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden Pas itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.

Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

HUDUD - "Tahun Ni Jugak, Takkan Tahun Depan" Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud

KOTA BHARU - Kerajaan Pas Kelantan bersetuju membentuk jawatankuasa teknikal pelaksana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan yang akan dipengerusikan oleh Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah ketika memaklumkan perkara itu berkata, jawatankuasa itu dianggotai 19 ahli dari kalangan profesional termasuk beliau sendiri selaku Timbalan Pengerusi 1 dan sekiranya perlu keahlian mungkin ditambah.

Beliau berkata, ahli jawatankuasa yang lain antaranya Ketua Hakim Syarie, Datuk Daud Mohamad; Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad; Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, Datuk Che Mohd. Rahim Jusoh dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman

Menurut Mohd. Amar, peranan jawatankuasa itu antara lain mengkaji kemungkinan kepada pelaksanaan enakmen itu berikutan wujud pandangan mengatakan ia boleh dilaksanakan tanpa perlu meminda perlembagaan dan undang-undang sedia ada.

"Jadi, antara tugas (jawatankuasa) ialah mengkaji kemungkinan yang ada dan ruang-ruang dan kalau ada mereka akan memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan.

"Kerajaan tidak beri jangka masa kepada jawatankuasa bila ia bersidang (buat) kali pertama, mungkin ia akan selesaikan 'terms of reference' dan sebagainya," katanya selepas mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.

Pada 7 Oktober lalu, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengumumkan satu jawatankuasa pelaksana hukum hudud akan ditubuhkan selepas didesak pelbagai pihak.

Menurut beliau, jawatankuasa itu ditubuhkan bagi menentukan bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 bakal digazetkan untuk pelaksanaan serta penentuan semua perkara berkaitan seperti pelantikan hakim.

Mengulas lanjut, Mohd. Amar berkata, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tidak dilantik menganggotai jawatankuasa berkenaan kerana kerajaan sudah memberi mereka ruang untuk mengemukakan pandangan dan tumpuan kini diberikan kepada golongan profesional yang berkaitan.

"Hari ini, Exco buat keputusan dan kita akan buat surat (pelantikan) serta terserah pada masing-masing untuk terima atau tidak. Yang penting, apa yang kita nak buat adalah dalam kerangka undang-undang.

"Polis dan penjara terlibat kerana (melibatkan) soal penguatkuasaan. Kalau enakmen boleh dilaksana dari segi undang-undang, tentu ada penguatkuasaan dan di situ peranan polis dan penjara," katanya. Petikan berita bertarikh 24 Oktober 2011.

KOTA BHARU - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.

Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.

“Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.

“Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.- 18 April 2012
l
Minit 3.40 - 4.02 pandai sungguh Tok Lebai ni...Kahkahkah. Berbaloikah dengan tergadainya tanah tetapi HUDUD masih tak terlaksana ??? Tahun ni jugak takkan tahun depan ? Tahun mana ?

Adakah Ini Punca Pemimpin BN Kelantan Takut Sangat Kepada Pas - Video Dedah


Inikah sebabnya segala isu yang melanda kerajaan Pas Kelantan senyap dan sedu, darisegi undang-undang mungkin tidak menjadi kesalahan, dan darisegi moral pula ia terletak diatas taksiran masing-masing.

Akan tetapi kesan dari itu adalah 'malu mata' bilamana untuk menimbulkan atau mendedahkan sesuatu isu bersabit pentadbiran Pas Kelantan, paling kuat pun isu yang ditimbulkan hanya bersifat serangan sekerat jalan sekadar untuk menampakkan ianya berfungsi sebagai pemimpin BN, dan tindakan itu hanyalah memberi keuntungan kepada Pas selain menambahkan imej buruk kepada UmnoBN khasnya.

Secara profesional kita menilai mengikut keberadaan semasa, penerimaan tanah seperti yang disebutkan oleh pemimpin Pas pada rakaman tersebut bukanlah satu isu yang besar untuk tidak membantu BN mengambil alih pemerintahan di Kelantan, itupun sekiranya benar-benar berjuang untuk kepentingan rakyat bukannya kepentingan sendiri.

Ini kita lihat pemimpin BN sama naik dengan pemimpin Pas, seolah-olah pemimpin BN ini ialah orang Pas yang bertanding atau berjawatan diatas platform BN semata-mata tanpa berusaha untuk membantu kemenangan BN di Kelantan secara keseluruhannya. Tepatkah kiranya kita andaikan  mereka beranggapan BN atau Pas menang itu tidak menjadi masalah, kerana siapapun perintah perut mereka tetap kenyang, dan itulah tujuan sebenar mereka berpolitik. Kehendak peribadi diutamakan berbanding parti.

Perkara ini sebenarnya sudah lama diperhatikan akan keberlakuannya namun tidak ada bukti sehinggalah kita mendengar sendiri pengakuan dari pemimpin Pas itu. Persoalannya sampai bilakah politik seperti ini mesti berlaku di Kelantan ? Seperti yang diperkatakan sebelum ini bahawa setakat ini langsung tidak berlakunya perubahan strategi BN untuk mengubah senario politik di Kelantan. Apakah kebaculan kita untuk terus membiarkan perkara ini berterusan berlaku ?

Bagi perjuangan yang tidak meletakkan habuan atau imbuhan sebagai perkara yang utama, perkara seperti ini tidak seharusnya dibiarkan sehingga mengsia-siakan segala daya usaha dan harapan rakyat, kita sudah jemu mendengar retorik pemimpin yang selalunya bercakap besar bahawa "KITA  YAKIN KALI INI BN MAMPU TAWAN KELANTAN" sebaliknya kantung sendiri juga yang penuh dengan dana PRU sepanjang lebih 22 tahun ini.

Bagaimanapun jika benar pemimpin BN kali ini yakin dapat menawan Kelantan dan bukan lagi menjadikan ianya sebagai gimik politik semata-mata, apa yang pemimpin BN itu sanggup pertaruhkan sekiranya BN masih gagal ? Jangan bercakap saja, jangan bercakap besar tanpa usaha yang besar, jangan berlagak bijak, nanti alih-alih dah kalah, PRU seterusnya ulangi kebodohan yang sama, lapar dan berebut kerusi, sabotaj dan sebagainya yang terbukti telah berlaku selama ini.

BN Kelantan perlu tukar strategi, kalau 'malu mata' untuk dedahkan isu-isu di Kelantan, guna pihak ketiga sebagaimana pemimpin PR menggunakan Rafizi, mereka pantas memanfaatkan pengalaman sebelumnya ketika mana Saifuddin Nasution diserang apabila mendedahkan isu-isu pemimpin BN, dan Rafizi sebagai orang baru pastinya bersih dan serangan yang dibuat tidak akan mendapat serangan balik daripada BN.

Ini kerana kita melihat cara lama yang masih digunapakai oleh BN Kelantan tidak akan berjaya menawan Kelantan sampailah ke hari kiamat, kalaupun ada memberi bantuan kepada rakyat, bantuan itu kebanyakkan sampainya kepada rakyat ketika rakyat sudah mulai benci, sebagai contoh jika rakyat (penyokong BN khasnya) memohon bantuan atap seperti zink daripada penghulu, proses untuk luluskan permohonan itu memakan masa yang cukup lama sehingga beberapa bulan atau bertukar musim.

Kita sendiri tahu dimana sesuatu yang dianggap berharga itu adalah disaat kita benar-benar memerlukannya, dimasa sihat pasti kehadiran doktor itu tidaklah berguna sangat kepada kita, namun ketika sakit ianya adalah sesuatu yang sangat berharga. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung
Artikel berkaitan sebelum ini klik disini.

MB Kedah - "Kalau Nik Aziz Nak Tanding, Saya Pun Nak Tanding Jugak"

KUALA NERANG - Pas Kedah telah siap menyenaraikan calon-calonnya bagi pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Katanya nama calon-calon itu akan diumumkan pada masa sesuai selepas mendapat restu Pas pusat.

Mengenai kedudukannya, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah berkata keputusannya untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Limau bergantung kepada keadaan.

"Tengok la keadaan...kalau rakyat minta dan pusat pun calonkan, dan saya kuat lagi, saya akan terus bertanding. Kalau Nik Aziz (Mursyidul Am Pas) nak tanding, saya pun nak tanding juga," katanya kepada pemberita.

Beliau ditemui semasa melakukan lawatan kerja ke projek ladang buah-buahan di Charok Genting Bunga, Pedu, dekat sini, hari ini.

Azizan berkata dalam politik tidak kira tua atau muda kerana politik adalah cita-cita, strategi dan perancangan.

Video - Abby Meroyan Kirim Salam Kat Nabi, Dr Asri Kata Tak Payah, Selawat Tu Salamlah


Ustazah kalut pasal politik ni sekali lagi tunjuk jahil, orang suruh belajar agama dia kalut duk mengumpat tabur fitnah kat pentas ceramah Pas, lepas tu mula-lah duk meroyan kirim salam kat Nabi, aduss!!! benda macamni pun Ustazah tak tahu, macammanalah Ustazah boleh lantang sangat duk bedal orang siap menghukum lagi ?

Si Khalid pun satu, duk kalut pasal gereja sampai lupa nak ajar Ustazah mengenai Islam, yang diajarnya maki hamun, tu pasal Ustazah hidayah ni lebih berilmu politik daripada pengetahuan mengenai Islam.

Nak Tahu Kenapa Isu Melibatkan Pas Di Kelantan Pemimpin BN Senyap ? @NajibRazak

Barisan Nasional seharusnya melupakan hasrat untuk menawan negeri Kelantan, ya lupakan hasrat itu kerana ia satu hal yang mustahil dan agak membuang masa. Terlebih dahulu orang luar jangan terlalu celupar untuk memberi komen yang negatif mengenai orang Kelantan. Kerana ia tidak ada kaitan dengan sikap orang Kelantan melainkan  sikap pemimpin-pemimpin Umno Kelantan itu sendiri.

Kenapa BN perlu melupakan hasrat untuk tawan Kelantan ? Sebenarnya banyak punca untuk dikaitkan, namun sebelum itu kita gerakkan dahulu saraf minda dengan mencari jawapan tentang mengapa isu yang begitu banyak berlaku dalam kerajaan Pas Kelantan tidak satupun  dapat dibuktikan 'kebersalahannya' baik didalam mahkamah atau juga sebaliknya.

Sedangkan isu tersebut dibangkitkan sehingga kadangkala  menjadi satu isu utama yang dimainkan oleh media, namun ianya dilihat berakhir dengan 'sepi', bahkan  isu tadi yang pada mulanya buruk berubah memberi  imej yang lebih baik kepada Pas Kelantan dengan jawapan balas bersifat  mantik oleh pemimpin-pemimpin Pas sebagaimana rakaman video dibawah.


Dalam tempoh masa yang sudah terlalu hampir dengan PRU13 ini, keadaan seperti yang berlaku sebelumnya masih juga tidak berubah, pemimpin-pemimpin utama BN di  Kelantan masih nyenyak dan lena, tidak nampak sebarang strategi-strategi baru yang digerakkan mengikut keperluan dan kehendak semasa rakyat.

Bukan tidak ada langsung gerak kerja yang dibuat, tetapi gerak kerja yang dibuat itu tidak menepati keperluan untuk BN menang di Kelantan, pengalaman sebelum ini tidak menjadi tauladan kepada BN, ibarat mereka tahu mereka sedang memancing di laut,  tetapi mereka masih tetap menggunakan umpan cacing untuk menaikkan ikan tenggiri. Apakah usaha memancing tenggiri menggunakan umpan cacing itu satu usaha yang baik dan tepat. ?

Dana PRU ratusan juta disalurkan kepada BN Kelantan adalah satu pembaziran yang besar yang tidak mendatangkan manfaat kepada BN selain manfaat kepentingan peribadi pemimpin BN. Adalah lebih baik dana itu disalurkan kepada negeri lain yang pemimpinnya benar-benar ikhlas berjuang untuk kepentingan rakyat.

Jangan sampai rakyat muak dan benci dengan sikap anda wahai pemimpin, berkerjalah demi kepentingan rakyat bukan kepentingan peribadi, sejauhmana keterlibatan pemimpin BN Kelantan dalam meleraikan isu-isu seperti Isu Lembah Sireh ? Isu Ladang Rakyat ? Isu AKSB ? Isu Depu ? Isu Pelabuhan Darat ? Isu Stadium ? Isu Lebuhraya Rakyat ? Isu Perlombongan Emas Secara Haram ? dan pelbagai isu rakyat yang lain, bila nak disempurnakan supaya dapat membuka minda rakyat ?

Terbaru isu pemberian tanah seluas lebih 10,000 ekar kepada pemimpin DAP, tu pun pemimpin BN Perak yang lebih prihatin, BN Kelantan duk buat apa ? Atau pemimpin BN ada menerima sesuatu yang tak wajar diterima dari Pas Kelantan ??? Serta dengan penerimaan itu buatkan mulut anda terkunci dari memberitahu rakyat akan hakikat sebenar mengenai pemimpin Pas Kelantan yang sedang berselindung disebalik serban. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung. Artikel berkaitan sebelumnya sila klik DISINI.\

Pemimpin BN Kelantan jangan ingat sebahagian rakyat tidak tahu apa yang anda tahu dan anggap sebahagian rakyat yang lain tidak tahu.

Video - Abby Dapat Hidayah Dedah Tanah Orang Kaya Dalam Pas

Abby ni meroyan dapat hidayah tanahlah pulak, aduss hancuss!! macam-macam hidayah 'dimeroyankannya'. Dari hidayah bertudung sampai kepada hidayah tanah.. Rampas tanah orang kaya Pas kat Langkawi mana pulak ni, kerajaan mana yang perintah Langkawi ni ? Cerita zaman bila yang dibawa ni ? Takkanlah takder pasal-pasal tanah orang kaya tu dirampas, kalau takder pasal-pasal pasang peguam lawan jerlah.

Macamnilah bila hidayah takder modal, semuanya nak dipalu, sampaikan dia tak tutup aurat dulu-dulu pun disalahkan kepada kerajaan. Apa pun layan jer lah liabiliti kepada Pas ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Lihatlah Kejahatannya Terbongkar Noraza Ketuai Kembara Oren Diikat Sebelum Diliwat

 
Detik-detik akhir 2012 hampir melabuhkan tirainya, tidak disangka-sangka kita disajikan dengan fitnah terbesar kantoinya menuju ke Putrajaya. Fitnah itu merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh PENGARAH PILIHANRAYA PAS MARAN berhubung dakwaannya bahawa Ketua Penerangan Persatuan Anak telah diikat sewaktu mengetuai Kembara Oren di Maran beberapa hari yang lalu.

Bagaimanapun dakwaan itu dinafikan oleh mereka yang dikaitkan dengan insiden rekayasa tersebut termasuklah Ketua Polis Daerah Maran sendiri. Ish...ish...ish...Lagumana perut pedal ni, tak padan kopiah atas kepala tak tahu dosa pahala, ciri-ciri pejuang Islamkah lagu ni ? Atas darat lagi kencing ni pejuang Islam apa benda, pejuang syiah kot...Atau ini adalah cubaan untuk melihat respon rakyat dalam usaha menggulingkan kerajaan. Jahat sungguh puok ni.
 
Boleh percaya ke penafian Ketua Umno yang bersongkok ini ? Songkok VS Kopiah, oleh itu janganlah menilai seseorang itu dari luarannya melainkan kita benar-benar pasti keadaan yang sebenarnya.
Wayang betul malaun ni, dah kantoi pun masih nak menipu

Berita fitnah keluar 25 Disember, pihak Umno dan polis nafikan pada 26 Disember, Pas duk buat apa 27 Disember baru nak buat penafian, atau cek line dulu nak tengok boleh auta ke tak isu ni, dah tersepit sangat barulah nak nafi.
Standard-lah jawapan pemimpin Pas ni, bila keadaan tidak menyebelahinya mulalah "Saya tak tahu"
Akhirnya bila dah terasa bodoh sangat kantoi kencing, Sinar Harian juga yang dipersalahkan, itulah cara politik mereka yang harus diberi perhatian oleh pihak yang berkenaan. Anda Mampu Mengubahnya.

Subhanallah ! Kemuliaan Seorang Sultan, Pemuda OKU Mendapat Ehsan

Tuanku Sultan berjiwa rakyat, kemuliaan akhlak baginda seperti inilah buatkan baginda sentiasa disenangi oleh sekalian rakyat.  Gambar diatas memaparkan saat baginda mencemar duli menziarahi seorang pemuda OKU yang kudung tangannya.

Dilaporkan selepas mengziarahinya, baginda turut bermurah hati dengan mengurniakan sebuah rumah yang selesa kepada keluarga pemuda berkenaan. Inilah tauladan kepimpinan yang baik perlu untuk dicontohi oleh setiap pemimpin.

Namun rata-rata pemimpin pada hari ini lebih kepada politik, politik yang memecahbelahkan sesama sendiri, politik yang berselindung disebalik imej agama.

Oleh sebab itu juga baginda beberapa hari yang lalu turut bertitah meminta umat Islam supaya saling menghormati dan mengelak daripada sengketa berpanjangan.

Baginda bertitah dalam menonjolkan kebaikkan dan keindahan Islam, jangan sampai agama itu ditempelak dek perbuatan yang boleh memalukan dan mencemarkan imej Islam itu sendiri.

Sultan Kelantan menarik perhatian umat Islam masih dibelenggu sengketa dan perbalahan yang seolah-olah tiada penghujungnya.

"Beta berharap semua pihak menyedari betapa tingginya kerinduan umat Islam kepada kedamaian dan kerukunan dan betapa kecewanya bila merasa tenaga dan kekuatan umat habis tercurah dalam sengketa, peperangan sesama sendiri," titah baginda pada Majlis Perasmian 100 Tahun Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik).

Teks ucapan baginda dibacakan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Sultan Kelantan bertitah walaupun baginda akur dengan kebebasan bertindak berdasarkan amalan demokrasi, namun masyarakat Islam dan bangsa Melayu perlu mempunyai dan menjaga disiplin, tata cara hidup, tata susila serta adat istiadat Melayu, terutama berkaitan kehidupan beragama. 

"Dengan disiplin dan tata cara hidup beragamalah pada suatu masa dahulu bangsa kita pernah menjadi bangsa besar di rantau ini dan agama Islam menjadi asas yang kukuh kepada pembinaan tamadunnya," titah baginda.

YB Makan Rubber Sokong Amanat Hj Hadi Dikeluarkan

KOTA BHARU- Di sebalik desakan supaya Amanat Haji Hadi ditarik balik, Dewan Ulama Pas Kelantan memberi sokongan penuh sekiranya dikeluarkan semula kenyataan berkaitan, yang berusia tiga dekad, kepada rakyat.

Timbalan Ketua Ulama Pas Negeri, Hassan Mahmood berkata, saranan itu dibuat memandangkan suasana dan realiti umat Islam yang suka mempermudah serta mempermainkan isu-isu berkaitan agama Islam.

“Amanat Haji Hadi sebenarnya tidak merosakkan akidah tapi sebaliknya amanat pemimpin Umno yang mempermainkan hukum Islam boleh merosakkan akidah. Oleh kerana ramai yang suka mempermainkan isu Islam, adalah tepat dikeluarkan semula pada hari ini(sekarang),” katanya, semalam.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk mufti mendesak Presiden Pas itu menarik balik amanat dikeluarkan pada tahun 1981 itu yang didakwa boleh memecahkan perpaduan umat Islam.

Bagaimanapun, pemimpin Pas termasuk Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahakan tindakan Hadi dan mahu amanat itu tidak ditarik balik.

Hassan yang juga Adun Tawang berkata, Umno secara jelas menolak pelaksanaan hukum Islam sedangkan ia sebagai cara hidup manusia termasuk melibatkan pemerintahan dalam negara.

Dakwanya, Umno sehingga kini sanggup menerima selain perundangan Islam sebagai perlembagaan, bererti parti itu menolak tuntutan Islam.

”Jika diteliti dengan pengalaman pemerintahan Umno di peringkat pusat, mereka yang menghalang perlaksanaan hudud di Kelantan selama ini.

"Apabila Umno tidak mahu menerima pelaksanaan undang-undang Islam sejak 50 tahun lalu sebenarnya umno telah mengkhianati umat Melayu Islam yang sebelum ini berpegang kepada undang-undang Islam,” katanya.

Sehubungan dengan itu, Hassan berkata, pihaknya bersedia untuk berdebat dan berhujah supaya semua pihak jelas dengan isu berkenaan.

“Sekiranya Umno mahu dan ikhlas dalam memperjuangkan agama Islam, Dewan ulama Pas Kelantan sudi berdebat dan berhujah dengan mana-mana ulama parti itu, dan ditayangkan di media kerajaan agar rakyat mendapat penjelasan yang sewajarnya,” katanya.

Nasihat Banjir Pun Nik Aziz Tak Konsisten Ni Apa Kes ? Galakkan Rakyat Kelantan Main Banjir

Fatwa tak konsisten, doa tak konsisten, nasihat untuk rakyat pun tak konsisten jugak ke ? belum kira lagi muzakarah yang tak konsisten, apa pun layan jerlah mantik Mursyidul Am Pas ni, supaya sama-sama lebih mengenalinya dalam dua keadaan yang berbeza atau tidak ada konsisten dalam apa jua perkara yang diunkapkan oleh beliau. Anda Mampu Mengubahnya.

Berbicaralah Gambar - Najib Naik Heli Nik Aziz Naik Bot, Tok Guru Pondok Jalan Kaki Tok Guru Politik ???

Petikan dari Harakah "Di antara dua darjat...
Pemimpin rakyat dengan pemimpin anak bangsawan. Pemimpin Rakyat redah "ayor bah" tetapi  pemimpin Parti Bangsawan  tengok banjir  dari awan awangan. kah kah kah......"

Sambung lagi ketawa Harakah kahkahkah. Harakah punya intelek jumud tak habis-habis...Harakah kahkahkah, kot ya pun antara dua darjat biarlah berdarjat dan bertempat, takkanlah nak samakan antara MB dan PM.

Kalaulah jangkauan penglihatan  PM ni macam MB, PM akan turut melantik almenantunya jugaklah jadi CEO PMBK, kerana pandangan singkatnya dari bot melihat sudah tidak ada orang lain yang lebih layak untuk jawatan itu.

Berbeza dengan pandangan luas pemimpin yang meluangkan kesibukkan masanya demi keseluruhan rakyat bagi memantau keadaan banjir dari udara. Sudah tentu pandangan dari udara sangat luas dan manfaat yang akan diberikan juga meliputi keseluruhan rakyat, bukan manfaat kepada kroni dan kaum keluarga serta menantu terdekat semata-mata.

Jika dikatakan mendekati rakyat melalui sentuhan adalah lebih bersifat prihatin, sebenarnya pandangan itu sudah tidak relevan lagi di zaman serba cepat ini, ianya seolah-olah menunjukkan seseorang pemimpin itu tidak ada kerja dan makan gaji buta tanpa perlu memikirkan halatuju sesebuah negeri atau negara yang ditadbirnya.

Sedangkan apa yang perlu oleh rakyat adalah bantuan ehsan daripada pemimpin, kalau setakat melawat tu duk kempen suruh sokong Pas dan buah tangan yang dibawa pula ialah bendera Pas, tak der makna semuanya tu, ke ada siapa-siapa nak kata itu adalah bermakna, tak percaya boleh pergi tanya pakcik yang dalam gambar dibawah.
Begitu juga dengan mengatakan Ulamak sebagai pemimpin, sebab boleh jadi imam, nanti kalau dah mati siapa yang nak imamkan kita kalau kita pilih pemimpin bukan ulamak, jumud ke tidak berfikir macam tu ? Habis tu kerajaan lantik Tok Imam  pasal apa? , lantik Tok Bilal pasal apa? suruh jerlah pemimpin Ulamak jadi imam.

Sama jugak dengan tugas bomoh atau perubatan yang khas untuk menghalau makhluk halus ni, jangan ingat mentang-mentang kita ni lebai kelarah jin akan takut dan lari bila kita halau, tak semestinya, namun tak salah kalau MB nak jadi bomoh, lagi elok jadi bomoh sepanjang masa.
Kesimpulannya sebagai seorang manusia, kita mempunyai tugas masing-masing yang telah diamanatkan berdasarkan kemampuan dan kelayakkan, walau sewarak manapun seorang pemimpin itu menjadi MB, takkan sempurna kerja seorang MB kalau cuba mengambil alih tugas Imam, takkan MB nak tinggalkan tugas MB kerana nak lakukan tugas Imam. 

Hakikatnya kalaupun rakyat pilih pemimpin itu Ulamak, kerja-kerja imam tetap akan dilaksanakan oleh Imam yang telah dilantik bukannya pemimpin yang dipilih. Letaklah sesuatu itu biar kena pada tempatnya. Anda Mampu Mengubahnya.

Percayalah...Takkan sama kereta Datsun 120Y Tok Guru pondok dengan kereta Mercedes Tok Guru politik.

Video - Doa Nik Aziz Tak Konsisten, 4 Kali Doa Sama, Baca Maksud Berbeza Meleret-Leret

Kebiasaanya kita hanya mendengar pengeluaran fatwa yang tidak konsisten dari Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tapi kali ini memohon doa kepada Allah pula yang tidak konsisten. Terjemahan daripada doa yang dibacakannya itu sering berbeza-beza dan adakalanya juga doa itu seperti ceramah politik.

Tafsiran ikut suka atau ikut keluar dari mulut yang bersifat celupar ini sangat berbahaya, kerana itu jugalah Nik Aziz mendakwa segala kerja buat dan amal ibadat yang dilakukan oleh orang-orang Umno tidak akan mendapat pahala.

Persoalannya adakah Nik Aziz yang menentukan dosa pahala seseorang manusia ? Umat Islam seharusnya dapat membezakan yang mana boleh disebut sebagai ulamak dan yang mana pula fulamak. Jika dengan Allah Taala pun Nik Aziz bermain berpolitik yang tidak konsisten atau istiqamah apatah lagi sesama manusia.

Rakaman video dibawah menunjukkan adegan doa terjemah ikut suka yang boleh dibandingkan pada empat keadaan yang berlainan. Namun bukan soal salah atau tidak salah yang hendak dibangkitkan, akan tetapi ianya sekadar ingin menunjukkan dimana keadaan yang jelas betapa tidak konsistennya doa itu yang juga sering diamalkan didalam fatwa atau kenyataan yang dibuat oleh beliau sebelum ini.

Murtad, kafir, munafik dsbnya adalah tuduhan rutin Nik Aziz terhadap Umno, tuduhan itu akan  menjadi lebih kerap bilamana pilihanraya semakin hampir, tetapi mereka yang jelas-jelas KAFIR seperti pemimpin DAP diangkat sebagai Khalifah Umar Abd Aziz, apakah orang seperti itu yang hendak kita sebut sebagai ulamak warosatul anbiya' ? Anda Mampu Mengubahnya.

Ya Allah kami tahu suatu hari nanti kami akan mati
Lepas pada mati kami... dalam kubur

Ya Allah kami mengaku suatu hari nanti kami akan mati
Lepas pada mati kami akan dihidup balik

Ya Allah suatu hari nanti semua mayat dalam kubur akan dihidup balik
Dan dihimpunkan setempat dipadang masyar

Nik Aziz: Amanat Hj Hadi "Tidak Ada Keperluan Untuk Tarik Balik"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam satu kenyataan yang dibuat di media sosial Facebook beliau sekali lagi mengulangi pendiriannya mempertahankan  amanat mengkafirkan Umno yang pernah dikeluarkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada tahun 1981.

Menurut Nik Aziz, tidak ada keperluan untuk Presiden Pas itu menarik balik amanat mengkafirkan Umno, sebaliknya meminta pihak yang berkaitan yang menganggap amanat itu tidak benar supaya memanggil Hj Hadi dan meminta penjelasan itu sendiri daripada beliau (Hj Hadi).

"Saya masih ditanya oleh wartawan tentang Amanat Haji Hadi. Saya ingin ulangi permintaan saya agar Tuan Guru Dato Seri Abdul Hadi tidak menarik balik apa yang disebut sebagai amanatnya itu. Tidak ada keperluan untuk tarik balik. Jika tidak benar isi kandungan ucapan itu, panggil beliau dan minta untuk berikan penjelasan".

Pada masa sama Nik Aziz turut menyalahkan media masa pro Umno dengan mendakwa media pro Umno tidak berminat untuk menyelesaikan polemik yang berlaku itu melalui sidang perbincangan.

"Malangnya saya melihat media massa pro Umno/BN ini tidak berminat ke arah menyelesaikan polemik dengan berbincang". 

Nik Aziz juga mendesak supaya perbincangan secara terbuka diadakan selain menyindir Mufti dengan beranggapan bahawa media pro Umno sebagai penakut untuk berhujah secara berdepan dan hanya pandai bertumbuk seorang diri saja didalam gelanggang.

"Saya mendesak agar diadakan satu perbincangan terbuka. Jangan hanya pandai bertumbuk seorang diri di dalam gelanggang. Saya anggap media seperti ini ialah media penakut".

Sebelum ini dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir.

"Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak itu.

Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.

"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.

"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.

Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.

Video - Pendedahan Skandal Balak Dan Pesta Jualan Tanah Besar-Besaran Di Kelantan

Pas dan tanah boleh diibaratkan sebagai kucing dan ikan tawar, dan rakyat Kelantan juga tidak mengetahui berapa banyak lagikah tanah yang masih tinggal, namun apa yang pasti dapat kita lihat diruangan iklan Mudah.my terdapat begitu banyak tanah-tanah di Ulu Kelantan yang hendak dijual.

Seakan sedang berlaku pesta jual tanah secara besar-besaran di Kelantan kerana ia melibatkan tanah dalam jumlah keluasan yang besar. Apa sebenarnya yang berlaku dengan tanah-tanah ini ? apakah ia dijual kerana balak-balak sudah habis ditebang? adakah tanah-tanah beribu-ribu ekar itu hanya dimiliki oleh seorang penama?

Jika diikutkan banyak persoalan yang boleh ditimbulkan, namun keadaan itu mungkin hanya terbongkar sekiranya pemimpin BN di Kelantan tidak bersubahat dengan Pas serta berani mendedahkan mengenai keadaan sebenar yang berlaku, ikuti sedikit pendedahan pada rakaman video dibawah, Anda Mampu Mengubahnya.
Antara tanah-tanah yang diiklankan untuk dijual di Mudah.my




Pas dan tanah

Video - Cubaan Jual 2700 Hektar Tanah Di Kelantan Diselamatkan Kerajaan Pusat

Tidak ada lagikah alternatif lain kerajaan Pas Kelantan dalam menyelesaikan apa-apa perkara selain daripada menjual tanah.? Timbul saja masalah, tanah juga tempat yang nampak dulu untuk diterkamnya,

Tindakan boros yang menampakkan kerakusan terhadap tanah-tanah dibumi Kelantan ini dapat dilihat apabila ianya ditimbulkan oleh Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa didalam cadangan beliau sekiranya kerajaan negeri berhajat untuk membayar hutang-hutang peneroka kepada KESEDAR. (Rujuk kepada Video)

"Kalau Kerajaan Negeri nak main kasar macam tu (merujuk kepada isu Talam), kalau setakat nak bayar hutang peneroka tadi, ambil 2700 hektar tu boleh bayar dah, kalau nak main kasar lagu tu."

Bukankah mewah bunyinya tu...,ada masalah sikit mula nak heret geran nak jual tanah, agak-agak jika kita ditimpa masalah kewangan, apa yang kita nampak dulu dalam kepala, nak jual tanah ke ? atau mencari alternatif yang lain. Itu bergantung kepada sikap kita sendiri, kita ni jenis yang bagaimana.

Apapun syukurlah kerana kerajaan pusat telah menyelamatkan tanah seluas 2700 hektar itu daripada tergadai kepada cina apabila bertindak melupuskan hutang melibatkan 6,000 peneroka yang berjumlah RM133 juta itu.

Namun jumud yang masih bertahan didalam pemikiran pemimpin Pas yang didoktrin didalam pemikiran penyokongnya adalah dengan berkata, 
"Kalau takder pembangunan, kata takder pembangunan, bila buat pembangunan bagi tanah untuk dimajukan oleh 'Tauke Cina' dituduh pula jual tanah, dah kerajaan takder duit nak bangunkan, maka terpaksalah bagi kepada cina".
 
Seolah-olah wujudnya sesebuah pembangunan itu adalah dengan hanay menjual tanah semata-mata, untuk mewujudkan pembangunan dengan menjual tanah, rasanya tak perlu belajar tinggi-tinggi, orang kampung pun reti kalau macam tu,
 
Sikap takder duit nak jual tanah ni bukanlah satu sikap yang baik, banyak lagi cara lain seperti menarik pelabur asing untuk datang buka kilang ke, buka ladang unta ke, otak tu kena fikirlah, jangan duk fikir politik nak maki hamun Umno jer memanjang, ini takder guna punya pemimpin, bab politik dengan tambah bini jer cekap, yang lain semuanya hamPas.
 
Hairan sungguh 22 tahun Pas perintah Kelantan apa yang dibuatnya ? pusat peranginan tidak ada yang dimajukan sehingga tahap yang boleh dibanggakan, kalau dari segi pembangunan atau kemudahan untuk rakyat seperti masjid, sekolah, jalanraya, hospital, klinik, balai polis, balai bomba dan segalanya  kerajaan pusat yang buat.
 
Habis tu kerajaan Pas duk buat apa selain dari ceramah dan pacak batu ? buat projek ladang depu KO, kambing Jamnapari KO, cakap nak bina stadium dah dua kali kencing, kutip derma janji nak bina lebuhraya rakyat hanya menjadi angan-angan 'Mek Nab', sembang hebat, perlaksanaan habuk pun tarak...Anda Mampu Mengubahnya.
Cakap banyak tak guna, ini buktinya!!!

Pas Tak Pernah Cukup Duit, Tengok Ni Nak Jumpa Nik Aziz Pun Kena Bayar RM100

SEREMBAN - Setelah hutan balak dan beratus ribu ekar tanah di Kelantan habis botak ditarah oleh kroni luar Kelantan berbangsa cina DAP, aktiviti rutin tin milo secara eksklusif dijangkakan bakal diadakan di Negeri Sembilan yang akan turut dihadiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dilaporkan usaha untuk mengutip dana Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), PAS Negeri Sembilan bakal diadakan dalam sebuah Majlis Makan Malam eksklusif pada 28 Disember ini di City Kingdom Hotel disini.

Menurut Setiausaha program, Mohd Hassan Tamby, kehadiran Nik Aziz yang juga Mursyidul Am Pas selain daripada membuat ucapan, Nik Aziz juga akan turut membuat gimik dengan melelongkan beberapa koleksi barang peribadi beliau.

Namun majlis ini hanyalah untuk dihadiri oleh orang-orang kaya sahaja bukan terbuka kepada semua rakyat, untuk kemajlis ini perlulah membeli tiket berharga RM100 untuk setiap seorang (satu kerusi)  dengan menghubungi Mohd Hassan di talian 019-2171942 atau Hakki di talian 013-3840022.

Apakah rakyat tidak terfikir sampai bila Pas akan teruskan aktiviti tin milo ini ? Daripada aktiviti tin milo jalanan hinggalah kepada eksklusif, sebenarnya tidak ada beza diantara aktiviti tin milo Pas dengan pengemis, namun sangat mendukacitakan apabila hanya pengemis sahaja yang dihalang daripada terus melakukan aktiviti tersebut.

Sedangkan Pas dan pemimpinnya juga sudah begitu kaya raya sehingga langsung tidak lagi mempedulikan si miskin dinegeri yang diperintahnya lebih 22 tahun itu. Bangunan-bangunan Pas dibina megah disetiap kawasan, tetapi rumah-rumah rakyat dan masjid tidak dibina semegah bangunan mereka.

Jika Islamnya sesebuah kerajaan itu tidak dilihat kepada berapa MASJID yang dibina ?, apakah  pembinaan bangunan-bangunan parti seperti Pas disetiap kawasan itu yang dilihat Islamiknya sebuah kerajaan ? Logik pada fikiran anda sebagai umat Islam, mana yang lebih penting diantara pembinaan bangunan-bangunan parti dan juga masjid.

Pas bedal duit rakyat untuk kepentingan partinya, sangat jauh berbeza dengan kerajaan BN yang lebih mengutamakan rakyatnya daripada bangunannya. Apa pentingnya bangunan Pas sedangkan rakyatnya daif sehingga terpaksa tinggal serumah dengan kambing ?

Pembinaan bangunan-bangunan Pas ini seharusnya dinilai oleh rakyat samada perjuangan yang dilaungkan oleh Pas itu menepati kehendak Islam yang sebenar ataupun sebaliknya. Anda Mampu Mengubahnya.

Lihatlah! Politik Terdesak Pas Kelantan Dizahirkan Setpol Nik Aziz

Kerana politik, kenyataan Si MeON kencing malam pun diambil kira dan dijadikan sumber riwayat yang soheh oleh admin Facebook merangkap Setiausaha Politik kepada Nik Aziz.

Asal dapat keuntungan politik tak kiralah kan, bab hukum-hakam pun macam ni jugak, hadis palsu dan daif pun digunakan sebagai sandaran yang kuat dalam menyokong sesuatu hujah yang boleh bagi untung pada politik mereka.

Matang ke politik Setpol Nik Aziz  macam ni ?  Kalau ya pun dah takder isu takkanlah sampai guna perawi palsu tak bersunat macam tu, carilah yang sahih sikit.

Pas  menang PRU di Kelantan pun adalah hasil dari penipuan kenyataan seperti ini didalam ceramah-ceramah mereka, permainan saraf yang 'jirrik angin' seperti itu tidak seharusnya dipercayai lagi oleh golongan muda zaman Tweet hari ini.

Penipuan bersifat jumud itu bagaimanapun mendapat ulasan yang begitu tinggi juga apabila mencatatkan sebanyak 2579 komen. Sampai bilakah kita khasnya rakyat Kelantan harus terpedaya dengan muslihat politik seperti itu? Anda Mampu Mengubahnya.

Kampungku Banjir Kota Bharu Naik Air

KOTA BHARU - Banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa meningkat kepada 102 orang di sebelah petang berbanding hanya 18 orang di sebelah pagi.

Menurut portal rasmi kerajaan negeri, jumlah itu membabitkan 24 keluarga di empat jajahan iaitu Kota Baharu, Machang dan Pasir Mas selain Pasir Puteh yang mangsa berpindah sejak tengah malam Ahad.

Di Kota Bharu, seramai 31 orang dipindahkan iaitu 27 orang di Sekolah Kebangsaan Tiong dan empat orang di Pejabat Penggawa Peringat.

Di Machang, empat orang ditempatkan di Madrasah Sungai Mas manakala di Pasir Mas, seramai 49 dipindahkan, 23 daripadanya ditempatkan di Madrasah Haji Daud, Kangkong dan 26 orang lagi di Sekolah Kebangsaan Baroh Pial.

Di Pasir Puteh, jumlah mangsa kekal 18 orang yang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Bukit Awang malam tadi.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan, Roslee Mamat berkata Sungai Golok di Jenob kini melepasi paras bahaya iaitu 24.64 meter (paras bahaya 23.50 meter) dan di Rantau Panjang, air kini pada tahap 9.25 meter (paras bahaya 9 meter), manakala sungai utama lain berada di paras amaran.

Beliau berkata keadaan tengkujuh di Kelantan kini di peringkat jingga dan keadaan itu dijangka berterusan sehingga lusa.
Pengalaman banjir yang saya lalui sendiri ini pula adalah pengalaman pertama apabila tinggal dikawasan yang mudah dinaiki air. Kediaman yang berhampiran tali air ini menyebabkan semua keluarga terpaksa berkurung dirumah, ini kerana hujan lebat beberapa hari lalu menyebabkan air didalam tali air  mulai melimpah sekaligus jalan untuk keluar dari kawasan ini turut digenangi air.
Keadaan air mulai naik pada malam tadi yang sudah hampir digigi tangga itu cukup merisaukan, almaklum jerlah tak biasa katakan..
Bagaimanapun hari ini masih tiada lagi tanda-tanda air akan surut malah keadaan air dilihat masih dalam keadaan bertahan.
Antara aktiviti yang mampu dilakukan di musim banjir ini adalah menahan pukat ikan. seronok jugak rasanya....ermmm.
Hujan lebat dan air deras dari sawah padi menyebabkan berlakunya tanah runtuh yang melintangi ruang jalan, jambatan sementara yang menggunakan batang pokok kelapa telah dibina dan terpaksa digunakan walaupun berkemungkinan menghadapi risiko.

Meninjau pada ruang bawah di jambatan sementara ini kelihatan salah satu batang kelapa mulai bengkok, namun apa boleh buat negeri Ulamak, berdoa sajalah supaya selamat...





Akhir sekali di musim banjir jugalah berpeluang menjumpai lipan besar yang agak sukar ditemui pada waktu biasa, sedang syok duk layan internet tetiba jer lipan ini muncul menghampiri kaki, akibat terkejut kerana lipan ni tak bagi salam, terpaksalah gambanya diambil dengan keadaan yang demikian.

Duk tunggu jugak kalau-kalau ada bantuan banjir, tapi setakat ni takder lagi...

Video - Abby: Rezeki Artis Adalah Haram, Tak Mengaku Dibedal Oleh Ustaz Azhar

Mengkritik dan menghukum orang lain adalah sesuatu yang mudah untuk dilakukan berbanding dengan menerima kritikan dan hukuman keatas diri sendiri, begitulah lumrahnya setiap manusia melainkan golongan yang benar-benar mendapat petunjuk daripada Allah Taala.

Sesungguhnya insan yang  mendapat redha Allah didalam kehidupan nescaya jiwanya pasti merasa tenang, akan tetapi insan yang mengaku mendapat hidayah dari Allah hanya semata-mata perubahan fizikal diatas faktor keadaan yang menimpa dirinya itu, sebenarnya bukanlah orang yang layak untuk disebut sebagai mendapat hidayah dari Allah Taala.

Begitulah dengan apa yang berlaku kepada penerima hidayah dari Pas, selepas menamatkan kerjayanya yang juga sudah hampir tamat didalam industri hiburan tanahair, beliau memulakan kerjaya baru sebagai pelakon hidayah bersiri di pentas doktrin kebencian bagi membantu Pas memecah belahkan umat Islam didalam negara ini.

Pada permulaan lakonan, beliau mengaku dirinya bebas dan tidak menyertai mana-mana parti politik, kehadiran beliau di pentas-pentas ceramah Pas hanyalah sekadar memenuhi jemputan untuk mengongsikan hidayah yang dikatakan diterimanya itu, sehinggalah pada hidayah siri kedua beliau mengambil keputusan untuk menyertai Pas dengan mengisi borang parti itu kerana beliau percaya tidak akan memasuki syurga sekiranya diakhirat nanti namanya tidak tersenarai didalam keahlian Pas yaitu syarat utama untuk memasuki syurga.

Pada hidayah siri ketiga pula, selain berkongsi hidayah, beliau makin lantang mengkritik rakan-rakan artis yang masih didalam dunia hiburan yang pernah diceburinya itu, kelantangan lebih sudu dari kuah beliau itu pernah ditegur oleh sifunya Ustaz Azhar Idrus, namun teguran itu tidak menghentikan sebarang sikap kemeroyanannya.

Pada masa sama beliau turut mengkritik ulamak-ulamak yang bertentangan dengan perjuangan yang dibawa oleh Pas, tidak kira golongan ulamak daripada Umno mahupun ulamak yang bebas, jika anda masih ingat, mantan Mufti Perlis, Dr Asri dan Ustaz Fthul Bari turut menjadi mangsa hidayah beliau dengan penafian ilmu yang tinggi yang dipelajari oleh ulamak-ulamak tersebut.

Memasuki hidayah siri keempat beliau mengistiharkan dirinya diwakafkan untuk Pas bagi menghadapi PRU13 nanti, selepas pengistiharan wakaf itu, perkongsian hidayah tidak lagi menjadi perkara utama ketika beliau dipentas-pentas ceramah Pas, malah kutukkan terhadap kerajaan dipertingkatkan selain melemparkan fitnah mirip pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain.

Akhirnya hidayah bersiri kelima, ia semakin hebat, solid dan mantap, kritikkan beliau itu tidak hanya kepada Umno dan pemimpin Umno, malah NGO seperti PERKASA dan Ibrahim Ali turut menjadi habuan hidayah, ahli PERKASA dan presidennya didakwa tidak berakhlak, pendakwaan itu mirip fatwa-fatwa yang sering dibuat oleh Mursyidul Am Pas, dan mungkin hidayah siri seterusnya amanat seperti amanat Hj Hadi pula yang akan dikeluarkan oleh beliau....Anda mampu Mengubahnya.

Isu Tanah Rakyat - Pemimpin Umno Kelantan Penakut Atau Menjadi Barua Kepada Pas ?

Segagah mana Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera isu berkenaan ? berkesankah apa yang dimahukan itu ? Atau sekadar cakap-cakap sebagai penyedap ruang kepada isu yang sedang berbangkit.

Dalam isu ini, kita agak kesal dengan sikap segelintir pemimpin BN yang lebih rela menjadi barua  Pas daripada mendedahkan isu yang melibatkan kepentingan rakyat.

Melalui pemerhatian, wujudnya politik menjaga kepentingan masing-masing diantara ADUN BN dengan kerajaan Pas Kelantan.

Seperti isu yang didedahkan oleh blogger pisau.net mengenai pemberian 10,000 ekar tanah kepada DAP, masakan pemimpin BN khasnya Adun yang senantiasa 'bergelewat' dengan pimpinan Pas Kelantan tidak mengetahui akan duduk perkara yang sebenarnya  berhubung isu itu. Atau mulutnya juga telah terkunci dengan beberapa ekar ganjaran tanah ? Sungguh tidak masuk akal jika pemimpin BN Perak lagi agresif  biarpun isu ini berlaku diluar kawasan mereka.
Sepertinya ada yang tidak kena....Apa yang rasa tidak kena itu seharusnya disiasat bagi mengelakkan sebarang kecurigaan yang timbul diminda-minda mereka yang sedang memerhatikan keadaan politik yang berlaku di negeri Kelantan ini. Apa yang pasti kemenangan BN di DUN sediamenang di Kelantan akan berterusan, apakah kita melihat jentera Pas menumpukan sepenuhnya gerak kerja mereka dikawasan yang mereka kalah ini, atau kawasan itu sudah di-reserved-kan bagi balaci mengimbangi kelangsungan pemerintahan Pas di Kelantan.

Jika diperhatikan dalam sidang perbahasan DUN Kelantan, BN seakan ketandusan pemimpin berkaliber antaranya seperti YB Alwi - Adun Kok Lanas, dimana perbahasan dan serangan isu yang dibuat keatas kerajaan negeri agak jitu diluar konteks balaci dan memberi imej yang baik (cerdik)  kepada BN.

Hal itu jauh berbeza dengan apa-apa isu yang dibangkitkan oleh sebahagian Adun BN yang lain, mereka seolah-olah lebih gemar menghunus keris begitu tajam tanpa menusuknya sehabis dalam, seperti sengaja membiarkan  mangsa bangkit untuk melawan dengan perolehi  imej begitu bergaya dimata rakyat. Keadaan yang berlaku itu buatkan kita tertanya adakah pemimpin Umno Kelantan penakut atau telah menjadi barua kepada Pas. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Fatwa 'Ikut Dan' Nik Aziz Antara Tahun 2009 Dan 2012, Umno Murtad Dan Ikut Nafsu

Fatwa 'ikut dan' yang dibuat oleh Nik Aziz pada 2009 dan 2012 jelas dapat dilihat pada rakaman video dibawah, pada tahun 2009 Nik Aziz mendakwa Umno sebagai menolak agama sekaligus menggantikan dengan nafsu.

Manakala pada tahun 2012 Nik Aziz mendakwa Umno membuang Islam dan turut memurtadkan Umno.

Wartawan: Tadi Tok Guru menyebut, kalau Murtad bermakna memperlekehkan Islam, dan Umno memperlekehkan Islam, adakah Tok Guru secara tak langsung menjatuhkan hukuman murtad keatas Umno.

Nik Aziz: Tak kira siapa pun, tak kira Tok Guru sekalipun kalau murtad, murtadlah, usahkan Umno, Tok Guru berserban, berjanggut, kalau dia tolak Islam dengan secara hati dia betul Islam tak guna sekarang, dia murtad. walaupun takder mufti bagitahu, takder kadi, tapi kalau dia tolak Islam dengan sengaja, yakin bahawa Islam tak berguna sekarang, dia murtad.

Wartawan: Pada pandangan Tok Guru Umno Memperlekehkan Islam ?

Nik Aziz : Tak perlekeh apa dia buang Islam.
(Kejahatan secara persepsi berserta putar alam Nik Aziz mempercendulkan Islam adalah terlalu jelas bagi mereka yang berfikir dan menghayatinya.)
KUALA TERENGGANU - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.

"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.

Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.

Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.

"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.

Abby Abadi Cari Agensi Untuk Buat Umrah 'Free' Diselar Ustaz Pas

Kenyataan untuk mencari penaja bagi menunaikan umrah secara percuma oleh selebriti popular Pas Arbaiyah Abdul Manan atau lebih dikenali dengan nama yang diberikan rakan Kristiannya sebagai Abby Abadi telah dikritik selain ia mengingatkan kembali isu tajaan HAJI Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat beberapa tahun lalu.

Abby dalam satu kenyataan bersifat 'memasang umpan' di Facebook beliau telah memaklumkan kepada semua agensi pengelola umrah yang ingin mengajak beliau menunaikan umrah secara percuma supaya menghubunginya kembali.

"Assalamualaikum. Saya mencari agensi yang ingin mengajak saya menunaikan Umrah bulan 4 ini. Boleh hubungi Saya balik tak? Maklumat dalam mesej di FB ni dah hilang sebab banyak sangat mesej masuk. Tolong ya.... Tq :)".

Penumuman Abby itu dipanjangkan kepada seorang pendakwah Pas, Ustaz Ahmad Lutfi Che Harun ketika dihubungi bagi menjelaskan perkara itu berkata, pengumuman sedemikian tidak diajar didalam Islam, bahkan Islam mengajar supaya umatnya sentiasa berusaha didalam apa jua perkara tanpa ada sikap kebergantungan kepada orang lain.

" Tak boleh lagu tu, mana boleh?, kerana awal-awal lagi niat kita dah lain, nak buat ibadat ni tak boleh fikir nak mudah (free), nak pergi umrah ni bukan macam nak pergi melancong, tapi tak salah kalau ada orang nak taja, cuma yang tidak betulnya  kalau kita yang mengalu-alukan tajaan itu".

"Kita nak buat apapun, kita mesti tahu yang kita dalam keadaan mampu, apabila kita sudah berkemampuan, tiba-tiba ada orang datang nak taja kita, kita tak minta pun, ketika itu kita boleh menerimanya, kerana niat kita dari awal lagi sudah ikhlas, (bukan harap tajaan) kita nak pergi umrah dengan hasil duit kita sendiri, bukan kita harapkan pada orang lain".

"Kenapa dia cari agensi suruh taja dia, Umno duk buat apa ? Umno ni kalau suruh taja pergi melancong (tempat buat maksiat) baru cepat dia nak taja". Kata Ustaz Mad ketika dihubungi semalam.

Bagaimanapun untuk makluman, jawapan yang dibuat oleh Ustaz Mad itu hasil dari pertanyaan bahawa kes ini berlaku kepada Amy Search yang beberapa bulan lalu mengumumkan telah menyertai Umno, kerana kita khuatir jawapannya akan jadi lain sekiranya ditanya diatas kes ini berlaku kepada Abby atau artis yang menyokong Pas.


Abby kata tak nak pergi Gaza itu hari sebab punyai komitmen nak jaga anak-anak dan ibunya. Ya ke ? atau tak popular takde orang nak taja. Setakat pasar malam tu bolehlahh...

Video: Isu Gadai Tanah Rakyat - Nik Aziz Nafi, Ngeh Tuduh Pas Bocorkan Rahsia

Pendedahan mengenai kerakusan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan telah 'membaham' tanah-tanah rakyat di Gua Musang untuk diberikan kepada cina DAP sangat mendukacitakan seluruh rakyat di Negeri Kelantan.

Isu yang didedahkan oleh blogger Pisau.net beberapa hari yang lalu mengenai pemberian tanah seluas 10,000 ekar itu bagaimanapun dinafikan oleh Nik Aziz dengan penafian yang bersifat 'kluk-klek', begitupun Nik Aziz membela dan menyayangi DAP lebih dari agama sendiri, pemimpin DAP tetap menuduh Pas sebagai pengkhianat dengan menuduh pemimpin Pas yang membocorkan mengenai maklumat berkaitan tanah berkenaan.

Belum apa-apa lagi sikap DAP yang terburu-buru menuduh Pas itu sedikit sebanyak memperlihatkan semangat kesetiapakatan terlalu rapuh diantara mereka, bila berlakunya keadaan seperti ini barulah rakyat jelas tentang hubungan parti-parti didalam PR

Lebih memperlihatkan sikap buruk dan cacar-marba mereka yang sering melaung-laungkan mengenai kebebasan media apabila sebuah portal milik pembangkang yaitu FMT dilihat telah menarik balik artikel bertajuk 'Pemimpin DAP Dakwa Pas Bocorkan Rahsia Tanah Di Kelantan' sebelum menggantikannya dengan artikel yang menuduh Umno pula yang membocorkan maklumat berkaitan tanah rakyat itu.

Bagi mendapatkan keterangan terperinci mengenai penyelewengan tersebut, sila rujuk disini. Anda Mampu Mengubahnya.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...