Showing posts with label mufti. Show all posts
Showing posts with label mufti. Show all posts

Hj Hadi Akan Bersiaran Langsung Di RTM1 Bersama Mufti-Mufti Negeri

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata tokoh agama dan mufti negeri-negeri akan dijemput untuk bersama dalam forum yang akan memberi peluang buat julung kalinya kepada Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi memperjelas amanatnya yang telah memecah-belahkan umat Islam di Malaysia.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat keputusan bersendirian dan terlalu yakin dengan kebolehan dirinya yang berlatar belakangkan pendidikan agama "kerana sentiasa ada orang yang lebih bijak daripada kita".

"RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran sahaja (Hadi seorang), ia mesti disertai oleh pihak-pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman," katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini hari ini.

Presiden Pas itu, katanya harus bersedia untuk menerima pendapat orang lain dan forum tersebut akan dibuat dalam suasana yang sesuai.

Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.

Menurut Rais Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya beliau hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi oleh politik.

Rais juga berharap Hadi akan menarik balik tuduhan kafirnya ke atas pengikut Umno semasa berlangsungnya program itu dan jika beliau mahu meneruskan amanatnya, Hadi harus mendengar pandangan daripada tokoh-tokoh agama lain yang akan turut serta.

"Sehingga kini, belum ada lagi permohonan rasmi dari Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.

Rais menjelaskan demikian ketika mengulas mengenai hasrat Hadi yang mahu muncul dalam kaca televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu pepecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan Umno pada 1981, di Kuala Terengganu.

Dalam pada itu, Rais meminta parti-parti politik dalam negara ini supaya bersatu dalam konteks kemasyarakatan Malaysia.

Malaysia harus dibantu tanpa mengira latar belakang politik, agama dan budaya supaya negara ini terus mendapat tempat tertinggi dalam aturan keduniaan dan antarabangsa, katanya.

"Kita perlu bersatu dalam konteks di luar politik dan bukan hanya politik sahaja yang boleh satukan kita, tetapi perasaan kekitaan sebagai rakyat Malaysia," katanya.

"Orang PKR (Parti Keadilan Rakyat) perlu jayakan anak mereka, orang Umno pun sama, kita tidak boleh terlalu banyak berlopak dalam politik sampai kita lupakan negara dan kewarganegaraan kita," katanya.

Mufti Perak Dan Mufti Wilayah Persekutuan Gesa Hj Hadi Tarik Balik Amanat Kafir

KUALA LUMPUR - Dua orang mufti termasuk Tan Sri Harussani Zakaria menggesa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat mendakwa Umno kafir, yang dikeluarkan lebih tiga dekad lalu.

"Selagi seseorang Islam itu mengucap dua kalimah syahadah, melaksanakan amalan, bagaimana boleh dikatakan kafir.

"Itu hanya pendapat melulu dan tidak berasas," kata Mufti Perak kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra sempena pertemuan bersama Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan di sini, hari ini.

Katanya, perkara ini sudah pun dijelaskan yang mana ia bukan masalah parti.

"Dari segi syarak, saya bangkit mengatakan kebenaran. Beliau (Hadi) wajib menarik balik amanat tersebut," katanya.

Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata, amanat tersebut tidak memberi bahaya kepada Umno sebaliknya ke atas Hadi.

"Saya bersetuju untuk beliau (Hadi) menarik balik amanat tersebut. Beliau juga perlu kembali kepada Ahli Sunnah Waljamaah," katanya.

Pendapat sama turut disuarakan Pengerusi Penerbitan Dakwah Islamiah Malaysia (Pedim), Datuk Mat Jahaya Hussin yang berharap semua pihak hanya bercakap perkara yang benar sahaja.

"Ada ayat al-Quran menyebut jauhkan diri daripada prasangka tidak baik.

"Adalah lebih baik kita mengikut nas al-Quran, sama ada daripada tulisan atau ceramah," katanya.

Hadi Awang pernah mengeluarkan amanat demikian pada tahun 1981 dan menjadi pegangan ribuan ahli parti itu sehingga ke hari ini.

- Tidak berasa berdosakah orang-orang Pas yang telah mengkafirkan Umno sehingga menyebabkan berlakunya perpecahan kepada umat Islam, nak tanggung pikul dosa tu alamatnya sokong Pas tak masuk syurga jugaklah ya

Video - Vanida Nafi Jatuh Talak Kesal Pihak Ketiga Heret Mufti

PETALING JAYA - Pelakon Vanidah Imran menjelaskan tidak berlaku penceraian diantara dia dan suami, Rashidi Ishak berikutan dialog yang diungkapkan menerusi filem Untuk Tiga Hari.

Vanidah yang dihubungi mStar Online di sini Isnin berkata, dia dan suaminya telah meneliti skrip filem arahan Afdlin Shauki itu sebelum menerima tawaran membintangi karya berkenaan.

"Saya tidak faham bahagian mana dalam filem itu yang mengatakan Rashidi ada melafazkan cerai terhadap saya?

"Sebagai pelakon kami sangat berhati-hati dengan perkara sebegini dan tidak akan menerima sebarang watak yang menggambarkan sifat negatif suami isteri," katanya.

Vanidah mengulas nasihat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Isnin yang menggesa dia dan Rashidi memaklumkan kepada Jabatan Agama Islam berikutan lafaz cerai yang diungkapkan dalam filem tersebut.

Dalam pada itu, Vanidah menegaskan dia tidak akan ke pejabat agama seperti mana dinasihatkan oleh Harussani kerana yakin tidak berlaku penceraian seperti yang didakwa.

Vanidah memberitahu, sebagai seorang Islam dia sedar mengenai soal agama serta hukum dan tidak akan cepat melatah dengan isu yang digembar-gemburkan.

"Saya tidak nampak sebarang sebab mengapa saya dan Rashidi perlu ke pejabat agama untuk merujuk status kami sebagai suami isteri kerana lafaz cerai tidak pernah berlaku," tegasnya.

Bagaimanapun Vanidah berkata, dia menerima nasihat daripada Harussani sebagai seorang ahli agama namun menganggap ulasan itu hanya dibuat berdasarkan kepada pandangan pihak ketiga tanpa menonton filem berkenaan.

"Saya berpendapat beliau tidak menonton filem itu tetapi hanya mendengar ulasan daripada pihak lain.

"Jika benar telahan saya itu, adalah tidak wajar pihak ketiga mahu mengheret seorang mufti memberi ulasan tanpa beliau melihat sendiri adegan yang saya dan suami lakonkan," katanya.

Vanidah berkata, sepanjang 12 tahun perkahwinan, mereka sentiasa memastikan keharmonian rumah tangga dan menjaga aib masing-masing.

"Bergelar pasangan selebriti menyebabkan ramai mata yang sentiasa memandang kami tetapi Alhamdulilah setakat ini kami bebas dari sebarang cerita-cerita yang tidak elok," katanya. - Mstar

Mufti Perancis 'Kecep Kelate' Akui Malaysia Negara Islam

Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn, Mufti Perancis ceramah dalam loghat Kelantan ketika berkunjung ke SM Imtiaz, Kuala Terengganu. Beliau turut mengakui bahawa Malaysia sebuah negara Islam pada minit ke 3.15....Guano sep kito, kot Kelate pun x pehe jugok gak xdok arohlah... ? Anda mampu Mengubahnya...

Haram Sokong DAP - Mufti Perlis Dr Juanda Letak Jawatan !

Mufti Perlis Dr Juanda berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi", 
 
Pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".
 
Ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia.

" Ulil amri yang ada maruah diri sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba secara terang terangan mahu mengambil alih tugas mereka yang sah di sisi undang-undang dan agama".

"Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan".

Kenyataan Dr Juanda selaku seorang Mufti di negeri Perlis yang disiarkan portal Malaysiakini itu semalam, Gk berpendapat itu bukannya kenyataan dari Mufti sendiri, atau kenyataan Mufti telah dimanipulasi oleh portal Malaysiakini, tapi jika itu pendapat Mufti dengan dalil dan nas yang diberikan  lebih mengutamakan nas 'demokrasi', perlembagaan dsbnya, maka ada baiknya jika Mufti Perlis meletakkan jawatan dan jadi penasihat agama kepada portal Malaysiakini.

Kerajaan kutip duit rakyat dan bayar gaji Mufti bukannya ingin melihat satu jawapan dalilnya bersifat 'sekular' yang selayaknya dikeluarkan oleh penjual roti, kalau jawatan sebagai Mufti maka dalil yang hendak dikeluarkan diatas perbezaan pendapat itu hendaklah berdalilkan Al-Quran dan Hadis. Biar hujah itu sepadan dengan jawatan yang disandang.

Setakat nak jawab ia bertentangan dengan amalan demokrasi tak perlu Mufti, paderi pun reti, dan kerja mengapi-apikan kerajaan dengan 'Ulamak Tua' yang berbeza pendapat  ni bukan kerja Mufti, sebaliknya jika Mufti itu bermaruah dan beriman bukankah lebih baik ia mendamaikan keadaan yang keruh supaya tenang, pergi jumpa dan tanya serta berhujah dengan 'Ulamak Tua' itu, dalil apa yang  dipakai beliau untuk mengeluarkan  kenyataan 'Haram Menyokong DAP".

Kalau setiap kali dilihat kerja Mufti ni hanya nak layan wartawan 'Malaysiakini' dengan hujah demokrasi, kita fikir jangan bazirkan wang rakyat untuk itu lagi, lebih baik jadi penasihat 'demokrasi agama' kepada portal itu,

Mufti faham ke tidak seperti mana yang difahami oleh ulamak pondok itu? Mufti sebagai orang yang dilihat masih muda sewajarnya tidak mengeluarkan kenyataan terburu-buru seperti mana ulamak tua. Kalau Mufti rasa apa yang Mufti fikir itu betul, ulamak tua itu pun mungkin merasakan sebegitu juga.

Tindakan tegas yang bagaimana Mufti rasa perlu diambil oleh 'Ulil amri' yang bermaruah ? Mufti jangan jadi penindas kepada penganut agama Islam, kalau Mufti rasa pendapat ulamak pondok itu tidak betul perbetulkanlah beliau, seramai mana dah rakyat yang terpengaruh dengan pendapat ulamak itu dan bersedia untuk berperang ? apa perlunya mencabar kerajaan untuk diambil tindakan tegas padanya. Itukah kerja seorang Mufti ?

Jika begitu sikap seorang Mufti bukankah ianya sudah keterlaluan, sikap sebegini langsung kita tak boleh terima, apa punya kerja macam ni! lebih nak bela kafir daripada membela umat Islam sendiri, sangat-sangat Gk tak boleh terima dengan gesaan mencabar kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada Ulamak. Itu bukan caranya dan turut berbeza dengan saranan yang pernah dibuat oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin berhubung isu tersebut.

Dr Asri juga seorang yang berpandangan bebas walaupun kadangkala dilihat lebih memihak kepada pembangkang, namun untuk isu ini walaupun jawapannya tidak juga berpihak pada kerajaan tapi kita boleh terima kerana ia satu pandangan yang baik dan membawa kearah kebaikan, menurut Dr Asri,

"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.

"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa),"


"Kita tidak boleh membuat fatwa sendiri, kita kena bincang perkara ini supaya tidak bercelaru,"

 "Saya tidak kata apa yang diperkatakan itu betul atau salah, tetapi kenyataan dikeluarkan mengenai soal haram dan dosa, perlu diteliti semula, kemudian boleh berbincang. Saya lihat itu hanya pandangan peribadi sahaja,"

"Juga ada wakil bukan Islam dalam kerajaan. Jadi, kita perlu fikir semula perkara (kenyataan) itu semula,"


"Haram perlu kedua-dua sebelah. Kita tidak boleh memilih, hanya satu parti... jadi kita memerlukan penjelasan, kita kena menjustifikasikan," katanya lagi.

"Agama mengatasi politik. Jadi, kita jangan campur aduk politik dan agama, jangan gunakan agama untuk politik,"


Bukankah itu kenyataan yang benar-benar bebas ? pokok perkaranya ia perlu dibincang dan tidak boleh untuk menyanggah pendapat sesama ahli ulamak dengan menggesa supaya diambil tindakan tegas kepada mana-mana ulamak yang berbeza pendapat dengannya.

Melainkan pendapat itu jelas bercanggah dengan keterangan hukum dalam Al-Quran dan Hadis  yang telah dipersetujui oleh keseluruhan Ulamak, seperti mengatakan tidak wajib solat 5 waktu sedangkan hukum itu jelas, maka patutlah kalau tindakan tegas itu perlu diambil keatasnya tanpa sebarang perbincangan, bagi hukum yang samar jalan perbincanganlah yang sepatutnya disaran oleh seorang 'Mufti' bukannya jalan menghukum.

Mufti Perlis perlu perjelaskan isu ini, jika keseluruhan kenyataan itu benar datangnya dari Mufti, maka Gk nasihatkan Dr Juanda supaya meletakkan jawatannya, dan jika kenyataan itu bukan datang dari beliau, maka pihak Dr Juanda dan kerajaan seWAJIBnya menghentikan kenyataan penipuan menggunakan nama Mufti itu dengan tindakan yang sangat tegas.
Anda Mampu Mengubahnya....

"Media Penerangan UmnoBN Kelantan perlu malu dengan pendedahan media luar ini," Klik Disini.

Berbaik Sangka Dengan Mufti Atau Dengan DAP ! Nyatakan...

Ketegasan Mufti Perak Tan Sri Harussani berkait kepentingan umat Islam dinegara ini sangat dihargai dan wajib dihormati oleh seluruh umat yang beragama Islam, beliau dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh akhbar Sinar Harian ketika mengulas kenyataan tali barut komunis Dr Maszlee supaya tindakan tegas diambil keatas Ulamak Kelantan Tuan Guru Hj Abdullah Saamah berhubung peghukuman haram bagi umat Islam yang menyokong DAP telah membuat penegasan berikut :

" Kenyataan Abdullah tidak sama sekali bercanggah dengan Islam, bahawa adalah haram dan berdosa umat Islam menyokong DAP yang terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud dan beberapa perkara yang lain",

“Tidak perlu tindakan terhadapnya, kerana kenyataannya itu selari dengan Islam yang jelas haram bagi umat Islam menyokong DAP,” dalam mempertahankan hukum

Maka dengan penjelasan yang dibuat oleh Mufti selaku pakar dalam hukum hakam berkaitan Islam, demi Agama Islam, Gk menyeru seluruh umat Islam baik rakan-rakan media atau sesiapa sahaja dinegara ini supaya berkerjasama dalam menyebarkan fatwa tersebut demi kepentingan kita umat Islam, penghukuman yang dibuat oleh Mufti bukan sembarangan kerana beliau adalah orang yang diamanahkan diatas perkara yang berhubungkait dengan hukum hakam Islam dan Mufti juga akan bertanggungjawab keatas sesuatu yang dihukumkan.

Berbaik sangkalah terlebih dahulu kepada sesama Islam lebih-lebih lagi seorang mufti sebelum kita berbaik sangka dengan DAP, kepada Dr Mazslee bertaubatlah dan kembalilah kepada ajaran Islam mengikut Al-Quran dan Hadis bukannya mengikut ideologi DAP sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan supaya Ulamak ditangkap demi membela DAP.

Jika kenyataan Ulamak menyebut Haram menyokong DAP, lantang beliau memutar kenyataan tersebut yang didakwanya boleh tercetusnya peperangan, logikkah kenyataan beliau itu ? Ulamak kata Haram sokong DAP bukannya suruh umat Islam berperang dengan bukan Islam, macammana beliau boleh kata kenyataan ulamak itu bahaya dan boleh mencetuskan ketegangan agama.

Kalau Karpal Singh kata "langkah mayat saya dulu kalau nak buat hudud" tidak pula dipersoalkannya, sedangkan kenyataan Karpal itulah yang lebih mengjurus kepada berlakunya peperangan, kerana kenyataan Karpal  itu mencabar umat Islam supaya melangkah mayat beliau dahulu jika nakkan Hudud ini dilaksanakan, macammana nak langkah mayat Karpal kalau beliau panjang umur tak mati lagi ? nyawa Karpal yang besar ke Hukum Allah yang lagi besar ?

Justeru itu kenyataan Karpal boleh difahami dengan satu cabaran keatas umat Islam dari seorang bukan Islam bahawa Karpal lebih berkuasa dan berhak untuk menentukan Hukum Allah samada laksana ataupun tidak, apakah umat Islam berkiblatkan Karpal untuk akur dengan kenyataan beliau itu ? pastinya tidak, untuk itu bukankah kenyataan Karpal itu mencabar kredibiliti umat Islam ?

Kita umat Islam bukan kaum yang lemah untuk diperlekehkan, lebih-lebih lagi kita berpijak dibumi Islam, DAP sudah berani-berani mencabar kedaulatan agama Islam dengan perkataan yang biadap, apakah kita sanggup agama kita kita ditindas sedemikian ? Jika DAP tidak setuju perlaksanaan Hudud, itu tidak salah, namun beradatlah dalam menolaknya, jangan dibuat kita umat Islam ni seperti bacul, kita umat Islam diajar untuk tidak mengancam orang bukan Islam sekiranya kita tidak diancam.

Dengan itu fahamilah isu ini dalam konteks agama bukan kepartian, isu ini bukan isu UMNO ataupun Pas, tapi isu ini isu seluruh umat yang melafazkan dua kalimah syahadah, tanganilah pernyataan-pernyataan biadap DAP supaya ia tidak terus besar kepala membarah dalam institusi beragama dalam negara ini.

Jangan terpengaruh dengan ajaran sesat syiah yang mengatakan DAP berhak berkata apa sahaja kerana mereka bukan Islam ? Itu tidak betul menurut ajaran Islam yang sebenar, membiarkan DAP sesuka hati untuk berkata-kata sehingga menghina Islam, itu bukan dari ajaran Islam, Islam bukan satu agama yang boleh dihina, mana mungkin kerana DAP bukan Islam dia berhak untuk perlekehkan Islam, Masyaallah ini sudah terpesong dari ajaran Islam.

Ingatlah Islam adalah agama Allah, kita bukan sekadar wajib mengamalkannya bahkan kita WAJIB mempertahankannya, mengamalkan sahaja tanpa mempertahankannya diibaratkan sebagai kita dan rumah kita, kita hanya tinggal dan duduk dalam rumah semata-mata, bila orang datang ceroboh ataupun khianat tidak pula kita pertahankannya, apakah itu melambangkan kita sebagai pemilik rumah yang baik ? Apakah kita akan dapat tinggal dalam rumah itu dengan selesa dan sempurna ? Biarpun berbeda dengan pendapat 'tajdid' tapi itulah hakikat yang nyata....Anda Mampu Mengubahnya....
" Sokong DAP hukumnya adalah HARAM "
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...