Mufti Perlis Dr Juanda berpendapat bahawa kerajaan yang bermaruah tidak akan membiarkan pihak yang mencabar kuasa mereka seperti tindakan mengisytiharkan perang dengan menggelar golongan tertentu sebagai "kafir harbi",
Pandangan bahawa haram bagi umat Islam menyokong DAP yang diutarakan guru pondok, Abdullah Sa'amah itu juga merupakan pendapat "ketinggalan zaman dan bersifat kebudak-budakan".
Ia adalah sikap yang anti-perlembagaan negara dan anti-demokrasi yang diakui oleh undang-undang. Sikap sebegini tidak wajar wujud pada seorang Muslim dan rakyat Malaysia.
" Ulil amri yang ada maruah diri sepatutnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba secara terang terangan mahu mengambil alih tugas mereka yang sah di sisi undang-undang dan agama".
"Saya rasa pandangan pelik sebegini tidak wajar diraikan. Dalam negara yang berperlembagaan, ada undang undang, mengamalkan demokrasi, juga negara yang memperakui kebebasan beragama oleh mana mana pengikut agama, maka pandangan pelik sebegini tidak sewajarnya diraikan".
Kenyataan Dr Juanda selaku seorang Mufti di negeri Perlis yang disiarkan portal Malaysiakini itu semalam, Gk berpendapat itu bukannya kenyataan dari Mufti sendiri, atau kenyataan Mufti telah dimanipulasi oleh portal Malaysiakini, tapi jika itu pendapat Mufti dengan dalil dan nas yang diberikan lebih mengutamakan nas 'demokrasi', perlembagaan dsbnya, maka ada baiknya jika Mufti Perlis meletakkan jawatan dan jadi penasihat agama kepada portal Malaysiakini.
Kerajaan kutip duit rakyat dan bayar gaji Mufti bukannya ingin melihat satu jawapan dalilnya bersifat 'sekular' yang selayaknya dikeluarkan oleh penjual roti, kalau jawatan sebagai Mufti maka dalil yang hendak dikeluarkan diatas perbezaan pendapat itu hendaklah berdalilkan Al-Quran dan Hadis. Biar hujah itu sepadan dengan jawatan yang disandang.
Setakat nak jawab ia bertentangan dengan amalan demokrasi tak perlu Mufti, paderi pun reti, dan kerja mengapi-apikan kerajaan dengan 'Ulamak Tua' yang berbeza pendapat ni bukan kerja Mufti, sebaliknya jika Mufti itu bermaruah dan beriman bukankah lebih baik ia mendamaikan keadaan yang keruh supaya tenang, pergi jumpa dan tanya serta berhujah dengan 'Ulamak Tua' itu, dalil apa yang dipakai beliau untuk mengeluarkan kenyataan 'Haram Menyokong DAP".
Kalau setiap kali dilihat kerja Mufti ni hanya nak layan wartawan 'Malaysiakini' dengan hujah demokrasi, kita fikir jangan bazirkan wang rakyat untuk itu lagi, lebih baik jadi penasihat 'demokrasi agama' kepada portal itu,
Mufti faham ke tidak seperti mana yang difahami oleh ulamak pondok itu? Mufti sebagai orang yang dilihat masih muda sewajarnya tidak mengeluarkan kenyataan terburu-buru seperti mana ulamak tua. Kalau Mufti rasa apa yang Mufti fikir itu betul, ulamak tua itu pun mungkin merasakan sebegitu juga.
Tindakan tegas yang bagaimana Mufti rasa perlu diambil oleh 'Ulil amri' yang bermaruah ? Mufti jangan jadi penindas kepada penganut agama Islam, kalau Mufti rasa pendapat ulamak pondok itu tidak betul perbetulkanlah beliau, seramai mana dah rakyat yang terpengaruh dengan pendapat ulamak itu dan bersedia untuk berperang ? apa perlunya mencabar kerajaan untuk diambil tindakan tegas padanya. Itukah kerja seorang Mufti ?
Jika begitu sikap seorang Mufti bukankah ianya sudah keterlaluan, sikap sebegini langsung kita tak boleh terima, apa punya kerja macam ni! lebih nak bela kafir daripada membela umat Islam sendiri, sangat-sangat Gk tak boleh terima dengan gesaan mencabar kerajaan supaya mengambil tindakan tegas kepada Ulamak. Itu bukan caranya dan turut berbeza dengan saranan yang pernah dibuat oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin berhubung isu tersebut.
Dr Asri juga seorang yang berpandangan bebas walaupun kadangkala dilihat lebih memihak kepada pembangkang, namun untuk isu ini walaupun jawapannya tidak juga berpihak pada kerajaan tapi kita boleh terima kerana ia satu pandangan yang baik dan membawa kearah kebaikan, menurut Dr Asri,
"Itu, kalau kita kata haram, kena melihat pada alasan mengapa kita kata begitu.
"Kalau kita kata haram (mengundi DAP) kerana dia tidak menyokong negara Islam, ada juga parti dalam BN seperti MCA dan MIC tidak menyokong... jadi kita mengambil pendirian sebahagian sahaja (dalam mengatakan haram dan dosa),"
"Kita tidak boleh membuat fatwa sendiri, kita kena bincang perkara ini supaya tidak bercelaru,"
"Saya tidak kata apa yang diperkatakan itu betul atau salah, tetapi kenyataan dikeluarkan mengenai soal haram dan dosa, perlu diteliti semula, kemudian boleh berbincang. Saya lihat itu hanya pandangan peribadi sahaja,"
"Juga ada wakil bukan Islam dalam kerajaan. Jadi, kita perlu fikir semula perkara (kenyataan) itu semula,"
"Haram perlu kedua-dua sebelah. Kita tidak boleh memilih, hanya satu parti... jadi kita memerlukan penjelasan, kita kena menjustifikasikan," katanya lagi.
"Agama mengatasi politik. Jadi, kita jangan campur aduk politik dan agama, jangan gunakan agama untuk politik,"
Bukankah itu kenyataan yang benar-benar bebas ? pokok perkaranya ia perlu dibincang dan tidak boleh untuk menyanggah pendapat sesama ahli ulamak dengan menggesa supaya diambil tindakan tegas kepada mana-mana ulamak yang berbeza pendapat dengannya.
Melainkan pendapat itu jelas bercanggah dengan keterangan hukum dalam Al-Quran dan Hadis yang telah dipersetujui oleh keseluruhan Ulamak, seperti mengatakan tidak wajib solat 5 waktu sedangkan hukum itu jelas, maka patutlah kalau tindakan tegas itu perlu diambil keatasnya tanpa sebarang perbincangan, bagi hukum yang samar jalan perbincanganlah yang sepatutnya disaran oleh seorang 'Mufti' bukannya jalan menghukum.
Mufti Perlis perlu perjelaskan isu ini, jika keseluruhan kenyataan itu benar datangnya dari Mufti, maka Gk nasihatkan Dr Juanda supaya meletakkan jawatannya, dan jika kenyataan itu bukan datang dari beliau, maka pihak Dr Juanda dan kerajaan seWAJIBnya menghentikan kenyataan penipuan menggunakan nama Mufti itu dengan tindakan yang sangat tegas.
Anda Mampu Mengubahnya....
"Media Penerangan UmnoBN Kelantan perlu malu dengan pendedahan media luar ini,"
Klik Disini.