PAS Sedia Gerakkan Seluruh Asetnya Bagi Operasi Membantu Dan Menyelam....

Ohh baru kita tahu mengapa PAS menerusi Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia, Pemuda PAS Malaysia (JUHAM) mendesak supaya mengisytiharkan darurat, rupanya selagimana darurat tidak diisytiharkan, aset-aset yang dimiliki oleh PAS sebagaimana dibawah tidak dapat digerakkan.  Mungkin sebab itu juga sampai kehari ini kelibat Unit Amal PAS tidak kelihatan.
 Ini hanya sebahagian aset yang dimiliki oleh PAS hasil dari ceramahnya dan sebahagian aset yang lain mungkin ada dibawah.

Disebalik ujian yang menimpa ini, ada baiknya kita tidak menunding jari kepada mana-mana pihak sebaliknya sama-sama bermuhasabah dan jadikan apa yang telah berlaku sebagai iktibar pada kita semua.

Oleh ust yunan
Malam tadi saya dijemput untuk memberi kuliah maghrib di sebuah kampung yang saya rahsiakan namanya. Masjid yang dijadikan Penempatan Banjir itu meriah sekali dengan ibu bapa dan anak-anak.

Hampir 50 keluarga ditempatkan di sini. Musibah banjir yang menimpa mereka begitu menyedihkan. Namun hati saya lebih hiba bila azan maghrib berkemundang boleh dikira dengan jari mangsa banjir yang turut serta menunaikan solat maghrib berjamaah. Begitu juga dengan solat isyak. Masing-masing sekadar bersembang kosong dan bergelak ketawa di luar masjid.

Saya termenung sendirian. Bukankah mereka mangsa banjir ini adalah tetamu Allah swt? Bukankah mereka sedang menumpang di Rumah Allah? Apakah ini sikap seorang tetamu? Tidakkah mereka merasa malu kepada Allah swt?

Apa yang kita miliki adalah cuma pinjaman dariNya. Rumah, kereta anak isteri malah tubuh badan kita adalah pinjaman darinya. Bukan milik kita. Itu mungkin nikmat pinjaman yang kita sudah lupa. Tetapi Masjid yang jelas-jelas Rumah Allah yang kita diberi peluang untuk tumpang teduh pun kita masih tidak ada rasa malu meninggalkan solat.

Bala bagaimana lagi yang mereka ingin terima supaya dapat menginsafi diri mereka? Masa makan mereka berpusu-pusu berebut-rebut. Masa azan mereka wat do no je... Siapa yang bagi rezeki nasi, ikan sardin dan ikan kering itu? Siapa?

Mengapa kita lupa siapa Pemberi rezeki itu? Sehingga solat yang cuma 5 minit itu, kita tak sudi bersama para jamaah untuk menunaikannya.

Masa senang kita lupa Allah. Dan masa susah pun kita masih lupa Allah... Apa pun sama-samalah kita berdoa mudah2an Allah swt memberi hidayah dan taufik kepada kita semua. Amin...

Sudah Balikkah Menteri Dari Bercuti ? Lihat Semangat Rakyat Kelantan Bangkit Berbakti

Semua menteri kabinet yang sedang berada di luar negara telah diarah pulang segera bagi melancarkan operasi membantu mangsa banjir, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata arahan itu dikeluarkan pagi tadi dan menteri-menteri yang berkenaan sedang membuat persiapan untuk kembali.

"Ini dibuat sebab kita nak mereka kembali bertugas membantu dalam operasi menyelamatkan mangsa banjir," katanya.

Nak kena arah dulu baru nak balik buat kerja? patutnya tak perlu disuruh faham-faham jerlah. Ke Menteri ni semua keluar negara tarik pelabur ?

Menteri pun tak elok juga dijilat selalu, nanti lidah naik menggerutu, kebanyakkan Menteri  yang berkaitan tidak kelihatan dilokasi banjir, faktor itu juga mendorong kepada ketidakcekapan didalam pengurusan banjir, biasalah berkerja tanpa bos, bercuti tanpa bos pun sama, nak kena sound dulu baru reti nak balik.

Tentera ada, Menteri tiada, Polis ada, Menteri tiada, tambah teruk, barang tiada, Menteri pun tiada, harga ayam naik sampai RM35 seekor, barang keperluan dikedai-kedai runcit kehabisan, apa sudah jadi ? Menteri langsung tak berperanan dan prihatin terhadap masalah rakyat.

Kalau Menteri rasa nak bercuti, eloklah bercuti terus, jangan sampai rakyat meluat, sekarang ni pun rakyat mulai sedar khidmat bakti mereka lebih diperlukan, mereka tidak lagi bergantung harap sepenuhnya kepada kerajaan untuk membantu saudara mara yang terlibat dengan banjir.

Semangat kebersatuan anak Kelantan eratnya akan menjadi luarbiasa apabila merasa terhina dan tersisih, diatas semangat itu jualah PAS memanfaatkannya untuk mengekalkan kuasa.

Sekarang ni pun berbondong-bondong anak Kelantan di perantauan telah pulang  kehalaman masing-masing, tujuannya tidak lain untuk memberi bantuan samada bantuan darisegi kewangan, tenaga, semangat dll.

Sepatutnya semangat ini perlu ada pada setiap Menteri, sedar akan tanggugjawabnya terus bergegas pulang walaupun tidak diarahkan, untuk Menteri barang khasnya, Ayam naik harga, barangan keperluan harian kehabisan, petrol dan diesel juga terputus bekalan, jadi apakah tindakan Menteri selaku Menteri barang-barang? Anda Mampu Mengubahnya.
Semanagat anak muda!!!
Berkongsi sewa helikopter untuk misi bantuan banjir
Rakyat Bachok yang ada pengangkutan air dilaporkan telah mula bergerak menghantar bantuan pengangkutan
Tidak kurang yang menawarkan penginapan percuma kepada mangsa banjir

Gambar kredit https://www.facebook.com/NCSWK?fref=nf

Pengisytiharan Darurat - Keputusan Bersama Kerajaan Pusat Dan Negeri

Menginsafi dari apa yang berlaku, banjir besar yang melanda Kelantan umpama tsunami sehingga meragut nyawa dan turut memusnahkan harta benda, ternakkan, tanaman dsbnya sudah cukup memberi kesedaran buat kita semua.

Tapi malang bila ada pihak ketiga yang cuba menangguk di air keruh.
Disebabkan kerajaan tidak mengisytiharkan darurat, sekali lagi kerajaan pusat dituduh mendiskriminasikan rakyat Kelantan. Pada masa sama mereka tidak sedar keputusan kerajaan pusat itu adalah keputusan bersama dengan kerajaan negeri.

Mereka cuba mengukuhkan dakwaan (diskriminasi) itu dengan mengaitkan beberapa keadaan seperti bantuan yang lewat tiba, jentera yang tidak mengcukupi dsbnya. Tak dinafikan kelemahan itu berlaku, tapi untuk mengaitkannya dengan diskriminasi ia terlalu lucu.

Sedangkan keadaan hampir sama juga pernah berlaku di Terengganu, bantuan yang lewat tiba memaksa MB Terengganu ketika itu menahan lori yang membawa roti dan diagihkan kepada mangsa banjir.

Isu diskriminasi ini sengaja ditimbulkan untuk membangkitkan rasa benci rakyat Kelantan terhadap kerajaan pusat. Seolah-olah kerajaan begitu zalim kerana sanggup membiarkan rakyat Kelantan yang menjadi mangsa banjir bertarung nyawa, kelaparan dsbnya.

Sepatutnya rakyat Kelantan perlu diperlihatkan dengan kejahatan sebenar rakan kongsi PAS yang sentiasa diagung-agung sehingga diumpamakan seperti khalifah Umar Ab Aziz, apa sumbangan kerajaan komunis DAP terhadap  mangsa banjir di Kelantan.

Keangkuhan pemimpin komunis DAP ini perlu dikenang dan diajar, jika satu hari nanti komunis ini datang berceramah di Kelantan, pastikan telur busuk dibawa bersama ketika hadir mendengar ceramah mereka...

Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, daripada mempersoalkan (darurat) yang dipersetujui oleh kedua-dua kerajaan, ada baiknya kita semua sedar bahawa antara faktor yang menyumbang kepada banjir besar ini adalah disebabkan oleh kerakusan puak 'tauke'  komunis menebang balak hasil dari bertahaluf siyasi dengan PAS.....

Kesimpulannya kalau dua kerajaan yang berbeza ideologi pun sependapat untuk tidak mengisytiharkan darurat, agaknya siapakah atau dari kerajaan langit manakah pihak ketiga untuk kalut mempertikaikannya. Anda Mampu Mengubahnya.
Jika jinak termakan umpan, dilihat kaca tersangka intan

Obama Didahulukan Golf Diutamakan, Mangsa Banjir Hampir Tenggelam @NajibRazak Tak Kesian !

Ketika sebahagian rakyat sedang menghadapi bencana banjir dan hospital yang mempunyai nyawa pesakit bergelap, Perdana Menteri dilaporkan sedang bermain golf dengan Presiden Amerika.

Ekoran dari itu pelbagai pihak tampil dengan pelbagai pandangan, ada yang memuji, memaki, melindungi dsbnya, apapun masing-masing punyai pendapatnya sendiri dan bebas untuk menyatakannya.

Jika dilihat secara terbuka, PM main golf tu adalah perkara biasa, cuma bermain golf  ketika rakyat sedang berdepan dengan bencana banjir besar itu yang mungkin agak luar biasa.

Tidak semestinya bila rakyat kena banjir, seorang PM tak boleh main golf atau jalinkan kerjasama dengan negara luar atau melakukan aktiviti lain, bukan soal itu sebaliknya saat ini isu 'sensitiviti' kepada mangsa banjir lebih mengatasi akan hal demikian.

Kita juga tahu, PM ni bukan kerjanya nak kena pergi berenang kepada mangsa banjir, banyak kerja yang PM nak buat termasuklah bermain golf. Takkan pasal rakyat kena banjir PM tak boleh nak main golf ? Yang banjirnya adalah rakyat, yang main golf adalah PM.

Ada juga yang kata, kalau PM turun tempat banjir, apa yang mampu PM buat ? Bukan boleh surutkan banjir. So mungkin main golf lebih baik.

Ehh ya tak ya juga! Tak terfikir pula, mungkin sama juga kalau ada kematian khasnya melibatkan pembesar negara, buat apa nak berkabung, bendera separuh tiang bagai, bukan boleh bagi hidup balik pun!!!
Adakah ini kerja seorang Menteri ? Salahkah Menteri buat amal ini ?
Bagaimanapun isu 'sensitiviti ' itu tidak akan timbul sekalipun PM main golf atau main-main jika bantuan dari seluruh aspek kepada mangsa-mangsa banjir berjalan lancar dan sempurna.

Sebaliknya kawasan yang terputus hubungan dan cuaca buruk menyebabkan pasukan penyelamat sukar untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir yang terperangkap dan merayu supaya diselamatkan, termasuk sebuah hospital bergelap ekoran generator kehabisan minyak sedangkan dalam hospital tersebut mempunyai pesakit, mesin-mesin dsbnya. 
Malaysia mungkin satu-satunya negara maju yang menggunakan sampan untuk menghantar bantuan banjir.
Jadi, ketika puluhan ribu rakyat berdepan situasi cemas dimana nyawa menjadi taruhan, adakah dilihat bagus untuk seorang PM riang bermain golf ? Bukankah saat ini rakyat memerlukan kebijaksanaan dari seorang pemimpin tertinggi yang mempunyai bidangkuasa yang luas keatas semua agensi dibawah pemerintahannya untuk menyelesaikan masalah mereka ?

Dalam kepala rakyat, jika PM prihatin kepada mangsa banjir, mungkin bukan sampan diatas yang digunakan untuk menghantar bantuan, lebih-lebih lagi ketika cuaca tidak menentu, mungkin bot-bot canggih dan selamat akan digerakkan, dan jika keadaan memerlukan 'Scorpene' pun tidak menjadi masalah untuk diturun selamkan.

Sungguhpun begitu PM masih lagi relevan dan terbaik jika dibandingkan dengan pemimpin pembangkang, tidak bermakna kerana bermain golf beliau 100 peratus tidak prihatin kepada mangsa banjir, cuma situasi itu tidak kena dan memberi persepsi kurang baik. Anda Mampu Mengubahnya.

Obama Didahulukan, Golf Diutamakan Ah Jib Gor Jadi Pilihan

Harga Minyak Tak Turun Sebab Terapung ! Rakyat Mohon Penjelasan @ahmadmaslan @NajibRazak

Kerajaan dijangka mengumumkan harga baru minyak RON95 dan RON97, pada kadar yang lebih rendah berikutan kejatuhan harga minyak global, pada 31 Disember ini.

Timbalan Menteri Kewangan 1 Datuk Ahmad Maslan berkata kadar itu belum dapat diumumkan pada masa ini memandangkan kerajaan masih mengkajinya.

Beliau berkata, berikutan penurunan harga minyak itu, peniaga diminta menurunkan harga barang keperluan harian memandangkan harga barang masih tinggi dan belum diturunkan walaupun harga bahan api sudah diturunkan sebelum ini.

Bagi menangani isu berkenaan, kerajaan mengenal pasti 10 syarikat yang mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia, untuk berbincang menurunkan harga barangan, katanya.

"Saya berharap Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi (KPDNKK) mengambil tindakan berjumpa dengan sepuluh syarikat berkenaan untuk berbincang, daripada terus mengenakan tindakan disiplin menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, kerana ia memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna.

"Yang menjadi masalah, walaupun harga minyak diturunkan namun pengilang, peniaga dan pengusaha masih mengekalkan harga yang sama atau menaikkan harga sedangkan mereka boleh menurunkannya berikutan kos perniagaan sudah dapat diturunkan," katanya.

Menerusi kenyataan Menteri itu, ada beberapa perkara yang rakyat kurang faham bahkan sukar untuk difahami, pertama, apabila diumumkan harga minyak diapungkan mengikut harga pasaran dunia, tapi bila harga pasaran minyak dunia dah turun mengapa harga minyak kita tidak terapung turun mengikut harga pasaran dunia ?

Mengapa kerajaan masih lagi mengkaji sehingga mengambil masa setengah bulan untuk menurunkannya ? Sedangkan bila berlaku kenaikkan, harga minyak dinaikkan serta merta berkuatkuasa jam 12 malam pada hari yang sama ia diumumkan, sehingga rakyat berebut-rebut memenuhi stesen minyak, kasihan !!!

Hal ini kerajaan perlu jelaskan kepada rakyat supaya rakyat tidak rasa terlalu bodoh untuk diperbodoh-mainkan oleh kerajaan.

Kalau harga minyak dunia naik, apakah kerajaan akan turut mengambil masa kira-kira setengah bulan juga untuk mengkaji sebelum menaikkannya ?

Kedua, Ketika harga minyak dinaikkan, peniaga diminta supaya tidak menaikkan harga barang, namun ketika harga minyak diturunkan peniaga diminta menurunkan harga barang.....

Sekarang harga minyak bakal turun, sekali lagi peniaga diminta menurunkan harga barang, biarpun Menteri sedar permintaan sebelum ini supaya harga barang tidak dinaikkan tidak diendahkan oleh peniaga. Menteri tetap menyarankan supaya KPDNKK tidak mengambil tindakkan keatas 10 syarikat yang dikenalpasti mendominasi 80 peratus pasaran barangan keperluan di Malaysia.

Mengapa 10 syarikat berkenaan begitu istimewa ?, sudahlah mendominasi 80 peratus  pasaran barangan keperluan, dikecualikan pula dari diambil tindakkan sekalipun melakukan kesalahan apabila ingkar tidak menurunkan harga barang.

Berdasarkan kenyataan Menteri, difahamkan, jika terus mengenakan tindakan disiplin menerusi Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011, ia memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna.

Pelik jugak tu! Ada juga akta yang tak berguna, so kalau tak diambil tindakkan apakah ia tidak memberi kesan kepada kos pembelian barangan oleh pengguna disebabkan keengganan peniaga menurunkan harga barang ?

Menteri dan kerajaan yang diangkat oleh rakyat tidak sepatutnya menganggap perkara yang memberi beban kepada rakyat itu sebagai satu masalah  sehingga gagal untuk mengatasinya. Kegagalan untuk mengatasinya menunjukkan kerajaan tidak mempunyai merit sekaligus tidak layak untuk mentadbir negara.

Rakyat angkat kerajaan dan pemimpin bukan untuk suruh cari projek atau buat kekayaan peribadi dan kroni, harapan rakyat kepada kerajaan dan pemimpin yang diangkat adalah dapat membela nasib rakyat.

Bila sebut kerajaan, sudah pasti mempunyai kuasa, bila sebut Menteri, sudah pasti ia mempunyai CGPA yang tinggi, jadi gunakanlah kelebihan itu supaya kedegilan pengilang, peniaga dan pengusaha menurunkan harga barang tidak lagi disebut ianya sebagai satu 'masalah'. Anda Mampu Mengubahnya.

Karang ada Menteri jawab harga minyak takkan turun sebab terapung

Luahan Marhaen Buat PM @NajibRazak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilabelkan sebagai pemimpin boros yang suka bercuti dan menghabiskan masa diluar negara berbanding menumpukan perhatian kepada pentadbirannya. Tidak kurang juga yang mendakwa DSN malas dan tidak bertanggungjawab kerana kerap ponteng sidang Parlimen malah dalam tempoh 5 tahun menjadi PM, dikatakan hanya 26 hari saja sidang parlimen yang dihadirinya.

Ada juga yang mendakwa DSN menipu rakyat dan meminta supaya DSN menjelaskan perkara yang sebenar, selain itu muncul juga pendapat  mengatakan ramai yang layak untuk ganti DSN sebagai PM!!! Kemudian disusuli isu 1MDB yang membawa kepada seorang pemimpin Umno bahagian membuat laporan polis kerana sangsi dengan pengurusannya.

Bagaimanapun saya cuba untuk melihat apa yang berlaku ini dari sudut fikir bebas sebagai seorang marhaen, sebagai marhaen, kami kurang percaya kalau isu-isu yang dituduh itu datangnya dari pembangkang kerana kami juga faham sikap semulajadi pembangkang, tapi bilamana pemimpin, tokoh, negarawan, bekas pegawai tinggi kerajaan yang memperkatakan hal yang sama, kami akur untuk 99.99 peratus mempercayainya.

Kami cuba juga untuk mempercayai DSN seorang PM yang bertanggungjawab dan menutup tuduhan itu dengan andaian DSN sibuk, kerap keluar negara untuk tarik pelabur, tapi andaian itu kami fikir kurang tepat jika diukur dari apa yang berlaku seperti kenaikkan tarif elektrik, mengurangkan serta memansuhkan subsidi yang menyebabkan kenaikkan harga barang dll.

Kami berpendapat, kalau kerap keluar negara tarik pelabur, mesti ada pelabur, bila ada pelabur pasti pendapatan negara bertambah, jika pendapatan negara bertambah mengapa kerajaan tak mampu tanggung subsidi yang kesannya membebankan rakyat dengan peningkatan kos sara hidup.

Mengapa kerajaan perlu memperkenalkan cukai GST untuk menambahkan pendapatan negara ? Tak cukup lagikah keuntungan dari pelabur asing ? Ohh rupanya ia disebabkan kejatuhan harga minyak dunia dimana pendapatan kerajaan menerusi Petronas  dijangka menyusut sehingga RM25 bilion.

Bila begitu kerajaan perlu mencari alternatif untuk menampung penyusutan tersebut, mungkin bertepatan dengan slogannya 'Rakyat didahulukan' maka GST pun diperkenalkan untuk rakyat kena dulu.

Kami marhaen biarpun daif, tidak kisah dan bersedia membantu kerajaan untuk menanggung beban tersebut, walau kami sedar kesannya akan meningkatkan kos sara hidup, namun apakan daya, alternatifnya kami akan berjimat cermat dan lebih berdisiplin dalam menguruskan perbelanjaan seharian.

Tapi bagaimana pula dengan persediaan pemimpin dan kerajaan ? apakah kerajaan juga sanggup berkorban sama macam kami ?

Kami ingin mencadangkan kepada DSN satu alternatif (MrClean) yang dari sudut persepsinya berkesan kerana pernah dibuktikan oleh Pak Lah sebelum gagal disebabkan Pak Lah hanya menggigau ketika tidur.

Mengikut fakta kajian yang dibuat oleh Merdeka Centre bersabit amalan rasuah,  didapati 49 peratus daripada rakyat Malaysia merasakan amalan rasuah dalam negara ini bertambah tahun lalu.

Tinjauan juga mendapati tanggapan terhadap rasuah dalam negara ini kekal pada kadar sama dengan 77 peratus merasakan masalah itu kini serius. Purata itu kekal tidak berubah sejak 2005.

Kesimpulan dari apa yang berlaku, kami berharap (MrClean) yang Pak Lah pernah mengigau itu direalitikan oleh DSN, hanya itu saja satu-satunya cara yang mampu memulihkan imej DSN selaku PM.

Kerana berdasarkan beberapa situasi sebelum ini, kami yakin sebagai PM, kalau DSN kata mansuh ISA! maka mansuhlah ISA, kalau DSN kata, akta hasutan akan dikekalkan maka kekal lah akta tersebut. Kalau DSN kata akan bagi BR1M, maka dapatlah rakyat BR1M. Kerana perkara ini semua berlaku dengan adanya kuasa.

Jadi kami duk tunggu DSN kata ketirisan sifar! Kami membayangkan, DSN dengan tegas memanggil pegawainya seraya berkata "Mulai tarikh ini, saya tidak lagi mahu mendengar waima satu sen pun berlakunya ketirisan khasnya dalam laporan audit nanti, saya nak you pastikan ketirisan tidak lagi berlaku, dan ambil tindakkan keatas sesiapa saja yang menjadi penjenayah wang rakyat!"

Selari dengan hasrat itu, kami juga mengharapkan DSN menyemak semula Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan membuat penambahbaikkan keatas akta tersebut mengikut kesesuaian yang munasabah diatas prinsip perasuah tidak dapat lagi berselindung dengan akta tersebut.

Boleh ke ? Sudah 5 tahun DSN jadi PM, kami tak fikir DSN tak mampu buat kalau DSN mahu, melainkan ketidakmampuan itu hanya disebabkan DSN sendiri, memetik kata-kata seorang Menteri beberapa hari lalu yaitu "Ikan busuk bermula dari kepala"....

Ada benarnya juga perumpamaan itu, kami memahami sebagai manusia kita tidak terlepas dari melakukan kesalahan, sedikit sebanyak mungkin pernah ada ambil atau terima rasuah dsbnya, tapi jika kerana hal itu yang membelenggu dan menjadi penghalang ia sangat tidak wajar dan sampai kiamat pun ketirisan akan berlaku.

Sebaliknya yang telah berlalu itu biarkan ia berlalu, diakhirat jua akan bertemu, hari ni buka buku baru, tindakan dan hukuman hanya kepada ketirisan yang akan datang, dengan itu ia adil dari kepala sampai ke ekor.

Cuba DSN bayangkan apa perasaan kami marhaen bila kami didahulukan dengan GST dikutip + takrif elektrik dinaikkan + subsidi dimansuhkan + gaji atau pendapatan sama = kos sara hidup meningkat, rakyat menanggung beban sedangkan kerajaan terus boros + tiris + membazir = bankrupkan negara.

Yang paling tak tahannya bila kena (tiris) pada kerajaan, Menteri kata, ketirisan yang berlaku sebanyak RM 1.5 bilion (kecil) hanyalah meliputi 0.6 peratus daripada keseluruhan Bajet 2012 yang berjumlah RM 251 bilion. Bila kena tang rakyat yaitu subsidi minyak Menteri kata, subsidi 2 ribu juta (besar) adalah perbelanjaan hangus, lebih baik 2 ribu juta digunakan untuk bina balairaya, universiti, jalanraya dsbnya.

Kami marhaen sedih bila mendengar laporan ketirisan tatkala kami terbeban, kami tertanya-tanya payah sangatkah nak buat supaya tak bagi tiris ? Saban tahun ada saja laporan seperti set alat pemutar skru dibeli pada harga RM224 seunit, satu jek kereta pada harga sama mahal dengan sebuah kereta second, harga maintenance kereta sama mahal dengan harga beli kereta, harga kipas dibeli sama mahal dengan harga aircond dsbnya.

Akhirnya, kami berharap isu rasuah dan penyelewengan akan dibuktikan kesungguhan dalam membanterasnya, ia adalah isu pokok yang menjadi punca kepada segala masalah dalam negara, tapi kalau DSN dengar nasihat punahsihat maka isu tiris dan rasuah tidak mendapat tempat, paling kuatpun kempen 'larian rasuah' sajerlah..... Anda Mampu Mengubahnya.

Percubaan Menjatuhkan @NajibRazak Kian Terserlah !

Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan tidak akan berganjak dengan keputusannya yang mahu pihak berkuasa menyiasat 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin berkata, beliau tetap dengan keputusannya dan tidak akan menarik semula laporan polis dibuat kelmarin.

Apa yang jadi keutamaan saya adalah kerisauan rakyat terhadap 1MDB. Apabila saya pulang ke kampung, mereka di kedai kopi pun bercakap mengenai 1MDB.

Rata-rata menyokong tindakan saya dan berharap Umno akan terus bersih daripada rasuah dan perkara-perkara negatif.

"Mereka ucapkan syabas kepada saya kerana keberanian yang ditunjukkan ini. Saya bukan nak nama. Perjuangan saya ikhlas demi melihat Umno kembali menjadi kepercayaan rakyat.

Sebelum ini bekas menteri kewangan ada bertanyakan 1MDB. Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan Ketua Pembangkang (Datuk Seri Anwar Ibrahim) juga mahu tahu mengenai urusan perniagaan mereka, tetapi tiada tindakan daripada 1MDB untuk ambil langkah proaktif untuk tampil membuat penerangan sejelas-jelasnya.

"Mereka berdiam diri dan apabila menerima tuduhan daripada PR, tiada jawapan balas dan tidak menafikan perkara tersebut.

Jadi, apa cara paling baik untuk selesaikan masalah ini?

Jadi, kita serahkan segala-galanya kepada pihak berkuasa untuk menyiasat," katanya.

HaHaHaHa!!! Nak termuntah bila baca kenyataan suci sepupu kepada 'Wak Ketum' ni, lenggoknya pun sebijik sama tak berkocak air!!! Mentang-mentanglah ada tokoh berpengaruh dibelakangnya..............

Inilah masalah bila manusia bertukar menjadi toyol yang laparkan duit, alasannya membuat laporan polis tak ubah seperti orang bengong mabuk ketum, ada ke patut kata 1MDB tak bagi penjelasan, yang ni http://www.1mdb.com.my/bm/siaran-media/1mdb-beri-penjelasan bukan penjelasan ke ?

Nak jelas macammana lagi ? Oleh itu, anda nampak tak......... ?

Kalau suci bagai dikata, bukan itu caranya dan bukan hanya isu 1MDB saja yang perlu ditumpu, tapi kenapa hanya isu 1MDB yang menarik minatnya walaupun penjelasan telah diberikan......? Anda percaya ia benar-benar jujur ? Atau was-was dan lebih percaya ada agenda besar disebaliknya...?

Sebelum itu perlu tanya siapa beliau ? Apa kredibiliti beliau dalam isu ini sehingga begitu bersungguh menonjol bertindak suci....... ? Tidak salah, cuma ingin tahu! Takkanlah 3 juta ahli Umno beliau seorang saja yang tampil bermatlamat suci ?

Apapun nampak sangat terlebih wayangnya, kalau jujur ingin melihat rasuah bebas, baguslah, tapi bila ada agenda lain ia boleh diumpamakan lari dari mulut buaya masuk ke mulut naga.

Politik dajal bagi menjatuhkan seseorang pemimpin secara jahat tidak seharusnya dibiarkan berlaku, sungguhpun begitu ia bukan bermaksud untuk melindungi jika pemimpin korup dsbnya, tetapi sesuatu tindakkan itu biarlah menyeluruh selain selari dengan isu supaya tidak dilihat terlebih sudu dari kuah, kerana hal itu hanya akan menimbulkan persepsi negatif sedangkan hal sebenar adalah sebaliknya.

Saya mengakui bukan pakar ekonomi atau perniagaan, tapi kalau dirujuk isu ini menerusi beberapa kenyataan  mereka yang tidak berkepentingan tapi mempunyai kredibiliti, ia tidaklah begitu serius sehingga memerlukan penerbit buku 50 dalil mengapa Anwar tak layak jadi PM itu untuk membuat laporan polis.

Kalau pemimpin pembangkang pun belum sampai ketahap membuat laporan polis, jadi apa ke bengong dengan pemimpin Umno ini ?  Bukankah tindakkan pemimpin Umno ini jelas menampakkan perancangan licik yang disusun supaya ia sensasi dan berbahaya dengan harapan ia boleh memberi tekanan kepada PM.... ?

Untuk itu saya selesa berpandangan dimana pelaburan atau perniagaan jangkamasa panjang tidak sama seperti berniaga goreng pisang dsbnya, saya yang kurang arif mengandaikan, sebagai contoh, jika kita membuat pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputra (ASB), katakan ASB menawarkan pelaburan sebanyak RM5k sehingga tempoh 5 tahun ASB akan bayar keuntungan  sebanyak RM10k, tiba-tiba dalam masa 3 tahun atau belum cukup tempoh kita tuntut supaya ASB bayar RM10k mana boleh ?

Jadi dalam tempoh yang singkat, agak tidak relevan jika kita ingin mempersoalkan keuntungan 1MDB atau sesuatu perniagaan termasuk PROTON dll, atau memang PROTON buat untung setiap tahun dari tahun pertama wujud sehingga hari ini ?

Oleh demikian apa salahnya kita bagi dulu peluang sampai tempoh masa yang relevan, bukan kita seorang saja yang bijak, orang lain pun ada kebijaksanaannya yang tersendiri yang mungkin kita pun tidak pernah terfikir.

Kesimpulan yang mudah, sekalipun tak suka dengan seseorang kerana tak dapat sesuatu yang dihajatkan atau tak sabar nak gantikan tempatnya, jatuhkanlah ia secara anak jantan bukannya dengan fitnah jahat yang telah dijawab dan diperjelaskan sehingga keterlaluannya mengalahkan pemimpin pembangkang.. Anda Mampu Mengubahnya.

"Kritikkan atau teguran sebagai peringatan supaya seseorang itu menjadi yang terbaik adalah lebih mulia dari beragenda yang sebaliknya"

Video - Saya Diberi 'Warning' Jangan Sebut Pasal Hukum Hudud - Ustaz Kazim

'Setiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati'
Hampir sebulan saya diuji dengan menderita sakit didalam perut, biarpun sudah tiga kali dikejarkan ke hospital, namun doktor masih gagal mengesan penyakit apa.

Pada tahun 1999 lalu saya pernah kena operate kerana 'appendiks', faktor genetik juga saya percayai mempengaruhi penyakit yang sedang dialami.

Biarpun dalam keadaan menahan perit kesakitan yang amat, perjuangan tetap diteruskan dan saya mengambil sedikit masa untuk berkongsi dari apa yang saya temui ketika menghadapi kesakitan ini kerana saya fikir ia cukup berharga buat seorang muslim lebih-lebih lagi muslim yang menyokong Parti Islam SeMalaysia (PAS).

'Setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya'
Atas sebab itu mungkin antara faktor yang menginginkan saya mendengar kuliah Ustaz Kazim yang tajuknya langsung tidak ada kaitan dengan politik sebaliknya bertajuk 'Disaat Kematian' yang di-upload pada 10 Ogos 2011 lalu.

Selain yang disampaikan itu berkait dengan kematian, Ustaz Kazim turut menyelitkan beberapa perkara yang juga berkaitan dengan Islam termasuk parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Menurut Ustaz Kazim, sikap sebenar orang Melayu dahulu adalah bersopan, tapi sekarang walau seagama dan sebangsa pun tidak lagi bersopan, sebaliknya bersopan pula dengan orang kafir, sangat tunduk dan hormat pada orang kafir kerana menyangka kemenangan itu diberikan oleh orang kafir. Sedangkan hakikatnya Allah yang memberikan kemenangannya itu.

Tambah beliau, sekarang ni Ulamak (ulamak politik) sudah tidak lagi merujuk sesuatu (hukum) itu dengan Al-Quran dan Hadis, sebaliknya merujuk kepada rakan komponen.

"Saya diberi 'warning' dalam ceramah saya, ustaz jangan sebut hukum hudud, sekarang bukan masa yang sesuai untuk bercakap hukum hudud dalam ceramah ustaz, nanti menjauhkan orang bukan Islam menyokong kita". Katanya.

Kesimpulan dari apa yang beliau sampaikan, sedarlah kepada kita akan duduk perkara yang sebenarnya. Sangat malang kalau pemimpin parti yang didakwa memperjuangkan Islam tidak bergantung kepada Allah malah kebergantungannya lebih kepada manusia.

Harus diingat, makhluk hanyalah menjadi penyebab, yang menentukan adalah Allah, sebagai contoh saya yang sedang sakit, ubat hanyalah tawakkal dan penyebab, yang menentukan  sembuh atau tidak adalah Allah, kalau ubat yang menyembuhkan, maka tidak ada orang yang akan sakit dan mati, terutamanya orang kaya, kerana orang kaya boleh beli ubat yang mahal lagi terbaik.

Menjadi iktibar buat kita sebagai hambaNya, dalam apa saja perkara bergantunglah kepada Allah, yakinlah dengan sebenar-benarnya bahawa tidak akan berlaku sesuatu itu tanpa izin Allah. Anda Mampu Mengubahnya.

Takkan Isu Ni Jer @NajibRazak Berani Saman, Isu Lain Nak Kata Saman Bukan Budaya Kita !

Pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tindakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil tindakan saman terhadap pemimpin pembangkang ada wajarnya.

Tun M bagaimanapun berkata tindakan Najib yang mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa pemimpin PR itu adalah hak beliau untuk kepentingan politiknya.

"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.

"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut,"

Jika diperhalusi pandangan tokoh ini, ada benar pendapatnya itu. Selaku pemimpin tertinggi negara PM tak perlu nak layan sangat fitnah sebegitu apatah lagi sehingga terheret untuk ke mahkamah.

Lebih-lebih lagi disaat kejatuhan harga ringgit pada ketika ini, sepatutnya beliau harus lebih menumpukan  kepada permasalahan negara supaya tidak dilihat sama taraf dengan pemfitnahnya.

Namun jika mahu mengajar pemfitnah, PM tak perlu mencemarkan tangannya sendiri, tunggu jer pemfitnah ni memfitnah pemimpin lain, masa tu biar pemimpin itu yang menyamannya kaw2.

Umum mengetahui sebagai seorang PM tidak punyai masa untuk melayan perkara remeh temeh, banyak lagi permasalahan negara yang hendak diselesaikan, jadi tidak ada cacat apa pun kalau seorang PM tidak melayannya.

Pada zaman maklumat dihujung jari memang benar dari satu sudut tindakan saman itu baik supaya fitnah dapat dikekang dan tidak lagi berulang,  namun dari sudut yang lain bilamana PM telah memulakan dengan mengambil tindakan saman , tindakkan itu perlu diteruskan dalam apa jua tuduhan keatasnya dimasa-masa mendatang.

Jika sebaliknya atau hanya mengambil tindakkan pada tuduhan-tuduhan terpilih, sudah pasti persepsi lebih negatif akan muncul sekaligus akan menenggelamkan segala isu yang difitnah oleh pembangkang pada sebelumnya.

Berbeza jika PM dan kepimpinan merasakan sentiasa akan sempurna dan tidak akan atau pernah terpalit dengan apa jua isu, tindakkan saman itu adalah sangat-sangat bagus.

Cuma jangan pula pada masa akan datang bila ada tuduhan pada beliau atau kerajaan kepimpinannya dan dicabar oleh pemimpin pembangkang supaya saman, beliau nak cakap saman itu bukan budaya kita.

Kerana bila kata saman itu bukan budaya kita, disitu nanti akan menampakkan persepsi bacul kerana bersalah walau belum terbukti bersalah.

Hari ini pun sudah dapat dilihat ada pengamal media sosial bertanya, "Hai takkan isu ni jer berani nak saman, macammana dengan isu Altantuya, kapal selam tak boleh selam dll"

Tindakan saman oleh pemimpin no1 negara ada positif dan negatif, bukan kerana seorang PM maka beliau tidak boleh ambil tindakan saman, tapi...mungkin lebih baik tidak dilayan, bila saman sudah pasti ada perbicaraan, bila ada perbicaraan dikhuatiri diambil kesempatan lantas terkait heret yang lain pula akan terlondeh timbul....

Itu sekadar pendapat, mungkin sebelum mengambil tindakan saman penasihat PM telah memperhalusi akan semua perkara ini dan sudah punyai jawapan keatas persoalan yang bakal timbul.  Anda Mampu Mengubahnya.

Menteri Merapu Atau Memang Kerajaan Yang Naikkan Harga Diesel @HasanMalekKP @ahmadmaslan @NajibRazak

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kemerapuan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, kenaikan harga runcit diesel sebanyak tiga sen seliter bermula Isnin disebabkan kerajaan telah banyak menampung subsidi sebelum ini.

"Dari segi diesel ini, subsidi yang diberikan terlalu besar. Oleh kerana itu bila kita kaji dan bincang semula, kita tidak boleh turunkan harga. "Berdasarkan pengapungan harga ini, tiada pilihan bagi kita untuk naikkan harga tiga sen seliter," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pasar raya Giant baharu di sini, Isnin. BERNAMA.

Menerusi kenyataan Menteri itu, dapat difahami bahawa kerajaan yang menaikkan harga diesel kerana sebelum ini kerajaan telah banyak menampung subsidi.

Tidak kurang juga yang beranggapan, disebabkan sebelum ni kerajaan bagi subsidi, sekarang kerajaan naikkan supaya dapat 'cover' balik subsidi sebelum ini.

Ternyata kenyatan MA mengelirukan sekaligus memberi persepsi buruk kepada kerajaan, sepatutnya sebagai Menteri beliau perlu elak dari memberi kenyataan yang akan memberi persepsi negatif kepada kerajaan, apatah lagi sesuatu yang kerajaan tidak terlibat menentukan atau menaikkannya.

Berbeza pula dengan kenyataan seorang lagi Menteri yang sememangnya dapat kita faham kenaikkan diesel disebabkan (pengapungan) penurunan harga pasaran diesel  dunia tidak lepasi harga diesel bersubsidi sebelum ini. 

Lebih jelas bukan kerajaan yang menaikkan, kenaikkan itu langsung tidak ada kaitan dengan kerajaan, tapi ia adalah selaras dengan dasar pengapungan yang naik turun mengikut harga pasaran dunia.
Sebagai Menteri kenyataan merapu seperti itu sungguh memalukan, setelah mengumumkan dasar pengapungan, buat apa lagi nak sebut pasal beri subsidi terlalu besar, banyak tampung subsidi, duk kaji, bincang dsbnya. Adoiii Merapu sungguhlah Menteri (A) ni !!!, Anda Mampu Mengubahnya.

'Sememangnya cap ayam'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...