KOTA BHARU - Polis Kelantan menahan seorang lagi suspek berusia 24 tahun menjadikan tiga individu dipercayai terlibat dalam kes pembunuhan Mohd Anuar Mohd Nor, 31, di Rantau Panjang baru-baru ini ditahan.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abd Rahman berkata, lelaki berkenaan yang juga seorang mekanik ditahan pada 22 Oktober lalu kira-kira jam 6.30 petang di rumahnya di Pasir Mas.
Menurutnya, berikutan penahanan dan hasil siasat terhadap suspek polis berjaya merampas pistol dipercayai buatan China bersama empat butir peluru yang dikatakan mempunyai kaitan dengan kejadian terbabit.
“Lelaki berkenaan ditahan reman sehingga 2 November ini dan polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan pihak yang terlibat dengan pembunuhan terbabit.
“Hasil siasatan juga mendapati mangsa ditembak oleh rakannya yang dikenali dengan nama ‘Din’ berpunca masalah hutang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Katanya, sebelum ini dua tangkapan dilakukan dan siasatan terperinci dilakukan sehingga membawa kepada penangkapan suspek ketiga.
Menurutnya, siasatan kes ini ditukar daripada Seksyen 307 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Pada 11 Oktober lalu, Mohd Anuar bapa kepada dua anak tidak sedarkan diri selepas dipercayai ditembak kenalannya di tepi Jalan Simpang Empat Salam, Rantau Panjang pada jam 9.30 malam.
Ketika kejadian, mangsa dikatakan berjumpa dengan dua kenalannya dan difahamkan akibat tidak berpuas hati dengan perbincangan itu rakannya mengeluarkan pistol lalu melepaskan beberapa das tembakan ke arah Mohd Anuar.
Berikutan kejadian itu, mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ)II selepas salah satu tembakan mengena pinggang kanan dan menembusi dadanya.
Selepas 18 hari dirawat akibat kecederaan parah akhirnya, Mohd Anuar menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.55 pagi kelmarin di sisi adik-beradik serta isterinya di Wad Intan, HRPZ II.
Sementara itu, abang mangsa, Mohd Azhar, 35, mahukan kes pembunuhan adiknya itu dapat disiasat dengan teliti supaya pembunuhnya dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman setimpal.

ULASAN GK
Kelas tu keh Kelate kito,banggolah sikit abe weh,gedebe keh ,Jika dahulu Orang Kelate reti "Nettok" jah,Tapi sekarang ni upgrade "Beddil' doh pulop.Baru kelas ko lagumana?
Beberapa bulan yang lalu berlaku di Kampung Cherang Kota Bharu dimana anggota polis termasuk yang bertopeng mengepung sekitar simpang empat cherang bagi menahan beberapa orang suspek diantaranya bersenjatakan pistol.Menurut sumber, suspek terbabit terlibat dalam satu kes pergaduhan disekitar Kota Bharu dipercayai seorang dari suspek telah mengeluarkan pistol dan bertindak menghentak kepala mangsa.Akibat hentakan itu mangsa cedera di dahi dan terus membuat laporan polis.
Walaubagaimanapun kesemua suspek berjaya ditahan,Suspek juga dikatakan terlibat dengan pengedaran dadah Jenis PIL KUDA yang bergiat aktif disekitar bandar.Jenayah boleh berlaku dimana sahaja.Tapi jika Pemimpin dan masyarakat tampil membantu Polis untuk menangani jenayah GK pasti ianya dapat dikurangkan.
Ekoran kejadian demi kejadian jenayah yang berlaku di negeri Kelantan salah satu puncanya adalah kerana masalah ekonomi penduduk,Disebabkan taraf hidup yang semakin meningkat pendapatan pula tidak bertambah bahkan ada tiada pendapatan langsung atau menggangur disebabkan kelemahan Kerajaan PAS bagi menarik pelabur asing untuk datang melabur sekaligus peluang pekerjaan disini sangalah terhad.
Tidak mustahil sedikit masa lagi ianya akan semakin parah,Jika untuk menyalahkan PDRM semata-mata adalah tidak wajar sama sekali dan akan selamanya gagal jika masyarakat tidak memberikan kerjasama,Bagi GK dengan kekuatan anggota PDRM sediada dan kemudahan logistik mustahil untuk PDRM berkerja dengan lebih berkesan dalam menangani jenayah.
Polis yang ada sekarang hanya sekadar cukup untuk membuat tindakan sekiranya mendapat maklumat dari orang awam,Untuk pencegahan ianya tidak wajar jika kita meletakkan diatas bahu PDRM sahaja.Sebaliknya Pemimpin dan ibubapa mesti memberi penekanan terhadap masalah ini.
Yang pasti GK rasa rata-rata ibu bapa hanya tunggu dan lihat program apa yang akan diadakan bagi membantu anak muda mereka,Sayang sekali kerana kita tersalah pilih Pemimpin,Untuk kita kesali ianya belum terlambat.Masih ada lagi peluang untuk kita mengubah negeri Kelate pada PRU13 nanti...Anda mampu mengubahnya.