HARI-HARI DEMONTRASI - LAGI DEMONTRASI SELASA INI

KUALA LUMPUR - Polis hari ini menasihati orang ramai agar mengabaikan khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mereka berkumpul di Pasar Seni di sini Selasa untuk berhimpun menuntut hak pekerja.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata pihaknya menerima maklumat terdapat pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan SMS berangkai itu yang sebenarnya adalah palsu.

"SMS itu juga turut mengajak orang ramai supaya menyertainya disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Beliau mengakui polis ada menerima permohonan untuk berhimpun di Dataran Merdeka Selasa oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) dan beberapa badan bukan kerajaan bagi menyuarakan hak dan tuntutan pekerja terhadap majikan mereka, namun telah ditolak polis.

Mengulas lanjut, Zulkarnain berkata polis sedang mengesan pihak yang bertanggungjawab menyebarkan SMS tersebut yang turut dikaitkan dengan perhimpunan pada Sabtu lepas. - Bernama

VIDEO - PC BERSIH 3.0 PANAS !!! BELUM JADI PM ANWAR DAH KENA

Dalam sidang media di pejabat PKR itu juga, menyaksikan hampir kesemua wartawan tidak berpuas hati dengan jawapan Anwar yang cuba mengelak-gelak memberikan kenyataan yang jelas mengenai peristiwa tersebut.

Anwar sengaja pusing cerita kononnya kehadiran 300 ribu peserta Bersih menuntut pilihan raya bebas dan adil lebih besar daripada isu merempuh halangan polis hingga berlaku rusuhan dan polis terpaksa bertindak melepaskan gas pemedih mata serta water canon.

Beliau dan Azmin nyata tidak puashati dan terkejut kerana hampir semua wartawan mahu Anwar berterus terang tentang mengenai pendedahan video tersebut termasuk soalan sama dari wartawan pro pembangkang.
Apabila Anwar sekali lagi menuduh semua itu adalah versi UMNO dan media yang dikuasai kerajaan, saya menyergah beliau supaya jangan menyalahkan pihak lain atau UMNO.

Saya beritahu Anwar, “ kami semua nak jawapan yang betul apa sebenarnya berlaku kerana ramai yang hadir pada sidang medianya turut berada di Dataran Merdeka dan tengok serta dengar apa yang berlaku.

“Saya sendiri lihat peserta Bersih pijak kawat besi, rosakkan dengan kon jalan sebelum Datuk seri sampai. Mereka tidak masuk sebab Datuk Seri tidak sampai lagi…mereka hanya merempuh selepas Datuk Seri berada di situ,” katanya.

Anwar dan rakan-rakan media lain turut tergamam melihat saya sudah hampir hilang kawalan suara bertanya soalan itu tambahan pula tahu Anwar cuba ‘pusing-pusing’ jawab soalan diajukan.

Selain wartawan, sidang media itu sedikit kecoh apabila seorang lelaki Cina mendakwa peserta Bersih 3.0 sergah Anwar depan wartawan sebab dia gagal kawal keadaan himpunan tersebut.

Beliau memarahi Anwar kerana gagal mengawal himpunan sehingga boleh menyebabkan dia dan peserta lain boleh mati begitu saja,

Anwar bagaimanapun macam biasa, terus salahkan polis.

Namun lelaki dikenali sebagai Benjy Lim itu berkeras mengatakan beliau tahu cara operasi polis di negara ini kerana beliau bukan baru sehari hidup sebaliknya rusuhan itu berpunca kerana pembangkang memulakannya.

Benjy mendakwa, beliau hadir untuk menyatakan bantahan secara aman bukan berdepan tindakan ganas dicetuskan pembangkang.

Anwar yang tertekan dengan kehadiran pemuda itu meminta beliau membenarkan wartawan bertanya soalan kerana ini sidang media dan berkata, nak melayan Benjy dalam sesi lain.

Kesimpulannya Anwar terpaksa angkat kening dan tahan telinga serta muka dengar macam-macam soalan yang sudah tidak dapat ditepis.

Azmin dan Tian Chua pun sama. Masing-masing jenuh bersilat dan marahkan polis yang didakwa bertindak kasar dan tidak hormati kehadiran ramai peserta Bersih 3.0.

Malangnya Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail yang hadir hanya diam membisu.

Jelaslah, beliau adalah boneka PKR bukan presiden parti yang sudah dikuasai Anwar dan Azmkin.

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir yang baru sokong Bersih dan Anwar juga hadir sidang media itu sebagai ‘duduk dan dengar’ saja.

Selepas sidang mediapir sejam itu, kumpulan wartawan masih merungut memikirkan mengapa Anwar dan Azmin mahu terus main silap mata tentang siapa mulakan isyarat kekecohan di laluan masuk Dataran Merdeka itu.

Jawapannya, mereka terpaksa buat begitu kerana ada UMNO dan wartawan yang menjalankan tugas yang boleh dipersalahkan sepanjang masa. Kepada Anwar, jika beliau anggap 28 April hari Merdeka Rakyat, beliau juga kena ingat 30 April – hari ramai wartawan angin dengan diing dong lakonan beliau yang memang sanggup buat dan cakap apa saja asalkan cita-cita jadi Perdana Menteri tercapai. - Mynewshub

SINAR HARIAN TIDAK MUNASABAH - NASARUDIN

Ketua Pemuda PAS menuntut akhbar Sinar Harian meminta maaf dan menarik balik laporan yang mendakwa anggota Unit Amal menyerbu ke arah pihak polis semasa perhimpunan di luar Kuala Lumpur City Centre, Sabtu lalu.

Ketua pergerakan itu Nasrudin Hassan yang menafikan perkara tersebut berkata dakwaan itu "tidak munasabah."

"Berdasarkan rekod Unit Amal, ia tidak masuk akal dan tidak munasabah untuk mempercayai bahawa mereka akan menggunakan kekerasan dan menyerbu pihak polis," katanya.

Sebelum ini pada 26 March berhubung isu Israel Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan kesal kerana akhbar Sinar Harian memotong sebahagian kenyataannya sehingga menimbulkan kekeliruan di kalangan pembaca berkaitan dengan Yahudi.
"Yang saya maksudkan adalah Yahudi di Israel yang terlibat menyokong rampasan kuasa dan pembunuhan di Palestin, tanpa mengira apa fahaman mereka, haram berurus niaga dengan mereka ini," jelas Nasrudin.

Namun, yang dilaporkan Sinar tidak lengkap seolah-olah beliau menyatakan berniaga dengan Yahudi tetap haram walaupun apa fahaman sekalipun.

Persoalannya siapa yang bermasalah sebemarnya ini, membabitkan orang yang sama dan juga akhbar yang sama sebulan sekali ada saja yang tak kena, mungkinkah kedua-duanya bermasalah ? Biasanya kalau wartawan yang bermasalah ni Sinar Harian buang jer dia tak simpan, dikhuatiri akan bertambah masalah-masalah yang bermasalah. Anda Mampu Mengubahnya....

BERSIH 3.0 SEBENARNYA NAK TUMBANGKAN KERAJAAN - TUN MAHATHIR

Bantahan BERSIH 3.0 Sabtu lalu - perhimpunan awam terbesar sejak gerakan Reformasi tahun 1999 - berhasrat untuk menumbangkan kerajaan, kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, pembangkang tahu bahawa melalui proses pilihan raya, rakyat tidak akan memberikan mereka kuasa untuk membentuk kerajaan.

Satu-satu caranya, kata beliau, ialah melalui kebangkitan rakyat untuk menumbangkan kerajaan dan menaikkan diri mereka sebagai rejim baru.

Dr Mahathir berkata demikian di majlis pelancaran versi Melayu buku memoir Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad' di Putrajaya petang ini.

UNIT AMAL PAS TAK REMPUH CUMA LOLOS - KETUA PEMBOHONG

KUALA LUMPUR - Dewan Pemuda Pas Pusat menegaskan anggota Unit Amal tidak merempuh sekatan polis di hadapan Menara Berkembar Petronas, sebaliknya pergerakan mereka hanya satu tindakan mencelah dan meloloskan diri daripada kepungan polis.
Anggota Unit Amal Pas yang mengetuai penyokong Duduk Bantah Bersih 3.0, bertindak sedemikian apabila melihat sebahagian jalan yang menjadi kepungan polis kosong.

Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, Unit Amal mempunyai rekod cemerlang dalam membantu masyarakat mengawal keamanan negara ini.

"Kejadian yang dikatakan merempuh itu tidak masuk akal, apa lagi memukul anggota polis. Mereka dihantar sebagai skuad khas untuk menangkis provokasi dan bukannya memusuhi polis.
Atau ini video yang bohong ?

"Apa yang berlaku pada hari tersebut adalah Unit Amal dan penyokong Anti-Lynas terkepung dengan dua pasukan polis yang mengepung sepanjang sebahagian Jalan Ampang. Polis membuat barisan melintang menyebabkan Unit Amal dan Anti-Lynas tidak dapat melalui jalan tersebut.

"Polis turut mengepung Jalan P Ramlee di mana ada benteng polis dan mereka bersilang tangan. Tetapi, ia hanya sebahagian jalan sahaja. Ada polis yang hanya berdiri dengan keadaan tidak sebaris. Jadi, melihat keadaan yang agak kosong di bahagian kiri jalan, Unit Amal merasakan itu ruang untuk meloloskan diri daripada bertembung dengan polis," katanya kepada media, hari ini.

Pandangan peribadi bukan semua Unit Amal yang bangang, boleh tahan juga ramainya, bukan semua juga peserta Bersih yang bangang, tapi boleh tahan juga ramainya, bukan semua juga polis yang zalim, segelintir sahaja...:).....Anda Mampu Mengubahnya.

SAYA BAGI ISYARAT BERSURAI TAPI MEREKA REMPUH - AZMIN

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menafikan dakwaan bahawa beliau berhubung melalui isyarat dengan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memecahkan sekatan kawat duri polis di Dataran Merdeka.

Azmin berkata, isyarat berkenaan sebaliknya untuk menunjukkan bahawa beliau mahu berunding dengan polis untuk memberi masa kepada peserta BERSIH 3.0 bersurai.

Katanya beliau melihat Anwar memberi isyarat kepadanya untuk berunding dengan polis dan beliau membalas isyarat berkenaan untuk menyatakan bahawa beliau telah berunding.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di ibu pejabat parti itu hari ini.

Pada masa sama Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau dan timbalannya Azmin Ali tidak mengeluarkan arahan supaya peserta merempuh pagar kawat duri polis yang dipasang di sekeliling Dataran Merdeka pada Sabtu.

Anwar bagaimanapun berkata, beliau akan mempertahan tindakan mengalihkan sekatan berkenaan yang disifatkannya bukan satu kesalahan.

Dengan mantik gaya Pas, beliau bertanya sekiranya memasuki Dataran merupakan satu kesalahan besar berbanding perbuatan menipu dalam pilihan raya.

RAKAMAN EKSKLUSIF BERSAMA PESERTA BERSIH 3 .0 - RM200 WAJIB HADIR


Rakaman perbualan ini dirakamkan dari salah seorang peserta Bersih 3.0 , peserta tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zul berasal dari Kubang Kerian  Kelantan, mendengar kepada pemahamannya ternyata ia jauh tersesat dijalan yang terang. Mungkin kecelaruannya disebabkan diantara faktor taksub dan keadaan yang realiti. Anda Mampu Mengubahnya...

Sebelum ini Bernama melaporkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui memberi sumbangan peribadi berbentuk wang kepada mereka yang menyertai perhimpunan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur, semalam.

Nik Abdul Aziz, yang tidak menyertai perhimpunan itu, berkata tindakannya itu bukan satu kesalahan kerana ia merupakan satu bentuk bantuan yang perlu dihulurkan.

"Salah apa bagi duit untuk dia (peserta) bayar minyak (kereta). Dia tinggalkan rumah perlukan minyak kereta dan hotel lagi.

"Hak orang lain saya tidak tahu tetapi saya beri duit poket saya sendiri yang merupakan mereka yang tinggal dalam kawasan saya. Mintak RM20 saya bagi banyak itu," katanya kepada pemberita di kediaman rasminya di JKR 10 di Kota Bharu hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata demikian ketika mengulas dakwaan bahawa parti pembangkang memberikan sumbangan wang kepada peserta perhimpunan itu seperti duit poket termasuk menyediakan penginapan, pengangkutan dan makan minum selama berada di ibu negara.

Ketika ditanya adakah PAS turut memberikan sumbangan yang sama kepada penyokong parti itu, Nik Abdul Aziz berkata perkara itu tidak diketahuinya.

"Wallahualam (jika berlaku perkara itu)," katanya ringkas.

Beliau juga menafikan dakwaan penyokong PAS telah bertindak ganas dalam perhimpunan itu dan menyalahkan pihak lain yang memulakan tindakan tersebut sehingga memukul beberapa anggota media dan polis yang bertugas.

"Saya tak hadir (pada perhimpunan haram itu) sebab uzur. Dari laporan yang saya terima mereka jadi begitu kerana ada sebab. Tak kan keluar rumah nak tinggal anak bini sanggup buat macam itu.

"Orang PAS dididik berakhlak dan berdisiplin. Mesti ada sebab mereka jadi berang dan saya yakin orang PAS tak buat perkara itu," katanya yang melahirkan rasa dukacita terhadap insiden tersebut.

Beliau berkata terpulang kepada pihak berkenaan untuk menyiasat perkara itu.

BERSIH 3.0 MEMBONGKAR BUKTI TIPU HELAH TERANCANG

Video terancang oleh Malaysiakini ini sebenarnya sudah kantoi dengan beberapa rakaman video lain dari pihak polis dan pelbagai,konspirasi PR dan Malaysiakini untuk memburukkan kerajaan BN tenyata kali ini tidak menjadi.
Ganasnya polis !!!
"Oleh kerana yakin di bawah kenderaan tersebut terdapat mangsa rempuhan maka orang ramai yang berada ditempat kejadian menterbalikkan kenderaan itu… lihat video di bawah..

Aku yakin anggota Polis yang memandu kenderaan tersebut tidak mempunyai niat untuk melanggar mereka yan berada di tepi jalan itu, mungkin beliau hilang kawalan kerana tunduk untuk mengelak sesuatu.

Dah jadi budaya kita agaknya.. bila seorang pemandu melanggar seseorang beliau akan dibelasah"

Tuilsan merah diatas adalah dari blog pembangkang yang nak cover story dari dilihat buruk terhadap peserta Bersih 3.0. Tinjauan di blog-blog pembangkang semalam rata-ratanya melapor dengan tidak bertanggungjawab. Bnyak berita telah dimanipulasi.

Jika diimbas kembali video-video yang merakamkan situasi perhimpunan Bersih kelmarin, suka untuk merujuk video pertama ini dari portal Malaysiakini. Video ini ,.Situasi yang hendak di diwujudkan adalah polis zalim langgar peserta Bersih hingga terperosok dibawah kereta.

Kedengaran kata-kata yang memperlihatkan keadaan sedemikian untuk meraih simpati diatas persepsi masyarakat yang menontonnya. Diakhir video itu juga semasa peserta Bersih melarikan diri kononnya takut kereta meletup kedengaran siren polis yang agak perlahan, namun tidak pasti peserta Bersih bertempiaran lari kerana takut kereta meletup atau kerana kehadiran polis.

Video kedua dibawah ini pula dari Abuaqif dan TvSelangor (sila rujuk lain-lain vido untuk pengeahan), memang kedengaran kata-kata "Ada orang dibawah" untuk alasan menterbalikkan kereta tersebut, rata-ratanya tiada mata, melihat saja mungkin tidak dapat mengesahkan ada atau tiada mangsa dibawah kereta itu. Kelihata juga disitu peserta Bersih yang bersifat 'Pak Turut' kebingungan mundar mandir tanpa mengeahui tujuan sebenar kata-kata "ada orang dibawah".

Siren polis kedengaran agak kuat pada video ini dan tiada pula kedengaran 'takut kereta meletup" ketika mereka bertempiaran lari. Agak khuatir video Malaysiakini itu sudah disunting dengan suara latar. Jika benar mereka mempercayai ada orang dibawah kereta itu,  logikkah jurugambar  Malaysiakini merakamkan keadaan seperti yang dirakamkan.

Secara logiknya sebagai jurugambar mereka akan berada pada arah kereta terbalik supaya dapat merakamkan mangsa yang berada dibawah, apa tujuan sebenar Malaysiakini? dengan jelas video dibawah menunjukkan  tiada mangsa ketika kereta diterbalikkan.

Apapun Malaysiakini memang profesional dalam mewujudkan perbezaan situasi untuk menguntungkan PR, sekiranya tiada lain-lain video, apa yang anda percayai jika hanya melihat video yang disediakan Malaysiakini itu,

Pelbagai persepsi rakyat akan timbul dan ramai yang akan percaya ada mangsa dibawah kereta tersebut dan wartawan Malaysiakini tidak sempat rakam mangsa kerana kereta nak meletup, dengan sebab itu juga bunyi siren kehadiran polis disunting perlahan supaya penonton yakin mereka semua bertmpiaran lari kerana kereta nak eletup bukan kerana polis datang............

Pembohongan yang sengaja untuk megubah persepsi rakyat terus dimainkan oleh portal dan juga blog pembangkang, antara contohnya boleh rujuk print screen dibawah dan tonton kembali video diatas pada saat ke 14 untuk melihat pemuda bertopi keledar dan pada minit ke 1.16 pemandu kereta tersebut.... Anda mampu Mengubahnya..

BERSIH 3.0 - BUKTI HARAKAH KELENTONG LAGI

KUALA LUMPUR - Seorang saksi memaklumkan, tindakan penunjuk perasaan terbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai memterbalikkan kereta peronda polis.

(Kereta peronda polis yang remuk teruk di hadapan selepas melanggar tembok Sogo dan tiga peserta perhimpunan. Ia menunjukkan ia dipandu dengan laju sebelum melanggar peserta perhimpunan.)

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

(Salah seorang mangsa yang dirempuh kereta peronda polis, Su Kwang Hong, masih di rawat di Hospital Kuala Lumpur)

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.
"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini di bawah ini.

(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

TV3 hari ini menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya. - Harakah kencing....

Tanpa bukti yang kukuh seperti klipvideo Harakah sengaja membedal ikut suka seperti fatwa Nik Aziz, ini kerana video adalah besi dan tidak boleh dipercayai. Bagi pentaksub yang tidak pernah menjenguk sumber berita selain Harakah itulah yang menyebabkan berlakunya dungu dengan bermaharajalela sekali dikalangan penganut ajaran Pas.

Tapi perkara ini tidak boleh disalahkan kepada penulis Harakah sepenuhnya, kerana Nik Aziz telah mengarahkan supaya menyiarkan berita dengan berpihak kepada Pas walau dalam apa jua keadaan sekalipun, tak percaya tengok klip arahan dari Nik Aziz dibawah.video dibawah. Cerita banyak tak guna nilailah sendiri budi pekerti Nik Aziz dan gerombulannya. Anda Mampu Mengubahnya...
Video Versi Malaysiakini

Video Versi PDRM

Video lain-lain Versi


18SG BERSIH 3.0 - VIDEO AKHIRI KEBENARAN DAN TERGAMAK PULA NIK AZIZ UCAP TAHNIAH

KOTA BHARU - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mengucapkan tahniah kepada peserta  Bersih 3.0 'Duduk Bantah' berhampiran Dataran Merdeka hari ini.

Katanya, rakyat di negara ini hadir ke ibu negara untuk menyatakan sokongan tuntutan Bersih 3.0 memandangkan Bersih 1 kerajaan diam dan membisu, manakala Bersih 2.0 kerajaan buat ‘pekak badak’. 
“Tuntutan ini jelas membuktikan rakyat tidak ingin lagi berada di bawah pentadbiran kerajaan yang tidak adil khususnya dalam ketelusan pilihan raya yang bersih dan adil. 
Nik Aziz juga turut mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia pelbagai bangsa di negara ini turut berhimpun untuk menjayakan Bersih 3.0.

Katanya, mereka hadir beramai-ramai bukan atas bangsa, sebaliknya kerana inginkan kebenaran dan keadilan tertegak di negara ini.
Beliau berkata demikian ketika menghubungi Harakahdaily sebentar tadi sebagai mengulas perkembangan tuntutan Bersih 3.0 yang ternyata telah berjaya.
Beliau bagaimanapun melahirkan rasa kesal di atas tindakan kerajaan yang ‘mengasari’ peserta himpunan disembur dengan air berasid dan gas pemedih mata sehingga ada peserta yang mengalami sesak nafas.
Itulah kenyataan dari seorang insan yang digelar sebagai Ulamak, Ulamak seperti inikah yang diharapkan untuk melaksanakan Hukum Allah dengan seadilnya.

Disamping ucapan tahniah Nik Aziz kepada peserta Bersih sempat juga beliau lahirkan rasa kesal terhadap tindakan pihak kerajaan atau Polis yang telah mengasari peserta Bersih, bagaimanapula dengan peserta Bersih yang bertindak ala kebibatangan terhadap pihak Polis. Dimana keadilan seorang yang disifatkan sebagai Ulamak.

Sedangkan didalam Islam mengajar supaya umatnya berlaku adil dan tidak menghukum sesuatu itu kerana kebencian kepada sesuatu kaum yang menyebabkan ianya tidak adil. Lupakah Nik Aziz pada pihak polis yang telah banya berjasa, disebalik ucapan tahniah kepada peserta Bersih apalah salahnya melahirkan rasa kesal juga kepada anggota Polis yang diperlakukan sepertimana yang tersiar itu.

Apalah sikap Ulamak yang sebegini masih terus untuk dihormati, biarpun beranggapan segelintir polis itu zalim dsbnya, tetapi nilaikanlah juga kepada anggota yang tidak sedemikian. Dimana keadilan terhadap insan atau makhluk yang bernama Polis ? Anda Mampu Mengubahnya.

VIDEO BONGKAR KEZALIMAN POLIS LANGGAR PESERTA BERSIH 3.0 SEBELUM KERETA DITERBALIKKAN

Video pertama adalah dari Malaysiakini yang dilaporkan kereta Polis yang diterbalikkan itu telah melanggar peserta Bersih, pada logiknya ia adalah benar, saat ke 36 menunjukkan seorang lelaki ditarik apabila cuba melihat pada arah bawah kereta (seolah-olah mencari sesuatu) semasa kereta nak diterbalikkan oleh perusuh.
Keduanya Kereta polis itu memang seperti melanggar sesuatu, cumanya klipvideo dari Malaysiakini ini tidak menunjukkan aksi-aksi ganas yang diluar ketamadunan manusia.
Petikan dari blog pro pembangkang menyebut :
"Manakala mStar pula menggambarkan peserta BERSIH 3.0 lebih ganas lagi dengan melaporkan bahawa penyokong BERSIH 3.0 telah menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis di hadapan Sogo di sini sebelum melarikan diri.

Kalau nak melaporkan tu biarlah proffesional sikit.. kenapa tak dilaporkan bahawa kereta polis tersebut terpaksa diterbalikkan kerana disyaki mangsa yang dirempuh oleh kereta tersebut berada dibawah kereta Polis tersebut?:"
Itulah laporannya, memang media bebas dan pro kerajaan selalu disalahkan, apapun syabas PDRM kerana rakyat Malaysia tidak tertipu lagi, video diatas  ini pula dari pihak PDRM yang telah menunjukkan aksi-aksi peserta Bersih yang seakan-akan kera. Jika tiada video ini maka kita semua akan percaya bahawa polis ZALIM melanggar peserta Bersih, peserta yang terbalikkan kereta Polis bukannya ganas, tapi nak selamatkan manusia yang dipercayai ada dibawah kereta.

Hebat betul politik Malaysia ini, tidak terfikir penipuan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Nak selamatkan nyawa sampai kena pijak dan terbalikkan kereta ke ? Ada ke takder mangsa dibawah kereta polis itu ? Jika tiada, cuma mengesyaki mangsa berada dibawah kereta itu tidak cukukah BIJI MATA sebelum mengambil tindakan terbalikkan kereta.

Seterusnya pasti kita menggangap bahawa tindakan mereka itu adalah wajar, siapa yang suruh Polis langgar Peserta Bersih, mengamuklah diaorang sebab Polis langgar diaorang. Ok sila lihat pula klipvideo dibawah tentang bagaimana kereta polis itu boleh terperosok melanggar disitu.

Itupun tanggapan Gk secara rambang jika hanya sebuah sahaja kereta yang diterbalikkan dan kesemua klipvideo ini adalah dari kereta yang sama. ..Anda Mampu Mengubahnya...

UNIT AMAL PAS KAWAL KETAT AMBIGA KATA BERSIH 3.0 BERJAYA

Ambiga yang dikawal ketat oleh pihak keselamatan dan Unit Amal Pas melambai ke arah peserta perhimpunan dan sempat berucap pendek
KUALA LUMPUR - Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S. Ambiga menyifatkan perhimpunan Bersih 3.0 berjaya walaupun ia berakhir dengan pertembungan antara ribuan penyokongnya dan pasukan polis.

"Hari ini ialah hari yang bersejarah buat kita semua. Walaupun kita tak sampai Dataran Merdeka, kita sudah berjaya hari ini.

"Desakan kita sudah didengari kerajaan dan seluruh dunia. Semua kaum datang untuk pilihan raya yang bersih dan adil. Kita berjuang bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi untuk anak-anak kita dan masa depan Malaysia," kata beliau.

Perhimpunan hari ini, walaupun tidak mendapat kebenaran untuk diadakan di Dataran Merdeka, ia diteruskan dan dicemari insiden merempuh sekatan didirikan oleh polis di lokasi bersejarah itu.

Beliau berucap dari atas sebuah kereta pacuan empat roda, di hadapan stesen LRT Masjid Jamek, sebelum berarak menuju ke persimpangan menuju ke Dataran Merdeka.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berkata: "Kami ucapkan terima kasih pada semua yang hadir."

"Kita nakkan pilihan raya yang bersih dan adil bukan kotor.

"Kita berhimpun untuk mendapatkan pilihan raya yang adil dan ini membuktikan perhimpunan ini berjaya apabila rakyat turun beramai-ramai secara aman tanpa sebarang kekacauan," kata beliau.

VIDEO GANAS 18SG - MESTI PERCAYA INI KL BUKAN INDON !!!


Punca kereta polis terbabas lalu menyebabkan kemalangan.

BERSIH 3.0 - KERETA POLIS DITERBALIKKAN PISTOL POLIS DIHILANGKAN

KUALA LUMPUR: Sekumpulan penyokong Bersih 3.0 menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis di hadapan Sogo di sini sebelum melarikan diri.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh berkata, kereta polis tersebut sedang melalui kawasan berkenaan pada pukul 4.50 petang sebelum sekumpulan penyokong mengepung kereta itu.

Kemudiannya, mereka memaksa beberapa anggota polis untuk keluar sebelum bertindak merosakkan dan menterbalikkan kereta tersebut.

Sementara itu, PDRM dalam laman Twitter turut memberitahu, sepucuk pistol seorang anggota polis turut dirampas di Sogo.

Namun, Amar tidak dapat mengesahkan insiden itu- Mstar
KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menemui semula pistol salah seorang anggota meraka yang dilarikan peserta demonstrasi Bersih 3.0 petang tadi.

Perkara berkenaan disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein melalui akaun Twitter beliau.

Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan jika sebarang tangkapan telah dibuat berhubung kehilangan pistol berkenaan.
Selain itu, beliau juga mengesahkan bahawa 22 anggota cedera dalam pertempuran dengan peserta yang bertindak liar cuba merempuh Dataran Merdeka walaupun wujud arahan melarang sesiapa memasuki kawasan berkenaan.

Daripada jumlah berkenaan, dua terpaksa dimasukan ke wad manakala 20 lagi menerima rawatan pesakit luar.-Myneshub


VIDEO TERKINI - BERSIH 3.0 BERAKHIR DENGAN 'HODOH' !!!

KUALA LUMPUR - Perhimpunan Bersih 3.0 yang dirancang untuk diadakan secara aman berakhir dengan kekecohan apabila segelintir peserta dan penyokong merempuh pagar halangan polis untuk memasuki Dataran Merdeka, pada jam 3 petang tadi, menyebabkan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) menembak gas pemedih mata.

Rempuhan itu dibuat hanya beberapa minit selepas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin lain, termasuk Datuk Ambiga tiba di tengah-tengah lautan penyokong.

Penyokong Bersih tidak bersurai sepenuhnya dan ada yang dilihat membaling semula bekas gas pemedih mata yang dilepaskan, menyebabkan FRU menggunakan meriam air.

Sebelum itu, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengumumkan penganjur Bersih sedang berunding dengan pihak polis untuk dibenarkan memasuki dataran dan berjanji perhimpunan itu kekal aman.

Namun permintaan Azmin supaya penyokong bertenang sementara menunggu keputusan rundingan, tidak dilayan.

Terdapat penunjuk perasaan ditahan di akhir perhimpunan, namun jumlah sebenar belum diketahui.

Perhimpunan kali ini menyaksikan hampir 80,000 penyokong Bersih berkumpul di jalan raya sekitar Dataran Merdeka bagi menuntut pilihan raya yang adil.

Mengikut kenyataan awal polis, sekitar 25,000 orang berkumpul di ibu negara hari ini.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dipetik berkata pihaknya menganggarkan lebih 100,000 menyertai perhimpunan hari ini.
Difahamkan kira-kira 100 orang, yang menyertai perhimpunan Bersih 3.0, dipercayai ditahan berhampiran kawasan Dataran Merdeka petang ini selepas tidak mematuhi arahan polis dan merempuh sekatan yang didirikan.
Difahamkan sebahagian daripada mereka juga kanak-kanak.

Polis dijadual mengadakan sidang media dalam waktu terdekat.

Bersih membuat perancangan untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka antara 2 dan 4 petang. Bagaimanapun usaha itu tidak diluluskan oleh polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kelmarin, polis memperoleh perintah mahkamah mengisytiharkan Dataran Merdeka sebagai kawasan larangan kepada penganjur Bersih 3.0 dan publik. Ekoran rempuhan dan kekecohan itu, Anwar dan pemimpin lain dipercayai dibawa ke lokasi selamat sebaik penyokong merempuh pagar. -Sinar Harian.

Peserta perhimpunan menyepak dan membaling penghalang

UPDATE : KRONOLOGI PERHIMPUNAN DUDUK BANTAH 3.0 - GAS PEMEDIH MATA TERPAKSA DILEPASKAN

KUALA LUMPUR: Berikut adalah kronologi suasana menjelang Perhimpunan 'Duduk Bantah' Bersih 3.0 yang diadakan di Dataran Merdeka pada Sabtu.

3.55 petang: FRU dan anggota polis masih mengawal keadaan dan mengenakan sekatan jalan di kawasan sekitar Jalan Pasar berhampiran Pasar Seni.

3.50 petang: Kawasan sekitar antara Jalan Pasar dan Jalan Tun Perak semakin lengang. Para penyokong bersurai.

Sebahagian mereka yang terkena gas kanister cuba menyelamatkan diri.
3.43 petang: Lagi tembakan gas pemedih mata di jalan berhampiran LRT Masjid Jamek.

3.42 petang: Penyokong Bersih mula berlari meninggalkan kawasan berhampiran Dataran Merdeka.

3.30 petang: Perarakan berhenti di Ibu Pejabat PAS.

Penyokong Bersih berlari menyelamatkan diri apabila FRU melepaskan gas kanister di Jalan Pasar dan Jalan Tun Perak.

3.15 petang: Stesen LRT Masjid Jamek LRT ditutup. Penumpang yang berada di stesen tersebut perlu menuju ke stesen Pasar Seni atau Dang Wangi.

3.10 petang: Perarakan berhenti di Sogo.

Anwar berucap di hadapan penyokong Bersih.
Sebahagian penyokong mula menjauhi kawasan Dataran Merdeka sehingga ke arah Menara Maybank berikutan tembakan gas pemedih mata.

Namun, ada sebahagian lagi pula tidak berganjak dan terus melaungkan slogan 'Bersih' di hadapan stesen LRT Masjid Jamek.
Ambiga menerima sorakan daripada penyokong Bersih yang berada di Pasar Seni. Foto DARRAN TAN/The Star



3.05 petang: Perarakan tiba di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Mereka diminta supaya berhenti di hadapan Sogo kerana mendapat maklumat semburan gas dilepaskan di Dataran Merdeka.

Penyokong di sepanjang jalan berhampiran LRT Masjid Jamek mula panik apabila ada pihak menjerit 'teargas'.

Mereka bergerak sedikit ke jalan Leboh Ampang dan kemudiannya melaungkan Reformasi.

3.00 petang: Polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke arah penyokong selepas mereka merusuh halangan yang dipasang polis di hadapan Dataran Merdeka.
Penyokong Bersih berkumpul dekat bangunan DBKL di Jalan Tun Perak pada pukul 10 pagi Brian Moh. Foto BRIAN MOH/The Star

Para penyokong berpatah balik ke arah stesen LRT Masjid Jamek apabila gas pemedih mata dilepaskan oleh pihak berkuasa di kawasan sekitar Dataran Merdeka.

Sebahagian mereka bersorak bagi membantah tindakan tersebut.

2.58 petang: Penyokong Bersih diarahkan duduk di jalan raya sepanjang jalan berhampiran LRT Masjid Jamek.

2.30 petang: Para penyokong Bersih yang membanjiri Jalan Tun Perak terutama di hadapan stesen LRT Masjid Jamek diarahkan duduk bagi menunjukkan bahawa perhimpunan diadakan secara aman.

Namun, keadaan yang begitu sesak menyebabkan sebahagian besar penyokong sukar untuk duduk.

Keadaan semakin sesak, ada segelintir penyokong terpaksa berdiri.

2.29 petang: Anwar dan beberapa lagi pemimpin pembangkang bersama ribuan penyokong Bersih kini memenuhi sepanjang jalan berhampiran LRT Masjid Jamek.

Mereka tidak dapat memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Salah seorang jurucakap Bersih berkata, kumpulan itu sedang berunding dengan pihak berkuasa untuk memasuki Dataran Merdeka.

2.25 petang: Penyokong perhimpunan cuba mengalihkan halangan kawat berduri untuk memasuki Dataran Merdeka. Keadaan amat tegang.
Kira-kira 50 penyokong Bersih mula berkumpul di hadapan Air Pancuran Little India di Jalan Brickfields pada pukul 10.30 pagi.

2.20 petang: Perarakan tiba di Dataran Maybank. Sesi bergambar melibatkan Unit Amal PAS dan penyokong Bersih berbaju kuning.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bergambar bersama penyokong. Beliau turut berucap di hadapan penyokong disusuli Kit Siang.

Kit Siang berkata, perhimpunan itu diadakan semata-mata mahu mendapatkan pilihan raya yang bersih.

Abdul Kadir turut berucap mewakili badan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata,"Kita tuntut keadilan, tak boleh buat cara lama lagi dah."

2.08 petang: Perarakan Bersih memenuhi kedua-dua laluan jalan raya di hadapan Pasar Seni.

2.05 petang: Perarakan dari Masjid Negara kini menghampiri Pasar Seni. Mereka akan terus menuju ke Dataran Merdeka.

1.59 petang: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah berucap di hadapan penyokong Bersih di Masjid Jamek.

1.50 petang: Penyokong di Masjid Negara mula bergerak ke Dataran Merdeka, menggunakan laluan jauh ke arah Pasar Seni.

Keadaan di hadapan stesen LRT Masjid Jamek dan sepanjang Jalan Tun Perak begitu sesak dengan ribuan penyokong.

Tiada perarakan setakat ini, masing-masing tertumpu pada sorakan beramai-ramai di hadapan stesen LRT Masjid Jamek.

Wakil daripada Solidariti Anak Muda memaklumkan kepada orang ramai bahawa Dataran Merdeka adalah milik rakyat.

1.45 petang: Penyokong Bersih yang berada di Pasar Seni berarak ke Dataran Merdeka. Perarakan itu diketuai Ambiga dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat yang lain.

1.25 petang: Semua penyokong Bersih dan Himpunan Hijau berhenti bersorak buat sementara waktu dan duduk di sepanjang Jalan Tun Perak bagi menghormati mereka yang beragama Islam menunaikan solat Zohor di Masjid Jamek.

Turut kelihatan sekumpulan penyokong yang mewakili Solidariti Anak Muda.

1.23 petang: Penyokong menunaikan solat Zohor. Jemaah memenuhi perkarangan Masjid Negara.

12.55 tengah hari: Anwar berucap di hadapan ribuan penyokong Bersih. Bersama beliau ialah Datin Seri Dr Wan Azizah, Mohamad Sabu, Kit Siang.

Mohamad Sabu mengetuai kumpulan itu menyanyikan lagu 'Merdekakan Dataran Merdeka'. Anwar turut menyanyi bersama.

Menurut Anwar, kumpulan yang berhimpun di Masjid Negara akan bergerak ke Dataran Merdeka selepas waktu Zohor.

12.50 tengah hari: Ribuan penyokong Bersih dan Himpunan Hijau terus berarak ke kedua-dua arah di sepanjang Jalan Tun Perak sambil melaungkan sorakan 'Reformasi'.

12.40 tengah hari: Penyokong Bersih kelihatan menikmati makan tengah hari di restoran India Muslim di stesen KTM.
Suasana di masjid negara pada pukul 9.00 pagi. FAIHAN GHANI/The Star

12.36 tengah hari: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai kumpulan penyokong yang berhimpun di Masjid Negara.

12.35 tengah hari: Kumpulan yang bergerak dari Brickfields kini menuju ke Pasar Seni sebelum ke Dataran Merdeka.

12.20 tengah hari: Sebahagian besar penyokong Bersih dan Himpunan Hijau duduk di tengah dan bahu jalan di sepanjang Jalan Tun Razak dari stesen LRT Masjid Jamek hingga ke Dataran Merdeka.

12.15 tengah hari: Bekas pemimpin veteran Umno, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berada di Masjid Negara. Turut kelihatan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kumpulan penyokong Bersih yang bergerak dari Little India kini bergerak seiring dengan sekumpulan lagi penyokong yang berhimpun di hadapan bangunan YMCA menuju ke Dataran Merdeka.

Kumpulan ini kini diketuai unit Amal PAS menuju ke Dataran Merdeka.

12.05 tengah hari: Ribuan penyokong Bersih dan Himpunan Hijau berarak di sepanjang Jalan Tun Perak di keduad-dua arah, menghala ke Dataran Merdeka.

Masing-masing melaungkan sorakan 'Bersih' dan 'Stop Lynas'.

12.04 tengah hari: Perarakan penyokong Bersih ke Dataran Merdeka melalui Jalan Tun Sambanthan mengakibatkan lalu lintas sesak. Namun pihak polis mengawal keadaan dengan baik.

Kumpulan itu bergerak sambil bersorak 'Hidup!Hidup!Bersih!Bersih.

12 tengah hari: Kira-kira 200 penyokong Bersih di Brickfields mula bergerak ke Dataran Merdeka.

Kawasan Masjid Negara semakin dipenuhi ramai penyokong Bersih. Bahagian hadapan sesak menyebabkan penyokong berdiri di sepanjang jalan raya dan bulatan dekat KTM di sini.

Semuanya gara-gara desas desus yang mengatakan Anwar akan berada di sini.

Kelihatan polis semakin ramai mengawal keadaan.

11.50 pagi: Sejumlah besar penyokong Bersih kembali duduk di tengah-tengah persimpangan Jalan Hang Lekiu dan Jalan Tun Perak dengan bersorak 'Reformasi', 'Duduk', 'Bantah', 'Hidup Rakyat' dan 'Hancur BN'.

11.45 pagi: Polis mengesahkan satu alat yang ditemui berhampiran Dayabumi pagi tadi bukanlah sejenis bahan letupan.

11.40 pagi: Ratusan penyokong Bersih dari arah Dataran Merdeka berarak di Jalan Tun Perak menghala ke arah Menara Maybank sambil melaungkan 'Reformasi' dan 'Hidup Rakyat'.

Kesemuanya kemudia duduk dan meneruskan sorakan di tengah-tengah persimpangan Jalan Hang Lekiu dan Jalan Tun Perak.

Selepas itu, masing-masing berdiri menyanyikan lagu 'Negaraku'.

11.36 pagi: Kumpulan yang berkumpul di Little India diedarkan notis kecil 'Jika anda ditahan, sila SMS:(1) Nama Penuh (2)No Kad Pengenalan (3) Balai Polis kepada 0133845740.

11.34 pagi: Penyokong Bersih di Little India bersorak 'Hidup Rakyat, Selamatkan Malaysia'. Kumpulan berkenaan diketuai Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr. Xavier A. Jeyakumar.

11.30 pagi: Para penyokong Bersih duduk di atas Jalan Tun Perak, beramai-ramai sambil bersorak 'Reformasi' dan 'Allahuakbar' serta 'Hidup Bersih', Hidup Rakyat, Duduk Bantah'.

11.20 pagi: Kelihat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang yang juga Speaker Selangor, Datuk Teng Chan Kim mengetuai satu kumpulan penyokong Bersih yang melaungkan sorakan 'Bersih' di hadapan stesen LRT Masjid Jamek.

11.19 pagi: Di Air Pancuran Little India, Brickfields, kira-kira 100 penyokong Bersih mula berkumpul. Mereka dijangka bergerak ke Dataran Merdeka pada pukul 12 tengah hari. Kumpulan itu memakai kemeja-T Bersih.

11.00 pagi: Pemangku Presiden Makkal Sakti, V. Vathemurty yang mengetuai kumpulan penyokong Bersih di Air Pancuran Little India, Brifields berkata, mereka akan mula berarak ke Dataran Merdeka melalui Jalan Travers atau Jalan Tun Sambathan.

Katanya, mereka akan berarak dalam suasana aman.

10.55 pagi: Kumpulan yang berkumpul di kawasan Brickfields mula bersorak 'Hidup!Hidup! Bersih! Bersih!.

10.50 pagi: Kira-kira 20 penyokong Bersih mula berkumpul di kawasan Air Pancuran Little India. Mereka mula memasang kain rentang 'Duduk Bantah Dataran Merdeka'.

Anggota polis yang mengawal di kawasan sekitar tidak mengambil apa-apa tindakan.

10.35 pagi: Mat Sabu tiba di Masjid Negara. Semua penyokong duduk seperti slogan 'Duduk dan Bantah'.

Mereka turut menyanyikan lagu tanggal 31 Merdeka tetapi menukar kepada tangga 28 April.

10.32 pagi: Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga melalui Jalan Sultan Hishammuddin menuju ke KTM. Ambiga bertopi dan berkaca mata hitam.

10.30 pagi: Unit Amal PAS yang berkumpul di Masjid Negara mula memberikan taklimat kepada penyokong.

Mereka memakai pakaian seragam berwarna merah. Taklimat menarik perhatian penyokong.

10.25 pagi: Buat pertama kalinya, penyokong Bersih di Masjid Negara melaungkan Allahuakbar di Masjid Negara. Laungan berikutan sekumpulan penyokong beratur memakai kemeja-T Bersih.

10.20 pagi: Lebih 30 anggota polis berjalan menghala ke arah Dataran Merdeka dan kehadiran mereka mendapat tepukan gemuruh daripada para penyokong Bersih.

Jumlah penyokong Bersih 3.0 di kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek dan sepanjang Tun Perak kini lebih 1,000 orang.

10.15 pagi: Suasana di KTM lengang. Mereka yang menaiki komuter terus bergerak ke Masjid Negara.

10.10 pagi: Penyokong Bersih membawa sepanduk 'EC Resign Now' (Suruhanjaya Pilihan Raya Bersara Sekarang) yang turut tertera kenyataan 'From the concerned people-the rakyat' (daripada Rakyat yang prihatin), dari stesen LRT Masjid Jamek menghala ke Dataran Merdeka.

Ada segelintir penyokong melaungkan 'Reformasi' ketika berarak membawa sepanduk.

9.45 pagi: Beratus-ratus penyokong Bersih memenuhi kawasan sekitar stesen LRT Masjid Jamek.

Turut kelihatan sejumlah kecil penyokong Himpunan Hijau di sini. Sebahagian mereka berkumpul di bahu jalan.

Tiga restoran termasuk dua restoran makanan segera dan dua kedai serbaneka 24 jam beroperasi di Jalan Tun Perak berhampiran stesen LRT Masjid Jamek walaupun sepanjang jalan kedua-dua arah dipenuhi ratusan penyokong Bersih.

9.41 pagi: Suasana sekitar Jalan Brickfields berhampiran kolam air pancuran masih lengang. Kelihatan beberapa kenderaan polis bersama sekumpulan anggota mula mengawasi kawasan sekitar.

9.30 pagi: Penyokong Bersih semakin ramai berkumpul di Masjid Negara. Petugas media turut membanjiri kawasan itu.

Helikopter berlegar-legar memantau keadaan.

9.15 pagi: Kelihatan sekumpulan penyokong Bersih membeli token LRT di stesen KL Sentral untuk ke beberapa stesen seperti Masjid Jamek, Pasar Seni di mana kolasi penyokong Bersih berkumpul.

9.10 pagi: Tiga trak polis tiba di Jalan Tun Perak berhampiran stesen LRT Masjid Jamek.

Lebih 30 anggota polis membuat persiapan mengawal keadaan di sini.

Kira-kira 25 anggota polis yang lain berada di persimpangan Jalan Tun Perak dan Leboh Ampang, mengenakan sekatan bagi laluan menghalang ke Dataran Merdeka.

9.06 pagi: Sekumpulan kecil penyokong tiba di Pasar Seni dengan membawa bersama dram dan tamborin.

9.05 pagi: Penyokong Himpunan Hijau mula berkumpul di laluan masuk ke KLCC, Jalan Ampang.

9.00 pagi: Lebih 200 penyokong Bersih mula membanjiri luar perkarangan Stesen LRT Masjid Jamek dan kawasan sekitar.

Sebahagian mereka mamakai baju kemeja-T berwarna kuning dengan lambang Bersih 3.0.

Ada di antara mereka turut memakai bandana, topi dan tudung serta gelang tangan berwarna kuning.

Lebih 10 polis bantuan mengawal keadaan dan keselamatan di Stesen LRT Masjid Jamek.

Bagaimanapun, keadaan di sini masih aman.

Beberapa anggota polis dan polis trafik turut mengawal keadaan trafik di hadapan stesen LRT.

Jalan menghala ke Dataran Merdeka ditutup.

9.00 pagi: Suasana di Masjid Negara tenang sejak pukul 8 pagi tadi. Kebanyakan penyokong dan orang awam menghabiskan masa dengan membaca surat khabar dan tak kurang juga yang tidur di hadapan masjid.

8.45 pagi: Masih tidak kelihatan penyokong Bersih di sekitar bangunan KL Sentral. Orang awam kelihatan sibuk dengan aktiviti masing-masing.

8.15 pagi: Suasana di KL Sentral mula sibuk dengan kehadiran orang awam. Tiada penyokong Bersih kelihatan di sekitar bangunan KL Sentral. -Mstar.

VIDEO TERKINI - PESERTA DEMONSTRASI YANG BIADAB


Cubaan oleh seorang lelaki tua untuk mengalihkan halangan kawat duri


Seorang lelaki tua yang hampir pitam mendapat bantuan daripada anggota polis


Peserta perhimpunan tidur di kaki lima

BERSIH 3.0 - ANWAR BUAT DAH PERANGAI DIA !!!

KUALA LUMPUR – Pemimpin yang kepinggin untuk menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat memulakan langkah kepakaran beliau untuk menghasut peserta demonstrasi Bersih 3.0 agar tampil melakukan rusuhan.

Ketika berucap sebentar tadi, Anwar menggunakan ayat ‘kita harus bebaskan Dataran Merdeka’.

Lebih memalukan, Anwar berkata demikian di perkarangan Masjid Negara - yakni sebuah tempat yang sepatutnya menyebarkan mengenai perdamaian, perpaduan dan lambang permuafakatan.

Anwar, manusia yang bertanggungjawab menyuburkan budaya demonstrasi jalanan di negara ini sejak era reformasi meletakan sasaran untuk merempuh Dataran Merdeka selepas solat Zohor.

Menyedari ada perintah mahkamah melarang sesiapa masuk ke Dataran Merdeka, Anwar tidak sepatutnya membakar sentimen peserta demonstrasi untuk berbuat demikian.

Walaupun kesemua peserta hanyalah penyokong pembangkang dan bukannya rakyat yang tidak berpuas hati dengan Suruhanjaya Pilihan Raya, namun Anwar sepatutnya lebih peka kepada keselamatan mereka.

Menghasut mereka untuk ‘merempuh’ sekatan bermakna membahayakan peserta demonstrasi untuk konfrantasi fizikal dengan pihak polis.

Persoalannya, bila Anwar akan berhenti menggunakan rakyat untuk kepentingan dirinya?



(Kenderaan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) sudah mula dibawa masuk ke Dataran Merdeka sebentar tadi) -Mynewshub.

VIDEO TERKINI - POLIS SIAP SEDIA HADAPI PROVOKASI MELAMPAU

Kenderaan PSP telah bergerak masuk mengambil tempat di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad pada jam 12.30 tengah hari..



SIMBOLIK KEAJAIBAN JIHAD BERSIH 2.0 - MUNGKINKAH AKAN MUNCUL SEKALI LAGI ...

Alfatihah buat arwah Baharuddin.
Mengimbau kembali peristiwa Bersih 2.0 Julai lalu, Gk 'rasa nok sukko' entah kenapa perasaan 'nok suko' itu menyelubungi diri, hahaha, tengok hero Bersih 2.0 tu bukan main lagi hebatnya, kata-kata dari penulis blog yang mula-mula sekali menyebarkan berita ini pun peghhh bukan main lagi ya, provok sakan. Pejuang Ambiga lah katakan.....

Moga kali ini tiada lagi kematian 3 kali....Anda Mampu Mengubahnya....
 Selepas tu bertukar jadi macam ni pulak !!!

NIK AZIZ PERBETULKAN FATWA 'WAJIB' SERTAI BERSIH SEPERTI MENUNAIKAN HAJI

MARANG - Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi penegasannya bahawa umat Islam khususnya ahli serta penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berkemampuan wajib menyertai Himpunan Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Namun begitu, katanya, beliau yang pada awalnya bercadang mahu juga menyertai Bersih kali ini tidak dapat turut serta pada perhimpunan tersebut kerana masalah kesihatan yang tidak mengizinkan.

“Sertai Bersih 3.0 wajib, masalah taknikal (tempat) itu boleh bincang. Tapi, saya sendiri tak dapat pergi, kerana keuzuran. Hari ini (Jumaat) pun, mengajar (kuliah pagi) di Kota Bharu pun tak larat.

Sembahyang subuh pun baca surah pendek-pendek sahaja,” ujarnya kepada Harakah Daily selepas Ceramah Penerangan Isu-isu Semasa di Kampung Bukit Parit, dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Pengkalan Berangan, Marang, semalam.

Sesekali pasti ada yang tersenyum sendirian bila melihat kenyataan Nik Aziz itu, maknanya disini baru kita faham rupanya perhimpunan BERSIH ni bukan WAJIB seperti solat 5 waktu, tetapi WAJIB seperti menunaikan haji bagi mereka yang mampu. Mungkin kalau dari awal tahu macam tu, pakcik dibawah ni takkan datang ke perhimpunan tersebut.
Seronok juga jadi Ulamak politik ni, sebabnya boleh berfatwa sesuka hati dan membuat keputusan seorang diri tanpa mesyuarat majlis, lebih menarik lagi Nik Aziz sekali lagi tidak dapat hadir perhimpunan Bersih ini disebabkan keuzuran sehingga solat subuh pun dilaporkan hanya membaca surah-surah pendek sahaja.

Kalau macam tu agak kritikal jugalah keuzuran Nik Aziz tu ya, so takkanlah tak reti-reti lagi...Anda Mampu Mengubahnya...

AMBIGA SEGALANYA HARAM - SENARAI 60 NGO HARAM YANG SOKONG BERSIH

60 daripada 81 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang dikatakan menyokong perhimpunan Bersih Ambiga adalah organisasi HARAM.

Sumber dari Pas mengesahkan bahawa majoriti besar daripada NGO-NGO HARAM itu mempunyai kurang daripada 100 ahli.

“Sebahagian daripadanya tidak wujud kerana nama-nama (NGO) itu hanya dicipta untuk ditambahkan dalam senarai tersebut. Kami tahu mengenai perkara ini kerana kami adalah pihak kepadanya,” seorang pemimpin kanan PAS yang pernah menduduki jawatankuasa Bersih mendedahkan.

Pemimpin itu juga mendedahkan kenyataan yang senarai NGO yang dikatakan menyokong Bersih ‘diwujudkan’ oleh mereka yang mewakili ‘kumpulan NGO dalam PKR’.

“Mereka hanya mencipta nama-nama tersebut untuk memberi gambaran yang Bersih disokong oleh kumpulan NGO berkuasa. Ia diwujudkan untuk memberi gambaran palsu yang Bersih menarik
bagi sebahagian kecil masyarakat,” katanya, yang memberitahu dengan syarat tidak menyebut nama.

Ahli Parlimen PAS Nasharudin Mat Isa pada hari Ahad berkata bahawa PAS sepatutnya mengetuai dan mengambil alih pemilikan Bersih, pergerakan itu merupakan satu ‘permainan politik yang sepatutnya dimainkan oleh ahli politik/parti politik.

Nasharudin juga berkata yang Ambiga tidak layak memimpin Bersih.

Di bawah adalah senarai 21 pertubuhan NGO yang berdafter yang menyokong Bersih, bersama dengan 60 pertubuhan HARAM. (Maklumat ini disahkan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia – ROS).

1. Anak Muda Sarawak – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
2. Malaysian Indian Network Development Society (minds) -BERDAFTAR (JOHOR) (31.05.2011)
3. “Partners of Community Organisation” (PACOS) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
4. Aliran – “PERSATUAN ALIRAN KESEDARAN NEGARA” BERDAFTAR DENGAN ROS (PENANG) (25.01.1977)
5. All Women’s Action Society (AWAM) – BERDAFTAR DENGAN ROS (SELANGOR) (04.02.1988)
6. Amnesty International Malaysia – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
7. Angkatan Warga Aman Malaysia (Warga Aman) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
8.Anwar Ibrahim Club (AIC) ??? – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
9. Association of Women Lawyers – “FEDERATION OF WOMEN LAWYERS OF NORTH MALAYA,PENANG” BERDAFTAR DENGAN ROS (PENANG) (27.07.1964)
10. Bchrc – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
11.Borneo Heritage Foundation – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
12. Borneo Resources Institute, Malaysia -TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
13. CCM Youth – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
14. Center for Orang Asli Concerns – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
15. Centre for Independent Journalism Malaysia -TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
16. Coalition of Malaysian Indian NGO – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
17. Common Interesi Group Malaysia (CIGMA) -TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
18. Community Action Network (CAN) -TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
19. Consumers Association of Petaling (CAPs) – “CONSUMER & SOCIAL ASSOCIATION OF PETALING, SELANGOR” BERDAFTAR DENGAN ROS (SELANGOR) (10.05.2007)
20. Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (CRC) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
21. Empower – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
22. Feration of indian ngo – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
23. Federation of Malaysian Indian Organisations (PRIMA) -BERDAFTAR DENGAN ROS (KL) (2005)
24. Gerakan Mansuhkan PPSMI, GMP – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
25. good governance penang – “GOOD GOVERNANCE & GENDER EQUALITY SOCIETY PENANG” BERDAFTAR DENGAN ROS (PENANG) (10.12.2009)
26. group of concerned citizens – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
27. Health Equity Initaitives – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
28. IKRAM/JIM – “PERTUBUHAN KEBAJIKAN IKRAM MALAYSIA” (PERLIS), “PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA” (SELANGOR) DAN “PERTUBUHAN JAMAAH ISLAH MALAYSIA (JIM)” BERDAFTAR DENGAN ROS (KL) (27.07.1990)
29. independence people action committee (IPAC) -TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
30. indian malaysian active generation (image) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
31. Islamic Renaissance Front (IRF) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
32. JERIT (JARINGAN RAKYAT TERTINDAS) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
33. Kelab Belia Makkal Malaysia – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
34. Klang Consumer Association – “PERSATUAN PENGGUNA KLANG PPK SELANGOR” BERDAFTAR DENGAN ROS (SELANGOR) (05.08.1999)
35. Lawyers For Liberty – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
36. LIMAPULOHB – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
37. LLG Cultural Development Centre – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
38.LRC – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
39. Malaysia Youth and Students Democratic Movement(DEMA) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
40. Malaysian Animal – Assisted Therapy for the disabled and Elderly Association 40 – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
41.Malaysian Consultative Council for Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) – BERDAFTAR DENGAN ROS (SELANGOR) (06.08.1983)
42. malaysian indian development & unity association – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
43. MEO-NET – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
44. MINDAS – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
45. Movement For Change, Sarawak (MoCS) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
46. OHMSI – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
47. Panggau – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
48. penang independent schools education society – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
49. Peoples Green Coalition -TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
50. Perak Women for Women Society (PWW) – BERDAFTAR DENGAN ROS (PERAK) (14.04.2004)
51. persahabatan semparuthi – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
52. persatuan alumni han chiang, Malaysia – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
53. persatuan alumni han chiang, pp – BERDAFTAR DENGAN ROS (PENANG) (23.03.2004)
54. Persatuan Alumni PBTUSM Selangor & Kuala Lumpur – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
55. Persatuan Belia India Kundang – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
56. persatuan hak asasi manusia (hakam) – “PERSATUAN KEBANGSAAN HAK ASASI MANUSIA (HAKAM)” BERDAFTAR DENGAN ROS (KL) (14.06.1991)
57. Persatuan Ibu Bapa dan Guru – ? Sekolah mana??? – IN APPENDIX BELOW
58. PERSATUAN KEMAJUAN PELAJAR-PELAJAR TAMIL MALAYSIA – BERDAFTAR DENGAN ROS(PERAK) (07.09.2010)
59. Persatuan Masyakat Selangor & Wilayah Persekutuan (PERMAS) – BERDAFTAR DENGAN ROS (KL) (1987)
60. Persatuan Sahabat Wanita Selangor – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
61. PUSAT KOMAS – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
62. Research For Social Advancement (REFSA) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
63. Rumah Anak Teater – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
64. SAF – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
65. Sarawak dayak iban association – BERDAFTAR DENGAN ROS (SARAWAK) (14.02.1984)
66. Saya Anak Bangsa Malaysia [SABM] – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
67. sembang-sembang forum – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
68. Sisters in Islam – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
69. Solidarity Mahasiswa Malaysia – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
70. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
71. TAMIL ARTS LITERATURE, CULTURAL ASSOCIATION SELANGOR -W.P – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
72. Tamil Foundation Malaysia – “MALAYSIA TAMIL EDUCATIONAL RESEARCH & DEVELOPMENT FOUNDATION” BERDAFTAR DENGAN ROS (KL) (14.02.2003)
73. Tenaganita – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
74. themicahmandate.org – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
75. university malaya association of new youth (umany) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
76. Voice Your Choice/Growing Emerging Leaders – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
77. women in disability association – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
78. Women’s Aid Organisation – “WOMENS AID ORGANISATION MALAYSIA” BERDAFTAR DENGAN ROS (SELANGOR) (1981)
79. Women’s Institute for Research Development and Advancement – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
80. writers’ alliance for media independent (wami) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
81. Youth For Change (Y4C) – TIDAK BERDAFTAR DENGAN ROS
Sumber - Mynewshub

BERSIH 3.0 - POLIS : BOLEH DUDUK BERAK JANGAN, MAKCIK TEPI SOGO KATA BUANG MASA JER !!

Penyokong BERSIH dibenarkan berhimpun di tempat yang dirancang tetapi dilarang berarak ke Dataran Merdeka seperti digariskan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan baru-baru ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur.
Datuk Mohmad Salleh berkata, sebarang kumpulan yang menuju ke Dataran untuk mengikuti perhimpunan "duduk bantah" yang dilarang akan menghadapi tindakan polis atau kemungkinan ditahan.

Mohmad berkata, penyokong dan penganjur juga dilarang berarak daripada tempat berkumpul ke lokasi yang terlalu hampir dengan jalan yang berdekatan Dataran.

Beliau juga menjelaskan, polis mendapatkan perintah mahkamah kerana mempertimbangkan isu keselamatan memandangkan penganjur sebelum didapati mahu meneruskan rancangan mereka itu.

ZALIM - DITANAM HIDUP-HIDUP DAN KALIMAH TERAKHIRNYA SYAHADAH

Dengan yakin syuhada' ini mengucap kalimah syahadah sebelum ditanam hidup-hidup setelah dipaksa tentera assad utk melafaz bashar assad itu tuhan, sayu dihati melihat sebuah kematian yang zalim dan tidak berperikemanusiaan, namun Allah Maha Adil, syurga pasti menantinya.
Disebalik kezaliman itu terdetik rasa bersyukur dihati kita bilamana keadaan negara kita jauh lebih aman dan damai, walaupun ada segelintir pihak yang tidak reti bersyukur dan cuba menimbulkan keadaan yang huru-hara.

Tidak kurang pula ada yang mempertikaikan perjuangan pahlawan yang dianggap sebagai komunis, syukurlah kerana tindakan bijak orang-orang terdahulu kita mampu hidup aman sehingga sekarang, bagaimana jika kita ditempat mereka, sukar untuk dibayangkan.
Sungguhpun begitu, tatkala keamanan ini dikecapi janganlah pula kita melampau dengan membuat tuntutan secara tidak bijaksana, sedarlah jika ingin teruskan kedamaian seperti hari ini, dibalik melihat langit yang tinggi, terkadang elok juga tunduk pada bumi yang dibawah. Anda Mampu Mengubahnya...

KENALI AMBIGA INSAN PALING SUCI.....

Besar sungguh hajat Ambiga itu sehingga sampai ke Kota Mekah, wajarkah aliran kafir harbi penentang Islam itu digimik politikkan hingga ke Mekah ? Apa mungkin ia bertujuan untuk diselarikan dengan fatwa terkini murtidol am Pas yaitu 'WAJIB' menyertai perhimpunan tersebut,
Kenapa tidak dengan mempertahankan akidah umat Islam didalam menentang isu murtad  yang dianjurkan oleh beberapa NGO Islam termasuk mantan Pesuruhjaya Pas Hasan Ali seperti HIMPUN, jangan kata Mekah, dinegara ini pun tidak disertai oleh Pas.

Kerana apa ? kerana ketua Bersihnya adalah si Ambiga pendokong murtad, segala keinginan Ambiga perlu dituruti oleh Pas sekiranya Pas ingin merasai Putrajaya, kalau patut jual Islam mesti jual supaya Ambiga tidak berkecil hati dan dapat melaksanakan tugasnya dengan baik. Ayoyo ini macam jangan ada lagi yang buta.

Ketahuilah bahawa Pas sudah jauh tersasar dari landasan Islam yang sebenarnya, kerana terlalu kemaruk untuk berkuasa Pas berjaya For All-kan Islam dengan gayanya yang tersendiri, kreativiti Pas dalam mempelbagaikan mantik bagi menghalalkan caranya terus memuncak dengan hujah-hujah dhaif lagi jumud.

Berkerjasama dengan bukan Islam dalam hal kebaikkan umum mengetahui ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam, namun berketuakan Ambiga yang jelas memberikan kesan buruk kepada umat Islam adalah HARAM, lupakah pemimpin dan penyokong Pas siapa itu Ambiga sehingga sanggup membawa aliran yang didokong beliau ke kota mekah itu ? Cukuplah di negara ini sahaja, tidak layak langsung aliran yang didokong Ambiga itu dibawa kesana.

Ambiga yang berfahaman komunisme, liberalisme dan pluralisme merupakan bekas Presiden Majlis Peguam, beliau juga penentang kepada pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut agama Islam, beliau mempertikaikannya berhubung  kes Lina Joy yang murtad satu ketika dahulu .

Beliau juga pernah mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yang membincangkan dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Motif sebenar Ambiga tidak lain diantaranya ingin merealisasikan 14 tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang tidak dilayan oleh kerajaan sebelum ini kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan persekutuan.

Jika diperhatikan 8 tuntutan Bersih itu tiada satu pun yang berkait rapat secara khususnya dengan Islam, ia hanyalah cabang-cabang Islam diatas hal kebaikkan yang cuba dimantik sabitkan. Cuba bagi satu perkara yang diperjuangkan oleh Ambiga yang menguntungkan umat Islam semata-mata sekaligus menghormati apa yang telah termaktub. Setakat ini tidak ada..

Ambiga bukan BEKAS pemurtad umat Islam, bukan BEKAS pejuang amalan songsang gay, lesbian dan biseksual, Ambiga adalah musuh umat Islam yang jelas lagi nyata, Ambiga masih dan tetap perjuangkan segala hak kebebasan yang bertentangan dengan agama dan normal hidup manusia.

Secara paksi untuk mudah umat Pas berfikir dan menjaga agama Allah dari dijahanamkan oleh musuh yang nyata begini. Melihat kepada apa yang pernah dituntut oleh Ambiga dan konco-konconya jauh sekali untuk membela dan menghormati ajaran Islam.

Kenapa Ambiga menyokong penuh PR ke Putrajaya ? Jangan nak kata Ambiga lebih ikhlas dari Hasan Ali untuk mempertahankan Islam, sebaliknya kerajaan PR pasti  menjanjikan mereka dengan syurga kebebasan dan mereka yakin segala tuntutan mereka akan tercapai termasuk 14 perkara (IFC) dan LGBT.

Mereka juga tidak yakin dengan ketegasan  kerajaan yang sediaada ini mampu untuk mereka realisasikan perkara songsang yang berkait dengan kepentingan umat Islam dan juga normal hidup manusia. Mereka tidak akan bebas seperti yang diimpikan. Hanya kerajaan bodoh dan berideologi seperti mereka sahaja akan turuti kehendak mereka. Anda Mampu Mengubahnya.

Untuk makluman, dibawah merupakan beberapa maklumat yang dipetik dari beberapa buah blog bebas yang tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.

8 Tuntutan Bersih
1. Bersihkan senarai undi
2. Mereformasikan undi pos
3. Gunakan dakwat kekal
4. Masa kempen minima 21 hari
5. Akses media yang bebas dan adil
6. Kukuhkan institusi awam
7. Hentikan rasuah
8. Hentikan politik kotor

14 Tuntutan Suruhanjaya Antara Agama (IFC)

1.) Anak yang dilahirkan oleh ibu bapa islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang islam.

2.) Orang bukan Islam yang memeluk islam hendaklah diberi kebebasan keluar dari islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang.

3.) Kes orang islam yang keluar dari agamanya hendaklah dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4.) Perkataan Islam tidak perlu dicatatkan dalam mykad seorang muslim.

5.) Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki memeluk agama Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orangg Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

6.)  Seseorang atau pasangan suami isteri yang menukar agamanya dengan memeluk agama Islam tidak patut diberikan hak jagaan anak.
7.) Orang-orang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seseorang yang memeluk Islam hendaklah diberi hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya.

8.) Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9.) Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10.) Bible dalam bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11.) Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar disemua sekolah.

12.) Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah dimansuhkan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13.) Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14.) Sepatutnya Islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...