ISU ALTANTUYA - MALAYSIAKINI DAN MSTAR SAHKAN HARAKAH PUTAR CERITA !








Diantara tiga sumber berita diatas apa yang anda faham dari laporannya ? Bukanlah GK seorang guru atau pakar bahasa, namun diatas hal yang sama tetapi laporan yang berbeza, ketepatan isu sebenar ternyata palsu dengan apa yang dilaporkan oleh Harakah.

Malaysiakini juga portal mesra pembangkang, apa yang GK faham dari laporannya adalah bapa Altantuya menafikan dakwaan bahawa beliau menerima wang dari Kerajaan Malaysia supaya beliau menutup mulut @ Mendiamkan diri tidak menimbulkan isu ini lagi. Portal Mstar Online juga turut melaporkan hal yang sama.

Berbeza pula dengan laporan akhbar ahli neraka Harakah, laporan Harakah memahamkan kepada pembaca bahawa bapa Altantuya tidak menerima wang dari kerajaan Malaysia diatas apa yang telah menimpa kepada anaknya.

Turut disesat fahamkan, Harakah menarik minda pembaca dengan melaporkan "Malah bapa Altantuya mengeluarkan wangnya sendiri sebanyak USD 20,000 untuk kos perundangan.

Soalnya disini adalah, bapa Altantuya tidak menerima wang supaya menutup mulut @ Mendiamkan diri tidak menimbulkan isu ini lagi ataupun tidak menerima wang diatas apa yang telah menimpa kepada anaknya. Dua isu yang berbeza. GK yakin isunya ialah sama, satu sahaja isu, tetapi ia telah dipulas oleh Harakah.

Harakah ni bukan blog cap sotong macam blog GK, ia akhbar rasmi ajaran Pas, apa yang dilaporkannya akan ditelan bulat-bulat tanpa penapis bio aura dari penyokong Pas, bukan ini sahaja laporan yang cuba diputar belit, banyak lagi, namun apa yang dikesali adalah tiada tindakan dari Kerajaan.

Ini hal yang serius, sekiranya pembangkang bermaharajalela menyiarkan berita palsu, putarbelit dan fitnah ia akan mengancam keselamatan dalam negara, sebagai pembaca yang bebas, ia tidak seharusnya menerima laporan itu dari satu sumber semata-mata. Kerajaan mesti mengambil tindakan segera dalam hal ini, diminta SB supaya memandang serius hal ini walaupun ia tidak dilaporkan secara rasmi.

Jika diteliti dengan penghayatan maksud laporan dari Harakah, ia membawa impak yang cukup besar diatas isu yang sudah terheret sebelum ini, ia cuba untuk meyakinkan pembaca diatas tuduhan fitnah tersebut dengan sedikitpun tidak memberi ruang ketepatan fakta sebenar yang boleh memberi keuntungan politik kepada lawannya. Atas sebab itulah matlamat menghalalkan caranya.

Penyelewengan fakta yang sebegini akan lebih menyesatkan keadaan yang sebenar, dan ia membuka luas ruang fitnah sekaligus akan menjejaskan imej pemimpin dan juga negara, isu berprofil tinggi seperti ini tidak sepatutnya dimanipulasi semata-mata untuk kepentingan politik. Inilah sebenar bermulanya bunga-bunga FITNAH yang mesti Nik Aziz nasihatkan kepada wartawan Harakah. Sebarkan kejahatan laporan ini !!! Kerajaan Sila ambil tindakan segera !!!  
HARAMKAN HARAKAH HALALLAH BERITA AMANLAH NEGARA.
Anda Mampu Mengubahnya....

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...