AIRMATA TUAN GURU SENJATA TERAKHIR KERAJAAN BULAN !!!

Klipvideo dibawah ini hanyalah tanggapan  GK terhadap Nik Aziz setelah beribu-ribu kuliah beliau diteliti, dikaji dan dihayati, ternyata ucapan beliau kesemuannya adalah ucapan politik yang sekadar memburuk-burukkan Umno semata-mata.

Namun GK cukup menghormati ciri-ciri ulamak yang ada pada sahabat Nik Aziz iaitu Datuk Dr Harun Din Al-Hafiz, beliau lebih ikhlas dan matang dalam berpolitik, mungkin itulah yang boleh dianggap sebagai politik yang terciri mengikut kehendak Islam.

Bagaimanapun GK cukup kesian melihat wajah Nasaruddin yang selenga bilamana Nik Aziz buat bodoh tak nak bersalam dengannya. Perhatikan betul-betul wajah Nasaruddin yang selenga itu apabila diselengakan oleh Nik Aziz.

Apakah ini sifat penyambung tugas nabi ? Keikhlasan Nasaruddin dan Dr Harun Din dapat kita lihat dengan mata hati. Tapi sikap Nik Aziz yang keterlaluan itu sukar untuk diterima oleh pejuang-pejuang Islam didalam Pas.
Kenapa Nik Aziz begitu angkuh seolah dirinya maksum dan tidak pernah melakukan kesilapan? Inikah Ulamak yang dipuja oleh cai PAS ? kalau dengan Karpal Singh bukan main lagi sengihnya. Apapun andalah yang layak menilainya dari kacamata pemikiran anda sendiri.
Jika GK nak jelaskan ianya cukup panjang untuk memperlihatkan sikap Nik Aziz yang sebenarnya, Inilah hakikat yang terjadi kepada Hasan Ali dan Nasaruddin Mat Isa. Mereka dua ni tak reti nak berlakon jadi tempat mereka bukan didalam Pas. Didalam Pas mestilah pandai membawa watak pelakon.Menangis, alim, lebai,gembira dan sebagainya itulah watak yang mesti ada untuk terus bersama Nik Aziz.
Mungkin Nik Aziz pun belajar dari Anwar Ibrahim yang sentiasa bersandiwara.Sungguhpun begitu lakonannya tidak menjadi untuk PRU13 ini. PRU13 hanya untuk perkara yang realiti bukan fantasi. Menangislah satu besen airmata pun memang tidak akan berhasil sekiranya jurugambar dah bersedia untuk merakamkannya..

Yang pasti menangis didepan Allah taala dengan penuh keikhlasan itulah akan mendapat ganjaran. Jika menangis ketika jurugambar berkata " READY " itu hanyalah hipokrit semata-mata dan balasannya adalah apa yang Nik Aziz dapati sekarang.

Gk sengaja ulang siar video ni coz penyokong Pas yang bengong bengang, penyokong Pas ni ada dua, satu yang bengong satu lagi openmainded, bagaimanapun semuanya akan behe tanah belaka termasuklah ambo, kalau ikut faham Nik Aziz dia kata penyokong Umno ni tak masuk syurga, jadi apa salahnya kalau Gk nak kata Nik Aziz ni banyak berlakon.

Buat penyokong Pas biar reti adat Islam jugak ya, jangan tambah dosa duk maki gua, sikit punya hal lu kecoh email macam-macam, selagimana gua tak sumpah Nik Aziz dengan perkataan hudoh seperti 'babi, celaka, sial dsbnya tak payahlah nak bising, kalau tahap macam tu barulah sikit kurang ajar, tak nak tengok lu blah jer lah. Anda pasti mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...