NI KIJOAN BUDOK MOK BAPOK TOK AJAR - TOK HIM

KUALA LUMPUR – Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali menyifatkan kumpulan mahasiswa yang berkhemah di Dataran Merdeka sejak 14 April lalu sebagai kurang diajar oleh ibubapa masing-masing.

Beliau berkata, mahasiswa-mahasiswa itu cuba bertindak berani dalam isu memansuhkan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) dan tidak menyedari bahawa ia hanya akan merugikan diri mereka sendiri.

“Nak tunjuk berani tidak bertempat.. Sehingga cara perilaku mereka bertindak dengan meletak gambar Perdana Menteri dan Menteri Pengajian Tinggi dengan kalung bunga seolah-olah mereka mati.

“Ini kerja budak-budak yang ibubapa tak ajar, kurang ajaran daripada ibubapa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan kumpulan mahasiswa itu bertujuan peribadi mahu melarikan diri dari tanggungjawab membayar hutang dan tidak melambangkan perjuangan demi rakyat serta negara.

“Saya berpendapat tindakan beberapa orang mahasiswa ini adalah kerana peribadi…kerana tidak mahu bayat hutang.. Kalau mereka berhimpun bela petani ke..rakyat termiskin ke lain cerita, tindakan ini biadap.

“Tak malu ke buat demo kerana tak mahu bayar hutang?,” persoalnya kepada kumpulan mahasiswa tersebut.

Katanya, beliau juga dahulu sering menganjurkan demonstrasi mahasiswa di zamannya, namun menegaskan bahawa mahasiswa dahulu memperjuangkan isu rakyat seperti menaik taraf institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa tindakan kumpulan mahasiswa itu mencemar nama baik mahasiswa di seluruh negara dan dipercayai tindakan mereka didalangi oleh pihak tertentu yang berlatar belakangkan parti-parti politik pembangkang.

“Mereka mencemar nama baik mahasiswa di seluruh negara!

“Saya yakin ada dalang dibelakangnya..saya tak tahu siapa dalang.. Tapi kalau tengok mereka-mereka yang berucap tu memang ada kena mengena dengan parti pembangkang,” ujarnya kesal dengan tindakan mahasiswa tersebut. – Mynewshub.my

2 comments:

  1. Tu namanya mahasiswa, bodoh tak boleh nak tunjuk, bijak tak nak kongsi bersama...walau apapun belajar lg penting dr demo, nk demo blh, tpi buar beradap n matlamat yg dibawa biar btl...kalau nk demo maki hamun sila ddk d indonesia. Mereka ni bila kita nasihat kta barua umno, x faham perlembagaan la...tpi sbnrnya mereka ni yg x faham perlembagaan....bdk mentah tunggangan anu.....

    ReplyDelete
  2. Hello to every body, it's my first visit of this webpage; this weblog contains amazing and truly good material in favor of readers.
    Also see my web page: Posted by My Industrial Injury Claims.com

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...