KARPAL SELAR DAKWAAN ANWAR DAP DAN PAS BODOH TAK NAK PAKAI OTAK !!!

Tidak perlu disangsi nafikan lagi akan tetapnya relevan Umno dan Barisan Nasional, PR wujudnya sekadar memecahbelahkan perpaduan kaum yang didalangi oleh Anwar Ibrahim serta kerakusan mereka untuk berkuasa dan mengetepikan segala kepentingan rakyat demi dendam kesumat dan tamak haloba.

Jika melihat kepada manifesto Pas, tersangatlah menarik dan terliur untuk mengundinya dan terundi pada PRU12 yang lalu. Tapi untuk PRU13 tidak mungkin ianya akan tertipu lagi. Kerana bagi kita umat Islam tidak boleh kita jatuh dua kali dalam lubang yang sama.

Pada manifesto PAS  dilihat ianya sedikit sebanyak akan membantu rakyat jika ia benar dilaksanakan. Sayang sekali ianya cuma retorik bagi menarik rakyat untuk menyokong mereka.
Siapa sahaja berkuasa bukan itu isunya, Apa yang rakyat inginkan adalah kerajaan yang telah terbukti membela nasib mereka.Bukti itu telah dilaksanakan (bukan cakap O) oleh kerajaan BN melalui beberapa program Transformasi yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, dan ternyata rakyat dinegara ini menyambut baik program tersebut. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...