KHAIRY BUKAN CAI ! UJI KEJANTANANNYA DENGAN AMBIGA DAN RAFIZI

Debat di antara dua bintang, masing-masing dari PKR dan Umno, bakal menjadi kemuncak kepada isu pinjaman siswa melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Debat dalam isu yang dilihat menjadi taruhan untuk mendapatkan sokongan anak muda menjelang pilihan raya itu dipersetujui ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk diadakan pada 5 Mei.

Khairy (kanan) mempersetujui demikian dalam satu tulisannya di laman Twitter hari ini setelah dicabar pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berdasarkan pendirian kedua-dua mereka dalam isu PTPTN.

Rafizi berkata, debat berkenaan adalah berdasarkan pendirian dan juga hasil sesi perbincangan PKR dan juga rundingan Pemuda Umno dengan pihak berkepentingan, Rabu lalu.

"PKR dan Pemuda Umno sudah mengadakan perbincangan tertutup dengan pihak-pihak terbabit untuk memahami isu ini dengan lebih baik.

"Sudah tiba masanya, hasil dan pandangan yang berbeza dari kedua-dua belah pihak diketengahkan untuk dibahaskan di hadapan rakyat," katanya.

Rafizi  kali ini mencabar pendirian Khairy bahawa ramai pihak berpendapat bahawa kerajaan tidak patut memansuhkan hutang PTPTN berjumlah RM24.7 bilion itu.

Rafizi berkata, jumlah pelaburan kerajaan yang diperlukan untuk tujuan itu hanyalah RM2 bilion setahun.

"Pelbagai sumber boleh digunakan bagi tujuan ini, termasuklah mensyaratkan pelaburan dari keuntungan hasil minyak dan gas ke dalam bidang pendidikan, memotong perbelanjaan pertahanan, membanteras rasuah, menghentikan ketirisan dan pembaziran," katanya.

Sebelum itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini bersetuju untuk berdebat dengan Datuk S. Ambiga mengenai isu-isu pilihan raya di Pusat Konvensyen Sime Darby, Bukit Kiara pada 25 April (8 malam) ini.

Ia dianjurkan oleh akhbar Malay Mail, pengumuman itu dibuat oleh Khairy dalam laman twitternya.

” I have agreed to debate @ambiga_s on 25 April re electoral reforms & @rafiziramli on 3 May re PTPTN. Details to come. “

Debat antara Khairy dengan Ambiga ini adalah kali pertama buat dua orang personaliti itu manakala Khairy dan Rafizi sebelum ini pernah berdebat.

Kedua-dua mereka berbuat demikian dalam satu debat bertajuk ” Dasar Awam: Wawasan 2020 – Malaysia bergerak ke arah yang betul? ” yang dianjurkan oleh majlis pelajar Malaysia di United Kingdom dan Eire baru-baru ini.

( Jangan biarkan MARUAH Umno dicabar dan dipersendakan dengan kelantangan kita yang tidak berbatu)

Untuk rekod, Khairy juga sebelum pernah berdebat dengan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa di Balai Islam Lundang, Kelantan dan Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Al-Tantawi.

Menariknya, ketiga-tiga mereka, Khairy, Rafizi dan Ambiga, berkongsi satu persamaan – produk institusi pengajian ternama dari England!

Khairy seperti yang semua sedia maklum adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Politik dan Falsafah dari Universiti Oxford, Ambiga lulusan undang-undang dari Universiti Exeter manakala Rafizi adalah lulusan Institute of Chartered Accountants in England & Wales (ICAEW).

Kehebatan Khairy dan Rafizi dalam berdebat tidak dapat dipertikaikan lagi manakala Ambiga dikatakan lebih ‘cool’ tetapi sering tampil dengan hujah yang tegas dan menyakinkan.

Penyokong UMNO mesti merasa bangga dengan kejantanan yang ditunjukkan oleh Ketua Pemuda, tak banyak alasan, sebagai orang muda mesti berani dan berilmu dalam menghujahkan pendirian yang kita dokong, nak takut apa, Khairy tidak pernah gentar siapa sahaja lawannya.

Kerana apa? kerana beliau ada idea, keintelektualan, boleh fikir dan boleh menterjemahkan agenda nasional menjadi kenyataan. Itulah kepimpinan yang baik dan dibarisi oleh cerdik pandai yang perlu ada dalam kepimpinan Umno. Kalau sekadar hebat bercakap sorang-sorang baik tak payah, menghabiskan boreh saja. Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...