DAP GUNA ‘CIK LEE’ PUJI NIK AZIZ – SENJATA PALING BERKESAN UNTUK CAPAI AGENDA MEREKA

Politik negara pada masa ini sangat membimbangkan. Cara politik yang tidak sihat diamalkan oleh setiap parti akan merugikan semua pihak dan secara tidak langsung ia akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan sosial negara.
Pernyataan ini merujuk kepada sikap pembangkang yang dikatakan sangat keterlaluan mengkritik setiap dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan serta lebih bersifat pendendam yang memaksa idea perpaduan tidak terbentuk dikalangan umat Islam khususnya.


Ketahuilah gambaran yang ingin dinyatakan ini tidak memustahilkan ia untuk terjadi sekiranya sikap begini masih terus diamalkan dan kekal dalam diri umat Islam. Di dalam Al-Quran dan Hadis seringkali disebut tentang perangai orang Yahudi. Perlu kita sedar bahawa sebanyak mana jenis kafir pun ia tetap satu sahaja. Kerja puak kafir adalah sentiasa mengancam kedudukan umat Islam.

Walaubagaimanapun sikap orang kafir juga dapat kita lihat dari tentangan mereka kepada Islam, ada diantara orang kafir yang sedar dimana bumi yang ia pijak dan ada juga yang tidak sedar kerana mempunyai ideologi untuk menjajah. Di Malaysia pun perkara ini berlaku dan sering berlaku juga akan terus berlaku.

Kita terus fokus kepada keadaan didalam negara kita yang sangat BAHAYA dan cukup tidak selamat bagi kepentingan umat Islam. Strategi dan cara berpolitik kita telah dipengaruhi oleh bukan Islam bagi menjatuhkan kerajaan Islam. Senjata halus yang digunakan sangat licik dan sukar untuk dikesan pada pandangan ketaksuban.

Awas !!! Ulamak yang Pantang dipuji
Umat Islam terancam dalam pelbagai bentuk kejahatan, Ada dikalangan musuh yang nyata dan juga yang berselindung. Diatas perpecahan yang sengaja ditimbulkan dikalangan umat Islam membuka ruang untuk musuh Islam menyelinap masuk dan memasang jerangkap samar mereka bagi memastikan cita-cita mereka untuk memerintah negara tercapai.

Ini semua berlaku diatas ketamakan manusia dalam mengejar impian serta memang dasar ideologi mereka untuk menjadikan negara Malaysia milik mereka sepertimana yang berlaku di negara jiran kita Singapura yang mana satu ketika dulu merupakan sebuah negeri Tanah Melayu.

Sikap leka dan menganggap terlalu bijak serta berfikiran terlampau luas dan terbuka akan menyebabkan kita juga seperti Singapura. Ideologi yang ditanam pada pemikiran Umat Islam khususnya orang melayu sangat membahayakan dan akan memusnahkan.

Kesimpulannya adalah pemikiran yang di ubah sedikit demi sedikit itu menyebabkan perpecahan, dan siapa yang untung dan siapa pula yang rugi. Jangan kita menyangka dengan adanya raja-raja Melayu dan YDP Agong serta perlembagaan negara kita akan selamat. Kalau Tun M boleh meminda atau kurangkan kuasa Raja-Raja Melayu, apa mustahilnya DAP jika ia diberi kuasa untuk memerintah. Pelbagai provokasi boleh dilakukan untuk dijadikan alasan bagi meminda rang undang-undang perlembagaan persekutuan.

Politik bijak DAP jangan dipandang remeh. Kalau PAS yang dikatakan perjuangan yang ikhlas untuk menegakkan Islam pun boleh ubah dasarnya dari Negara Islam kepada Negara Berkebajikkan, apa mungkin itu bukan kebijaksanaan DAP? Anda boleh dengar betul-betul klip video ini, apakah yang dibunga tarikan oleh Karpal Singh.
Ketaksuban dan kerakusan untuk memerintah sahaja akan memandang enteng didalam sesuatu perubahan perkara yang berlaku kerana dikononkan dengan kesesuaian aliran zaman. Tanpa kita sedari apa yang kita nikmati pada hari lepas lebih baik dari apa yang berlaku pada hari ini.

Apapun yang bakal terjadi hidup mesti diteruskan selagimana bernyawa. Samalah juga apa yang berlaku kepada orang Melayu Singapura.. Renunglah kepada kebaikkan kerana itu yang akan membuatkan kita berfikir. “ Jarang orang berfikir semasa senang tapi banyak orang berfikir semasa susah”.
Banyak isu mengenai DAP yang bersikap seperti tuan, BODOHKAH MELAYU setiap inci dihambakan? Pemimpin Kononnya memperjuangkan Islam HARAM tak boleh diharap... Lebih dasyat dari sekular.. Ada dalam forum atau ceramah pemimpin PAS mengatakan DAP sangat baik dan bertolak ansur. Yang dicontohkannya ialah DAP dengan ikhlas memberi Jawatan MB kepada PAS namun hakikat adalah sebaliknya. 

Lim Guan Eng pula disifatkan seperti Khalifah Umar Abd Aziz bagi memenangi hati orang Melayu yang makan PONG!!! Entahlah ada ke tidak exco PAS dalam kerajaan Lim Guan Eng tu yang disifatkan dengan demikian. Agaknya ramai benar....

DAP boikot perlantikkan MB PAS Nizar Sila klik BlogLimkitsiang
Pajakan Tanah 999. Sila klik Utusan Malaysia
Bezakan Tanah melayu tergadai zaman UMNO 50 tahun memerintah dan zaman tak sampai sepenggal PR memerintah. Sila klik Harakahdaily
Isu larangan azan kuat yang menggangu. Sila klik Tansiewgiaw

Terus terang GK faktakan disini mengenai cara politik DAP yang sangat keterlaluan dan memaksa untuk kita umat Islam tidak bersetuju dengan pembawaannya yang hanya mementingkan hasrat mereka semata-mata tanpa mengambil kira persefahaman yang telah dipersetujui oleh orang-orang terdahulu. Tidaklah kurang juga dengan MCA.

Walaubagaimanapun kebiadapan DAP sangat ketara seakan mencabar perlembagaan negara dan kebangkitan orang melayu Islam. Ada perkara yang diputuskan oleh DAP bertepatan dengan syarak, Contohnya seperti penggunaan pembesar suara untuk membaca Al-Quran sebelum subuh.Ia sebenarnya seakan orang mengantuk disorongkan bantal. Kerana larangan itu tidak dikuatkuasakan di negeri PR yang lain.

Selain itu DAP juga mempertikaikan hak orang Melayu untuk disamaratakan yang berkonsep seperti Singapore Singaporean dan Malaysia Malaysian, Papan tanda arah jalan yang menggunakan tulisan Jawi juga dipersoalkannya. Sehingga pak alim ‘kelarah’ PAS memihak keatasnya dan sanggup mengetepikan sahabat didalam jemaah yang seagama dan sebangsa dengannya.

Cara DAP berpolitik dalam perjuangannya mirip kepada PAP yang diperjuangkan oleh Lee Kwan Yew. Tersilap langkah dan hanyut dalam pujian serta kata-kata manis akan membuatkan kita semua menjadi pendatang dibumi sendiri. Betapa lantangnya DAP kerana tidak sampai sepenggal pun mentadbir, telah banyak yang diubah untuk kepentingan bangsanya.

Ini bermakna sokongan kaum Cina yang tidak berbelah bagi kepadanya akan berlaku dalam PRU13 nanti. Setiap perkara yang dicabuli oleh DAP secara halus dan terang yang penuh dengan alasan hanya membuatkan kita orang Melayu nganga dan angguk tanpa geleng.

Sikap lembab dan mudah terpedaya bangsa serta pantang dipuji membuatkan laluan semakin terbuka untuk DAP mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Takkan kemananya bangsa Melayu kalau diperintah oleh Cina berideologi seperti DAP ini. Mana ada dia nak hormat dengan bangsa lain. DAP sanggup lakukan apa saja demi memenangkan hati orang Melayu untuk mereka memancing undi dari penyokong Pas.

Kelicikan DAP melihat penyokong Pas minat dan taksub dengan Agama Islam, lantaran itu jolokan Umar Abd Aziz, memberi salam dan membaca ayat Al-Quran dijadikan umpan untuk disajikan kepada pengikut Pas supaya mereka merasa bangga dan dapat menerima dan menyokong DAP.

Bila berlaku krisis pembentukkan kerajaan bawah pokok di Perak, Karpal Singh adalah satu-satunya manusia yang berani mengheret institusi Raja ke Mahkamah. Kemaruk untuk berkuasa ini akan sanggup melakukan apa saja. Dalam Pas pula kesungguhan yang ditunjukkan tidaklah sama sepertimana kesungguhan DAP.

Jika kita melihat keputusan Pilihanraya pun DAP agak terkedepan berbanding Pas dan PKR. Sedangkan majoriti dalam negara ini adalah orang Melayu. Tapi dimana undi Melayu ketika Cina bergabung untuk mengubah kerajaan. Jangan lena wahai bangsaku Melayu. Biarpun kita tidak bangun sebiadab ‘Namewee’ . Cukup saja untuk kita bersatu hati.

Rasanya anda juga tidak lagi ingin memilih Parti selonggar Pas. Cara politik Pas yang konservatif dan tidak berpendirian didalam perkara dasar pastilah membuatkan cerdik pandai berfikir akan kelangsungan Pas untuk mentadbir. Percaturan bijak DAP dengan menundukkan Pas menambahkan lagi keuntungan kepadanya. Pas juga sanggup menggugurkan Dasar Islam dan menukarnya kepada Berkebajikan.

Ianya bukan soal taktik lagi. Ini sepatutnya dilihat kepada keyakinan dan keimanan serta ketegasan beragama demi memartabatkan negara bercirikan Islamik tanpa sebarang kompromi atau tunduk kepada desakan Islam atau bukan Islam. Dimana kredibiliti Islam sebuah agama yang adil lagi benar? Buruknya Islam jika dibawa oleh manusia yang tidak layak dan sanggup menjual agama demi dendam dan kerakusan untuk berkuasa.

Andaikata PR berjaya tubuh kerajaan, adakah kekuatan Pas selaku Parti yang ingin menegakkan Islam lebih berkuasa dalam pakatannya. Tidak mungkin, Pas akan rela menjadi pak sanggup diatas segala desakan DAP. Kalau sekarangpun telah jelas Pas tidak berprinsip, mana mungkin Pas boleh jadi seperti UMNO dalam Barisan Nasional.

Bukan untuk mengecilkan bangsa Melayu, tapi hakikat nyata adalah Cina DAP lagi pandai dan cerdik berpolitik. DAP bertulang belakangkan kaum Cina yang mempunyai ideologi menentang dan ingin berkuasa sendiri.

Percubaan mencari sokongan bukan Islam. Jangan pandang sebelah mata, catuan kaum diwujudkan didalam DAP bagi menampakkan ia lebih relevan untuk semua kaum. Perjuangan DAP juga adalah perjuangan yang rela mati dan sanggup menempuh apa saja keadaan.

Berlainan ia dengan PKR, walaupun PKR juga sebuah parti mirip sepertinya, tapi orang-orang didalam PKR tidak secekal orang-orang DAP. Gerakan DAP ini satu ancaman kepada seluruh orang melayu dan umat Islam. Ia turut diakui oleh bangsanya sendiri. Kalau pemimpin Pas sehebat Nik Aziz pun boleh tunduk, inikan pula kita rakyat bawahan.

Sebelum bertambah parah terkena suntikannya haruslah kita berhati-hati. Kerana setakat ini, tiada satupun yang DAP buat dibantah oleh Pas, walhal berkait soal agama sekalipun, Pas tetap menghalalkan segala yang dilakukan DAP.

Agama dihujah dan difatwakan secara ‘ikut suka’ tanpa melihat kesan kepada umat Islam. Dalil menghalalkan apa yang DAP lakukan nampaklah ia sokongan yang berpihak untuk satu pihak sahaja tanpa memikirkan pihak yang lain.

Statistik penduduk Di Pulau Pinang 2010 :
Melayu :   670,128
Cina :        658,661
India :       155,613
Lain-lain : 6532

Bagaimanapun kepintaran kaum Cina berpolitik jauh mengatasi kaum Melayu, statistik jumlah penduduk di Pulau Pinang menunjukkan Melayu lebih ramai dari kaum-kaum lain, tapi kenapa Melayu tak boleh berkuasa penuh? Dalam perkara ini bukan soal BN atau PR ingin dibangkitkan, tapi sikap orang Melayu itu perlu di ubah jangan terus dijajah.

Pemimpin Politik adalah BOHONG walau berserban atau berjubah, untuk menghukum mereka kita haruslah bijak mengaturnya. Jangan kita dipolitikkan, sebaliknya kuasa yang ada ditangan kita digunakan untuk politikkan pemimpin.

Cukuplah setakat CEO bukan Islam hanya di PKNS dibawah 2 tahun pentadbiran PR di Selangor. Inginkah kita melihat GLC seperti Petronas, TNB, Telekom, Proton dan beratus lagi diwarisi dan diterajui oleh bukan Melayu atau bukan Islam. Bukan bersikap perkauman, tapi percayalah sekiranya kita diperintah oleh mereka bagaimana nasib kita.

Biarpun kita bersifat perkauman, tapi HAK kita terus terjaga. Untuk itu, kita sebagai umat Islam mestilah bersatu dibawah satu payung Islam yang sediaada menjaga agama Allah dari terus dinodai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal penyelewengan didalam UMNO memang patut kita berbuat sesuatu bukannya membiarkan ia terus berlaku yang juga akan menyusahkan rakyat.

Tapi bukan dengan cara bersama-sama DAP. Sebaliknya berkerjasamalah diantara kita untuk mewujudkan satu suara rakyat yang berkuasa (Walau bukan dengan cara memerintah) bagi membendung budaya salahguna kuasa dan wang rakyat didalam UMNO. Bukan Umno tidak boleh di ubah, tapi sikap membangkang yang tidak membina membuatkan Umno terus tersesat.

Sekejap anda cuba bayangkan sekiranya sikap Pas kepada DAP dilakukan juga oleh Pas kepada Umno bagaimana?. Cumanya upgrade sikit, kalau tak betul terus terang cakap tak betul, bukan juga sepanjang masa asyik membangkang, semua Umno buat tak betul, mana boleh, bila kena time kita, dibuat juga perkara yang sama walhal pada satu-satu masa tu kita kata ianya tak betul.

Itu yang menyebabkan fatwa ikut suka tu. Memanglah Islam larang kita jatuh lubang dua kali, tapi sekali gagal bukan bererti selamanya akan gagal. Kerja nak dakwah ajak orang melakukan kebaikkan ni tak boleh buat jatuh lubang macam tu. Nabi Nuh As berdakwah 900 tahun pun hanya dapat 40 orang pengikut je.

Al 'Ulama Warasatul Anbiya. Kata sambung kerja Nabi. Jadi kalau sambung kerja Nabi sebagai Pendakwah kena berdakwah sungguhlah. Kerja dakwah ni untuk terangkan dan mengajak orang kepada Islam, kita dakwah je, dia nak dengar ke tak nak dengar ke dia punya pasal, janji kita sentiasa berdakwah kepadanya, di akhirat nanti bila Allah tanya, cakaplah kita dah terangkan, dah dakwah dah, dari zaman Mahathir sampai zaman Najib, tapi tak nak ikut, degil....Ke lagumana Tok Guru?.

Yang tertidur itu kita sedarkan, jangan diambil kesempatan untuk membunuhnya. Itulah dasar Islam yang sebenar. Hanya cara dakwah mengikut landasan Islam sahaja akan mengubah kepada yang lebih baik. Sebagai contohnya, jika sebuah bangunan itu milik orang bukan Islam, tapi kita ingin jadikan ia milik orang Islam, untuk membelinya tidaklah kita mampu, apakah kita ingin merampas atau menggunakan kekerasan/penipuan untuk memilikinya.

Tentulah tidak, sekiranya kita ikhlas untuk milik ia kepada orang Islam. Apa yang kita perlu lakukan ialah mengislamkan pemiliknya dengan melakukan dakwah kepadanya. Itulah cara Islam yang sebenarnya. Renung,fikir dan nyatakanlah ia dalam konteks Islam yang sebenar.

Untuk tidak mewujudkan wasangka provokasi, GK rasa cukup saja untuk anda fahami dan susulinya dengan lebih lanjut diatas kebijakkan anda berfikir. Setiap yang telah berlaku itu hendaklah dijadikan sandaran bukannya berfikiran taksub lagi.

Jika semua bangsa bersyukur tanpa mempertikaikan hak-hak yang telah dipersetujui oleh orang-orang terdahulu, maka selagi itulah keharmonian berlainan kaum itu akan dapat dikekalkan didalam negara, tetapi jika wujudnya gerakan seperti DAP yang cuba menggangu gugat hal-hal yang sedia termaktub, kehancuran pasti akan tercetus dengan kebangkitan yang amat dasyat. Anda Mampu Mengubahnya.

4 comments:

  1. Mantap ulasan dan kupasan tuan. Inilah kisah dan agenda tersirat puak2 kapir itu yg tidak pernah reda dan berhenti berusaha. Sedangkan puak2 yg mengaku beriman dan mendabik dada sbg pejuang Islam amat mudah melupakan peringatan Allah dan Rasul mereka. Senang dipuji dan makan 'pong' pulak tu. Krn sifat suka makan pong itulah syaitan berjaya menguasai mereka.........nauzubillah, dah jd mcm fatah dan hamas dah..

    ReplyDelete
  2. Tunggu balasan Allah dalam PRU 13, InsyaAllah Melayu UMNO kembali berdaulat. Allahuakbar 3X

    ReplyDelete
  3. Bertaubatlah wahai Nik Aziz, jika tidak insyaAllah hukuman Allah akan datang juga di negeri Kelantan. Wahai warga Kelantan yang budiman gunakanlah hak anda untuk menyedarkan tok guru yang seorang ini.....Selamatkan Agama Islam Selamatkan Bangsa Melayu. Allahuakbar 3X.

    ReplyDelete
  4. ya Allah.. Hapuskanlah 'D'amned 'A'sshole 'P'arty.. hentikanlah segera pergerakkan mereka yg memecah belahkan umat Islam.. amin

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...