BN TAKKAN BERJANJI JIKA TAK MAMPU - NAJIB

PORT DICKSON -  Kerajaan Barisan Nasional (BN), sebagai kerajaan yang terbaik untuk rakyat, tidak akan menabur pelbagai janji yang tidak mampu ditunaikan seperti yang dilakukan pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata tanpa perlu menabur janji-janji, kerajaan BN tetap akan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk rakyat.

"Pembangkang ini senjata pada tangannya adalah jual janji, tapi apabila kita timbang punya timbang, janji itu mustahil untuk dilaksanakan," katanya semasa berucap pada majlis penyerahan rumah mampu milik berkualiti di Taman Intan Duyung di sini hari ini sempena lawatan kerja sehari beliau ke Negeri Sembilan.

Turut hadir Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim, Menteri KerjaRaya Datuk Shaziman Abu Mansor dan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Abu ZaharUjang.

Perdana Menteri juga berkata pelbagai janji pembangkang sekiranya dilaksanakan juga akan menyebabkan negara muflis dan menjadi lebih teruk daripada apa yang berlaku di negara Greece sekaligus menyebabkan rakyat hilang keyakinan.

"Cuba bayangkan kalau pembangkang memerintah, tol dia mahu hapuskan. Di sini ada Menteri Kerja Raya, bila saya jumpa dia minta kurangkan tol, dia cakap dia kena buat perkiraan yang tepat dan kalau mampu baru boleh dikurangkan.
"Tapi pembangkang kalau menang Putrajaya cakap semua tol dia mahu hapuskan. Boleh atau tidak boleh? -- tak boleh, tak masuk akal.

"Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dia nak hapuskan serta merta. Saya tanya Menteri Pengajian Tinggi, dia cakap kalau hapuskan PTPTN, RM40 bilion akan hilang. Lepas itu kalau nak bagi pinjaman pada masa hadapan sudah dah tak boleh," katanya.
Perdana Menteri berkata pembangkang hanya pandai menjanjikan daripada segi perbelanjaan seperti mengurangkan tol dan menghapuskan pinjaman PTPTN sebaliknya daripada segi pendapatan langsung tidak diambil kira.

"Tak perlulah ada lulusan berjela-jela, kalau kita kerja kedai runcit pun tahu mesti ada pertimbangan duit masuk dan keluar, kalau tidak ada tutuplah kedai tidak lama lagi. Inilah yang kita kata kalau orang jual janji yang tak boleh ditunaikan", katanya.

1 comment:

  1. Tentulah Pakatan Rakyat dapat banyak duit. Berbondong-bondong terima dari Yahudi.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...