KUANTAN, 6 Mac – Syarikat perlombongan nadir bumi Lynas (M) Sdn Bhd bersetuju untuk menghantar ke luar negara bahan buangan dari kilang memproses bahan itu yang terletak di Gebeng dekat sini.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Lynas telah menghantar surat jaminan kepada kerajaan sebagai mematuhi sebahagian syarat yang dikenakan kepada syarikat itu ketika mereka menerima lesen beroperasi sementara dari Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) baru-baru ini.
“Walaupun kerajaan berpuashati bahawa tidak akan ada residue (bahan buangan) radioaktif yang dihasilkan oleh Lynas semasa operasi mereka, sebagai langkah tambahan setelah disyorkan oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA), kerajaan mengarahkan Lynas memberikan jaminan dan merancang untuk menyedia kemudahan pelupusan tetap (PDF), jauh dari penempatan awam.
“Sekiranya syarikat gagal mendapatkan lokasi kemudahan pelupusan tetap tersebut, residue yang dihasilkan akan dibawa keluar dari Malaysia,” katanya ketika membaca kenyataan bersama Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri di sini hari ini.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa Lynas akan memindahkan sisa buangan ke kawasan yang jauh dari penempatan penduduk.
Ini katanya bagi mengambil kira soal kelegaan masyarakat setempat daripada segi emosi dan psikologi walaupun saintis telah membuktikan sisa itu selamat dan mengandungi tahap radiasi yang sangat lemah.
Mustapa berkata Lynas belum memulakan operasinya dan kerajaan belum melantik mana-mana badan bebas pakar bagi menganalisis bacaan radiasi radioaktif yang dikeluarkan oleh kilang berkenaan.
“Pada masa ini AELB memantau bacaan radiasi semula jadi di lebih 30 tapak di sekitar projek yang mana bacaan-bacaan tersebut dimuat turun ke laman web AELB dari semasa ke semasa.
“AELB juga sedang dalam proses melantik pihak penilai ketiga yang dijangka dibuat menjelang akhir bulan ini,” katanya.
Mengenai maklumat balas daripada masyarakat setempat mengenai isu melibatkan kilang itu, Mustapa berkata pihaknya serta agensi-agensi teknikal terlibat seperti AELB dan Jabatan Alam Sekitar telah berjumpa dengan wakil-wakil pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO), dewan-dewan perniagaan dan wakil-wakil pelajar bagi menerangkan isu berkenaan.
“Daripada pertemuan tersebut, didapati rakyat semakin memahami mengenai projek berkenaan dan ia selamat berdasarkan fakta saintifik dan teknikal, tetapi ia telah dimanipulasi oleh beberapa pihak yang berkepentingan.
“Mereka juga telah dimaklumkan mengenai kenyataan daripada Menteri Sumber Australia Barat, Norman Moore pada 29 Feb yang mengesahkan bahawa nadir bumi tersebut terlalu kecil paras radiasinya,” katanya. - UMNO Online.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2012
(1061)
-
▼
March
(76)
- JADI PERDANA MENTERI, DR MAHATHIR PUN SAYA MAAFKAN...
- RAMALAN TUN DAIM DI KELANTAN ADA BENARNYA....LIHATLAH
- MALAM INI KEKUATAN PAS KELANTAN AKAN DI UJI RAKYAT...
- AKHBAR UTUSAN JANGAN BUAT 'GILA BABI' DI KELANTAN ...
- ISU LEMBU : 20 PELURU TAK TEMBAK SEMUA ! - DOLLAH...
- JABATAN PENJARA NAFI HOSLAN @ IMAM KASUT ISLAMKAN...
- TOK IMAM DIFITNAH SONGLAP, SEMUA URUSAN TERMASUK P...
- RAMALAN PRU 13 : BUKAN MUDAH UNTUK BN - TUN MAHATHIR
- PHOTO UPDATED ! - KEBAKARAN DI SURIA KLCC
- RASUAH BANYAK DISIASAT TAPI TIDAK DIDAKWA - SPRM
- SUBHANALLAH - IMAM MUDA BACA AL-QURAN KETIKA DALAM...
- GAGAL JADI PEMBANGKANG BAGAIMANA NAK BENTUK KERAJ...
- GOLONGAN CERDIK RAMAI MENYERTAI PAS KERANA DISEKAT...
- PANAS !!! ADUN BN KANTOI DI PUSAT HIBURAN - ALI CA...
- RAFIDAH KATA NAK BUANG 'PIJAT' JER ! BUKAN NAK BAK...
- AZIZAN JANGAN TERLALU LANTANG ! ATAU TERIMA NASIB ...
- TERKINI ! KETUA KERAJAAN LANGIT, 'AYAH PIN' KENA ...
- KHAIRY JAMALUDDIN DILANTIK PENGERUSI PUNB YANG BAR...
- KU LI TEGAS TETAP SETIA BERSAMA UMNO
- PEREBUTAN KERUSI - DAP SEMAKIN RAKUS PETANDA BURUK...
- DAP TUNTUT LEBIH KERUSI, DUA PEMIMPIN KANAN PAS KE...
- DEMONTRASI INI PALING JAHAT TETAPI PALING MAHAL A...
- PAS NGANGA - DAP UGUT 3 PENJURU JIKA GAGAL DAPAT K...
- KERANA YAHUDI PAS PERTIKAIKAN AKHBAR SINAR HARIAN
- PAS TAK KISAH SIAPA PUN ANWAR
- ISU LEMBAH SIREH - TAKIYUDDIN BOHONG KE ??? RAKY...
- PANAS !!! 6 DALIL DAN 38 BUKTI KONKRIT KENAPA NAJI...
- AMBO CABAR MINGGU DEPAN MARI SINI !!! - AKTIVIS JE...
- BN TAKKAN BERJANJI JIKA TAK MAMPU - NAJIB
- BR1M : KALAU HARAM JANGAN AMBIL - NAJIB
- HARAKAH MEROYAN SERANG UTUSAN IKLAN GAMBAR TELANJANG
- KOTA BHARU BANDARAYA COWBOY - 4 DAS TEMBAKAN DI T...
- ISU LADANG RAKYAT - AHMAD SIFATKAN LAPORAN AKHBAR ...
- RAKAMAN EKSKLUSIF - 'KAMI TIDAK REDHA KERAJAAN PA...
- 5 KETUA WANITA UMNO NEGERI SOKONG SHAHRIZAT, PERSO...
- CALON YANG AKAN MENGGANTIKAN SHAHRIZAT !
- KALAU SEMUA BERSUNGGUH MACAM SAIFUDDIN !!! SELAMAT...
- BERLAMBAK LAGI AKU SEDANG BERUNDING !!! - ANGKUHNY...
- MALU DIPANGGIL 'LEMBU' - KAMILIA GESA SHAHRIZAT LE...
- ADA RASA SOMETHING KAT PUNGGUNG, RUPANYA DI GESEL ...
- MANGSA TERBARU KEZALIMAN SEKUTU ISRAEL YANG TERUS ...
- SIDANG DUN SELANGOR - ADUN MERU BERLAGAK JANTAN DI...
- RUNDINGAN DENGAN KADIR SUDAH LAMA DIBUAT- MAT SABU
- FAKTA DAN DATA - 'TOK PA' JANGAN JADI BUDAK
- TERKINI !!! 6 HUJAH NIK AZIZ PERTAHANKAN ISRAEL, ...
- BN AKAN KALAH DI KELANTAN - TUN DAIM ZAINUDDIN@ SO...
- KANAK-KANAK DIGIGIT ANJING TINGGALKAN LUKA BERBENT...
- DENGAN SYAITAN BOLEH KAWAN, DENGAN IBLIS YANG TAK ...
- UMNOBN NAK RAMPAS KELANTAN !!! REALITI ATAU PENYED...
- KADIR SHEIKH FADZIR KELUAR UMNO
- HOK MASUK I.S.A NI TOK GURU NGAJI MEKAH JAH, AKU N...
- PAS AKAN LETAK CALON ARTIS PADA PRU 13 NANTI, PEN...
- HOT VIDEO - SKANDAL ANWAR IBRAHIM DENGAN ANAK 'TAU...
- ANWAR DIHENTAM KHAIRY, APA KATA NIK AZIZ ?KATA DU...
- TUN DAIM ZAINUDDIN RAMAL PRU 13 DENGAN INGATAN 'LE...
- SENI LAKON ARTIS PERTAMA DUNIA BERGELAR ULAMAK KI...
- KLIPVIDEO - NIK AZIZ SIFATKAN CALON PARLIMEN KOTA ...
- DAP GUNA ‘CIK LEE’ PUJI NIK AZIZ – SENJATA PALING...
- VIDEO EKSKLUSIF - NENEK DITINGGALKAN DI HOTEL RAYU...
- ZAID UMUM AKAN BERTANDING DAN MENANG DI PARLIMEN K...
- BANGUNAN DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU BERGEGAR !
- 3 - PAS - PALSUKAN ARAHAN SURAT, POLIS AKAN SIASAT...
- ISU USTAZ AZHAR & MPKB-BRI - WARTAWAN SINAR HARIAN...
- KERAJAAN PAS KELANTAN BUAT LAPORAN POLIS ISU CERAM...
- TERKINI !!! -KLIPVIDEO - NIK AZIZ TUNAI JANJI BI...
- AKHIRNYA ISU LYNAS SELESAI
- KLIPVIDEO -TOK SEH JUAL KARPET TUNJUK 'BARE', GAD...
- KLIPVIDEO BONGKAR - HJ HADI SETUJU KERAJAAN PERPAD...
- KERANA DIALAH RAKYAT KELANTAN SENGSARA....SIAPA DI...
- KLIPVIDEO NIK AZIZ HINA RAJA DAN BUKTI SURAT RASMI...
- PM KE KELANTAN SOUND KAKI BODEK YANG SALAM CIUM TA...
- PULAU MISKIN DI TENGAH BANDAR, NIK AZIZ TAK PERNAH...
- TERKINI!!! PAS JANGAN DERHAKA 5 TITAH SULTAN KELANTAN
- NIK AZIZ ARAH DZULKEFLI DIPECAT SERTA MERTA DARI P...
- PANAS !!! ANWAR MACAM IBLIS - NAZRI AZIZ
- BONGKAR !!! PAS CAWANGAN PENAJA HASAN ALI, NIK AZI...
-
▼
March
(76)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.