14 feb Valentine day turut disambut artis ini dengan hari kasih sayang suami isteri. |
Diatas hal yang sama Ahli Politik pertama yang juga dikenali dengan Ulamak sekali lagi memecahkan perut rakyat Malaysia dengan ketawa sakan hasil dari pengakuan yang beliau juga merupakan seorang artis, berdalilkan kesenian pada bacaan dan tulisan khat Al-Quran selain dari kesenian penyampaian kuliah, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah manusia pertama yang membuat pengiktirafan sendiri dengan kepelbagaian kebolehan yang ada pada batang tubuhnya untuk dimanfaatkan.
Semakin hari semakin terserlah mukjizatnya, mungkin ia akan menambahkan lagi pengikut untuk bersama-sama mengecapi syurga, sebelum ini pengiktirafan Nabi kepada Nik Aziz telah diberikan oleh penceramah Pas dan tanpa mengulas panjang atau memberi peringatan keras kepada penceramah tersebut, Nik Aziz seakan menerima dengan bersahaja.
Hasil memilih pemimpin yang bertanggungjawab |
Pada PRU 12 lalu, politik Kelantan dikatakan menerima sentuhan professional dari sebuah syarikat consultant yang dikenali Global Media Channel dengan kos RM 4 Juta untuk membuat penggambaran lakonan pemimpin Pas terutama Tuan Gurunya bagi meraih undi dengan kepelbagaian watak termasuk tangisan simpati dalam usaha mengekalkan pemerintahan kuku kambing di Kelantan.
Terbukti hasil kejayaan dengan kemenangan besar Pas di Kelantan, sekali lagi Pas mengulangi teknik penggambaran tersebut bagi merakamkan amal baik pemimpinnya, namun sesetengah penggambaran yang cuba ditonjolkan itu bersifat keterlaluan dan tidak kena pada tempatnya bilamana hal kematian turut dirakam untuk diperah manfaatnya bagi santapan umum.
Jalan yang zuhud |
Bagaimanapun tidaklah menjadi kesalahan untuk seseorang pemimpin itu mengimamkan solat jenazah, lebih-lebih lagi lawatan secara berkebetulan, cuma bila pemimpin itu mempunyai ciri-ciri kesenian bermusim yang diartiskan untuk tujuan publisiti yang mendapat faedah politik, maka publisiti diatas hal sensitive seperti kematian itu akan dikotori dengan politik dan dikhuatiri akan meninggalkan kesan tidak baik kepada warisnya.
Sudah menjadi lumrah penyokong tegar parti-parti politik Negara kita yang kadangkalanya memberi komen-komen yang berbisa lebih-lebih lagi penyokong taksub gerakan Islam Pas, adalah tidak baik sama sekali jika orang yang telah pergi itu dipolitikkan sehingga boleh membawa kepada tohmahan dan sangkaan buruk yang sekaligus akan mengguriskan hati warisnya yang masih hidup.
Penjelasan kepada hal ini adalah mengenai komen kurang manis yang pernah dilihat seperti “Kita orang……. Xsempat nak carro/jaga/peduli pada orang mati ni, kita cara pada orang hidup”. Serta bermacam lagi komen yang juga agak kurang manis untuk dijelaskan disini.
Kebiasaan dan anugerah yang juga terdapat di Mekah |
Apapun bagi seorang Pemimpin, melaksanakan tanggungjawab diamanahkan dengan sempurna itu lebih relevan dengan kadar tugas sebenarnya. Ibarat kata, tukang kasut tugasnya menjahit kasut, tukang masak pula tugasnya tentulah memasak, andainya tukang masak menjahit kasut bukanlah kesalahan tapi tidak kena pada tempatnya, tambahan pula tugas memasaknya banyak lagi yang tidak selesai sebelum ia mengambil tugas penjahit kasut. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.