PAS ADALAH POLITIK , ISLAM ADALAH AGAMA RASMI NEGARA - CHUA SOI LEK

Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dalam satu ucapannya di Kota Bharu semalam, menjelaskan dari apa yang beliau faham ialah Pas adalah badan politik, bukan agama rasmi negara, sebaliknya Islam adalah agama rasmi di negara kita, saya kritik Pas dan saya tidak kritik Islam.

Nampaknya Chua lebih tahu membezakan diantara agama dan parti. Mungkin jarang sekali  untuk kita mendengar ucapan dari pemimpin MCA dan kita lebih didedahkan dengan ucapan-ucapan pemimpin Dap kerana mereka dikatakan lebih tahu Al-quran dan Islam kerana hampir 99 peratus daripada pemimpin Dap telah memeluk agama Islam hasil dakwah dari Pas.

Ucapan Presiden MCA  ini walaupun rakamannya pendek  namun ia cukup untuk menunjukkan keperibadiannya dalam menghormati diantara satu sama lain, dari body language yang ditampilkan beliau merupakan seorang yang mengamalkan kesederhanaan dan tidak bersikap hipokrit untuk menarik sokongan dari pelbagai kaum.

Rakaman ini dirakamkan semalam oleh blogger Ambo Orang Kampung ketika kehadiran Presiden MCA ke Kota Bharu, dan Gk difahamkan walaupun cuaca disini agak kurang menentu, lawatan mengejut beliau itu mendapat kehadiran diluar  jangkaan apabila lebih 1000 orang menghadirinya.
Turut hadir dimajlis yg sama Setiausaha Poltik kepada YAB  Perdana Menteri yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Bharu,Datuk Mohd Fatmi Che Salleh serta beberapa lagi pemimpin komponen Barisan Nasional.

Jika nak dibandingkan ucapan pemimpin MCA dan DAP ia punyai perbezaan yang ketara, Chua dilihat agak tenang dan tidak menyerang peribadi pemimpin Pas sebaliknya menjelaskan mengenai apa yang beliau faham mengenai Pas dan Islam,

Menurut beliau Pas itu parti dan Islam itu agama, beliau hanya mengkritik Pas dan beliau tidak pernah mengkritik agama Islam selain menghormati Islam adalah agama rasmi negara ini.
Berani Chua kata macam tu ya, mana dia tahu , ohh Gk terlintas kepada satu lagi video, pada video dibawah ini jelas membuktikan kata-kata beliau bahawa Pas dan Islam adalah berbeza. Ya tak ya juga, takkan kita orang Islam nak mengaku klip video dibawah ini adalah Timbalan Presiden Islam Malaysia, mustahil, memalukan dan menjatuhkan imej Islamlah.

Apapun renung-renungkanlah, jika orang bukan Islam boleh menghina pemimpin Islam dan kelakuan ucapannya yang cukup agresif apakah matlamat mereka yang sebenarnya, MCA dan DAP adalah dua parti yang berbeza, MCA lebih bersifat freindly sebaliknya DAP lebih bersifat menentang dan berideologi menjajah. Anda Mampu Mengubahnya.
Gambar-gambar menarik Klik DISINI.

USTAZ BUDAK PANAS !!! VIDEO TERKINI ISU NIK AZIZ NABI, IBRAHIM ALI JADI MANGSA !

Berani kerana benar itulah asas setiap apa perkara yang dibangkitkan dengan kebergantungan kepada keyakinan dan niat dalam sesuatu isu yang ditimbulkan. Ustaz Shamsul Zaman atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Budak pernah beberapa bulan yang lalu menggemparkan dunia Islam apabila kenyataan yang meragukan dibuatnya dengan mengatakan :

"Nabi-Nabi ni orang alim, orang alim ulamak tu nabilah,  tapi kalau kita kata tok guru Nik Aziz tu nabi orang kata sesat pulak ambo (saya) nyoh,..... orang kata, ooo... sesat Ustaz Budak kata tok guru Nik Aziz Nabi, sebenarnya orang alim itu nabi doh, kerana nabi oyak (bersabda) al-ulamak warosatul anbiya' ,Ulamak-ulamak tu waris nabi doh, maknanya kalau tiada nabi, dia tu nabi doh lah"...

Ucapan yang jelas mengelirukan itu bagaimanapun dinafikan oleh beliau dengan melemparkan tohmahan 'Pak Katak" kepada Ahli Parlimen Pasir Pas Datuk Ibrahim Ali yang didakwanya sebagai orang yang telah melaporkan isu tersebut kepada Majllis Agama. Itulah bahayanya mencampurkan semua hal-hal agama dengan politikm tanpa mengira tempat dan masa.
Semoga tiada mana-mana penyokong Pas yang membaca Al-Quran didalam tandas atas alasan tak boleh sukukan agama walaupun dimana sahaja. Agama itu mesti dibawa bersesuaian dengan keadaan bukannya diheret kemana sahaja tanpa mengikut peraturan yang sebenar dan Ulamak yang sebenar juga  tidak aktif sepanjang masa dengan politik.
Hujah pertama Ustaz Budak menafikannya pada minit 1.25 "Bermulanya Muhammad itu serupa singa, adakah Muhammad tu ada misai serupa singa?" Soal beliau,
Samakah perumpamaan yang ingin diberikannya, sedangkan perkataan SERUPA itu jelas disebut, takkanlah kita nak faham dengan Muhammad itu singa,

Dan ianya jauh berbeza dengan tapi kalau kita kata tok guru Nik Aziz tu nabi orang kata sesat pulak ambo (saya) nyoh,..... orang kata, ooo... sesat Ustaz Budak kata tok guru Nik Aziz Nabi, sebenarnya orang alim itu nabi doh.

Contohnya, bagaimana penerimaan yang Ustaz Budak dan penyokong Pas rasa sekiranya Gk kata " tapi kalau kita kata tok guru Nik Aziz tu SESAT orang kata biadap pulak ambo (saya) nyoh,..... orang kata, ooo... biadap Gk  kata tok guru Nik Aziz SESAT, sebenarnya orang alim itu SESAT doh.
Apakah maksud kata-kata itu tidak memaksudkan Nik Aziz itu SESAT ? perlu difahami, apa yang nak dibangkitkan ini bukan untuk mempertikaikan ilmu Ustaz Budak, jauh sekali untuk kata Ustaz Budak ni jahil dalam agama, tetapi kerana campur aduk politik beliau dilihat sering menokok tambah cerita yang boleh menjejaskan maksud asal cerita tersebut.

Kalau tak tokok tambah ia tak jadi begini, kalau ulamak tu perwaris nabi cakap jerlah ulamak tu perwaris nabi, jangan cakap ulamak itu nabi atau orang alim itu nabi, kalau pergi tanya Ustaz Budak, adakah Nik Aziz itu Nabi ? Pastilah beliau kata tidak, itu kita tahu, bukan akidah beliau yang kita pertikaikan tapi cara mengajar beliau itu yang boleh menyebabkan kekeliruan dan salah anggap masyarakat sekaligus boleh menyesatkan.

Bagaimana Hadis dan Al-Quran sebut itulah yang sepatutnya disampaikan dan bukannya membuat tokok tambah dan perumpamaan yang boleh menjejaskan maksud asal ayat tersebut kerana kesannya boleh berlakunya kesesatan. Majlis Agama tidak mengambil tindakan keatasnya bukan kerana kenyataan itu tidak bercanggah, tetapi prosedur yang memerlukan maklumat seperti tarikh ucapan tersebut, masa, dimana dan sebagainya seperti yang juga ditanya oleh beliau itu kepada pegawai tersebut.

Kalau sentiasa cakap beriring tokok tambah maka kekeliruan itu juga akan sentiasa berlaku, sepertilah katanya untuk Bersihkan dari perasaan riak, dengki dan sebagainya perlu hadir ke perhimpunan Bersih, kalau pergi tanya Ambiga, conform pening Ambiga, kerana 8 perkara tuntutan tersebut tiada satu pun disebut untuk bersihkan dari riak dsb itu.

Perkara-perkara seperti inilah yang memerlukan tauliah dari Majlis Agama, tahu bab agama belum tentu tahu cara penyampaiannya, tahu Nahu belum tentu tahu tatabahasa, semakin banyak bercakap yang tokok tambah semakin banyak silapnya, justeru itu saya ingatkan diri saya sendiri supaya bila bercakap hal agama, sebutlah apa yang tercatat tanpa tokok tambah yang boleh menyesatkan...Anda Mampu Mengubahnya...

WWW1 - BUKAN ! JIKA YA DR ASRI BOLEH JADI PELAMPAU AGAMA !

Puak Pas yang kononnya kuat agama ni kalau dia bohong, kering-kering je tak simpan langsung, siap dengan edit dan tambah gambar lagi untuk meyakini penonton bahawa komen Dr Asri itu khas berkaitan dengan Sultan Johor dan WWW1.

Andainya yang menonton itu kurang mengikuti kuliah Dr Asri maka orang akan percaya yang komen Dr tadi khas kepada Sultan Johor dan WWW1 sedangkan komen tersebut sudah lama dibuat dan ia bersifat terbuka.

Jika kerana isu Sultan Johor dan WWW1 semata-mata dan komen Dr punyalah keras begini apa mungkin Islam itu indah ? seharusnya ia berpadalah dengan isu, jika begitu bukankah Ulamak akan semakin dijauhi oleh golongan yang baru sahaja nak mendekati Islam. Asalnya bukan kerana Ulamak itu sendiri tapi kerana pencacai yang telah merosakkan Ulamak.
Dr Asri boleh jadi pelampau agama sekiranya ia dimanipulasi sebegini diatas isu yang tidak seberapa, apapun ianya terletak diatas penerimaan masyarakat dan juga tindakan mereka yang terlibat. Kalau ya pun pencacai ni nak bohong janganlah sampai ia boleh merosakkan orang lain, berbaloilah dengan menipu tajuk bukan menipu isi..Anda Mampu Mengubahnya..

HUJAH JIKA TAK BOLEH KRITIK - RAKYAT PERTUHANKAN RAJA - DR ASRI

Merasakan terpanggil untuk mengetahui isi sebenar dengan maksud tulisan di Tweeter Mantan Mufti Perlis selaku tokoh Islam yang paling Gk hormati Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin, dan terlebih dahulu memohon ampun dan maaf kiranya tulisan blogger cabut ini yang mungkin tidak menepati cara pemikiran profesional diiktiraf di Oxford.

Mungkin juga Gk silap faham akan maksud Dr, namun jika maksud tulisan tersebut adalah sepertimana yang Gk fahami izinkan Gk menjelaskan hal yang bermain difikiran ini dalam beberapa perkara.

Dr Asri, " jika golongan Raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri". Terlalu berat jari jemari ini untuk bingkiskan dalam mengzahirkan terjemahan yang bersifat satu penghukuman yang boleh dianggap terlalu mudah dan ringkas dari seorang yang Gk anggap guru kerana telah banyak mendapatkan ilmu-ilmu agama dari rakaman kuliahnya.

Dr Asri, bagi bersangka baik diatas kenyataan Dr itu tidak Gk katakan bahawa ia berhubungkait dengan isu yang sedang hangat diperkatakan kini mengenai Sultan Johor dan plet nombor WWW 1 walaupun  kenyataan Dr itu dimasa isu ini sedang berlegar hangat di ruang-ruang  media negara hari ini.
Kerana jika mengatakan rakyat mempertuhankan dan memperhambakan diri kepada Sultan dalam perkara 'tidak boleh pertikaikan tindakan Sultan' diatas tindakan Sultan Johor dan plet WWW 1 itu, ia satu tuduhan yang berat dan mungkin ada baiknya ia tidak disebut begitu oleh seorang Tokoh yang dihormati seperti Dr.

Hujahnya adalah tindakan Sultan Johor berkait bidaan plet nombor WWW 1 itu bukanlah satu kesalahan untuk rakyat mempertikaikannya sekaligus boleh dianggap menderhaka kepada Sultan diatas hal yang tidak wajar.

Lebih indah Islam itu jika kita bersangka baik dan mengatakan tindakan Sultan dalam membida plet no itu satu tindakan terpuji dalam maksud Sultan juga seperti rakyat kebiasaan didalam keinginan baginda terhadap sesuatu aset berharga negara.

Walaupun Sultan seorang yang berkuasa, baginda tidak menggunakan kuasa yang ada itu sesuka hati didalam mengambil apa-apa sahaja aset berharga negara dan melanggar undang-undang bagi memenuhi keinginannya.

Disini juga menunjukkan tiada istilah 'Reserved' dan percuma walaupun kepada Sultan diatas hal yang membabitkan hasil negara untuk kepentingan rakyat. Kerajaan juga tidak memperjudikan aset yang boleh memberi keuntungan kepada rakyat untuk diberikan percuma kepada Sultan-Sultan dalam usaha 'membodek' mereka bagi mendapatkan pengaruh politik.

Atau salahkah jika kita rakyat  bersangka baik dengan mengatakan demikian pada asas dan hujah yang juga demikian ? Daripada Sultan membazirkan hasil kekayaan turun temurunnya diluar negara, bukankah lebih baik wang tersebut digunakannya yang sekaligus penggunaan itu dapat dimanfaatkan kepada rakyat.

Allahuakbar, indahnya Islam jika kita saling hormat menghormati lebih-lebih lagi kepada Sultan yang dianggap payung kepada umat Islam di negara ini. Bukan Gk berniat untuk meyalahi pandangan Dr, tetapi Gk boleh bersetuju dengan pandangan tersebut sekiranya maksiat,  penyelewengan dan kezaliman Sultan itu jelas berlaku tanpa kesamaran.

Sebagai contohnya sangat bersetuju dengan kenyataan "jika golongan Raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri" dengan Sultan bertindak dalam beberapa perkara yang jelas contohnya seperti : 
1.) Merampas tanah rakyat, tanah ni jelas milik Pak Mat tapi Sultan zalim merampasnya
2.) Merogol anak gadis dan isteri orang
3.) Sultan tolak Islam seperti bertitah " Rakyat jelata semua tak payah bersolat, tak payah berpuasa, nak buat maksiat apa saja buatlah, kita bebas, Beta tak murka bahkan gumbira".
4.) Setiap hari/ minggu / bulan/ tahun memukul dan membunuh rakyat dengan zalim tanpa sebab-sebab jelas kecuali jahat dan zalim.
5.) Bertindak sesuka hati dalam memenuhi keinginannya, pergi pasaraya, rasa berkenan sesuatu diambilnya tanpa membayar, bila tengok wanita dirabanya sesuka hati, singgah direstoran dan makan tak bayar, berjalan-jalan tengok rakyat yang tidak disukai diludahnya
Serta beberapa kelakuan lain yang seumpama dengannya.

Jika Sultan bertindak demikian dan rakyat tidak menegur serta menentang maksiat bermaharajalela itu maka bolehlah untuk kita mengatakan bahawa rakyat telah MEMPERTUHANKAN dan MEMPERHAMBAKAN diri kepada Sultan.

Dan jika itu juga yang berlaku, semuanya pasti redha Malaysia tidak memerlukan adanya Sultan yang sedemikian, lebih baik bagi komunis masuk mentadbir, tak perlu nak berdaulat-daulat, menghabiskan bores sahaja, tapi apakah itu yang berlaku sekarang ini ?

Ketahuilah kita sebagai insan tiada yang sempurna, sedikit sebanyak pasti ada melakukan dosa, dan perlakuan dosa itu kadangkala bukanlah menjadi amalan tetapi terkadang ia berlaku, percayalah kritik itu lebih mudah dari melaksanakannya, lebih jelas lagi pengkritik itu pernah dalam kerajaannya  menggunakan kereta "Toyota Camry" bernombor pendaftaran AGS 10 satu ketika dahulu.

Mungkin apalah sangat AGS 10 itu untuk dibandingkan dengan WWW1, tapi mungkin kita tidak memungkinkan siapalah Nizar untuk dibandingkan dengan Sultan. Benar disisi Allah itu dinilai bukan pada darjat dan pangkatnya melainkan amalan, dan maaflah jika Gk katakan tidak perasan pula amalan Nizar lebih mulia dari orang yang beliau tegur itu.


Akhirnya Gk memohon maaf sekiranya kenyataan ini mengguris hati Dr (jika terbaca) dan juga hati peminat-peminat Dr Asri dan ketahuilah ianya bukan berniat untuk menyalahi pandangan Dr kecuali untuk berkongsi pandangan dari kacamata seorang bloger cabut yang juga salah seorang peminat Dr Asri. Diharap Dr Asri dapat menjelaskan maksud sebenar kenyataan beliau itu supaya ia tidak terus dimanipulasi oleh sesetengah pihak yang seperti untuk melaga-lagakan Dr Asri dengan Sultan. Anda Mampu Mengubahnya.

PENTING !!! TUANKU WAJAR TITAHKAN "KECELAKAAN" PADA NIZAR PENDERHAKA

Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memohon maaf berhubung mesej Twitternya berkaitan isu bidaan nombor pendaftaran WWW1 yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sebaliknya, kata beliau, kenyataan itu dibuat secara umum atas pandangan seorang rakyat.

“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,”.

Sebelum ini, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah menerusi mesej Twitternya, mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayahanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai Kerajaan Negeri.
 

Mohon Tuanku titahkan hukuman kecelakaan kepada penderhaka seperti Nizar, jika tidak diberi pengajaran perkara melulu ini akan berulang lagi dan Sultan akan hanya menjadi gurindam politik kepada penderhaka seperti ini. Nizar adalah seorang bekas Menteri Besar Perak dibawah pohon kayu  yang cuba menjual kepentingan orang melayu kepada DAP sebelum pemerintahan itu diambil alih kerana kesedaran sesetengah pihak terhadap tindak tanduk beliau yang jelas menjadi boneka keada DAP.

Hayatilah Ilham berasas ini untuk renungan kita bersama 
 
1.) Melihat keadaan yang ditimbulkan ini sebahagian ideologi perencanaan DAP menggunakan Nizar dalam membangkitkan kebencian rakyat terhadap Sultan-Sultan Melayu, jarang manusia Melayu yang nak mempertikaikan tindak tanduk seorang Sultan lebih-lebih lagi tindak tanduk yang sudah wajar.

2.) Ini adalah usaha halus DAP, sebelumnya mengusulkan calon Perdana Menteri dari kalangan bukan Melayu dan Islam untuk melihat dan menguji penerimaan rakyat terhadap matlamat mereka, oleh kerana mereka sedar kuasa tetap yang ada pada Sultan-Sultan Melayulah yang akan menjadi penghalang untuk cita-cita mereka.

3.) Maka mereka menggunakan orang-orang Melayu bodoh seperti Nizar untuk menimbulkan satu keadaan yang boleh memperlihatkan atau satu keadaan yang boleh membuatkan mana-mana rakyat merasa benci terhadap Sultan-Sultan Melayu supaya agenda tersirat mereka dapat mempengaruhi bagi mendapat sokongan seluruh rakyat.

4.) Bila timbulkan isu-isu sebegini kononnya  ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian sedangkan Sultan pula berkeadaan demikian, lama kelamaan rakyat akan terasa kurang senang dengan Sultan dan semangat menjunjung ketaatan pada Sultan akan pudar dan ketika inilah meresapnya agenda-agenda komunis yang sudah lama mengidamkan negara Malaysia yang tercinta ini.

5.) Oleh itu sedarlah sebahagian kecil ilham ini bagi menjaga kuasa yang ada pada kita supaya kita terus mengecapi kehidupan yang lebih selesa dengan boleh mlakukan kerja-kerja agama tanpa sebarang sekatan dan jauh lebih baik dari negara Singapura.
 
6.) Berkongsi pengetahuan bersama di Malaysia adalah Sultan yang mempunyai kuasa-kuasa khas yang tetap bagi menjaga kepentingan orang-orang Melayu dan tidak pernah menindas atau menafikan hak orang bukan Melayu sepertimana yang telah termaktub dan dipersetujui oleh orang-orang terdahulu.

7.) Jangan kita ingat adanya Sultan sebagai bebanan kepada rakyat mahupun negara, jangan kita ingat Sultan tiada fungsi dan sekadar duduk bersahaja dengan bermewah-mewahan, fungsi yang ada pada Sultan sangatlah besar dan kekangan kuasa yang ada padanya telah membataskan puak-puak rasis yang bercita-cita untuk memerintah negara ini mengikut acuan mereka.

8.) Hasutan-hasutan dari DAP untuk menimbulkan satu persepsi buruk terhadap Sultan jarang sekali kita sedar dan kita mudah terpengaruh dengan hasutan yang penuh dengan agenda itu. Ingatlah kuasa yang ada pada Sultan itulah kuasa kita yang menjamin hak dan kedudukan kita di negara ini, jika kita tidak bersyukur dan merasakan tiada apa-apa istimewanya kita, kita juga perlu fikir kita lebih menjadi tidak istimewa jika kita tidak ada lagu kuasa yang ada pada Sultan. (Punyai hujah-hujah yang panjang).

9.) Seterusnya peringatan untuk Nizar si penderhaka dan juaknya bahawa aku orang-orang Melayu sentiasa berdiri teguh dibelakang Sultan-Sultan Melayu dan aku orang-orang Melayu sentiasa bermurah hati untuk menumpahkan darah yang mengalir di tubuh aku bagi menentang sesiapa sahaja pengkhianat kepada Sultan yang aku orang-orang Melayu sedang berpayung dari zaman berzaman ini.

10.) Kata jangan sebarang kata, kata yang nista buruk padahnya, suka jangan sebarang suka, suka yang leka merana duka akhirnya.
11.) Kita rakyat Malaysia perlu sedar dan bersyukur, bukan kerana WWW 1 kita nak jadi hero DAP bangkit bersuara mempertikaikan hak Sultan, kerana bukan hal utama isu no plat tersebut, Sultan tidak perlu pakai nombor pun tidak apa, selain crown, Sultan nak letak daun kayu sebatang pokok di Perak pun tidak menjadi masalah.
 
12.) Bukankah baik Sultan kita menunjukkan sifat memBELI walaupun baginda ada kuasa untuk mengambilnya secara percuma, baginda tidak salahgunakan kuasa yang ada untuk kepentingan diri baginda. Kalau Sultan nak secara percuma, Siapa yang berani hendak menentangnya ? paling tidak pun pasti  akan ada pihak yang akan bayar untuk kos tersebut.
 
13.) Dengan itu ketahuilah bahawa Sultan Johor telah menunjukkan satu sifat yang terpuji selaku seorang Sultan yang  berkuasa, ini menunjukkan ketelusan kerajaan dan sifat mulia Sultan adalah asas kepada pentadbiran kerajaan yang ada pada hari ini.

14.) Tidak ada istilah pintu belakang, dan Sultan juga menunjukkan baginda sendiri pun kalau hendak kepada sesuatu itu baginda membelinya dan berusaha sepertimana rakyat jelata yang lain dan mencemar duli dalam membidanya.
15.) Wahai Nizar, ingin ditegaskan andainya anda menganggap "ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian", kenapa kerajaan yang pernah dikepalai di Perak itu sebagai contoh mudahnya menggunapakai kereta "Toyota Camry" yang harganya hampir RM160,000 dan anda sendiri selaku Menteri Besar menggunakan plat dua digit yaitu AGS 10 ?

16.) Kurang-kurangnya kalau nampak berani tegur Sultan anda sendiri tidak berkeadaan demikian, guna sajalah kereta kancil mahupun 'VIVA' dan no platnya empat digit normal seperti kebiasaannya. Sultan padanlah dengan Sultan, Nizar padanlah dengan Nizar.

17.) Kalaulah kata kereta tersebut di sponsor sama juga dengan no platnya, jual sajalah ia dan duit lebih tu bagi pada rakyat, bagi tahu orang yang sponsor itu bahawa anda selaku MB mulia memohon maaf untuk tidak menggunapakainya diatas sebab-sebab zuhud yang anda ingin terapkan itu...
 
" Jika dianalisis  kembali, Sultan Johor dan kerabatnya seperti diancam bermacam tuduhan liar yang memberi persepsi kurang baik serta keadaan-keadaan yang tidak sepatutnya sejak dari dulu lagi, apakah ancaman persepsi  itu disebabkan Johor berhampiran dengan Singapura ? Hayatilah ia sebagai satu PERINGATAN dan berwaspadalah....."Anda Mampu Mengubahnya...

JANGAN KAITKAN SAYA DENGAN 'KONGSI GELAP' - MUSA HASSAN

Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan mereka yang mengaitkannya dengan kumpulan kongsi gelap sewaktu beliau masih berkhidmat cuba merosakkan nama baiknya.

Musa percaya ia dibuat kerana beliau adalah pegawai penyiasat dalam kes Liwat 1 melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka ingin merosakkan reputasi saya. Ini juga ada kaitan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Apabila reputasi saya rosak Anwar boleh kata saya menganiaya dia," katanya.

Musa bagaimanapun tidak mengesahkan yang pegawai-pegawai kanan polis yang dimaksudkannya itu mempunyai kaitan secara langsung dengan Ketua Pembangkang itu.

Dua pegawai tertinggi polis, Datuk Ramli Yusuff dan Mat Zain Ibrahim sebelum ini dilaporkan bersedia memberi keterangan jika tribunal ditubuhkan untuk menyiasat Musa dan Tan Sri Abdul Gani Patail.

Tribunal itu bertujuan menyiasat kebenaran dakwaan bahawa Musa bertanggungjawab membebaskan seorang ketua kongsi gelap Johor, dikenali sebagai Goh Cheng Poh atau Tengku Goh.

Dalam temubual dengan Malaysiakini, Musa mengaku mengetahui tuduhan terhadap Tengku Goh namun beliau tidak mengenalinya secara individu.

"Saya tak kenal Tengku Goh pun. Masa di Johor saya tahu dia terlibat dengan ekor haram.

"Masa itu saya dimaklumkan Tengku Goh ditangkap Commercial Crime (jenayah perdagangan) kerana terlibat dengan judi.

"Saya putuskan semasa mesyuarat Commercial Crime (jenayah perdagangan) hanya ambil tindakan terhadap along (sindiket wang haram), bukan judi. Judi (di bawah kendalian) D7. Kenapa dia (Ramli)
pula yang pergi menyiasat?" katanya.

Ramli yang merupakan mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil sebelum ini mendakwa ditugaskan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada masa itu, Datuk Johari Baharom untuk membanteras sindiket pinjaman wang haram di Johor.

Dalam siasatannya, Ramli mendakwa menemui perkaitan di antara Tengku Goh dan Musa.

Ramli mendakwa, bagi melindungi dirinya, Musa kemudian berpakat dengan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk menganiaya pasukannya yang menyiasat Tengku Goh.

Jabatan Peguam Negara dilaporkan mendakwa enam orang pegawai penyiasat pasukan Ramli atas tuduhan memalsukan bukti, namun semua tuduhan itu kemudiannya digugurkan.

Sewaktu ditanya tentang tuduhan yang beliau menghapuskan rangkaian kongsi gelap lain di Johor bagi membolehkan ia ditadbir Tengku Goh sahaja, Musa menjawab tindakan itu, jika benar, adalah 'tindakan yang bodoh'.

"Kenapa saya hendak buang network (rangkaian) ini dan ambil orang baru jadi ketua dan buat network lain.

"Bukan senang nak ada network (rangkaian). Kalau saya nakkan duit, baik saya ikut network (rangkaian) lama. Jadi saya rasa tak logik," katanya.

Dalam wawancara sama, Musa turut mendedahkan yang tindakan
terhadap Ramli (kiri) adalah kerana satu laporan yang dibuat Jeffrey Pairin Kitingan yang mendakwa Ramli memiliki tanah seluas 200 ekar di Sabah.

"Saya dikatakan menganiayai seseorang. Padahal yang buat report (adalah) Jeffrey Pairin Kitingan yang mendakwa dia (Ramli) ada tanah 200 ekar di Sabah. Sebab itu SPRM siasat. Ia kemudian membawa kepada siasatan akaun beliau," katanya.

Ramli sebelum ini dituduh tidak mengisytiharkan hartanya sebanyak RM27 juta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan juga dakwaan menggunakan pesawat Cessna milik polis untuk meninjau tanah miliknya di Sabah, sewaktu bertugas sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah.

Ramli kemudian dibebaskan Mahkamah Sesyen sehingga ke Mahkamah Rayuan yang memutuskan beliau tidak perlu dipanggil membela diri.

Tidak kenal BK Tan

Dalam wawancara yang sama, Musa turut ditanya tentang dakwaan bahawa beliau meminta nasihat seorang lagi individu dalam kongsi gelap, dikenali sebagai BK Tan dalam memutuskan kenaikan pangkat pegawai-pegawai kanan polis.

Menjawab soalan itu, Musa berkata beliau mengenali ramai BK Tan dan kenaikan pangkat pegawai kanan polis turut disaring Perdana Menteri serta jawatankuasa tatatertib polis.

"Semua nama untuk kenaikan pangkat saya serahkan kepada Perdana Menteri. Bukan saya seorang naikkan pangkat orang," katanya.

Menjawab dakwaan bekas pembantunya (aide de camp), Noor Azizul Rahim yang membuat pengakuan bersumpah dan mengaku melihat sendiri perkara itu berlaku, Musa mengatakan yang beliau bebas meminta nasihat sesiapa sahaja dalam perkara itu.

"Saya naikkan pangkat orang yang perform dan tidak terlibat dengan rasuah," katanya.

Di sebalik semua dakwaan itu, Musa berkata beliau tidak pernah menyesal memimpin pasukan polis selama empat tahun kerana beliau tetap mendapat sokongan sebahagian daripada mereka yang berada dalam pasukan itu.

Namun, beliau simpati dengan mereka yang menyokongnya dahulu tetapi kini 'dipinggirkan' dalam pasukan polis.

"Tidak mengapa. Saya terima kerana saya tahu saya buat yang terbaik untuk pasukan.

"Memang ada yang bersama (saya) tetapi apabila (saya) pencen, nama mereka susah nak 'naik' (dipertimbang untuk kenaikan pangkat)," katanya. -Malaysiakini.

PRU PANAS ! PEMIMPIN PAS KELANTAN BEREBUT CALON !!!

Membujur lalu melintang patah, Pahlawan Melayu tak akan rebah. Ini adalah realiti dan cerita benar, nyata, terang dan bersuluh kerana kenyataan ini dibuat terus secara langsung didepan hadirin dan jemaah kepimpinan Pas termasuk YAB Menteri Besar sendiri. 

Tidak dapat tidak kebenaran ini terpaksa ditelan dan diakui bahawa laungan memperjuangkan Islam hanyalah topeng semata-mata.

KANTOI PROJEK DALAM TANDAS KB MALL MENGAIBKAN ! DIMANA NIK AZIZ ?


Nak cakap salah tak nak cakap pun salah, jika anda berpandangan baik eloklah dilaporkan video ini kerana ia mengaibkan dan bukan hukuman seperti ini yang sepatutnya, masihkah ada pembelaan untuk mereka ? Anda Mampu Mengubahnya

PANAS !!! KABINET BAYANGAN - TUNKU AZIZ MULA UJI KESEPAKATAN PR

PETALING JAYA - Pakatan Rakyat (PR) perlu bermuafakat dalam membentuk sebuah Kabinet bayangan sebelum bercakap mengenai cita-cita mahu menggantikan kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas naib pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Beliau berkata, PKR, Pas dan DAP perlu mencapai kesepakatan dalam menamakan Kabinet bayangan kerana 'ketika ini mereka tidak pun tahu siapa yang memegang jawatan apa.'

"Pengerusi DAP Karpal Singh berkata Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng akan menjadi perdana menteri. Guan Eng berkata beliau tidak layak dan sebagainya," katanya pada sidang media di rumahnya di Bandar Sri Damansara di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perdebatan semasa dalam pakatan pembangkang mengenai pemilihan calon perdana menteri dan hak bukan Melayu menjadi perdana menteri.

Sabtu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata soal bangsa tidak perlu dipertikaikan untuk seseorang menjadi perdana menteri asalkan dia beragama Islam.

Semalam, Karpal Singh berkata, Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang bukan Islam menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Tunku Abdul Aziz, yang juga bekas naib presiden Transparency International, juga mempersoalkan bagaimana pakatan pembangkang boleh membentuk sebuah kerajaan sekiranya mereka sibuk bertengkar mengenai siapa layak menjadi perdana menteri.

"Jangan sama sekali cakap siapa boleh atau tidak boleh menjadi perdana menteri jika anda tidak mempunyai pelan untuk memerintah negara. Sebaik sahaja anda masuk ke Putrajaya (sekiranya pembangkang menang pilihan raya), anda perlu terus mentadbir," katanya.

"Anda hanya tidak boleh pergi Putrajaya tanpa mengetahui siapa yang akan melakukan tugasan apa. Anda perlu jelas dalam soal ini.

Pertama kali, biar kita lihat barisan pimpinan kerajaan tetapi kini mereka tidak ada sepakat mengenai Kabinet bayangan," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata: "Negara tidak boleh menunggu sementara anda bertengkar di kalangan anda mengenai jawatan mana disandang oleh parti mana."

"Apa akan terjadi kepada negara sementara menunggu (memilih siapa yang akan menerajui pentadbiran negara)," katanya sambil memperjelaskan ia bukan mudah untuk mentadbir negara kerana ia adalah urusan yang kompleks.

Mengenai kenyataan Karpal Singh bahawa bukan Islam boleh menjadi perdana menteri Malaysia, Tunku Abdul Aziz berkata walaupun perlembagaan membenarkannya namum kita tidak dapat mengendahkan konvensyen dan amalan biasa.

"Orang Islam sentiasa menjadi Yang di-Pertuan Agong dan sebagai perdana menteri, jika anda bukan Islam, anda tidak dapat memenuhi tugas dan fungsi sebagai menteri utama kepada Yang di-Pertuan Agong, walaupun tugas pentadbiran boleh dilaksanakan oleh sesiapa sahaja," katanya.

Tunku Abdul Aziz berkata, ketika bersembahyang, baginda mahu perdana menteri berada di sisinya tetapi sekiranya perdana menteri adalah seorang bukan Islam, maka beliau perlu berada di luar.

"Ini semua adalah pertimbangan. Kita tidak hanya boleh berkata 'Ya', Perlembagaan berkata boleh, maka anda boleh. Biar lihat pada realiti."

"Adalah amat rumit sekali... terdapat banyak emosi kepadanya... anda menyentuh soal adat, budaya dan banyak benda lagi...adakah ia berbaloi?

"Ya anda boleh mendesak isu itu tetapi adakah rakyat bersedia untuk menerima akibatnya?" tanya beliau. - Bernama

AWAS !!! ADAKAH NAJIB PILIHAN ANDA ?

Pandangan dan penilaian setiap individu adalah hak ia berfikir, perbezaan pendapat tidak seharusnya dilabelkan dengan pelbagai pelabelan yang sekaligus menyebabkan sesetengah pihak itu terasa dan bangkit dengan lantang mengkritik sesuatu tohmahan yang dilemparkan kepadanya.

Hari ini rakyat dinegara kita rata-ratanya sangatlah bersyukur pada Ilahi dan berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana Transformasi yang diperkenalkan oleh beliau begitu dekat manfaatnya kepada rakyat.

Setakat ini beliaulah seorang Perdana Menteri yang terbaik didalam kebajikannya kepada rakyat dengan menyempurnakan segala yang telah direncanakan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu, naiknya seorang Perdana Menteri pasti punyai misinya yang tersendiri,

Jika dulu rakyat dinegara ini belum pernah mengecapi kebajikan semewah yang dapat dikecapi pada hari ini, namun bantuan seperti subsidi tetap dinikmati sesuai dengan situasi pada ketika itu, setelah negara kita sudah mulai maju dengan kepelbagaian kemajuan yang diwariskan oleh pemimpin terdahulu, Perdana Menteri kini bijak memanfaatkannya dengan memberi kebajikan secara terus kepada rakyat.

Menjadi tugas Perdana Menteri hari ini untuk melaksanakan segala kebajikan kepada rakyat hasil dari nikmat dan pembangunan diatas usaha gigih kepimpinan dahulu dan kini,

Jika diimbau kembali saat Najib mengambil alih tampuk pemerintahan daripada Pak Lah, kewangan ketika itu agak goyang dan difahamkan tidak ada majlis-majlis besar yang dibuat dihotel-hotel seperti sebelumnya, malah setiap mesyuarat hanya disajikan dengan nasi bungkus sahaja.

Tetapi hasil kepimpinan yang baik, Najib terus melangkah dengan cemerlangnya membawa negara menongkah segala arus bagi memperkembangkan ekonomi negara untuk memastikan rakyat dinegara ini dapat hidup dengan lebih baik disamping kehidupan yang aman dan damai.

Cuma amat dikesalkan jika ada pemimpin negeri sendiri yang tidak pandai memainkan peranan bahkan menjadi dalang kepada sekatan kebajikan atau pembangunan dari sampai kepada rakyat, malah hak rakyat juga tidak dipertahankan asalkan perut sendiri sudah kenyang, kalau tak, apalah salahnya........
Lantaran kepimpinan Najib yang cemerlang, beliau dicemburui oleh musuh-musuh politiknya dengan merencanakan pelbagai fitnah untuk memburuk-burukkan beliau bagi mengekang kemaraannya yang telah banyak mengubah landskap kehidupan rakyat dinegara ini.

Bermacam fitnah dilemparkan kepada beliau dengan bertujuan memberi kekalutan atau keserabutan di ruang fikirnya untuk tidak terus berfikir dan terus terganggu dalam perancangan Transformasi yang dilihat  cukup baik dan berkesan untuk memakmurkan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa.

Bermacam serangan terhadap beliau dan keluarga, bukan didalam negara bahkan diluar negara, tapi sampai hari ini Perancis punya kuat dari Malaysia sepi dan berlalu begitu sahaja, tidak cukup dengan itu demontrasi jalanan dijadikan sebagai platform  membakar kemarahan rakyat  untuk menggulingkan beliau setelah gagal dalam beberapa siri fitnah terhadap beliau.

Bagaimanapun kekuatan dan semangat darah Tun Razak yang mengalir ditubuh beliau langsung tidak mematahkan semangatnya untuk terus berdiri dengan gagah dan terus mara tanpa rebah. Jika kita renung sejenak apa yang dilalui oleh beliau selaku diantara orang yang paling berkuasa dalam negara sangatlah banyak dan terlalu mengaibkan.

Tapi beliau tidak pernah berdendam walaupun adat kata beliau memiliki kuasa yang cukup untuk memusnahkan mana-mana individu yang cuba menggangu gugat beliau, sedangkan beliau akan lebih selamat sekiranya mengamalkan pemerintahan kuku besi dan menangkap siapa sahaja yang bersuara menentang beliau.

Sehingga budak hingus lagi bebal seperti Adam Adli pun boleh biadap dengan beliau selaku Perdana Menteri dinegara yang berdaulat ini. Apa itu belum cukup untuk kita sebagai anak muda berfikir tentangnya. Terpulanglah kepada anda dan fikirlah ia dengan lebih jauh didalam kerangka keterbukaan minda yang bebas.

Kalau seorang yang dianggap Ulamak dan mempunyai kuasa selaku seorang Menteri Besar boleh hilang sabar hanya kerana seorang blogger dan terus mengCELAKAkan blogger tersebut, bagaimana tidak mulia dan istimewanya seorang Perdana Menteri yang sentiasa penuh sabar dalam menghadapi dugaan dengan begitu tenang.
Sungguhpun begitu beliau juga bukanlah insan yang 100peratus sempurna, beliau tidak maksum, bohonglah kalau beliau ni perfect, sedikit sebanyak kesilapan itu tetap ada sepertimana Pemimpin Suci lagi mulia yang dinobatkan oleh pengikutnya seperti orang yang tidak pernah melakukan dosa walaupun pernah mengakui berdansa dengan 'Anak Tauke Judi".

Lantaran itu juga usaha gigih beliau dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat ibarat lilin yang membakar dirinya, memang kita percaya beliau seorang yang kaya-raya sepadan dengan beliau seorang Perdana Menteri, tetapi kekayaan itu tidak bermakna lagi setelah kehidupannya dibeli oleh rakyat.

Sepanjang masa beliau berada bersama rakyat diseluruh negara tanpa sempat beliau bersama keluarga atau menjalani kehidupan bahagia seperti kita, mungkin ada masanya untuk beliau bercuti namun masa itu cukup terhad dan pasti tidak cukup untuk beliau dan Cik Mah mengecapi kehidupan seperti yang dikecapi oleh Menteri Besar Kelantan yang penuh dengan masa teruang.

Cukup bahagiakah seorang yang kaya dalam menjalani kehidupan seperti lilin itu, bukankah sepatutnya ia terus bersenang linang tanpa pedulikan rakyat dan kumpulkan kekayaan sebanyak mungkin,  beliau hanya patut duduk goyang kaki sahaja dan semua kerja diserahkan kepada orang lain.

Tapi Perdana Menteri kita bukan orang yang sedemikian atau orang yang tidak bertanggungjawab, bukan itu sahaja, banyak lagi kemuliaan beliau yang boleh dipuji, sepertilah semangat setiakawan beliau yang tidak pernah mendesak Pak Lah supaya berundur atau mengeluarkan kenyataan bersifat 'gila kuasa'.

Namun kali ini cukuplah sekadar itu yang mampu dikongsi, pasti ramai diantara kita melahirkan rasa simpati diatas dugaan dan juga kegigihan beliau, namun cara simpati dan terima kasih itu hanya anda jua yang mampu untuk menterjemahkannnya.. Anda Mampu Mengubahnya...

BETULLAH KATA KHAIRY, RAFIZI NI BENGONG !

PETALING JAYA - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa syor agar kerajaan menyediakan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) buat kali kedua menandakan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah gagal dalam mengawal kos sara hidup rakyat.

"Jika kali kedua BR1M ini diberikan, ia membayangkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara hidup rakyat.

"Pemberian BR1M kali pertama nyata tidak membantu kurangkan beban sara hidup rakyat seperti mana Najib uar-uarkan untuk meringankan beban sara hidup rakyat," kata beliau pada sidang media hari ini.

Semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.

Malah BR1M, yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, kata beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN) yang lain.

Rafizi juga mendakwa BR1M yang diberikan oleh kerajaan pada awal tahun ini adalah satu proses untuk meraih undi daripada rakyat.

"Pemberian BR1M kali kedua berlaku kerana jangkaan tarikh pilihan raya pada awal tahun ini meleset dan ini adalah strategi Umno-BN untuk pancing undi.

"Saya juga tak fikir BR1M kali kedua ini mudah dilaksanakan kerana mereka telah berhutang dan perlu pergi ke Parlimen untuk peroleh bajet untuk tujuan tersebut," tambah Rafizi. - Sinar Harian
 -Negara boleh bankrup kalau ada orang macam Rafizi ni, terlalu pandai sangat mengira itu dan ini, apa hasil dan sumbagannya kepada rakyat Malaysia dengan kebijakan terkonon yang beliau ada itu.

Bukankah bengong dengan mengatakan pemberian BR1M kali ke dua menunjukkan kegagalan Perdana Menteri mengawal sara hidup rakyat ? Maknanya kalau yang berjaya ni Perdana Menteri tak payah bagi, apa punya mentaliti bodoh sampai macam ni sekali.

Sepatutnya usaha membantu rakyat ni mesti diteruskan dan diberi sokongan oleh semua pihak kerana ia melibatkan hak rakyat bukannya menyekat setiap kebajikan itu dari sampai kepada rakyat semata-mata kerana politik.

Andainya sebuah syarikat yang memberi bonus 3 bulan gaji kepada pekerjanya berbanding dengan syarikat yang tidak beri langsung bonus kepada pekerjanya apakah itu menunjukkan syarikat yang tidak bagi bonus itu berjaya menjaga sara hidup pekerja mereka ?

Rafizi tak usahlah nak bermain politik dengan menunjukkan kebodohan terlampau itu, kalau kerajaan nak bagi BR1M RM500 sehari pun apa susahnya, rakyat yang tak mahu tak payah pergi terima, dan kita nak tengok berapa ramai rakyat yang tidak inginkan bantuan ini kerana berfikiran seperti Rafizi.

Atau dengan pemberian BR1M kali kedua ini risau ia akan menggelapkan impian PR untuk mengekalkan kuasa mereka dinegeri yang telah dimenanginya sebelum ini ? Berterus terang jerlah, takkan kerana politik sanggup untuk menafikan HAK rakyat dari diterima dengan jayanya.

Kita sama-sama tengok sejauhmana permainan politik Rafizi ni menguntungkan PR dan Gk cabar dia terus kekalkan kenyataannya ini dan kalau boleh ianya dibuat rakaman supaya dapat diperdengarkan kepada seluruh rakyat bahawa Pakatan Rakyat menghalang dan melarang keras usaha kerajaan memberi kebajikan tersebut kepada rakyat. Anda Mampu Mengubahnya....

WOW !!! BR1M AKAN DIBERIKAN SEKALI LAGI SEBELUM RAYA

SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), yang diperkenalkan menerusi Bajet 2012, perlu dilanjutkan buat kali kedua sesuai dengan keadaan ekonomi semasa, demikian pandangan beberapa pemimpin Barisan Nasional (BN).

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) berpendapat bahawa pemberian BR1M kali kedua akan mengurangkan beban rakyat dan bentuk bantuan tunai sedemikian lebih digemari rakyat.

Naib Pengerusinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu akan disuarakan oleh BNBBC pada sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 11 Jun ini.

“Saya menyambut baik cadangan itu dan amat setuju sekiranya ia diadakan kali kedua kerana jumlah yang dibelanjakan kerajaan untuk memberi bantuan itu tidak begitu tinggi berbanding subsidi-subsidi lain," kata beliau kepada Sinar Harian.

“Kita akan usahakan perkara ini. Rakan-rakan saya dalam BNBBC akan menyuarakan pandangan itu.

"Kita yakin rakyat berpendapatan di bawah RM3,000 akan menikmati BR1M untuk kali kedua,” katanya.

Awal semalam, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek melahirkan pandangan agar BR1M diberi untuk kali kedua.

Abdul Rahman yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata, pemberian BR1M kali kedua itu bukan bertujuan untuk meraih undi, sebaliknya mahu membantu meringankan beban rakyat terutama menjelang musim perayaan.

“Saya rasa, waktu yang paling sesuai untuk pemberian BR1M kali kedua ini adalah sebelum Hari Raya Aidilfitri kerana kita faham, pada waktu kebanyakan masyarakat akan berbelanja lebih untuk membeli keperluan harian dan membuat persediaan menyambut perayaan.

“BR1M perlu ada kesinambungan, paling tidak, dua kali setahun supaya rakyat boleh merasa dan menghargai subsidi yang diberikan oleh kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Idris Haron berkata, beliau menyambut baik cadangan pemberian BR1M kali kedua oleh Presiden MCA itu.

Walaupun begitu, katanya, kerajaan perlu meneliti terlebih dahulu keupayaan dana atau sumber sedia ada sebelum melaksanakan pemberian BR1M kali kedua.

Menurut Idris, pelaksanaan ini perlu penelitian terperinci termasuk bagaimana kerajaan menampung semula kos perbelanjaan tersebut.

“Kita akui pemberian BR1M ini sememangnya disukai oleh golongan sasaran, namun, kita perlu ukur terlebih dahulu keupayaan kerajaan kerana ini melibatkan dana yang besar.

“Walau bagaimanapun, saya berpendapat biarlah kerajaan yang menentukan sama ada wajar atau tidak ia dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, syor agar kerajaan memperluaskan BR1M khususnya kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang terlepas di bawah kriteria lama pernah dibawa ke mesyuarat badan itu.

“Memang ada cadangan berkenaan, tetapi cadangan itu meminta agar kerajaan mempertimbangkan pemberian BR1M kepada kumpulan sasaran yang tidak tergolong dalam kriteria sebelum ini, pendapatan seisi keluarga RM3,000 dan anggota keluarga yang tidak tertakluk
kepada pemberian baucar RM100, RM200 dan sebagainya,” katanya.

Mengambil kira aspek itu, beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi berkata, kerajaan wajar mengkaji dan memberi keutamaan kepada mereka.

“Bermakna kita memperluaskan bantuan kepada kumpulan yang memerlukannya, kumpulan sasaran yang tidak mendapat apa-apa setakat ini,” kata beliau lagi.

Ahli Parlimen Temerloh ini yakin Perdana Menteri akan memberi pertimbangan agar mereka juga menikmati BR1M peringkat kedua. - Sinar Harian

BACHOK KELATE - RANJANG BERAHI DI PULAU MAKSIAT BAKAL CETUS BALA

KEMAYAN BACHOK - Nilai-nilai Islam pada anak muda hari ini berada dalam keadaan sangat membimbangkan, dimana saja kelihatan maksiat berlaku didepan mata tanpa ada perasaan malu dan hormat pada masyarakat sekeliling, lebih mengecewakan bilamana maksiat itu berlaku di negeri yang ditadbir oleh Ulamak dengan berslogankan Membangun Bersama Islam.

Bukan ingin mencari silap mana-mana pihak, jauh sekali untuk mengaibkan anak muda yang sempat dirakamkan oleh lensa "Cegah Mungkar", tapi rakaman ini sekadar ingin memberi kesedaran bersama didalam menjayakan misi negeri "Membangun Bersama Islam" dan memperingatkan pelaku maksiat supaya menjauhkan dari pemula zina yang disebut sebagai "ringan-ringan".

Jika lensa "Cegah Mungkar" mampu merakamkan aksi anda, bagaimana pula dengan lensa malaikat yang rakamnya tidak ada yang terdinding dari penglihatannya. Memang sedap dan memang seronok, hal ini belum dinafikan oleh sesiapa termasuk Nik Aziz dan buktinya adalah Nik-Nik yang ada itu. 

Bagaimanapun, sedap itu biarlah halal dan tertutup dengan tidak dipertontonkan ditempat awam yang secara tidak langsung turut diperhatikan oleh masyarakat termasuk kanak-kanak, lebih-lebih lagi dilakukan  pula pada hari penghulu segala hari iaitu hari Jumaat. 
Maksiat sebegini sudah menjadi kebiasaan dinegeri Kelantan. Tidak ada mana-mana pihak yang kononnya tegar untuk memperjuangkan Islam tampil dalam memberi kesedaran kepada anak muda akan azab Allah yang sangat pedih dan jelas dijanjikan olehNya kepada para pelaku maksiat sebagaimana yang tercatat didalam al-Quran.

Rakaman tersebut dirakamkan di Pantai Kemayan, Bachok Kelantan. Keadaan sebegini adalah rutin pada hujung minggu. Bukan disini saja, malahan disemua pantai-pantai, air terjun, pasaraya-pasaraya, airport Pengkalan Chepa, dan seumpamanya. Jadi disini, tanggungjawab siapakah untuk menangani masalah moral ini yang berkait rapat dengan zina dan buang bayi.

Jika tanya Nik Aziz, pasti jawapannya adalah Hudud. Apa saja pun jawapannya sentiasa menghukum bukannya mendidik. Tidak bolehkah sebagai contohnya dewan pemuda Pas bertindak sebagai pembanteras kepada maksiat ini dengan melakukan serbuan serta memberi nasihat kepada golongan ini supaya maksiat sebegitu tidak terus dilakukan.

Dengan cara itu, kes zina dan buang bayi dapat dielakkan kerana keghairahan itu tidak dapat dimulakan ditempat-tempat seperti yang dirakamkan. Bermulanya zina adalah adegan "ringan-ringan" ditepi pantai yang stimnya itu disudahkan dibilik-bilik hotel, rumah sewa dan sebagainya. Hasil dari itu, sebahagiannya seperti print screen yang telah dilampirkan dibawah.

Sampai bila kita nak bercakap pasal berjuang Islam tapi tindakan langsung tidak ada, sedangkan tindakan itu sangat mudah untuk dilakukan, tidak seperti mana untuk melaksanakan Hudud, undang-undang manakah yang menghalang satu skuad khas dalam membanteras maksiat seperti ini. Rasanya tidak ada dan pemuda Pas boleh lakukan pada bila-bila masa sahaja.

Memanglah rakaman itu tidak ada perlakuan yang teruk, kalau siar yang teruk dari itu mungkin ianya sudah mengaibkan dan memalukan, namun itulah pemula zina dan hukumnya tetap HARAM disisi Islam, kalau disisi Pas kena tanya Nik Aziz dulu, cukup setakat itu untuk kali ini, dan "Lensa Mungkar" tetap akan terus  merakamkan adegan-adegan seperti ini untuk disiarkan tanpa sebarang tapisan. Awas anak muda anda sedang diperhatikan....

Memetik petikan lalu, sebagai landasan dan dasar perjuangan yang PAS ingin tegakkan Membangun Bersama Islam dan menunjukkan seriusnya kerajaan PAS Kelantan dalam membanteras  gejala maksiat mungkin caranya lebih baik dengan   mengusulkan penubuhan satu unit khas dalam membanteras maksiat yang berlaku ini.
Jika cara penubuhan unit khas oleh dewan Pemuda Pas ini telah dilakukan maka bolehlah kalau kita nak kata PAS ni ikhlas untuk memperjuangkan Agama Allah. Ni terus nak pergi kepada perlaksanaan Hudud, sampai bila ianya dapat dilaksanakan kalau PAS pun bertanding tak cukup kerusi untuk mentadbir negara.

Ketahuilah Hukum Islam atau perlaksanaan hudud ini didalam kerangka Islam, bukannya politik, tidak semestinya menjalankan Hukum Hudud ini akan aman negara tanpa terlebih dahulu mewujudkan satu suasana yang kondusif. Lihat apa yang berlaku di negara yang menjalankan Hukum Hudud seperti  Pakistan. Adakah aman negaranya? Ketahuilah juga negara mana yang paling aman didunia. Adakah Negara yang menjalankan Hukum Hudud.?

Pastinya tidak, tetapi negara itu mengamalkan apa yang diajar oleh Islam didalam pentadbiran walau pemimpinnya bukan dikalangan orang Islam. Menjalankan Hukum HUDUD dikala keadaan yang tidak sesuai adalah seperti untuk menghancurkan Islam dan menunjukkan Hukum Allah tidak mampu mengamankan negara dari jenayah. Sedangkan kita yang tidak mengikut peraturan yang sebenarnya sebelum kita melaksanakannya.

Jika selama ini Nik Aziz dan Hj Hadi serta semua mereka yang tidak pernah mencuri, tidak pernah berzina apakah ianya kerana adanya Hudud dan juga takut dipotong tangan atau direjam? Baiknya seseorang insan bergantung kepada dakwah dan iman yang ada didalam hatinya, Iman terbentuk melalui cara dakwah bukan cara hukum.

Oleh yang demikian cegahlah kemungkaran ini yang lebih WAJIB dari perhimpunan Bersih. Ini jua adalah perkara mungkar yang sangat mungkar, pemaksiat zina boleh menjadi seorang pembunuh, Firman Allah s.w.t maksudnya  "Jangan kamu hampiri perbuatan zina kerana ia adalah kejahatan yang sangat keji dan sejahat-jahat jalan." (Surah Al-Isra’ ayat 32) Anda mampu mengubahnya....







SELEPAS PRU KERAJAAN AKAN DIGULINGKAN - TUN MAHATHIR

Dr Mahathir Mohamad mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), mereka akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Selepas itu, dakwa bekas perdana menteri Tun berkata, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara ini akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara.

Ini katanya termasuk mogok pelbagai tempat anjuran pembangkang.

"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.

"Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo.

"Malaysia akan dicap sebagai police state (negara polis)," dakwanya.

Dr Mahathir  juga berkata, berdasarkan sejarah Malaysia, pembangkang tentu kurang yakin untuk mendirikan kerajaan Pusat dan cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka.

"Melihat penggulingan kerajaan di negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka," dakwa Mahathir lagi.

CINA, INDIA ATAU KAFIR-KAFIR TAK BOLEH HADIR !!! - NIK AZIZ !

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru masyarakat pelbagai bangsa yang beragama Islam supaya hadir pada majlis himpunan besar-besaran pada 1 Jun ini di Kedah.

Katanya, majlis perhimpuan besar-besaran dan penuh bermakna khusus untuk orang Islam yang inginkan keadilan sahaja perlu hadir pada majlis yang akan diadakan di Stadium Sultan Abdul Halim, Kedah.

“Semua bangsa, sama ada Melayu Muslim, Cina Muslim, India Muslim pergi ke majlis perhimpunan itu nanti beramai-ramai,”ujarnya.

Menurutnya, program berkenaan penuh erti kerana ianya akan diisikan dengan majlis munajat, mubahalah dan lain-lain lagi untuk diluahkan hasrat kepada Yang Maha Esa sempena PRU 13 yang semakin hampir.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas majlis perasmian aktiviti memanah sekolah Yayasan Islam Kelantan (Yik), ketik diminta mengulas berhubung program itu.

“Kita boleh mengadu pada Allah berhubung kita sering diperlakukan sedemikian rupa oleh pihak tertentu dengan kezaliman walaupun usaha untuk memperjuangkan Islam,”ujarnya.

Sambungnya lagi, memerangi perbuatan mungkar menjelangnya pilihanraya adalah suatu perkara wajib tidak kira melalui Bersih atau apa cara sekalipun.

Bersih hanya satu daripada cara bahawa rakyat tidak bersetuju dengan pengundi hantu, kekotoran daftar pengundi dan berbagai lagi.

“Nak perjuangkan melalui Bersih itu terpulanglah, tetapi wajib menentang kezaliman, kemungkaran dan berbagai lagi,”ujarnya.

Menurutnya, itu semua bukan kerja parti sahaja, sebaliknya ajaran agama.

- Kemungkaran dan kezaliman hanya WAJIB ditentang sekiranya ia dilakukan oleh kerajaan BN sahaja, kerajaan Pas tak boleh tentang.

- Hanya orang Islam sahaja yang boleh hadir, orang kafir dilarang sama sekali kerana dikhuatiri akan terbuka pintu hatinya dengan program yang dianjurkan oleh Parti Islam dan sangat bercanggah dengan arahan yang dikeluarkan oleh Dap sekiranya ada dikalangan orang kafir yang mula berjinak-jinak dengan Islam.

- Nak mengadu kepada yang esa ni bila hampir pilihanraya sahaja  jika buka hampir PRU program begini jarang sekali diadakan.

- Namun renung-renungkanlah kezaliman dibawah ini bagaimanapula hukumnya mengikut perlembagaan Islam. Anda Mampu Mengubahnya...




'UNDISPUTED LEADER' HILANG AURA - PELAKON HANTU POPULAR SELAR TOK PA

Jika diimbau kembali sejak akhir-akhir ini seakan ada sesuatu yang tidak kena dengan tindak tanduk dan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga merangkap Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Auranya sebagai seorang pemimpin yang sebelum ini disegani lagi dihormati sepertinya sudah berTUKAR dan sedang menuju ke arah keadaan yang kurang normal jika dibandingkan dengan perwatakan beliau sebenar yang lebih tenang dan cukup cermat didalam membuat satu-satu kenyataan.

Apa yang sudah merasuk fikiran beliau sehingga mengeluarkan kenyataan yang bersifat 'budak' dan tidak kena langsung dengan beliau selaku seorang Menteri kabinet dan telah disiarkan didalam akhbar Sinar Harian semalam.

Menurut beliau tindakan segelintir bekas pegawai kerajaan dan selebriti menyertai Pas konon untuk berdakwah, sebenarnya hanya untuk berpolitik, banyak saluran yang boleh digunakan jika benar mereka ingin berdakwah, termasuk menerusi badan bukan kerajaan (NGO) seperti Perkim atau badan agama yang lain.
"Kalau nak berdakwah tidak semestinya melalui PAS...boleh pergi ke masjid-masjid, menyertai Perkim atau sebagainya dan tidak perlu kepada parti politik," katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Penjawat Awam dan Pemimpin Tempatan Negeri Kelantan, di sini malam tadi.

Mustapa berkata penjawat awam yang menyertai pembangkang selepas mereka berpencen, perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan.

"Bukan sahaja mereka dibela ketika bekerja malah ketika pencen hidup mereka jauh lebih selesa kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) pada hari ini tidak pernah mengabaikan mereka," katanya.
Beliau berkata pada masa yang sama, kerajaan menghormati pendirian mereka untuk menyertai pembangkang kerana negara mengamalkan konsep demokrasi. 

Bagaimanapun kenyataan beliau itu terus ditempelak oleh Hairie Othman yang juga seorang artis menerusi ruangan sembang Facebook dengan berkata " Saya artis jugak, kalau artis kempen/masuk UMNO x de pulak nak dijadikan isu, kenapa bila kita nak demokrat, nak berbeza pendapat selalunya dianggap pembangkang, kenapa, nak berbeza pendapat tak bole ke? mesti ikut macam lembu saja " ?
Mungkin jarang sekali dan mungkin juga belum pernah lagi kita mendengar mana-mana artis menyelar kenyataan Tok Pa, keperibadian Tok Pa yang juga dikenali sebagai 'undisputed leader' dan 'the pleasant leader' sangat disenangi oleh semua pihak itu gagal dikekalkan oleh beliau, tambah malang keadaan ini berlaku ketika hampirnya dengan PRU 13.

Sepatutnya Tok Pa sebagai pemimpin lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan yang berbaur paksaan dan boleh menimbulkan rasa kurang senang sesetengah pihak, sebaliknya bertindak dengan sesuatu  yang lebih bersifat 'mesra' untuk menarik golongan tersebut dan mengelakkan lebih ramai lagi yang akan memberontak.

Sayang sekali seorang pemimpin yang dikenali dengan kesopanan bicaranya tidak lagi mampu untuk mengekalkannya didalam situasi politik yang semakin tidak menentu ini. Bagaimanapun Gk  percaya keadaan ini hanyalah sementara  jika Tok Pa melakukan transformasi sepertimana yang pernah dicatatkan sebelum ini, Klik DISINI

Keperibadian watak bercirikan  kejujuran dan bicara tertib  Tok Pa yang sempat dirakamkan sebelum ini pada klip video dibawah. Apapun kuasa yang ditentukan tidak  kekal sepertimana kuasa yang menentukan.  Anda Mampu Mengubahnya...

MUSTAPA MOHAMED BERUNDUR ATAU LAKUKAN TRANSFORMASI !!!

Sikap diskriminasi yang diamalkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed bukanlah satu pilihan yang bijak untuk rakyat Kelantan meletakkan beliau sebagai mengepalai kerajaan negeri sekiranya BN berjaya mengambil alih Kelantan selepas PRU13 nanti.

Umumnya rakyat Kelantan mengetahui bahawa Tok Pa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merupakan seorang pemimpin yang berimej bersih tanpa diselaputi dengan mana-mana skandal, namun imej bersih itu bukanlah segala-galanya tanpa ada skill kepimpinan yang baik didalam mengurus tadbir segala yang telah diamanahkan kepada beliau.

Kegagalan Tok Pa untuk melakukan transformasi keatas sikapnya itu boleh diibaratkan sebagai Tok Pa sedang membajai benih-benih yang akan menjadi parasit untuk mereputkan rimbunan yang besar lagi subur.

Sering Tok Pa mengingatkan penjawat awam (berpencen) yang menyertai pembangkang perlu menyedari jasa kerajaan selama ini yang mereka tidak pernah diabaikan. Tapi Tok Pa lupa jasa rakyat yang menjadikan Tok Pa sebagai Menteri diatas undi yang diberikan kepada Barisan Nasional membentuk kerajaan.

Tok Pa juga sering mengingatkan rakyat akan jasa kerajaan tapi mungkin Tok Pa lupa sekiranya rakyat mengundi Pakatan Rakyat Tok Pa tidak lagi akan bergelar Menteri, diatas hakikat itu apa salahnya jika Tok Pa bersikap adil dan matang dalam membuat sesuatu kenyataan dan memimpin dengan adil selaku Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan.

Jika disebut sebagai perhubungan UMNO NEGERI maka sudah pasti ianya bersifat menyeluruh tanpa sebarang diskriminasi kepada mana-mana pihak. Bila disebut juga NEGERI ia tidak boleh hanya tertumpu kepada sesuatu pihak atau bahagian semata-mata.

Tok Pa perlu bezakan diantara NEGERI dan JELI ataupun PENGKALAN CHEPA, keseimbangan itu penting didalam membuat pengurusan supaya Tok Pa tidak hanya digelar layak menjadi Menteri Besar Jeli sahaja. Tok Pa selaku pengerusi Umno Negeri perlu lebih terbuka dan tidak tertumpu kepada kroni-kroni atau budak-budak yang duduk 'gelewat' di kaki Tok Pa semata-mata.

Tok Pa juga perlu memandang lebih jauh dengan merentasi segala halangan dan sempadan bagi mendapatkan setiap maklumat yang berguna untuk membantu jentera BN Kelantan khasnya, Tok Pa jangan sekadar mengamalkan makanan yang siap terhidang tanpa mencari makanan lain yang berada diluar pandangan mata.

Kerana kadangkala makanan yang siap terhidang itu mungkin sekadar makanan biasa yang rutin dan mudah didapati seperti ikan dan ayam, tidak sebagaimana makanan yang perlu diburu seperti rusa dan kijang yang adakalanya mungkin lebih enak sekiranya ia didapati dalam keadaan yang masih segar.

Jika 'Bapa kebajikan' yaitu YAB Perdana Menteri yang dikasihi Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak boleh berlaku adil dan selari dengan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau kenapa tidak Tok Pa ? Jika YAB PM bersifat Perdana Menteri Pekan seperti Tok Pa Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Jeli bukankah perkara itu satu malapetaka besar kepada kerajaan Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu sikap keterbukaan seorang pemimpin itu perlu dan tidak hanya tertakluk kepada kroni, saudara mara, kaki bodek, kaki wayang opera dan 'penyonglap bersiri' sahaja. Tidak mungkin SB ditugaskan tidak menjalankan tugasnya dengan amanah didalam setiap apa yang dilaporkan.

Bagaimanapun jalan alternatif untuk Tok Pa mengetahui perkara yang sebenar disetiap program ikhlas minyak pakai air cukup jelas dengan melihat hanya rakaman slider yang dimuat turun dan bukannya rakaman video liputan penuh program yang didongengkan mendapat sambutan hangat itu. 

Tidak serikkah Tok Pa dan BN Kelantan yang senantiasa menipu diri sendiri dengan permainan gimik dan saraf yang lansung ternyata gagalnya. Create program kuno berkuno untuk dapatkan fund adalah satu sikap yang tidak bertanggungjawab dan menipu keseluruhan pemimpin dan rakyat. Program yang nyata gagal dan tidak memberi impak positif kecuali untuk penuhkan poket adalah perbuatan yang sangat keji.
Jika duit digunakan untuk buat program itu datangnya dari dana parti atau UMNO sendiri lantaklah, tapi bagaimanapula jika duit itu datangnya dari Agensi kerajaan Contohnya seperti BTN, diulangi sekali lagi Contohnya.....

Hari demi hari dan masa demi masa merintis dan terus merintis dalam menyelongkar diskriminasi kemimpinan yang diamalkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri  akan diteruskan selagimana pengerusinya tidak melakukan transformasi pada jentera yang dikepalainya bagi memenangkan BN di Kelantan. Diam bukan bererti selesai dan kecoh bukan bererti belot.

Kenyataan yang dilontarkan diatas adalah pendapat peribadi yang turut dikongsi oleh beberapa orang rakan lain dan ianya tiada kena mengena dengan mana-mana pihak atau cabang didalam Umno mahupun Barisan Nasional. Matlamat dan perjuangan tetap berterusan walau angin bayu sentiasa beralih arah, pengkhianat kepada rakyat akan tumbang dihapuskan walau dalam keadaan  susah ataupun  payah. Mara tetap mara, namun rakyat jua yang mampu mengubahnya.......

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...