PANAS !!! SKANDAL HUSAM DENGAN GURU MATEMATIK DIJAWAB RAFIZI !!!

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, menyifatkan durian runtuh kepada peneroka sebanyak RM15,000 terlalu kecil jika dibandingkan dengan keuntungan yang diperolehi.

Katanya, RM15,000 hanyalah pulangan hak pada mereka ke atas kehilangan ladang komersial yang sebelum ini menjadi sumber dividen tahunan.

“Felda memberikan dividen yang tertinggi di negara ini, iaitu 15 peratus setahun kepada peneroka, iaitu hasil ladang komersial yang tidak ada peneroka.

“Ladang komersial itu diagihkan dalam bentuk dividen kepada peneroka sebanyak 15 peratus seorang setiap tahun,”ujarnya lagi.

Tambahnya, apabila peneroka diberikan RM15,000 ini mereka tidak lagi menikmati dividen tahunan seperti mana sebelum ini kerana ladang berkenaan telah menjadi milik Felda Global Vantures Holding (FGVH) Sdn Bhd.

“Tukaran dari hak milik tersebut terlalu kecil. Saya ingat durian runtuh ini RM38,000 ke atas bersekali dengan saham peneroka dalam syarikat FGV yang disenaraikan,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung ‘durian runtuh’ sebagaimana yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak di hadapan warga peneroka, di Felda Jengka 8, Jerantut, Pahang.

Tambah Husam yang juga anggota exco kerajaan negeri Kelantan turut mempersoalkan kenapa durian runtuh yang dimaksudkan itu terlalu kecil, malah tidak bersetuju dengan jumlah itu.

“Sepatutnya dengan hak yang dilepaskan oleh peneroka itu mereka seharusnya mendapat jumlah yang lebih besar daripada apa yang diberikan,”ujarnya.

Tambahnya, jika dinilai dari RM15,000 untuk diagihkan kepada semua peneroka hanya melibatkan jumlah RM500 juta.

Beliau menambah, sedangkan pada awalnya jumlah pendapatan yang wajar diperolehi melalui durian runtuh sebanyak RM2 bilion.

“Jadi saya nak tanya Perdana Menteri ke mana perginya wang sebanyak RM1.5 bilion lagi. Kenapa mereka hanya diberikan RM15,000 dan bukannya RM38,000 sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini?,”soalnya.

Rafizi
ULASAN PKR telah meneliti prospektus penyenaraian Felda Global Ventures (FGV) untuk menentukan berapakah nilaian sebenar ganjaran yang sepatutnya diperolehi oleh peneroka Felda.

Proses ini turut melibatkan perbincangan dengan penganalisa pasaran untuk menentukan prestasi FGV dan harga setiap unit saham apabila disenaraikan kelak.

Berdasarkan prospektus penyenaraian, dana yang akan dikutip oleh Felda selepas penyenaraian berjumlah RM5.6 bilion, sementara FGV pula akan mendapat suntikan dana tambahan berjumlah RM4.557 bilion.

Ini berikutan urusniaga berikut:

1. Felda akan menjual 59 peratus daripada pegangannya sedia ada di dalam FGV (bersamaan 1,208,890,900 saham) kepada pelabur-pelabur baru.

2. FGV akan menerbitkan saham baru berjumlah 980,000,000 yang akan dijual kepada pelabur-pelabur baru.

3. Harga penyenaraian setiap unit saham adalah RM4.65.

4. Dana tambahan yang dikutip oleh FELDA adalah RM4.65 X 1,208,890,900 = RM5.6 bilion.

5. Dana tambahan yang dikutip oleh FGV adalah RM4.65 X 980,000,000 = RM4.557 bilion.

Jumlah keluarga peneroka Felda di seluruh negara adalah 112,635 yang berhak mendapat keuntungan dari proses penyenaraian ini kerana tanah seluas 840,603 ekar yang diusahakan oleh Felda Plantatians Sdn Bhd adalah milik mereka.

Tanah ini dipajakkan kepada FGV yang memberi nilaian besar kepada penyenaraian ini. Tanpa tanah yang diambil oleh Felda atas nama peneroka ini, penyenaraian FGV akan gagal.

Oleh yang demikian, PKR berpendapat Datuk Seri Najib Tun Razak harus berterus terang kepada rakyat bahawa hanya 30 peratus (berjumlah RM15,000 setiap keluarga) daripada dana yang dikutip akan diagihkan kepada peneroka. Jumlah keseluruhan agihan ini adalah RM1.689 bilion.

Bakinya yang lebih besar (iaitu 70 peratus daripada jumlah dana yang dikutip) berjumlah RM3.942 bilion akan disimpan dan digunakan oleh pentadbiran beliau.

Maka, reaksi pertama PKR kepada pengumuman beliau pada hari ini adalah:

1. Datuk Seri Najib Tun Razak wajib mengagihkan KESEMUA dana yang dikutip oleh Felda kepada peneroka. Ini bersamaan dengan RM50,000 setiap keluarga, bukannya RM15,000 yang diumumkan. PKR mencabar beliau mengumumkan agihan keseluruhan RM50,000 ini; dan

2. Pentadbiran Barisan Nasional mestilah memperincikan bagaimanakah baki RM3.942 bilion akan dibelanjakan supaya ada ketelusan dan amanah. 
 
Gk sekolah tak tinggi dan sedikit pening dengan angka billion yang dikira oleh dua orang pakar ini.
 
1.) Husam kata Kerajaan sepatutnya bagi RM 38,000 setiap keluarga, Rafizi pula kata RM 50,000 sekeluarga.
 
2.) Husam kata kerajaan hanya membelanjakan RM 500 juta bukannya RM 2 Billion seperti yang di war-warkan dan mempertikaikan kemana perginya RM 1.5 Billion lagi ? Rafizi kata hanya RM 1.689 Billion sudah diagihkan dan mempertikaikan kemana perginya RM 3,942 Billion lagi.

Kalau Rm 15,000 x 112,635 peneroka jumlahnya RM1,689 Bilion. Jadinya yang mana lebih tepat atau keduanya tidak tepat hanya reti kira hak kerajaan BN bagi sahaja, Hak kerajaan PR tunggu dapat royalti dulu kata Husam........................Serahkan pada yang pakar, Anda Mampu Mengubahnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...