SHAH ALAM - Pas hanya mampu untuk terus berbincang dengan rakan Pakatan Rakyat (PR) bagi mendapatkan sokongan dasar perjuangan Islam yang sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.
Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib berkata, perkara yang terus akan dibincangkan dalam setiap rundingan bersama PR adalah dasar perjuangan Pas dan agenda parti termasuklah melaksanakan hukum hudud.
Menurutnya, sebagai sebuah parti berlandaskan agama Islam, Pas tidak akan berhenti untuk terus mencari sokongan bagi melaksanakan perkara tersebut.
“Ini adalah dakwah. Tidak mungkin sekejap ada, sekejap tiada. Pas akan terus berusaha mendapatkan sokongan semua rakyat negara ini termasuk DAP dan PKR.
“Setiap kali bertemu dan berbincang, setiap parti akan mengusulkan agenda masing-masing. Pas tetap ke depan dengan dasar Islam. Hudud juga sebahagian daripadanya, walaupun bukan agenda utama setiap kali berbincang.
“Seperti yang dijelaskan, usaha Pas tidak akan berhenti. Pas bukan sahaja berpolitik malah berdakwah,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, Pas tidak pernah ‘tutup buku’ atau menyerah dalam soal-soal melibatkan Islam.
“Apa sahaja yang berkaitan dengan Islam, Pas akan ke depan. Ini membuktikan dasar perjuangan kami tidak pernah tersasar,” katanya.

-Bagaimana pula jika Dap tetap tidak merestui Hukum Hudud dilaksanakan dinegara ini ? Jawapannya mari kita jawab bersama, "Dap tak bagi tak apalah, kita tetap berusaha, lagipun Dap ni bukan Islam, yang masalahnya Umno ni yang Islam". Maka tertutup teruslah isu ini tanpa dijawab.
Takkan macam tu punya senang ada lagi yang nak tertipu, kalau asyik alasan sana sini jangan nak cakap ikhlaslah, menyalahkan Umno bukan satu jawapan yang jujur diatas dasar perjuangan, sebaliknya ketepikan soal Umno dan teruskan dengan cara Pas yang dianggap boleh menyelesaikan segala masalah ummah itu.
Sekiranya penyokong Pas ini berada pada landasan yang sebenar mereka perlu berfikir dengan setiap alasan yang diberikan oleh pemimpin Pas itu sampai bila Hudud akan terlaksana, cakap saja nak solat tapi tak solat tak guna, cuba nak solat alasan rasa letih, banyak kerja, tak cukup masa dan semua alasan itu bukan satu alasan yang boleh terlepas daripada dosa sekiranya ia ibadat yang wajib.
Biar sedar sikit, Pas berkerajaan dah lebih 20 tahun, Jangan kata hukum, deraf hukum pun tak siap lagi, lebih 20 tahun dan hampir nak pilihanraya lagi baru nak tubuh jawatankuasa Hudud, jika Pas bersungguh untuk melaksanakan Hukum Hudud bukan macam tu caranya, paling tidak pun deraf apa semua dah siap complete dan tinggal lagi perlaksanaan sahaja.
Hilang akal ke takder akal ?....Anda Mampu Mengubahnya....
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.