TUMPAT - Kedatangan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke Kelantan baru-baru ini telah mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi membantu lima pusat pengajian pondok di sini, dilaporkan sebanyak 5 buah pondok tersenarai bakal menerima bantuan tersebut yaitu Pondok Berangan, Pondok Bunut Susu, Pondok Jal Besar, Pondok Pulau Ular dan Pendok Geting.
Bagaimanapun salah satu dari Pondok-pondok tersebut yaitu Pondok Berangan. menolak bantuan itu yang disifatkannya sebagai gula-gula politik.
Difahamkan pengurusan Pondok Berangan, Muhammad Ali menolak sumbangan kerajaan pusat, lagipun katanya, sumbangan yang dijanjikan itu belum diterima pihaknya. pondok berkenaan tidak pernah menerima bantuan pusat sejak diwujudkan 70 tahun lalu.
Menurut Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar, beliau menghormati pendirian tegas pengurusan Pondok Berangan menolak tawaran yang lebih bersifat politik.
Katanya, pendirian tersebut perlu dihormati kerana mereka ada maruah yang perlu dipertahankan dan bukannya mudah diperalat bagi kepentingan politik pihak tertentu, hanya pondok yang tidak ada pengaruh dalam masyarakat seperti Pondok Geting menerima sumbangan disampaikan pemimpin Umno.
Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari, itulah kata-kata yang sering meniti dibibir mereka yang bergelar insan, hal yang terjadi ini boleh diibaratkan rezeki ditolak bermusuh pula dengan kerajaan, apa persepsi masyarakat bila perkara ini terjadi kepada pusat pengajian agama?.
Salah satu fungsi pusat pengajian pondok adalah untuk mengembangkan Islam, apa mungkin Islam akan berkembang dengan cara yang begini, sukakah bukan Islam melihat hal ini, sedangkan ia sedikit sebanyak boleh memalukan orang yang memberi diatas tanggungjawabnya, andainya tak bagi dikatakan pula dianaktiri atau tidak membantu dalam perkembangan Islam.
Yang betul kita kata betul, yang tidak betul kita kata tidak, bukanlah bertujuan untuk mencari salah orang tapi sekadar berkongsi pandangan, atas dasar Islam pasti kita buntu fikir pasal apa Pondok Berangan tidak menerima wang tersebut, bagaimanapula dengan 4 pondok lain yang menerima pula bantuan itu.
Sebab itulah Islam yang sebenar tidak mengajar umatnya untuk menjadi ekstrim, fahaman ekstrim ini hanyalah akan memporak-perandakan dan di Malaysia ianya dibawa oleh Pas, Islam mula menjadi ganas bilamana dipentas-pentas ceramah dihamburkan kata-kata hasutan, makian, cabaran, fitnah dan seumpamanya.
Tindakan Pondok Berangan yang menolak bantuan itu seakan-akan ianya lebih sempurna dari 4 pondok yang menerimanya, kalau nak kata bantuan itu HARAM, maknanya 4 pondok yang lain tu terima wang haramlah, atau tidak menerima itu atas dasar politik yang angkuh dan kufur dengan nikmat Allah Taala.
Tidak pernah terima bantuan selama 70 tahun bukanlah satu perkara untuk menjadi angkuh diatas rezeki yang dikurniakan oleh Allah, dan ini hanyalah semata-mata kerana politik, dah kerajaan kita ni suka bagi bantuan semasa hampir PRU, terima sajalah, soal nak sokong siapa itu atas diri masing-masing, sebagai kerajaan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk membantu seperti tanggungjawab ibubapa terhadap anak-anaknya.
Namun apalah yang Gk nak sibuk-sibukkan, orang taknak terima sudahlah, bukan begitu, kita ni ada adat, kalau ya pun tak nak terima carilah pendekatan yang lebih baik untuk menolaknya, bukan dengan mencari Ahli Parlimen Pas dan menghebohkan perkara ini serta dimanipulasi untuk memalukan si pemberi, Islam tidak ajar begini.
Apalah salah sekiranya ketika dipanggil untuk menerima wang tersebut, bagitahu secara tertutup kepada pihak kerajaan bahawa pihak pondok enggan menerima kerana sudah kaya atau diatas sebab-sebab tertentu, dan cadangkan wang itu diberikan kepada mereka yang lebih layak seperti rumah anak yatim atau membaiki rumah-rumah orang miskin disekitarnya.
Kita taknak terima tidak mengapa, tapi dengan peruntukkan yang sudah ada itu bukankah lebih baik ianya diambil dan dicadang berikan kepada mereka yang memerlukan, itu lebih mulia dan Islam akan lebih dihormati, jagalah institusi keagamaan itu supaya ia tidak tercemar dengan Islam Pas, janganlah angkuh seperti Nik Aziz..Insyaallah Anda Mampu Mengubahnya...
Dia tolak bantuan dengan alasan pemberian itu bersifat politik tetapi penolakan bantuan itu juga bersifat politik kerana memanggil orang PAS untuk memberi komen untuk memalukan pemberi .... dunia dunia
ReplyDeleteTak kira siapa yang beri . Kerajaan BN ke atau orang ramai ke. Semua itu datang dari Tuhan. Tangan manusia hanyanya sebagai utusannya, tidak lebih dari itu..
Deletebiarlah...yang penting niat nak membantu ikhlas, sekarang mungkin dia tolak, sekarang mungkin dia ada prinsip yang dipegang teguh (tanak dikata tak bersyukur atas bantuan yg dihulur, kalau masih tegar pembangkang) kita tak tau kan... ape yang boleh dibuat, kita doakan kesejahteraan mereka. kan tu lebih baik dari puak2 yang ditegur sikit dah meloncat2 memaki dan menafi....
ReplyDeleteni lah pekdahnya,sampai pondok agama pun diracun Pas,apa perasaan kalau org buat mcm tu pd kita,pk lah otak ada,xkan blajaq agama pn xleh pk benda cmni,org dh bagi terima jerlah.ish macm2
ReplyDeleteWalaupun bertaraf Guru Pondok, tapi bila masuk unsur politik dalam pentadbiran ini lajadi nye, yang memberi dituduh bersifat politik, yang menolak pun tak sedar dia juga bersifat politik, bila dah timbul sifat riak dan takbur macam tu,dah tak guna dah amalan kita selama 70 tahun tu, lebih baik masuk terus PAS boleh le tambah lagi ke RIAK an dan ke TAKBUR an .
ReplyDeletedia dapat cukupi dari kerajaan negeri... tapi tidak bagi p0ndok 4 yg lain dipinggirkan..Kerajaan Pusat tetap adil untuk memberi nya... itu isu yg sebenar... Pondok berangan pun pandai spin.... maklumlah anak mas Pas ... budget tak miss...sepanjang masa... lakonan drama Akedemic Nik Ajis...lah
ReplyDeletehahaha...lawok aku baco komen sek mu ni... xdok gapo pun dio xse trima...isu kecik... dio xkaca idup mu.... mu xrajin masuk pn pondok dio.... xpayoh nk komen... mu caro ko ulamak besar mu la, abdullah saamah pade la
ReplyDeletehahaha...mari dulu pondok berangan ni...baru tahu situasi sebenar..jangan duk fitnah koksir abe...
ReplyDeletePondok ni bodohlah kalu tokse terima bantuan tapi kena warning awal-awal ko puak Pas kekasih DAP. Dengar khabarnya kalu Hj Mat terima bantuan keno hambat kelek sebab pondok tu milik aruah tok Guru KOB..ayah TMB.Wallahuaklam.
ReplyDeleteAku tok heran lansung sebab PAS bukannya nok pejuangkan Isle. Politik 24 jam, siang dan malam. Semetar ko PAS..kononnya Isle.
Jahat mengalahkan setan. Tak nyata lagikah jahatnya PAS? Tahu ko. Ada Penyokong PAS berjubah berserban berdemonstrasi bersama-sama nyonya2 DAP suruh robohkan sekolah rakyat. Kalu DAP minta roboh sekolah agama aku tok heran ni Tok-Tok lebai berjanggut.
Kito ni tulong keno insaf keno kabar retek kito nih.