TARIKH PRU 13 PM UJI PEMIMPIN YANG KEBAJIKANNYA BERMUSIM

Tarikh PRU 13 kali ini betul-betul menguji tahap kebajikan pemimpin yang bakal dicalonkan oleh pucuk pimpinan 'Bapa Kebajikan' YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak, biarpun pelbagai spekulasi yang timbul mengenai tarikh PRU 13 dilihat Perdana Menteri begitu tenang melayaninya.

Lambat atau cepat bukanlah satu perkara yang besar untuk difikirkan, kerana yang pastinya ia akan tiba dalam jangkamasa yang semua sudah maklum mengenainya.

Namun, percaturan politik YAB PM ini sangat unik dan menarik, dimana situasi yang diwujudkan ini secara jujurnya memberi satu peluang yang sangat terbuka kepada rakyat Malaysia untuk memilih calon-calon yang benar-benar berkelayakan bagi menjamin masa depan negara yang cerah dengan dibarisi kepimpinan yang ada ada idea, isi, keintelektualan, dan yang boleh berfikir untuk menterjemahkan agenda nasional menjadi kenyataan.

Kerana rakyat tidak lagi inginkan seorang pemimpin yang kebajikannya hanya 'bermusim', bila tahu PRU makin hampir maka semuanya sibuk dan rajin untuk melawat kampung-kampung dan seumpamanya. Bila situasi begini, rakyat boleh lihat samada pemimpin yang sebelum ini menyangka PRU 13 diadakan pada Jun masih lagikah meneruskan apa yang sebelum ini dilakukannya.

Mungkin sebahagian dari pemimpin itu sudah jemu dan pecutannya sebelum ini yang begitu laju sudah mula memperlahankan rentaknya, so maknanya pemimpin yang jenis ini langsung tidak layak dan tidak perlu diberikan undi padanya, kerana kebajikan bermusim ini hanyalah kebajikan untuk projek. Jadi pemimpin kerana nak buat parti dan kerajaan sebagai platform untuk mencari kekayaan semata-mata.

Oleh itu perhatikanlah pemimpin-pemimpin itu samada ianya benar-benar berkelayakan ataupun tidak, gunalah kesempatan dan peluang yang diberikan oleh Perdana Menteri ini kerana ia juga salah satu kebajikan kepada seluruh rakyat didalam memilih pemimpin. Anda Mampu Mengubahnya......
'Sep kito beyeh, maintain sokmo'

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...