TERKINI !!! MASIH ADA LAGI PERKHEMAHAN DI DATARAN !!!

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pagi ini bertindak merampas barangan dan khemah yang didirikan aktivis Occupy Dataran di hadapan bangunan Majlis Peguam di Kuala Lumpur.

Seorang aktivis berkenaan Lew Pik-Svonn berkata, pegawai DBKL tiba sekitar jam 10.20 pagi dan merampas satu-satunya khemah mereka di tapak itu.

Barangan seperti beg tidur, tikar, poster, dan alat kelengkapan diri yang diletakkan di dalam khemah berkenaan turut dirampas, katanya.

Lew berkata DBKL bertindak demikian sebaik sahaja mereka beredar dari tapak khemah untuk menyertai perarakan Hari Buruh di tapak letak kereta Pasar Seni pagi ini.

"Kami berpesan kepada pengawal keselamatan Majlis Peguam agar segera maklumkan kami jika ada apa-apa yang mencurigakan berlaku di tapak khemah.

"Beliau kemudian didatangi pegawai DBKL yang bertanya ke mana kami pergi. (Jadi) kami rasa kami memang diperhatikan.

"Selang beberapa minit kami tinggalkan tapak khemah, kami terima panggilan (dari pengawal tentang rampasan)," kata Lew ketika ditemui.

Tambahnya, seorang lagi aktivis, Fahmi Reza kemudiannya meminta pegawai berkenaan supaya memberikan notis bertulis atas tindakan rampasan barangan itu.

"Kami juga maklumkan bahawa khemah itu didirikan atas bangunan persendirian (Majlis Peguam). Mereka tidak menjawab dan hanya beritahu ia arahan pihak atasan dan terus beredar," katanya.

Katanya lagi, kumpulan itu kemudiannya bertindak mendirikan sebuah lagi khemah di lokasi sama.

Kumpulan Occupy Dataran itu mula berkhemah bersama gerakan mahasiswa yang menuntut pemansuhan Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di satu sudut Dataran Merdeka, kira-kira dua minggu sebelum perhimpunan BERSIH 3.0 diadakan.

Perkhemahan kumpulan aktivis itu diadakan dengan matlamat "menuntut kembali ruang awam." -Malaysiakini

5 comments:

  1. Fahmi Reza yang kantoi berkhemah dengan pompuan tu ke??? Semalam lepak ngan sape dalam khemah?? Takkan sorang-sorang kot....

    ReplyDelete
  2. Tangkap semua puak - puak PERDERHAKA itu dan masuk kan dalam kandang Singa,Buaya,Harimau supaya jadi santapan binatang yang kelaparan di zoo. Jenis manusia lebih baik mati.Menyusahkan masa - masa cuti awam pun terpaksa bertugas kerana anak haram jadah. Harap Kerajaan hapuskan PENGHIANAT NEGARA tersebut. Ex-Polis 69.

    ReplyDelete
  3. Wooiiiitttt... aq dah bosanla dgn puak2 bengong dan bangang ini...xabis2 nak rimbulkn kekacauan ... xabis2 nak malukn dan burokkan negara..xcukup dgn pmimpin mrk kalo kuar negara , kejenya dok mmburok dan mmfitnah negara, ni prangai anjing2 dia dlm negara pon mcm tu gak..mngotorkn negara saja..

    Apa kene dgn kjaan skrg nih? Sayang dan prihatin thdp pengkhianat negara ini? dah xde sapa ke nak amek tindakan kat BARUA2 ini ke?

    ReplyDelete
  4. moh kita lalu sambil baling teloq busuk kat depa malam ni... tak salah kot kita buat lagu tur..sebab depa tu sampah...

    ReplyDelete
  5. Usah dilayan tuntutan gila mereka....ada unsur ko nak demo...rampas sahaja....kalau tak cukup makan hantar ...kebajikan masyarakat....kalau tak waras hantar cepat2 ke tanjung rambutan......

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...