TOK PA MUNGKIN OK UNTUK JELI BELUM TENTU UNTUK KELANTAN

Tidak dinafikan kebajikan kerajaan pusat kepada rakyat dinegara ini sangatlah banyak, melihat dalam konteks negeri Kelantan yang dikuasai oleh Pas sudah lebih 20 tahun kebajikan yang disalurkan tidak jauh bezanya dengan negeri yang dikuasai oleh kerajaan BN sendiri.

Kejujuran kerajaan pusat yang ditunjangi oleh BN memang  tidak dapat dinafikan, tapi bagaimana pula dengan kepimpinan diperingkat negeri, kejujuran diperingkat pusat sahaja tidak memberi apa-apa makna kepada rakyat dinegeri ini, 

Sebagai contohnya jika kerajaan pusat telah memperuntukkan bantuan sebanyak RM43 juta untuk dibangunkan rumah rakyat seperti PPRT tapi ianya tersasar dari tujuan itu diatas ketidakjujuran pimpinan BN negeri dalam mengurus tadbir peruntukkan tersebut. Jadi disini dapat memperlihatkan bahawa soal calon adalah penting  dan tidak boleh memilih berdasarkan parti semata-mata.

Yang kedua mengenai sesuatu isu yang ditimbulkan serta respon dari pemimpin selaku pemain isu tersebut, sebelum ini kita pernah dengar Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan mengeluarkan kenyataan berhubung isu air, sila rujuk kenyataan akhbar dibawah.
Selang dua hari kenyataan dibuat Tok Pa yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia, Exco kerajaan negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman bangkit menafikan kenyataan tersebut menerusi sidang akhbar dan disiarkan oleh Sinar Harian. Sila rujuk keratan akhbar dibawah.
Soalnya sampai sekarang kenyataan balas berserta bukti dan fakta gagal ditampilkan oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Kelantan, kenapa dan mengapa ? Apakah Tok Pa tidak tahu perkara ini ?Atau Tok Pa sengaja berniat untuk  membohongi seluruh rakyat Kelantan mengenai perkara itu ? Sehingga kini rakyat Kelantan masih tertanya-tanya mengenai jumlah yang dibangkitkan oleh Tok Pa itu.

Pelbagai spekulasi boleh dibuat dengan angka sebanyak itu apabila ia dinafikan oleh penerima yang juga kerajaan negeri, jika begini kejantanan dan kejujuran Tok Pa ianya pasti diragui oleh rakyat, jika dulu Tok Pa dilabel sebagai "penderhaka", Apa Tok Pa ingin pula dilabelkan sebagai "Pembohong" atau "Pemfitnah". Apa susah sangat nak jawab balik isu tersebut sekiranya Tok Pa bercakap benar.

Merujuk pada kenyataan Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor, sikap lambat memberi respons terhadap siri tuduhan dibuat pembangkang menjadi salah satu punca Barisan Nasional (BN) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008.

" Kita ada ramai orang dalam parti, ada yang dalam parti yang tidak suka bercakap, ada yang tidak faham, ada yang tidak tahu dan inilah masalahnya. Jadi kita terpaksa guna orang-orang tertentu untuk memberikan jawapan. Kadang kala saya kasihan melihat hanya perdana menteri dan timbalannya yang terpaksa menjawab. Kalau bagi dekat saya, saya mesti jawab".

Apa yang boleh difahamkan dari kenyataan Setiausaha Agong Umno berhubung isu yang tidak dijawab itu mungkinkah  Tok Pa terdiri dari tiga golongan pemimpin yang disebut oleh beliau yaitu :
1.) Tidak suka bercakap,
2.) Tidak faham 
3.) Tidak tahu.
Namun jelas Tengku Adnan, Umno terpaksa guna orang-orang tertentu untuk  memberikan jawapan terhadap isu yang dibangkitkan, persoalannya siapakah orang-orang tertentu itu. dan persoalan ini merujuk khas kepada negeri Kelantan, negeri lain rasanya tidak ada masalah.

Apakah orang-orang tertentu itu bernaung dibawah gerakan yang dikenali dengan TUKAR ? tidak munasabah langsung rasanya. Bukanlah ingin memperkecilkan gerakan itu didalam peranan agahnya, tetapi melihat kepada isu yang dibawa serta isu yang tidak dijawab walaupun berbulan sudah lamanya bahkan dibiarkan begitu sahaja.

Bagaimanapun isu ini hanyalah satu contoh dari beberapa isu sahaja, banyak lagi isu yang berlakunya sedemikian, itu belum dikira lagi dengan janji-janji yang tidak tertunai pemimpin yang pernah memenangi kawasan parlimen, realiti sebeginilah yang membuatkan rakyat Kelantan nekad memilih Pas kerana tidak begitu yakin dengan calon-calon yang ditampilkan oleh BN selama ini.

Bagi mereka yang tidak arif mengenai politik di Kelantan mungkin mereka menyalahkan rakyat Kelantan dan sering menggambarkan dengan pelbagai tohmahan negatif tanpa melihat kepada masalah yang sebenar. Sedangkan pemimpin BN sendiri yang menciptakan suasana kurang minat rakyat Kelantan untuk memilih mereka...Anda Mampu Mengubahnya....

2 comments:

  1. Saya faham itu..peruntukan di beri bukan sahaja melalui pinjaman RM618 juta untuk AKSB yang menggunakan RM540 juta tetapi untuk Rakyat Kelantan melalui Kementerian seperti KPWL,KK dan KPKT..saya tahu itu sebab penduduk kampung saya dapat..pemberian berbagai jenis paip air..samada air bukit atau air boring atau air pam..tambahan pula peruntukan khusus RM80 juta menaik taraf bekalan air luar bandar sekarang tetapi peruntukannya belum digunakan sepenuhnya kerana Jentera Case sedang menggali dan menanam saluran paip luar bandar..peruntukan paip dan tangki diadakan setiap tahun satu kampung biasanya dapat lebih kurang 20 buah rumah bergantung pada orang itu hendak atau tidak..kerana bil air akan dibayar oleh pemohon. Saya dengan nama Allah percaya benar dengan Dato' Mustapha.

    ReplyDelete
  2. Ambo mohon kerjasama Anonymous 4.27 untuk perincikan maklumat yg dinyatakan itu berdasarkan sumber2 yg jelas supaya dapat ambo sebarkan mengenai maklumat tersebut. Bila ia diberi?nama apa peruntukkan itu,spt BR1M ke, BB1M ke,ambo sebagai rakyat hanya nak tahu perkara sebenar kerana bagi ambo politik ni kena jelas kalau kita benar ibaratnya...kalu Ambo ore gedebe, ambo pukul ore, ore pukul ambo balik, Ambo wajib kena pukul balik ore tu sebabnya ambo benar, barulah maruah dan kredibiliti kita senantiasa terjaga selari dengan angin/kehendak ore kelate

    Boleh juga email maklumat tersebut di gelombangkick@gmail.com ..kerjasama anda sangat2 dihargai dan didahulukan ucapan terima kasih...Demi Allah ambo percaya sampai masanya kebenaran itu akan pasti berpijak pada haknya....

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...