PERUNTUKKAN RM5 JUTA UNTUK BAIKPULIH RUMAH BUKTI KEGAGALAN PAS DI KELANTAN

BACHOK - Kerajaan pusat telah meluluskan peruntukan RM1 juta bagi membaik pulih rumah nelayan di Bachok dan Pasir Puteh bagi peringkat pertama.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata daripada jumlah itu, RM459,000 adalah untuk membaiki 53 rumah di Bachok dalam tempoh terdekat.

"Ini terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perupuk," katanya ketika melancarkan gerak kerja membaik pulih rumah milik seorang nelayan, Amran Ramli, 42, di Perupuk di sini, hari ini.

Awang Adek, yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata, pada dasarnya kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan RM5 juta untuk 500 rumah nelayan di empat jajahan di Kelantan di Kota Bharu, Tumpat, Bachok dan Pasir Puteh.

Beliau berkata mereka yang terpilih masing-masing menerima peruntukan antara RM7,000 dan RM10,000.

"Bantuan dinanti-nantikan golongan nelayan terutama mereka yang mempunyai keluarga ramai dan terpaksa tinggal di rumah yang semakin uzur serta tidak mampu dibaiki," katanya.

Ketika ditemui pemberita, Amran berterima kasih kepada kerajaan pusat yang prihatin dengan nasib keluarganya.

"Tanpa bantuan kerajaan ini, saya bersama lapan anggota keluarga terpaksa tinggal di rumah yang sempit dengan atap bocor di sana sini sejak sekian lama," katanya.

Amran berkata beliau sendiri tidak berkemampuan kerana berpendapatan rendah sekitar RM300 hingga RM600 sebulan. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...