DAVID TEO MINTA MAAF

Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia.

Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan Tuhan.

Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya & beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja yang sama sama bekerja dalam industri.

Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang kontroversi.

Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 yang lalu semasa beliau sakit.

Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.

Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.

Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.

Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.

Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.

Ikhlas,
David Teo

7 comments:

  1. No point laaa... orang dah mati tak pakai duit lagi... Mulut celupar tu tetap celupar ..tak sensitif langsung...bukan Arwah Bob aje.. ramai lagi dah terkena mulut hancing.... alasan bukan niat sabenar..tu statement pelepas aje....

    Jom jgn hiraukan dia dan penjilatnya yg mesti nak gosok baik punya... Kita lihat siapa yg jadi pengosok..nanti.

    ReplyDelete
  2. Selama ni org melayu banyak support filem lu sampai lu jadi kaya raya.lps ni jgn harapla.......

    ReplyDelete
  3. Lu manyak mutut... Olang punya wang suka suka mau mintak... senyum puun sedekah..ale lawak kah...
    Lu pandai main cakap ... tapi skrip manyak hancing...

    Kawan kawan... jangan hirau ini olang ever and forever... dia macam saint mesti betut selalu...pandai bercakap... ingat ini filem ke...

    ReplyDelete
  4. Kita mesti sokong Dia...cara yg sistematik... nonton melalui CD betul betul ORIGINAL sahaja tapi harga RM 5.00 ... No Wayang ...

    Jom let start the ball rolling....

    ReplyDelete
  5. Orang yang minta maaf, kita maafkan. Semua manusia buat silap bro. Sedangkan Tuhan ampunkan umat, siapalah kita untung menjadi sombong dan ego dengan tiada sifat memaafkan.
    Ya David, gua salute lu dengan sikap rendah diri meminta maaf. Tiada salahnya.

    ReplyDelete
  6. DULU ABANG ADIK SHAW "SHAW BROTHERS" (SI SEPETLA JUGA LE..) HISAP DARAH p.RAMLEE DAN RAKAN SEANGKATANYA SIKALANG BO TEO PULA HISAP DARAH PELAKON MELAYU JUGA TAK ADA TOKEH MELAYU KE NAK SUPPORT YG DOK JILAT SEPET TAK BASOH BERAK TU
    ...

    ReplyDelete
  7. penonton filem melayu semuanya bodoh belake.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...