SESAT! - BERSIH 3.0 HUKUMNYA FARDHU' AIN ! BERDOSA BESAR JIKA TIDAK HADIR !- NIK AZIZ

KOTA BHARU - Selepas Pas membuat arahan secara rasmi agar menyertai perhimpunan Bersih 3.0, kini Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pula membuat seruan yang sama dengan berkata, hadir ke Bersih 3.0 adalah wajib.

Menurutnya, menghadiri program itu suatu kewajipan memandangkan ianya diadakan untuk untuk menentang ketidakadilan khususnya terhadap proses pilihanraya di negara ini yang tidak selari dengan Islam.
“Mana-mana pihak yang melakukan perkara tidak berlandaskan Islam wajib kita tentang,” ujarnya.
Kerana itu, tambahnya ‘wajib’ rakyat di seluruh negara keluar beramai-ramai untuk menjayakan Bersih 3.0 pada 28 April ini dengan tujuan untuk menentang pengundi hantu di samping menuntut tujuh perkara lain.

Gk Yang Jahil berpandangan....

Menarik nafas panjang setelah membaca kenyataan Nik Aziz itu, kenyataan Nik Aziz seperti itulah yang membuatkan Gk agak anti terhadapnya dan tanpa segan silu untuk memaki hamun beliau, Nik Aziz merupakan Ulamak yang bergelar Tuan Guru hanya untuk penganut Pas sahaja, untuk umat Islam ia jauh tersasar dari landasan sebenar ajaran Islam.

Apa hukumnya menyertai perhimpunan Bersih ? Hukumnya adalah WAJIB kata Nik Aziz, WAJIB ni adalah mesti, mesti buat, jika tak buat ianya berdosa, WAJIB ni sepertilah solat lima waktu, berpuasa dibulan Ramadhan dan sebagainya sepertimana yang dituntut oleh Islam.

Inilah bahananya mencampuri urusan politik dengan agama, Nik Aziz suka melihat Islam didalam kerangka politik Pas yang jumud tanpa melihat didalam kerangka Islam yang luas dan adil. Jika WAJIB menyertai perhimpunan Bersih, maka dengan ini berapa ramaikah umat Islam di negara ini yang akan menanggung dosa akibat dari ketidakhadiran mereka.

Jadinya perhimpunan Bersih yang didalangi Ambiga ini lebih wajib dari menunaikan haji, Mahasuci Allah yang hanya mewajibkan kepada umat Islam yang MAMPU sahaja untuk menunaikan haji. Tidak mampu tidak apa, tapi berbeza dengan Perhimpunan Bersih yang diWAJIBkan oleh Nik Aziz tanpa sebarang klausa alasan.

Bila seorang yang dianggap Ulamak meWAJIBkan perkara itu apalagi yang ingin didambakan dari seorang Ulamak seperti itu, tidak dinafikan mantik yang digunakan Nik Aziz untuk mewajibkan perhimpunan tersebut dengan dalil menentang kemungkaran ada benarnya, 

Namun itu hanyalah pandangan dari konteks politik semata-mata bukannya dari sudut pandang Islam yang akan mengambil kira dari beberapa faktor lagi. Islam tidak akan melihat sesuatu perkara mungkar itu untuk terus dihukumkan tanpa menilai beberapa kesan dan juga cara kaedah perlaksanaan untuk menanganinya.

Dalil yang nak di bagi terlalu banyak biarpun tidak sealim Nik Aziz, namun cukuplah dengan mencadangkan Perhimpunan BERSIH 3.0 itu ditukar kepada Perhimpunan Menuntut Perlaksanaan HUKUM ALLAH @Hudud yang dipimpin oleh Ulamak dan barulah ia difatwakan sebagai WAJIB bagi umat Islam menyertainya dan SYAHID jika meninggal dunia ketika menghadirinya.

Mana lagi penting diantara dua perhimpunan itu secara Islamnya? Apakah Nik Aziz fikir Hukum Allah itu kecil tanpa meliputi kesemua lapan perkara yang dituntut oleh Bersih? jika tidak masakan ia lebih mewajibkan Bersih Ambiga dari Hukum Allah Taala.

Secara jujur dan ikhlas, dengan nama Allah yang maha pengasih lagi penyayang, mahasuci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa,  sesungguhnya demi Allah saya akan sertai perhimpunan untuk Menegakkan Hukum Allah yang jelas dalilnya diredhai oleh Allah dan MATI ketika itu matinya adalah MATI Syahid.

Adapun Perhimpunan Bersih yang hanya untuk kepentingan individu mencapai cita-citanya dan tidak jelas ketokohan Islam pemimpinnya, maka Gk menyeru supaya kita tidak menyertainya, bukanlah kemungkaran kerajaan Barisan Nasional sahaja yang patut kita lihat dan tentang, sedangkan kerakusan kerajaan bukan BN pun lebih dasyat mungkarnya...Anda Mampu Mengubahnya...

15 comments:

  1. Pok nik da keliru orang tua ni,nak baiki da tak boleh da ketegak.

    ReplyDelete
  2. Terbaik gk,nk marohpun xsoh makilah nik aziz,biar lok ke dio,insyaallah ore akan nmpk,comel kawe setuju pdpt demo tu.

    ReplyDelete
  3. Sah!!! Dajjal akhir zaman yang bertopengkan Islam.
    Sah!!! Dajjal akhir zaman mempergunakan Islam untuk menyesatkan umat Islam.
    Ayuh bertindaklah...mempertahankan Agama,Bangsa dan Negara tercinta ini daripada Golongan penganut Dajjal2 akhir zaman ini.

    ReplyDelete
  4. Wajib juga berlakon pura-pura mampus semasa BERSHIT 3.0 nanti.

    Wajib juga berlakon pura-pura dilanggar kereta polis sewaktu Bershit 3.0 ni.

    Wajib juga berlakon macam macam dah nazak untuk bangkitkan kemarahan rakyat semasa Bershit 3.0 nanti.

    Wajib juga menipu rakyat kononnya akan menyampaikan memorandum pada Agong pada Bershit 3.0 ni.

    Wajib juga menimbulkan huru-hara supaya tersebar video kononnya polis Malaysia zalim.

    Wajib membuat provokasi terhadap polis supaya menampakkan polis melakukan kezaliman terhadap peserta Bershit 3.0 sabtu ni...

    Wajib itu adalah kerana dewa N.ajis laknatullah......

    ReplyDelete
  5. woi nik ajis... tandas awam kat muzium kraftangan nak masuk kena charge 30 sen. tapi air tak de... podahhhh... dah la tandas kotor... serambi taik ke derrr....

    ReplyDelete
  6. Pok Nik semakin serabut...molek toksah la tanding...tamboh serabut lagi dio.

    ReplyDelete
  7. Pergi HIMPUN yg membicarakan isu murtad tak wajib malah tak digalakkan oleh pemimpin hamPAS, tapi ke perhimpunan Bersih + LGBT sudah keluar fatwa wajib pulak. Apa nak jadi dengan ular dalam semak hamPAS ni..???? MasyaAllah...

    ReplyDelete
  8. BarangSiapa tolak BERSIH...samalh dgn tolak Islam

    Hmpunan BERSIH adlah utk tgakan KEBENARAN. Islm adlah BENAR. Islam prjuangkan yg benar.

    Prjuangn BERSIH mmbwa kebenaran. Setiap yg benar adalh prjuangn Islam...
    Brangsiapa yg menolak BERSIH adlah menolak ajran Rasululah. Menolak Rasulullah adalah menolak Islam.

    Brangsiapa yg menenentang Himpunan bersih adalah sama dgn menentang Allah.

    YAB Tuan Guru selalu ingatkn kita semua jangan menolak Allah. Biar Umeno saja yg tolak Rasul..menentang Allah..tetpi Tuan Guru akan pertahankn Rasul...akn pertahn Allah.

    dari al Baihaqi daripada Ibnu Abbas rahuma (hadith marfu') di mana Rasulullah saw bersabda mafhumnya " Barangsiapa yg berpegang kepada sunnahku di waktu ummatku sedang rosak maka untuknya ganjaran seratus mati syahid" Juga dari riwayat at Tabrani daripada Abu Hurairah ra meriwayatkan Rasulullah saw bersabda "Maka untuknya ganjaran seratus mati syahid"

    YAB Tuan Guru tlh pesan banyok kali...jgn mati sia2 kerana sokong Umeno UPCO..lbih baik mati syahid kerana ganjran pahala yg banyak.

    Kalw kita pergi himpuan bersih kerana Allah..dpt pahala...klaw kita kena tangkap..dpt lagi pahala di niaya oleh polis...klaw kita mati akn ditmpatkn di syorga yg khos utk org yg mati syahid.

    YAB Tuan Guru sudah sebuk bnyak kali...UMeno-UPCO tdak boleh bawa kita ke syorga...hanyak bawak setakat lubang kubur saja..

    Sumber: http://terunapondoktimur.blogspot.com/2011/07/barangsiapa-tolak-bersihsamalh-dgn.html?showComment=1310138830868#c572591642186

    ReplyDelete
  9. Celaka betul la...sial

    Kalau buat demo...

    Kecoh tak KL?

    Semak tak TRAFFIC?

    Huru hara tak??


    Kimakkkkkk sial...fatwa sesat...

    Islam kau ke ni?? Islam aku tak ajar buat perangai setan...


    Kimakkk betul

    ReplyDelete
  10. Wow.. dasyatnya fatwa baru nih.... ada ke Bersih 3 yang di dokong dan di sokong oleh pengamal LGBT, Penyokong Yahudi, fahaman Pluralism, Syiah dan Wahabbi ni di katakan WAJIB menyertainya. Maasya allah. Dah nyanyuk ke POK Nik nih.

    ReplyDelete
  11. kan fanatik PAS gelarkan Nik Ajis setaraf nabi.Jadi dengan bangganya dia keluarkan macam-macam fatwa baru ikut sedap mulut dia ajelah.Bertambahlah lagi perkara yg wajib pd pengikut PAS NI...

    ReplyDelete
  12. Sudah sampai masanya orang-orang Islam dalam PAS menolak nik aziz sebelum tersesat dengan lebih jauh dan tidak jumpa jalan kembali. Jenis amalan Islam yang mana menjadi akidah nik aziz sehingga menolak perpaduan sesama Islam dan tidak mewajibkan ahli PAS hadir perhimpunan menyelamatkan akidah, sebaliknya bersungguh-sungguh menyokong kafir harbi ambiga dan DAP. Layakkah nik aziz digelar ulama sedangkan dia pernah melepaskan mat sabu dari dihukum kerana berkhalwat dengan bini orang dalam bilik hotel do kota bharu. Inilah akibatnya apabila tergoda dengan hasutan iblis hingga menimbulkan perasaan ujub, ria' dan sombong di dalam diri merasakan dialah sahaja yang layak menjadi ulama dan umarak sekaligus. Adakah nik aziz akan boleh sedar atau mengaku salah silapnya sendiri semasa bertindak sebagai umarak, kemudian memperbetulkan sendiri atas sifat ulama'nya...ini dah jadi lawak bodoh namanya. Tapi inilah yang nik aziz telah buat selama ini. Dia sendiri yang umumkan dengan bangganya, dapat sponsor pergi umrah dengan pakej 65 ribu tapi akhirnya dia sendiri yang batalkan, sebab semua orang kutuk, bukan kerana Allah. Apa jadi dengan stesyen minyak yang sekarang ini milik keluarga nik aziz yang berjaya diuruskan oleh pengikut tegar PAS yang berkhidmat dalam syarikat petronas!!! Adakah nik aziz akan berfatwa bahawa dia sangat layak mendapat semua itu kerana jasanya telah terlalu banyak. Seorang yang warak tidak akan menerima apa pun pujian atau kedudukan dari sesiapa pun seperti gelaran tuan guru. Seorang yang warak tidak mungkin mempunyai sifat pendendam, tidak akan mendoakan orang lain pecah perut, tidak akan mudah mendakap kafir harbi, malah tidak menyukai berbantah-bantah demi mendapat pujian, sokongan dan kuasa. Mana ada ulama sebenar yang mudah mengeluarkan hukum wajib apabila untuk menyokong puak sendiri dalam perkara yang meragukan seperti perhimpunan bersih, sedangkan perhimpunan umat Islam menyelamat akidah, tidak diberi perhatian.

    ReplyDelete
  13. Memang celaka la orang yang cakap tolak Bershit sama dengan tolak Islam. Inilah manusia-manusia yang membenarkan kemungkaran dimuka bumi Allah ini.Kembali kepada hadith yang mengatakan "Umat Islam akan mengikut jejak langkah ataupun “carahidup” orang-orang Yahudi dan Nashrani, hinggalah dalam urusan yang kecil dan perkara-perkara yang tidak menasabah. Contohnya, jikalau orang Yahudi dan Nashrani masuk ke lubang biawak yang kotor dan sempit sekali pun, orang Islam akan terus mengikuti mereka.

    Zaman sekarang ini kita dapat melihat kenyataan sabdaan Rasulullah saw. ini. Ramai orang Islam yang kehilangan pegangan di dalam kehidupan. Mereka banyak meniru “carahidup” Yahudi dan Nashrani samada mereka sedar atau tidak. Ramai orang Islam yang telah terperangkap dengan tipu helah Yahudi dan Nashrani dan ramai pula orang yang menjadi alat dan tali barut mereka.
    Inilah yang ada dikalangan oran-orang PAS termasuk Nike Najis...
    Ya Allah! Selamatkanlah kami daripada mereka.

    ReplyDelete
  14. LAGI2 NIK AZIZ. NIK AZIZ MENGARUT. JANGAN AMBIL PENDAPAT DIA LAGI. DIA DAH DIKIRA MAKAN TAMAT TEMPOH. TAK SATU PUN PENDAPAT DIA MEBANGUNKAN ISLAM. TOLONGLAH PEDULIKAN NIK AZIZ BIAR DIA DENGAN DUNIA DIA.

    ReplyDelete
  15. Mintak tolong siapa2 yang ada keimanan dalam jiwa tolong LEMPANG kepala si Dajjal tua ni kalau jumpa.

    InsyaAllah.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...