SHAFIE BEDAL ZAHIDA KEPIT....

Berita terbaru tentang skandal yang melibatkan nama menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wlayah, Datuk Seri Shafie Apdal dengan artis "seksi" Zahida Rafik pastinya menambah rencah baru dalam senario politik negara.

Aduuuuuh ... apa pulak nih .. Saya copy dari dua blog, komen saya dipenghujung.

Ia berpunca dari lapuran polis yang dibuat oleh pemandu peribadi Zahida, Noor Azman Azemi 38 sebagai membalas laporan awal yang dibuat oleh Zahida terhadapnya yang menuduhnya melarikan wang RM200,000 miliknya.
Tuduhan Zahida terhadap Noor Azman itu juga pernah dilaporkan sebuah akhbar pada 3 Mac lalu.

Dalam laporan itu, Noor Azman berkata, ketika berada di rumahnya di Flat PKNS Ampang, beliau didatangi (tidak dinyatakan tarikh) beberapa orang termasuk dua orang yang memperkenalkan diri mereka sebagai anggota polis yang bernama Hafiz dan Raj.


“Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain. Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.”

“Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000. Wang tunai tersebut kemudiaanya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.”

“Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida. Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida.”

Laporan polis ini telah didedahkan oleh Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin di lobi Parlimen semalam.... Melalui siasatan Zuraida, terdapat beberapa transaksi yang dilakukan Menteri itu kepada Zahida di antara Oktober 2011 hingga Januari 2012.

“Pada bulan Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada bulan itu sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman untuk dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.

Pada November 2011 pula terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012 RM510,000. Kalau saya jumlahkan kesemuanya ia lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat bulan menteri itu berikan tunai kepada Zahida Rafik,” katanya.

Zuraidi juga turut mendedahkan, Zahida mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series ,Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta. Persoalan Zuraida, bagaimana menteri itu memperolehi wang tunai sebanyak itu?

“Sebagai Menteri beliau bertanggung jawab kepada rakyat Malaysia untuk menjelaskan dari mana sumber wang itu diperolehi untuk diberikan kepada Zahida,” katanya.

Pada 3 Mac lalu, akhbar melaporkan Pelakon Zahida Rafik kerugian RM200,000 dilarikan pemandunya selepas diarah memasukkan wang berkenaan ke dalam akaun banknya.

Pelakon kacukan Melayu-Pakistan itu turut menjadi bahan bualan di laman blog beberapa tahun lalu apabila digosipkan berkahwin dengan Shafie di luar negara.

Kini dilanda lagi bukan sekadar gossip tetapi laporan polis turut dibuat sebagai balasan laporan Zahida Rafik yang menuduh pemandu peribadinya melarikan wang RM200,000.

Sumber berita - klik SINI

6 comments:

  1. HAHAHAHAHAHA.... INILAH AMENO!!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam la jugak Parti Kencing Rakyat PKR dan PASamdul... minta 4 saksi bila ANUwar di videokan .... tapi bab orang lain tak payah 4 saksi dan bukti pun blum ada lg da melompat mcm berok .... "benar segala nya adalah benar..." ...

      Delete
  2. kahkahkah,lu lawak gilo lah gk,lu punya tajuk kasi gua stim loh...

    ReplyDelete
  3. Apa masalahnya. Dia pompuan. Bukan lelaki. Dia bujang, bukan bini orang. So .... what. Nak kawin pun boleh ma.

    ReplyDelete
  4. hek eleh... pie nak kawinpun heran ke. biaq pi depa kawin. stakat pasang dua bersepah kt mesia ni.

    ReplyDelete
  5. Ini rasaenya nak counter balik kes Azmin dan Isterinya yang mendapat kekayaan yang tak terhingga. Apa nak kata lagi, nak spin isu PKR. Masalahnya UMNo tak reti nak humbankan pencabar mereka secara ganas tapi PKR memang hebat stail begini.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...