لا إله إلا الله PESERTA DEMO MATI DIDEPAN PEJABAT PM CUBA DIPOLITIKKAN

Al-fatihah.....
Pada 13 April lalu dilaporkan seorang dari peserta demontrasi telah meninggal dunia dihadapan Pejabat Perdana Menteri akibat serangan jantung.

Pada mulanya Gk sedikit keliru dan terkedu menyaksikan berita kematian ini di youtube yang dikirimkan oleh freemalaysiatoday kerana penyampai yang berbahasa melayu menyebut "Mendiang" 'sebagai wira perjuangan Gatco'  itu merujuk kepada si mati  yaitu Allahyarham Mohd Nordin Bakri. Anggaplah yang terjadi itu pasti ada hikmahnya.

Namun sering dikesali terhadap parti yang kononnya memperjuangkan Islam (Pas) adalah politik tidak tahu masa, sudah beberapa kali isu kematian sering dipolitikkan tanpa memikirkan natijah kepada keluarga si mati yang masih hidup. Sebelum ini kematian Allahyarham Kamarulzaman yang juga dianggap sebagai 'Wira Royalti' juga cuba dipolitikkan, berita penuh klik disini.
Perlu diketahui dalam negara waima didunia seluruhnya pun ada penyokong pembangkang dan ada juga penyokong kerajaan dan lain-lain. Dengan mempolitikkan isu kematian adalah satu perkara yang sangat-sangat tidak wajar kerana ia akan menimbulkan pelbagai tohmahan. Sebagai contohnya "Siapa yang suruh pergi buat demontrasi? dah tahu dan blablabla @#$%*&^@! ". Begitulah yang selalunya.

Jika mengambil kira perasaan waris simati yang terbaca komen-komen tersebut alangkah ia menambahkan lagi duka, sedangkan Islam tidak mengajar kita untuk menambah kesedihan waris simati, sebagai parti yang kononnya memperjuangkan Islam tidak fikirkah perkara ini sebelum dicetuskan sesebuah kematian menjadi isu politik.

Setiap yang benyawa pasti akan merasai mati, segalanya berada dalam pengetahuan Allah, secanggih manapun teknologi dan sepantas manapun ambulance semuanya berada didalam ketentuan Allah. Sering juga disebut sebagai 'gerak geri'. Setelah ia terjadi usahlah diratapi lagi dengan menyalahkan itu dan ini, Islam tidak ajar pejuang Islam bersifat demikian.

Bayangkan jika seorang pendemo mati didepan pejabat MB Kelantan, masihkah kita mendengar hal seperti yang ditimbulkan itu, malah orang asli pun tidak dikatakan asli lagi. Untuk pemimpin Pas janganlah melampau sangat berpolitik seandainya ingin terus dihormati.

Berpadalah dengan isu-isu mereka yang masih hidup, melainkan isu-isu kematian yang bersifat jenayah atau ada fakta konkrit untuk mensabitkan hal itu sebagai isu. Sejahil-jahil Gk pun tidak terdetik untuk memainkan isu  ucapan-ucapan pemimpin Pas seperti Allahyarham Bunyamin Yaakob yang agak kasar dan macam-macam disebabkan menghormati beliau yang telah pergi. Nilai dan Anda Mampu Mengubahnya...

Seterusnya Petikan dari Harakah menyebut, menurut Timbalan Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat, Mohamad Taufek Abd Ghani ada beberapa faktor turut bertanggungjawab menyumbang berlakunya kes kematian itu.

Menafikan Qada' dan Qadar
Antaranya kelewatan ketibaan pihak doktor dan ambulan ke tempat kejadian melebihi 20 minit walaupun Hospital Putrajaya terletak lebih kurang 4.3 kilometer dari tempat kejadian yang mana dijangka boleh sampai dalam masa 5 minit menggunakan kenderaan ambulan.


Mohd Nordin meninggal dunia ketika menyertai himpunan aman di hadapan Kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 12 April lepas dipercayai akibat serangan jantung ketika berhimpun bagi menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Beliau dipercayai meninggal akibat dari lambat diberikan bantuan kecemasan.

Mempolitikkan kematian
Taufek juga turut mempersoalkan, apakah tidak ada pasukan paramedik yang bertugas sepenuh masa di pejabat Perdana Menteri bagi menghadapi sebarang kemungkinan kejadian kecemasan?

Malah beliau juga mempertikaikan pegawai-pegawai kerajaan tidak diberi latihan kecemasan seperti memberi bantuan penafasan kecemasan khususnya pihak anggota polis bagi menghadapi kes-kes kecemasan seperti yang berlaku kepada Allahyarham Mohd Nordin.

Akhirnya....1Malaysia...
Justeru itu katanya yang juga mewakili Jawatankuasa Bertindak Peneroka Kampung Serampang Indah, Perdana menteri sewajarnya memberi bantuan kepada keluarga mangsa iaitu isteri dan lima orang anak di mana 3 daripadanya masih bersekolah.

1 comment:

  1. KENAPA MENDIANG?TERSHASHUL KOT,NI MISTI PASAL ADAM ADLI BANGANG LER NI,SUKA MENDIANGKAN SESAMA ISLAM.

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...