YUNA AWEK ADAM ADLI BONGKAR BAGI BETIS NAK PEHA !!!

Tidak dinafikan mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang akan menentukan lanskap negara, namun mahasiswa juga tidak sepatutnya dijadikan sebagai alat politik pihak tertentu untuk meraih sokongan dari rakyat, ini kerana mahasiswa seperti Piteriyah@Yuyu sering terhasut dengan dakyah songsang tanpa melihat kesan yang sebenar kepada negara.

Mahasiswa adalah anak muda harapan bangsa, darah muda yang mengalir panas akan terbakar bila ia dicucuh, tidak salah menuntut keadilan dari kerajaan, tetapi jangan sampai terhasut dan merasa sungguh benci terhadap kerajaan, kerana itu akan merugikan semua dan hanya menguntungkan pembangkang.
Andainya mahasiswa bertindak profesional dan tidak terselit sedikitpun agenda politik pihak tertentu itu lebih baik, cara bercakap akan dapat dinilai samada benar ingin tuntut keadilan atau sekadar retorik politik pembangkang.

Ingin dijelaskan bahawa mahasiswa yang lahir pada hari ini sedikitpun tidak tersisih dari kebajikan yang disediakan oleh kerajaan, bayangkan rakyat dinegara lain yang tidak dapat mengecapi pembangunan ilmu, dan sentiasa dalam keadaan huru-hara serta peperangan yang tidak pernah terhenti, bukankah itu semua kerana keadilan yang dituntut secara tidak bijaksana.

Nikmat dan keamanan yang kita kecapi pada hari ini sepatutnya diamankan lagi dengan tindakan yang profesional selari dengan ilmu yang dituntut dan tidak jatuh tergelicir dari landasan agama. Menjadi pembangkang tidak payah seperti menjadi kerajaan, menjadi pemusnah tidak payah seperti menjadi pencipta.


Pinjaman PTPTN bukanlah isunya yang utama, tetapi mahasiswa sepatutnya bangkit dengan membawa perubahan dan idea supaya peluang pekerjaan yang terjamin sentiasa tersedia selepas tamat pengajian nanti. Pendidikan percuma tidak bererti sekiranya mahasiswa menjadi penganggur terhormat dan pinjaman pendidikan akan bererti andainya mahasiswa mempunyai peluang pekerjaan yang terjamin.
Dimana politiknya mahasiswa timbul bilamana hal-hal akidah seorang pemimpin dibangkitkan dan ia langsung tiada kena mengena dengan kita kecuali dibawah pengetahuan Allah Taala. Urusan qalbi bukan urusan manusia jauh sekali urusan mahasiswa, oleh itu sedarlah tindakan yang tidak rasional itu sekadar menambah kebencian rakyat kepada golongan mahasiswa.

Rakyat mengharapkan mahasiswa yang produktif kepada negara bukannya mahasiswa yang menjadi alat kepada pembangkang untuk memusnahkan negara. Mahasiswa sudah didoktrin dengan pemahaman pembangkang yang serba tak betul, sedangkan mahasiswa tidak pernah melihat keberjayaan sebenar pembangkang pada negeri yang mereka kuasai.

Apa hebatnya negeri yang dikuasai oleh pembangkang?, apa kebajikannya dinegeri yang dikuasai pembangkang?, pernahkah difikirkan akan hal ini dan hal yang tidak sehaluannya dasar pembangkang dan impaknya kepada negara kelak.

Wujudkan pemikiran didalam kerangka yang luas pada dimensi yang realiti supaya anda benar-benar seorang mahasiswa yang diharapkan oleh negara bukannya berideologi penentang yang tidak pernah puas dan syukur pada nikmat semata-mata. Bezakan tuntutan keadilan kepada mahasiswa dan kebencian kepada pemerintah diatas hal-hal yang banyak dibangkitkan.... Anda Mampu Mengubahnya...

8 comments:

  1. awek sapa ni tak stim langsung aku dengar bicara ceramahnya zzzzzzz elok lah belajar dulu dah habis belajar dah ada kerja nanti baru main politik barulah ada keterampilan yang sebenar.. ini nak beli sabun mandi dengan cuci kain pun mintak mak bapak lagi dah nak berpolitik. kesihan mak bapak budak ni.

    ReplyDelete
  2. Inilah salah satu punca kegagalan graduan bumiputera ramai menganggur di negara ini, sekadar tahu menyalahkan orang lain, sekadar nak disuap sentiasa tanpa ada ada usaha untuk membangunkan diri sendiri, kalau diri sendiri pun tak reti dibangunkan, nak bangunkan negara apatah lagi, lagi teruklah.

    Graduan sekarang perlu berfikiran kritis dalam mencari dan membentuk peluang bukan saja untuk diri sendiri saja, tapi untuk kepentingan negara dan rakyat Malaysia, kalau sekadar berpolitik dan menjadi alat pihak tertentu untuk berdemontrasi di sana sini, dalam pasaran pekerjaan tak ada tempat orang sebegini. Ini kerana sebagai majikan, sebagaimana prinsip oleh Warren Buffet seorang billionaire pemilik Hathaway Berkshire, dalam memilih pekerja, kena lihat tiga kualiti, pertama, intergriti, kedua kebijaksanaan, ketiga kecergasan, tetapi kalau kualiti pertama iaitu integriti tidak ada, maka kualiti kedua dan ketiga akan 'membunuh' organisasi yang mengambil pekerja yang tak berintergriti tersebut.

    Lihatlah lepasan universiti sekarang, ramai yang tidak berkualiti, berpemikiran singkat, sukakan cabaran yang tak tentu arah berbanding berusaha gigih untuk kejayaan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kalau sekadar berdemontrasi di sana sini, ada ke majikan nak ambil awak bekerja? Sikit-sikit demontrasi, berguling di jalanan, boleh bankrap majikan yang ambil pekerja macam itu.

    Nasihat saya kepada graduan, kerana saya pun graduan juga, saya bekerja dalam sektor awam, saya melihat apa yang dibuat oleh kerajaan mempunya sebab yang munasabah untuk dilakukan, bukannya suka-suka hati nak buat itu dan ini, jadi sebagai graduan yang berpelajaran, yang ada akal, dan tahu berfikir baik dan buruk, gunakanlah akal dengan rasional untuk menilai sesuatu perkara, jangan suka kepada kesenangan jangka singkat hingga akhirnya mencetuskan permasalah yang besar dalam jangka masa panjang hingga bergenerasi menderita. Dalam isu Negara Kebajikan yang nak potong cukai itu dan ini, nak hapuskan PTPTN, nak beri gaji RM 4,000.00 sebagai gaji minimum, nak turunkan harga barang, perlu sedar, dana kerajaan adalah terhad, malahan dana majikan swasta adalah terhad, harga komoditi pun berdasarkan pasaran semasa, apa, ingat kerajaan dan semua majikan di Malaysia ada mesin cap duit untuk dibelanjakan sesuka hati tanpa kawalan?

    Lihatlah teladan dalam sejarah manusia itu sendiri, bagiamana sesuatu negara boleh jahanam kerana rakyatnya tidak berkualiti, negara juga boleh jahanam kerana dasar-dasar yang merosakkan negara itu sendiri seperti Greece yang nak buat Negara Kebajikan hingga akhirnya dalam tempoh tiga empat tahun selapas buat Negara Kebajikan itu, Greece di ambang muflis hinggakan gaji dipotong secara mendadak, peluang pekerjaan menyusut dengan mendadak, malahan sekarang ini pun khidmat kawalan keselamatan oleh polis pun disewakan oleh kerajaan Greece. Lihatlah natijah jika tidak berfikir panjang kerana seronok dengan populariti jangka singkat akhirnya mencetus masalah yang memberi kesan negatif pada jangkamasa panjang kepada negara dan rakyat.

    Bersambung..............

    ReplyDelete
  3. Sambungan ..............

    Kepada graduan sekalian, anda sekarang ini terutamanya di IPTA disuap itu dan ini oleh pihak kerajaan dengan berbagai bantuan untuk anda berjaya, hargailah bantuan oleh kerajaan itu dengan berusaha gigih dalam pelajaran untuk berjaya dengan cemerlang bukan saja dari segi akademik, tetapi dalam aspek kemanusian yang lain yang diperlukan dalam hidup berkerjaya kelak, kerana dalam bidang kerjaya, CGPA 4.00++ pun tidak berguna kalau tidak tahu untuk menongkah arus kehidupan nyata sebagai orang dewasa yang penuh dengan cabaran. Sedarlah tanpa bantuan kerajaan, jangan harap anda boleh belajar di universiti dan dapat menggenggam diploma, ijazah, sarjana atau PhD., kerana kos subsidi pembelajaran anda adalah tidak termampu untuk anda biayai, lainlah kalau anda anak orang kaya yang ibu bapa anda berjuta-juta duitnya. Lebih-lebih lagi kepada graduan yang mendapat biasiswa kerajaan untuk belajar di universiti di luar negara, jangan jadi kacang lupakan kulit dengan sudahlah tidak balik mencurahkan bakti kepada negara selepas berjaya menggengam diploma, ijazah, sarjana atau PhD dari universiti luar negara itu yang hasil dari subsidi kerajaan yang berjumlah ratusan ribu ringgit satu pelajar, malahan dengan tidak tahu mengenang budinya memburukkan nama baik kerajaan dan bersekongkol dengan pihak yang tidak bertanggunjawab mencetuskan suasana yang tidak harmoni untuk Malaysia pula.

    Kepada pelajar universiti terutama IPTA kerana jarang sangat pelajar IPTS berdemontrasi liar, anda semua tidak menghadapi lagi cabaran kehidupan yang sebenar, janganlah anda merosakkan diri anda dengan gejala yang tidak sihat. Lihat pelajar IPTS yang sedar akan betapa mereka perlu berusaha dengan gigih untuk berjaya kerana mereka tak dapat subsidi pelajar seperti anda di IPTA, mereka insaf pengorbanan ibu bapa dan bantuan dari kerajaan yang memberikan pinjaman PTPTN kepada mereka, kos pengajian mereka kalau peringkat diploma saja mencecah belasan ribu ringgit, kalau ijazah berpuluh ribu ringgit, tapi anda berapa ringgit sangat kena bayar yuran univesiti di IPTA? Banyak yang disubsidikan oleh kerajaan, jadi sedarlah diri dan berusahalah untuk jadi manusia yang baik kerana sedarlah cabaran yang besar menanti anda dalam dunia kerjaya selepas anda tamat belajar kelak.

    ReplyDelete
  4. Berhubung peruntukkan untuk mahasiswa, bukan setakat sedikit peruntukkan yang diberikan oleh kerajaan kepada mahasiswa termasuk si tukang ceramah itu, tapi berlambak-lambak. Di IPTA, pelajarnya hanya membayar yuran yang tak seberapa sedangkan kos tuisyen oleh pensyarah adalah dibiayai oleh kerajaan sepenuhnya, kalau nak dilihat dari segi kos, sepatunya satu bulan, beratus ringgit perlu dibelanjakan oleh mahasiswa untuk bayar kos tuisyen di kelas oleh pensyarah, tapi itu semua telah disubsidikan oleh kerajaan. Selain itu, baucer buku oleh pihak kerajaan, bukannya untuk beli novel, tapi untuk beli bahan bacaan ilmiah bagi kegunaan pelajaran mahasiswa itu sendiri, kalau mahasiswa sendiri tidak tahu menilai mana yang lebih penting dan baik, janganlah dibebankan kesalahan yang anda buat kepada pihak kerajaan pula.

    Selain itu, isu Bantuan Rakyat 1Malaysia sebanyak RM 500 oleh pihak kerajaan yang dipertikaikan oleh si tukang ceramah itu, perlu sedar, bantuan itu bukannya untuk dua tiga orang saja, tapi lebih dari 3 juta ketua isi rumah dalam negara ini, malahan kos yang ditanggung oleh kerajaan adalah lebih dari RM 2 bilion atau bahasa mudahnya RM 2 ribu juta untuk bantuan ini. Bersyukurlah dapat RM 500 itu pun, kalau di negara lain seperti Greece yang kononnya Negara Kebajikan yang baru jahanam ekonominya itu, bukan setakat RM 500 pun tak dapat, malahan gaji dipotong secara besar-besaran, pekerja dipecat secara besar-besaran kerana tak mampu bayar gaji, malahan khidmat keselamatan oleh polis pun kena bayar di Greece.

    Kepada mahasiswa termasuk si tukang ceramah di atas, sedarlah diri, jangan terlalu 'utopia' hingga tidak berpijak di bumi yang nyata, kelak bukan saja diri sendiri mendapat musibah, generasi akan datang pun akan mewarisi kesengsaraan yang diwujudkan oleh generasi yang gemarkan kemudahan jangka pendek tapi mendatangkan musibah pada jangka masa panjang sebagaimana pemikiran si tukang ceramah di atas dan puak-puak sealiran dengannya itu.

    ReplyDelete
  5. Pasal akidah orang lain (akidah penyokong Barisan Nasional) yang dipertikaikan oleh si tukang ceramah di atas, saya minta si tukang ceramah di atas lihat gelagat para tok guru dalam PAS yang sesuka hati buat 'fatwa' itu dan ini hingga menjejaskan pemikiran dan merosakkan perhubungan hinggakan keluarga porak peranda, masyarakat berpecah belah, itu apa pula? Kerajaan sentiasa mempromosikan pepaduan bukan setakat dalam keluarga, masyarakat, malahan antara kaum dan agama digalakkan perpaduan selaras dengan Islam itu sendiri yang menggalakkan perpaduan, pasal kepercaya beragama itu masing-masinglah kerana dalam Islam sendiri tiada paksaan dalam beragama, biarlah orang bukan Islam dengan kepercayaan mereka dan kita orang Islam dengan kepercayaan akidah Islam yang diimani oleh kita semua seperti dalam Al-Quran ada menyebutkan bahawa bagimu agamamu, bagiku agamaku.

    Selain itu, saya ingin mencadangkan kepada si tukang ceramah di atas bertanyakan tentang jam Omega pimpinan Pakatan Rakyat, minta pimpinan berkenaan tunjukkan di manakah jam Omega beliau kepada masyarakat, jangan sibuk tuduh orang itu dan ini saja sedangkan diri sendiri berbuat perkara yang tidak senonoh yang dilarang oleh agama.

    Kepada mahasiswa termasuk si tukang ceramah, silalah sedar diri kerana anda perlu insaf kerana anda bertuah kerana pada masa ini banyak bantuan pelajaran diberikan oleh pihak kerajaan, bukan saja pelajar, malahan masyarakat pun dapat banyak bantuan, tidak seperti pelajar dan masyarakat awal 90an dan ke bawah di mana untuk televisyen pun ada permit, kena bayar RM 2 untuk permit televisyen, sekarang dah percuma, bantuan seperti BR1M, Baucer Buku untuk mahasiswa, bantuan RM 100 untuk pelajar sekolah, tak ada masa itu, sekarang ini bertuah benar pelajar dan masyarakat dapat menikmati itu dan ini, berbagai kemudahan dan bantuan.

    Generasi sekarang kerana terlalu banyak kemudahan hingga tak reti menilai, tak tahu nak mengenang budi, tak tahu nak berusaha kerana banyak sangat bantuan. Kerajaan beri bantuan untuk kesejahteraan rakyat, memanglah rezeki itu dari Allah, tapi kalau rezeki dari Allah iaitu bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan dibuat dengan sebaiknya, selain bersyukur kepada Allah, kenalah berterima kasih kepada kerajaan, jangan anggap itu tanggunjawab kerajaan, sedarlah tanggungjawab diri kepada kerajaan sama, kalau kerajaan bertanggunjawab menjaga kebajikan rakyat, maka rakyat pula bertanggungjawab untuk memberi kerjasama kepada kerajaan untum menjayakan agenda nasional bagi menjayakan program mensejahterakan rakyat, jangan jadi petualang merosakkan keamanan, perpaduan, keharmonian, pembangunan dengan berbagai kelakuan yang buruk dan keji, jagalah maruah diri, jangan mendedahkan diri kepada perlakuan ibarat orang yang tidak berakhlak dengan berguling di jalanan, berdemontrasi sambil menjerit-jerit ibarat orang tidak siuman adalah perlakuan yang tidak mendatangkan faedah, banyak lagi perbuatan baik yang perlu dibuat yang sepatutnya dibuat untuk kemaslahatan ummah dan negara.

    ReplyDelete
  6. kesilapan TERBESAR KERAJAAN BN adalah kerana terLEWAT menggunakan laman2 sosial untuk memberi/menyebarkan maklumat yg tepat kepada para mahasiswa sedangkan golongan mahasiswa MAJORITINYA menggunakan internet mencari maklumat tetapi hanya segelintir sahaja yg mampu menggunakan akal untuk berfikir sebelum mneyerap intipati maklumat dlm kepala otak masing2

    mahasiswa ni cukup sekali atau dua kali mereka disajikan dgn cerita kononnya hak mereka dinafikan/dirogol oleh kerajaan, maka dlm kepala otak mereka sudah TERSEMAT KUKUH kerajaan BN adalah kerajaan paling ZALIM & untuk menukar pendirian ini adalah AMAT SUKAR kerana rata2 mereka KERAS KEPALA, egonya TINGGI MENCANAK (konon gol terpelajar), perasan sentiasa betul etc.

    sebagai jln penyelesaiannya, mahu atau tidak kerajaan BN perlu MEMENANGI perang saraf terhadap mahasiswa ini tanpa henti selagi pembangkang yg TIADA JATI DIRI, INTEGRITI, KETELUSAN & lain2 sifat mahmudah masih wujud di Mas

    aku sebagai salah seorang mahasiswa, terus terang aku katakan sudah 2-3 generasi mahasiswa ROSAK PEMIKIRAN mereka dgn RACUN FITNAH dr pembangkang...untuk mahasiswa generasi baru, mahu atau tidak pihak kerajaan BN perlu mengerah para cybertroopers mereka dggn lebih tersusun, dipersiapkan dgn fakta & SILA JAWAB TOHMAHAN/TUDUHAN pihak pembangkang dgn kadar SEGERA, TEGAS & JUJUR.....jika salah katakan salah, jika benar katakan benar

    Mahasiswa ni hatinya sensitif bila hak mereka diusik tapi majoriti TAK PEDULIpun dgn hak org lain....ohh ye lagi satu, mahasiswa ni majoritinya sudah LUPA APA PERJUANGAN SEBENAR mereka temasuklah para MPP/wakil pelajar mereka....sibuk dgn dunia politik diluar kampus, masalah dlm kampus buat2 buta.....cukup semester, minta itu ini dgn universiti, padahal jika lihat kualiti kerja???.....ermmmm

    tapi ini hanya terpakai utk mahasiswa yg KUFUR NIKMAT je setelah dibaja dgn RACUN dicampur MADU oleh pembangkang yg mana talibarutnya termasuklah LECTURER yg x kenang budi

    ReplyDelete
  7. Silap BN UMNO bukan pasal lewat menggunakan media sosial, tetapi memang mereka silap tamak dan gila kuasa. Nama sahaja Muhammad tapi empat cubit sahaja jiwa Islam yang dibawa bersama, 1. Solat Jumaat, 2. Solat Aidilfitri, 3. Solat Aidil Adha dan 4. Solat Jenazah.

    Silap PAS pasal berkawan dengan PR, bersama dengan kumpulan lagho dan gagal bertegas dengan prinsip-prinsip asas PAS. Menyimpan individu yg pandai bercakap tapi bohong macam Mat Sabu. Terlajak bicara berat untuk memohon maaf.

    Silap PKR kerana meruntuhkan persaudaraan Malaysia dengan mencungkil kembali parut lama hingga berdarah. Lebih 50 puluh tahun masa di ambil untuk luka menjadi parut, sepuluh ceramah sahaja menyebabkan ianya kembali berdarah. Kiranya tulin perjuangan PKR, ianya tidak harus wujud. Keadilan tetap boleh diterjemahkan melalui saluran PAS bg muslim, DAP bagi non-Muslim. Tapi pemimpin rakus tetap enggan tunduk dan hormat pada kumpulan lain melainkan meletakkan dirinya sebagai dewa.

    Dalam kebusukan gabungan BN dan UMNO, tetap ianya telah menelan ubat yang amat pahit sepanjang gelora politik tanah air. Perubahan demi perubahan telah dilakukan dan nampak kebaikan untuk rakyat semakin teserlah.

    Kalau undi dikira atas individu pasti hatiku melekat pada PAS namun kerana ianya mendokong parti maka BN menjadi pilihan kerana semabuk mana pemimpin UMNO samada di meja todi atau meja politik, mereka tetap melayu yang mengaku Islam dan selagi kuasa ditangan mereka, biarpun jauh mereka sesat, tetap malu jua dengan rakyat Islam yang menjerit meronta mempertahankan Islam.

    Orang yang gembira bukanlah orang yang bersyukur, tetapi orang yang bersyukur itulah orang yg akan sentiasa bergembira.

    ReplyDelete
  8. Aku sempat berbual dengan kelompok UPSI yang pulang berhari Raya..
    Si Adam ni rupa rupanya budak naungan Anuar.. maka x heranlah kalau budak ni mabuk kunyit..

    Aku ada satu pengalaman yang menyebakkan..
    sewaktu aku melayan anak aku makan di cafe UTM skudai.. aku terserempak 4 orang anak china yang memesan nasi, seorang minta ditambah kuah sop, seorang minta dibubuh kicap, seorang minta dibubuh kuah kari dan seorang lagi hanya makan nasi putih..tanpa sebarang apa apa tambahan.. sebak dan menitis air mata aku..
    Sebab itu bila aku dapat tahu ada student macam Adam Adli ni.. hati aku naik panas dan meradang .. mahu aku terajang budak ni kalau aku jumpa..

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...