Pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai tindakkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang akan mengambil tindakan saman terhadap pemimpin pembangkang ada wajarnya.
Tun M bagaimanapun berkata tindakan Najib yang mengambil tindakan mahkamah ke atas beberapa pemimpin PR itu adalah hak beliau untuk kepentingan politiknya.
"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.
"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut,"
"Itu adalah hak dia (Najib), sebagai ahli politik, dikritik dan difitnah semuanya adalah normal. Bagi saya tiada guna, bagi PM (Najib) sebaliknya.
"Masa saya dulu tak pergi mahkamah pun, tapi saya akan jelaskan, kalau betul buat apa hendak takut,"
Jika diperhalusi pandangan tokoh ini, ada benar pendapatnya itu. Selaku pemimpin tertinggi negara PM tak perlu nak layan sangat fitnah sebegitu apatah lagi sehingga terheret untuk ke mahkamah.
Lebih-lebih lagi disaat kejatuhan harga ringgit pada ketika ini, sepatutnya beliau harus lebih menumpukan kepada permasalahan negara supaya tidak dilihat sama taraf dengan pemfitnahnya.
Namun jika mahu mengajar pemfitnah, PM tak perlu mencemarkan tangannya sendiri, tunggu jer pemfitnah ni memfitnah pemimpin lain, masa tu biar pemimpin itu yang menyamannya kaw2.
Umum mengetahui sebagai seorang PM tidak punyai masa untuk melayan perkara remeh temeh, banyak lagi permasalahan negara yang hendak diselesaikan, jadi tidak ada cacat apa pun kalau seorang PM tidak melayannya.
Pada zaman maklumat dihujung jari memang benar dari satu sudut tindakan saman itu baik supaya fitnah dapat dikekang dan tidak lagi berulang, namun dari sudut yang lain bilamana PM telah memulakan dengan mengambil tindakan saman , tindakkan itu perlu diteruskan dalam apa jua tuduhan keatasnya dimasa-masa mendatang.
Jika sebaliknya atau hanya mengambil tindakkan pada tuduhan-tuduhan terpilih, sudah pasti persepsi lebih negatif akan muncul sekaligus akan menenggelamkan segala isu yang difitnah oleh pembangkang pada sebelumnya.
Jika sebaliknya atau hanya mengambil tindakkan pada tuduhan-tuduhan terpilih, sudah pasti persepsi lebih negatif akan muncul sekaligus akan menenggelamkan segala isu yang difitnah oleh pembangkang pada sebelumnya.
Berbeza jika PM dan kepimpinan merasakan sentiasa akan sempurna dan tidak akan atau pernah terpalit dengan apa jua isu, tindakkan saman itu adalah sangat-sangat bagus.
Cuma jangan pula pada masa akan datang bila ada tuduhan pada beliau atau kerajaan kepimpinannya dan dicabar oleh pemimpin pembangkang supaya saman, beliau nak cakap saman itu bukan budaya kita.
Kerana bila kata saman itu bukan budaya kita, disitu nanti akan menampakkan persepsi bacul kerana bersalah walau belum terbukti bersalah.
Hari ini pun sudah dapat dilihat ada pengamal media sosial bertanya, "Hai takkan isu ni jer berani nak saman, macammana dengan isu Altantuya, kapal selam tak boleh selam dll"
Tindakan saman oleh pemimpin no1 negara ada positif dan negatif, bukan kerana seorang PM maka beliau tidak boleh ambil tindakan saman, tapi...mungkin lebih baik tidak dilayan, bila saman sudah pasti ada perbicaraan, bila ada perbicaraan dikhuatiri diambil kesempatan lantas terkait heret yang lain pula akan terlondeh timbul....
Itu sekadar pendapat, mungkin sebelum mengambil tindakan saman penasihat PM telah memperhalusi akan semua perkara ini dan sudah punyai jawapan keatas persoalan yang bakal timbul. Anda Mampu Mengubahnya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.