Showing posts with label pkr. Show all posts
Showing posts with label pkr. Show all posts

Parlimen - DAP Dicadangkan Serah Pulau Pinang Kepada PKR Buatkan Tony Pua Bengang

Pada perbahasan sidang parlimen minggu lalu, isu undi popular sekali lagi dibangkitkan oleh pembangkang, biarpun isu berkenaan terlalu jelas tidak relevan dan bertentangan dengan sistem yang diamalkan oleh negara kita, namun perkara itu tidak diendahkan oleh pembangkang yang dilihat sengaja bermain dengan isu berkenaan dalam usaha mereka untuk meneruskan agenda tersirat mereka yang umum mengetahui ianya ditaja oleh pihak asing.

Ketika isu tersebut hangat dibangkitkan, Ahli Parlimen dari Simpang Renggam memohon untuk  mencelah, menurut pada perkiraan beliau, jika undi popular hendak diguna pakai oleh pembangkang, sepatutnya  DAP perlu menyerahkan  Pulau Pinang yang diterajuinya itu kepada PKR, ini kerana jika sistem undi popular digunakan, PKR lebih berhak menerajui Pulai Pinang dengan mendapat undi popular sebanyak 20.39 peratus berbanding DAP yang hanya mendapat 15.71 peratus.

Bagaimanapun ucapan yang dibuat oleh MP Simpang Renggam itu membuatkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang memang terkenal dengan rasisnya bangun dalam bengang dan berkata" Berapa kerusi DAP bertanding?, berapa kerusi PKR bertanding?, tahu kira ke tak.....?"

Dengan jawapan yang bersifat begitu takut jika Pulau Pinang diserahkan kepada PKR oleh Tony Pua itu, jelas kepada kita, dimana segala hal yang dibangkitkan mereka cuma hendak diguna pakai keatas kerajaan untuk menguntungkan mereka semata-mata, sebaliknya jika hal yang sama diletakkan supaya mereka lakukan, pelbagai alasan yang akan diberikan, ini bermakna apa yang ditimbulkan oleh pembangkang hanyalah 'auta' kebudak-budakkan yang langsung tidak boleh diterima oleh rakyat yang berakal waras.

Untuk apa dibangkit dan dipersoalkan "Berapa kerusi DAP bertanding?, berapa kerusi PKR bertanding?" jika sistem undi popular yang hendak digunakan, tak kiralah berapa kerusi bertanding pun, nama lagi undi popular, kira undi popularlah, nak kira kerusi buat apa ? Jika kerusi nak dikira, apa bezanya dengan isu undi popular yang dibangkitkan kepada BN itu ? Anda Mampu Mengubahnya.

Hairie Nak Jual Burung Tiong Yang Boleh Dilatih Untuk Berdebat Dengan Anwar

Sesiapa yang minat dengan burung Tiong Mas boleh pm aktivis terpinggir Hairie Othman, iklan dia nak jual ni belum lagi dipadamkan, dan besar kemungkinan belum dijual lagi, katanya harga RM700 sekali dengan lesen, burung ni bagus untuk dibela kerana mudah diajar untuk bercakap, bila dah pandai bercakap nanti bolehlah dihantar untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim, mungkin burung ni boleh layan apa yang Anwar nak bahaskan, blackout ke, dakwat kekal tak berapa nak kekal ke, tiada masalah.

Bagaimanapun tidak salah jika ada mana-mana pihak yang berminat untuk membantu membeli burung tersebut memandangkan kenyataan yang dibuat Hairie beberapa hari lalu dimana majikannya (Pas) telah mungkir janji dan sudah tidak lagi menggunakan khidmat beliau. Atas sebab itu beliau terpaksa keluar berkerja dan meninggalkan burung berkenaan kesepian tiada penjaga.

Memetik kenyataan yang dibuat Hairie berhubung status perkidmatannya dengan Pas, beliau berkata, sebagai ketua keluarga, dia mempunyai tanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti membeli keperluan dapur, bayar ansuran kereta dan sebagainya.

"Saya pelik sebaik selesai PRU 13, Pakatan Rakyat tidak lagi hubungi saya, padahal mereka diberi mandat memerintah, Kelantan, Selangor dan Pulau pinang".

"Saya berharap kerajaan Pakatan Rakyat perlu mengotakan segala janjinya sepanjang berkempen dahulu untuk membantu rakyat dan memberi peluang pekerjaan kepada saya mengedalikan apa jua program kerajaan di Selangor''.

Tambah beliau, senang cerita, kerajaan Pakatan Rakyat perlu beri beliau peluang menjalankan apa-apa projek seperti tender potong rumput atau apa saja kerja yang boleh mendatangkan punca pendapatan.

Menurut Hairie, beliau mengambil keputusan menyertai PAS kerana amat yakin Pakatan Rakyat mampu menumbangkan Barisan Nasional pada PRU13 lalu. Namun tidak berlaku seperti mana dijangkakan. BN masih diberi mandat memerintah.

"Harapan saya cuma minta kerajaan Pakatan Rakyat berikan sesuatu job pada saya,''

Katanya, sewaktu berkempen beliau tidak mendapat tidur secukupnya demi membantu kemenangan calon Pakatan Rakyat.

"Tetapi apabila mereka sudah menang dan berjaya membentuk tiga kerajaan negeri di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, diri saya seolah-olah tidak dipedulikan lagi,''.

Nik Abduh: "Lihatlah Betapa Ramai Penyokong PR Menjadi Mangsa Kencing Manis Anwar Ibrahim"

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

Video - Hj Hadi Dedah Calon PKR Berfahaman Komunis Dan Pengedar Pil Kuda

Bagaimana individu-individu seperti yang disebutkan oleh Presiden Pas itu boleh berlegar didalam PR sehingga ke peringkat pentadbiran iaitu cubaan untuk diletakkan sebagai calon, kalau setakat tampal poster parti tu bolehlah kita terima lagi, ini boleh terlepas sampai ke peringkat jadi calon ni sudah tahap membahayakan negara ni.

Bila perkara semacam ini boleh timbul didalam pemilihan calon-calon dalam PR, mampukah untuk kita percaya mereka punyai barisan kepimpinan yang baik ? Ini bukan kes terpencil, dapat kita faham dimana disetiap yang berlaku pertindihan kerusi diantara calon-calon dalam PR ia mempunyai masalah seperti yang dijelaskan oleh Presiden Pas itu.

Sejauhmana mereka mampu mengekang masalah ini ? kerana kalau kita lihat Pas sendiri pun gagal untuk membariskan pemimpin mereka dikalangan individu yang berakhlak, sebagai contohnya Timbalan Presiden Pas sendiri yang terkantoi di bilik 121 serta terbaru Setiausaha Agungnya dengan isu skandal 'spender'.

Mereka yang berlatarbelakang tidak mempunyai akhlak ini diletakkan sebagai calon dan pemimpin dalam parti kemudian ia di make-up baik punyer bahkan dinobatkan sebagai ulamak maka seluruh rakyat akan tertipu, namun perkara ini hanya akan terbongkar setelah ianya kantoi.

Bagaimanapun akibat make-up yang dipakai terlalu tebal, walaupun kantoi ia tetap suci dan masih boleh diterima oleh sebahagian penyokong mereka, tapi apa yang kita tahu, jika ia seekor lembu, bagaimana sekali sukanya ia kepada dedak, namun rumput tetap menjadi pilihan. Anda Mampu Mengubahnya.

3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....

KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. Bernama

Huru-Hara Didalam Pakatan Rakyat Bermula, Azmin Ali Dilihat Sebagai Punca

KUALA LUMPUR - Parti-parti didalam Pakatan Rakyat dilihat begitu kelam kabut dan tidak mempunyai perancangan yang teratur didalam menguruskan pentadbiran sesama mereka selepas pengumuman pembubaran parlimen dibuat semalam.
 
Keadaan huru-hara antara pemimpin didalam Pakatan Rakyat sudah tidak mampu disorok lagi, terdahulu  PAS Wilayah Persekutuan (WP) melahirkan kekecewaan mereka dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini beliau berkata kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya. .

"PAS WP berasa kesal dengan pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

"PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini, Jumaat.

Mohamad berkata PAS WP turut menegaskan bahawa pengumuman sebarang kerusi di WP perlu melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat WP.

"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam PR namun ia perlu diurus dengan baik.

"Sepatutnya perkara ini akan dapat diselesaikan melalui perbincangan.

"Kalau boleh dibincang di peringkat dalaman sebelum umum kepada media," katanya.

Pada Rabu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengumumkan parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen, iaitu di Labuan, Bera dan Setiawangsa.

Beliau dilaporkan berkata ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.

Sementara itu Azmin turut mengesahkan dimana Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini
 
Kenyataan yang dibuat Anwar semalam bahawa Wan Azizah tidak bertanding bagaimanapun disangkal oleh anaknya yang juga Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam Khamis, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.

Krisis Lahad Datu, Anwar Makin Panik, Terpaksa Azizah Pertahankannya

KUALA LUMPUR - Situasi 'kalut ribut' Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim diatas dakwaan beliau 'mendalangi' pencerobohan ke atas Lahad Datu kian tampak ketara dan memungkinkan memang ada sesuatu disebaliknya.

Kalut ribut Anwar itu sehingga memaksa Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertahankannya, kenapa Anwar beggitu kalut ribut dan takut ?

Azizah yang sering dijadikan alat oleh Anwar dalam meraih simpati rakyat bagaimanapun menafikan laporan yang dikeluarkan oleh media antarabangsa itu.

Menurutnya, apa yang dilaporkan media tempatan juga dengan secara jelas menyebut nama suaminya itu sebagai orang bertanggungjawab, adalah sama sekali tidak wajar.

“Saya baca laporan, tidak ada sebut nama dan tidak ada apa-apa kaitan yang dikatakan dengan Anwar.

“Laporan itu hanya menyatakan pembangkang, di Sabah ada beberapa pembangkang seperti The Star dan lain-lain. Jadi saya boleh katakan ia tidak menunjukkan kaitan dengan Anwar,” katanya ditemui pada Program Nasihat dan Rawatan secara percuma anjuran Pejabat Ahli Parlimen Lembah Pantai di Apartmen Pantai Indah Fasa 2, Pantai Dalam di sini, hari ini.

Hasan Ali: Tak Malu Ke Kalau PM Kita Anwar Ibrahim

KLANG - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin Pas tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. - Bernama

Bekas Mufti Perlis Nafi Bertanding Di Dun Penanti Atas Tiket PKR

KUALA LUMPUR – Bekas mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menegaskan, beliau masih belum membuat sebarang keputusan sama ada mahu menjadi calon untuk mana-mana parti termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin kononnya beliau akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti atas tiket PKR dalam pilihan raya umum akan datang.

Menurut Mohd. Asri, desas-desus mengatakan beliau akan bertanding di DUN Penanti itu adalah tidak benar.

“Saya tidak cakap apa-apa pun sama ada setuju atau tidak, kena tanya sumber yang buat cerita itu, dari mana dia dengar,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Asri berkata demikian ketika ditanya tentang laporan di http://www.anwaraidc.com bahawa beliau telah bersetuju bertanding atas tiker PKR di Dun Penanti yang kini disandang Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr. Mansor Othman. – Mynewshub.

Amaran Tunku Aziz: Negara Ini Akan Hancur Jika Anwar Memerintah

KUALA LUMPUR – Rakyat di negara ini khususnya masyarakat Melayu diingatkan tidak ghairah menjatuhkan Barisan Nasional (BN) sehingga sanggup memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, perkara itu memandangkan sekiranya Anwar dipilih menjadi Perdana Menteri, pihak yang sebenarnya berkuasa adalah DAP.

Menurutnya, Anwar memperalatkan DAP untuk mencapai cita-citanya sebagai Perdana Menteri manakala DAP pula mempergunakan Anwar untuk menjadi parti nombor satu di negara ini.

“Mereka saling mempergunakan asalkan impian masing-masing untuk berkuasa akan menjadi kenyataan.

“Orang Melayu jangan tertipu dengan menyangka Anwar akan berkuasa, akhirnya kuasa tersebut akan diberikan kepada parti yang didominasi kaum Cina.

“DAP juga akan rasa selamat sekiranya memilih Anwar berbanding calon daripada Pas kerana mereka tidak perlu ‘terbeban’ dengan penubuhan negara Islam atau pelaksanaan hukum hudud,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menolak cadangan akar umbi Pas baru-baru ini supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mengulas lanjut, Tunku Abdul Aziz berkata, Pas hanya tiket untuk DAP dan PKR memastikan kemenangan dalam pilihan raya dan mereka langsung tidak berminat terhadap prinsip Islam parti tersebut.

“Lihat sahaja sehingga hari ini, mereka tidak dapat mencapai sebarang persetujuan berhubung pelaksanaan hukum hudud atau penubuhan negara Islam. Mereka hanya minat dengan undi orang Islam sahaja, untuk itu mereka memerlukan Pas.

“Pas harus sedar perkara ini dan kembali kepada agenda asal mereka, jangan biar terus dipergunakan,” tegasnya.

Dalam masa sama, beliau turut memberi amaran negara akan porak-peranda sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Negara ini akan hancur jika Anwar memerintah, jika tampuk pemerintahan jatuh ke tangan pembangkang, kita hanya boleh menyaksikan keadaan huru-hara. “Pembangkang bukan mahu mengubah nasib rakyat di negara ini, mereka hanya mahu berkuasa demi kepentingan diri sendiri dan bukan demi rakyat. Jangan tertipu,” ujarnya.

Zuraida Sifatkan Faekah Celupar Dan Tidak Tahu Mengenang Jasa - Video

SHAH ALAM - Majlis Pimpinan Selangor kecewa sambil menegaskan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar sepatutnya mengelak daripada membuat komen-komen yang tidak wajar berhubung kenyataan kontroversi kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Timbalan Pengerusinya, Zuraida Kamaruddin berkata, Faekah seharusnya mengambil pendekatan positif dengan menghubungi Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sendiri berhubung isu berkenaan. Beliau turut mengecam sikap Faekah yang dianggapnya sebagai bermulut ‘celupar’ dan tidak tahu mengenang jasa.

Menurutnya, jika Faekah mengambil nafas kali kedua dan baca habis laporan (media), beliau pastinya akan faham keseluruhan kenyataan Azmin, dan Faekah tidak harus terus menerus memperlekehkan Azmin Ali, sebaliknya beliau mencadangkan agar menumpukan kepada tugasnya sebagai SETPOL MB.

“Jangan memperlekehkan pemimpin parti, kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai Setiausaha Politik, dengan adanya usaha dari peringkat partilah, maka beliau dapat dilantik sebagai Setiausaha Politik MB, ” katanya.

Terdahulu, Faekah menyifatkan kenyataan Azmin, yang disiarkan oleh Sinar Harian Rabu lalu, sebagai langkah yang tidak bijak secara politik. Sekaligus ia dilihat mempersoalkan kewibawaan Azmin sebagai Pengarah Pilihan Raya dalam membantu kemenangan PKR.

Ketika ditanya apakah yang sedang dilakukan oleh parti untuk menyelesaikan isu itu, Faekah berkata: "Saya tidak tahu, dia (Azmin) perlu buktikan yang dia boleh bantu PKR menang pilihan raya akan datang,” katanya. 

Syiah Kian Menular Dalam PR - Bukti Pengerusi PKR Perlis Penganut Syiah

Jangan hairan jika penyokong Pakatan Rakyat khasnya penyokong Anwar Ibrahim sebahagian besarnya merupakan orang-orang yang pelik dan songsang, kerana sudah menjadi lumrah hanya orang songsang sahaja yang menyokong pemimpin songsang, Bukti terbaru adalah Pengerusi PKR Perlis Mohammad Faisol Abdul Rahman seorang penganut ajaran syiah yang sudah berani menonjolkan identiti syiahnya kepada umum.

Penyerapan penganut syiah didalam Pkr begitu meluas sekali, dan umum mengetahui bahawa pengikut ajaran syiah ini sangat berbahaya kepada masyarakat, fahaman mereka yang sesat dan extreme akan memudaratkan seluruh rakyat Malaysia yang bukan dari kalangan pengikut ajaran mereka, patutlah Anwar begitu yakin dan selesa sekali biarpun berdepan dengan tuduhan liwat pada perbicaraan beliau Januari lalu, rupanya pengikut yang taksub dan sanggup mati  ada di belakangnya. 

Umat Islam wajib perangi syiah laknatullah, jangan sekali-kali bersekongkol dengan syiah, apatah lagi nak jadikan mereka sebagai pemimpin, kerajaan Malaysia terlalu lemah dalam menguatkuasakan undang-undang, seakan-akan tunduk kepada sesuatu bila berhadapan dengan isu syiah, nyata sangat dah syiah ni sesat, kenapa harus dibiarkan ia berkembang dinegara ini ? Fikirkanlah..Anda Mampu Mengubahnya.

Syiah post gambar wanita accident dan terbaring dengan auratnya terdedah, walaupun diminta remove gambar tersebut syiah buat tak reti jer, itulah perangai syiah, selebihnya ada pada klip video dibawah.

PR Kian Bergolak Mustafa Ali Beri Peringatan Pada Pemimpin Pkr 'Jangan Main Belakang'

KUALA LUMPUR - PAS memberikan ingatan kepada rakannya Pkr  agar jangan membuat kenyataan peribadi yang boleh dianggap pendirian bersama Pakatan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, kenyataan bersifat peribadi perlu dielakkan supaya tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

Beliau merujuk kepada dua kenyataan pemimpin PKR sebelum ini yang bagi beliau tidak pernah dibincangkan di kalangan pimpinan tertinggi Pakatan.

"Kenyataan pertama yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor sebelum ini, Shuhaimi Shafiei yang berkata, 20 pemimpin PKR akan menyertai Kabinet.

"Yang kedua hari ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dilaporkan media sebagai berkata, seolah-olah Selangor akan mendapat MB baru.

"Ini juga tidak pernah kita bincangkan dan bakal memberikan implikasi negatif," kata Mustafa.

Mustafa berkata demikian kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang kelihatan kesal dengan kenyataan seumpama itu kerana ia bakal memberikan implikasi negatif kepada rakan-rakan dalam Pakatan kerana semua keputusan sebegini perlu dibuat bersama.

Sinar Harian hari ini melaporkan berita bertajuk 'MB Selangor baru jika PR tawan Putrajaya'.

Menurut Sinar, Selangor mungkin kehilangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat (PR) berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Keputusan berkenaan, lapornya, kemungkinan besar dibuat oleh gabungan DAP, Pas dan PKR atas kewibawaan dan kepakaran yang ditunjukkan Abdul Khalid menjadi ketua pentadbir negeri selama sepenggal ini.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, keupayaan dan kejayaan beliau memimpin Selangor sehingga menyumbang 23 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) juga antara faktor yang menjadi pertimbangan mereka.

Namun kenyataan Azmin ini dilihat dari perspektif yang berlainan berdasarkan hubungan beliau dengan Tan Sri Khalid.

Pas Selangor Dilihat Kesal Dengan Sikap 'Main Belakang' Pkr Berhubung Kabinet Bayangan

SHAH ALAM – Pkr seakan terikut-ikut dengan rentak Ketua Umumnya apabila pada program Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 Sabtu lalu, diumumkan seramai 20 pimpinan kanan Pkr dijangka akan mewarnai jemaah menteri jika berjaya membentuk kerajaan selepas memenangi Pru akan datang. Pengumuman sebegitu seolah-olah bersifat 'main belakang' kerana langsung tidak ada perbincangan terlebih dahulu diantara parti-parti didalam komponennya.

Sikap pemimpin PKR yang membelakangkan Pas dan Dap dalam menentukan jemaah kabinet seandainya PR berjaya mentadbir itu menunjukkan sikap sebenar mereka yang tidak boleh dipercayai dan hanya mempergunakan Pas dan Dap sebagai batu loncatan untuk melempiaskan nafsu mereka.

Ekoran pengumuman itu Pkr dikritik hebat oleh rakan kongsinya Dap menerusi Tan Seng Giaw yang mendakwa Pkr hanya bermimpi disiang hari untuk mentadbir Putrajaya, kekecewaan Dap terhadap sikap pemimpin Pkr yang mementingkan diri sendiri itu amat ketara, dan kerana isu ini juga sekali lagi Pakatan Rakyat dilihat agak goyah dalam menyelesaikannya.

Sementara itu Pas Selangor juga mendakwa tidak pernah berbincang mengenai pemilihan calon pemimpin mereka yang bakal diangkat menganggotai jemaah menteri sekiranya berjaya menubuhkan kerajaan dan agak terkejut dengan pengumuman oleh pemimpin Pkr itu.

Bagaimanapun menurut Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman  berpendapat  kenyataan itu hanyalah bersifat peribadi semata-mata, dan ianya tidak perlu untuk dibincangkan pada masa sekarang kerana Pakatan Rakyat punyai misi yang lebih besar yaitu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional.

“Apa yang penting ialah sasaran kita (Pas) untuk menjatuhkan BN terlebih dahulu, barulah boleh bincang Kabinet bayangan. Dalam perjumpaan kita selama ini pun, tidak pernah bincang mengenai Kabinet bayangan.

“Kalau cakap sekarang (mengenai Kabinet bayangan), tidak boleh kerana kita ada rakan komponen parti lain (PKR dan DAP) yang perlu turut sama berbincang mengenai perkara ini,”

Dalam pada itu, beliau berpendapat, tiada keperluan untuk PR menggunakan satu simbol atau bendera untuk menjadi kerajaan atau pembangkang berwibawa seperti didakwa Najib ketika berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional 2012 ke-41, kelmarin.

Menurutnya, walaupun selama ini PR tidak pernah menggunakan logo atau simbol sama, namun mereka dapat membuktikan bahawa ketiga-tiga komponen parti itu mampu menumpaskan BN dengan menawan empat negeri pada PRU 2008.

“Pada saya, lebih baik kita bergerak atas simbol masing-masing, tetapi kita tetap bersatu. Mungkin (penggunaan satu simbol) ini pernah dibincangkan, saya tidak berapa pasti, namun kita lebih selesa duduk di atas parti masing-masing.

“Tiada jaminan bahawa jika satu simbol atau logo dibuat, kita boleh kekal. Contohnya, walaupun BN guna satu simbol, tapi mereka tetap juga berlaga dan tidak bersatu hati," katanya.

Video - Najib Bersumpah Wallahi Wabillahi Watallahi, Anwar Manusia Berhati Iblis

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah Raja Auta sekalian isu, keangkuhannya tidak ada tolok bandingnya lagi, itulah yang dapat disimpulkan mengenai keperibadian Anwar setelah melihat rakaman-rakaman video beliau menjawab soalan daripada wartawan. Apabila timbul sesuatu isu dengan mudahnya ia akan palingkan isu terbabit ke atas Perdana Menteri.

Inilah yang dikatakan malaikat yang tidak dikenali, kecoh keliling negara sebut kerajaan BN korupsi, tidak amanah, tidak telus dan sebagainya, hanya beliau dan Pakatan Rakyat sahaja yang sempurna segala-galanya, namun bila timbul sesuatu isu kenapa ia cuba berdolak dalih memalingkan isu tersebut kepada Perdana Menteri, bukankah mereka berbeza dengan pemimpin BN, kalau pemimpin BN dikatakan tidak telus tunjukkanlah ketelusan pemimpin yang sempurna bagaikan malaikat itu.

Dulu cakap nak istihar semua harta pemimpin PR Selangor, namun sampai hari ini tidak tertunai apa yang dikhabarkan, banyaklah benda kalau nak bangkit, namun Gk lebih melihat kepada keikhlasan dan ketulusan hati seorang pemimpin yang difitnah lalu bersumpah bagi mempertahankan dirinya, sedangkan ia tidak perlu lakukan kerana beliau punyai kuasa untuk melindungi dirinya daripada tindakan undang-undang, berbeza pula dengan keangkuhan Ketua pembangkang yang takut untuk bersumpah, kenapa takut kalau anda tidak lakukan ? Itu soalan yang wajib dijawab sebelum PRU 13 ini sekiranya beliau benar-benar tidak bersalah.

Soal keputusan mahkamah yang mendapati beliau tidak bersalah adalah bukan keputusan mutlak setelah keputusan itu mengambil kira beberapa faktor ala samseng yang diamalkan oleh Anwar Ibrahim, bagaimanapun suka untuk kita merujuk  tuduhan Anwar terhadap Najib yang didakwanya punyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Sharibu, tetapi sampai hari ini Najib tidak pernah diseret ke Mahkamah, kalau di Malaysia Najib berkuasa, apakah Perancis juga Najib berkuasa ? Riuh pembangkang mengatakan mahkamah di Perancis sedang membicarakan kes ini tahun lalu, namun apa kesudahannya ?

Jelaslah politik jahat terkutuk Anwar yang sanggup dedahkan negara kepada bahaya, fitnahnya itu boleh  membawa kepada permusuhan dan ketidakstabilan hubungan antara Malaysia dan Perancis, memfitnah Perdana Menteri Malaysia dengan mengaitkan kes pembunuhan warga Perancis adalah satu perkara yang tidak boleh dimaafkan, namun kerana kuasa manusia seperti Anwar akan sanggup lakukan apa sahaja, rakaman video dibawah diantara beribu-ribu rakaman yang boleh membandingkan keikhlasan dua pemimpin dan memperlihatkan siapa dajal yang sebenarnaya. Anda Mampu Mengubahnya.

Anwar Bermimpi Lagi, Dengan Yakin Akan Tawan Putrajaya, Jadi PM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan keyakinan memegang amanah sebagai Perdana Menteri sekiranya berlaku pertukaran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Katanya, keyakinan itu diluahkan selepas melihat Pakatan Rakyat (PR) memiliki peluang cerah untuk menawan Putrajaya kerana rakyat kini lebih berfikiran terbuka dalam menentukan ketelusan kerajaan pimpinan.

Masa tu dia (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) akan duduk di tempat saya (Ketua Pembangkang), dan saya akan berada di tempat beliau (Perdana Menteri). Kita sudah bersedia sepenuhnya dan sekiranya kita menang kelak, fokus utama PR adalah untuk memulihkan ekonomi negara dengan mengetepikan pembaziran yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2013 lalu menyatakan seolah-olahnya Kerajaan Selangor tidak bijak menguruskan pentadbiran walhal kita telah berjaya menyelesaikan banyak hutang yang ditinggalkan BN sebelum kita ambil alih kuasa sama juga kejayaan-kejayaan lain yang kita capai di tiga negeri lain (Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan) di bawah pemerintahan PR,” katanya di hadapan penyokong pada Program Jelajah Merdeka Rakyat PR di tapak Pasar Malam Bandar Putera, di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei, Presiden Keadilan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan Pesuruhjaya Pas Selangor,Dr Abdul Rani Osman.
Anwar berkata, PR mempunyai kekuatan sendiri dalam memperjuangkan hak rakyat tanpa mementingkan ‘kroni’ seperti yang berlaku dalam BN.

“Tidak nafikan BN beri bantuan contohnya Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tetapi apa bezanya dengan dasar yang digunakan PR? Kita juga jaga kepentingan rakyat cuma yang bezanya di sini, kita tak guna rasuah.

Menyentuh penghapusan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) beliau menegaskan tetap dengan pendirian PR dalam memperjuangkan hak pendidikan percuma yang sepatutnya dinikmati rakyat.

“Kita rakyat Malaysia dan bukannya duduk dalam negara miskin. Tuduhan BN kata kita mahu ajar rakyat tak perlu bayar hutang adalah tidak benar.

“Apa yang dimaksudkan PR adalah hutang PTPTN sahaja kerana sepatutnya menjadi keutamaan kerajaan memerintah negara memberi pembiayaan pendidikan percuma yang akhirnya akan membawa keuntungan balik kepada negara

“PR ada caranya untuk memastikan perkara itu juga perkara-perkara lain ditadbir secara telus tanpa menyebabkan negara jatuh bankrup seperti yang didakwa BN,” katanya.

Sementara itu, Shuhaimi Shafiei berkata, program jelajah yang berlangsung semalam meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Taman Medan, Dun Andalas dan Dun Seri Muda.

Katanya, jelajah pemimpin PR itu bertujuan berkongsi kejayaan yang telah dilakar PR selama empat tahun pemerintahan dan bakal diteruskan pada 21 Oktober dan 28 Oktober melibatkan keseluruhan 21 Dun dan 12 kawasan Parlimen termasuk Wilayah Persekutuan. -Sinar Harian.

Anwar Umum 20 Pemimpin PKR Di Kabinet Bayangan Jika PR Menang

Seramai 20 pimpinan kanan PKR dijangka mewarnai jemaah menteri Kerajaan Pusat yang baru sekiranya berjaya menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei berkata, kepimpinan baru negara itu semakin menampakkan bayangan dengan sebahagian kecil pimpinan kanan mungkin diangkat sebagai menteri dan timbalan menteri mengikut tradisi yang wujud di dalam hierarki kepimpinan politik tanah air.

“Secara tradisi pimpinan kanan iaitu peringkat presiden sehingga pengurusan parti merangkumi timbalan, lima naib presiden, setiausaha, bendahari, ketua penerangan, pengarah pilihan raya, pengarah strategik, pengarah komunikasi, ahli majlis pimpinan.

“Sebahagiannya sudah tentu berada dalam senarai mereka yang biasanya akan berada dalam jemaah menteri,” katanya berkongsi pandangan ketika ditanya inti pati ucapan penutup Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Rapat Pimpinan Nasional PKR 2012 yang diadakan di Shah Alam Convention Centre, semalam.

Bagaimanapun katanya, barisan jemaah menteri itu tidak akan berada di ruang lingkup pengurusan kanan sahaja, sebaliknya anggota parti yang berpotensi juga akan diberi peluang.

“Mereka yang mempunyai kepakaran tertentu seperti undang-undang, ekonomi tetapi tidak berada dalam peringkat pengurusan parti, saya percaya mereka juga akan dipertimbangkan bagi memantapkan jemaah menteri Malaysia yang baru,” katanya.

Shuhaimi berkata, Anwar juga mengingatkan anggota parti tidak terpilih menjadi calon wakil rakyat sama ada di peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) atau Parlimen, tidak perlu rasa putus asa atau merajuk kerana PR adalah parti dinamik.

“Apa yang saya faham, mereka mungkin mengetuai agensi atau jabatan di mana pengalaman mereka itu akan digunakan di tempat yang sesuai. Parti mahu semua kepimpinan bersedia, jangan fikir golongan itu baru sertai parti atau telah lama.

“Yang penting calon itu boleh bantu rakyat, boleh menyumbang kepada PR dan mereka yang dipilih ini adalah mereka yang benar-benar boleh membawa visi PR, membentuk sebuah kerajaan baru yang bertanggungjawab, telus dan tidak rasuah,” kata beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri. -Sinar Harian.

Demontrasi Bantah Hina Nabi Dicemari Fitnah Oleh Pemimpin PKR - Video

Kerana takut kepada DAP, Ketua Angkatan Muda Keadilan terpaksa menunjukkan keberaniannya dengan memfitnah Pemuda Umno Malaysia semasa perhimpunan bantahan terhadap penghinaan kepada Nabi yang diadakan Jumaat lalu, tetapi langsung tidak berani menyentuh mengenai Pemimpin DAP, Ngeh Ko Ham yang jelas menghina umat Islam dengan mendakwa perhimpunan membantah penghinaan keatas Nabi dan Islam yang akan diadakan itu sebagai membuang masa dan tenaga.

Bagaimanapun beliau membuat fitnah dengan mengatakan, "Umno pada hari ini bacul, mereka tidak hadir, mereka tidak melihat kebersamaan untuk membela Muhammad SAW, bagaimana diperingkat pusat, Pemuda Pas mengajak, menjemput Pemuda Umno, mereka tidak mahu bersama, malah mereka mengadakan perhimpunan bantahan berasingan"

Sedangkan sebelum ini kenyataan Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan Abdul Latiff Abdul Rahman berbeza sekali dengan apa yang didakwa sebagai Pemuda Pas mengajak Pemuda Umno, dan tidak timbul isu Pemuda Umno enggan mengadakan demontrasi bersama, Abdul Latif dipetik sebagai berkata, "Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang turut mengajak semua pihak untuk mengecam penghinaan itu, dan sekretariat Pemuda Umno juga ada menghubungi Pemuda Pas Pusat untuk mengadakan perbincangan berhubung isu berkenaan ".

Malah Pemuda UMNO menerusi Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa biarpun perhimpunan secara berasingan namun Matlamat tetap sama, iaitu menunjukan bantahan terhadap perbuatan menghina Nabi Muhammad SAW.

Menurut Khairy, Pemuda UMNO membuat keputusan tidak bergabung dengan Pemuda PAS esok atas faktor keselamatan, keputusan tersebut dibuat selepas berbincang panjang dengan Nasarudin Hassan semalam.

“Pada mulanya, memang Pemuda UMNO berhasrat untuk bergabung dengan Pemuda PAS dan kami terbuka untuk bergabung.

“Tetapi selepas berbincang dan memikirkan faktor keselamatan dan logistik, kami buat keputusan yang himpunan aman dibuat secara berasingan,” katanya.

Jet Peribadi: Anwar Kata Ia ‘Tajaan’, Nurul Izzah Kata ‘Bukan Duit Rakyat’, Tian Chua Kata ‘Lebih Jimat’

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan jet peribadi yang dinaikinya bersama pimpinan pembangkang pertengahan bulan ini adalah ehsan ‘tajaan’ daripada seorang kenalan.

Tanpa mendedahkan identiti pemilik jet berkenaan, Anwar malah mengharapkan ‘tajaan’ seumpama itu terutamanya menjelang pilihan raya umum akan datang.

“Saya tak ada masalah (naik jet peribadi). Kalau ada ruang, saya nak pinjam lagi terutama dekat pilihan raya…saya nak pinjam,” katanya pada sidang media di Lobi Parlimen di sini, Isnin.
Mengulas lanjut mengenai peminjam jet peribadi itu, Anwar berkata beliau dihubungi individu berkenaan bagi mendapatkan persetujuan untuk menaja pakej perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak.

“Rekod siapa punya jet itu ada pada DCA (Jabatan Penerbangan Awam). Jet itu berpangkalan di Kuala Lumpur.

“Saya dihubungi seseorang untuk diberikan kebenaran. Dia kata kalau ditanya (identiti pemilik jet) kata kawan tolong uruskan.Setakat itu sahaja yang saya boleh jawab. Macam kalau kereta saya rosak, saya minta tolong (pinjam) kereta kawan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan kontroversi gambar Anwar bersama pemimpin pembangkang menaiki sebuah jet peribadi dari Terminal SkyPark Subang untuk ke Labuan, Sabah pada 15 September laluyang menjadi topik hangat di internet.

Menurut pendedahan blog yang memetik kenyataan akaun Twitter Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua beberapa hari lalu, jet peribadi itu dinaiki Anwar bersama-sama para pemimpin pembangkang lain ke Labuan dan Kota Kinabalu, dipercayai bagi menyambut perayaan Hari Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai penyebaran gambar tersebut, Anwar berkata ia sengaja disebarkan bagi mengelakkan sebarang spekulasi negatif.

“Mengapa kita izinkan Tian ambil gambar? Ia sebab saya tak mahu perkara ini dirahsiakan. Sebab itu sengaja kita sebarkan di facebook,” katanya.

Dalam pada itu Anwar turut menafikan sebarang dakwaan yang mengaitkan wujudkan unsur rasuah disebalik penajaan jet peribadi tersebut.

“Saya semak jika wujud unsur berkepentingan di Selangor, tapi tak ada. Saya bimbang juga kalau dia nak tanah atau kontrak di Selangor…tapi tak ada,” katanya.

SEMENTARA itu dalam entri di blog novandri.blogspot.com mendakwa pemimpin pembangkang itu menuduh kerajaan Barisan Nasional membazir kerana sering menggambarkan diri mereka pandai berjimat cermat dan mengembara dengan menaiki syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

“Ramai penyokong telah tertarik, malangnya ini semua hanya satu lakonan.

“Cerita terbaru mengenai Anwar menaiki jet peribadi bersama-sama pemimpin PR sudah pasti akan meninggalkan kesan serta persepsi negatif daripada rakyat,” kata blogger tersebut.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, adalah satu ironis apabila pembangkang sering menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak dan kerajaan suka membazir, sedangkan mereka menaiki jet peribadi untuk pergi berkempen.

“Walaupun perkhidmatan tersebut dibayar oleh pihak tertentu, rakyat tetap ada hak untuk mengetahui sama ada ia dibiayai oleh pihak antarabangsa atau orang tempatan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang berkata: “Sekalipun ia hanya dipinjamkan, mereka harus sedar tiada makanan tengah hari percuma di dunia hari ini.”

Menjawab reaksi terhadap kritikan yang dilemparkan kepadanya, Anwar pada Sabtu menulis di laman Twitternya,: “Apa isunya? Seorang kawan telah merancang untuk memberi pinjam jet peribadinya.”

Sambil mempertahankan tindakan bapanya, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar turut menghantar tweet: “Apa isunya dengan perjalanan menaiki jet peribadi yang dipinjamkan oleh seorang rakan? Ia bukan kepunyaan kami, bukan dengan duit rakyat.”

Tian Chua berkata, mereka telah pergi ke beberapa tempat di Sabah dan Sarawak pada hujung minggu ketika cuti hari Malaysia.

Beliau menambah adalah lebih murah dan menjimatkan masa menyewa jet peribadi berbanding pesawat komersial. - mynewshub.

Video - Naga Aku Lawan Inikan Pula Cicak Mengkarung - Anwar Ibrahim Bermula Ganas

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang terkenal sebagai 'kaki hentam' gaya bebas memang tidak syak lagi apabila beliau didapati kerap kali menyalahgunakan kebebasan hentaman itu keatas fakta-fakta yang tidak konsisten dan senantiasa berubah mengikut mood dan kesesuaian yang dirasakan selesa oleh beliau.

Keadaan itu juga boleh difahamkan bahawa Anwar tidak bercakap berdasarkan realiti dari apa yang berlaku dan dari apa yang ingin dilakukannya, tetapi beliau bercakap hanya untuk dijadikan penyedap semata-mata demi memenuhi cita dan angannya tanpa  mengambil kira dosa dan pahala.

Perkara ini berhubung dengan sejumlah angka yang sentiasa beliau sebut mengenai hasil utama negara yaitu minyak dan gas, dalam masa seminggu sahaja angka yang disebut beliau itu berubah dan berada diluar kotak logik, jika minggu lalu beliau mengatakan hasil tahunan petrolium negara berjumlah RM 80 Billion, minggu ini pula melonjak kepada RM 100 Billion, dan pelonjakkan itu dilihat bersandarkan kepada pelonjakkan lidah dan nafsu semata-mata.

Begitu juga dengan gaji minimum yang dijanjikan beliau andai kerajaannya diberi peluang untuk mentadbir negara, minggu lalu beliau menjanjikan gaji minimum sebanyak RM 1100, namun dengan tidak semena-mena minggu ini naik kepada RM 1500 tanpa pula mengumumkan kenaikkannya kecuali hanya angka sahaja yang berubah.

Lebih malang lagi gaya bebas bersifat penyedap itu terus menular dikalangan anggota parti pembangkang. Ketara mengzahirkan keadaan itu antaranya, Ketua Srikandi Pkr, Siti Aishah Shaik Ismail yang boleh dilihat pada rakaman video dibawah....Anda Mampu Mengubahnya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...