Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts
Showing posts with label pakatan rakyat. Show all posts

Video - Anwar Dedah Pemimpin PR Bakal Melompat Lagi, Himpunan 'Blackout' Terhenti

Dakwaan tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan PRU 13 yang lalu, dimana pada mulanya beliau membawa isu pengundi bangla, dan kemudian isu 'blackout', seterusnya buat laporan polis mengenai dakwat kekal, akhirnya semalam dalam ucapan pada sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang, Anwar mengakui kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan penolakkan oleh masyarakat Melayu dan langsung tidak menyebut mengenai penipuan atau ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai punca kekalahan mereka.

Tindakan Anwar yang dilihat semakin kendur menyalahkan SPR itu dipercayai kerana kurangnya sambutan dikalangan rakyat bahkan dikalangan pemimpin didalam PR sendiri, disebabkan reaksi hambar kebanyakkan pemimpin PR yang lain mengenai isu ini, Anwar seperti biasa awal-awal lagi menuduh mereka dibayar oleh UmnoBN yang menyebabkan mereka 'letih'.

Selain itu Anwar mendakwa, propaganda dengan isu perkauman yang dimainkan oleh Umno berjaya menimbulkan kerungsingan dikalangan orang Melayu menyebabkan undi Melayu berpihak kepada BN.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin didalam PR berusaha mencari alternatif bagi menarik sokongan orang Melayu kepada PR, kerana menurutnya bumiputera Melayu adalah merupakan penentu bagi kuasa politk di Malaysia.

Terdahulu, Anwar turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Blackout 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya. Ada Mampu Mengubahnya.

Nik Abduh: "Lihatlah Betapa Ramai Penyokong PR Menjadi Mangsa Kencing Manis Anwar Ibrahim"

Dengan pendedahan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, maka terjawablah akan segala punca kenapa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim meroyan diseluruh negara dengan membawa isu 'blackout' dan juga penipuan SPR.

Rupanya ada perjanjian syaitan antara Anwar dan parti didalam Pakatan Rakyat, Anwar menaburi janji manis sebagaimana janji 16 September, untuk tidak dilihat bohong maka Anwar terpaksa mencari isu bagi menutup kelemahan dirinya.

Nik Abduh dalam kenyataannya membayangkan keputusan PRU13 ibarat rebah di kaki Gunung Kinabalu setelah sekali lagi PAS dikencing oleh Anwar. Antara kenyataannya,

"Jika pun PAS menang lebih baik di kerusi-kerusi majoriti Melayu yang ditandingi, kemenangan PR masih terlalu bergantung kepada lonjakan besar di Sabah dan Sarawak. Oleh kerana PAS, apatah lagi saya sendiri kurang maklumat lengkap mengenai pergerakan undi sebenar di Sabah dan Sarawak, selain hanya bergantung harap kepada kemenangan PKR dan DAP yang bertanding di banyak kawasan di sana".

"Keputusan yang diperolehi pada 5 haribulan adalah tidak mengejutkan saya. Saya mudah menerima takdir Allah dalam PRU kali ini berbanding kejutan takdir Allah dalam PRU 2004 yang begitu menggegar bahtera perjuangan PAS".

"Keputusan PRU13 adalah kemenangan buat BN dan kekalahan buat PR. PAS melalui presidennya menyeru rakyat menerima kekalahan. Ia adalah takdir Allah. Dalam bahasa yang lebih lunak dan menjinakkan hati yang beriman, kita menerima takdir Allah bahawa kita kalah PRU13 melalui penipuan dan manipulasi undi oleh BN. Kita menerima takdir Allah bahawa perjuangan membersihkan SPR belum tamat".

"Tinggal dulu perihal penipuan oleh BN. Kita bicara kemudian, atau anda boleh membacanya segera di dalam banyak artikel pendedahan dan pembongkaran".

"Adapun di Sabah dan Sarawak, PR tumbang. Sabah dan Sarawak melenyapkan harapan PR memenangi Putrajaya. BN Sarawak memenangi 25 daripada 31 kerusi, manakala di Sabah, BN menang 22 daripada 25 kerusi yang dipertandingkan".

"Hakikatnya, janji DSAI perihal Sabah dan Sarawak hancur berkecai. Jika ia berdasarkan culaan dan makrifat yang kukuh dan berwibawa, maka ia membayangkan betapa lemahnya jentera DSAI mencula dan memakrifatkan. Jika ia sekadar janji manis menakluk harapan, maka lihatlah betapa ramai penyokong PR yang menjadi mangsa kencing manis akibat janji manis bergula DSAI".

"Saya tidak faham politik janji manis dan harapan meranap gunung. Sepanjang saya berguru politik dengan dengan TGNA, TGHH dan guru-guru politik dalam PAS, saya tidak pula diajar begitu selain berkata benar dan tegas".

"Ya, DSAI bukan PAS dan beliau tidak perlu mengguna pakai kaedah PAS. Tetapi saya jadi keliru melihat sebahagian mangsa adalah ahli dan pendukung PAS. Sesetengah sukar memahami maksud 'menerima takdir Allah' yang dianjur presiden PAS sehingga menganggapnya sebagai menyerah kepada kezaliman BN yang mempergunakan SPR. Saya sukar memahami sesetengah ahli PAS tidak memahami maksud beriman kepada takdir Ilahi".

"Samada saya menyalahkan DSAI atau menyalahkan ahli dan pendukung PAS sendiri yang terlalu kemaruk janji manis DSAI, saya tangguhkan buat sementara. Kerana mungkin juga kedua-duanyalah yang bersalah".

"Sebelum PRU13 berlangsung, saya bertanya kenalan yang akses sumber BN. Dia yakin BN kekal dengan kemenangan lebih 140 kerusi. Saya cuba menolak dengan beberapa hujah. Tetapi beliau selamba menjawab, BN yakin menang besar di Sabah dan Sarawak. PAS akan hilang banyak kerusi, tak akan menambah di semenanjung. Saya senyap dalam keliru".

"Bila PAS hilang hanya satu kerusi, saya terus menadah syukur. PAS tidak sebagaimana cula BN. Bila PR kalah teruk di Sabah dan Sarawak, saya terima takdir bahawa cula BN lebih berjaya dan cula kita hanya janji manis".

Anwar Perbudakkan Ulamak Sebagai Bebanan PR Capai Kemenangan, Pas Sedia Keluar Dari Pakatan?

Sikap Anwar Ibrahim yang ingin memperbudakkan golongan Ulamak didalam Pas tidak kesampaian apabila golongan tersebut sedar dengan matlamat sebenar Anwar bersama-sama mereka.

Golongan Ulamak Pas hanya dipergunakan oleh Anwar sebagaimana Anwar mempergunakan orang-orang muda untuk berhimpun demi mencapai cita-cita luar tabienya menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin golongan Ulamak Pas boleh tunduk patuh kepada setiap perancangan Anwar seperti sebahagian orang-orang muda, sedangkan mereka berpengalaman dan berilmu, takkanlah kalau Anwar kata 'tonggeng' mereka tonggeng, Anwar kata berhimpun mereka berhimpun, memang tak patutlah Anwar nak perbudakkan Ulamak.

Pas juga mulai sedar sokongan kepada mereka khasnya di Kelantan agak menurun, rakyat sudah tawar dengan perjuangan Pas setelah Pas bersama-sama DAP dibawah telunjuk Anwar, Pas dilihat tidak konsisten dengan perjuangan yang dibawa, mujurlah masih ada kebencian rakyat kepada pemimpin Umno Kelantan yang menyebabkan Pas masih lagi boleh kekal berkuasa.

Rentetan itu, tidak hairanlah jika 11 perhimpunan blackout diadakan diseluruh negeri namun tidak diadakan di negeri Kelantan, jika diimbau kembali program-program Pakatan Rakyat sebelum ini, sememangnya ia agak aneh jika Kelantan dikecualikan, namun itulah hakikat yang berlaku.

Bagaimanapun golongan Ulamak didalam Pas mendapat kritikkan keras daripada pimpinannya sendiri  yang pro kepada Anwar, mereka mengatakan golongan Ulamak inilah menjadi bebanan dalam usaha PR mencapai kemenangan menuju ke Putrajaya.

Menjawab tohmahan tersebut, dalam kekecewaan berkias Nik Abduh berkata, "Kekuatan PR adalah kerana para ulama mendukungnya. Apabila ulama dilihat sudah menjadi bebanan kepada PR dan melambatkan proses kemenangan, maka para ulama perlulah sedar mereka tidak lagi dianggap pendukung penting".

"Adakah ulama perlu menyisih diri demi kemenangan PR? Para ulama, di mana pun mereka berada, (PR/ BN) kemenangan akan segera mengekori mereka. Sebabnya, para ulama adalah obor kehidupan. Mereka tidak perlu kemenangan segera untuk memperolehi ridha Allah. Merekalah yang mengajar saya, untuk beroleh kemenangan agung, anda hanya perlu berjalan lurus". Anda mampu Mengubahnya.

3 Tahun Kaji Anwar Dengan 28 Teman Rapatnya, Solat Isthikarah Dan Akhirnya Sidek Baba....

KUALA LUMPUR - Memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin akan menyebabkan negara terdedah kepada pelbagai ancaman dari dalam dan luar negara, kata ilmuan dan bekas rakan karib ketua pembangkang itu, Datuk Dr Sidek Baba.

Sidek berkata beliau percaya banyak pihak tahu perkara sebenar yang berlaku melibatkan Anwar, tetapi mereka tidak berani menyampaikannya kepada khalayak.

"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di sini, Jumaat.

Sidek baru-baru ini mengejutkan banyak pihak apabila meninggalkan Anwar selepas lebih 30 tahun bersahabat, tetapi beliau menjelaskan bahawa tindakannya itu dibuat atas tiga sebab - masalah keruntuhan moral, sokongan kepada pluralisme agama serta kredibiliti Anwar.

Beliau berkata pertemuannya dengan Dr Mahathir pada Jumaat selama sejam bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kemusykilan yang berbangkit berkaitan bekas rakan karibnya Anwar, yang bersama-sama beliau berjuang dalam Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

"Tun (Dr Mahathir) ialah seorang yang teliti dan tidak mudah disogok dengan maklumat untuk jatuhkan timbalan (perdana menteri) dia (Anwar).

"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998)selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.

Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Beliau melahirkan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi menjelaskan pendiriannya itu dan berharap ia digunakan sebaik mungkin, dan turut membidas penulis blog yang menghentam tindakan beliau itu tanpa mendapatkan penjelasan daripadanya.

Kepada pihak yang cuba menyifatkan pendedahannya sebagai satu konspirasi, Sidek mencabar mereka mengemukakan bukti bagi melawan hujah yang beliau tampilkan.

Ditanya kesediaannya jika dicabar Anwar untuk berdebat, beliau berkata: "Untuk apa? Untuk kebenaran atau cuma silat lidah?" Sidek dalam pada itu berkata PAS perlu meneliti semula prinsip perjuangan asal parti itu yang dilihat sudah tergadai selepas bersama dalam pakatan pembangkang.

Sambil memuji Barisan Nasional yang terbukti boleh mentadbir dengan baik berdasarkan jejak rekod yang ada, Sidek berkata jika ada pihak yang berhasrat melakukan perubahan rejim, mereka perlu mengambil kira masalah yang bakal timbul dalam menguruskan kejayaan perubahan itu. Bernama

Huru-Hara Didalam Pakatan Rakyat Bermula, Azmin Ali Dilihat Sebagai Punca

KUALA LUMPUR - Parti-parti didalam Pakatan Rakyat dilihat begitu kelam kabut dan tidak mempunyai perancangan yang teratur didalam menguruskan pentadbiran sesama mereka selepas pengumuman pembubaran parlimen dibuat semalam.
 
Keadaan huru-hara antara pemimpin didalam Pakatan Rakyat sudah tidak mampu disorok lagi, terdahulu  PAS Wilayah Persekutuan (WP) melahirkan kekecewaan mereka dengan tindakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengumumkan peletakan calon di parlimen Setiawangsa dan Labuan tanpa persetujuan PAS dan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjaya PAS WP Mohamad Noor Mohamad berkata, Azmin tidak berbincang dengan Majlis Pakatan Rakyat WP mengenai kerusi Setiawangsa dan Labuan terlebih dahulu.

Malah sehingga kini beliau berkata kerusi Parlimen Setiawangsa masih dalam perbincangan dan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat belum membuat keputusan muktamad mengenainya. .

"PAS WP berasa kesal dengan pengumuman dibuat Azmin dalam media pada Rabu bahawa PKR akan bertanding di tiga kawasan iaitu di Parlimen Bera, Setiawangsa dan Labuan.

"PAS WP merasakan kenyataan Azmin tidak mencerminkan semangat setiakawan dan perpaduan antara Pakatan Rakyat khususnya peringkat Wilayah Persekutuan," katanya dalam sidang media di Pusat Khidmat Parlimen Titiwangsa di sini, Jumaat.

Mohamad berkata PAS WP turut menegaskan bahawa pengumuman sebarang kerusi di WP perlu melalui perbincangan dengan Majlis Pakatan Rakyat WP.

"Azmin tidak boleh sewenang-wenangnya mengisytiharkan mana-mana kerusi yang akan ditandingi oleh PKR tanpa persetujuan daripada PAS dan Pakatan Rakyat," katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata PAS perbezaan pandangan adalah perkara biasa dalam PR namun ia perlu diurus dengan baik.

"Sepatutnya perkara ini akan dapat diselesaikan melalui perbincangan.

"Kalau boleh dibincang di peringkat dalaman sebelum umum kepada media," katanya.

Pada Rabu, Azmin yang juga Pengarah Pilihan Raya PKR mengumumkan parti itu akan bertanding di tiga kerusi Parlimen, iaitu di Labuan, Bera dan Setiawangsa.

Beliau dilaporkan berkata ketiga-tiga kerusi berkenaan sebagai ganti kepada kerusi yang diumum Presiden PAS, Datuk Seri Haji Hadi Awang iaitu Temerloh dan Kangar.

Sementara itu Azmin turut mengesahkan dimana Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Walaupun Presiden PKR itu mempunyai peluang yang cerah jika bertanding, namun kepimpinan tertinggi parti menghormati keputusan beliau untuk menarik diri pada saat akhir.

"Benarlah apa yang dikatakan Datuk Seri Anwar ketika ditemu bual media antarabangsa semalam.

"...keputusan itu disampaikan Anwar sendiri dan kita menghormatinya," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini
 
Kenyataan yang dibuat Anwar semalam bahawa Wan Azizah tidak bertanding bagaimanapun disangkal oleh anaknya yang juga Naib Presiden parti Nurul Izzah Anwar.

"Itu hanya cakap-cakap politik," katanya malam Khamis, walaupun menyedari berita itu berpunca daripada KeadilanDaily.com yang memetik bapanya Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu kepada stesen televisyen Al-Jazeera Rabu lepas.

"Itu kenyataan dikeluarkan oleh Jabatan Pilihan Raya Pusat (JPRP) Keadilan (merujuk kepada KeadilanDaily.com) saja. Setakat ini tidak ada perancangan sebegitu dan ia akan dimuktamadkan semasa hari penamaan (calon) nanti.

"Saya rasa pengumuman rasmi akan dibuat pada Rabu (depan) oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau akan tahu pastinya mengenai persiapan calon," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah di Chabang Tiga di sini.

Nurul Izzah juga tidak percaya Anwar akan beralih angin bertanding di Perak seperti yang dibayangkan bapanya.

"Saya fikir beliau tidak menyatakan yang beliau bersedia bertanding di Perak. Ini spekulasi media dan saya sendiri telah mendapat memorandum daripada warga Permatang Pauh yang meminta beliau (Anwar) kekal di sana.

"Ada satu dimensi sentimental yang amat unik di Permatang Pauh. Ibu saya Wan Azizah telah tiga penggal menjaga kerusi dan berkhidmat di sana dan ternyata permintaan mereka untuk (Anwar) kekal di sana harus diambil kira," katanya.

Nik Aziz: "Kalimah ALLAH Juga Digunakan Oleh Syaitan Dan Iblis, Apa Susah ?"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah ALLAH, sebagaimana diputuskan Majlis Syura Ulama sebulan lalu.

Sambil menegaskan perkara itu tidak sepatutnya dijadikan isu, Nik Abdul Aziz berkata, yang menjadi permasalahan kini ialah tidak boleh sama sekali menterjemahkan perkataan ‘God’ dan ‘Lord’ kepada ALLAH.

“Kalimah ALLAH kita telah putuskan sebulan lepas, saya tak payah ulang dah benda ni, benda yang tak patut dijadikan isu, jadi isu.

“Nama ALLAH telah digunakan oleh syaitan dan iblis di dalam syurga lagi. Iblis jumpa Nabi Adam di syurga, dia kena guna nama ALLAH, ayah Nabi Muhammad nama Abdullah, dia peluk Islam, jadi apa susah kita? Cuma masalahnya, terjemah God dan Lord kepada ALLAH, itu tak betul,” katanya selepas merasmikan Karnival Antarabangsa Bio Kelantan 2013 Persidangan dan Pameran di Kelantan Trade Centre di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan persetujuan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam terjawab apabila ia ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri.

Majlis Syura sebelum ini memutuskan bahawa sesiapapun boleh menggunakan kalimah ALLAH, namun tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia, begitu juga tidak boleh kalimah asing hendak diterjemahkan kepada kalimah ALLAH.

Majlis itu turut memutuskan bahawa menterjemah kalimah God atau Lord dari mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan ALLAH tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar selain boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Dalam pada itu, Nik Abdul Aziz enggan mengulas lanjut menyarankan agar keputusan Majlis Syura Ulama sebelum ini dirujuk kembali bagi mendapat gambaran lebih jelas berhubung perkara itu (kalimah ALLAH).
 
Itulah sikap Ularmak seperti Nik Aziz, banyak 'kluk-klek', sebenarnya kalau Nik Aziz ni seorang Ulamak yang ikhlas berjuang untuk Islam, Nik Aziz tak perlu banyak cakap, cukup saja dengan berkata sepertimana yang dikatakan oleh Datuk Dr Haron Din yaitu "Saya akan mempertahankan kalimah ALLAH sehingga akhir hayat saya", kerana kenyataan itu lebih jelas siapa Nik Aziz yang sebenarnya.
 
Majlis Syura terikat dengan ahli-ahli Pas, tetapi Pas pula terikat dengan polisi yang dipersetujui didalam Pakatan Rakyat.

WAJIB Undi BN ! Memang DAP Bertanding Tak Sampai 50 Kerusi, Tapi...

PRU 13! Barisan Nasional ataupun Pakatan Rakyat ? Ada pendapat mengatakan WAJIB undi BN dan HARAM mengundi Pas, namun mungkin ramai yang lebih bersetuju WAJIB undi BN tetapi tidaklah sampai ketahap HARAM untuk mengundi Pas kecuali DAP, dan ianya juga lebih tepat begitu jika dilihat kepada keseluruhan aspek, jangan pula politik melangkaui agama diatas kecetekan berfikir untuk berhukum sesukanya, melainkan pihak yang bertanggungjawab seperti majlis fatwa kebangsaan yang memutuskannya.

Ini penting bagi menjamin kedaulatan Islam terus terpelihara tanpa dikotori dengan agenda politik semata-mata, tidak usah meletakkan diri tergolong didalam golongan puak-puak pelampau yang terlebih lajak daripada laju, untuk berhukum dengan sesuatu hal itu bukan perkara yang mudah, ianya perlu diteliti dalam pelbagai sudut, jangan menjadi seperti Nik Aziz yang popular dengan fatwa ikut suka-sukinya.

Pun begitu ada yang berkata "Bagaimana komunis DAP nak kuasai negara kerana mereka bertanding tak sampai pun 50 kerusi", namun dalam bertanding tak sampai 50 kerusi pun mereka tetap berjaya menghapuskan tulisan jawi pada papantanda kepada tulisan yang dikehendakinya. Itupun negara ini masih dikuasai oleh BN, entah bagaimanapula kalau PR yang menguasai kerajaan dinegara ini.

Kebanyakkan kita umat Islam terlalu memandang rendah serta bersikap acuh tak acuh diatas kewujudan komunis moden yang tak sedar diuntung ini, bahkan bersekongkol dengan mereka sehingga sanggup memecat dan bermusuh dengan orang sendiri, sudah berapa banyak keistimewaan kita diganggu gugat oleh mereka, sedangkan sebelum ini cina-cina MCA sangat menghormati kita dan tidak ada yang dilihat terlalu ketara mencabar keistimewaan kita tidak sebagaimana DAP pada hari ini.

Kebiadapan komunis-komunis DAP ini tidak harus dibiarkan, belum ada lagi mana-mana kaum yang berani biadap menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong, tetapi hari ini kemelampauan komunis ini sudah keterlaluan, ketika cina Gerakan memerintah Pulau Pinang, perkara seperti ini tidak pernah berlaku, tapi sekarang baru dapat sedikit kuasa, dah mula bongkak seperti biawak. Itulah komunis DAP, kenali mereka Anda Mampu Mengubahnya.
Leong Pei Koe



Video - Jawapan Kepada "Jika PRU Adil Sudah Lama Kami Ambil Putrajaya"

Jawapan yang diberikan oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berhubung dakwaan pemimpin pembangkang bahawa jika pilihanraya bersih dan adil sudah lama mereka ambil Putrajaya, adalah tepat yaitu bersifat kebudak-budakkan.

"Macam mana kita boleh pasti bagi Kedah, bagi Perak, bagi Selangor kepada pembangkang, yang lain bagi kepada BN, mana kita boleh buat pengundian macam tu, lakukan penyelewengan disetengah negeri, dinegeri lain jangan, lepas tu pulak, dalam parlimen, 140 kerusi tu menang, yang 82 kita aturkan bagi pembangkang menang, mana boleh buat macam tu, ini rakyat punya hak, dia nak pilih siapa yang dia mahu".

Semalam Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu menyatakan akan berlakunya 'arab spring' sekiranya pilihanraya tidak bersih dan adil, kenyataan seperti itu sering diucapkan oleh Mat Sabu ekoran 'badi' bersama Normah diatas tilam 'spring' didalam bilik bernombor 121 di Hotel Perdana sukar untuk dilupakannya.

Mungkin itulah kenangan manis sepanjang hidup Mat Sabu diatas 'tilam spring' sehingga Mat Sabu terlalu sensitif dengan perkataan spring dan mencuba sedaya upaya untuk menikmati walau apa juga 'spring'. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Kabinet Bayangan, Anwar Menggigil Terima Amaran Tegas Dari DAP

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyahut cabaran Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan, sebaliknya berkata kabinet bayangan hanya sesuai diamalkan di United Kingdom (UK) dan Australia.

Pendirian Anwar jelas bertentangan dengan kenyataannya pada 2008 bahawa beliau mahu membentuk kabinet bayangan sebagai alternatif kepada kerajaan Barisan Nasional yang didakwanya tidak stabil ketika itu.

"Kabinet bayangan ini tidak menjadi amalan politik di Amerika, Perancis, Thailand dan Indonesia.

"Siapa yang bakal jadi menteri dan timbalan menteri adalah senarai kepimpinan kanan ketiga-tiga parti (Pakatan Rakyat) jika mereka memenangi kerusi," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Semalam Perdana Menteri mencabar Pakatan Rakyat (PR) menubuhkan kabinet bayangan sebelum berangan-angan menubuhkan kerajaan sebenar dengan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Untuk menyatukan perpaduan diantara kaum bukannya sesuatu yang senang, Anwar cakap semua senang, meliwat orang pun senang, ni lah bahananya, nak satukan kesefahaman dikalangan pemimpin yang bercakap sedap pun susah apatah lagi untuk satukan rakyat bawahan. Masalah sebenarnya tak nak sebut pasal kabinet bayangan ni bukannya apa, faham-fahamlah kan, bertambah faham lagi bila dengar penjelasan dari pemimpin DAP dibawah.

Tapi sayang sekali kekuatan komponen Barisan Nasional tidak seutuh dahulu, pemimpin BN sendiri yang gagal mengekalkan kesatuan itu sehingga terbentuknya pembangkang yang kuat, sedangkan untuk membinanya bukan sesuatu yang mudah, namun apabila parti melahirkan semakin ramai pemimpin-pemimpin yang tamak haloba rakuskan kuasa untuk mencipta kekayaan didalam parti, maka sesebuah parti itu tidak mustahil akan hancur dengan sendirinya. Hayati dengan teliti kata-kata pemimpin DAP dibawah, Anda Mampu Mengubahnya.

Jangan Tertipu Dengan Tiga Senjata Pembangkang Kutuk, Hasut Dan Janji

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mahu rakyat berwaspada dengan tiga "senjata" iaitu kutuk, hasut dan janji yang digunakan pembangkang untuk memenangi hati mereka.

"Dia mesti kutuk (kerajaan), mereka mesti tentang (kerajaan). Selepas itu, mereka mesti hasut dan kemudian mereka menabur janji. Seperti yang saya telah katakan, mereka akan menjanjikan bulan, bintang dan waima cakerawala," katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-41 Gerakan di Kuala Lumpur, hari ini.

Najib yang juga pengerusi BN berkata rakyat perlu berfikir tentang janji-janji manis yang ditabur oleh pakatan pembangkang yang akhirnya terserlah sebagai racun berbisa buat mereka.

"Adakah ia benar-benar baik untuk rakyat atau akan membawa musibah kepada negara. Inilah rakyat mesti fikir, sebab nak jadi pembangkang senjatanya ada tiga – kutuk, hasut, janji," tegas Perdana Menteri.

Najib berkata untuk menjadi pembangkang yang berwibawa dalam sistem Parlimen, mereka perlu memenuhi beberapa syarat asas, satu daripadanya ialah menggunakan satu simbol sahaja.

"Pendek kata, anda perlu berdaftar sebagai sebuah parti. Tetapi Pakatan Rakyat bukan berdaftar sebagai sebuah parti atau mereka mempunyai satu simbol bersama," katanya.

Perdana Menteri berkata BN telah menggunakan satu simbol sahaja, dengan semua calonnya bertanding di bawah simbol atau lambang BN pada pilihan raya.

"Kami pergi berjumpa dengan rakyat sebagai BN, tetapi pembangkang akan pergi berjumpa rakyat dengan simbol berbeza (simbol parti masing-masing).

"Simbol tak sama...kita tak pasti sama ada mereka akan bentang manifesto yang sama," katanya dan menurutnya malah pergaduhan berhubung hukum hudud di kalangan pakatan pembangkang juga telah berlaku secara terbuka.

Najib berkata ini menunjukkan yang mereka tidak mempunyai pendirian bersama dan dasar bersama mengenai bagaimana negara ini akan ditadbir urus, dan ini diperkukuhkan lagi dengan kegagalan pembangkang mengisytiharkan "kabinet bayangan" mereka.Najib berkata negara tidak seharusnya diperintah oleh pakatan pembangkang yang berterusan menabur janji yang tidak mampu ditunaikan.

Beliau berkata 75 peratus janji dibuat oleh kerajaan negeri Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih tidak ditunaikan manakala BN terpaksa campur tangan untuk menyelesaikan isu Kampung Buah Pala di Pulau Pinang pimpinan DAP.

Perdana Menteri juga berkata seorang pemimpin perlu adil dan saksama, sikap yang tidak terdapat pada diri ketua pembangkang yang telah cuba menghalang seorang pegawai kanan pelajaran yang kompeten di Pulau Pinang daripada dinaikkan pangkat satu ketika dahulu.

"Bila saya semak perkara itu, saya sanggup mengambil risiko. Dia (ketika itu) Timbalan Perdana Menteri, saya pula Menteri Pendidikan...saya kata "tidak", pegawai itu mesti diberikan jawatan Pengarah Pelajaran. Dan saya bersedia menghadapi akibatnya demi menegakkan prinsip. Seorang pemimpin perlu bersikap adil dan saksama," katanya.

Beralih kepada Belanjawan 2013 yang dibentangkan beliau pada Jumaat, Najib berkata mantera falsafah kerajaan dalam penyediaannya adalah mendahulukan rakyat dan segala langkah yang dibuat adalah untuk rakyat.

"Belanjawan ini adalah mengenai rakyat serta untuk menggerakkan ekonomi. Anda tidak boleh hanya bercakap mengenai rakyat tanpa menggerakkan ekonomi, tanpa menarik pelaburan asing, pelaburan domestik, inovasi dan produktiviti.

"Terdapat 111 inisiatif atau touch points dalam Belanjawan 2013. Bacalah satu persatu-satu," katanya. -Malaysiakini.

Senarai Nama Dalam Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat

Kabinet Angan Bayangan Pakatan Rakyat

1) Perdana Menteri: Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

2) Timbalan Perdana Menteri: Lim Kit Siang (DAP, MP Ipoh Timur)
  • Abdul Hadi Awang (PAS, MP Marang)
  • Satu kerusi telah pun disediakan samada dari Sarawak ataupun Sabah bagi menjaga hal ehwal di Borneo. ( Walaubagaimanapun senarai nama calon tidak boleh didedahkan buat masa ini)
3) Kementerian Kewangan:
  • Tony Pua (DAP, MP Petaling Jaya Utara)
  • Rafizi Ramli (PKR, bukan MP lagi buat masa ini, tetapi dijangka akan bertanding pada pemilihan akan datang)
  • Nizar Jamaluddin (PAS, MP Bukit Gantang)
4) Kementerian Pelajaran:
  • Dzulkefly Ahmad (PAS, MP Kuala Selangor)
  • S Kulasegaran (DAP, Mp, Ipoh Barat)
  • Chong Eng (DAP, MP Bukit Mertajam)
5) Kementerian Dalam Negeri:
  • Azmin Ali (PKR, MP Gombak)
  • Mahfuz Omar (PAS, MP Pokok Sena)
  • M Manogaran (DAP, MP Teluk Intan)
(Mereka-mereka ini dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari yang telah pun menyertai PAS selepas bersara dari Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman. Beliau merupakan bekas orang nombor tiga terpenting dalam organisasi PDRM )

6) Kementerian Pertahanan:
  • Dr Hatta Ramli (PAS, MP Kuala Krai)
  • Liew Chin Tong (DAP, MP Bukit Bendera)
  • Tian Chua (PKR, MP Batu)
(Mereka-mereka ini juga dijangka akan mendapatkan nasihat, maklumat dan bantuan kepakaran daripada bekas pegawai tinggi TLDM Laksamana Pertama (B) Mohamad Imran Abd Hamid yang telah menyertai PAS selepas bersara.)

7) Undang-undang Kementerian:
  • Karpal Singh (DAP Bukit Gelugor MP)
  • Gobind Singh (DAP, Ahli Parlimen Puchong)
  • William Leong (PKR, MP Selayang)
  • R Sivarasa (PKR, MP Subang)
  • Hanipa Maidin (PAS, bukan MP yang bertindak bagi PAS di dalam pelbagai hal undang-undang)
8) Kementerian Kesihatan:
  • Dr Lee Boon Chye (PKR, MP Gopeng)
  • Dr Tan Seng Giaw (DAP, MP Kepong)
  • Dr Siti Mariah Mahmood (PAS Kota Raja MP)
  • Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sungai Siput MP)
9) Kementerian Pengangkutan:
  • Khalid Samad (PAS Shah Alam MP)
  • Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
  • Baru Bian (Dewan Undangan Negeri Ba’Kelalan)
(Baru Bian dijangka akan memfokuskan kepada usaha meningkatkan jaringan pengangkutan ke kawasan pedalaman Sabah & Sarawak)

10) Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri :
  • Khalid Ibrahim (PKR, Ahli Dewan Undangan Negeri Ijok, Menteri Besar Selangor)
  • Teresa Kok (DAP, MP Seputeh MP)
  • Husam Musa (PAS, DUN Salor)
11) Kementerian Pertanian:
  • Salahuddin Ayub (PAS, MP Kubang Kerian MP tetapi untuk PRU Ke 13 akan meninggalkan Kelantan untuk bertanding di Johor)
  • Ng Suee Lim (DAP, ADUN Sekinchan, beliau menjuarai isu penanam padi)
(Untuk isu-isu Felda, Mazlan Aliman PAS dijangka akan membantu di barisan hadapan dalam memperjuangkan hak peneroka dan mengetengahkan isu-isu Felda.)

12) Kementerian Luar:
  • Kamarudin Jaffar (PAS, Ahli Parlimen Tumpat)
  • Lim Guan Eng (DAP, ADUN Ayer Puteh, Ketua Menteri Pulau Pinang)
  • Elizabeth Wong (PKR, ADUN Bukit Lanjan)
13) Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar:
  • Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
  • Nurul Izzah Anwar (PKR, MPLembah Pantai)
14) Kemterian Alam Sekitar :
  • Fuziah Salleh (PKR, MP Kuantan)
  • Che Rosli Che Mat (PAS, MP Hulu Langat)
  • Nga Kor Ming (DAP, MP Taiping)
15) Kementerian Wanita:
  • Zuraida Kamaruddin (PKR, MP Ampang)
  • Fong Po Kuan (DAP, MP Batu Gajah)
  • Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, MP Rantau Panjang)
16) Kementerian Perhubungan Bangsa & Kementerian Dialog Antara Agama:
  • Nik Aziz Nik Mat (PAS, ADUN Chempaka, Menteri Besar Kelantan)
  • Mujahid Yusof Rawa (PAS, MP Parit Buntar)
  • Mohd Nur Manuty, (PKR, pada masa ini beliau bukan bergelar MP)
  • Ngeh Koo Ham (DAP, Ahli Parlimen Beruas)
  • V Sivakumar (DAP, ADUN Tronoh)
Sumber - Portal rasmi Pakatan Rakyat

Bagi orang-orang Pas yang masih mabuk lagi dengan perjuangan Pas yang kononnya untuk laksanakan Hukum Hudud, sila semak nama wakil rakyat anda  ataupun pemimpin Pro Ulamak yang diberikan tempat berada didalam kementerian yang mana ? Jangan bayangkan kabinet dibawah, kalau kabinet macam dibawah tu conform Hudud akan terlaksana..Anda Mampu Mengubanya...

Pakatan Ibarat Berkahwin Untuk Kesenangan Dan Pasti Akan bercerai - Tunku Aziz

Pakatan Rakyat tidak mempunyai pengaruh politik untuk membentuk kerajaan Persekutuan akan datang kerana mereka tidak boleh mencapai persetujuan mengenai pelbagai isu dasar, kata bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

"Di kalangan mereka (DAP, PAS dan PKR) tidak pernah bersetuju antara satu sama lain. Ini apa yang disifatkan sebagai perkahwinan untuk kesenangan. Mereka pasti akan bercerai.

"Namun (buat masa ini), mereka takut untuk berbuat demikian kerana berkongsi matlamat sama iaitu untuk menawan Putrajaya," katanya dalam ceramah di dewan komuniti Leong See Kah Miew, malam Jumaat.

Beliau berucap buat pertama kalinya di Pulau Pinang selepas meninggalkan DAP pada Mei lalu.

Bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International itu turut menyentuh situasi politik di Pulau Pinang.

Beliau berkata, walaupun sekiranya Pakatan menang, ia hanyalah hasil yang sia-sia kerana mereka hanya memutuskan jawatan menteri selepas menawan Putrajaya dan ia mungkin sudah terlalu lewat.

"Kini, mereka tidak boleh memutuskan sesama sendiri mengenai kewujudan kabinet bayangan," katanya.

Mengulas mengenai situasi di Pulau Pinang, beliau berkata, ketika negeri itu berkembang dalam tempoh empat tahun lalu, ia dibangunkan kerana mempunyai sejarah lebih 200 tahun dan bukan kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng.

"Sebaliknya, nenek moyang anda yang membina kejayaan ini," katanya.

Menurut beliau, Lim merupakan seorang ahli politik yang 'terjun' ke Pulau Pinang kerana tidak berkemampuan di Melaka. -Mstar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...