Showing posts with label blackout. Show all posts
Showing posts with label blackout. Show all posts

Video - Anwar Dedah Pemimpin PR Bakal Melompat Lagi, Himpunan 'Blackout' Terhenti

Dakwaan tidak konsisten Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai keputusan PRU 13 yang lalu, dimana pada mulanya beliau membawa isu pengundi bangla, dan kemudian isu 'blackout', seterusnya buat laporan polis mengenai dakwat kekal, akhirnya semalam dalam ucapan pada sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang, Anwar mengakui kekalahan Pakatan Rakyat disebabkan penolakkan oleh masyarakat Melayu dan langsung tidak menyebut mengenai penipuan atau ketidaktelusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai punca kekalahan mereka.

Tindakan Anwar yang dilihat semakin kendur menyalahkan SPR itu dipercayai kerana kurangnya sambutan dikalangan rakyat bahkan dikalangan pemimpin didalam PR sendiri, disebabkan reaksi hambar kebanyakkan pemimpin PR yang lain mengenai isu ini, Anwar seperti biasa awal-awal lagi menuduh mereka dibayar oleh UmnoBN yang menyebabkan mereka 'letih'.

Selain itu Anwar mendakwa, propaganda dengan isu perkauman yang dimainkan oleh Umno berjaya menimbulkan kerungsingan dikalangan orang Melayu menyebabkan undi Melayu berpihak kepada BN.

Justeru beliau mengingatkan supaya pemimpin didalam PR berusaha mencari alternatif bagi menarik sokongan orang Melayu kepada PR, kerana menurutnya bumiputera Melayu adalah merupakan penentu bagi kuasa politk di Malaysia.

Terdahulu, Anwar turut menjelaskan bahawa Pakatan Rakyat tiada rancangan untuk melanjutkan lagi perhimpunan Blackout 505 bagi mempertikaikan keputusan pilihan raya. Ada Mampu Mengubahnya.

Anwar Perbudakkan Ulamak Sebagai Bebanan PR Capai Kemenangan, Pas Sedia Keluar Dari Pakatan?

Sikap Anwar Ibrahim yang ingin memperbudakkan golongan Ulamak didalam Pas tidak kesampaian apabila golongan tersebut sedar dengan matlamat sebenar Anwar bersama-sama mereka.

Golongan Ulamak Pas hanya dipergunakan oleh Anwar sebagaimana Anwar mempergunakan orang-orang muda untuk berhimpun demi mencapai cita-cita luar tabienya menjadi Perdana Menteri.

Mana mungkin golongan Ulamak Pas boleh tunduk patuh kepada setiap perancangan Anwar seperti sebahagian orang-orang muda, sedangkan mereka berpengalaman dan berilmu, takkanlah kalau Anwar kata 'tonggeng' mereka tonggeng, Anwar kata berhimpun mereka berhimpun, memang tak patutlah Anwar nak perbudakkan Ulamak.

Pas juga mulai sedar sokongan kepada mereka khasnya di Kelantan agak menurun, rakyat sudah tawar dengan perjuangan Pas setelah Pas bersama-sama DAP dibawah telunjuk Anwar, Pas dilihat tidak konsisten dengan perjuangan yang dibawa, mujurlah masih ada kebencian rakyat kepada pemimpin Umno Kelantan yang menyebabkan Pas masih lagi boleh kekal berkuasa.

Rentetan itu, tidak hairanlah jika 11 perhimpunan blackout diadakan diseluruh negeri namun tidak diadakan di negeri Kelantan, jika diimbau kembali program-program Pakatan Rakyat sebelum ini, sememangnya ia agak aneh jika Kelantan dikecualikan, namun itulah hakikat yang berlaku.

Bagaimanapun golongan Ulamak didalam Pas mendapat kritikkan keras daripada pimpinannya sendiri  yang pro kepada Anwar, mereka mengatakan golongan Ulamak inilah menjadi bebanan dalam usaha PR mencapai kemenangan menuju ke Putrajaya.

Menjawab tohmahan tersebut, dalam kekecewaan berkias Nik Abduh berkata, "Kekuatan PR adalah kerana para ulama mendukungnya. Apabila ulama dilihat sudah menjadi bebanan kepada PR dan melambatkan proses kemenangan, maka para ulama perlulah sedar mereka tidak lagi dianggap pendukung penting".

"Adakah ulama perlu menyisih diri demi kemenangan PR? Para ulama, di mana pun mereka berada, (PR/ BN) kemenangan akan segera mengekori mereka. Sebabnya, para ulama adalah obor kehidupan. Mereka tidak perlu kemenangan segera untuk memperolehi ridha Allah. Merekalah yang mengajar saya, untuk beroleh kemenangan agung, anda hanya perlu berjalan lurus". Anda mampu Mengubahnya.

Isu 'Blackout' Tak Jalan, Anwar Ubah Strategi Buat Laporan Polis

Blackout berlaku dimana-mana sahaja tanpa mengira masa, samada blackout berlaku dihari mengundi ataupun sebaliknya itu adalah perkara lumrah. Takkanlah satu hari diseluruh negara tidak berlaku blackout?

Namun menjadikan blackout sebagai isu diatas sebab kegagalan PR ke Putrajaya tidak relevan, ketika pihak SPR memohon supaya menampilkan bukti dimana blackout itu berlaku ia tidak diendahkan oleh Pakatan Rakyat dan mereka meneruskan demontrasi blackout diseluruh negara.

Tapi bilamana SPR memaklumkan tidak ada kejadian blackout berlaku dihari pengundian, barulah muncul Adun Seri Serdang, Noor Hanim Ismail yang menafikan kenyataan SPR itu dan mendakwa kejadian blackout itu benar berlaku di Sekolah Kebangsaan Serdang, di bilik pengiraan undi Saluran 3.

Persoalannya takkanlah satu tempat ni saja yang blackout lalu PR gagal ke Putrajaya, kenapa Adun Seri Serdang baru nak tampil, sebelum ni kenapa senyap ? Rupanya Adun Seri Serdang ini menang besar dan tidak ada sebab untuk mengatakan kejadian blackout itu satu perancangan untuk lakukan penipuan sebaliknya ia adalah kejadian lumrah.

Jelas isu blackout tidak relevan, kalau benar berlaku blackout adalah satu perancangan untuk menipu, pastinya lokasi-lokasi kejadian blackout sudah disenaraikan.

Atas sebab itu juga nampaknya isu blackout kurang mendapat sambutan sebelum ditukar dan difokuskan pula kepada isu dakwat kekal. Pada jam 12.30 tengahari tadi di Balai Polis Tropicana, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail telah membuat laporan polis mengenai isu dakwat kekal.

Seajauhmana penerimaan rakyat terhadap isu yang cuba nak difokuskan ini tak dapat dipastikan, namun jika ianya juga kurang mendapat sambutan, agaknya isu apa pula yang nak dimainkan oleh Anwar nanti. Anda Mampu Mengubahnya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...