Showing posts with label hasan ali. Show all posts
Showing posts with label hasan ali. Show all posts

Hasan Ali Dan Pimpinan JATI Memutuskan 'Wajib Setiap Umat Islam Mengundi BN'

JATI amat menyedari bahawa PRU ke 13 adalah ibu segala pilihanraya. PRU 13 akan menjadi penentu kepada nasib dan jatuh bangunnya agama Islam, bangsa Melayu, Institusi Raja dan secara keseluruhannya keharmonian hidup bermasyarakat dalam Negara kita. Kesilapan rakyat membuat pilihan akan mengakibatkan bencana dan malapetaka yang sukar diperbaiki lagi.

Perlu disebutkan di sini JATI sering dihujani dengan persoalan berkaitan dengan sikap dan tindakan yang mesti di ambil oleh ahli-ahli JATI dan anggota masyarakat luas yang keliru yang sehingga ini tidak mendapat panduan yang sepatutnya untuk membuat pilihan yang tepat dalam pilihanraya kali ini.

Menjelang hari mengundi 5hb Mei 2013, JATI atas sifatnya sebagai sebuah NGO yang cuba memandu umat menjalani kehidupan yang sentiasa mendapat keredhaan Allah telah mengambil beberapa langkah untuk menimba pendapat dan pandangan beberapa individu yang ahli dan pakar dalam bidang agama khususnya dalam ilmu Usul Fiqh. Sebelum itu beberapa siri perbincangan dan munaqashah telah diadakan bukan sahaja di kalangan Majlis Syura JATI tetapi juga melibatkan beberapa orang pakar rujuk termasuk para mufti, para alim ulama yang diundang secara individu atau secara kolektif untuk berbincang dengan pihak JATI. Maudhu perbincangan ditumpukan kepada parti manakah yang semestinya dipilih oleh para pengundi Melayu Islam terutamanya dalam PRU ke 13 ini.

Seperti yang disebutkan selain daripada pandangan dan pendapat yang diambil daripada ilmuan dan agamawan, JATI sentiasa melihat kepentingan Islam, Melayu dan Institusi Raja mengatasi segala-galanya. Dalam konteks keberlangsungan Negara, ketiga-tiga landasan perjuangan JATI merupakan unsur-unsur kenegaraan yang mesti dikehadapankan demi melihat generasi Melayu Muslim akan datang hidup sebagai insan bermaruah bersendikan Islam sebagai satu cara hidup yang komprehensif.

JATI mengambil makluman dan ingatan bahawa keputusan yang dibuat mesti berlandaskan antaranya kepada kaedah Usul Fiqh yang telah diguna pakai zaman berzaman.

Di antara kaedah tersebut ialah :

1. الغَايَةُ لاَ تُبَرِّرُ الوَسِيْلَةُ
Sesuatu matlamat tidak menghalalkan sesuatu cara
(Untuk mencapai mana-mana matlamat, Islam tidak mengizinkan sebarang cara kerana cara juga mesti sesuatu yang dalam lingkungan Syara'. Justeru, usaha pembangkang untuk memperolehi kejayaan walaupun dengan mengkufur nama Allah, membawa pada perpecahan umat, mengabdikan diri pada pendirian pihak yang menentang kewujudan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud, serta merestui ideologi pluralisme, liberalisme, sekularisme dan LGBT jelas menunjukkan bahawa pembangkang sanggup mengorbankan prinsip dan nilai Islam demi mencapai matlamat politik mereka.)

2. دَرْءُ المَفَاسِدَ أَوِلى مِنْ جَلِبِ المَصَالِحِ
Menolak sesuatu keburukan lebih baik dari mengambil sesuatu kebaikan
(Jika dengan menerima sesuatu itu membawa kebaikan yang dijanji dan juga keburukan yang diketahui boleh berlaku, maka mesti ditolak perkara itu. Pembangkang membuat pelbagai janji tetapi pakatan mereka yang rapuh dan yang juga menyetujui pendirian2 yang bercanggah dengan Islam menuntut kita supaya menolak pembangkang kerana wujudnya risiko yang nyata bahawa menerima mereka juga bermaksud menerima berlakunya perkara2 yang tidak diingini segi Islam.)

3. يَرْتَكِبُ أَخَفَّ الضَرَرَيْنَ لِدَفْعِ أَعْظَمَهُمَا
Memilih/melaksanakan keburukan yang lebih kecil dari 2 keburukan bagi tujuan menolak keburukan yang lebih besar dari keduanya
(Dalam berhadapan dengan dua pilihan di mana kelemahan wujud dalam kedua2nya, maka kita mesti pilih pilihan yang kurang mudaratnya. Walaupun dalam BN masih wujud ruang untuk memperkasakan pelaksanaan Syariah dan akhlak yang lebih mulia, tetapi ancaman pada bab akidah Islam tidak ada. Ini berbeza dengan pembangkang yang menyokong pluralisme, liberalisme, sekularisme, LGBT dan aliran pemikiran yang terkeluar dari landasan Islam yang tepat, di mana ini semua mengancam kekuatan akidah umat Islam.)

4. مَا لاَ يَتِمُّ الوَاجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبُ
Perkara yang tidak sempurna sesuatu kewajipan melainkan dengannya maka perkara tersebut menjadi wajib
(Untuk menyelamatkan Islam, umatnya serta martabat Malaysia sebagai sebuah negara Islam, maka perlu dijayakan pihak BN yang jelas tidak mempunyai agenda negatif terhadap Islam. Ini berbanding dengan ketiadaan pemimpin berwibawa dalam parti pembangkang bersamaan dengan pendirian mereka yang jelas tidak meletakkan Islam sebagai berstatus Agama Negara.)

Setelah dibuat rujukan, penelitian dan beberapa sumbangsaran seperti di atas, JATI mengambil pendirian bahawa selari dengan gagasan perjuangan JATI iaitu mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja, maka dengan melihat kepada realiti semasa dan keperluan membuat pilihan yang tepat dalam PRU ke 13 ini maka JATI memutuskan bahawa menjadi kewajipan kepada para pengundi Melayu Muslim untuk memilih dan mengundi Barisan Nasional di dalam PRU ke 13 ini.

Dengan penuh keinsafan dan rendah diri JATI sukacita merakamkan bahawa pertubuhan ini tidak dapat menaruh walau sebutir keyakinan pun kepada Pakatan Rakyat dan ketiga-tiga parti komponennya untuk mengagungkan Islam, memartabatkan bangsa Melayu dan mendaulatkan Institusi Raja. Hal ini jelas terbukti dalam isu-isu berkaitan dengan Kalimah Allah yang hendak disyirikkan, Negara Islam dan Hudud yang telah digugurkan, negara sekular yang akan dibentuk, fahaman liberalisme barat yang akan dijadikan asas bernegara, fahaman pluralisme yang akan dijadikan asas beragama, menghapuskan hak istimewa orang Melayu dan sebagainya.

Dalam kesempatan ini JATI memohon kepada para pengundi khasnya memberi perhatian kepada beberapa persoalan :

a. Adakah kita boleh meletakkan tanggungjawab mengagungkan Islam kepada DAP yang dengan tegas ingin membentuk negara sekular?

b. Adakah kita dapat mengharapkan perjuangan menegakkan Negara Islam dan melaksanakan Hudud yang telah diperjuangkan sejak 60 tahun yang lalu oleh PAS akan terus disambung oleh pimpinan yang ada yang dilihat mabuk untuk ke Putrajaya?

c. Adakah kita yakin akan terbentuknya negara bermoral dan rakyat bersahsiah dengan negara ini dinakhodakan oleh pemimpin komponen parti Pakatan Rakyat yang sedang bergelut dengan permasalahan moral yang berterusan dan serius?

Inilah di antara persoalan yang sentiasa bermain di kepala dan di benak pemimpin-pemimpin JATI yang perlu dirungkaikan. Diharap dalam PRU ke 13 nanti, pengundi-pengundi Melayu Islam khasnya dapat membantu merungkaikan masalah kenegaraan ini dengan menolak Pakatan Rakyat.

Dengan meletakkan masa depan umat sebagai penunjuk arah kepada perjuangan JATI dan melihat parahnya keruntuhan ilmu dan amalan Islami di kalangan anggota masyarakat serta bahayanya gagasan dan agenda yang ingin dibawa oleh Pakatan Rakyat, maka JATI sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang sememangnya bertapak dan berjuang menegakkan Islam telah membuat keputusan bahawa seluruh pengundi Melayu Islam atas sebab-sebab yang telah diberikan WAJIB memberi undi mereka kepada UMNO/Barisan Nasional.

JATI sedar keputusan yang diambil ini mungkin akan dicabar oleh pihak-pihak tertentu. Tetapi atas nama prinsip dan atas nama satu perjuangan dan juga atas nama Jihad, JATI bersedia menghadapi tentangan dan halangan yang mungkin akan ditujukan kepada JATI. JATI juga bersedia untuk berdialog atau berwacana dengan sesiapa sahaja demi memperjelaskan sesuatu yang Haq.

InsyaAllah dengan barisan pimpinan JATI yang ada disokong oleh ahli-ahli dan mereka yang bersimpati dengan perjuangannya, JATI akan melancarkan siri jelajah ke seluruh negara bagi menyuntik keyakinan di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam khasnya bahawa pilihan yang dirumuskan oleh JATI adalah pilihan yang paling tepat untuk Islam, Melayu dan Institusi Raja.

Akhirnya pimpinan JATI mengharapkan setelah semua pihak mengambil tanggungjawab masing-masing dan berusaha sedaya upaya melaksanakannya, marilah kita sama-sama mengadap Allah SWT sujud bermunajat memohon agar negara ini terus terselamat dari angkara pihak-pihak yang cuba menghancurkannya dengan mewajibkan diri memberi undi kepada UMNO/Barisan Nasional dan menolak secara total Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13 ini.

PERTUBUHAN JATI MALAYSIA

DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden

DATO AIDIT GHAZALI
Timbalan Presiden

PROF DATO DR SIDEK BABA
Naib Presiden

11 APRIL 2013

Nik Aziz: "Takkan Anwar Upah Bapa Saiful"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan satu persatu selepas ini susulan pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, kenyataan Azlan Mohd Lazim yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

Hasan Ali: Tak Malu Ke Kalau PM Kita Anwar Ibrahim

KLANG - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, Pas tidak perlu merasa bangga dengan pelancaran manifesto pakatan pembangkang Isnin lepas kerana ia tidak memaparkan aspirasi parti itu terutama dalam memartabatkan agama Islam.

Manifesto pakatan pembangkang adalah lebih kepada aspirasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dan tidak begitu menyentuh perkara-perkara yang memartabatkan Islam di negara ini, katanya dalam satu ceramah Jom Tolak Pakatan di Jalan Nenas, Meru di sini, malam tadi.

Di dalam manifesto itu tidak dinyatakan mengenai penubuhan negara Islam, atau mengangkat martabat mahkamah syariah sama dengan mahkamah sivil, katanya.

Oleh itu beliau hairan mengapa Mursyidul Am Pas Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengangkat-angkat tangan semasa pelancaran itu.

"(Lainlah) kalau ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengangkat tangan mereka tidak mengapa..kerana agenda mereka termaktub dalam manifesto itu," katanya.

Agenda mereka untuk menjadikan Islam di Malaysia lebih liberal atau sekularisme disisipkan di dalam manifesto itu tetapi agenda Islam tidak dijelaskan dalam manifesto itu.

Dr Hasan yang juga Presiden badan bukan kerajaan Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) berkata sehingga sekarang pakatan pembangkang masih lagi tidak menetapkan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mereka menguasai Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 ini.

DAP dan PKR mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri dan begitu juga sesetengah pihak dalam Pas yang mahukan Anwar menjawat jawatan itu sedangkan pimpinan Pas sendiri nampaknya tidak berani menonjolkan Anwar layak menjawat jawatan Perdana Menteri, katanya.

"Pemimpin Pas tahu "the in and out" (luar dan dalam) Anwar Ibrahim. Tak malu ke kalau PM kita Anwar Ibrahim," katanya.

Hasan berkata, isu siapa yang jadi Perdana Menteri ini penting kerana kalau pakatan rakyat memenangi pilihan raya kali ini, Perdana Menterilah yang pertama kali mengangkat sumpah di hadapan Yang Di Pertuan Agong sebelum kabinet dapat ditubuhkan.

Oleh itu, beliau meminta para pengundi di Meru supaya tidak memperjudikan politik dan masa depan Malaysia dan menolak pakatan pembangkang.

Hasan juga berkata, kenyataan Nik Aziz bahawa mereka yang menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia umpama ayam dan lembu tidak mencerminkan keperibadian atau bahasa seorang ulama. - Bernama

Hasan Ali: "Melayu Tak Banyak Pilihan Samada 'Survive' Atau Pupus Dibumi Sendiri"

Hari ini dipaparkan lagi di dada akhbar kerisauan Tun Dr Mahathir terhadap perpecahan Umat Melayu-Islam. Masalah perpecahan Umat Melayu-Islam memang menjadi maudhu’ kegemaran Tun.

Di akhir-akhir ini Tun sebagai salah seorang yang paling berpengalaman dalam mengurus negara sudah tentu dapat melihat wajah umat Melayu di negaranya sendiri untuk tempoh beberapa dekad yang akan datang.

Setakat bahan yang dapat dirujuk, nasib Umat Melayu-Islam yang kini terus tertinggal di belakang akan jauh lebih buruk lagi untuk masa yang akan datang.

Selama ini rata-ratanya Umat Melayu masih menguasai pentadbiran dan politik negara. Penguasaan ini akan lenyap. Tanda-tandanya sudah jelas kelihatan. Tulisan yang begitu besar di dinding sungguh mengerikan.

Secara umumnya dari sudut politik, orang Melayu-Islam berpecah kepada beberapa serpihan. Ada Melayu Umno. Ada Melayu PAS. Ada Melayu PKR. Ada Melayu atas pagar. Ada Melayu yang tak ambil kisah tentang politik dan tidak ketinggalan ada Melayu DAP (setidak-tidaknya menyokong idealisme DAP).

Perpecahan Umat Melayu ibarat berkerat rotan berpatah arang. Sebarang usaha ke arah penyatuan biasanya dilihat dari sudut yang paling negatif. Ada pihak yang menjadikan perkataan dan nada perpaduan sebagai “taboo”.

Sementara bagi masyarakat bukan Melayu pula ada pendapat yang mengatakan bahawa mereka dalam banyak hal kelihatan tidak sehaluan. Tetapi hakikatnya mereka bersatu memperjuangkan cita-cita yang sekelian lama tertanam di hati dan tersemat di pemikiran.

Bagi Umat Melayu kita tidak mempunyai banyak pilihan. Pilihan yang ada samada untuk “survive” atau “pupus” di tanah tumpah darah mereka sendiri.

Kita masih ada masa yang berbaki untuk membuat pilihan. Dari tinjauan rambang yang dibuat pilihan yang paling popular ialah perpaduan. Sampai masanya kita kena berjiwa besar. Juga sudah sampai masanya kita melupakan titik bengik dan mengimbau kenangan pahit sebaliknya memandang jauh ke hadapan demi kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan generasi Melayu-Muslim yang bakal menggantikan kita.

Dalam konteks ini setiap Umat Melayu perlu segera menghulur tangan antara satu sama lain bergandingan bagi memastikan mimpi ngeri dapat dielakkan. Badan-badan politik Melayu, NGO-NGO, pertubuhan kerajaan dan bukan kerajaan dan semua pihak perlu tampil ke hadapan untuk sama-sama memikul tanggungjawab bagi memastikan Islam terus diagungkan dan Bangsa Melayu terus dimartabatkan. - Datuk Dr Hassan Ali

"Saya Tak Layan Hasan Ali" Kata ADUN Yang Pernah Dibalun Sampai Tercabut Kopiah - Video

SHAH ALAM – “Saya tak layan Hasan Ali. Saya tak mahu komen pasal dia." Demikian menurut Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib ketika diminta mengulas kenyataan terbaru, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, yang meminta Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan tanggungjawabnya sebagai Mursyidul Am parti tersebut.

Memetik dari kenyataan yang dibuat kepada Sinar Harian Harun berkata, Hasan bukan lagi ahli Pas dan “dia tidak berhak” untuk bercakap mengenai apa jua hal kepimpinan dalam Pas, apatah lagi untuk meminta Nik Aziz digantikan oleh timbalannya, Datuk Dr Haron Din.

“Tak payah layan lah Hasan Ali. Dia bukan ahli Pas,” katanya lagi sambil merujuk kepada desakan Presiden Jalur Tiga (Jati) itu yang mendakwa kenyataan Nik Aziz mempertahankan kerjasama di antara Pas dan DAP sebagai “menghiris hati” ahli dan penyokong Pas.

Ekoran kenyataannya mempertahankan DAP yang disifatkannya sebagai tidak pernah mengganggu perjuangan Pas dan menegaskan kerjasama dengan parti itu amat perlu bagi memastikan kemenangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Nik Aziz dikecam beberapa pihak.

Hasan juga berkata, Nik Aziz “agak keterlaluan” dalam mempertahankan DAP dengan menggambarkan parti komponen Pakatan Rakyat itu tidak pernah mengganggu Pas.

Terdahulu Harun yang juga ADUN Manir pernah dibalun sehingga tercabut kopiahnya oleh ADUN BN ketika perbahasan berkaitan hudud didalam sidang Dewan Undangan Negeri tahun lalu, beliau yang kelihatan terpinga-pinga ketika itu terus buntu sebelum mengiyakan segala penjelasan yang dibuat oleh ADUN BN. Sila rujuk video dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

Hasan Ali: Demi Islam Nik Aziz Perlu Berundur 'Sebelum Nasi Menjadi Bubur'

Saya tertarik dan terpanggil untuk memberi sedikit ulasan kepada kenyataan daripada Tuan Guru Nik Aziz (TGNA) yang juga merupakan Mursyidul Am PAS.

Seperti yang diketahui TGNA mempunyai kedudukan istimewa di dalam PAS. Bagi kebanyakan ahli dan penyokong PAS, mereka menganggap TGNA segala-galanya. Beliaulah Mursyidul Am. Beliaulah "Presiden". Beliaulah Menteri Besar dan beliaulah Tok Guru dari sudut agama.

Kedudukan yang sedemikian bagi saya adalah pemberian Allah kepada beliau. Setiap satu kedudukan termasuk dirinya sebagai hamba Allah mempunyai tanggungjawab yang begitu besar bukan sahaja dikalangan ahli dan penyokong PAS tetapi yang lebih penting disisi Allah SWT.

Saya sendiri dan mungkin orang lain juga merasa begitu kerdil untuk membuat ulasan terhadap sebarang kenyataan yang dibuat oleh TGNA atas kedudukan beliau yang begitu supreme dikotak pemikiran ahli dan penyokong PAS.

Ketiadaan ahli dan penyokong yang berupaya untuk menyanggah pendapat beliau yang setengah-setengahnya begitu ganjil bukan sahaja dari segi perkataan malah dari segi implikasi kenyataan yang dikeluarkan yang mungkin atas supremenya beliau, beliau dan orang-orang dalam lingkungan beliau tidak menyedarinya. Saya tidak perlu mengulangi kenyataan yang mana, waktu bila yang termasuk dalam kategori ini.

Untuk menyatakan DAP tidak pernah mengganggu PAS dan DAP juga merupakan rakan kongsi yang akan menjamin kemenangan PAS dalam PRU ke 13, bagi saya agak keterlaluan.

Bagi saya juga kenyataan sedemikian tidak seharusnya dikeluarkan oleh seorang yang mempunyai stature seperti yang disebutkan diatas. Lupakah TGNA dan orang-orang disekeliling beliau bahawa TGNA pernah beberapa kali menyanggah pendirian Karpal Singh dan Lim Kit Siang yang berterusan menghina dan menentang perjuangan Pas untuk melaksanakan hudud? Kita tidak lupa, beliau juga pernah menyebutkan akan meneruskan hudud di Kelantan dalam keadaan apa pun yang di datangkan oleh DAP? Kita juga masih ingat betapa tegasnya beliau mengatasi mana-mana pimpinan PAS yang lain menyatakan perasaan dengan menggunakan perkataan-perkataan yang adakalanya tidak layak oleh seseorang yang dianggap begitu supreme.

Bagi saya kedua-dua kenyataan terakhir TGNA mempunyai dua implikasi besar.

Pertama, kenyataan tersebut tidak layak lagi akan menghiris hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS yang sudah tidak menahan perasaan sabar akibat daripada bertambah berani dan ghairahnya pimpinan DAP menghina Islam.

Kedua, saya bimbang kenyataan-kenyataan supreme ini akan menjadikan pimpinan DAP dan sebahagian daripada pimpinan PAS daripada golongan parasit terus mendapat pembelaan dan menjadikan mereka lebih ganas menghentam Islam dan perjuangan PAS disebabkan “peluru” yang disediakan oleh TGNA.

Saya berpendapat demi untuk menjaga keutuhan dalam PAS dan menjadikan PAS terus berdarjat dan bermartabat sebagai “custodian” kepada perjuangan Islam, TGNA perlu menoleh ke belakang untuk bermuhasabah. Sudah sampai masanya bagi TGNA untuk merenung sejauh-jauhnya tentang kehadiran beliau dalam hierarki kepimpinan PAS samada benar-benar menguntungkan atau merugikan bukan sahaja PAS sebagai sebuah parti Islam tetapi yang lebih penting perjuangan PAS itu sendiri termasuklah imej, kehebatan dan keagungan Islam itu sendiri.

Mungkin sudah sampai masanya sebelum nasi menjadi bubur, TGNA memikirkan untuk menyerahkan tanggungjawab besar sebagai Mursyidul Am kepada timbalannya yang saya yakin mempunyai kemampuan dan kewibawaan yang setara dengan beliau. - Datuk Dr Hassan Ali

Perlembagaan ? Dr Asri Dan Hasan Ali Sependapat Hudud Boleh Dilaksanakan Di Kelantan

SHAH ALAM - Hukum Hudud boleh dilaksanakan di negara ini tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Beliau yang juga Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) berkata, tinjauan dan maklum balas oleh beberapa pakar Perlembagaan menjurus kepada kesimpulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...