Showing posts with label dr asri. Show all posts
Showing posts with label dr asri. Show all posts

Pandangan @realDrMAZA Mengenai Babi Bersalut Coklat Cadbury Seperti Tak Haram Sangat

Bekas mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin menasihatkan masyarakat tidak menunjukkan reaksi berlebihan menghadapi penemuan DNA babi dalam dua coklat produk Cadbury seperti mahu menyamak mulut atau menukar darah.

Katanya, pengguna berhak menyatakan bantahan kepada Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd kerana memperdayakan rakyat Malaysia.

“Namun, berlebihan dalam (mengeluarkan) hukum seperti menyuruh samak mulut, tukar darah dan lain-lain merupakan unsur ghuluw ataupun melampau dalam beragama.

“Islam itu tidak merepek dan menyusahkan seperti demikian rupa. Sesiapa yang termakan yang haram tanpa sengaja tidak dikira dosa dan seseorang tidak akan dihukum Allah atas perkara luar dari maklumat dan kemampuannya,” katanya.

Menulis dalam Facebook, Dr Asri berkata, masyarakat juga harus mengambil kira pelbagai lagi perkara haram dan bukannya hanya dalam isu itu sahaja.

“Inilah fahaman Islam yang hanya terasa haram babi, tapi tidak terasa haram judi, riba dan rasuah sedangkan dosa dan mudarat semua itu lebih besar dari babi,” katanya.

Entah apa yang tidak kena dengan pemikiran mantan mufti ni, mula-mula nasihat eloklah, tapi diakhirnya tak terlepas untuk melempiaskan sikap hipokrit yang dipendam diawalnya.

Sepatutnya sebagai ulamak beliau seharusnya memuji sikap umat Islam yang masih sedar dan peka dengan perkara yang haram sekaligus tidak memandang enteng mengenai hukum halal dan haram tidak kira haram itu dalam konteks besar atau kecil.

Kalau umat Islam kurang terasa dengan haram judi, riba dan rasuah yang dikatakan lebih besar dari haramnya babi, apakah dengan itu babi menjadi halal atau tidak perlu dipedulikan ? Apakah itu maksud Dr Asri ?

Kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua.
Sekurang-kurangnya umat Islam negara ini masih punyai batas dalam kehidupan mereka, cuma mungkin rasuah, judi dan riba mereka kurang sensitif kerana kurang pendedahan disamping ia tidak perlu disamak seperti babi.

Walaubagaimanapun itu tidak bermakna mereka tidak perlu kisah apabila termakan babi, soal rasuah, judi dan riba tu bukan kebanyakkan dari mereka yang lakukan, itu semua lebih kepada atasan tertentu yang lakukan, sebab itu atasan tertentu seperti KJ hanya membisu, sedangkan babi dalam coklat Cadbury ni mereka sendiri yang makan, jadi macammana mereka tak sensitif ?.

Tak usahlah nak membandingkan haram mana yang lebih besar,... yang haram, haramlah, bukannya bila buat haram besar maka halal untuk buat haram kecil.

Samak mulut dan tukar darah.
Kenyataan samak mulut dan tukar darah itu bukanlah kefahaman yang mewakili seluruh umat Islam, ia hanya sebilangan kecil mereka yang kurang arif, jadi tak perlulah kenyataan itu pula yang hendak dijadikan isu utama sebaliknya isu pokok yaitu babi dalam coklat Cadbury ditenggelamkan.

Perbetulkanlah fahaman yang salah, tingkatkanlah usaha memberi kefahaman  kepada umat Islam akan rasuah, judi dan riba itu dosa dan mudaratnya lebih besar dari babi, bukannya membiarkan babi yang bertopengkan logo HALAL bermaharajalela didalam makanan yang dimakan oleh umat Islam.

Kesimpulannya umat Islam wajib bersatu dalam isu Cadbury babi ini, jangan biarkan si kafir terus mempermain dan memperbodohkan kita umat Islam. Yang haram tetap haram tanpa sebarang kompromi untuk terus membiarkan babi menjadi sumber darah daging kita umat Islam.

Bila kita dah tahu babi menjadi ramuan kepada makanan yang dihasilkan oleh Cadbury, apakah kita boleh mempercayainya dan sekali lagi bersekongkol untuk terus membeli lain-lain produk dari syarikat Cadbury babi? 

Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali.
Sesama umat Islam termasuk Dr Asri perlu berlapang dada dan bertolak ansur dalam memberi pengajaran kepada Cadbury, ada masalah sedikit sebanyak mengenai pandangan antara satu sama lain atasilah dengan kebijaksanaan bukannya membezakan haram besar dan haram yang lebih besar sekaligus menutup perkara pokok.

Demi kesucian agama Allah, umat Islam wajib bangkit berjihad bersatu menentang kebiadapan Cadbury menghina Islam secara halus ini, pastikan tidak akan ada lagi jenama Cadbury dibumi Islam ini supaya ia dapat memberi pengajaran kepada mana-mana pihak yang cuba mencabar kesucian agama Allah.

Umat Islam di Malaysia bukanlah golongan pelampau atau extreme, tapi bilamana babi yang disaluti coklat disajikan dan menjadi darah daging, umat Islam tiada pilihan........ Cadbury wajib dimusnahkan. Anda Mampu Mengubahnya.

Dr Asri Sindir Nik Aziz Dengan Pahala Orang Yang Menuduh 'Orang Umno Solat Tak Dapat Pahala'

Ketepatan masa didalam berkongsi Hadis 'berkait' oleh Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin ketika mana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sedang menggila dengan fatwa "Orang Umno solat tak dapat pahala" dilihat satu sindiran 'muflis' yang cukup tajam kepada Nik Aziz.

Sebelum ini Nik Aziz dalam satu kenyataan menyebut "Umno tolak Islam, Umno kena reti kerja buat dia tak dapat pahala, dia (orang Umno) solat tak dapat pahala".

Kata-kata Nik Aziz itu seolah-olah Nik Aziz mempunyai atau memiliki pahala yang cukup banyak sehingga mampu menentukan soal dosa pahala orang lain,

Bagaimanapun, ibarat menarik rambut didalam tepung, rambut tak putus tepung tak berterabur, Dr Asri memainkan peranannya sebagai seorang pendakwah dengan berkongsi sepotong hadis yang berkait dengan 'Orang solat tak dapat pahala" selain dimasukkan kedalam neraka, mereka itu disebut sebagai golongan yang muflis, yaitu golongan orang yang memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang.

Nabi s.a.w bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. 

Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Jelas didalam Hadis berkenaan yang tak pernah disampaikan oleh Nik Aziz itu langsung tidak menyebut 'orang Umno', bahkan golongan tersebut adalah sesiapa sahaja termasuk Nik Aziz sendiri 'JIKA' memaki hamun orang lain atau menuduh orang lain seperti tuduhan Nik Aziz terhadap orang Umno yaitu 'orang Umno solat tak dapat pahala'.

Jadi Nik Aziz kena reti, kerja menentukan dosa pahala orang lain ni bukan kerja Nik Aziz, dan pahala itu juga Allah Taala tidak khususkan kepada orang-orang Pas sahaja, Al-Quran itu diturunkan untuk sekalian umat diseluruh dunia. Jangan nak sempitkan pemikiran rakyat didalam guni derma Pas semata-mata.

Nik Aziz juga jangan berasa yakin dia akan masuk syurga lalu membuatkan dia angkuh, darimana Nik Aziz tahu dia akan masuk syurga secara mutlak sehingga berani menafikan syurga orang lain, dengan serban dan jubah serta amalnya itu belum cukup untuk memasukkan dia kedalam syurga tanpa rahmat Allah Taala.

Bermuhasabahlah kita semua semoga akan beroleh rahmat dari Allah Taala, dan yakinlah dengan hati bahawa mengundi Pas atau menampal poster Pas tidak akan mendapat pahala, sebaliknya untuk mendapatkan pahala ikhlas kerana Allah Taala utamakanlah amalan yang jelas dinyatakan didalam Al-Quran dan juga Hadis.

Daripada membantu Pas nemampal poster lebih baik kita membantu fakir miskin yang lebih memerlukan kerana mereka benar-benar daif, sebaliknya membantu Pas seperti membantu orang kaya yang zalim untuk memecahbelahkan umat. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Dr Asri Sifatkan Nik Aziz Bukan Pendakwah Hanya Ahli Politik Yang Tak Ada Pemikiran

Ulamak politik seperti Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat harus disedarkan oleh penyokongnya supaya tidak semakin jauh tersesat dan segera kembali kepangkal jalan, ini jelas apabila kenyataan Nik Aziz sering bercanggah dengan ulamak tidak berparti, ulamak didalam kerajaan malah ulamak didalam Pas itu sendiri.

Kenyataan Nik Aziz hanya selari dengan Ulamak didalam PKR dan DAP semata-mata, apa yang dihalalkan oleh Ketuanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu juga yang akan dihalalkan oleh Nik Aziz, ramai yang memuja Nik Aziz kerana merasakan beliau seorang yang warak, namun pada masa sama mereka terlupa Nik Aziz yang dipuja warak itu sebenarnya hanyalah balaci kepada Anwar 'punggoq'.

Betapa tidak sedarnya penyokong Pas akan tergelincirnya Nik Aziz dari landasan perjuangan Pas yang sebenar, mereka menyokong Pas kerana kononnya mahukan Islam dan perlaksanaan hukum hudud, sedangkan Pas sudahpun menggugurkan dasar itu dengan memilih dasar kebajikan setelah mana mereka bergabung didalam Pakatan Rakyat.

Jika diambil contoh terbaru mengenai nafsu Nik Aziz yang terlalu buas dalam isu pemecatan Bekas Timbalan Presiden Pas Nasharudin Mat Isa, Nik Aziz dirujuk sebagai berkata :

“Tidak penting sama ada dia (Nasharuddin) telah menerima atau tidak surat dari Majlis Syura memaklumkan dia sudah dipecat atau menunggu jawapan mengenai status keahliannya, hakikatnya apabila ‘lafaz cerai’ (lafaz perceraian suami-isteri) telah dilakukan, dia secara rasmi bukan lagi menjadi ahli parti,”

Berikutan kenyataan mengaibkan dari Nik Aziz itu, Nasharudin menyangkal dan menjelaskan "Pas ni ada lebih kurang 1 juta orang ahli, Pas ni bukan milik individu, tidak ada mana-mana individu yang boleh membuka dada menyatakan Pas ni milik dia, dia saja ada hak untuk mentafsir,

"Contohnya boleh menjadi Mursyidul Am orang lain tidak layak contohnya kalau ada orang claim, dia saja yang layak jadi Mursyidul Am, dia saja yang layak jadi Presiden..., tak, Pas ni milik ahli dia 1 juta orang, dia ada dasar dia, ada perlembagaan dan sistem dia sendiri".
Katanya .

Bagaimanpun Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan, cara penilaian itu dibuat adalah hak mutlak parti bukan individu dan tidak boleh didedah kepada umum.

"Masih ahli. Orang bercerai pun, bercerai talak satu, talak dua, talak tiga.

"Itu terpulang kepada penilaian kita. Tak berhak kita dedahkan kepada orang penilaian kita sendiri. Bahkan dalam sejarah Pas bukan kali pertama kita pecat," katanya pada sidang media selepas merasmikan Himpunan Perdana Ummah di sebuah hotel dekat ibu negara baru-baru ini.

Cadangan, Pelabelan Dan Kritikan Dr Asri Semakin Tidak Relevan @realDrMAZA

Rentetan cadangan Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin berhubung cadangan supaya kerajaan memberi naskah terjemahan Al-Quran kepada non-muslim, sekali lagi Gk cuba nak jelaskan dari sudut pandang yang mungkin berbeza dengan pandangan mantan mufti, biarpun berbeza pandangan, eloknya kita tidak terlalu cepat menghukum dan melabelkan seseorang itu dengan mengatakan mereka itu menganggap Al-Quran itu menggelirukan ataupun menaruh syak terhadap Al-Quran, ini kerana mantan mufti lebih arif akan hukum mereka yang beranggapan sedemikian.

Kita pun tidak pasti 'Bloggers Umno' mana yang dimaksudkan oleh Dr Asri, tapi tak kisahlah bloggers Umno ke, Pas ke,  bebas ke, cuma tambahan dari apa yang Gk tulis semalam dimana cadangan Dr Asri itu adalah kurang wajar kerana selain boleh menimbulkan fitnah dibimbangi non-muslim akan lebih jauh dengan Islam bahkan mereka lebih berprasangka buruk terhadap Islam ekoran pembacaan terjemahan dengan pemahaman sendiri (tanpa guru) itu akan menyalahi maksud ayat yang sebenarnya. Contoh yang dapat diberikan adalah seperti apa yang difahami yang ditulis didalam web Kristian sebagaimana lampiran dibawah.
Selain itu, dalam Surah Al-Baqarah ayat 191 juga kita lihat dimana ia sering disalah tafsirkan sekaligus diambil kesempatan oleh musuh-musuh Islam untuk memesongkan tafsiran yang sebenarnya, dan pemesongan tafsiran itu boleh mendatangkan kemudaratan dan menimbulkan sangkaan buruk non-muslim terhadap Islam.

Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu; dan (ingatlah bahawa angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhan dan janganlah kamu memerangi mereka di sekitar masjid Al-Haraam sehingga mereka memerangi kamu di situ. Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir. -  Surah Al-Baqarah ayat 191

Apakah benar ayat itu memaksudkan supaya kita membunuh musuh yang memerangi kita walau dimana saja kita berada ? Bagi kita umat Islam yang ada asas agama, kita tahu akan maksud ayat itu yang sebenarnya, memerangi tu tahap mana, kafir tu kafir yang bagaimana, ada berapa jenis kafir dsbnya, tapi bagaimana pula dengan non-muslim ? Adakah mereka faham atau mereka akan simpan ingat secara diam. Ini juga satu peluang baik untuk pendakwah Kristian menguatkan pegangan penganutnya. 
Seperti juga sebuah kereta yang cantik dan canggih diberikan kepada orang yang tidak berkehendak untuk milikinya disamping ia juga tidak tahu memandu atau menggunakannya, adakah kereta yang cantik dan canggih itu memberi manfaat kepada orang itu. Berbeza pula jika orang itu memang berhajat untuk memilikinya, dimana pasti ia akan berusaha untuk mempelajarinya.

Hal itu samalah sebagaimana yang berlaku keatas Yusuf Islam, sebelum beliau memeluk Islam beliau sedang berada dalam satu keadaan yang buatkan beliau sedang mencari Tuhannya, hal itu jauh berbeza dengan mereka yang berada dalam keadaan sebaliknya, namun jika Allah mengkehendaki sesuatu itu untuk berlaku, tidak ada perkara yang mustahil bagiNYA, tidak tertakluk juga kepada tindakan memberikan terjemahan Al-Quran semata-mata, malah konsep dakwah serta pencerahan secara langsung adalah lebih efektif.

Adakah jika berpandangan seperti diatas kita ni keliru dengan Al-Quran atau syak terhadap Al-Quran ? Bukan apa, nantikan tak pasal-pasal UMNO jugak yang kena, padahal tiada kaitan pun dengan UMNO, Gk cuma bimbang akan hal itu berlaku, kalau Dr Asri ada pandangan yang lain untuk mengatasinya bolehlah diketengahkan tanpa terlalu cepat untuk melabel seseorang itu dengan apa jua label. Jangan kerana kita tidak suka dengan sesuatu parti, kita tidak berlaku adil terhadap parti tersebut. Adillah.
Sebagai contoh yang lain sepertimana Murtadin Benjamin pada rakaman video diatas, biarpun tahu membaca Al-Quran, tapi bagaimana dia memahami terjemahan maksud sebenar ayat Al-Quran, bukankah perlakuannya itu akan mendatangkan fitnah yang lebih besar terhadap Islam, apakah kita ingin melihat pula non-muslim menguasai pemahaman tafsiran yang salah terhadap ayat suci Al-Quran ?

Ketidakpuasan hati Dr Asri kepada kerajaan sekali lagi dibangkitkan mengenai halangan terhadap tokoh Islam terkemuka yaitu Ahmad Deedat, biarpun hal itu sudah lama berlaku.....Tapi sayang kenapa peristiwa yang baru berlaku tidak pula ditimbulkan yaitu kehadiran tokoh yang tidak kurang hebatnya, Dr Zakir Naik pada September tahun lalu.
Kedatangan Dr Zakir itu biarpun dibantah oleh penganut hindu, namun programnya tetap berjalan, jadi tidak adil sekiranya kita sebagai Ulamak hanya tahu mengkritik semata-mata tanpa menilai ia secara keseluruhan, faktor masa dan situasi juga perlu diambil kira dalam kerajaan cuba memberi hak dan kebebasan terhadap agama lain juga di negara kita, melainkan jika kerajaan membenarkan Paderi, Sami atau tokoh agama lain datang berdakwah dinegara kita, sebaliknya tokoh Islam dihalangnya, barulah boleh kalau kita nak kritik atau musnahkan kerajaan ini.

Sungguhpun terdapat banyak agama dalam negara kita, Umat Islam cukup bertuah kerana program siaran TV berbentuk Islamik seperti Forum Perdana Ehwal Islam, Al-Kuliyyah, Mari Bertarranum, Al-Hidayah, Mari Mengaji, Adik Dan Al-Quran, Akademi Alquran, Tanyalah Ustaz, Imam Muda, Usrah,  Halaqah, Jejak Rasul, dsbnya. Namun ramai yang tidak sedar akan keistimewaan yang sedang diimpikan oleh banyak agama ini.
Kesimpulannya Gk mengharapkan supaya YBhg Datuk Dr Asri untuk kembali ke pangkal jalan..., dan tidak sekadar mengkritik dan menyindir, bahkan kongsikanlah ilmu-ilmu bermanfaat yang boleh menguatkan lagi akidah kita umat Islam terutamanya perkara berkaitan perbandingan dalam agama. Ulamak perlu berubah dalam mencari pendekatan menguatkan akidah umat Islam sebagaimana  yang dilakukan oleh Dr Zakir dan juga Ulamak-ulamak dari Indonesia. Hanya itu saja rujukan untuk sebahagian besar umat Islam negara ini mencari jawapan bagi menjawab balas dari apa yang ditimbulkan oleh penganut agama tertentu mengenai Islam. Anda Mampu Mengubahnya.

Dr Asri Cadang Tangani Bible Dengan Beri Naskah Terjemah Al-Quran, Wajarkah @realDrMAZA ?

Setiap pandangan pasti ada pembangkangnya, begitu juga dengan kerajaan hari ini yang turut punyai pembangkang, apa yang dilakukan oleh kerajaan ada saja yang akan dikritik dan dibangkang.

Sebagaimana pandangan Mantan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainal Abidin, suka untuk Gk menjadi pembangkang mengenai pandangannya dibawah, kerana hak bersuara dan hak berpandangan dijamin oleh perlembagaan...

Pada pandangan Gk, pandangan Dr Asri agar kerajaan memberi naskah terjemahan Al-Quran kepada non-muslim itu adalah kurang wajar, ini kerana selain boleh menimbulkan fitnah dibimbangi non-muslim akan lebih jauh dengan Islam bahkan mereka lebih berprasangka buruk terhadap Islam ekoran pembacaan terjemahan sendiri (tanpa guru) itu akan menyalahi maksud ayat yang sebenarnya.

Sedangkan apabila Allah turunkan Al-Quran kepada Nabi Muhammad SAW turut diutuskan Malaikat Jibril sebagai pengantara, begitu juga kita hambanya diutuskan Rasul untuk menyampaikannya. Sedangkan jika Allah mengkehendaki sesuatu, tidak ada perkara yang mustahil untukNYA. Allah boleh turunkankan Al-Quran seperti hujan yang bertaburan.
Harus diingat, perlukah untuk kita mengikuti sesuatu kaum itu sehingga terdorong untuk melakukan hal yang sama yang mereka lakukan, kalau hanya dengan membaca seseorang itu boleh memahami, maka tiada gunalah guru.

Sepatutnya Dr Asri mengingatkan Pas supaya jangan hanya reti berceramah politik dan tahu memaki hamun orang lain semata-mata, mengaku berjuang Islam tapi tidak ada dakwah kepada bukan Islam bahkan mengkafirkan pula yang sudah Islam.

Begitu juga dengan pendapat Dr Asri sebelum ini, Gk agak terkeliru memikirkannya, menurut Dr Asri, Islam melarang kita mengintip untuk mengambil tindakan keatas orang yang melakukan maksiat peribadi secara tertutup, antaranya seperti zina, dalilnya ia adalah maksiat peribadi, tidak boleh dibuka aibnya kerana ia bukan bersifat  jenayah yang mengzalimi orang lain.

Namun kekeliruan itu timbul apabila terfikir akan bagaimana pula jika maksiat zina itu yang boleh menyebabkan 'pemain' wanitanya mengandung, lepas mengandung tentu lahirkan anak, apakah demi menutup malu atau aib ? anak yang lahir itu halal untuk dibunuh, ish...mustahil.

Bukankah ia mengzalimi orang lain yaitu bayi yang tak berdosa akibat perlakuan maksiat peribadi secara tertutup itu, bukankah kita utamakan mencegah maksiat zina itu jauh lebih baik daripada utamakan melarang orang mengintip untuk mencegah maksiat zina ? Anda Mampu Mengubahnya.

Dr Asri - "Kenapa Perlu Menukar God Kepada ALLAH ?"

SHAH ALAM – Kerajaan harus menetapkan peraturan khusus bagi menghalang penggunaan kalimah ALLAH digunakan agama lain jika mahu isu tersebut diselesaikan secara baik kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Beliau bagaimanapun bersetuju dengan kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya Kristian boleh menggunakan kalimah ALLAH dengan bersyarat.

Menurutnya, isu tersebut hanya timbul di negara kita, sedangkan di negara-negara Arab terutamanya masyarakat Kristian menggunakan kalimah itu sejak dari dulu lagi.

“Itu adalah bahasa mereka. Malah sarjana Islam dunia yakin bahawa orang Kristian boleh menggunakannya. Sebenarnya, kes ini istimewa dan tersendiri.

"Tiada negara di dunia ini mempertikaikan perkara tersebut tetapi, setelah lima tahun berlalu ia timbul kembali menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13),” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, penduduk Kristian Sabah dan Sarawak turut menggunakan kalimah ALLAH tetapi tidak diuar-uarkan kepada umum.

Tegas beliau, penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan,” katanya. - Sinar Harian

Jika dinilai kenyataan diatas pada sudut positif dimana kerajaan pada hari ini begitu menitikberatkan soal kepentingan umat Islam dalam negara kita, mungkin sebab itu jugalah Malaysia salah satu negara Islam yang terselamat dari sebarang kancah pergolakkan seperti di Mesir, Iraq, Iran, Syiria dsbnya. Syukur Alhamdulillah.
Sikap kesederhanaan yang diamalkan didalam pentadbiran negara kita terbukti mampu mengekalkan kestabilan hubungan diantara agama-agama sehinggalah wujudnya satu pakatan yang menjadi batu api menyeru rakyat untuk menuntut hak yang tidak sepatutnya.
Perlu diketahui kenapa kalimah Allah dibenarkan di Sabah dan Sarawak, itu juga salah satu bukti dimana kerajaan hari ini melihat dari segala aspek keberadaan sebelum memutuskan sesuatu yang dilihat wajar pada kependudukan dan majoriti rakyat.

Bagaimanapun sejauh mana untuk kita memutar dan memandang serong akan keputusan kerajaan mengenai isu ini, akhirnya ia tetap kembali kepada maksud asal yaitu penggunaan kalimah ALLAH tidak boleh diterjemahkan dari perkataan God, sebaliknya perlu ditukar menjadi Tuhan.

“Kenapa perlu menukar God kepada ALLAH? Isu ini sepatutnya perlu dititik beratkan. Itulah politik Ulamak yang ada dalam negara kita pada hari ini. Anda Mampu Mengubahnya.

Ulamak Ke Paderi ? Kalau Non Muslim Tak Boleh Sebut Kalimah Allah Macammana Nak Syahadah !

Siapa pula yang kata non muslim ni tak boleh sebut kalimah Allah ?, Harakah siap angkat tunjuk sample lagu-lagu negeri ni apa ke hell-nya ? Alahai terdesak benar agaknya sampai dikatakan non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah ni.

Nak tambahlah sikit lagi, kalau non-muslim tak boleh sebut kalimah Allah macammana dia nak jadi muslim atau nak peluk Islam ? dalam syahadah pun ada kalimah Allah, harulah macam ni, tak berkembanglah Islam.

Apa yang saya faham dan bersetuju sebelum ini adalah kalimah Allah hanya tidak dibenarkan kepada non-muslim untuk digunakan secara terbuka menerusi tulisan yang bertentangan dengan kepercayaan Islam termasuk terjemahan bible dalam bahasa melayu atau dengan kata lain yang boleh mendatangkan kekeliruan kepada umat Islam selaku umat majoriti didalam negara ini yang mengangkat agama Islam sebagai agama persekutuan.

Tidak timbul soal non-muslim tidak boleh sebut kalimah Allah, tu jauh sangat dah lari tu, lebih-lebih lagi kalimah Allah didalam penulisan atau lagu yang dikarang oleh orang Islam atau yang tidak bertentangan dengan Islam.
Non-muslim nak sebut Allah maha berkuasa, Allah Maha Esa, mahasuci Allah atau puji-pujian bagi Allah, sebutlah! Apa masalahnya ? Yang menjadi masalah jika kalimah Allah dibenarkan digunakan secara terbuka, sebagai contohnya mereka ingin menaikkan satu papantanda yang menyebut "Allah Bapa, Putra dan Roh Kudus", sedangkan pengertian mereka terhadap Allah itu bertentangan dengan Islam sekaligus mendatangkan kekeliruan disamping fitnah terhadap kepercayaan umat Islam itu sendiri.

Yang duk pertahankan sangat penggunaan kalimah Allah kepada non-muslim ni apa ke halnya, Islam mengajar berdakwah kepada mereka untuk memeluk Islam, bukannya memberi peluang kepada mereka mengelirukan umat Islam, Ulamak sepatutnya pertahankan Islam, kalau nak pertahankan bukan Islam, Kristian umpamanya, baik jadi paderi. Ini juga bagi mengelakkan umat Islam keliru yang mana paderi yang mana Ulamak, kerana sikap ulamak mengalahkan paderi. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Abby Meroyan Kirim Salam Kat Nabi, Dr Asri Kata Tak Payah, Selawat Tu Salamlah


Ustazah kalut pasal politik ni sekali lagi tunjuk jahil, orang suruh belajar agama dia kalut duk mengumpat tabur fitnah kat pentas ceramah Pas, lepas tu mula-lah duk meroyan kirim salam kat Nabi, aduss!!! benda macamni pun Ustazah tak tahu, macammanalah Ustazah boleh lantang sangat duk bedal orang siap menghukum lagi ?

Si Khalid pun satu, duk kalut pasal gereja sampai lupa nak ajar Ustazah mengenai Islam, yang diajarnya maki hamun, tu pasal Ustazah hidayah ni lebih berilmu politik daripada pengetahuan mengenai Islam.

Isu Altantuya - Mantan Mufti Perlis Mohon Husam Henti Bercakap Dan Kembali Kepada Allah - Video

Kenyataan Husam Musa untuk melaga-lagakan Pimpinan Umno apabila mengaitkan Perdana Menteri Malaysia dengan isu pembunuhan Altantuya adalah dilihat sebagai tidak beriman kepada Allah, sebagai umat Islam kita merasa sangsi kerana Husam lebih mempercayai Deepak a/l Jaikishan daripada mempercayai ketentuan Allah tuhan yang maha esa.

Setelah Perdana Menteri bersumpah dengan nama Allah bahawa beliau tidak ada kaitan dengan kematian Altantuya, apa lagi hak kita untuk mempersoalkannya dengan hanya menimbulkan persepsi yang dicetuskan oleh orang kafir tanpa ada sebarang bukti yang sahih, lupakah Husam dengan firman Allah didalam surah Hujurat ayat ke 6 yang bermaksud :

“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu seseorang yang fasik dengan membawa satu berita, maka selidiklah terlebih dahulu agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya (secara jahil), maka dengan sebab itu jadilah kamu di atas perbuatan kamu itu orang-orang yang menyesal.”
Petikan kenyataan
Sebagai pemolitik Islam yang selalu menggelarkan orang lain pemolitik kampung, hendaklah Husam sedar dengan tindakkannya yang seolah-olah mempertikaikan kehendak Allah Taala, Siapa Husam untuk mendahului Allah Taala ?, lupakah Husam dengan azab yang akan ditimpakan oleh Allah sekiranya orang yang dituduh itu bersumpah palsu ? Sekiranya tidak ada apa yang berlaku maka hendaklah kita redha dan tidak menimbulkannya melainkan menyerahkan ia kepada yang lebih berhak Tuhan yang maha esa.

Atau Apakah Husam merasakan lebih lebai daripada Mantan Mufti Perlis ? kerana apa yang disebut oleh Mantan Mufti itu adalah apa yang diambil dari nas-nas Al-Quran dan hadis. Semoga Husam bertaubat dan kembali beriman kepada Allah dan tidak cuba untuk menjadi seorang hamba yang derhaka kepada Tuhannya. Anda Mampu Mengubahnya.

Terkini - Dr Asri Tarik Balik Pembelaannya Dan Minta Nurul Izzah Buat Penjelasan Sendiri

Syabas kepada Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana bertindak matang setelah mendapat maklum balas dari banyak pihak mengenai ucapan Nurul Izzah, sebagai agamawan itulah tindakan bijak yang perlu dilakukan dan bukannya mengambil sikap membela kerana terpengaruh dengan politik individu tertentu dalam sesuatu isu yang timbul berkaitan agama tanpa mengetahui kedudukannya yang sebenar.

Ini kerana orang agama perlu kenal sikap orang politik dalam tindakan mereka untuk melepaskan diri dalam sesuatu isu, orang politik akan mencari orang agama untuk berselindung, dalam usaha berselindung itu, biasalah, macam-macam akan diauta dan menyebabkan sebahagian dari orang agama terasa segan untuk kritik diatas ihsan seorang manusia.

Kenyataan Nurul Izzah adalah jelas menyokong orang melayu murtad demi meraih sokongan politik dari orang bukan Islam, Nurul Izzah memetik konsep kebebasan beragama mengikut rencah fikir Ambiga dan dasar LGBT  bukannya menggunapakai kaedah didalam Islam, agama nak bebas, seks nak bebas, semuanya nak bebas memang sudah lumrah semulajadi syaitan dan hawa nafsu kuffar. Namun bagi kita umat Islam, kebebasan itu ada batasnya, dan janganlah melampauinya.
Kebebasan beragama tanpa boleh dipaksa tidak bererti orang Islam atau melayu yang sudah sedia Islam boleh tukar agama sesuka hatinya, sebagai ibu bapa, keluarga dan masyarakat, mereka perlu menahan serta memaksa seseorang yang sudah sedia Islam itu dari terus bertindak untuk menukar agamanya, kerana ketika keadaan itu orang yang bertindak demikian mengalami masalah yang menyebabkan mereka bertindak untuk keluar daripada Islam.

Jika kebebasan itu tidak boleh disekat atau dipaksa, samalah juga dengan kita membiarkan kebebasan seseorang yang ingin membunuh dirinya sendiri, apabila seseorang itu bertindak untuk membunuh diri, apakah kita tidak boleh sekat dan paksa ia supaya jangan bertindak demikian ? Itukah maksud kebebasan ? Sedangkan orang yang nak bunuh diri itu menghadapi masalah ketika itu, akibat tekanan ia terpaksa bertindak demikian.

Bagaimanapun selepas diselamatkan dalam maksud ditahan dan dipaksa jangan bunuh diri, seseorang itu akan kembali sedar dan tidak lagi untuk bertindak membunuh diri, begitu juga dengan orang yang sudah sedia Islam, kenapa kita sebagai orang Islam beria-ia ingin membuka jalan dan peluang untuk kearah membenarkan orang yang sudah sedia Islam untuk keluar dari Islam. Ini kebebasan tak bertempat yang tidak kena dengan cara melainkan kebebasan yang sanggup menjual agama demi meraih sokongan politik. Anda Mampu Mengubahnya.


Dibawah adalah kenyataan penjual agama didalam parti Islam Semalaysia PAS

Dr Asri Pantas Bela Kenyataan Nurul Izzah

'Bapak borek anak rintik', kalau bapaknya selalu pergunakan Yusof Qardawi, anaknya pula gunakan Dr Asri, cuma bezanya Anwar Ibrahim ni duk jaja kenyataan Yusof Qardawi bela dia, tapi Nurul Izzah ni Dr Asri yang duk jaja dan pertahankan kenyataan Nurul Izzah. Menurut mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin menerusi kenyataan di Facebook beliau,

"YB Nurul Izzah baru bercakap dengan saya menerusi telefon, beliau maklumkan bahawa beliau langsung tidak menyebut 'melayu boleh murtad' dalam program tersebut..apa yang beliau sebut ialah tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, hal itu merangkumi semua bangsa..saya rasa kita kena berhati-hati mempercayai sumber berita yang disiarkan oleh sesetengah pihak."

Tiada paksaan dalam dakwah kepada Islam, Hal itu merangkumi semua bangsa
Siapa kata boleh paksa dan siapa pula yang kena paksa ? perlukah Nurul Izzah untuk bercakap hal itu, sepertinya juga beliau bercakap, jadinya saya Nurul Izzah binti Anwar ni kerana bapak saya Anwar bin Ibrahim 'main-main' dengan mak saya Wan Azizah binti Wan Ismail lalu terhasillah saya, perlukah beliau kata macam itu ?
Jika begitu untuk apa beliau sentuh pasal dakwah Islam tidak ada paksaan, semua itu orang dah tahu, lagipun tak pernah timbul pun isu mana-mana orang kena paksa untuk menganut agama Islam.

Atau Nurul Izzah sebenarnya memaksudkan tiada paksaan dalam beragama, mana-mana individu termasuk yang beragama Islam berhak untuk memilih mana-mana agama pilihannya.

Isu ini perlu jelas, dan sebagai mantan mufti juga janganlah terlalu melulu untuk membuat pembelaan, kaji dan selidiklah dulu, jangan pula mentang-mentanglah Nurul Izzah Call, mantan Mufti rasa syok dan bangga kerana mantan Mufti dijadikan tempat rujukan seorang Ahli Parlimen, lalu mantan Mufti nak bela, mantan Mufti kena tahu orang politik ni memang bijak kalau bab ni, dan saya perhatikan dalam beberapa kes, mantan Mufti ni lemah dalam bab ini, maksudnya bab orang politik 'main angin', pantang dicucuk mantan mufti mudah layu dan berpihak...

Lepas tu nak salahkan media, masalahnya media yang keluarkan kenyataan Nurul Izzah tu adalah media pembangkang yang sememangnya dipercayai oleh penyokong PR sebagai media yang adil dan telus, so siapa yang harus dipersalahkan ?

Biarpun begitu, pelbagai pula kenyataan pemimpin pembangkang mengenai isu ini, pembelaan kepada Nurul Izzah ini hadir dalam beberapa versi, sebagai contoh seperti rakaman video dibawah, ternyatalah pembelaan yang dibuat adalah pembelaan politik yang sanggup mengenepikan agama, - Bersambung. Anda Mampu Mengubahnya.

Sampai Bila Ni Ulamak Oh Ulamak ?

SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.

"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.

Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.

"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.

"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.

"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.

Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.

Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.

"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.

Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya. Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran. - Sinar Harian

- Sebaiknya golongan Ulamak tidak berpenyakit dengan pelbagai penyakit yang sering menimpa golongan bukan Ulamak, setiap insan punyai hak untuk melontarkan pandangan, namun khuatir pandangan yang akan dilontarkan itu agak kasar dan menyinggung hati para Ulamak yang menjadi pemangkin umat, namun secara berterusan masih lagi berkeadaan seperti yang tidak sepatutnya.

Jika Ulamak tidak boleh bersatu bagaimanakah nasib umat ? Tidaklah salah berbeza pendapat diantara Ulamak, tapi caranya biarlah berbeza dengan bukan golongan Ulamak, kata-kata yang boleh memberi persepsi kurang baik ataupun boleh mendatangkan fitnah perlulah dielakkan, kita tahu masing-masing punyai pandangan dan hujah, tapi cukuplah kita katakan cara yang dtampilkan itu 'kurang...'. Carilah titik permulaan yang baik dan memberi manfaat kepada seluruh umat. Insyaallah Anda Mampu Mengubahnya.

Fathul Bari Sangkal Kenyataan Dr.Asri Ulama Masuk Umno Hanyut

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya. -Sinar Harian

Abby Terasa Dirinya Macam Jual Muka & Jual Body?

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohamad Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr Maza kelmarin mengeluarkan satu entri di blog beliau yang penulis sifatkan penulisan yang seimbang.

Beliau tidak mengampu kerajaan atau membabi-buta menyokong parti pembangkang.

Kedua-dua belah pihak beliau berikan nasihat.

Memandang kepada kedudukan beliau dan tahap pendidikan agama yang dimilikinya, maka beliau adalah antara orang yang selayaknya untuk menegur kedua-dua belah pihak.

Beliau juga berhati-hati kerana tidak menyebut nama mana-mana individu atau kumpulan, namun penulisannya jelas dan semua boleh tahu ia merujuk kepada siapa.

Dalam entri berkenaan, Dr Maza ada menyentuh satu bahagian berhubung sikap artis yang berhijrah dan secara tidak langsung menegur sikap PAS yang berbelanja banyak untuk mengusung artis ke sana-sini.

“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’. Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain.

“Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya,” katanya dalam entri itu.


Bahagian ini rasanya kita semua boleh agak siapa yang paling cepat terasa walaupun namanya tidak disebut.

Siapa lagi kan….kalau bukan Ustazah Abby Abadi.

Walaupun tanpa menyebut nama, nampaknya Abby terasa betul kena kat batang hidung dia.

Dan seperti biasa…Abby memulakan syarahan dan memperlihatkan ‘tahap keilmuaan agamanya yang sangat tinggi’ di Twitter.

Abby nyata tidak dapat menerima bahagian ‘Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’’…

Tweet Abby;

JUAL MUKA & JUAL BODY? Fitnah tu… Sy xpernah terlintas lgsg smpai nk gadai maruah diri smata2 utk parti. Fitnah btebaran, dosa bpanjangan




Eh Abby…terasa ke? Dr Maza tak sebut nama kamu…nape terasa?

Dr Maza tidak cakap pun kamu jual body atau jual muka.

Mesti Abby terasa dia mungkin dilabel bodoh hal agama dan hanya laku di pentas PAS pasal dia artis.

Lagi menarik kalau tengok Tweet Abby yang macam hendak mengajar Dr Maza secara sinis dan penuh sindiran (tanpa menyebut nama);



Betul-betul hebat Abby basuh Dr Maza kat Twitter.

Perghhhhh…..Abby oh Abby….Kau memang hebattttt! - Mynewshub.

Abby Abadi Makin Dasyat Menghidayahkan Mantan Mufti Perlis

Kelantangan Abby Abadi berhidayah mengejutkan banyak pihak apabila beliau dilaporkan membidas Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana didakwa mempertikaikan Hukum Hudud.

" Maafkan Saya Dr, Hudud tu kan hukum ALLAH. Dr belajar tinggi tapi kenapa masih persoalkan? Tanggungjawab kita berat di dunia, tapi manis disana."  tweet Abby.
Bagaimanapun kenyataan Abby itu di tweet balas oleh Dr Asri dengan menjelaskan seseorang yang dijemput untuk berceramah itu tidak bererti faham mengenai Islam secara keseluruhannya.

"Ia tidak bermakna seseorang yang kembali kepada agama dan dijemput ceramah tak bererti dia telah benar-benar faham Islam. Teliti sebelum komen."

"Muslim tidak pertikai hukum Allah, tapi apakah yang dikatakan hukum Allah itu benar-benar hukum Allah, atau tafsiran kita sahaja?".

Sebelum ini Dr Asri dalam kenyataannya di media mendakwa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Menurut beliau, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya.

Video - Dr Asri Dan Ust Nasa Selar KP Pas Dan Tuan Ibrahim Kutuk Hudud Tun M

Salam Aidilfitri
Saranan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya Pas bersama-sama Umno dalam merealisasikan perjuangan sebuah negara Islam, bagaimanapun ditolak keras oleh pemimpin Pas dan turut melabelkan Tun M sebagai tidak ikhlas dan hipokrit.

Penolakkan oleh pemimpin Pas itu membuktikan bahawa selama ini Pas juga tidak bersungguh mengenai perlaksanaan hukum hudud, Pas hanya 'acah' sahaja ketika  Umno belum bersedia, namun bila Umno berhasrat kearah itu Pas menuduh dengan pelbagai tuduhan yang jelas bercanggah dengan cara Islam, kenapa Pas tidak bersama-sama dengan Umno dalam membincangkan Hudud ini.

Soal Pas ingin bersama atau tidak dengan Umno dalam membentuk kerajaan itu soal ke dua, yang utama sepatutnya Pas membuka ruang kerjasama dalam usaha perlaksanaan hudud ini baik dari draf hudud sehingga kepada perlaksanaan, jika Tantawi dan Tuan Ibrahim belum belah dada Tun M, halalkah untuk mereka berburuk sangka dengan sedemikian ? Ataupun berkemungkinan mereka lebih takutkan Karpal Singh dan DAP,

Dalam satu kenyataan, Ketua Pemuda Pas Nasrudin Hassan Tantawi mencabar Umno membentangkan rang undang-undang hukum hudud di Parlimen terlebih dahulu daripada mempelawa parti itu menyertainya ataupun Barisan Nasional (BN).

"Saya cabar Umno siapkan dulu draf kemudian bentang dalam parlimen. Jika ia menepati kehendak Islam sebagaimana yang diperintah oleh ALLAH SWT, saya yakin ahli Parlimen Pas mungkin akan menyokongnya.

"Jika Umno tidak sanggup melakukannya, ketahuilah, Umno hanya menjadikan isu hudud sebagai modal politik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti," katanya lagi.

"Suatu kenyataan paling lucu menutup tirai Ramadan al Mubarak tahun ini, beliau seperti merasakan diri masih di tahkta Perdana Menteri."

"Bercakap mahu melaksanakan itu dan ini sedang kuasa tidak lagi ditangannya. Lebih malang, apa yang disebut mahu dilaksanakan hari ini [seperti hudud] adalah suatu yang ditentangnya habis-habisan sewaktu beliau gah di puncak kuasa sejak sekian lama," katanya.

Sehubungan itu Nasrudin menegaskan bahawa Umno tidak mahu melaksanakan hudud.

"Jadi, retorik apa lagi yang mahu Umno paparkan kepada rakyat. Kalau tidak mahu hudud "Pas" kononnya, mana hudud Umno? sila kemukakan! Sekurang-kurangnya negeri yang ditadbir oleh Pas sebagai teras kerajaan telah meluluskan Rang Undang-Undang Syariah atau Kanun Jenayah Syariah iaitu di Kelantan dan kemudiannya di Terengganu. Negeri Umno mana? Mana hudud Umno atau mana hudud "Islam" yang didakwa itu?

"Pas sejak sekian lama, dimaklumi oleh semua rakyat bahawa memperjuangkan perlaksanaan syariat Islam di negara ini termasuk hukum hudud.

Sementara Umno pula diketahui umum menentang perlaksanaan hudud sejak sekian lama. Maka logiknya, Pas sertai Umnokah atau Umno yang wajib sertai Pas untuk memastikan hudud benar-benar terlaksanakan di atas tanah air tercinta ini.

"Sekurang-kurang Pas telah siapkan draf Kanun Jenayah Syariah yang mahu dilaksanakan. Umno sehingga kini draf pun tidak ada, macam mana Dr Mahathir mahu Pas menyertai Umno, sepatutnya Umno dibubarkan untuk kesemua ummat Islam menyertai Pas bagi mendukung cita-cita pelaksanaan Islam di Malaysia," kata beliau lagi.

Terdahulu Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga berpendapat bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun M itu hanyalah gimik politik semata-mata dan tidak ikhlas mengenai perkara itu.

"Sedangkan semasa beliau jadi Perdana Menteri, Dr Mahathir sendiri telah menghantar surat menggugut Pas yang memerintah Kerajaan Negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud, semasa memerintah Terengganu, mereka halang lagi," kata beliau.

"Mengapa tiba-tiba mengajak kami, Pas menyertai Umno untuk melaksanakan hukum hudud?" Soalnya.



 " Jelas bukan ?Untuk pemimpin Pas semuanya halal"

Video - Dr Asri, Maulana Asri Dan Ustaz Kazim Bongkar Kaitan Pas Dan Syiah

Syiah dan Pas sememangnya punyai hubungkait kerna ada segelintir pemimpin tertinggi mereka telah membawa fahaman itu meresapi keanggotaan parti, namun sebahagian besar umat tidak sedar kesesatan tersebut kerana ia terselindung disebalik serban yang difahami mereka sebagai tanda kealiman seseorang.

Fahaman Syiah WAJIB dihapuskan demi kesejahteraan seluruh umat Islam, dendam syiah kepada sunni tidak akan terpadam, syiah sangat merbahaya, kacau bilau yang tercetus dinegara-negara arab juga kebanyakkannya adalah bermula dari syiah. Anda Mampu Mengubahnya...

Perlembagaan ? Dr Asri Dan Hasan Ali Sependapat Hudud Boleh Dilaksanakan Di Kelantan

SHAH ALAM - Hukum Hudud boleh dilaksanakan di negara ini tanpa perlu meminda Perlembagaan Persekutuan, demikian menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Datuk Hasan Mohamed Ali.

Beliau yang juga Presiden NGO Jalur Tiga (JATI) berkata, tinjauan dan maklum balas oleh beberapa pakar Perlembagaan menjurus kepada kesimpulan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...