Showing posts with label fathul bari. Show all posts
Showing posts with label fathul bari. Show all posts

Hikmah Kekalahan Kedua-Dua Ulamak Ini Jadikan Iktibar Antara Politik Dan Agama

Antara politik dan dakwah Islam, kekalahan dua tokoh Ulamak ini seharusnya dijadikan iktibar, kenapa Allah Taala tidak izinkan mereka berdua menjadi ahli politik, dari segi ilmu agama, sikap dan akhlak tidak dapat kita nafikan.

Keunikkan dua tokoh ini adalah bertanding dalam negeri yang sama dengan masing-masing mewakili parti yang berbeza, namun, tidak kira tua atau muda, DUN atau Parlimen, bulan atau dacing, kedua-duanya tewas, apakah hikmahnya ?

Menjadi seorang pemimpin kepada rakyat bukanlah satu perkara yang mudah, sebagai orang agama, ia tidak akan terpisah dengan kitab, masa mana untuk mentelaah hukum hakam dan masa mana pula untuk menjaga rakyat dan menyelesaikan masalah rakyat.

Ulamak yang ada nilai disisi Allah sentiasa dijaga, jika tidak sudah pasti Ulamak dan Tok Guru-Tok Guru pondok seluruh negara akan bertanding mewakili mana-mana parti atau menubuhkan parti sesama mereka.

Secara peribadi Gk berpendapat, Ulamak tidak perlu tercemar dengan menjadikan diri sendiri sebagai ahli politik, sebaliknya jadilah pendakwah yang menasihati ahli politik. Anda Mampu Mengubahnya.

P. 003 - Arau
Haron Bin Din - Pas (18,005) 
Shahidan Bin Kassim - Bn (19,376) 
Zainudin Bin Yom -Bebas (406)
Majoriti:1,371
 
N. 15 - Sanglang 
Fathul Bari Bin Mat Jahya - Bn (3,511)
Mohd Shukri Bin Ramli - Pas (3,632)
Zainudin Bin Yom – Bebas (222)
Majoriti:121

Video - Nik Aziz: "Hei Umno Aku Nok Oyak Ko Mu, Undi Pas Dapat Pahala"

Undi Pas dapat pahala, mudahnyerrr! Menurut Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semua yang mengundi Pas pasti akan mendapat pahala berdalilkan Pas adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Sejauhmanakah terpakainya mantik yang diberikan oleh Nik Aziz itu, adakah Pas secara keseluruhannya itu langsung tidak terpalit dengan dosa ? Berbeza dengan Islam, sokong Islam dapat pahala adalah paling tepat, oleh itu adakah Pas itu Islam dan Islam itu Pas ?, kerana Islam itu bersifat maksum tanpa kesalahan bahkan panduan bagi setiap kehidupan.

Adakah Pas juga panduan untuk kehidupan ? Surah mana yang menyebut perkataa Pas ini ? Contoh jelas begini, Nasharuddin Mat Isa boleh dipecat daripada Pas, namun apakah beliau juga boleh dipecat dari Islam ? Begitu juga untuk masuk Islam, ianya tidak perlu mendaftar dan membayar yuran keahlian sebagaimana untuk menyertai Pas, cukup saja dengan mengucap dua kalimah syahadah.

Kalau berkenaan dengan Pas mudah jer nak hukum dapat pahala, kalau ya pun nak kata sokong Pas dapat pahala, cuba istihar dulu harta pemimpin-pemimpin Pas kita tengok macam mana, lepas tu baru boleh tahu sokong Pas ni dapat pahala ke dapat apa. Ada brannnnn ? Anda Mampu Mengubahnya.

Sampai Bila Ni Ulamak Oh Ulamak ?

SHAH ALAM - "Kenapa bila diajak berdialog tak mahu datang?" Ini persoalan dibangkitkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin apabila ulama muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya mempertikaikan komentar beliau bersabit dakwaan wujud tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno sebagai hanyut.

"Padahal idea berhubung peranan ulama menasihati pemimpin ini idea beliau. Bila dijemput dan beliau tidak datang, itu salah satu tanda beliau sudah hanyut," kata Dr Asri kepada Sinar Harian Online.

Malah tambah Asri, komentar berhubung terdapatnya tokoh ulama dalam Umno terbabit politik wang dibangkitkan terlebih dahulu oleh panelis dari Umno sendiri.

"Kenapa beliau tidak berani tampil. Yang sebut berkenaan politik wang itu ialah wakil daripada Umno sendiri.

"Itulah masalahnya apabila beliau tidak ada di situ. Wakil Umno yang sebut, dalam Umno kalau tak ada wang, tak boleh bergerak. Saya dan seorang lagi panel hanya mengulas.

"Sinar Harian sudah jemput, datanglah. Bukannya bising di media, di Facebook, di Twitter," tegas Asri.

Dalam Wacana Sinar ke-15 yang membawakan tajuk 'Peranan Ulama Menasihati Pemimpin', Dr Asri menyifatkan segelintir tokoh-tokoh ulama yang menyertai Umno "hanyut" antara lainnya kerana tidak boleh menerima persekitaran politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Menurut beliau, berdasarkan pengalaman sebelum ini menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai parti itu tidak berperanan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Malah dakwanya "masalah dalam parti pemerintahan, politik wang selalu digunakan dalam Umno, ini akan menyebabkan para ulama hanyut."

Semalam, kenyataan Asri itu kemudiannya dibidas oleh Fathul Bari yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia sambil menekankan adalah "tidak adil" untuk menjatuhkan hukuman dan melabel ulama yang menyertai Umno sebagai "hanyut."

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul Bari.

Asri kemudiannya dengan nada sinis mempersoalkan apakah Fathul Bari merasakan pandangan beliau itu merujuk kepada dirinya.

"Adakah beliau merasakan ulama itu merujuk kepada beliau? Ini berlaku apabila beliau merasakan diri beliau sebagai ulama. Walhal bukan menjadi tradisi golongan ilmuan Islam mendabik dada diri sebagai ulama," selar Asri.

Fathul Bari antara ulama muda yang dilihat lantang menyuarakan pendapat supaya pemimpin negara menjalankan amanah yang diberikan oleh rakyat seadil-adilnya. Beliau kerap menekankan agar pemimpin sentiasa mengutamakan penjagaan agama, nyawa, maruah dan keturunan, harta benda, dan akal fikiran. - Sinar Harian

- Sebaiknya golongan Ulamak tidak berpenyakit dengan pelbagai penyakit yang sering menimpa golongan bukan Ulamak, setiap insan punyai hak untuk melontarkan pandangan, namun khuatir pandangan yang akan dilontarkan itu agak kasar dan menyinggung hati para Ulamak yang menjadi pemangkin umat, namun secara berterusan masih lagi berkeadaan seperti yang tidak sepatutnya.

Jika Ulamak tidak boleh bersatu bagaimanakah nasib umat ? Tidaklah salah berbeza pendapat diantara Ulamak, tapi caranya biarlah berbeza dengan bukan golongan Ulamak, kata-kata yang boleh memberi persepsi kurang baik ataupun boleh mendatangkan fitnah perlulah dielakkan, kita tahu masing-masing punyai pandangan dan hujah, tapi cukuplah kita katakan cara yang dtampilkan itu 'kurang...'. Carilah titik permulaan yang baik dan memberi manfaat kepada seluruh umat. Insyaallah Anda Mampu Mengubahnya.

Fathul Bari Sangkal Kenyataan Dr.Asri Ulama Masuk Umno Hanyut

SHAH ALAM - Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya menegaskan, "tidak adil" menjatuhkan hukuman dengan melabel ulama-ulama yang menyertai Umno "hanyut" kerana tidak boleh menerima persekitatan politik parti teras Barisan Nasional (BN) itu.

Sambil menolak pandangan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin semalam, Fathul yang menyertai Umno lebih dua tahun lalu berkata, sesiapa saja, sekalipun tidak kira ulama atau bukan ulama, dan menyertai mana-mana parti sekalipun, selagi mereka berpegang pada asas dan teras agama Islam, tidak akan wujud istilah "hanyut."

"Sangat tidak adil apabila ulama yang menyertai Umno dijatuhi hukuman sebegini, jika mahu buat kenyataan sekali pun, berlapiklah," kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Semalam, Asri berkata, pengalaman masa lalu menunjukkan bahawa sebahagian ulama yang menyertai Umno tidak timbul dalam peranan disebabkan kewujudan amalan politik wang.

Katanya, ulama-ulama terbabit tidak dapat mengadaptasikan pendekatan dan persekitaran politik diamalkan dalam Umno.

"Jangan senang-senang pula menuduh mengenai rasuah atau politik wang jika tiada bukti. Membuat tuduhan tanpa bukti. Ini budaya apa? Kalau benar terlibat dengan politik wang, tolong buktikan," tegas Fathul.

Kata beliau, mana-mana ulama yang menyertai politik akan ada kesan negatif dan positifnya tetapi tidak adil jika ulama dalam politik ini dihukum secara terus.

"Hukuman ini sangat tidak adil, jika mahu lontarkan pandangan, beri sekali dengan bukti, bukan hanya lontaran persepsi," tegasnya.

Tambah beliau, isu 'hanyut' juga tidak pernah timbul di kalangan ulama kerana bagi dirinya sendiri, asas yang dipegang ialah ajaran ALLAH SWT.

"Selagi berpegang kepada teras Islam, isu ini tidak akan wujud, masuklah mana-mana parti politik sekalipun, ia tidak akan jadi masalah," ujarnya. -Sinar Harian

Abby Terkedu Sebaran Fitnah Terhadap Ulamak Muda Umno Dijawab Fathul Bari

Kontroversi terus melanda Abby Abadi setelah beliau dikatakan baru mendapat hidayah dan begitu lantang mengongsikan hidayahnya bersama-sama dengan jemaah Pas diseluruh negara sebelum mengistiharkan dirinya menjadi ahli Pas seumur hidup dengan beryurankan RM100 tunai....

Kemasukkan beliau kedalam Pas dipercayai berpunca dari kefahamannya yang mana mempercayai hanya perjuangan Pas sahaja yang akan diterima diakhirat nanti, lantaran itu beliau secara terus menerus akan mempersoalkan dan menentang mana-mana ulamak yang tidak sependapat dengan Pas.

Keberanian yang dimiliki Abby pasti tidak ada kepada orang lain, dimana sebelum ini beliau turut mempersoalkan Mantan Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin berhubung isu perlaksanaan hukum hudud, beliau yang dilihat seakan-akan 'sarjana Islam' telah mengistimbatkan beberapa hukum hakam mengikut apa yang difahaminya dari apa yang dijelaskan oleh Pas kepadanya.

Bagaimanapun tindakan Abby kebelakangan ini sedikit sebanyak telah meredakan isu muzakarah diantara Mursyidul AM Pas dan juga Ulamak Muda Umno sepertimana yang telah dilaporkan media baru-baru ini, 

Itulah keistimewaan yang ada pada Pas apabila hanya memerlukan beberapa hari sahaja untuk merekrut 'ustazahnya' bagi menjawab isu-isu yang berhubungkait hal-hal agama sehingga menenggelamkan segala ulamak yang ada Malaysia ini. 

Terkini Abby dilaporkan  telah ditegur oleh ulamak muda Umno rentetan penyebaran berita palsu yang tidak tahu hujung pangkalnya, kesimpulannya begitulah sikap anutan Pas kepada pengikutnya, bercanggah dengan parti adalah lebih besar kesalahan daripada bercanggah dengan agama, ini kerana Pas menggunakan kaedah landasan mengutamakan kepentingan politik dalam menghukumkan sesuatu perkara yang berbangkit....Anda Mampu Mengubahnya....

“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” [Al Hujuraat:6]

"Siapa Dia (Fathul Bari) Saya Tak Kenal Dia" - Nik Aziz

KOTA BHARU - “Tidak payah guna surat untuk mengajak saya berbincang isu hudud ini. Siapa dia, saya tidak kenal dia, dia pun tidak kenal saya. Demikian kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung surat rasmi dihantar Pengerusi Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya kepadanya bagi membincangkan isu hudud.

Nik Aziz mempertikaikan tindakan Fathul Bari yang disifatkan lebih gemar membuat bising di akhbar mengenai surat rasmi tersebut.

Beliau berkata, sewajarnya Fathul Bari perlu bersemuka secara terus dengannya sekiranya ikhlas untuk membincangkan isu hudud secara terperinci dan bukannya membuat kecoh dalam media arus perdana itu.

“Kalau dia (Fathul Bari) hendak jumpa saya, dia patut jumpa saya secara seorang tidak payah buat bising dalam surat khabar,” katanya selepas menghadiri Majlis Mesra Aidilfitri, semalam.

Turut hadir, Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Selain itu, Nik Aziz berkata, sehingga kini beliau sendiri belum menerima dan membaca lagi isi kandungan surat rasmi itu.

Semalam, Sinar Harian melaporkan Ilmu telah menghantar surat rasmi untuk bertemu Nik Aziz bagi tujuan membincangkan isu hudud secara serius dan profesional, bukannya bertikam lidah.

Dalam laporan itu, Pengerusinya, Fathul Bari berkata bagaimanapun pihaknya belum mendapat sebarang maklum balas daripada Nik Aziz. - Sinar Harian

Serba tak kena dan macam-macam alasan Nik Aziz, apalah masalahnya Fathul Bari hantar surat terlebih dahulu, bukankah itu yang sepatutnya, sebagai seorang Menteri Besar yang bertanggungjawab sudah pasti mempunyai tugas yang banyak, sebarang pertemuan perlu ada temujanji terlebih dahulu, atau Nik Aziz sentiasa punyai masa dengan ketepatan 'makan gaji buta'.

Buat bising di akhbar pun dijadikan isu, kalau Nik Aziz berada dipihak yang benar, itu semua tidak menjadi permasalahan, nak buat surat ke, nak buat bising ke pedulilah, apa yang penting kebenaran itu perlu dirungkaikan sesama Ulamak,

Janganlah Nik Aziz nak buat payah, Islam itu memudahkan bukan memayahkan, lebih-lebih lagi ia melibatkan isu yang berkait rapat dengan hukum hakam dan perpaduan Islam, semakin lama semakin pecahlah tembelang Nik Aziz, sepatutnya Nik Aziz mengalu-alukan Fathul Bari untuk berbincang dengan beliau bukannya memberi kepelbagaian dalih yang angkuh, begitukah sifat Ulamak yang dikatakan perwaris nabi ??? Anda Mampu Mengubahnya...

Debat Hudud Umno dan Hudud Pas MCA Tidak Akan Terlibat

Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek berpendirian tidak akan terlibat dengan debat antara Umno dan Pas berhubung pelaksanaan hudud di negara ini.

Tegasnya, hudud yang dilaksanakan oleh Pas, adalah hudud Pas dan beliau tidak akan terlibat dengan debat mengenai ‘hudud Umno’ dan ‘hudud Pas’.

“Saya tidak akan bercakap sesuatu yang saya tidak faham, itu adalah perkara yang tidak adil,” katanya.

Beliau juga yakin, di sudut Barisan Nasional, hudud tidak akan dilaksanakan berdasarkan kenyataan jelas Perdana Menteri sebelum ini.

“Kita yakin hudud tidak akan dilaksanakan. Kita hanya tidak yakin Pas dan Pakatan Rakyat,” katanya.

Menurut Soi Lek, dalam forum yang diadakan baru-baru ini bersama Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya , beliau difahamkan, Umno tidak akan laksanakan hudud.

“MCA difahamkan dengan penjelasan lebih jelas bahawa Umno tidak akan laksanakan hudud,” katanya.

Soi Lek berkata, MCA tetap menolak pelaksanaan hukum hudud di negara ini, kerana khuatir ia tidak adil kepada orang bukan Islam.

Beliau mempersoalkan sejauh mana keyakinan Pas dalam memberi jaminan keadilan hukuman kepada orang bukan Islam, sekiranya undang-undang Islam itu dilaksanakan.

“Walaupun, mereka katakan, orang bukan Islam tidak terlibat apabila dilaksanakan hudud, apakah bentuk hukuman sekiranya berlaku jenayah yang dilakukan kumpulan atau pasangan orang bukan Islam dengan orang Islam ?

“Bagaimana sekiranya berlaku kejadian rogol oleh lelaki Islam terhadap wanita bukan Islam. Apa hukuman yang akan dilaksanakan? katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, adakah rakyat boleh hidup dalam situasi sebegini, kerana setiap hari ia akan berterusan menjadi isu.

Katanya, adalah tidak benar, apabila Pas katakan hudud yang akan dilaksanakan mereka, tiada kaitan dengan orang bukan Islam.

“Sekiranya negara ini mengamalkan hudud Pas, kedudukan Malaysia di peringkat antarabangsa akan terjejas, usaha menarik pelaburan luar akan menurun dan akan memberi kesan kepada semua orang, bukan sahaja Islam kerana dari segi hukuman hudud itu, ditakrifkan sebagai melanggar hak asasi manusia,” katanya.

Menurutnya, isu hudud ini bukan dimainkan oleh mana-mana pihak kerana pemimpin Pas sering mengatakan itu adalah perjuangan mereka seperti yang termaktub dalam perlembagaan mereka. (Ayat ini pun mengelirukan)

“Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat secara terbuka menyatakan bahawa, hudud adalah tanggungjawab agama yang ditunaikan bukannya agenda politik.

“Bagaimanapun, orang bukan Islam agak terganggu apabila Nik Aziz mengeluarkan kenyataan tersebut, kerana ia membawa impak yang besar kepada masyarakat, negara dan orang bukan Islam sekiranya dilaksanakan,” katanya. - Sinar Harian.

Fathul Bari Ajak Orang Muda Tolak Pemimpin Taksub 'Ala Syaitan'

SHAH ALAM - Golongan muda perlu menolak pemimpin-pemimpin yang suka mencetuskan huru-hara, menimbulkan propaganda dan persepsi tanpa disokong bukti serta fakta kukuh sehingga menyebabkan fitnah terhadap pihak lain.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, sikap ahli politik yang suka menimbulkan persepsi salah terhadap pihak lain diibaratkan seperti politik 'ala syaitan' yang hanya akan

18SG - Video Ganas Sep Kelate Bertetak 'Kelewe' Di Pasir Pekan

'Bertetok bertakil' adalah rutin berlaku di negeri Kelantan walaupun TV3 atau media arus perdana jarang mendedahkannya. Menjadi budaya kita orang Kelantan yaitu 'heret kelewe' bilamana ada sesuatu hal yang tidak puas hati dengan puak lain dan kita nok tengok sapo lebih gedebe. Pantang tunduk atau mengalah ibarat 'rela mati dikaki' itulah resmi sebahagian besar anak jantan sejati Kelantan.

Biarpun ditadbir oleh Ulamak akan tetapi sifat 'pongoh' masih menebal disanubari orang Kelantan, tiada ertinya hidup kalau maruah dipermain sendakan itulah prinsip sebenar anak Kelantan, cuma beberapa dekad ini 'gedebe' itu telah musnah dan punca utamanya adalah di makan dek DADAH. Jati diri, pegangan dan setiakawan zaman 60an-akhir 90an itu semakin menipis dan sebahagiannya sudah tidak ada lagi.

Pasti ramai anak Kelantan 'berjirik angin bergedik kaki teh-teh' melihat klip rakaman video tersebut sekaligus mengimbau kembali zaman sebelum cerdik dahulu, namun sekarang ini zaman sudah berubah, insan hanya menjadi 'gedebe' sekiranya ia memiliki wang, dan ketamadunan 'kelewe' sudah ditelan zaman. Bagaimanapun rakaman klipvideo dibawah tidak dapat dipastikan punca keberlakuannya yang sebenar, yang pasti Anda Mampu Mengubahnya...
'Bo lawe setagho demo, gomo kelate gomo'
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...