Undi Pas dapat pahala, mudahnyerrr! Menurut
Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, semua yang mengundi Pas
pasti akan mendapat pahala berdalilkan Pas adalah sebuah parti yang
memperjuangkan Islam.
Sejauhmanakah
terpakainya mantik yang diberikan oleh Nik Aziz itu, adakah Pas secara
keseluruhannya itu langsung tidak terpalit dengan dosa ? Berbeza dengan
Islam, sokong Islam dapat pahala adalah paling tepat, oleh
itu adakah Pas itu Islam dan Islam itu Pas ?, kerana Islam itu bersifat
maksum tanpa kesalahan bahkan panduan bagi setiap kehidupan.
Adakah
Pas juga panduan untuk kehidupan ? Surah mana yang menyebut perkataa
Pas ini ? Contoh jelas begini, Nasharuddin Mat Isa boleh dipecat
daripada Pas, namun apakah beliau juga boleh dipecat dari Islam ? Begitu
juga untuk masuk Islam, ianya tidak perlu mendaftar dan membayar yuran
keahlian sebagaimana untuk menyertai Pas, cukup saja dengan mengucap dua kalimah syahadah.
Kalau berkenaan dengan Pas mudah jer nak hukum dapat pahala, kalau ya pun nak kata sokong Pas dapat pahala, cuba istihar dulu harta pemimpin-pemimpin Pas kita tengok macam mana, lepas tu baru boleh tahu sokong Pas ni dapat pahala ke dapat apa. Ada brannnnn ? Anda Mampu Mengubahnya.
