Jika Ulamak terkemuka dunia seperti Dr Zakir Naik mengiktiraf Malaysia sebagai negara Islam diatas kebijaksanaan pentadbiran dengan penyebaran Islam secara intelek iaitu penerapan nilai-nilai Islam kedalam bangsa majoriti Melayu, sudah pasti pengiktirafan itu jujur kerana beliau tidak punyai apa-apa kepentingan sebagaimana Ulamak mulut berus Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Dalam satu forum Dr Zakir menjawab soalan mengenai salah faham tentang Islam yaitu jika Islam agama keamanan, kenapa ia disebarkan dengan pedang, Dr Zakir memulakan bicaranya dengan menjelaskan pengertian Islam, secara ringkas dimana Islam bermaksud mengabdikan atau menyerahkan diri kepada Allah Taala.
"Islam adalah agama yang mahu menyebarkan keamanan ke seluruh dunia, tetapi terdapat beberapa individu yang tidak mahu keamanan didunia demi kepentingan mereka, agar mereka boleh miliki faedah tertentu , demi kepuasan material mereka, dan kita tahu mereka memang wujud".
Sambung Dr Zakir lagi, "dan adakah kamu tahu pada hari ini terdapat 14 juta orang arab yang menjadi penganut agama Kristian koptik, Kristian koptik bermaksud mereka adalah Kristian sejak lahir, jika muslim mahukan, kita boleh tukar agama setiap orang arab pada hujung pedang, namun 14 juta Kristian koptik ini yang berdarah arab adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang"
"Dinegara asal saya, muslim telah memerintah India lebih 1000 tahun, jika kita mahukan, kita boleh tukar agama bukan Islam di penghujung pedang, tapi kita tidak lakukannya, hari ini terdapat 80% kaum India yang bukan Islam, 80% kaum India yang bukan Islam ini adalah saksi bahawa Islam tidak disebarkan melalui pedang"
Seterusnya Dr Zakir memberi contoh penyebaran Islam dengan hikmah dan kebijaksanaan sebagaimana di Indonesia yang sememangnya tekenal kerana punyai populasi tertinggi orang Islam di dunia, namun Malaysia juga turut disebut oleh beliau biarpun Malaysia bukanlah antara 10 negara yang punyai populasi umat Islam tertinggi didunia.
Pasti kita tertanya apa istimewanya negara kita apabila ia dikaitkan dengan Islam ia menjadi sebutan tokoh Islam terkemuka dunia seperti Dr Zakir ini, sedangkan pemerintahnya dikalangan orang-orang Umno yang disifatkan oleh Ulamak nyanyuk sebagai solatnya tidak mendapat pahala.
Sedangkan dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang mempunyai pentadbiran yang baik disamping penyebaran Islam melalui kebijaksanan apabila penerapan nilai-nilai Islam keatas kaum majoriti yaitu Melayu dilihat mencatatkan perkembangan umat Islam yang agak baik.
Begitu juga dengan pandangan Mufti Perancis yang fasih berdialek 'Kelate' Dr. Sheikh Mohamad Abdul Aziz Ghonn, beliau turut mengtakrifkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam, jadi siapalah sangat Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu untuk menafikan Islam yang dibawa dan diperjuangkan oleh Kerajaan Umno BN ini sehingga tergamak mengatakan orang Umno yang mendaulatkan Islam di Malaysia ini solatnya tidak mendapat pahala dan secara tidak langsung turut mengkafirkannya.
Bagaimanapun terpulanglah kepada penilaian anda untuk mempercayai kata-kata Ulamak nyanyuk yang mempunyai kepentingan politik atau Tokoh Ulamak terkenal dunia yang bebas dan berkecuali tanpa ada apa-apa kepentingan. Anda Mampu Mengubahnya.
Calon 'Winnable Candidate' !!! Sebagai rakyat, sekiranya pemimpin berpendirian sebagaimana pemimpin pada rakaman dibawah, mustahil pemimpin itu tidak akan diberi peluang oleh rakyat untuk mewakili mereka, dan pemimpin yang berucap itu juga telah membuktikannya.
Pemimpin yang ingin menjadi pemimpin semata-mata untuk mencari keuntungan peribadi dengan menggunakan parti sebagai platform WAJIB ditolak oleh rakyat supaya memberi pengajaran kepada sesebuah parti itu daripada meletakkan pemimpin yang sedemikian.
Hanya rakyat sahaja yang berkuasa mutlak untuk memilih seseorang pemimpin dan menentukan halatuju negara, tidak ada gunanya mempertahankan seseorang pemimpin yang angkuh dan pentingkan diri sendiri hanya semata-mata kerana ia berada didalam sebuah parti yang kita sokong, kerana sikapnya itu tidak akan membantu rakyat yang diwakilinya melainkan hanya sibuk mengejar projek-projek untuk diri sendiri yang akhirnya menyebabkan rakyat jua yang sakit hati dan merana diri.
Apatah lagi untuk kita memilih pemimpin yang hanya cakapnya berdegar-degar, mengakui dirinya orang beriman yang akan melaksanakan hukum Islam, akan tetapi bila diberi peluang yang tempoh masanya daripada bayi baru dilahirkan sehingga bayi berkenaan dewasa serta layak untuk mengundi, tidak ada satupun hukum Islam yang terlaksana melainkan pemimpin yang mengakui beriman itu semakin kaya, maka adalah WAJIB bagi rakyat menolaknya demi kebaikkan masa depan bersama kerana ia terbukti janji-janji itu hanyalah retorik yang kesannya menyebabkan kemunduran kepada sesebuah negeri itu sendiri.
Firman Allah didalam surah Ar-Ra’d ayat ke 11 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"
Justeru, dalam konteks negeri Kelantan yang umumnya mengetahui dan rakyatnya sendiri merasai, dimana masalah utama seperti ketiadaan bekalan air yang secukupnya, sektor pekerjaan yang terhad, kadar jenayah yang kian meningkat, balak semakin botak, tanah yang dipijak milik orang serta beberapa masalah besar yang lain, maka rakyat Kelantan sudah tidak ada pilihan lain selain perlu mengubah keadaan itu dengan memilih pemimpin yang kerajaannya telah terbukti mampu untuk menyelesaikan masalah-masalah yang membelenggu itu. Anda Mampu Mengubahnya.
Kepada semua pemimpin yang nak jadi calon, pastikan kelayakan itu ada pada anda, kerana rakyat pada hari ini tidak sama seperti rakyat pada zaman dulu...Jangan kerana kebencian rakyat kepada keangkuhan seseorang pemimpin itu membuatkan parti yang diwakilinya rebah menyembah bumi...
Kedudukan sebenar Pas didalam Pakatan Rakyat telah diterjemahkan oleh anaknda kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Mursyidul Am Pas pada perhimpunan hijau yang diadakan baru-baru ini.
Menurut Nik Abduh Nik Aziz, kuasa mentadbir negara ini perlu diberikan kepada yang berhak dan yang mengajak rakyat beriman kepada Allah, orang yang paling berhak dijelaskannya ialah Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Benarkah apa yang dikatakan Nik Abduh itu? Pasti penyokong PR tersentak kerana orang yang disebut-sebut malah sudah dinobatkan bakal Perdana Menteri sekiranya PR berjaya ke Putrajaya adalah Ketua Umum Pkr Datuk Seri Anwar Ibrahim, macammana pula Nik Abduh dan Pas nak merampas kuasa tersebut untuk diberikan kepada Hj Hadi selaku orang yang dikatakan layak.
Maka disitu sudah berlaku pertembungan atau perbezaan pendapat dari mereka, perbezaan ini pula melibatkan perkara yang paling asas didalam sebuah pembentukkan kerajaan, silap percaturan pertelagahan memilih ketua itu akan mendatangkan ketidakstabilan dalam negara, huru-hara bakal tercetus akibat penyokong dua puak ini masing-masing inginkan ketua dari parti mereka itu untuk mengepalai kerajaan.
Parti yang taksub atau eksktrimis tidak memilih siapa untuk dipancungnya, tak kira kawan mahupun lawan...Anda Mampu Mengubahnya....
Biarpun keangkuhan Mursyidul AM Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak dapat diterima oleh sebahagian pentaksub, itu semua tidak menjadikan keangkuhan Nik Aziz terhenti disitu, ini kerana dengan lagak dan gaya Nik Aziz semasa di Melaka pada tahun lalu ternyata ianya tidak disenangi oleh ramai pihak dikalangan ahli dan pemimpinnya sendiri.
Keadaan itu dirakamkan setibanya Nik Aziz di Baitul Qurra Melaka pada Februari tahun lalu yang tidak disambut secara terhormat oleh Pesuruhjaya Pas Negeri Melaka ketika itu Abdul Ghani Abdul Rahman, sebaliknya Abdul Ghani tiba-tiba muncul sewaktu Nik Aziz berjalan menuju ke madrasah Baitul Qurra dan bersikap selamber tanpa menuruti protokol dan kehendak Nik Aziz yaitu mencium tangannya,
Malah Abdul Ghani langsung tidak hiraukan Nik Aziz dengan tidak melayannya sebagaimana layanan kebiasaan yang dibuat oleh pentaksub, memimpin tangan Nik Aziz sebelum melepasnya yang membuatkan Nik Aziz ketika itu terpinga-pinga, hahaha.
Tapi akhirnya semasa Nik Aziz syok dan lena menaiki DAT 55 untuk berangkat pulang, memang sudah dijangkakan Nik Aziz langsung tidak menegur bahkan cermin kereta pun tidak diturunkan ketika mantan Pesuruhjaya Pas itu mendekati kereta yang dinaikinya, dan jika diamati Abdul Ghani sengaja melayan Nik Aziz sedemikian supaya Nik Aziz sedar diri dan tidak terlalu sombong sebelum jawatannya sebagai Pesuruhjaya Pas itu dilucutkan atas sebab keuzuran walaupun beliau masih lagi segar dan bugar jika dibandingkan dengan Nik Aziz. Benarkah Nik Aziz itu angkuh ? Anda Mampu Mengubahnya.
Lelaki berusia 38 tahun ini ada satu sifat dalam dirinya yang bukan sekadar kelakar tetapi pelik sebenarnya.
Sesiapa sahaja yang menyebut perkataan JKK di hadapannya, ia akan diikuti oleh bunyi yang pelik.
Kalau sebut jawatankuasa kampung ke apa tidak ada respon, tapi kalau sebut JKK, pasti ada bunyi pelik yang keluar dari mulutnya.
Mengapa?
Lelaki berkenaan ada memberikan penjelasan mengapa ia berlaku kepada Ustaz Azhar Idrus dalam klip di bawah.
Namun, penulis rasa penjelasan itu belum lengkap. Mungkin ada penjelasan dari segi perubatan kenapa lelaki ini yang dikenali sebagai JKK bertindak demikian.
Suatu yang pasti lelaki itu melatah, cuma tak perlu sentuh tapi sebut aje JKK dia dah melatah.
Apa pun, tindak-balas lelaki itu nampaknya spontan dan mampu membuat sesiapa sahaja ketawa. -Mynewshub.
Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan tidak begitu yakin dengan pembinaan Lebuhraya Rakyat, Kota Bharu - Kuala Krai yang menelan belanja hampir RM1.8 bilion itu, malah menurut beliau untuk melakukan sesuatu perkara hendaklah berdasarkan kepada kemampuan dan turut bersetuju dengan konsep Menteri Besarnya 'kalau tak boleh buat semua jangan ditinggal semua'.
Takiyuddin ketika ditanya, apakah kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan lebuhraya rakyat itu, beliau menjawab, " Kita setakat ini tidak ada pilihan, samada dapat dilaksanakan ataupun tidak, itu bergantung kepada kemampuan kita, kalau tak boleh buat semua kita buat secara berperingkat-peringkat",
Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan keyakinan 'sembrono' Datuk Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, dimana Husam begitu yakin mempolitikkan bahawa pembinaan lebuhraya akan berjaya tanpa bantuan dari kerajaan pusat, Husam dilihat begitu rancak melancarkan beberapa tabung derma untuk pembinaan lebuhraya itu di seluruh negara.
Sindiran Takiyuddin dengan berselindung dibelakang konsep yang diterapkan Nik Aziz yaitu 'kalau tak boleh buat semua jangan ditinggal semua' adalah satu mesej jelas yang perlu difahami oleh Husam, ini kerana projek-projek yang digembar-gemburkan oleh Husam sebelum ini telah terbukti akan ke'retorik'annya apabila Husam dilihat gagal dalam kesemua perancangan pembangunan yang dicadangkannya.
Contoh jelas dan nyata ialah sepertimana pembinaan stadium di Bukit Merbau yang dikatakan akan memulakan pembinaannya sebelum 31 March 2012, hakikatnya stadium itu hanya mampu dibina batu asasnya semata-mata, kalau stadium yang bernilai RM 150 juta gagal untuk dibina masakan lebuhraya yang bernilai RM 1800 juta itu berjaya, tidakkah itu satu formula yang aneh untuk diterima pakai ?
Melihat kepada politik yang dimainkan oleh Husam, ianya sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Kelantan yang berfikiran jauh kehadapan, cara politik Husam bersifat 'main angin' kebudak-budakan itu hanya terpakai kepada pentaksub yang juga kebudak-budakan sahaja, bagi yang dewasa dan matang seperti Takiyuddin sudah pasti tidak dapat menerima politik 'kecep sajo' sepertimana Husam itu...Anda Mampu Mengubahnya...
“Saya yang bersalah, bukan ayah atau keluarga saya. Tolonglah, jangan salahkan kedua ibu bapa saya," kata Muhammad Ammar A Rahman, 19, selepas ayahnya diganggu dengan sistem pesanan ringkas (SMS) berbaur cemuhan akibat perbuatannya yang melondehkan seluar menghina Perdana Menteri semasa malam Ambang Merdeka baru-baru ini.
"Saya menyesal serta saya juga tidak dibayar oleh mana-mana pihak," kata beliau pada satu sidang media di sini, petang ini.
Menceritakan kejadian malam 30 Ogos lalu, Muhammad Ammar berkata, dia langsung tidak merancang ke Dataran Merdeka kerana pada asalnya bercadang untuk pulang ke kampung.
"Saya bertukar fikiran apabila menerima pelawaan rakan," katanya.
"Apa yang saya lakukan adalah semata-mata kerana kesilapan diri sendiri. Saya seperti orang tidak sedar semasa melakukannya, bukan dipengaruhi atau dibayar sesiapa," jelasnya.
Dia juga berkata, segala apa yang dilakukannya pada malam 30 Ogos adalah atas kerelaan sendiri tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
"Saya sedar apa yang saya lakukan ini satu kesilapan. Saya juga berjanji pada diri sendiri, saya tidak akan mengulanginya di masa hadapan,” katanya dengan wajah tenang di hadapan pihak media di rumahnya, di sini.
Menurutnya, dia juga memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya Najib atas perbuatan biadabnya dan jika diberi peluang, dia bersedia bertemu pemimpin negara itu untuk memohon maaf secara peribadi.
Apa sekalipun yang berlaku pasti ada punca dan sebabnya, kenyataan budak itu bahawa "Saya tidak dibayar oleh mana-mana pihak," adalah satu dakwaan yang boleh dipercayai, untuk melakukan perkara sedemikian ia tidak perlu di upah oleh sesiapa.
Sebenarnya hasutan dan fitnah sudah cukup untuk membuatkan seseorang itu bertindak dengan sesuatu tindakan pada luar jangkaan lebih-lebih lagi semasa ianya dipengaruhi alkohol, dadah dsbnya. Sukar untuk diterima bahkan tidak masuk akal sekiranya budak itu dilahirkan untuk berkelakuan demikian ataupun dari kecil lagi dah ada perasaan benci terhadap Perdana Menteri.
Sedangkan perasaan benci itu dipupuk oleh pemimpin pembangkang, serata ceramah fitnah dan hasutan berlegaran diseluruh negara, bagaimana kerajaan begitu lemah sekali untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin pembangkang, kelemahan kerajaan dengan sendirinya menyebabkan rakyat akan mempercayai apa yang difitnah itu, atau apakah ianya tuduhan yang benar dan bukannya fitnah ? ...Anda Mampu Mengubahnya...
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perjuangan memartabatkan Islam yang diperjuangkan oleh UmnoBN di negara ini adalah di landasan yang tepat dan mendapat pujian daripada pemimpin negara-negara Islam lain.
Perdana Menteri berkata, ia tidak seperti Islam yang diperjuangkan pembangkang seperti Pas yang menggunakan Islam terutama hukum hudud semata-mata untuk berkempen semasa musim pilihan raya.
"Mesir kata Malaysia telah menjadi model negara Islam. Percayalah kita di landasan yang betul. Kita janji apa? Kita janji negara maju 2020, Janji Ditepati.
"Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya.
"Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata apa, fajar menyingsing, ayam berkokok kita akan laksanakan hudud. Ayam itu pun dah mati dan tua," katanya.
Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
Kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu yang merupakan lawatan pertama Najib ke Machang.
Beliau turut memuji langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyokong langkah pihak tertentu baru-baru ini yang bertindak biadab ketika mengadakan satu perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara baru-baru ini.
"Ambo ucap terima kasih dan menulis surat pada Nik Aziz atas perkara itu," katanya.
Najib berkata, ia jelas menunjukkan Nik Aziz juga tidak menyokong langkah yang keterlaluan seperti sanggup memijak poster, menunjuk punggung dan membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang seperti itu.
Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, segala kemahuan rakyat negeri ini akan dimasukkan dalam manifesto dan akan memperjuang perkara itu apabila Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum nanti.
"Kita masukkan apa sahaja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti," katanya.
Perdana Menteri juga kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program Umno dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN.
Kehadiran Najib ke Kelantan juga tidak mendatangkan apa-apa masalah dan tidak perlu memecahkan apa-apa cermin untuk menarik rakyat ke program beliau, sokongan padu dari rakyat Kelantan tampak jelas dan keadaan itu juga menyebabkan Najib tidak keberatan untuk kerap ke sini.
( "Calon yang bersih akan memastikan kemenangan BN di Kelantan" )
Sungguh hairan dengan apa yang berlaku sejak mutakhir ini, dimana kita sering didedahkan dengan pengkhianatan terhadap agama, bangsa dan juga tanahair tanpa batasan lagi, sesiapa sahaja bebas untuk melontarkan pandangannya dalam maksud kebebasan bersuara tanpa perlu memikirkan kebebasan orang lain.
Kebebasan yang ingin dibawa oleh Mat Sabu dalam ucapan ceramah beliau ternyata satu kebebasan yang tidak ada langsung padanya erti kesyukuran, beliau dilihat lebih selesa dengan mempertikaikan hak kemerdekaan ini sekaligus menyalahkan pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu kerana telah menuntut kemerdekaan daripada penjajah yang menyebabkan negara ini `merdeka tetapi mundur pada pandangan Mat Sabu.
Menurut Mat Sabu gila, negara kita akan lebih maju sekiranya terus diperintah oleh penjajah, entahlah kemajuan yang bagaimana yang Mat Sabu inginkan, umum tahu kerja Pas ni ialah memperlekehkan apa saja usaha kerajaan dan memperkononkan kepada rakyat bahawa hanya mereka sahajalah yang sempurna, maksum dan syurga.
Adapun demikian keadaannya, adalah sangat tidak wajar sehingga hal kemerdekaan pun turut diperlekehkan, perlukah berpolitik dengan semacam itu, hal agama pun campur, hal merdeka pun campur habis segala hal dipolitikkannya.
Mengajar rakyat supaya kufur dengan nikmat yang dikecapi hari ini bukanlah satu contoh kepimpinan yang baik, ia hanyalah disebabkan untuk mendapatkan keuntungan politik jangka pendek semata-mata, bila rakyat termakan hasutan itu, rakyat akan sentiasa tidak berpuas hati dengan kerajaan dan akan bertindak tanpa memikirkan kesan dan akibat dari tindakannya itu, sedangkan susah payah pengorbanan orang-orang terdahulu untuk generasi hari ini duduk dengan selesa dan aman sudah tidak dikenang lagi.
Oleh itu, jadilah rakyat yang berguna pada hari ini dan hari esok bagi memastikan warisan kemerdekaan itu sentiasa dipelihara agar ia terus kekal untuk terus dinikmati oleh generasi yang akan datang. Ketahuilah, kemerdekaan itu memerlukan perjuangan, dan perjuangan itu kadang-kala mempertaruhkan nyawa, tetapi bila kemerdekaan itu telah dicapai ia hanya perlu dijaga tanpa perlu bersengketa apatah lagi bersenjata. .
Leraikanlah kecelaruan yang timbul itu dan simpulkan ia menjadi tali ikatan persaudaraan kerana hanya dengan itu sahajalah yang akan dapat memastikan apa yang dinikmati hari ini akan kekal untuk selama-lama.. Anda Mampu Mengubahnya...
Sementara itu dalam perkembangan lain, Polis Kuala Lumpur memanggil dua pemimpin kanan Pakatan Rakyat berhubung perhimpunan Janji Demokrasi pada malam sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka pada 30 Ogos.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Aziz Zakaria berkata, kedua-dua mereka Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PKR,Tian Chua lapor Sinchew Daily.
"Jika mereka tidak tampil pada 7 September, polis akan mohon waran tangkap daripada mahkamah," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar harian berbahasa Cina itu.
Turut dipanggil penganjur Maria Chin Abdullah dan Hishamuddin Rais, serta penganjur perhimpunan berbeza pada masa yang sama, Stanley Yong.
Bahayanya umat bila menganuti ajaran agama Pas, mereka akan menjadi golongan pelampau yang merasakan dirinya itu maksum tiada kesalahan dan hanya pendapat mereka sahaja yang betul, orang lain semuanya salah sekiranya berbeza pandangan dengan mereka. Jika ajaran Islam yang sebenar dianuti perkara sedemikian tidak akan berlaku. Malah lebih malang lagi terdapat pihak yang ilmu agamanya tidak seberapa tetapi lantangnya mengalahkan murai di pagi hari.
Merujuk kepada kenyataan balas yang dibuat oleh Abby Abadi terhadap Mantan Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin berhubung Hukum Hudud, dakwaan Abby bahawa Mantan Mufti itu 'mempersoalkan hukum Allah' adalah satu tuduhan yang sangat berat keatas orang Islam, 'mempersoalkan' umumnya memahami mempersoalkan hukum Allah boleh membawa kepada kekafiran, dan siapa Abby Abadi untuk menghukum kafir keatas orang Islam, apakah niat Abby ingin menghukum kafir ? Jika ditanya mestilah Abby menjawab tidak berniat begitu, namun hakikatnya perkataan 'mempersoalkan' boleh membawa makna yang sedemikian, dan tidak timbul soal menghentam atau memaki,
Itulah budaya asuhan Pas, dan begitu juga dengan tuduhan Pas bahawa Umno menghalalkan judi, arak dsbnya, sedangkan menghalalkan apa yang haram itu boleh menjadi kafir, sebab tu lah Abby perlu belajar terlebih dahulu sebelum nak bercakap atau mengutarakan pandangan, ini soal hukum bukan boleh dimain-main.
Seperti contoh orang yang berzina dan orang yang menghalalkan zina, punyai dua maksud yang berbeza, apakah orang yang berzina itu hukumnya kafir sebagaimana orang yang menghalalkan hukum berzina ? menghalalkan zina hukumnya adalah kafir, namun orang yang berzina tidak sampai kepada kafir selain mendapat dosa besar akibat perbuatan zina itu.
Jika melihat kepada laporan akhbar mengenai kenyataan Abby, jelas disitu menunjukkan kejahilan Abby yang melampau bilamana menyebut "apa saja yang tertulis dalam al-Quran dan sunnah tidak boleh dibincang atau dipersoalkan". Tak boleh dipersoalkan tu betullah, tapi kalau tak boleh dibincang memang sesatlah mereka-mereka yang berfikiran demikian. Perlu difahami apa yang tercatat didalam Al-Quran punyai pelbagai maksud yang boleh ditafsirkan bersandarkan kepada ilmu, dan tidak ada siapa yang boleh mengatakan hanya pandangannya sahaja yang betul mengenai apa yang ditafsirkan itu, apatah lagi untuk mengkafirkan pandangan orang lain.
Jangan Abby ingat Al-Quran ni macam skrip yang dihafal untuk berlakon yang hanya mempunyai satu kefahaman didalam membawa sesuatu watak, Al-Quran tidak begitu. Ia perlu dipelajari malah didalami dengan lebih teliti serta mengkaji dan melihat beberapa pandangan Ulamak dalam sesuatu hal yang hendak difahami dan dihukumkan itu, bukannya tengok satu bab jer terus nak hukum atau nak buat pelabelan terhadap seseorang, itu tidak betul dan boleh menyesatkan umat.
Kenyataan Mantan Mufti Perlis ialah “Apakah satu keadilan jika dua orang yang terlibat dengan kecurian, seorang dipotong tangan sedangkan seorang lagi dipenjara kerana berbeza agama?”.
Kerana kejahilan dan ketaksuban Abby dengan Pas sehingga terdetik mengatakan "mengapa dia (Asri) berpelajaran tinggi tetapi mempersoalkannya", kerana detik hati itulah yang telah banyak menyesatkan Abby mengenai ajaran Islam yang sebenar, detik itu nyata datangnya dari syaitan dan bukannya ilham dari malaikat,dan sebab itu juga Abby lebih membenarkan apa yang dikatakan oleh Pas daripada apa yang dinyatakan di dalam Al-Quran.Kembalilah kepangkal jalan.
Suka Gk ingin jelaskan berdasarkan ilmu cetek yang dipelajariberkaitan Hudud untuk merujuk mengenai maksud kenyataan beliau itu, dan kenyataannya itu jauh sekali dari tanggapan yang dibuat Abby bahawa beliau mempersoalkan Hukum Allah melainkan beliau mempersoalkan hukum Pas,
Dimana hukum Pas ? Hukum Pas adalah sepertimana yang Abby fahami bahawa hukum hudud hanya untuk orang Islam sahaja, tidak kepada orang bukan Islam, dalil yang diberikan oleh pemimpin Pas ialah, "kalau nak suruh orang bukan Islam pun kena juga hukum hudud, kenapa tak suruh juga mereka berpuasa, macam mana mana nak suruh ? sebab berpuasa hanya wajib keatas umat Islam dan tidak wajib keatas bukan Islam" dan mereka yang bukan Islam boleh memilih samada mereka inginkan Hukuman Hudud ataupun hukuman sediada, Abby pun kata, "Ishh ya tak ya jugak kan, takkan hukum Islam nak kena juga pada orang bukan Islam".
Bagaimanapun Abby tak faham apa itu hidayah dan apa kaitan hidayah dengan Al-Quran, tujuan apa diturunkan Al-Quran ? dan hukum hudud ni untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah, dan rukun Islam yang didalilkan seperti puasa itu untuk dilaksanakan oleh individu ke atau oleh pemerintah ? Sebab itu juga kita perlu belajar tinggi-tinggi supaya tidak silap menghukum, dan dalam pada mengaji tinggi pun tidaklah maksum dan turut terdedah kepada kesilapan apatah lagi kita yang jahil ini.
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” An-Nisa - 105
Kenapa hukum Hudud tidak wajib kepada orang bukan Islam menurut pandangan Pas ? setengahnya mereka menggunakan dalil didalam Alquran yang menyebut :
“Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah) atau berpalinglah dari mereka dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. al-Maidah - 42
Penafsirkan ayat ini difahami mereka bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka yang sediaada.
Sebaliknya pandangan rata-rata Ulamak membuat tafsiran bahawa Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya memberi pilihan kepada orang kafir, dan Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), dan bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam ataupun berhukum dengan hukum yang sediada (Bukan hukum Islam). ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.
Sekali lagi ingin dijelaskan kesimpulannya bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi pilihan kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum, dan pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat tersebut seperti berikut :-
Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim].
Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran].
Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].
Banyak lagi terdapat hujah-hujah dan dalil yang menjelaskan mengenai perkara itu, namun entah bagaimana tafsiran yang dibuat oleh Pas itu lebih memberi keistimewaan kepada orang bukan Islam untuk membuat pilihan bukannya kepada pemerintah untuk menentukan hukuman atau langsung tidak menghukum mereka...Anda Mampu Mengubahnya...
Perancangan Anwar Ibrahim untuk merampas Putrajaya seharusnya tidak dipandang ringan oleh kerajaan dengan tindakan-tindakan provokasi yang dilakukan oleh Ketua Pembangkang itu sejak mutakhir ini, Anwar dilihat lebih menggunakan strategi menaikkan semangat kebangkitan rakyat diatas ehsan hasil dari provokasi yang sengaja dilakukannya.
Cara jahat Anwar untuk ke Putrajaya itu bakal mencetuskan ketegangan didalam negara , media-media mereka akan memainkan peranan penting untuk mencipta satu situasi yang boleh membakar semangat rakyat, dan jika diperhatikan sekarang ini pun sudah ada beberapa media yang telah memulakannya, dengan menyiarkan tajuk dan penulisan yang semakin berat sebelah.
Kerakusan Anwar semakin menyerlah, dan misi jelajahnya itu akan mencetuskan beberapa lagi aksi panas seperti rakaman video dibawah, seolah-olah Anwar seperti ingin mencari satu titik keadaan yang sesuai dimana situasi yang akan berpihak kepada beliau untuk dicetuskan satu suasana sepertimana yang berlaku di timur tengah.
Keadaan huru-hara seperti negara-negara di timur tengah sedikitpun tidak mustahil untuk berlaku di Malaysia jika kerajaan tidak punyai ketegasan dalam menanganinya, rakyat terutamanya generasi muda akan cepat terpengaruh dengan provokasi jahat yang dicetuskan oleh mereka sebelum lahirnya rasa kasihan kononnya dengan kezaliman yang terpaksa ditanggung oleh puak pembangkang. Anda Mampu Mengubahnya...
Tazkirah Ketua Umum PKR Datuk Seri Ustaz Anwar Ibrahim Di Masjid Seberang Pumpong Alor Setar dilaporkan telah berlaku kekecohan dan lebih ramai rakyat yang menentang daripada yang menyokongnya, kekecohan yang berlaku itu juga disebabkan penduduk sukar untuk menerima seorang yang tidak berakhlak dan menjadikan masjid sebagai tempat untuk menghasut, menyebarkan fitnah serta memecahbelahkan umat Islam.
Mereka yang menyerbu masjid berkenaan rata-ratanya penduduk sekitar termasuk ahli PERKASA, niat mereka supaya Anwar menghentikan tazkirah politik karut marut yang boleh mendatangkan mudarat kepada umat Islam disini.
Penduduk juga turut beranggapan Anwar sengaja mencetuskan provokasi apabila menjadikan masjid sebagai tempat untuk beliau berceramah politik sedangkan padang-padang dan kawasan lapang lain masih banyak,
" Masjid ni bukan hak Anwar atau hak Pakatan Rakyat, ia adalah hak umat Islam tanpa mengira fahaman politik, oleh itu kenapa Anwar perlu menggunakan untuk kepentingan politiknya, apakah dia sengaja nak provok supaya kami marah, kata seorang rakan yang dihubungi petang tadi.
Ustaz Anwar nak tazkirah sembah mayat ke ? ayoyo ini macam manyak losak lohhh !
Anwar bertazkirah bagi mengimarahkan masjid !!!
Penduduk naik bingung apabila Anwar memberitahu untuk menyampaikan tazkirah bagi mengimarahkan masjid, penduduk turut mempersoalkan kitab apa yang Anwar rujuk untuk menyampaikan tazkirah itu, dan bila pula Anwar ni dapat tauliah untuk mengajar dimasjid ni ?
" Kalau orang Pas, macam Nik Aziz ke, kami boleh lagi terima kalau nak bertazkirah pun, ini Anwar yang nak bagi tazkirah, Anwar yang ada dalam video #$@%*& tu...aduhhh.... hilang akal ke apa ? Bila masa pulak Anwar ni belajar kitab ?
Ustaz Anwar nak bertazkirah 'calit' kat masjid ke ?
Nampaknya kesedaran rakyat mengenai siapa Anwar semakin tinggi, dan kalau dilihat, mereka bukanlah menentang berdasarkan parti sangat, tetapi lebih kepada akhlak individu, dan individu yang bernama Anwar Ibrahim tidak akan dapat mereka terima selama-lamanya. Anda mampu Mengubahnya.....
Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang medianya kelmarin telah mula menunjukkan rasa rimas beliau terhadap kebenaran yang dibawa oleh ilmuan-ilmuan muda Umno.
Ianya susulan dari niat baik Fathul Bari atau tidak keterlauan jika digelar sebagai Dr Zakir Naik Malaysia yang mengajak beliau berbincang mengenai Hudud dan masalah umat Islam.
Nik Aziz dilihat cuba menanam persepsi buruk terhadap ulamak-ulamak muda yang mendapat pengajian diluar negara dan turut mendakwa di timur barat itu jugalah lahirnya Nabi-Nabi dan Taghut-Taghut, tidak semestinya yang belajar di timur tengah seperti Ustaz Fathul Bari dan lain-lain itu menerima pengajian Islam yang sebenar, kerana jika balik ke Malaysia dan menentang Pas ia boleh difahami pengajian yang dipelajari itu bukan dari Islam yang sebenar.
Mungkin sukar untuk memahami cara perjuangan Pas, namun cara perjuangan Pas yang sebenarnya adalah melahirkan persepsi buruk terhadap ulamak-ulamak yang menyokong Umno ataupun mufti yang tidak menyokong Pas, mereka akan memperlekehkan ulamak-ulamak ini bagi menaikkan diri mereka sendiri dalam pembentukkan assobiyah penyokong-penyokong Pas yang sedikit demi sedikit akan turut diterima oleh golongan berkecuali.
Boleh lihat, Ulamak Umno yang mana dilihat baik oleh Pas ? semuanya buruk, bahkan mufti yang neutral pun turut dilabel sebagai 'anjing kerajaan', doktrin perlekehan terhadap ulamak yang tidak menyokong Pas ini perlu ditentang sebelum seorang ulamak itu terus tenggelam, sejarah telah membuktikan ramai yang sudah terikut-ikut dengan doktrin yang dibawa oleh Khawarij ini dan ulamak terus tersisih.
Fathul Bari adalah seorang Ulamak yang berkaliber yang sangat-sangat digeruni oleh Pas, biarpun beliau pernah diperangkap dengan isu 'solek', itu bukanlah satu isu yang besar untuk diketengahkan, kelemahan yang tidak disengajakan itu adalah milik setiap hamba, tidak ada yang maksum, namun dibaliknya punyai kejujuran yang belum tentu ada pada setiap hamba.
Kelantangan berilmu yang ada pada ulamak muda itu sewajarnya kerap untuk ditonjolkan dan didedahkan kepada rakyat Kelantan khasnya, kepimpinan BN Kelantan perlu aturkan program-program berbentuk forum supaya penjelasan mengenai Islam yang sebenar dapat disampaikan terus kepada rakyat, kebenaran ilmu Islam yang ada pada beliau tidak akan mampu untuk dinafikan oleh pemimpin-pemimpin Pas yang berilmu mantik songsang.
Sekiranya beliau dapat dihadirkan berforum ke Kelantan secara kerap, maka Gk yakin perubahan besar akan berlaku di Kelantan, dan istilah 'bagi duit ambil', 'bagi gula kacau', 'bagi kain pakai', akan tidak terpakai lagi setelah bagi ulamak muda diterima akan kebenarannya...Anda Mampu Mengubahnya...
Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dalam ceramahnya mendakwa, semasa Allahyarham Tun Ghafar Baba sakit tenat di rumahnya, beliau menghabiskan kira-kira dua jam berbual dan bertukar-tukar pandangan tentang sejarah perjuangan beliau dan isu-isu politik semasa, selain itu, tambah Mat Sabu lagi, Tun Ghafar juga turut berpesan kepada beliau,
"Mat, engkau kena lawan Umno sungguh-sungguh, Umno dah teruk, "Umno ini ibarat gajah, badannya besar tetapi kaki plastik"
Bagaimanapun dakwaan Mat Sabu itu disahkan bohong oleh anak Allahyarham sendiri yaitu Datin Zainon Ghafar dan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Mat Sabu yang kononnya pernah datang melawat Allahyarham.
Bukan setakat pembohongan itu sahaja yang dilakukan oleh Mat Sabu, malah beliau turut mengandaikan bahawa jika Tun Ghafar masih hidup, beliau juga akan menyertai Pas sepertimana anaknya Tamrin.
Bagaimanapun andaian terdesak yang memandai-mandai dari Mat Sabu itu disifatkan sebagai satu penghinaan kepada keluarga Tun Ghafar, dan ianya disuarakan oleh ahli keluarga Allahyarham sendiri termasuk menantunya Datuk Ahmad Hamzah dengan meminta Mat Sabu menarik balik kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.
Hamzah yang juga merupakan Ahli Parlimen Jasin berkata, beliau dan keluarga cukup sedih dengan kenyataan itu dan menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.
“Saya mewakili keluarga sedih dengan kenyataan dibuat Timbalan Presiden Pas itu dalam ceramahnya pada Ramadan lalu. Kita mahu beliau menarik balik kenyataan yang telah mengguris hati kami semua.
“Saya yakin, sekiranya Tun Ghafar masih hidup, beliau tidak akan sama sekali menyertai perjuangan Pas yang tidak relevan dan tidak menguntungkan perjuangan bangsa,” katanya kepada media di sini, semalam.
Sementara itu, ketika ditanya tentang kemasukan Tamrin ke dalam Pas, Zainon berkata, mereka sekeluarga tidak nampak apa yang menyebabkan abangnya itu berbuat demikian.
“Saya rasa lebih baik tanya tuan punya diri sendiri.Hanya dia dengan ALLAH sahaja tahu tujuan sebenar,” katanya.
Soal Ustaz Nasha bersama Najib di Makkah dan bertindak sebagai penterjemah hanya menzahirkan betapa Umno ketandusan ulama.
Tiada orang lainkah dalam Umno? Sama ada ia sandiwara atau sebaliknya, kita tidak perlu memikirkannya. Kalau Ustaz Nasha hendak berumrah bersama Rosmah pun tidak menjadi masalah bagi saya.
Hanya yang menjadi pertikaian ialah kenyataan beliau berhubung Pas agar perlu keluar dari PR dan bagaimana Pas tunduk pada DAP.
Lagu dan irama lama, didendangkan kembali untuk menutup peristiwa pergolakan di Sabah. Kalau benar beliau ikhlas, mengapa tidak dibawanya ke dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dan Pas Pusat? Sebaliknya mendiamkan diri seribu bahasa sambil bergendang di luar di dalam pangkuan Umno/BN.
Bukan lagi menjadai satu rahsia bahawa beliau sudah lama tidak bersama Pas dari segi semangatnya. Semenjak terlibat dalam perundingan Pas Umno pasca-PRU 2008 beliau kelihatan berbeza.
Mungkinkah ada umpan yang terkena dan tidak dapat dilupai rasanyakah? Bertambah pula dengan kekalahannya dalam pertandingan mempertahankan jawatan Timbalan Presiden yang digambarkan oleh wartawan ‘The Star’ sebagai kali pertama melihat beliau kehilangan senyuman yang bagaikan sentiasa terpahat di bibirnya, sehingga menurutnya lagi terus tidak hadir pada hari terakhir muktamar Pas pada tahun itu.
Pendedahan Pas Kelantan bahawa beliau tidak lagi disenaraikan sebagai calon sudah pasti diketahui lebih awal oleh dirinya sendiri.
Masa depannya bersama Pas seolah-olah semakin malap dan jalan permaidani merah yang biasa dilaluinya sudah tidak lagi kelihatan.
Maka oleh itu tidak mustahil beliau mencari pilihan yang lain bagi diri dan masa depannya. Mungkin sepertimana Hassan Ali, beliau menganggap dirinya tidak lagi dihargai Pas dan sebaliknya lebih dihargai pihak sebelah sana.
Dalam pada itu, pertelingkahan beliau dengan Karpal pula boleh dianggap agak melucukan. Dituduhnya Karpal ‘anti-Islam’ kerana menolak Hudud! Wooooit! Hudud ditolak oleh Karpal seorang sahajakah?
Untuk makluman semua, Umno/BN sudah lama menolak hudud dan itulah sebabnya ia tidak dilaksanakan di negara kita! Mengapa pula tidak diistihar Umno/BN sebagai anti-Islam? Kerana mungkin itu tidak menepati ‘game-plan’ Umno/BN?
Orang bukan Islam menolak hudud, malahan agama Islam itu sendiri, adalah perkara biasa. Nama pun bukan Islam. Tetapi persoalannya, mengapakah Umno yang mengaku Islam menolak? Tidakkah sepatutnya beliau mengistiharkan yang di sebelahnya dalam gambar di Mekah itu sebagai anti-Islam terlebih dahulu sekiranya penolakan hudud adalah hujjah untuk mengisytiharkan seseorang itu anti-Islam!
- Demikianlah kata-kata pejuang Islam yang didambakan oleh penyokong Pas, melemparkan persepsi negatif terhadap individu yang menjadi liabiliti kepada cita-cita mereka adalah perkara biasa yang sudah termaktub didalam perancangan IRC, cara dan strategi yang mereka gunakan adalah terancang.
Jika dilihat pada susunan strategi pemimpin dari IRC untuk menguasai Pas ianya memang hebat, dan strategi mereka itu terbukti dengan tindak tanduk mereka yang bertepatan dengan apa yang telah dirancang, mungkin pendedahan yang lebih detail mengenai strategi kumpulan ini akan dibongkar sedikit masa lagi...Anda Mampu Mengubahnya....
Apa yang anda fikir sekiranya melihat satu hukuman sepertimana yang dirakamkan didalam video tersebut ? Kedengaran takbir selepas hukuman dijalankan, namun tidak pasti hukuman itu adalah hukum Islam atau sebaliknya, kerana menurut laporan, tertuduh wanita itu melakukan kesalahan zina, apakah kesalahan zina hukumnya ditembak mati ?
Memetik dari laman blog Chedet, akhbar melaporkan seorang wanita Afghan ditembak mati kerana didapati bersalah dengan kesalahan berzina.
Ia telah dibicara satu jam dan dihukum bunuh. Dengan serta merta ia dibawa keluar, duduk ditepi longkang dengan memberi belakang kepada pembunuhnya.
Pembunuh bersenjata senapang mesingan menembaknya berkali-kali dengan dilihat oleh ramai lelaki yang bertepuk sorak perlakuan pembunuhan itu.
Badan wanita itu terguling selepas ditembak. Semua kejadian ini dirakam dengan video, termasuk bacaan Quran sebelum tembakan kononnya berkenaan jenayah zina. Tidak disebut nasib lelaki yang berzina dengannya.
Saya hanya ingin menarik perhatian kepada peristiwa ini. Saya ingin dengar komen pelawat ke blog saya. - Chedet
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa parti itu akan meneruskan niat mereka melaksanakan hukum hudud namun menjelaskan bahawa tindakan itu akan dilakukan mengikut "proses demokrasi".
Tambahnya, DAP juga berhak untuk tidak bersetuju dengan rancangan tersebut, namun hasrat tersebut akan tetap diteruskan Pas.
"Isu hudud isu semua tak kira Umno atau Pas. Pas akan tetap meneruskan niat untuk melaksanakan hudud melalui proses demokrasi.
"Kalau DAP tak mahu terima (hudud), tak apa. Sebab itu Allah menurunkan surah Al-Maidah yang mana pada ketika itu, orang Yahudi dan kafir tidak menyokong Islam dan Allah turunkan ayat itu.
"(Pengerusi DAP) Karpal (Singh) tak setuju dia ada hak. Dan itulah demokrasi. Kita sokong demokrasi. Tetapi Pas tidak akan berhenti. Hudud merupakan kewajipan orang Islam," katanya lagi.
Hj Hadi pun nampaknya tenat sangat dah nak berbohong, macam-macam diputar belit olehnya, tekanan yang diterima dari parasit menyebabkan Hj Hadi berada dalam dilema antara agama dan parti, pada rakaman video dibawah beliau menyindir parasit supaya tidak mendahului Imam, dan membuat contoh seperti dalam solat berjemaah yang ada adab-adabnya, antaranya makmum tidak boleh mendahului Imam, sindirannya itu disebabkan keputusan beliau sebagai Presiden tidak lagi dihormati, malah ada yang membuat keputusan sendiri dengan mendahului beliau sebagai Presiden.
Penglibatan parasit dari IRC didalam Pas turut diperjelaskan oleh Ustaz Fadli Ghani, Pengarah Jabatan Arkib Pas Pusat semasa Ijtimak Tarbawi tahun lalu, dan beliau agak lebih condong kepada kerjasama Pas dan Umno daripada kerjasama dengan DAP.
Bagaimanapun pengaruh IRC didalam Pas begitu kuat, sukar untuk Pas membuat pendiriannya sendiri berasaskan matlamat perjuangan asal Pas, sebaliknya terpaksa akur dengan kehendak parasit dari IRC yang semakin berjaya men'sekular'kan Pas, kesedaran mengenai hal ini perlu diperluaskan kepada rakyat agar rakyat faham kedudukan yang sebenar, pas hanya tinggal nama, roh perjuangannya yang asal telah dicabut parasit.. Anda Mampu Mengubahnya..
Jika hari ini ubah teks khutbah, namun tidak mustahil sedikit masa lagi Al-Quran pun turut akan diubah demi mencapai maksud politik dikalangan parti tertentu yang sememangnya dikenali dengan kesesatannya dari dulu lagi.
Bulan Syawal yang sepatutnya dimanfaatkan oleh umat Islam dengan bermaaf-maafan tidak lagi berlaku di Kelantan bilamana mimbar yang sepatutnya digunakan untuk menyatupadukan umat Islam dijadikan medan menghasut dan melemparkan persepsi negatif terhadap pemerintah Islam demi kepentingan politik dan kerakusan kuasa oleh Pas.
Mood raya berubah dengan tertitiknya nista persengketaan, berpolitik tidak bertempat hanya akan mencetuskan permusuhan dikalangan umat, berpolitik ni perlu ada masanya, jika dalam satu keluarga punyai fahaman politik yang berbeza, dan sepanjang masa bertegang urat membincangkan hal-hal politik tanpa sedikitpun memberi ruang pada perbincangan diluar konteks politik, maka hancurlah keluarga itu. Hal ini samalah juga seperti sebuah negeri mahupun negara,
Jika perkara sama diambil kesempatan oleh kerajaan BN bagaimana agaknya ? Rakyat Kelantan Wajib menolak politik karut seperti ini, Masjid digunakan untuk memecahbelahkan umat Islam, kalau program parti boleh diterima lagi, ini ibadat umat Islam, kenapa dicampuri politik persengketaan ? ia satu hal yang sangat tidak wajar dan perlu diambil tindakan tegas.
Memetik kenyataan Adun Pas Air Lanas, Abdullah Ya’kob mendakwa khutbah tersebut disampaikan khatib jemputan atau imam menyentuh isu semasa yang berlaku dalam kehidupan seharian.
“Biar pun ada teks disediakan pihak Maik, namun tidak menjadi halangan bagi mereka menokok tambah supaya lebih menarik dan segar,”
“Kalau ada khutbah menyentuh sikap pemimpin tertentu yang flop flip dalam isu royalti, ia tidak boleh dinafikan lagi kerana ia benar-benar berlaku.
“Ada pemimpin yang sebelum ini bermati-matian membuat kenyataan perairan Kelantan tidak terbabit dengan carigali minyak dan gas.
“Namun sekarang cuba digambarkan seolah-olah dia pula yang menjadi juara bagi mendapatkan hak ke atas royalti petroleum. Apakah jenis pemimpin macam ini. Mereka kelihatan begitu panik sekarang,”
Kata beliau, rakyat sudah muak dengan lagak pemimpin seperti itu, dan tidak menjadi kesalahan bagi mereka untuk menterjemahkan dalam khutbah Aidilfitri atau mana-mana ucapan.
Itulah dalil yang dibuat oleh pemimpin Pas yang berkemungkinan dijamin masuk syurga apabila mengcampuri urusan nyata Allah Taala dengan perkara yang masih berada dalam kesamaran, mengarahkan Imam berkhutbah menghentam seseorang pemimpin diatas perkara yang samar adalah satu perbuatan yang sangat keji dan dimurkai oleh Allah Taala. Jangan Imam-Imam Pas melihat Pas begitu suci dan diredhai oleh Allah dan sewenang-wenangnya menggunakan hak Allah untuk kepentingan politik, sedangkan Pas begitu keji sepertimana yang dizahirkan oleh muslimah Pas pada klipvideo dibawah.
Seperti yang semua maklum isu royalti ini masih dalam perbicaraan mahkamah sebelum kerajaan pusat memutuskan supaya satu jawatankuasa khas ditubuhkan bagi membincangkan isu tersebut, dan Datuk Seri Mustapa Mohamed tidak pernah menggelarkan dirinya sebagai pejuang royalti mahupun Oily Warrior, keadaan yang timbul itu hanyalah satu perencanaan licik untuk mengenakan beliau dengan menobatkan beliau sebagai 'Oily Warrior' oleh individu tertentu tanpa memikirkan kesannya.
Disebabkan isu royalti ini sudah menjadi isu politik yang berjaya diputar belitkan pembangkang, berkemungkinan Tok Pa mengambil pendekatan mencadangkan perkara ini (Jawatankuasa khas) kepada YAB Perdana Menteri supaya kajian dan penelitian dibuat untuk menyelesaikan isu tersebut, namun niat baiknya itu dimanfaatkan sebilangan orang sehingga ia disalah tafsir dan Tok Pa terpaksa menerima akibatnya, tapi tidak mengapa, disisi Allah lain pula nilainya.
Jika 'Ustaz Budak' mengatakan Nik Aziz itu Nabi atau sama macam Nabi, adakah Nik Aziz yang salah ? dan jika Tok Pa disebut atau diangkat sebagai 'Oily Warrior', adakah Tok Pa yang salah ? Memahami konteks tersebut maka adalah satu perkara yang bertentangan disisi Islam jika teks khutbah Aidilfitri ditokok tambah dengan memburukkan beliau selaku seorang pemimpin yang bersih dan tidak pernah sekalipun dikaitkan dengan apa-apa skandal rasuah atau penyelewengan dan kemaksiatan terhadap batang tubuhnya.
Pemimpin Pas harus segera bertaubat, jangan lagi menggunakan hak hamba kepada Tuhannya itu sebagai satu medan untuk mendapat keuntungan politik, kalau Pas betul-betul suci dan bersih bolehlah tahan, ini Pas langsung tak layak lagi untuk memperlihatkan seolah-olah Islam ini milik mereka dan mereka sewenang-wenangnya boleh menggunakan apa sahaja milik Islam. Anda Mampu Mengubahnya....
Hudud yang pernah dijanjikan Pas untuk dilaksanakan semasa kempen pilihanraya di Kelantan sekiranya Pas diberi peluang mentadbir negeri itu awal tahun 90an dahulu sehingga hari ini masih belum tertegak, bahkan draf dan persediaan mengenai perlaksanaannya pun tidak ada sebarang petanda positif kearah itu.
Menurut Tuan Hj Zainal Abidin yang juga seorang Ulamak dari Pas ketika ditemui bagi menjawab berhubung isu fitnah yang ditaburkan keatas beliau oleh Adun Pas turut mengakui bahawa Pas sudah jauh tersasar dari landasan perjuangannya yang sebenar tidak sebagaimana matlamat asal penubuhannya.
Dakwaan Adun Pas yang beliau dipergunakan oleh Umno untuk tujuan politik lantang disanggah beliau sebaliknya menjelaskan beliau yang mempergunakan Umno bagi tujuan menegakkan Islam dengan menjadikan Umno sebagai platform untuk beliau menyampaikan ceramah-ceramah agama dan penjelasan mengenai isu-isu yang telah diputar belit oleh pemimpin Pas.
Tambah beliau, sekiranya benar Pas bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Hudud apakah persediaan yang telah dibuat oleh Pas selama mentadbir Negeri Kelantan, apa yang beliau nampak tidak ada satu pun persediaan secara praktikal selain hanya dari dahulu hingga sekarang pemimpin Pas siang dan malam kecoh berceramah menabur fitnah dan janji yang bersifat 'Pelawok' ataupun bohong.
Diatas kesedaran beliau selama 22 tahun mengenai perjuangan sebenar Pas, beliau bangkit untuk melawan Pas dan menjalinkan kerjasama dengan Umno demi menyelamatkan Pas dan penyokongnya dari terus ditipu dan disesatkan, jika dahulu Pas menuduh Umno kafir disebabkan kerjasama dengan MCA bagaimanapula kerjasama Pas dengan DAP pada hari ini. Katanya.
Beliau juga membangkitkan mengenai persekongkolan Pas dengan Ambiga yang jelas ingin menyebarkan ajaran karut diluar konteks agama yaitu seks bebas serta amalan-amalan songsang yang lain, dan mengapa Ambiga lebih mesra dengan Pas atau PR berbanding UmnoBN, apakah Ambiga merasakan jalannya lebih mudah untuk mencapai matlamatnya (seks bebas) jika PR berjaya menguasai kerajaan ?
Dengan segala penjelasan dan fakta hujah yang diberikan oleh Tuan Hj Zainal itu mengenai perjuangan Pas maka menjadi hak setiap individu untuk berfikir jalan mana yang dirasakan ianya diredhai oleh Allah,
Contoh mudah dapat kita ambil sebagaimana orang yang hendak mengerjakan ibadat haji, jika benar ia bersungguh untuk pergi menunaikan haji maka sudah tentu persediaan awal akan dibuat, segala kelengkapan itu akan dibeli selain turut menghadiri kursus-kursus ibadat haji yang dianjurkan.
Namun berbeza dengan Pas, rotan yang harganya tak sampai Rm100 pun belum dibeli dalam persediaannya melaksanakan Hudud, apakata kalau terlebih dahulu Pas beli rotan tersebut bagi membuktikan kesungguhan Pas sekaligus menafikan kebaculan Pas terhadap Karpal Singh dan DAP. Terlampau sangat belit pasti ia akan terbelit dan pembelitan itu akan dibalas oleh rakyat terutamanya rakyat Kelantan pada PRU 13 nanti. Anda Mampu Mengubahnya...
( Dulu Nik Aziz kata " Jika Pas menang, Hudud akan dilaksanakan sebelum ayam berkokok " Kini Anwar kata "Hari ini menang esok kita turun harga minyak" Rakyat kata ".............")