Showing posts with label kotabharu. Show all posts
Showing posts with label kotabharu. Show all posts

Najib : Sebelum Ayam Berkokok Hj Hadi Kata Akan Laksanakan Hudud, Ayam Itu Pun Dah Mati !

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan perjuangan memartabatkan Islam yang diperjuangkan oleh UmnoBN di negara ini  adalah di landasan yang tepat dan mendapat pujian daripada pemimpin negara-negara Islam lain.

Perdana Menteri berkata, ia tidak seperti Islam yang diperjuangkan pembangkang seperti Pas yang menggunakan Islam terutama hukum hudud semata-mata untuk berkempen semasa musim pilihan raya.

"Mesir kata Malaysia telah menjadi model negara Islam. Percayalah kita di landasan yang betul. Kita janji apa? Kita janji negara maju 2020, Janji Ditepati.

"Ambo (saya) ingin melihat angin perubahan di Kelantan. Islam sebagai satu model. Kita juga bawa perjuangan Islam, kita tidak mahu Islam yang mana hudud dijual sebagai model pilihan raya.

"Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang) kata apa, fajar menyingsing, ayam berkokok kita akan laksanakan hudud. Ayam itu pun dah mati dan tua," katanya.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Ketua Umno Bahagian Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Kira-kira 30,000 rakyat berbilang kaum hadir pada majlis itu yang merupakan lawatan pertama Najib ke Machang.

Beliau turut memuji langkah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang tidak menyokong langkah pihak tertentu baru-baru ini yang bertindak biadab ketika mengadakan satu perhimpunan yang disokong pembangkang di ibu negara baru-baru ini.

"Ambo ucap terima kasih dan menulis surat pada Nik Aziz atas perkara itu," katanya.

Najib berkata, ia jelas menunjukkan Nik Aziz juga tidak menyokong langkah yang keterlaluan seperti sanggup memijak poster, menunjuk punggung dan membawa bendera baharu bagi menggantikan Jalur Gemilang seperti itu.

Mengulas mengenai Kelantan, Najib berkata, segala kemahuan rakyat negeri ini akan dimasukkan dalam manifesto dan akan memperjuang perkara itu apabila Barisan Nasional menang pada pilihan raya umum nanti.

"Kita masukkan apa sahaja yang rakyat Kelantan mahukan dan kita akan pastikan perkara itu satu janji yang ditepati apabila BN memerintah nanti," katanya.

Perdana Menteri juga kagum dengan semangat rakyat beberapa negeri terhadap sambutan program Umno dan BN yang menunjukkan rakyat memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi terhadap BN.

Kehadiran Najib ke Kelantan juga tidak mendatangkan apa-apa masalah dan tidak perlu memecahkan apa-apa cermin untuk menarik rakyat ke program beliau, sokongan padu dari rakyat Kelantan tampak jelas dan keadaan itu juga menyebabkan Najib tidak keberatan untuk kerap ke sini. 

( "Calon yang bersih akan memastikan kemenangan BN di Kelantan" )

Nik Aziz Marah : Pijak Gambar PM Bukan Kerja Orang Islam

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyifatkan tindakan segelintir pihak memijak gambar pemimpin negara pada malam sambutan ambang merdeka di Kuala Lumpur Khamis lepas sebagai amat memalukan dan mendukacitakan.

Beliau berkata tindakan itu langsung tidak mencermin serta melambangkan sikap masyarakat yang bertamadun saling hormat menghormati diantara satu sama lain.

"Kerja ini bukan kerja orang Melayu dan orang Islam. Orang Islam pun tidak, orang Melayu pun tidak.

"Ini sangat mendukacitakan dan memalukan, gambar yang saya tengok itu bukan Melayu (yang melakukannya).

"Kita orang Islam diajar jangan buat kepada orang lain. Kalau orang lain buat kepada kita, (maka) kita akan marah,"

Beliau mengulas tindakan biadab sebilangan peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada malam sambutan itu di Dataran Merdeka.

Nik Aziz juga tidak bersetuju dengan tindakan peserta perhimpunan itu yang dikatakan menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera baru berwarna merah putih seakan-akan bendera Singapura.

Menurut laporan, parti pembangkang akan menggantikan Jalur Gemilang jika mereka berkuasa.

Nik Aziz berkata bukan perkara mudah untuk menukar bendera sesebuah negara kerana melibatkan pelbagai prosedur sebelum boleh ditukar.

"Nak ganti bukan senang, kena bincang bertahun, apa tujuan kita tukar bendera...bendera kita sudah diterima masyarakat dunia, tidak ada cacatnya," kata beliau.

- Alhamdulillah kalau Nik Aziz masih sedar, Anwar pula bagaimana ?, perlu pihak penganjur atau pembangkang memohon maaf pada YAB Perdana Menteri dan isterinya diatas kebiadapan yang telah dilakukan oleh penyokong fahaman mereka.
Pak serabai ni bila nak minta maaf ? bila usia rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari, bawa bertaubatlah wahai Pak Samad ketika mana masih ada lagi sekelumit hormat rakyat Malaysia kepada anda ?

Jaga Bas Pun Tak Boleh Harap ! Anwar Jangan Berangan Nak Ke Putrajaya

Seandainya sebuah bas tidak mampu untuk ditadbir dengan selamatnya, bagaimana Anwar hendak mentadbir sebuah negara ? Kelemahan tampak jelas diatas apa yang telah berlaku kepada bas tersebut, petanda buruk yang berlaku itu mungkin boleh diambil iktibar darinya.

Kalau dengar Anwar berkokok, sepertinya beliau seorang yang hebat, 'Hari ini menang, esok diturunkan harga minyak',  PTPTN pun nak dimansuhkan, dan segala macam janji manis yang ditaburkan, nampaknya semua itu hanyalah retorik semata-mata dan sudah menjadi lumrah pembangkang untuk membangkang apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan.

Dalam konteks mentadbir sebuah bas ini, sepatutnya Anwar perlu membuktikan kemampuannya, umum mengetahui Pas mempunyai 'Unit Amal', dan bas pula satu pengangkutan penting untuk menjayakan misi jelajahnya, oleh itu bantuan dari Unit Amal Pas boleh digunakan bagi mengawal keselamatan Bas tersebut:

1.) 3-5 orang Unit Amal atau sukarelawan
2.) Bas di parking pada kedudukan yang sesuai dan strategik bagi memudahkan unit amal untuk bertindak dalam  menghadapi sebarang kemungkinan.

Hanya dua cara itupun sudah cukup bagi memastikan segalanya berjalan dengan lancar sekaligus boleh membuktikan kecekapan beliau didalam membuat apa-apa pengurusan. Tapi yang berlaku adalah sebaliknya, namun setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya, jadikan hikmah itu sebagai landasan fikir untuk menapis segala janji yang telah diliwati untuk segarkan angin angannya.. Anda Mampu Mengubahnya...

"Atau wayang opera apakah yang sedang dimainkan Anwar"

MP Pas Dan Gobala Nafi Tuduhan PKR, Cermin Bas, Pintu Hotel Dan Temberang Hampir Pecah

Ahli Parlimen Pas kawasan Kota Bharu Datuk Wan Rahim Wan Abdullah ketika ditanya oleh beberapa rakyat Kelantan menerusi Facebook berkaitan kelulusan tanah di Gua Musang oleh Kerajaan Kelantan kepada bekas Ahli Parlimen PKR Padang Serai N.Gobalakrishnan sepertimana yang didakwa oleh PKR sebelum ini memberi tiga jawapan yang boleh diibaratkan 'Ditelan mati anak, di 'kehek' (dibuang) mati emak' sebagaimana lampiran dibawah.



Apakah benar dakwaan PKR itu ? 
Pajakan yang bagaimana atau dengan siapa jika wujudnya orang ke tiga ? 
Berapa lama pajakan tersebut, 99 atau 999 tahun dsbnya?
Kenapa isu ini seperti disorok dari pengetahuan rakyat Kelantan yang percaya undi Pas dapat pahala ?

Bagaimanapun, Gobalakrishnan menafikan menerima wang berjumlah RM1.4 juta seperti yang didakwa Saifuddin. Malah beliau turut bersedia disiasat oleh pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan.

"Saya sedia untuk disiasat pada bila-bila masa. Saya tidak pernah menerima apa-apa bayaran berjumlah RM1.4 juta daripada mana-mana pihak seperti yang dikatakan mereka.

"Anda boleh periksa tandatangan saya, malah saya tak ada tunaikan apa-apa cek lagi pada tahun ini," katanya.

Menurutnya lagi, syarikat Embun Megah Sdn Bhd yang dimaksudkan Saifuddin bukan miliknya.

"Syarikat itu bukan milik saya, sebaliknya keluarga saya mempunyai kepentingan di dalamnya, bukan saya," katanya.

Bagaimana status isu tersebut ? Apakah ianya sekadar fitnah dari PKR atau pembohongan Pas kepada rakyat Kelantan ? Isu ini perlu dijelaskan bagi membuktikan dakwaan yang pernah dibuat itu,

Adakah dakwaan cermin bas pecah dan pintu bilik hotel tempat penginapan  Anwar Ibrahim yang dikatakan cuba diceroboh itu juga hanyalah dongengan yang akan berlalu pergi seperti isu ini dan isu disuntik racun 'arsenik' !. Sama-sama kita nantikan terbongkarnya usaha pakatan-pakatan jahat dan agendanya yang rakuskan kuasa sehingga sanggup menggadaikan bangsa dan menghancurkan negara ? Anda Mampu Mengubanya.....

Anwar Terselamat Dari Cubaan Meliwat Apabila Pintu Bilik Hotel Gagal Dipecahkan Suspek

KOTA BHARU - Keadaan tidak selamat berada di Kelantan dizahirkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa berlakunya beberapa insiden buruk menimpa beliau setiap kali berada dinegeri itu, selain bas yang digunakan beliau bersama gerombolannya  disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi tadi, bilik hotel penginapannya juga didakwa cuba 'diceroboh' pihak tertentu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas,"

Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan. Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini.

Apapun yang berlaku itu kita andaikan ianya benar berlaku, mungkin cubaan pihak tertentu ingin memecah masuk ke bilik hotel itu bertujuan meliwat Anwar kerana dikatakan beliau amat gemar dengan adegan liwat meliwat.

Bagaimanapun dalam hal ini pihak Polis perlu bertindak dan membuktikan bahawa selain dari membanteras jenayah terhadap rakyat yang sememangnya sudah terbukti, PDRM yang dibayar gaji itu juga perlu mengambil tindakan yang sama dalam kes ini bagi memastikan keselamatan Abang 'War'  selamat sentiasa.

Memanglah jika diikutkan dengan karenah Abang 'War' ini tentunya pihak PDRM tidak terlayan, banyak sangat songehnya, dulupun dia kata kena suntik dengan racun 'Mek Senik' atau sejenis racun tikus munduk yang kuat menipu, namun sehingga hari ini masih lagi sihat walafiat, tapi untuk kes ini PDRM sila pastikan penjenayah yang nak meliwat Anwar itu tertangkap dan diserahkan kepada Anwar bagi Anwar melaksanakan hukuman sama seperti yang telah dilakukannya sebelum ini.

Usaha memburukkan PDRM dengan memberi persepsi seolah-olah PDRM tak buat kerja itu perlu diberi perhatian yang serius, lebih-lebih lagi ianya tercuit kait dengan satu berita Sinar Harian yang bertajuk "Najib: BN perlu 'sekatan politik' lawan Road To Putarajaya Pakatan" yang legarannya seiiring dengan apa yang ditimbulkan oleh Anwar,

Sehubungan dengan itu PDRM perlu menyegerakan siasatan berkaitan kes tersebut, senang sahaja, hotel mana Anwar tinggal, setiap hotel semuanya dilengkapi CCTV, dan tak perlulah Gk ibarat nak ajar itik berenang, kerana kita yakin kemampuan anggota PDRM ini. Cuma kita harap kes ini disegerakan bagi membuktikan apa sebenarnya yang berlaku itu...Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...