Showing posts with label liwat. Show all posts
Showing posts with label liwat. Show all posts

[VIDEO] Tun Musa Hitam - Kalau Saya Lawan Mahathir, Nasib Saya Sama Seperti Anwar !

Ahli Parlimen Shah Alam pada sidang parlimen mendakwa beliau pernah bertanya kepada Mantan Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam kenapa Tun Musa tidak melawan Tun Dr Mahathir Mohamad sepertimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut Khalid, jawapan yang diberikan oleh Tun Musa kepada persoalan itu ialah "Kalau saya lawan, apa yang berlaku terhadap Anwar akan berlaku kepada diri saya".

Dakwaan Khalid itu seolah-olah menggambarkan pertuduhan liwat keatas Anwar hanyalah satu konspirasi biarpun wujudnya bukti yang kukuh.

Bagaimanapun menerusi kenyataan yang keluar daripada mulut Tun Musa sendiri adalah sebaliknya dan jauh daripada apa yang didakwa oleh Khalid. 

Seumpamanya Tun Musa berkata, "Saya tidak mengatakan kalau saya hilang selepas itu, ini semua akan jadi kepada semua Timbalan Perdana Menteri yang lain".

"Saya bukan mengatakan Dr Mahathir kata, saya kata orang kata yang saya berhenti kerana Dr Mahathir dikatakan mengatakan saya...".

Kenyataan Khalid serta Tun Musa rujuk klipvideo dibawah. Anda Mampu Mengubahnya.

Kebenaran adalah perkara sukar untuk didapati daripada seorang ahli politik!

Sistem Kehakiman Teruk - @anwaribrahim Tarik Balik Semua Saman !

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendakwa sistem kehakiman negara sudah menjadi teruk ekoran campurtangan daripada pemimpin UmnoBN seharusnya membuktikan tuduhan itu dengan menarik semua saman beliau atau dengan kata lain tidak lagi menggunakan mahkamah walau dalam apa jua keadaan.

Namun apa yang berlaku Anwar hanya menerima pakai keputusan mahkamah apabila keputusan itu berpihak kepada beliau.

Sepatutnya jika benar apa yang didakwanya itu sebagai mahkamah tidak adil, beliau harus memboikot mahkamah, peguam-peguam pembangkang berhenti jadi peguam, untuk apa jadi peguam jika sistem kehakiman tidak ada keadilan ?

Sama juga dengan keputusan pilihanraya, bilamana keputusan tidak berpihak kepada mereka, mereka menolak keputusan itu dan mendakwa SPR tidak adil, pengundi hantu bangla dsbnya, tapi kerusi-kerusi yang dimenangi oleh mereka tidak pula dipertikaikan. Malah bila majlis angkat sumpah berlangsung, mereka tidak juga memboikot sebaliknya menerima seadanya.

Itulah sikap sebenar pihak pembangkang yang semakin menjadi-jadi akibat ketuanya yang gila meroyan nak jadi Perdana Menteri, semua perkara dia saja yang betul, semua perkara dia nak menang, apa dia ingat ini negara bapak dia yang punya sehingga begitu banyak cantik sekali dia punya muka !!!

Kesimpulan dari itu masyarakat perlu sedar akan realiti ini dan tidak mudah terpedaya dengan hasutan pembangkang khasnya Anwar, semua tuduhan yang dibuat beliau kepada kerajaan hanyalah fitnah jahat semata-mata demi kepentingan dirinya sendiri.

Sedangkan sebelum Anwar dijatuhkan hukuman bersalah kerana meliwat, beliau sempat membuat tawaran Konsensus Nasional kepada BN demi kepentingannya dengan  harapan beliau boleh terlepas dari tuduhan liwat.

Malangnya usaha beliau supaya pimpinan BN mengcampuri sistem kehakiman itu tidak sebagaimana yang disangka, ini kerana kerajaan BN yang ada ini bukanlah kerajaan dibawah pokok yang boleh sewenang-wenangnya melindungi penjenayah atau peliwat seperti Anwar, apa lagi untuk mengcampuri sistem kehakiman negara, yang salah tetap salah tidak mengira siapa pun ia.

Perkara utama yang ditekankan dalam konsensus itu adalah mengenai perpaduan kaum, tiba-tiba konsensus ditarik balik kerana beliau diputuskan bersalah meliwat Saiful, dan semua kita faham bahawa konsensus dan liwat adalah dua perkara berbeza, jadi disini nampaklah wayang Anwar menerusi tawaran konsensus itu bukanlah demi rakyat atau perpaduan kaum bagai, tapi untuk berbaik-baik dengan BN supaya boleh terlepas diatas tuduhan liwat yang dilakukannya.

Kalau tuduhan liwat keatas Anwar itu adalah konspirasi kerajaan UmnoBN, sudah pasti bukan air mani Anwar saja yang akan berada didalam ekzos Saiful, ramai lagi pemimpin pembangkang yang lain seperti Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dll, tapi kenapa pemimpin-pemimpin ini tidak pula air mani mereka berada dalam mana-mana ekzos yang haram apatah lagi diluar tabie ???. Anda Mampu Mengubahnya.

Liwat - @anwaribrahim Akan Bersumpah Pada Himpunan Reformasi 2.0 Di 14 Buah Negeri ? #Video

Seruan kebangkitan rakyat bergema semula selepas mahkamah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalah diatas tuduhan meliwat lubang ekzos Saiful Bokhari.

Rakyat dituntut supaya bangkit menentang kezaliman dan ketidakadilan sistem kehakiman negara, menurut Anwar, kebangkitan rakyat tidak perlu menunggu sehingga tarikh pilihanraya, malah, apabila ada 'signal' daripada pemimpin Pas, Dap, Keadilan supaya rakyat bangkit, rakyat mesti bangkit...

Jadi sebelum rakyat ingin bangkit, rakyat perlu berlapang dada dan berfikir secara matang dan bebas takut-takut kebangkitan itu hanyalah kebangkitan untuk mempertahankan peliwat sedangkan perbuatan meliwat itu adalah haram dan akan dilaknat oleh Allah Taala.

Apabila dengan bukti-bukti yang kukuh mahkamah putuskan Anwar bersalah kerana meliwat, tapi Anwar masih menafikan dan mendakwa mahkamah tidak adil, tidak bolehkah jika Anwar membela dirinya atau menafikan pertuduhan itu dengan bersumpah dengan nama Allah dihadapan seluruh hadirin dalam perhimpunan reformasi yang diadakan diseluruh negara itu ?.

Jika himpunan reformasi menjelajah 14 buah negeri, maka Anwar perlu berani membuktikan secara bersungguh-sungguh bahawa beliau memang benar-benar dizalimi dan bersumpah disetiap negeri dalam himpunan reformasi itu.

Demi kebenaran apalah salahnya, sebagai umat Islam sudah pasti kita yakin dan percaya kekuasaan Allah Taala tiada tolok bandingan, sekaligus diakhir setiap perhimpunan itu tutuplah dengan doa memohon perlindungan kepada Allah sebagai hamba yang telah dizalimi jika benarlah beliau dizalimi, usah bimbang dan khuatir kerana Allah Maha Mengetahui...

Sebaliknya terpekik terlolong dengan mengatakan kerajaan BN zalim, mahkamah tidak adil itu bukanlah satu perkara yang baik dan ianya tidak harus dipercayai oleh rakyat. Bayangkan jika sesuatu tuduhan keatas kita itu adalah satu fitnah walaupun mahkamah yang memutuskannya, adakah kita merasa TAKUT untuk melakukan APA SAJA yang tidak memudaratkan diri kita bagi membuktikan kita tidak bersalah.

Kalau benar kita dizalimi dan setelah proses mahkamah gagal mengadili kita, mengapa tidak berani bersumpah ? Sedangkan jika Anwar berani bersumpah keyakinan rakyat bahawa Anwar tidak bersalah semakin kuat, gelombang kebangkitan rakyat menjadi keramat. Namun daripada bersumpah bohong adalah sangat wajar untuk Anwar takut ditimpa laknat.

Tidak timbul soal bersumpah boleh menentukan samada seseorang itu bersalah atau tidak, tapi apabila kita merasakan proses keadilan dimahkamah gagal mengadili kita orang yang benar, apa salah sekurang-kurangnya jalan terakhir kita membela diri dengan bersumpah diatas nama Allah ?

Kalau Anwar boleh jelajah setiap negeri untuk hasut dan ajak rakyat bangkit kenapa tidak boleh untuk beliau bersumpah ?

Jadi untuk rakyat yang berhajat nak bangkit menentang kezaliman bersama-sama Anwar tu perlulah berfikir, atas dasar dan nas apa untuk mereka percaya bahawa Anwar dizalimi dan kerajaan BN mengzalimi Anwar.

Cukupkah sekadar dengan mendengar omongan kosong Anwar ? Siapa Anwar untuk rakyat mempercayai bulat-bulat setiap omongannya ? Malaikatkah Anwar ? Nabikah Anwar ?

Sedangkan Saiful yang berani bersumpah, proses mahkamah yang adil dengan memberi peluang kepada Anwar membela diri itu gagal untuk dinilai oleh rakyat secara rasional. Anda Mampu Mengubahnya.

Video - Azizah: "Kalau Kita Simpati Dengan Pesawat Yang Jatuh Kenapa Tak Bersimpati Dengan Anwar?"

Dasyat sungguh penangan politik Datuk Seri Wan Azizah ni, sampai boleh beliau samakan malah lebih membesarkan simpati kepada suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding penumpang pesawat MH370 yang hilang.

Bersimpati kepada seorang yang dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kesalahan meliwat ? Bukankah perbuatan meliwat itu perbuatan keji yang WAJIB dikutuk ? Sedangkan bersimpati kepada penumpang pesawat MH370 itu adalah menjadi kewajipan kepada semua insan, kerana tragedi malang yang menimpa mereka bukannya mereka yang pinta, sebaliknya penyakit nafsu luar tabie Anwar adalah penyakit yang beliau sendiri cari demi kesedapan kepuasan nafsu songsangnya.

Sangat tidak patut untuk rakyat bersimpati kepada penjenayah liwat seperti Anwar, atau apakah kita lihat negara-negara luar bersimpati dalam kes liwat Anwar ini ?. Berapa biji kapal dan pesawat canggih Amerika, Australia, China, Jepun dll telah dihantar ke Malaysia untuk membantu Anwar kerana simpati?
Jika setiap tuduhan atau pendakwaan yang dibuat dimahkamah masing-masing mengatakan ianya konspirasi atau ketidakadilan, huru-haralah negara ini !!! Semua orang tak nak mengaku salah walaupun BUKTI kukuh tanpa sebarang keraguan dan menuntut keadilan seperti Anwar ! Bayangkanlah apa yang akan berlaku kepada negara!!!

Kalau semua pembunuh, perompak, peragut, penyamun, perogol, peliwat macam Anwar dll mengatakan hukuman yang dijatuhkan keatas mereka adalah konspirasi, seterusnya menuntut keadilan, apakah rakyat akan bersetuju dan bersimpati dengan tuntutan itu ?

Kalaupun kita nak bersimpati semasa perbicaraan atau sebelum penghakiman dibuat, oklah, sebab ketika itu masih samar-samar lagi, ini bila dah cukup bukti dan mahkamah dah jatuhkan hukuman, takder maknanya nak bersimpati bagai.

Sama juga macam kes Ketua Puteri Umno Perlis, Zuraidah Zainal Abidin dan seorang ahli perniagaan yang sedang menghadapi tuduhan khalwat di Mahkamah Tinggi Syariah, apakah penyokong pembangkang bersetuju untuk mengatakan kes itu juga satu konspirasi ?

Kes ini melibatkan Ketua Puteri Umno Negeri, sepatutnya jika UmnoBN yang dikatakan berkuasa mengcampuri sistem kehakiman, penguatkuasaan, tak payahlah bawa kes ni, tutup kes jerlah, ini boleh menjejaskan nama baik parti... Tak gitu ke macai ?

Sama juga dengan kes ini, Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini memerintahkan tiga anggota polis membela diri atas tuduhan merogol dan melakukan persetubuhan luar tabii terhadap seorang wanita warga Indonesia pada November 2012.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap ketiga-tiga tertuduh dan menetapkan 9 Mei ini untuk membela diri.

Koperal Nik Sin Mat Lazim, 34, Konstabel Remy Anak Dana, 26, dan Konstabel Syahiran Romli, 22, dituduh merogol seorang wanita warga Indonesia di Bilik 4, Berek Balai Polis Perai di Butterworth antara jam 6.40 pagi hingga 7.30 pagi pada 9 November 2012.

Bagi pertuduhan rogol, mereka didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Ketiga-tiga mereka juga didakwa melakukan persetubuhan luar tabii terhadap wanita itu pada tarikh, waktu dan tempat yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 377(C) kanun sama memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Kenapalah polis tangkap polis, menjejaskan nama baik polis jer, macam mana orang nak percaya dengan polis lagi kalau polis pun perangai macam ni, sepatutnya polis tak perlulah tangkap polis, tutup kes jerlah ! Tak gitu ke macai ?

Adakah semua ini konspirasi  ? Atau yang lain tu betul, bukan konspirasi, yang konspirasi hanya kes Anwar jer ? Bawa-bawalah berfikir !!! Anda Mampu Mengubahnya.

Semalam gua tanya Pengerusi BMB, ada tak peruntukkan jentera maya PRK Kajang untuk sukarelawan ? Tapi diam tak berjawab, gua dengar dia dapat peruntukkan 200k, terfikir jugak adakah badak ni pun penyonglap ? Tapi no hal lah !!! Disebabkan gua sokong UmnoBN, internet gua TM bagi free, semua free !!! hahahaha free, free, free !!! BODOH punya pengerusi BMB !!!

Simpati Azizah - Kes Liwat Anwar Lubang Ekzos Saiful Jentik Berdenting Kata Chegu Bard

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa Puteri Umno mengingatkan pengundi Kajang supaya tidak terpedaya dengan bilboard yang memaparkan foto calon PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail yang sedang berdoa.

Muhyiddin berkata sebagaimana gambar itu menunjukkan Wan Azizah menagih simpati, tetapi kes liwat II membabitkan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada kena mengena dengan BN.

"Mereka kata sebab MH370 cerita tu lebih besar dari (cerita) Datuk Seri Anwar jadi nasib dia tak terbela. Itu sebab (gambar) Datuk Seri Wan Azizah berdoa. Itu tak ada masalah, kita setuju dan kita simpati.

"Dia diberi peluang di mahkamah jadi pertahankanlah di mahkamah. Di luar ni rakyat bukan hakim. Kenapa nak tuduh kita? Beritahu kakak-kakak semua jangan percaya.

"Jangan fikir tengok gambar alahai, guna sentimen, konon tunjuk kezaliman (BN). Itu keputusan mahkamah," katanya.

Itulah yang sepatutnya rakyat tahu, kalau setakat duk dengar temberang pemimpin pembangkang memang selamanya akan meletakkan rasa simpati yang tidak bertempat, sedang nasib sendiri belum tentu terbela, nasib peliwat pula yang nak dipertahankan.

Yang memutuskan Anwar bersalah kerana meliwat ni bukannya UmnoBN, tapi ia diputuskan oleh mahkamah,  Anwar bukannya ditangkap dibawah ISA atau dihukum tanpa bicara, malah diberi peluang membela diri dan menggunakan khidmat peguambela yang dilantik oleh beliau sendiri.

Bukankah Anwar ni hebat berpidato ? Kenapa tak guna kehebatan itu didalam mahkamah ? Disini rakyat mesti faham dimana pidato Anwar dikhayalak umum itu hanyalah dongeng dan cerita rekaan semata-mata tanpa sebarang sokongan bukti yang kukuh.

Didalam mahkamah Anwar tak boleh nak kelentong sembarangan, semua peguam dan hakim ni golongan cerdik yang hanya menerima setiap  dakwaan itu berserta dengan bukti-bukti yang kukuh, setakat cakap jer mahkamah tak terimapakai, kerana semua orang pun boleh cakap, tapi perlulah bersandarkan kepada bukti yang konkrit.

Apa bukti konkrit dalam kes liwat Anwar ni ? Bukti konkrit itu adalah air mani Anwar berada didalam dubur mangsanya yaitu Saiful dan disahkan menerusi ujian DNA. Bagaimana air mani Anwar itu boleh berada didalam dubur Saiful kalau Anwar tidak meliwat Saiful ? Persoalan ini gagal dijawab oleh Anwar dan peguamnya Karpal. Kerana memang tidak ada jawapan lain kepada persoalan itu selain Anwar meliwat.

Tapi tidak adil kalau anda hanya mendengar penjelasan isu dari sebelah pihak, walaupun penjelasan itu adalah penghakiman yang dibuat oleh mahkamah, apa pula isu yang dibangkitkan oleh pembangkang  ? Pembangkang berdalilkan kata-kata tanpa bukti atau lebih tepat lagi disebut sebagai temberang mendakwa mahkamah tidak adil, tuduhan liwat adalah konspirasi UmnoBN.

Menurut Che Gu Bard, "Saudara, benda asas yang kita berpegang... laporan perubatan menyatakan saudara, lubang ekzos itu elok tak berusik jentik berdenting lagi bunyinya... Yang saya faham, yang kawan-kawan faham, lepas peristiwa ni kita cari google liwat tu apa ? Liwat tu mesti dekat ekzos tu lah, dah ekzos tak bocor nak liwat lubang mana ?"

Amboiii!!! Sekali dengar cerdik dan mantop jer asas yang dipegang oleh Chegu Bard ni, mahu tak mantop kalau bercakap sorang-sorang tanpa disoal balas, cakap macam tu dekat budak sekolah rendah mungkinlah budak sekolah percaya, tapi kalau mahkamah.... jauh panggang dari api.

Kalau benar lubang ekzos masih berdenting, ada laporan perubatan bagai, namun mahkamah sengaja tak pakai bukti itu kerana ia satu konspirasi!!! 
Buktikan!!! 
Bariskan barisan peguam yang bernaung dibawah majlis peguam dan bangkit menyatakan ketidakadillan itu supaya sistem kehakiman dapat diperbetulkan, biar rakyat tahu bahawa pengamal undang-undang turut memprotes ketidakadillan sistem mahkamah terhadap perbicaraan keatas kes liwat Anwar Ibrahim.

Biar rakyat tahu bahawa bukan Anwar dan Azizah saja yang menagih simpati dan menuntut keadilan itu, malah majlis peguam juga senada dengan mereka, lagipun majlis peguam ni ok dengan mereka, langsung tiada kaitan dengan UmnoBN. Ada brannnnnnnnnnnnn???

Malangnya, Presiden Majlis Peguam, Christopher Leong dalam kenyataanya semalam antara lain berkata hukuman terhadap Anwar itu tidak wajar kerana perbuatan itu dilakukan atas dasar suka sama suka antara dua orang yang sudah dewasa.

Christopher mendakwa bahawa kesalahan di bawah Seksyen 377A Kanun Keseksaan itu meletakkan liwat hanya diguna pakai sekiranya perbuatan itu atas dasar secara paksaan dan dalam kes Anwar, ia berlaku atas dasar kerelaan mangsa. Selanjutnya klik Mstar Online.

Menerusi kenyataan Presiden Majlis Peguam, bahagian mana yang anda tak jelas ??? Anda Mampu Mengubahnya.

Bila air mani bertukar menjadi air mata, meliwat pun mula bertukar menjadi suka sama suka

Video - Anwar: Takder Selera Nak Makan Sekarang Kita Istihar Perang

Selepas keputusan PRU13 diumumkan, pelbagai tuduhan dilontarkan oleh Anwar Ibrahim dan mendakwa SPR tidak telus, isu pengundi hantu bangla, dakwat kekal, blackout dsbnya telah dicanang diseluruh negara sekaligus mereka mengadakan perhimpunan demi perhimpunan.
Menjelangnya pembukaan parlimen dan majlis angkat sumpah, penyokong pembangkang terus istiqamah dan membuat demontrasi diluar parlimen mendesak supaya pemimpin mereka memboikot atau tidak mengangkat sumpah.
Ketika mana penyokong yang terpedaya dengan fitnah mereka bermati-matian diluar parlimen, alangkah betapa pilu dan tragisnya apabila melihat Anwar pula sedang bergurau ketawa didalam parlimen bersama musuh-musuhnya tanpa sedikit pun menghiraukan kesetiaan penyokong mereka.

Namun diatas perjuangan suci Anwar yang dikatakan berjuang demi rakyat, Anwar sekali lagi mengistiharkan perang kepada UmnoBN.  

"Kami takder selera nak makan dengan puak-puak tu, dia hina kita, dia tikam kita, dia terajang kita, dia tipu rakyat, dia curi tanah, dia curi balak, dan kemudian nak suruh......  hahaha apa khabar ? no way, sekarang kita istihar perang dengan Umno dan Barisan Nasional".

Agak  menghairankan otak-otak yang berakal apabila kata-kata itu terpaculnya bermusim, tidak konsisten, sekali perang sekali bergurau ketawa, sekali depan sekali belakang, sekali berselera perempuan sekali jantan, sedangkan ketika penyokong  beliau sudah mengistiharkan perang berguling-guling, Anwar masih lagi berselera untuk makan dengan puak-puak tu

Adakah ketika itu puak-puak tu belum hina, tikam, terajang, tipu rakyat, curi tanah,  curi balak ???

Relevankah perjuangan yang dikatakan untuk kepentingan rakyat hanya mengistiharkan perang dan tidak berselera makan dengan puak-puak tu selepas beliau didijatuhkan hukuman penjara 5 tahun ? 

Hukuman penjara kerana gagal memberi hujah yang kukuh  atau menimbulkan keraguan kepada mahkamah akan bagaimana AIR MANI beliau boleh berada didalam dubur Saiful,  siapa yang menjolok atau memasukkan anuWar sehingga air maninya itu ditemui didalam dubur Saiful ?

Masakan pokok boleh bergoyang kalau tiada angin, apatah lagi air boleh keluar kalau tidak dihenjut digoncang!!! Kerana air mani Anwar, air mata Azizah dipertaruhkan... Itulah Anwar Ibrahim, omongnya kosong, tapi ramai yang terpegun! Anda Mampu Mengubahnya.

Jika rakyat Kajang memilih air mata, maka dapatlah airmata!!!

Video - Tanya Rafizi ! Kenapa Harga Kereta Tak Turun ? U Darimana ? U Ulang I Saman

Cuba bayangkan kiranya PR berjaya kuasai Putrajaya, dan wartawan Agenda Daily tanya dengan Rafizi Rameli, apsal kereta-kereta mewah jer turun harga, kereta-kereta biasa tak turun harga, apa Rafizi akan jawab ?

Samalah juga dengan soalan wartawan AD yaitu kenapa hanya saman blogger Papagomo sahaja, kenapa tidak saman juga Datuk 'T' ?.

Apakah jawapan yang mempergunakan agama secara salah yaitu tentang firman Allah Taala hendak dijadikan jawapan kepada soalan yang cukup simple itu. Atau relevankah dengan mempersoalkan darimana datangnya wartawan yang bertanya akan soalan itu ?

Rafizi langsung tidak menunjukkan kewarasan berfikir secara matang, jauh berbeza dengan apa yang dilaung-laungkan oleh PR selama ini,

Kedua, dapat juga kita bandingkan antara ketokohan yang ada didalam kepimpinan BN, sistem telus dan 'transparent' yang diamalkan oleh BN selama ini jelas melahirkan pemimpin yang punyai kredibiliti dan bertanggungjawab biarpun berhadapan dengan satu keadaan yang mungkin getir bagi mereka yang tidak telus.

Namun apa yang dapat kita saksikan perbezaan antara dua pemimpin muda Rafizi Rameli yang juga Pengarah Strategi PR dan Tun Faisal Ismail Aziz, Pengerusi Unit Media Baru tentang bagaimana ia menjawab setiap persoalan yang diajukan jauh berbeza.

1.) Kebebasan Media - 50 tahun Umno memerintah, kenapa tidak memberi ruang keadilan kepada pembangkang untuk berhujah di media arus perdana.

2.) Debat - Kenapa Najib tidak berani berdebat dengan Anwar.

3) Pembunuhan Altantuya - Kenapa isu melibatkan pembunuhan Altantuya tidak mendapat keadilan.

Soalan-soalan panas itu bagaimanapun dijawab dengan penuh tanggungjawab tanpa mempertikaikan mahasiswa yang bertanya seperti "U darimana ? Kenapa u tak tanya Anwar ada liwat Saiful ke tidak?

Atau mungkin jika tak bertanggungjawab Tun Faisal boleh mengambil jalan mudah untuk menjawab soalan-soalan itu dengan "U ulang sekali lagi i saman". Maka itulah hakikatnya kepimpinan menerusi tauladan. 

Bagaimana cara Anwar Ibrahim menjawab soalan, begitu jugalah dengan Rafizi, dan begitu jugalah sebaliknya. Anda mampu Mengubahnya.

Video - Bapak Saiful: Takut Kerana Benar, Berani Kerana Salah

Berani kerana benar, takut kerana salah atau takut kerana benar, berani kerana salah, takut untuk bersumpah kerana ianya benar atau berani bersumpah kerana ianya salah, letakkan situasi itu seolah-olah kita berada ditempat mereka, samada kita dipihak yang benar atau juga sebaliknya, dan apa yang berani kita lakukan serta apa yang takut untuk kita lakukan. Anda Mampu Mengubahnya.

Nik Aziz: "Takkan Anwar Upah Bapa Saiful"

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat percaya dakwaan terhadap tuduhan liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diselesaikan satu persatu selepas ini susulan pengakuan bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan, Azlan Mohd Lazim semalam.

Semalam, Azlan mendedahkan bahawa anaknya itu diperalatkan oleh pihak tertentu bagi menjatuhkan Anwar menerusi kes liwat kedua.

"Pendustaan satu masa akan terbongkar menteri berdusta pun akan terbongkar. Takkan Anwar upah bapa Saiful sedangkan menteri lebih banyak duit dari dia (Anwar).

"Alhamdullilah semakin hari, nama Anwar semakin bersih sekarang dan insya-ALLAH selepas ini dia akan bebas dari sebarang tuduhan dan fitnah yang dilemparkan terhadapnya," kata beliau kepada media selepas menghadiri majlis bersama veteran Pas di Jalan Dato Lundang di sini pagi tadi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hasan Ali berkata, kenyataan Azlan Mohd Lazim yang memohon maaf kepada Ketua Umum PKR mendakwa bahawa anaknya dipergunakan untuk memfitnah Anwar Ibrahim bagi sesetengah pihak tidaklah memeranjatkan.

Umum mengetahui Anwar Ibrahim sedang menghadapi antara masalah politik terbesar yang kini membelenggu pemikiran dan perjalanan halatuju politik beliau. Kegagalan beliau memperoleh pengesahan daripada perwakilan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Shah Alam baru-baru ini menjadi tamparan yang sangat hebat dalam karier politik beliau. Selain daripada itu PAS yang terus menerus mempertahankan keputusan Parti Islam itu untuk tidak menamakan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri telah betul-betul menusuk saraf politik impian Perdana Menteri Pakatan itu.

Kenyataan bapa Saiful Bukhari boleh dilihat sebagai salah satu usaha terdesak diperingkat akhir yang perlu dipergunakan peluang yang ada dengan sepenuhnya oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya untuk mengolah pandangan umum mengenai kegagalan Anwar memenuhi syarat-syarat menduduki kerusi Perdana Menteri. Antara lain syarat itu ialah bersih daripada sebarang salah laku moral yang kemudiannya boleh dipalitkan kepada Perdana Menteri yang akan menjadi Ketua Eksekutif kepada sebuah Negara yang 65% penduduknya beragama Islam. Corak penduduk sedemikian yang majoriti beragama Islam semestinya tidak akan berkompromi dalam persoalan moral melibatkan pimpinan negara apalagi yang dikaitkan dengan seorang Perdana Menteri.

Bapa Saiful Bukhari yang dikenali sebagai manusia yang menghadapi seribu satu masalah melibatkan diri dan keluarga adalah merupakan di antara jalan keluar yang paling mudah untuk dipergunakan oleh Anwar dan konco-konconya. Kenyataan pusingan “U” Azlan itu bagi sesetengah pihak seperti yang disebut di atas memang sudah dijangka. Namun keistiqamahan Saiful Bukhari sendiri sebagai pihak yang terlibat dilihat akan menyukarkan laluan yang dijangkakan terbuka luas untuk dieksploitasi oleh Anwar dan konco-konconya.

Adalah jelas pertelingkahan keluarga dan kredibiliti bapa Saiful Bukhari yang boleh dipersoalkan oleh banyak pihak menjadikan jalan penyambung hayat politik Anwar Ibrahim tidaklah begitu meyakinkan. Masyarakat yang mengikuti perbicaraan yang begitu lama dengan penangguhan puluhan kali sebenarnya telah letih dan jelak dengan mainan politik Anwar Ibrahim.

Timbulnya gelagat bapa Saiful Bukhari yang terakhir ini bagi sesetengah pihak menjauhkan lagi sokongan mereka terhadap Anwar dan sebahagiannya pula sudah muak dan tidak bernafsu untuk mengikuti episod selanjutnya.

Rakyat Malaysia sudah memahami hakikat mainan politik Anwar Ibrahim sejak tahun 1998 lagi. Rakyat disuapkan dengan pelbagai telatah politik yang memualkan dan apa yang disaksikan hari ini tidak lain daripada gandingan lakonan sandiwara politik yang sebenarnya tidak laku lagi untuk dipentaskan.

Bagi setengah pihak masalah moral Anwar Ibrahim tidak akan ada jalan penamatnya. Tutup di kepala ekor pula yang terbuka. Tutup di ekor kepala pula yang terbuka. Begitulah ibarat kisah moral Anwar Ibrahim.

Seperti yang diketahui deretan episod melibatkan moral orang yang akan dijadikan Perdana Menteri oleh Pakatan Rakyat lambat laun akan menemukan buku dengan ruas. Pepatah juga mengatakan sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah juga jatuhnya. Pepatah ini dicipta oleh pendita-pendita terdahulu sudah tentunya mempunyai kebenarannya yang tersendiri dan dalam konteks dunia moden kini barangkali rakyat Malaysia boleh lebih awal membuat dugaan siapa yang bakal menjadi tupai tersebut.

Saiful Beri Amaran Kepada Anwar Serta Sekali Lagi Bersumpah Dengan Nama ALLAH

Saiful Bukhari Azlan pula mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan dia telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk memenjarakan Ketua Pembangkang berhubung kes liwat kali kedua, telah menjadi "mangsa kerakusan politik makhluk bernama (Datuk Seri) Anwar bin Ibrahim."

"Demi ALLAH, agama, bangsa dan negara tercinta, saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya.

"Saya akan terus istiqamah dan perpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan sehingga akhir hayat," kata beliau pada sidang media di ibu negara kira-kira jam 6 petang tadi.

Azlan mengadakan sidang media di Ampang dekat sini kira-kira 11 pagi tadi.

Beliau juga berkata, Anwar tidak perlu mengheret Azlan ke kancah politik bagi mencapai matlamatnya pada pilihan raya umum kali ini.

“Saya juga memberi amaran kepada Anwar, walaupun terdesak jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaaan dalam mencapai matlamat beliau,” katanya.

Mengulas lanjut, Saiful berkata, Anwar perlu segera bertaubat dan beliau turut berdoa semoga ALLAH membuka semula pintu hati bapanya kembali bersama mempertahankannya.

Saiful juga berkata, bapanya akan terus dihormati di samping berdoa serta beristiqamah dalam menempuh perkara ini.

“Kepada Anwar, bertaubatlah, telah lima tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar, saya pasti ALLAH akan balas apa yang dilakukan yang menunjukkan sungguh terdesak serta jijik.

“Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat. “Saya akan terus berdoa agar ALLAH bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan ALLAH kebenaran, pertahankan anak kandungnya yang menjadi mangsa,” katanya lagi.

KENYATAAN MEDIA SAIFUL BUKHARI AZLAN

1. Saya berasa amat sedih dan dukacita dengan berita mengenai bapa saya. Saya sedih kerana bapa saya telah menjadi mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar bin Ibrahim.

2. Demi Allah, Agama Bangsa dan Negara tercinta, Saya ingin tegaskan bahawa saya tidak sama sekali akan berganjak dengan dakwaan saya. Saya akan terus Istiqamah dan berpegang teguh pada dakwaan saya, segala keterangan saya di Mahkamah, juga sumpah laknat yang telah saya lafazkan, sehingga ke akhir hayat.

3. Kepada Anwar bin Ibrahim, bertaubatlah. Telah 5tahun saya bertahan, dan berdiri teguh walaupun sukar. Saya pasti Allah akan balas apa yang saudara lakukan. Sungguh terdesak dan jijik sekali.

4. Saya juga memberi amaran kepada Anwar Ibrahim, walaupun terdesak, jangan membabitkan bapa saya untuk memutarbelitkan keadaan dalam mencapai matlamat beliau.

4. Saya percaya isu ini sengaja ditimbulkan bagi mengalih perhatian isu "pengkhianat negara" yang sedang beliau hadapi.

5. Walau apapun berlaku, saya yakin KEPADA ALLAH SWT..yang benar tetap benar. Kebenaran tidak dapat dihapuskan walau apa sekalipun.

6. Saya akan terus berdoa agar Allah bukakan hati bapa saya untuk kembali pada jalan Allah, kebenaran, pertahankan anak kandungnya yg menjadi mangsa.

7. Sebagai seorang anak, kasih sayang dan hormat kepada seorang ayah akan kekal hingga ke akhir hayat.

8. Kepada seluruh rakyat Malaysia, saya menyeru agar tidak terpedaya dengan permainan jijik Anwar Ibrahim ini.

9. Kedaulatan Negara kini sedang diancam musuh, ditambah pengkhianat musuh dalam selimut membantu, sudah ramai perwira kita yang telah terkorban, marilah sama-sama kita doa dan pertahankan.

Akan terus Doa, Istiqamah dan Sabar
(MOHD SAIFUL BUKHARI BIN AZLAN)

Saiful: Bapa Saya Diperguna

SHAH ALAM - Saiful Bukhari Azlan mendakwa bapanya, yang pagi tadi mendedahkan anaknya telah dipergunakan oleh pembantu khas pemimpin kanan negara untuk membawa kes liwat kedua ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, "diperguna" oleh pihak-pihak tertentu.

Berdasarkan maklumat SMS Media Umno sebentar tadi, Saiful antara lain berkata, "berikutan kenyataan bapa Saiful yang mohon maaf pada Anwar isu liwat, ini reaksi Saiful - bapa saya diperguna."

Sehubungan itu Saiful berkata, dia tetap istiqamah dan "tak (sama) sekali berganjak."

"Tengah fikir tindakan balas selanjutnya.Saya tak mahu melatah," kata beliau dipetik berkata.

Reaksi secara langsung daripada Saiful masih belum diperoleh.

Bagaimanapun peguam Saiful ketika dihubungi antara lain berkata, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam waktu terdekat.

Tuan Ibrahim Bagi Mesej Tersirat Bahawa Peliwat Tidak Layak Jadi PM Selain Ulamak

Kahkahkah, Ketua Penerangan Pas punya pemikiran...Tapi tak logik juga pemikiran Ketua Penerangan Pas macam tu jika tidak ada maksud tersirat disebaliknya, Mustahil Tuan Berehing sekolot teori itu!!! 
 
Katanya Al-Arqam diserang kerana sebuah buku yang menggambarkan Ashaari Mohammad sebagai bakal Perdana Menteri, Anwar Ibrahim diserang kerana namanya disenarai sebagai Perdana Menteri...
Siapa yang serang tu Tuan Bereheng, habis yang Najib duk naik jadi Perdana Menteri tu macam mana ? Lepas ni Muhyiddin pulak, kenapa Anwar diserang ? Siapa yang serang dan siapa pula yang naikkan dia untuk menjawat jawatan PM tu ?

Lebih menarik bab Al-Arqam, Tuan Bereheng kata "Walaupun kita mengakui ada beberapa amalan dan keyakinan bertentangan dengan syarak", ohh macam tu, maknanya ada jugaklah yang bertentangan dengan syarak, begitu juga dengan Hj Hadi, memang ada jugaklah yang bertentangan dengan syarak ya, Anwar pula bagaimana?, memang ada jugak lah main bontot walaupun sikit-sikit ya ? Jika tidak masakan ada 'point' untuk kena serang.
 
Maknanya teori Tuan Bereheng ni punyai muslihatnya sesama sendiri, beliau sengaja memberikan contoh Al-Arqam yang sememangnya umum mengetahui akan kesesatannya supaya dapat difahami apa yang menimpa Anwar itu sememangnya benar dan bukannya fitnah, soal sedikit atau banyak tidak perlu dipersoalkan, pokoknya ada berlaku...

Namun jika begitu, seolah-olah Hj Hadi turut terkena dengan Tuan Berehing, sebenarnya tidak, isu amanat Hj Hadi adalah isu yang berkait dengan 'perkataan', walaupun isunya berat ia tetap satu isu 'perkataan' yang boleh di'mantik'kan,..
 
Berbeza dengan isu Anwar, liwat adalah isu moral yang berkait dengan perbuatan yang kesannya tidak boleh untuk didolak-dalihkan dengan apa jua cara sekalipun, dan setiap peliwat itu seharusnya dihalang untuk menerajui negara sebagaimana dihalangnya pengamal fahaman sesat, dengan itu penyokong-penyokong Pas perlu faham dengan apa yang sebenarnya hendak disampaikan oleh Tuan Berehing itu. Anda Mampu Mengubahnya.

Warkah Terkini Saiful Bukhari Persoal Anwar Kenapa Saman Ditarik Balik

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada 30hb Jun 2008, iaitu 2 hari setelah saya membuat laporan polis bahawa diri saya diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah memfailkan saman fitnah ke atas saya atas dakwaan kononnya saya telah membuat satu laporan palsu.

Namun setelah 4 tahun, dan berulang kali ia dilengah dan ditangguh, semalam, beliau menarik balik saman ke atas saya, dengan alasan namanya sudah bersih. Sebenarnya dari awal lagi, saya amat bersetuju jika kes saman ini diteruskan, kerana ia dapat memperlihatkan kebenaran pada semua.

Pada pendapat saya, beliau dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hanya disebabkan faktor-faktor teknikal.

Ini kerana didalam penghakiman penuh, saya percaya bahawa kredibiliti dan keterangan saya adalah “intact”.

Saya juga percaya bahawa bagi mana-mana perbicaraan saman sivil, plantif (dalam kes ini adalah DSAI) pada kebiasaannya perlu memberikan keterangan secara BERSUMPAH dari kandang saksi untuk disoal balas oleh pihak defendan.

Adakah keadaan ini yang membuat beliau gusar dan takut?

Kebiasaannya, setiap langkah beliau ada muslihat di sebaliknya. Semoga saya terus dibawah bimbingan dan perlindunganNya.

Apapun saya telah lama bersedia dan tidak gentar. Jauh sekali berganjak dari apa yang saya perjuangkan selama ini.

Yang pasti, saya akan terus berdoa, Istiqamah dan sabar.

Berani kerana benar.
SAIFUL BUKHARI AZLAN
'lawan tetap lawan'

Anwar Terselamat Dari Cubaan Meliwat Apabila Pintu Bilik Hotel Gagal Dipecahkan Suspek

KOTA BHARU - Keadaan tidak selamat berada di Kelantan dizahirkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendakwa berlakunya beberapa insiden buruk menimpa beliau setiap kali berada dinegeri itu, selain bas yang digunakan beliau bersama gerombolannya  disimbah cat dan cermin depan dipecahkan awal pagi tadi, bilik hotel penginapannya juga didakwa cuba 'diceroboh' pihak tertentu.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kelantan, Mohammad Azihan Che Seman berkata, pihaknya mendapat maklumat itu ketika mengadakan pertemuan dengan Anwar pagi tadi.

"Kita cukup kesal dengan kejadian yang tidak bertanggungjawab ini dan berharap berkuasa mengambil tindakan tegas,"

Bagaimanapun belum jelas motif dan bagaimana cubaan ceroboh itu dilakukan. Sehubungan itu kata Azihan, pihaknya akan membuat laporan polis di sini.

Apapun yang berlaku itu kita andaikan ianya benar berlaku, mungkin cubaan pihak tertentu ingin memecah masuk ke bilik hotel itu bertujuan meliwat Anwar kerana dikatakan beliau amat gemar dengan adegan liwat meliwat.

Bagaimanapun dalam hal ini pihak Polis perlu bertindak dan membuktikan bahawa selain dari membanteras jenayah terhadap rakyat yang sememangnya sudah terbukti, PDRM yang dibayar gaji itu juga perlu mengambil tindakan yang sama dalam kes ini bagi memastikan keselamatan Abang 'War'  selamat sentiasa.

Memanglah jika diikutkan dengan karenah Abang 'War' ini tentunya pihak PDRM tidak terlayan, banyak sangat songehnya, dulupun dia kata kena suntik dengan racun 'Mek Senik' atau sejenis racun tikus munduk yang kuat menipu, namun sehingga hari ini masih lagi sihat walafiat, tapi untuk kes ini PDRM sila pastikan penjenayah yang nak meliwat Anwar itu tertangkap dan diserahkan kepada Anwar bagi Anwar melaksanakan hukuman sama seperti yang telah dilakukannya sebelum ini.

Usaha memburukkan PDRM dengan memberi persepsi seolah-olah PDRM tak buat kerja itu perlu diberi perhatian yang serius, lebih-lebih lagi ianya tercuit kait dengan satu berita Sinar Harian yang bertajuk "Najib: BN perlu 'sekatan politik' lawan Road To Putarajaya Pakatan" yang legarannya seiiring dengan apa yang ditimbulkan oleh Anwar,

Sehubungan dengan itu PDRM perlu menyegerakan siasatan berkaitan kes tersebut, senang sahaja, hotel mana Anwar tinggal, setiap hotel semuanya dilengkapi CCTV, dan tak perlulah Gk ibarat nak ajar itik berenang, kerana kita yakin kemampuan anggota PDRM ini. Cuma kita harap kes ini disegerakan bagi membuktikan apa sebenarnya yang berlaku itu...Anda Mampu Mengubahnya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...