Lebuhraya Rakyat Hanya Retorik Husam - Takiyudin Tak Yakin Ia Boleh Berjaya - Video

Exco Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Takiyuddin Hassan tidak begitu yakin dengan pembinaan Lebuhraya Rakyat, Kota Bharu - Kuala Krai yang menelan belanja  hampir RM1.8 bilion itu, malah menurut beliau untuk melakukan sesuatu perkara hendaklah berdasarkan kepada kemampuan  dan turut bersetuju dengan konsep Menteri Besarnya 'kalau tak boleh buat semua jangan ditinggal semua'.

Takiyuddin ketika ditanya, apakah kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan lebuhraya rakyat itu, beliau menjawab, " Kita setakat ini tidak ada pilihan, samada dapat dilaksanakan ataupun tidak, itu bergantung kepada kemampuan kita, kalau tak boleh buat semua kita buat secara berperingkat-peringkat",

Kenyataan beliau itu sekaligus menafikan keyakinan 'sembrono' Datuk Husam Musa yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan, dimana Husam begitu yakin mempolitikkan bahawa pembinaan lebuhraya akan berjaya tanpa bantuan dari kerajaan pusat, Husam dilihat begitu rancak melancarkan beberapa tabung derma untuk pembinaan lebuhraya itu di seluruh negara.

Sindiran Takiyuddin dengan berselindung dibelakang konsep yang diterapkan Nik Aziz yaitu  'kalau tak boleh buat semua jangan ditinggal semua' adalah satu mesej jelas yang perlu difahami oleh Husam, ini kerana projek-projek yang digembar-gemburkan oleh Husam sebelum ini telah terbukti akan ke'retorik'annya apabila Husam dilihat gagal dalam kesemua perancangan pembangunan yang dicadangkannya.

Contoh jelas dan nyata ialah sepertimana pembinaan stadium di Bukit Merbau yang dikatakan akan memulakan pembinaannya sebelum 31 March 2012, hakikatnya stadium itu hanya mampu dibina batu asasnya semata-mata, kalau stadium yang bernilai RM 150 juta gagal untuk dibina masakan lebuhraya yang bernilai RM 1800 juta itu berjaya, tidakkah itu satu formula yang aneh untuk diterima pakai ?

Melihat kepada politik yang dimainkan oleh Husam, ianya sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Kelantan yang berfikiran jauh kehadapan, cara politik Husam bersifat 'main angin' kebudak-budakan itu hanya terpakai kepada pentaksub yang juga kebudak-budakan sahaja, bagi yang dewasa dan matang seperti Takiyuddin sudah pasti tidak dapat menerima politik 'kecep sajo' sepertimana Husam itu...Anda Mampu Mengubahnya...

4 comments:

  1. husam musa ni memang penipu besar, semua projek dia nak buat, tapi ...... buat tahi mata ngan air liur je lah!! yg percaya tu, bo**h2 belaka.

    ReplyDelete
  2. Pakcu Rantau Panjang9/10/2012 10:50 PM

    Pakcu tak suka mendahului perancangan dan ketetapan yang telah dirancangkan. Tapi kelih ko lagu nampaknya kempen pembinaan lebuhraya ni satu tawaran dan impian bagi semua rakyat Kelantan. Yang jelas "sign box"nya hebat -Lebuhraya Rakyat" mengambil tempat sign box "projek depu" yang dah dighaibkan.

    Biar apa pun adakah ia sebagai retorik, igauan ,kenyataan atau angan-angan Mat Jenin???.Sehingga kini ia menjadi kemegahan bagi "mereka" yang terpesona dengan gambar dan perancangan miski pun hakikat sebenar entah betul atau tidak.....yang jelas ini adalah satu cara tawaran untuk memikat hati.....sebagaimana iklan yang tersiar dimana-mana...maka terserahlah kepada anda untuk membuat hipotesisnya....walahualam,

    ReplyDelete
  3. janji tinggal janji...itulah janji org munafik.

    ReplyDelete
  4. sign board lebuh raya rakyat di simpang 3 ke jerteh...dekat restoren erup sup....ambo sokmo lalu kot tuu..tp sekarang sudah tiada sign board lebuhraya itu....ianya hanya muncul time hangat2 pelancaran batu asas pembinaan lebuhraya itu sahaja...kemudian ghaib..apakah ini semua..??..satu penipuan..???.,,haha

    ReplyDelete

Tinggalkan komentar anda untuk dikongsi.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...